CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tok Dan Opah

Tok Dan Opah

Assalammualaikum...

Selamat datang ke blog Shahir+Adira=Shahira.. Kami ingin berterima kasih kerana sudi melihat blog ini.. Kami admin mengalu-alukan semua agar sentiasa memasuki blog ini dan melepak di blog ini..Terima kasih buat Yunie Zahan kerana sudi berkongsi novel "September Musim Cinta"...Sebarang komen atau apa2 saja tulisla di Jom Chat...

Shahir dan Adira

Shahir dan Adira

-: B!LA C!NTA :-

-: B!LA C!NTA :-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

~WELCOME~

Bio Shahira

Bio Shahira

SHAHIRA

SHAHIRA
ADIRA & SHAHIR

Love Shahira

Birthday Shahir

Birthday Adira

-: ShahiraZONE :-

AKUJANJI SHAHIRATICS..ekekeke kalau x tepati bkn shahiratics sejati..

Sebab admin sayang sgt dgn Kg Shahiratics, Tok Ketua, Penolong Tok Ketua n penduduknya...so ada beberapa isu admin nk bangkitkan di sini. Tak semua org suka apa yg kite suka, so kene sentiasa berhemah sentiasa k.

Sebagai warga kampung Shahiratics yg sejati, anda diminta mematuhi arahan-arahan berikut;-

1. MEROYAN

- Sila royan dgn berhemah. Dilarang mengekspresikan perasaan diri yang keterlaluan sama ada gembira atau sedih atau dlm ertikata lain meroyan, merobuk di kampung/umah lain selain di kg shahiratics. (Cth kampung/umah lain; Shahir af8, Adira fan club, wall mak anum, wall kak nam etc...)

- Kene fikir jgk sensitiviti n perasaan org lain.

2. EDIT GAMBAR

- Org kg shahiratics mmg kreatif, tak dinafikan lg. Tapi, sebarang gambar2 yg diedit perlulah menepati piawai yang telah ditetapkan, atau admin akan delete.

i) tiada sebarang gambar2 edit yang keterlaluan (seperti berpelukan, badan lain muka lain; badan sheila majid, muka adira-tidak dibenarkan sama sekali)

-Kalo nk edit gambo org tu...pandai2 la mintak kebenaran ye...

3. TAG/MENEMPEK GAMBAR/VIDEO

- dilarang menampal atau men'tag' sebarang gambar shahira di wall pihak lain terutama wall umum sepetri wall mak anum dan wall kak nam tanpa kebenaran admin shahiratics (p/s: kami memahami keinginan anda untuk berkarya dan berkongsi kegembiraan tetapi tidak semua yang setuju dengan kegembiraan dan kekreatifan kita berkarya).

- Tag berpada2..kalau gmbar Shahira berdua tu tak perlulah tag d page Shahir Af8 cthnye...or pada keluarga mereka. Tag/tempek ikut kesesuaian lah ye. Jgn la kat wall mak anum tag gambar Adira lak cthnye.

4. KREDIT GAMBAR/VIDEO

- sebarang gambar/video yg diambil dari pihak ketiga, sila kreditkan nama pihak terbabit.

5. TETAMU TAK DIUNDANG

- apabila ada tetamu yang tidak diundang datang, sambut mereka dgn sennyuman, bentangkan kapet merah siap dgn bunga manggar or tarian naga ke skali walau kita tak tahu apa tujuan mereka.

- apa jua provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak lain jgn mudah melatah. Jika masih rasa marah..tekan tanda =)

6. SPEKULASI

- dilarang membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita/keadaan sebenar walaupun di dalam hati kita punya taman bunga sebesar alam.

- dilarang 'copy & paste' atau'print screen' apa2 jua perbualan dari pihak lain tanpa mengetahui apa yang diperkatakan..

- nk CSI pun, jgn la terang-terangan sgt...coverline skit k

7. KUTUKAN/PROVOKASI/PERGADUHAN

- Jangan cpt melatah...kite relax je org nk kata apa. Ingat moto KG. CHILL & IGNORE =)

- Dilarang wujudkan sebarang pergaduhan di Kg. Jika ada..pandai2 lah sejukkan/tenangkan keadaan ye. kalau ada org baru yg masih tak faham konsep di kg kite...sila2 lah tunjuk ajar ye.

- tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan/perbalahan/ atau apa2 yang menyebabkan perasaan tidak senang kpd sesiapa jua yg membaca. sebelum berkata atau menulis apa2..fikirkan perasaan org yg membaca dgn meletakkan diri sendiri di tempat org yg diperkatakan..

8. KERAHSIAAN/ISU SENSITIF

- isu2 sensitif dan rahsia kg.. jika ada perkara2 yg terpaksa diperap dalam peti besi yg dirahsiakan lokasinya bukan la bermakna admin xnak kongsikan ngan org kg terchenta nie tapi itu adalah untuk tujuan keselamatan dan keamanan kg tercinta nie n menjaga keselamatan pihak2 yg berkenaan.. org2 kg yg sejati mesti faham kan? Tapi kami cuba sedaya upaya berikan sajian menarik utk semua ..

9. NAMA SHAHIRATICS

- Sapa2 yg pakai nama fb ada shahiratics tu...pandai2 la behave ye, lg2 kat umah/kg org lain...korng bawak nama shahiratics, so kalo buat apa2 ramai yg melihat...lg2 kalo wat salah. jgn nnti hnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga...k =)

**Admin cuba buat yg terbaik utk semua..utk Kampung Shahiratics, org2 kg n tak lupa juge buat SHAHIRA kesayangan kite. Harap semua leh beri kerjasama ye... Ni semua utk kesejahteraan kg.. =)

SAYANG SHAHIR+ADIRA=SHAHIRA

SAYANG KG SHAHIRATICS

SAYANG WARGA SHAHIRATICS SEMUA

CHILL & IGNORE

ANYTIME ANYWHERE

September Musim Cinta

September Musim Cinta

Sabtu, 25 September 2010

SEPTEMBER MUSIM CINTA-BAB 10

“Betul..abang dah maafkan Siti..???”Dia tetap mahukan kepastian.Tanya Siti pada Ahmad.Dia masih ragu dengan kata-kata Ahmad itu.Waktu itu Siti meminjam telefon bimbit Irma menghubungi Ahmad.Rasanya inilah kali pertama Siti menghubunginya.Mungkin kerana selepas Ahmad menghantar Siti ke Hospital tempoh hari dan dia tidak muncul-muncul melawat ataupun bertanyakan khabar.Mak Anum pun tidak datang melawatnya.Siti tidak tahu mengapa.Namun dia tebalkan muka menelefon Ahmad di rumahnya.Pada mulanya Ahmad mengelak untuk berbicara dengannya.Namun kedengaran suara Mak Anum yang agak memujuk.Tidak lama mereka bercakap .Ahmad seperti tetap mengelak.“Ti..janganlah duk pikirkan sangat pasal hal nih..abang dah maafkan Siti…..jangan bimbang..abang dah maafkan Siti…..ermm oklah abang ada hal nih..Assalamualaikum..”Ringkas.Ahmad meletakkan gagang telefonnya sebelum Siti menjawab salam darinya.Siti lega namun dia keliru.Dia cuba mengubat hati.”Agaknya Abang tak datang sebab Along kot…..”matanya mengadap pantai yang menderu angin memasuki ruang tingkap di Hospital itu.Siti sudah pulang.Dia merasa lega.Akhirnya pulang juga dia ke rumah.Bertambah-tambah gembira bila keadaan sudah pun mulai reda.Hubungan dia dan keluarganya sudah baik.

Kedengaran hilai tawa diruangan halaman rumah Mak Nah.Siti,Irma,Farina dan Aliff.Mak Nah memeluk Siti.Kali ini lebih membahagiakan.

“Dik…suka tak dapat tawaran pegi overseas…??”Irma menyoal.

“Mau tak suka….cita-cita Siti tau……ha..jangan main-main…hihiihiihiiii…”Siti ketawa.Dia menyengeh sampai ke telinga.Kakinya dihayun sambil duduk di bawah pokok mempelam depan rumahnya.Siti dapat melanjutkan pelajarannya ke Australia.Dicium dan dibelai Siti oleh Mak Nah semanja-manjanya,Walau terpalit rasa bersalah setiap kali melihat parut dihujung dahi anaknya itu namun,jauh disudut hatinya Dia sangat menyesal dengan apa yang berlaku.Tiada ungkapan lain selain MAAF.Hatinya bagai dirobek tiap kali mengenangkan apa yang telah dia lakukan.Lama Mak Nah merenung wajah Siti.Sudah banyak yang berubah tentang anaknya itu.Siti yang sekarang sudah tidak lagi menjengah ke kandang mahupun merayau-rayau kemana saja mengikut kakinya.Habis jauh pun hanya di tepi sungai belakang rumah.Mak Nah dapat melihat perubahan itu.Ada kerisauan juga dlihat,namun lebih lega dari sebelum ini.Siti lebih banyak memerap didalam bilik.Dari keluar dari rumahnya.

”Ti…jom makan….kurus benar akak tengok Siti….Farina jom la..makan..teman akak skali..jom la……”Irma menarik tangan Siti.

“Akak makan la..Siti tak lapar…teman aje boleh la…..jom Na….”Siti membuntuti kakaknya.Farina pun.Mereka menuju ke dapur.Mak Nah dan Aliff masih berborak diluar.Petang itu Siti tidak makan juga,Cuma Farina yang menjamah rojak ayam yang dibuat Mak Nah.Mereka berbual-bual lagi di dapur hingga ke lewat petang itu.

Sebelum tidur Siti sempat membaca semula surat tawarannya itu.UNIVERSITY OF SYDNEY,AUSTRALIA.Dia tersenyum.Namun dengan tidak semena-mena wajah Ahmad datang menyinggah.Dalam ditarik nafasnya.Dia melipat kembali surat itu.Diletakkannya diatas meja.Dia tunduk.Rasa ngilu memaut hatinya.

“Dik……kenapa nih…”Irma yang sedang melipat telekung solatnya itu sempat memandang wajah Siti yang kelat mengukir senyum

“Tak de apa lah Kak..”Siti memandang Irma.Dia senyum,namun senyumannya itu tetap kelat.

“Ada apa nih…meh sini….”Irma menarik tangan Siti duduk dilantai denganya.Kelihatan Siti menarik dalam nafasnya dan dihembus panjang.Mengeluh.Siti sandarkan kepalanya ke bahu Irma.

“Kak……nanti Siti akan rindu la pada aka,…..mak….dan Along……….”Siti sebak.Ditarik lagi nafasnya dalam-dalam dan dilepaskan.

“Akak pun akan rindu Siti…..”Irma memegang wajah adiknya,dia menepuk-nepuk pipi Siti.Siti mengetap bibir,menahan sebak didadanya sekali lagi.Dia masih menyandar di bahu Irma.Perlahan dia bersuara.Hampir tenggelam suara itu dilontarkan.”Kak……………”panjang diheret suaranya.Lembut…

“apa…..cakaplah…..”Irma menggenggam jari adiknya.Agak sejuk jejari runcing itu digenggam.

“Siti rindu Abang…………………..”airmatanya jatuh mengalir melintasi batang hidungnya,terus mengalir melanggari mata yang satu lagi dan airmata itu singgah ke bahu Irma.Terasa sejuk di bahunya.Irma menggerakkan badannya berhadapan dengan Siti saat ini,agak terkejut Irma dengan kata-kata itu.Dilhat airmata sudah basah dipipi Siti.Siti mengesatnya perlahan-lahan.

“Siti!!”Irma mengesat airmata itu.Tidak terduga oleh Irma…rupa-rupanya cinta Siti pada Ahmad adalah benar.Terlalu luhur dimiliki Siti.selama ini disangkanya hanya gurauan dari Siti.Padanya Siti tidak pernah serius dalam soal Ahmad.Lagipun adiknya masih berperangai kebudak-budakkan.Namun sekarang Irma dapat merasainya.Tambah-tambah lagi sekarang Siti bakal terbang jauh.PEDIH!

“Ti…………”Irma memeluk Siti.Kuat.Seakan meringankan beban yang sarat dihati adiknya.Siti agak lega menghelakan kata-kata itu tadi.Biarpun sekejap biarlah.Sekurang-kurangnya dia lega melepaskan rasa itu buat seketika.Walau dia tahu perasaan itu setiap saat menghimpit dadanya.

Siti membuku rasa sakit menahan rindunya.Dia perlu berubah.Biarlah dia memendam rasa itu,tidak perlulah lagi orang lain mengetahui apa yang dirasainya kini.Rindu yang sangat dalam pada Ahmad dibiarkan menemani siang dan malamnya..Biar sakit diharungi jua.Lemas sendiri pun dia lebih rela.Dia mula sedar tidak mungkin ada Ahmad untuk dirinya..Aliff sempat memberitahunya bahawa Ahmad sudah memaafkan Aliff.Namun sempat Ahmad memberi kata dua pada Aliff…”Jauhkan diri kau dari aku !!”Mengapa sebegitu rupa kata-kata dari Ahmad.sedangkan semasa dia demam dulu Ahmad begitu lembut hatinya memaafkan Siti.Hancur jua hati Siti kali ini.Apakah Ahmad juga sudah benci padanya sekali lagi.??.Terkadang dia termenung di sungai….jauh disudut hatinya ada suara yang sentiasa menmanggil-manggil……”Abangggggg……terlalu rindu aku padamu……”dipejam matanya rapat-rapat.Tidak mahu mengingati lagi Ahmad.Namun melekat juga wajah itu dilubuk hatinya.Sudah tiada kuasa menolak.Celik atau pejam mata.Ahmad jua yang bersilih-silih datang menyinggah .”Siti sabarlah…..mungkin berjauhan ini bisa membuat kau melupakannya”hatinya memujuk luka,,berdarah ,pedih tertusuk dek hentaman rindu yang bertalu-talu menghambat waktunya.Namun mudah jua airmata ini luruh…”BENCI betul la aku!!…..sikit-sikit nangis..sikit-sikit kuar….airmata….argghhhhh….dah-dahlah kacau aku wahai air mata……aku sudah letih…sudah-sudah laaa……argghhhhhhhh……….”dia berbicara sendiri ditepi sungai itu.Sarat kesakitan ini membebani hati.Bagai mencucuk-cucuk deduri rindu itu diruang dadanya.Nafas yang ditarik dalam-dalam tak pernah lega..menghela nafasnya yang tak penah reda jua….senak di dada.Namun Siti tetap menahan kesakitan ini.

Dia tahu Ahmad sudah semakin menjauh.Menitis airmatanya sekali lagi.Terkadang menjadi peneman saat malam yang melabuhkan tirai.Terkadang siang yang terang tapi gelap bagai mentari terpadam ditelan hati yang kelam.

’’Abang,…biar dimana pun jua kau…..aku terlalu rindu saat ini…”dia merenung bulan yang tergantung dilangit.Dia memeluk bantalnya kuat-kuat hinggalah bakal membuai tidur malamnya”.Abanggggggggggggggggggggggg….aku rindu kau!!”dia menutup matanya,biarpun wajah itu jua yang datang.Dia tetap cuba lelapkan mata……..”Tidurlah wahai mata……lenakan aku dalam pelukkan malam…damaikan aku dengan mimpi yang melegakan helaan nafas,tidurlah mata agar aku jua bisa celik esokkan harinya….. tolong damaikan aku dipeluk waktu………”



Aliff masih berbekam rasa bersalah.Ahmad sudah lama tidak berkerja di kandang kambing.Sudah 2 minggu Ahmad tidak balik.Sempat juga Aliff bertanyakan Pak Ngah Zali.Apa yang Aliff tahu Ahmad sekarang bercuti.Dia tinggal di Rumah Pak Usunya di bandar.Aliff pernah menelefon dan menghantar mesej pada telefon bimbitnya.Tetap jua tidak berjawab.Panjang rajuk hati Ahmad.”maafkan aku Mat…..maafkan aku……”

Aliff ada mendengar cerita dari Pak Ngah Zali,yang Ahmad sudah mula mahu menolong Pak Usu Normannya di Bandar.Aliff tidak memberitahu Siti hal ini.Dia bimbang kalau-kalau Siti lebih menyalahkan dia kerana kesalahfahamannya pada Siti-mahupun Ahmad sendiri..Aliff juga sudah letih menyiksa diri dengan beban yang sudah sarat ditanggung.Berkelahi dengan Ahmad adalah satu kesilapan.Rupanya sahabatnya itu lebih hancur hatinya dikelar dek Aliff.

Pagi itu mak Nah bersiap-siap dibiliknya.Siti menyelak langsir putih itu mengintai ibunya.

“Mak nak pegi mana mak…???”tanya Siti.

Mak nak jemput orang kampung,esokkan kenduri doa selamat untuk Siti…..lupa??”Mak Nah bersuara sambil diambil selendang menutupi kepalanya.

“a’aaaa…..ermmmmm….sayang mak…muahhhhh…”Siti memaut tengkok emaknya dari belakang.Dia mencium mak Nah.Mak Nah senyum.Ditepuk-tepuk tangan anak daranya itu.

“Dah la…lambat dah mak nih……”Kata mak Nah.Siti melepaskan pautannya itu.

“Mak nak pegi dengan sapa nih…?”Tanya Siti sambil membuntuti ibunya keluar dari bilik.

“Mak pegi dengan Mak Biah dan Abah Nasir kau la…….”Kata Mak Nah lagi.

“Nak ikut………………..”manja Siti bersuara.

“Betul nak ikut..??”Tanya ibunya itu.

“Nak………………betul ni boleh ikut..??”Tanya Siti lagi.Mak Nah hanya mengangguk.Dia tahu sudah lama Siti tidak keluar rumah.Biarlah kali ini Siti ikut.Sekurang-kurangnya Siti dapat menghirup “bau kampungnya” sebelum berangkat pergi.

“Jap…Siti amik tudung jap….kejap ye mak..”Siti meluru kearah biliknya .Sambil dia meluru kearah biliknya itu.Dia sengaja memandang ibunya lama.Matanya tetap memandang ibunya.“Siti!!”Jerit mak Nah.Belum sempat Siti berpaling ke depan dia terlanggar tiang rumahnya.Mau bergegar satu rumah.

“Adoi…….argghhhh…”Mak Nah menerkam.Siti memandang ibunya.Tangannya memegang dahinya.Mak Nah datang memegang kepala Siti.Siti memandang ibunya.dia beradoi kesakitan.lama jugak dia terduduk di situ.Dia memejamkan matanya.Dia membuka semula sebelah mata kirinya melihat mak Nah.Dia senyum.Lalu……………..

“Hhhahahahahahahaha….ahhahhahha….”Dia ketawa sepuas-puas hatinya.Mak Nah bingung.

“kenapa Siti..??”Mak Nah bertambah bingung.dia cuba memegang kepala Siti.Namun Siti sudah hamper tergolek di situ.Ketawa.

“Hahahaahha….mak kena tipu…mak dah kena tipu…hahahaahaha….Siti acah mak je la……..”Mak Nah menampar bahunya.Terasa sangat menyakitkan hati,diusik begitu.

“Ishhhh….betul nih??Terkejut mak tau…….dah yang bunyi kuat bagai nak bergegar rumah tu apa…?”

“Siti dah ready tepuk tiang nih kuat-kuat tadi……hahahhahahha….mak dah kena tipu……”Dia ketawa lagi.Bagai hilang beban yang sarat dihati.Lupa dia seketika dengan gelora dihatinya.

“Siti..lain kali jangan buat macam tuh la…..nak gugur jantung mak tau……”mak Nah mengurut-ngurut dadanya.Namun dihela nafas yang lega.Aliff dan Irma tiada dirumah.sudah keluar.liff ke kandang,manakala Irma ada kelas pagi ini.

“hahahahahhha…..ooloolloooooooolooo….sayang mak……jangan la marah…nak bergurau sikit pun tak boleh la mak nih…..hmmmm…”mak Nah memandang Siti.Ada genang dikelopak mata mak Nah.Dia tahu selepas ini dia terpaksa mengizinkan Siti pergi tinggalkan dia jauh merantau menuntut ilmu di Negara orang.Siti melihat wajah ibunya.

‘’Kenapa ni mak….alah…Siti gurau je…mak marah eh….”Mak nah tidak menjawab.Dia memeluk Siti sekuat-kuatnya.Siti terpinga-pinga.Siti mengesat airmata ibunya.“Ti……jaga diri elok-elok ditempat orang nanti ye…”Mak Nah memesan.Siti tunduk.Sebak.Dia tahu apa yang terbuku dihati orang tuanya itu.Siti menarik nafasnya yang panjang.Tidak mahu dia menangis depan ibunya.Ditahan supaya tidak menangis.

“Mak doakan untuk Siti ye…..”Siti mencium pipi ibunya.Cepat-cepat dia menarik tangan ibunya itu,masuk kebiliknya itu dan mencapai tudung purple,warna kesukaanya itu.Wajah Mak Nah masih kelat dilihat Siti.Ditarik tangan ibunya.Namun Mak Nah terdiam berdiri seketika didepan biliknya itu.Dia memandang Siti dengan pandangan yang agak kosong.Siti berpaling dan menarik semula tangan ibunya itu.Dia senyum.Senyuman yang sangat comel khas untuk ibu kesayangannya itu.

“Jom la mak..tak mau….tak mau…tak mau macam nih..aarr…arr…takmau…”jari telunjuknya bergerak kanan dan kiri.Menandakan isyarat ‘TIDAK’,kepada ibunya.Mak Nah ketawa jugak akhinya dengan pujukan Siti.Siti terlalu cepat meredakan kesedihannya itu.



Mereka menyusuri jalan-jalan di kampung menaiki kereta Wira Abah Nasir.Sudah banyak jugalah rumah-rumah yang agak jauh disinggah untuk menjemput mereka hadir esok.

“Kak Nah…rumah Kak Anum kita tak singgah lagi nih….”Mak Biah bersuara.Tersentak hati Siti saat itu.Dia hanya tunduk.Berputar-putar nama Ahmad datang dalam otaknya.

“A’aaa….elok juga kita pergi…lama sangat dah tak jumpa…jom la…..”Mak Nah setuju.Mereka terus menyusuri rumah mak Anum selepas singgah sebentar di rumah Paim tadi.Terlihat Siti pokok jambu yang dia dan Farina menyorokkan motosikal sewaktu datang memohon maaf dengan Ahmad.Jiwanya menjadi kacau.Namun dia cuba jua bertahan.”Jangan risau Siti….3 hari lagi kau dah takde kat sini….bertahan Siti…bertahan……”hatinya terus-terusan memujuk.

Kereta Wira Abah Nasir masuk ke laman rumah Mak Anum.Siti menggelongsorkan sedikit badannya.Jarinya digigit-gigit,Tidak tahu mengapa dia seolah-olah fobia datang kemari.Mak Anum ada diluar rumah sedang menjemur ikan kering.Ahmad sedang menolong ibunya mengupas kelapa dibawah pokok ketapang depan rumahnya.Abah Nasir memberhentikan kereta betul-betul ditepi Mak Anum.Namun mata Siti tetap nampak Ahmad dibelakang ibunya.

“Assalamualaikum….”salam diberi oleh Abah NAsir,Salam disambut mak Anum,abah Nasir turun dari kereta dan bersalaman dengan Ahmad mendatangi Abah Nasir.Hormat.Dia juga bersalaman dengan Mak Nah dan Mak Biah.Mak Anum juga bersalaman dengan mak Nah dan mak Biah.Mak Anum dan Mak Nah sudah lama berbaik semula.Mak Anum tidak pernah menyalahkan Mak Nah dengan apa yang berlaku.Dia tahu Anaknya bagaimana.Dia tahu juga Siapa Siti,walaupun Siti seorang yang nakal.Dia tetap percaya dengan Siti.Dia kenal Siti.Sangat menyenalinya!!PASTI!!

Siti masih dalam kereta.”OH!Tuhan,apakah semuanya ini..???……………..rindunya aku padamu Mat….”Siti memejam matanya seketika.Dia menggigit-gigit kukunya.Dia membuka matanya semula.Abah Nasir sudah membuka pintu kereta dibelakang tempat dia duduk.Mahu saja dia tersungkur waktu itu.Kerana sikunya menyandal diatas tempat membuka kereta sebelah dalamnya.Dia tersedar.Abah Nasir mengajak Siti naik.Tetapi ditolak Siti.

“Ti..mari la…tak baik Ti……..kita dah sampai nih…”kata Abah Nasir.Dia senyum.

“Taka pa la Abah..Siti kat sini jer…”kata Siti memandang wajah Abah Nasirnya.

“Tak baik Siti…….”Abah memujuk lagi.mak Anum datang menuju ke kereta.

“Aik…Siti ade…..mari lah…..meh……”Mak Anum menghulurkan tanganya pada Siti.Terharu Siti saat itu.Mau saja dia memeluk orang tua itu agak hati gundahnya selama ini mereda.Siti menyambut tangan Mak Anum.Dia mencium tangan orang tua itu.Sebak tapi ditahan sekuat-kuat hati supaya jangan ada setiik air mata pun keluar.Dia menarik nafasnya.Matanya meliar mengintai Ahmad.Tiada.’Mana Dia pergi..??”tanya hatinya.

“Kak!!”Suha datang dari belakangnya.

“Aik..Suha…lama tak tengok…..”Siti senyum.Mereka bersalaman.Mak anum melepaskan gengaman tangannya pada Siti setelah menarik Siti masuk keruang depan rumahnya.Dia membiarkan Siti berbual denga Suha.Manakala mereka rancak berbual.Sudah lama jugak tidak bertemu.Pelbagai isulah yang mereka bualkan.

“Suha ..abang mana..??”mak Anum mula menyoal.

‘’Ntah tadi ada kan…”kata Suha.Siti hanya tunduk bila nama itu di sebut.semakin kacau jiwanya.”mana kau pergi Mat…..”hatinya bergelora….rindu……rindu sangat…….

“Kak..jom ikut Suha ke dapur…kita buat air..jom la..”Suha menarik tangan Siti.Siti mengekor saja.Di biarkan orang tua-tua berborak didepan.Biarlah mereka berdua didapur saja.Siti menuruni anak tangga dapur rumah Ahmad.Terkejut Siti Ahmad ada di dapurnya.Sedang minum air di meja.Suha menarik Siti ke meja itu.

“Kakak duk sini..Suha buat air jap…”Suha sengaja menarik Siti duduk betul-betl depan Ahmad.Siti tunduk.Tidak tahu apa yang harus dibuat.Serba salah dibuatnya.Berputar-putar semuanya dikepala.Segala-galanya.Dia tunduk.Ahmad diam.Tidak bersuara pun.

“Kak……excited tak nak gi oversea..?’’Siti senyum memandang Suha.Ahmad melirik mata padanya.Pandangannya kosong.Jantung Siti bagai nak meletup dekat-dekat situ jugak.Tiba-tiba Ahmad bangun terus menuju ke depan.Suha memandang.Pelik.Namun Suha terus mengacau air didalam teko.Siti sentap.Terasa sangat dipinggirkan.Namun ditahan jua supaya tidak menangis.Dia tunduk.

“Bila akak pegi ar??”Suha menyoal.Diambilnnya pula cawan-cawan diletak disusun diatas talam.

“3 hari je lagi Suha…..”suaranya lemah.“Akak jawab macam tak nak pegi je……..”Suha menduga.

“tak de la penat la Suha….banyak jugak hal yang akak kena settle 2-3 hari nih”Alasan yang agak munasabah diberi Siti.

“yer ke………….??”Suha senyum.

“Iyer…………”Siti menjawab

“Jom Suha…jom kita bawak air ni keatas”cepat-cepat Siti mencantas soalan-soalan yang mungkin membahayakan dirinya akan di siasat dek Suha nih.Dia juga hanya menduga.Lagipun Suha baru 15 tahun mungkin tidak tahu apa-apa.Duganya.

Lama juga mereka bersembang.Suha sering memerhati tingkah laku Abangnya dan kak Siti kesayangannya itu..Bila Siti merenung Ahmad.Ahmad berpaling kearah lain.Bila Ahmad pula melihat Siti,Siti pula memandang ke arah lain dan sesekali Siti tunduk.Sesekali juga Ahmad,abangnya itu mengetap bibirnya.Suha senyum sorang-sorang.”macam pengantin baru la diorang nih…Suha Sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa……”Budak 15 tahun ini pulak yang meroyan melihat gelagat mereka.Senyum Suha sampai ketelinga.”Al-maklumlah dalam hati ada taman……..”kata hatinya yang menggeli.Ralid Suha memerhatikan mereka dibalik ibunya itu.Suha rasa bahagia sangat-sangat melihat ‘drama ‘yang dilakonkan mereka.”Hai……Bang..cepat-cepat la cakap..yang awak tu suka kak Siti …….kang terlepas baru padam muka….”Suha seolah-olah menyelami hati mereka.Namun hanya itu yang dapat Suha rungkaikan.Apapun terpulang pada mereka jua.Suka ataupun tidak.Mak Anum juga tidak pernah menyoal tentang usulan Suha dulu.Mahu ditanya,tapi dia terlebih dahulu mendapat tahu Siti bakal ke luar Negara menyambung pelajarannya.Cadangan Suha mati di situ sahaja.Tidak jadi Mak Anum untuk meminang Siti.Mahupun terlebih dahulu menanyakan Ahmad tentang hajatnya itu.

Sesudah puas berbual mereka minta diri untuk pulang.“Ti…tunggu sekejap…mak Anum ada barang nak bagi nih..”mak Anum berlalu kebiliknya.Siti terpinga-pinga.Suha senyum.Ahmad mennyental-nyental kulit pipi kanan dengan tangannya.Ditenyeh-tenyeh pipinya.Tetap tampan dilihat.Dia terpandang Siti.Siti pun.Dia berhenti menyental pipinya.Ahmad tunduk.Siti pun tunduk”arggghhhhhh..jangan buat aku sawan kat sini…..tolonglah……arrgghhhhhh….aku suka sangat tengok kau buat cam tuh………oooo tidakkkkkkkkkk……”Siti buat-buat bodoh tapi didalam hati hanya tuhan yang tahu…..meroyannya datang lagi!!

‘Nah…. Ti…amik la…mak Num takde apa nak bagi…..ni kain ni Abang Ahmad yang pilih nih….purple..cantik tak....”mak Anum menghulurkan kain itu ketangan Siti.Mahu meroyan kat-kat situ jugak rasanya Cik Siti kembang semangkuk nih...bilamana mak Anum kata kain itu Che Ahmad mekar setamannya yang pilih.Tertelan air liur Siti.Ahmad tunduk.Tidak juga berkata apa-apa.Hanya mengukirkan sedikit senyum.agak sinis namun tetap Siti suka melihat senyuman itu.Cukuplah asalkan ada juga senyuman terukir dibibirnya.

“Terima kasih mak Anum….”Siti mencium tangan orang tua itu.

Mereka menyusuri tangga rumah Ahmad.Siti sempat berpaling sekali lagi.“Abang..jangan lupa datang ye…”Siti mengukirkan senyuman.Terlalu cantik waktu itu senyumannya.Wajahnya bak bulan yang penuh mengambang.Bisa menggugurkan jantung Ahmad yang mungkin saat ini bergelora didalam.Siapa yang tahu……ABANG….BIARPUN SEKETIKA….TERUBAT JUA RINDU INI..AKAN KU SIMPAN RINDUKU PADAMU DALAM-DALAM….AKU AKAN PULANG BANG….AKU AKAN PULANG UNTUK MU…INI JANJIKU..AKU JANJI AKAN PULANG…NANTIKAN AKU YEH!!NANTIKAN AKU……..Siti menaiki kereta dan berlalu…segala kesakitan,kepedihan dihati yang digalas dulu semakin luruh….SEMOGA HARI ESOK MEMBAHAGIAKAN AKU….AHMAD NANTIKAN AKU DIPINTU CINTAMU,AKAN AKU PULANG DENGAN SEGULUNG KERINDUAN,PASTI AKAN AKU MEMINTAL KASIH INI SEKALI LAGI DI SINI…….HANYA DENGAN MU…HANYA DENGANMU..AKU JANJI!!…..Jauh Siti mengharap dengan sejuta harapan,terlalu tinggi harapannya pada Ahmad.Namun apakah Ahmad jua sesetia itu.Siti hanya bermain dengan bayang-bayangnya……belum tentu dapat dimiliki ….Dia sedar namun dia sengaja membiarkan angannya suatu hari menjadi nyata.Semoga angannya menjadi nyata!!Siti tersenyum sendiri menyusuri jalan menuju ke rumahnya.HANYUT dia sekali lagi dalam genggaman kepolan-kepolan awan…….indah dipandang namun terlucut jua dipegang.

0 ulasan: