CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tok Dan Opah

Tok Dan Opah

Assalammualaikum...

Selamat datang ke blog Shahir+Adira=Shahira.. Kami ingin berterima kasih kerana sudi melihat blog ini.. Kami admin mengalu-alukan semua agar sentiasa memasuki blog ini dan melepak di blog ini..Terima kasih buat Yunie Zahan kerana sudi berkongsi novel "September Musim Cinta"...Sebarang komen atau apa2 saja tulisla di Jom Chat...

Shahir dan Adira

Shahir dan Adira

-: B!LA C!NTA :-

-: B!LA C!NTA :-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

~WELCOME~

Bio Shahira

Bio Shahira

SHAHIRA

SHAHIRA
ADIRA & SHAHIR

Love Shahira

Birthday Shahir

Birthday Adira

-: ShahiraZONE :-

AKUJANJI SHAHIRATICS..ekekeke kalau x tepati bkn shahiratics sejati..

Sebab admin sayang sgt dgn Kg Shahiratics, Tok Ketua, Penolong Tok Ketua n penduduknya...so ada beberapa isu admin nk bangkitkan di sini. Tak semua org suka apa yg kite suka, so kene sentiasa berhemah sentiasa k.

Sebagai warga kampung Shahiratics yg sejati, anda diminta mematuhi arahan-arahan berikut;-

1. MEROYAN

- Sila royan dgn berhemah. Dilarang mengekspresikan perasaan diri yang keterlaluan sama ada gembira atau sedih atau dlm ertikata lain meroyan, merobuk di kampung/umah lain selain di kg shahiratics. (Cth kampung/umah lain; Shahir af8, Adira fan club, wall mak anum, wall kak nam etc...)

- Kene fikir jgk sensitiviti n perasaan org lain.

2. EDIT GAMBAR

- Org kg shahiratics mmg kreatif, tak dinafikan lg. Tapi, sebarang gambar2 yg diedit perlulah menepati piawai yang telah ditetapkan, atau admin akan delete.

i) tiada sebarang gambar2 edit yang keterlaluan (seperti berpelukan, badan lain muka lain; badan sheila majid, muka adira-tidak dibenarkan sama sekali)

-Kalo nk edit gambo org tu...pandai2 la mintak kebenaran ye...

3. TAG/MENEMPEK GAMBAR/VIDEO

- dilarang menampal atau men'tag' sebarang gambar shahira di wall pihak lain terutama wall umum sepetri wall mak anum dan wall kak nam tanpa kebenaran admin shahiratics (p/s: kami memahami keinginan anda untuk berkarya dan berkongsi kegembiraan tetapi tidak semua yang setuju dengan kegembiraan dan kekreatifan kita berkarya).

- Tag berpada2..kalau gmbar Shahira berdua tu tak perlulah tag d page Shahir Af8 cthnye...or pada keluarga mereka. Tag/tempek ikut kesesuaian lah ye. Jgn la kat wall mak anum tag gambar Adira lak cthnye.

4. KREDIT GAMBAR/VIDEO

- sebarang gambar/video yg diambil dari pihak ketiga, sila kreditkan nama pihak terbabit.

5. TETAMU TAK DIUNDANG

- apabila ada tetamu yang tidak diundang datang, sambut mereka dgn sennyuman, bentangkan kapet merah siap dgn bunga manggar or tarian naga ke skali walau kita tak tahu apa tujuan mereka.

- apa jua provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak lain jgn mudah melatah. Jika masih rasa marah..tekan tanda =)

6. SPEKULASI

- dilarang membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita/keadaan sebenar walaupun di dalam hati kita punya taman bunga sebesar alam.

- dilarang 'copy & paste' atau'print screen' apa2 jua perbualan dari pihak lain tanpa mengetahui apa yang diperkatakan..

- nk CSI pun, jgn la terang-terangan sgt...coverline skit k

7. KUTUKAN/PROVOKASI/PERGADUHAN

- Jangan cpt melatah...kite relax je org nk kata apa. Ingat moto KG. CHILL & IGNORE =)

- Dilarang wujudkan sebarang pergaduhan di Kg. Jika ada..pandai2 lah sejukkan/tenangkan keadaan ye. kalau ada org baru yg masih tak faham konsep di kg kite...sila2 lah tunjuk ajar ye.

- tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan/perbalahan/ atau apa2 yang menyebabkan perasaan tidak senang kpd sesiapa jua yg membaca. sebelum berkata atau menulis apa2..fikirkan perasaan org yg membaca dgn meletakkan diri sendiri di tempat org yg diperkatakan..

8. KERAHSIAAN/ISU SENSITIF

- isu2 sensitif dan rahsia kg.. jika ada perkara2 yg terpaksa diperap dalam peti besi yg dirahsiakan lokasinya bukan la bermakna admin xnak kongsikan ngan org kg terchenta nie tapi itu adalah untuk tujuan keselamatan dan keamanan kg tercinta nie n menjaga keselamatan pihak2 yg berkenaan.. org2 kg yg sejati mesti faham kan? Tapi kami cuba sedaya upaya berikan sajian menarik utk semua ..

9. NAMA SHAHIRATICS

- Sapa2 yg pakai nama fb ada shahiratics tu...pandai2 la behave ye, lg2 kat umah/kg org lain...korng bawak nama shahiratics, so kalo buat apa2 ramai yg melihat...lg2 kalo wat salah. jgn nnti hnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga...k =)

**Admin cuba buat yg terbaik utk semua..utk Kampung Shahiratics, org2 kg n tak lupa juge buat SHAHIRA kesayangan kite. Harap semua leh beri kerjasama ye... Ni semua utk kesejahteraan kg.. =)

SAYANG SHAHIR+ADIRA=SHAHIRA

SAYANG KG SHAHIRATICS

SAYANG WARGA SHAHIRATICS SEMUA

CHILL & IGNORE

ANYTIME ANYWHERE

September Musim Cinta

September Musim Cinta

Sabtu, 25 September 2010

SEPTEMBER MUSIM CINTA-BAB 11

Riuh rendah dalam kawasan rumah Siti,sudah ramai tetamu yang datang,mak Anum dan Suha juga sudah datang dengan Pak Long Hassan dan Mak Long Senahnya.Rancak mereka semua berbual.Suha rajin membantu di dapur.Namun mata Siti tetap meliar mencari Che Ahmadnya itu.

‘Ti…..terkendap-kendap..intai sapa..??”Tanya Mak Long Senah.

“Tak de la…Siti intai kawan-kawan Siti..ada ramai lagi yang tak datang nih…”Jawab Siti dipintu dapurnya.

“Dah..tau kawan ramai yang tak datang…pegi la tunggu kat depan…buat pe duk kat dapur nih….”Mak Biah pula menyampuk.Mak Anum hanya menyengeh.Suha menyengeh juga,dia dapat merasakan yang Kak Sitinya itu mengintai Abang Ahmadnya.

”Sabar kak…nanti dia datanglah……sabar…..”.Hati Suha berbisik nakal.

“Tak pe la…Siti pun nak tolong jugak orang kat dapur nih….”Siti memalingkan tubuhnya kearah mereka.Dia menyelak sedikit baju kurung itu untuk duduk.Namun belum sempat dia duduk dia dipanggil Farina.

“Ti….cepat…..cepat lah tengok sapa yang datang…..”Farina berlari-lari anak sambil ditarik tangan kawannya itu.Yang lain memerhati.

”Siapa yang datang..??’’Hati Suha ragu.Yang lain memerhati saja.

“Hati-hati Farina..kang jatuh dalam lauk ni kang……ishhh…. budak-budak nih…”kata Mak Anum sambil mengalihkan beberapa keping pinggan yang hendak diisikan lauk.Terkocoh-kocok Farina menarik tangan Siti.Mak Nah juga sibuk melayan tetamu yang datang.Aliff pun.Selepas solat Zohor nanti bakal diadakan majlis doa selamat.Ramai jugak orang yang Mak Nah jemput.Termasuk ahli Surau kampungnya.

Siti meluru ke depan dengan Farina,sambil berjalan Siti sempat jugalah bersalaman dengan tetamu yang baru hadir.

“Kau ni..apa Na..??tanya Siti bingung.Dia berbaju kurung Pink lembut dipadankan dengan tudung pink gelap.Sangat cantik.Bisa menggugurkan hati siapa yang melihat.Jari Farina menuding ke depan.Siti memandang kearah yang di tunjuk Farina.Dia senyum.

“Tuh…kau nampak tak…..buaya ekor kucing parsi tuh dah datang dah…...”Farina tergelak.Siti pun….namun hatinya membeku semula.Diingatkannya Ahmad yang datang….rupa-rupanya…Akim dengan berbaju kemaja putih berseluar jeans Levi’s.Tampan.Namun tidak pernah mencuri hati Siti.Terkadang meloyakan anak tekaknya lagi adalah.Lebih meloyakan bila mana jejaka itu jua bakal berangkat ke Australia di Universiti yang sama dengannya.Namun pada Siti,dengan ketersamaan satu Universiti dengan Akim itu dapat mengurangkan dia berasa takut di tempat orang.Terasa selamat pun ada.Alhamdulillah…

Akim meluru menghampiri Siti,dia datang dengan beberapa orang kawannya yang lain.Mereka bersalaman.

“Ti,Tahniah!!”Mereka bersalaman.Siti menguntum senyuman.

“Naik la….naik-naik….”Siti menjemput mereka naik.Akim mengenyit matanyapada Farina.Farina sempat menjelir pada Akim.Akim pula menunjukkan buku limanya pada muka Farina.Farina menepis.Rimas.Akim menjelirnya kembali.Farina cuba memukul Akim.Tapi sempat dielak.Mereka bertautan senyum.Sempat juga bergurau senda bersama-sama teman lama.Farina masih menunggu tawaran dari mana-mana pusat pengajian tinggi juga.Buat sementara ini dia hanya duduk di rumah.Masih menganggur.

“Duduk eh…duduk…..ha ini pun boleh duduk ni..meh sini……ermm…..nanti aku hidangkan makanan tuk korang…duduk eh…..”Kata Siti.Terpancar keriangan diwajahnya.Farina masih membuntuti Siti.Mereka duduk.

“Ti..tak pe aku yang buat..kau boraklah dengan diorang.Farina mempelawa diri membantu.Siti duduk semula bersila bersama-sama temannya yang lain.

“Ti……tak sangka kan kita dapat satu U……”Akim tersengeh-sengeh.Siti kelat mengukir senyum.

“Kau tak suka ke aku teman kau kat sana nanti…..”Akim mengedap muka Siti.Matanya merenung tajam menggoda.Siti tidak menjawab.Siti bertambah loya dengan caranya.MENYAMPAH GILERRRRR!!Tapi ditahannya supaya tidak muntah kat situ jugak.

Farina datang dengan se talam makanan dan lauk pauk.Suha membantu membawa air.Suha memandang Akim.Menyampah juga dia melihat.Tidak beralih mata Akim merenung Siti.Tenungan Akim bisa membuat Suha menyampah.”Ishh…benci tol aku tengok abang Akim nih…cam nak cucuk je mata dia ngan jari aku nih..Hoi!Encik Akim….kak Siti aku tuh Abang aku yang punya lah!!”hatinya mengherdik.Suha menghampiri Akim.”Siap ko bang….nah…hambeeeeekkkk……ahak…”Suha mengancip gigi,hati menguntum senyum.

“Uuppshhhhh…ah! Soooorryyyyyy……”Nadanya ala-ala Minah Mat salleh celop itu manja dilontarkan Suha.Suha menutup mulutnya dengan tangan.Gaya yang teramat gedik di pose kan oleh Suha.BERHASIL!Dengan rasa tidak bersalah dan dengan sengajanya dia menumpahkan air sirap ke atas seluar Akim.Tumpahan air itu menghentikan ekoran mata Akim pada Siti.Akim bangun dengan tiba-tiba.Siti juga bangun.Siti membantu Akim mengelap seluar yang tertumpah di paha Akim.Farina dan Suha gelak-gelak manja.Betul-betul geli hati mereka.Kawan-kawan yang lain memerhati.Turut geli hati mereka melihat adengan ini.Siti masih menolong Akim mengelap air yang tertumpah tadi.Dilap-lapnya paha Akim dengan kain yang sudah tersedia ditepi teko pembasuh tangan yang dicapainya tadi.

“Takpe..takpe…aku lap sniri….”Akim menarik kain lap tadi.Tapi Siti tetap setia membantu.

“Sori eh…..sian kau….ish…Suha…nih…..”Mata Siti melirik pada Suha.Suha mengetap bibirnya.Tunduk.Farina memandang wajah Siti.Ada sedikit kemarahan.Seolah-olah tidak menghormati tetamu.Tapi Siti marahnya tidak lama.Mungkin hanya mahu menghormati tetamu.Itu saja.Namun sebentar tadi jua Siti sempat mengetap bibirnya dan mengukir sedikit senyuman sambil mengelap seluar Akim.Geli hati jugak dia agaknya.

“Ti…..”Akim memanggilnya.Lembut.

“yer….”Siti menjawab,mata mereka bertemu.Akim senyum.

“Sayang jugak kau kat aku ye….”Akim terus senyum.Siti menyentap kan kain lap tadi pada tangan Akim.Akim menyambutnya.Manja Akim memandang Siti.Siti tajam merenung dengan rasa yang agak marah tapi menggelikan hati.Senyum.Yang lain memerhati.Tumpang berbunga hati melihat mereka berdua.Tanpa Siti sedari Ahmad datang dari muka pintu depan.Memerhati.

”SITI MENGELAP PAHA AKIM DENGAN KAIN LAP TANGAN.MESRA.Drama nih bakal meletop dipawagam………neggegeggeeegege…”Farina berbisik sambil memerhatikan Siti dan Ahmad.Mata Ahmad tajam memanah tepat pada mereka berdua.SITI SENTAP!

”upsshhhhhh…ada hati yang sedang panas memerhati…..ha ha tak tahu……..lallalaallalallalal…”Hati Suha juga menggeli.Taman dihati Suha lebih berbunga dari Siti mahupun Ahmad sekarang ini.Farina pun.Matanya sedang memerhati abangnya.Tercegat.Namun terlalu luhur mempamirkan kecemburuannya.Ahmad perlahan melangkah berlalu ditepi mereka.Siti baru tersedar Ahmad berjalan ditepinya tadi.Mahu luruh sekali lagi hatinya.Ahmad berlalu betul-betul tepi Siti.Berselisih bahu meraka tadi.Terasa hembusan angin cinta dari Ahmad…..Siti meroyan.”AHMAD DATANG!!WAH!!Eh…..baju melayu pink lembut dipakai Ahmad.WAH!!SAMA!!”Siti meroyan…..Sedangkan dia tidak tahu ada hati yang mula cemburu.Siti tidak perasaankah kau waktu itu….????Dia terlalu teruja melihat Ahmad.Akim didepannya memerhati sahaja ekoran mata Siti.”Siapa lelaki nih??”Suara Akim bertanya.Namun Akim kembali mengesat seluarnya tadi.Dirampas kain itu ditangan Siti.Siti hanya membiarkan.Namun masih membantu mengemaskan sedikit tempat air yang tertumpah tadi.Senyum.

”macam janji-janji je nih..wahhhhhhh…….!!Bagai nak gila Siti kat-kat situ jugak….hatinya berbunga-bunga.Dia melihat Farina.Farina menyengeh faham.Hanyut sekali lagi Siti dibuai perasaan.Hati menguntum suka.Jiwa berlagu riang.

”Dia datang……aku sukaaaaaaaaaaaaaaaa…suka sangat nih……arrgghhhh……mau terlentang pengsan aku kat sini nih….warrggghhhhhh……….”Hatinya meloncat-loncat bagai kera dapat bunga.Farina senyum sampai ke telinga.Mata mereka bertentangan.Suha memerhati reaksi dua sahabat ini.”Pasti ada rahsia nih…..!!”Suha mentafsir hati Siti dah Farina.”Siap kau kak Inaaaaa……aku korek-korek rahsia korang…..tungguuuu…….’Detektif Suha’ bakal menjadi detektif termasyhur kat kampung ni nanti sudah siap sedia lapor diri untuk bertugas….ha…ha…ha….”Suha mengeletek hatinya sendiri.Dia mnyengeh juga melihat drama telenovela ini sebentar tadi.

Ahmad duduk dibelakang membantu Abah Nasir menyiapkan air.Waktu zohor sudah masuk.Aliff tidak datang dekat dengan Ahmad.Risau kalau-kalau kawannya tetiba ubah fikiran.Tak pasal-pasal terus balik.Dia ke depan sahaja menanti tetamu dari Surau.Majlis Doa selamat akan berlangsung bila-bila masa sahaja.Ahmad naik menyusuri tangga dapur Siti.Sekali lagi Ahmad lalu ditepi Siti yang duduk ditangga itu.Tidak tahu mengapa ada debar yang menggoncang jantungnya.Laju jantungnya berdetak setiap kali bertembung dengan Ahmad.Namun hatinya gembira.Ahmad masih mahu datang ke rumahnya.Suha masih memerhati.Suka benar dia melihat gelagat Abang dan Kak Sitinya itu.Ahmad berlalu naik ke depan.Farina menarik tangan Siti supaya duduk dibawah.Tapi dia menolak.Ralid Siti merenung Ahmad yang khusyuk berzikir.Seluas ruang yang ada itu hanya Ahmad yang dia nampak.”Mat…biarlah aku melihatmu sepuas-puasnya……akan aku framekan wajah mu yang suci bersih ini kedalam hatiku…dan akan aku bawa bersama terbang di langit biru……ahhhhhhh…….sejuknya hati melihat wajah mu Mat…..”Siti menatap lama wajah itu.Terkadang datang sebak didadanya.Dia bertahan.Dia menghela nafas yang agak lega..Suha masih asyik memerhati Siti.

Siti tetap duduk ditepi tangga dapurnya, menunggu selesainya majlis.Dia bersedia untuk menghulurkan hidangan kepada tetamu.Irma datang dari belakang dan duduk juga sebentar ditepi adiknya itu.Dia memegang tangan Siti.Dia datang membaiki-baiki tudung pink adiknya itu yang dah agak senget.Ahmad memerhati saat itu…”Siti…kau sudah pasti semakin berjauhan dariku…..jagalah dirimu baik-baik ditempat orang…”Ahmad menyambung kembali zikirnya beriringan dengan yang lain.Dipejam matanya rapat.Sebak dadanya…ada sedikit beban yang payah dibuang.Ditarik nafasnya dalam-dalam.Dia juga hanyut dalam kemelut hati…ada rindu yang bakal memintal –mintal disetiap urat-urat nafasnya..Rindu yang bakal menular menjalar meracuni taman hatinya juga.PEDIH!Ada genang airmata dimata jantannya itu.Dia tunduk.Menahan kepedihan.”Pergilah Siti……..terbanglah kau ke dunia luar…namun kembalilah pulang……aku disini menantimu dipintu cintaku……andai ada jodoh….aku terima…….pergilah Siti terbanglah….namun jangan lupa menatap aku di sini…………aku yang sentiasa menanti……..”Ahmad juga pasrah.Dia akur dengan kemahuan hati kali ini.Cuma dia tidak mahu mengakui.Biar Siti dengan cita-citanya.Dia tidak mahu kecewa untuk kedua kalinya.Ah!!Mengapa wajah Ermiza muncul dengan tiba-tiba.”Ya!Allah…..sabarkan aku dalam setiap ujianMu……”Ahmad tunduk untuk sekali lagi.Dibuka matanya.Siti sudah tiada di situ.Lamunannya terhenti.Dia melihat beberapa orang sudah bangun.Membantu menyediakan makanan untuk tetamu.

Selesai sahaja Ustaz Ramli membaca doa,Pak Ngah Zali dan beberapa orang bangun untuk menyediakan makanan pada para tetamu yang datang.Siti turut membantu meletakkan lauk-lauk kedalam talam dan dihulurkan.Tidak menang tangan Siti menghulurkan talam itu,terkadang pada pak Ngah,terkadang pada Alongnya dan terkadang pada Abah Nasir.Hingga terlalu ralid menghulurkan lauk didalam talam tadi.Tanpa dia sedari Ahmad didepannya menghulurkan tangan mahu disambut talam itu.Mata mereka bertembung.Siti membeku.Terpaku.Ahmad menanti.Dia senyum pada Siti.Siti tersentap.Bingung!!”Siti!!lauk….”Angah Shah bersuara.Siti terpinga-pinga.

Siti menghulurkan talam itu.Ahmad menyambutnya.Tapak tangan Ahmad tertampu pada tangan Siti.Tangan mereka bersentuhan.Ngilu rasa hati Siti.Berderau darah Siti..terasa sampai kehujung kakinya.Tiada siapa yang tahu gelora yang sebesar tsunami itu sedang menghentam hatinya sekali lagi.Hati Ahmad juga barangkali.Ahmad senyum sinis.Siti bagai mahu terkam memeluknya.Gejolak hatinya meraung-raung.Siti lemah…tidak berdaya untuk bertahan lagi.Perlahan-lahan dia turun dari tangga dapur itu..Menggeletar seluruh tubuh kecil moleknya itu.Dia membaiki tudungnya sedikit.Siti turun dari tangga.Ada sakit menghimpit dadanya.Suha datang menghulurkan talam selepas itu...Dia berundur perlahan-lahan….Mungkin tidak perasan pun Siti berlalu.Pantas Siti keluar dari dapur.Dia menuju ke sungai.Suka bercampur sedih.Pedih hati ditikam-tikam dek rindu yang bakal digalas jauh membawanya terbang bersama nanti.Dia berlari menuju ke sebatang pokok kelapa di sungai itu.Berhenti dia disitu.Terbayang wajah Ahmad menyinggah membebani hati.Sakit.Dia menangis sepuas-puasnya.. Berat hati untuk meninggalkan Ahmad……..Dia memandang ke langit.Memohon ke-Rahmatan Tuhan.”Ya Allah tolonglah aku……..aku lemah….tolonglah hamba mu….”Mengalir airmatanya.”aku sudah tiada daya….tolonglah aku Ya Allah..hanya denganMu aku bermohon…..”Siti pasrah sepasrahnya.Hampir terduduk dia di situ.Lunyai hati terbayang Ahmad.Terpaksa dia tinggalkan cinta hatinya itu jauh……tidak ada lagi didepan mata nanti.Lemah longlai rasanya badan Siti..menggeletar lututnya.Namun dikuatkan kakinya itu…supaya tidak rebah.Tertunduk dia membiarkan airmata mengalir laju luruh ke pipinya.Sentuhan itu tadi bisa merenyuk hatinya.

‘’Ti……”Siti terkejut.Ada tangan yang menyentuh lengannya.Siti berpaling melihat siapa.Terkedu jua Siti kali ini.

‘’Abang!!”

cepat-cepat Siti mengesat airmatanya.Ahmad menghampiri.Dekat.Dekat sangat.Ahmad menoleh kiri dan kanan,kalau-kalau ada orang disekeliling mereka.Tidak mahu rasanya difitnah lagi.Namun kali ini Ahmad biarkan saja.Dia mahu bercakap seketika dengan Siti.Biarpun sekejap.Mungkin ini kali terakhir dia dapat berbicaranya sebelum Siti pergi.

“Ti…….”Ahmad datang dekat lagi.Rapat betul-betul depan Siti.Siti tunduk.Tak dapat lagi air matanya dibendung.Dia membiarkan saja airmatanya gugur.Sesekali Siti mengesat airmata itu.Dia sudah kalah berperang dengan dirinya sendiri.Sakit….sakit….sakit…sakit sangat-sangat kerna dia bakal meninggalkan Ahmad.Nafasnya terasa sesak…tersekat-sekat sekali lagi tidak lega-lega dihelanya.Dia tetap tunduk rapat disisi Ahmad.Tidak mahu berganjak rasanya dia di situ.

“Kenapa……….hemmmmm……….??’’.Manja suara itu menyoal Siti.Mahu saja rasanya saat ini dia mati dalam dangkapan Ahmad.Dia sudah lemas…Teringin benar rasanya Siti memeluk Ahmad.Tidak mahu dilepaskan dan tak akan melepaskan.Biar kesakitan ini mereda diubati.Namun Siti tiada daya jua.Ahmad datang terlalu rapat dengannya.Dia mengesat airmata Siti.Siti teresak-esak menangis.Menghampiri dada bidang lelaki itu.Terasa belaian itu dari Ahmad.Siti memegang tangan yang membelai mukanya tadi.Siti mencium tangan Ahmad yang mengesat airmatanya.Dia memejamkan mata.Perlahan jua tangan kiri Ahmad memegang pipi Siti..Ahmad tetap mengesat airmata gadis itu.Membelai manja..walau tiada ungkapan cinta..namun dapat dirasai……….….BAGAI DUNIA INI HANYA MEREKA YANG PUNYA…..

“Ti……...selamat pergi…… ..selamat balik yer……jaga diri baik-baik di tempat orang……..”sebak juga Ahmad saat itu.Kata-kata itu mencucuk-cucuk dada Siti yang sarat dibebani kepedihan.Ahmad mengangkat muka Siti,disentuh lembut dengan tangannya.Ahmad merenung gadis itu……lama tenungannya…Namun dia mula tersedar…dia tidak mahu memberi harapan pada Siti.Bimbang dia juga tidak mampu memiliki.Cepat-cepat Ahmad melepaskan tangannya dan berpaling mahu pergi.Siti sempat memegang lengan Ahmad.Ahmad tetap tidak berpaling…Siti menggenggam tangan Ahmad dari belakang.Dicium sekali lagi tangan itu.Dengan rela Siti melepaskannya……….Tidak berdaya menahan…..Ahmad tidak juga berpaling.Hatinya sarat dibebani kasih yang banyak.Ahmad tetaplah berlalu……

Ahmad berlalu dengan seribu persoalan dihati..Siti longlai lalu terduduk.Tidak bangun-bangun.Teresak-esak dia sorang-sorang di situ.Bagai mahu meraung rasanya……………….Lama Siti di situ sehinggalah Farina datang menjemputnya pulang.Farina perasan mata Siti membengkak.Dia tidak menyoal seakan faham apa yang berbekam dihati………Namun Siti tetap mendatanginya.Dan memeluk Farina sekuat-kuatnya…..





AIRPORT- 3.05 petang.

Siti memeluk ibunya kuat-kuat…Aliff dan Irma pun memeluk Siti untuk sekian kali ini.Mereka bakal berpisah nanti.Disaat akhir ini pun,jauh di sudut hati Siti masih mengharap Ahmad datang mengiring kepergiannya.Dia menanti dengan penuh sabar..”Mat datang lah…aku sudah mahu pergi…….”Hatinya meronta-ronta memanggil-manggil Ahmad……………

“Jaga diri baik-baik yer Ti…..apa-apa call atau e-mail akak yer….”Pesan Irma pada adiknya itu.Mereka empat beranak berpelukan.Ramai juga yang hantar Siti,Keluarga Farina,Mak Long Senah dan Pak Long Hasan dan keluarga terdekat mereka.Mak Anum dan Suha juga ada di situ.Mahu saja dia bertanyakan Suha,namun dia tidak tergamak.

“Ti…jom kita dah lambat nih….”Akim yang turut berada di situ akan berlepas bersama-sama Siti nanti.Keluarga Akim juga ramai yang hadir.

“Abang Ahmad tak datang ke Ti…”Farina menyoal Siti.

“Ntah la Ina……”Siti menghela nafas yang tersekat-sekatnya itu.Farina seolah-olah faham.Dia memaut bahu Siti.Siti tunduk sebak.Farina meredakan Siti.Dia menggosok-gosok bahu Siti.Sebaknya semakin memedihkan hati.Suha datang dekat dengan Siti.

“Kak………”Suha menarik tangan Siti.Dia menghulurkan sesuatu ditangan Siti.Siti menggenggamnya.Satu kotak berwarna pink yang diikat dengan riben krim.Cantik.

“Apa ni Suha….??”Siti menyoal dengan nada yang agak tersekat-sekat.

“Ambik la kak…dari Abang……”Suha memeluk Siti kuat.Seolah-olah faham.Hati Siti bertambah patah.Dia mula sedar Ahmad tidak datang mengiringi pemergiannya.”sampai hati abang tak datang….”hatinya meraung…….hanya Tuhan yang tahu saat itu…..SEPARUH JIWANYA MELAYANG PERGI………Bagai dibaham Tsunami.Cepat-cepat Siti melepaskan pelukkan itu…

“Ti…sudah la…dah lambat nih…”Mak Nah pula bersuara.Akim tetap menunggu.Setia dia menunggu Siti.

“Ti…dah ready ke lum nih..??”Akim menyoalnya.Siti menggangguk.

“Ti ….jaga diri baik-baik Nak……”Mak Nah mengesat airmata Siti.Siti memeluk lagi ibunya kuat-kuat seperti tidak mahu pergi.

“Mak…..Siti sayang mak……”Siti mencium tangan ibunya dan memeluk lagi.Mak Anum datang dari belakang.

“Siti……..cepatlah….dah lambat ni Nak..”Berdarah hati Siti bagai dipalu.Dia memalingkan tubuhnya dari Mak Nah,Dia memeluk Mak Anum pula.Lama Dipeluknya.Mak Anum menggosok-gosok belakang Siti.Terasa mereda dihatinya.

“mak Anum…kimsalam kat Abang Ahmad ye……”Siti bisikkan ke telinga mak Anum.Mak Anum mengangguk.Dilepaskan pelukkan itu.Siti bergegas pergi.Dia dan Akim masuk kedalam.Sebelumnya dia sempat melambai-lambai tangan pada mereka semua.Namun jauh disudut hati..Ahmad juga yang dilihatnya disetiap ruang kosong yang ada…..”SELAMAT TINGGAL BANG……BIARPUN KAU TIADA….AKU TETAP MERASAI KEHADIRANMU………”Siti tidak berpaling lagi…..jauh meninggalkan mereka semua…….

Selepas menaiki penerangan menuju ke KLIA yang memakan masa 45 min sahaja tadi.Siti dan Akim tergesa-gesa menuju ke Terminal Antarabangsa pula.Cepat-cepat mereka mencari surau di situ hendak menunaikan solat asar.Penerbangan A330-300 ke Autralia nanti pada pukul 6.00 nanti.Namun sempat juga sebentar tadi Akim membeli roti dan air untuk mereka berdua.Akim begitu setia menjaga Siti.Dia sudah agak biasa dengan suasana di Airport.Dia selalu ke KL menaiki kapal terbang mahupun melancong keluar Negara.Akim adalah anak kepada Pengetua sekolah mereka,iaitu Cikgu Roslan,manakala ibunya,Puan Tiara,Pengetua juga di sekolah Menengah asrama penuh di kawasan kampung mereka.Lama juga menanti saat hendak berangkat.Siti lebih banyak mendiamkan diri.Akim membiarkan sahaja,malas untuk mengganggu Siti.Dia sudah melihat terlalu banyak airmata yang tertumpah tadi.Tidak mahu mengganggu kalau-kalau membuat Siti lagi sedih.Namun sering diihat Siti menekan-nekan telefon..namun tidak juga dia menelefon sesiapa.

“Kau tekan-tekan talipon….dari tadi tak cakap-cakap pun aku tengok…”Akim menyoal.

“tak de apa lah….”Siti terus memasukkan telefon kedalam poketnya.

“jom la….dah panggil suruh masuk tuh..”Siti cepat-cepat menarik beg galasnya.Akim hanya memandang.Mereka menuju ke ruang masuk.Dan mencari tempat duduk mereka didalam perut pesawat.Siti meletakkan beg nya diatas.Akim menolong.Tidak semena-mena sebuah kotak jauh dari begnya.Sempat Akim menyambutnya.

“Ti…….nah…”Dia menghulurkannya pada Siti.Siti memandang pada kotak itu.Baru dia teringat kotak tadi diberi oleh Suha.Siti memegang kotak itu.Siti masih memerhati kotak itu.“Tak nak buka ker….?”Akim menyoal.Siti masih diam.Matanya memandang ke luar.Jauh pandangannya.Sebak.”Sampai hati abang tak datang…….”sekali lagi hatinya dihentam rasa sakit didada.Sarat menyelinap segenap ruang.

Kini Siti sudah di Awangan.Melihat kepul-kepul awan.Terasa jauh dari keluarga.Terasa sangat jauh dari Ahmad kini,mahu saja rasanya dia terjun dari kapal terbang itu….”mak………Siti nak balik…….Abang……..Siti rindu Abang…….”Siti menarik tali kotak berwarna pink itu.Dia membukanya.Akim setia menemani.Ingin dilihat apa yang ada didalam kotak itu.

“Cepat la bukak..tak sabar aku nak tengok ni..”Akim menggerakkan sikunya menghantuk ke siku Siti.Siti memandang Akim.Akim melihat mata Siti.Ada genang air dikelopak matanya.Siti mengangkat penutup kotak kecil sebesar tapak tangannya itu tadi.Siti mengangkatnya,sehelai tudung yang cantik berwarna pelangi.Lembut warna-warna itu tercorak.Sesuai dengan Siti.

“Wah…cantiknya……..”Akim memuji sambil menyentuh kain tudung itu.Dia memerhati Siti.Akim sempat mengukirkan senyum.cuba meredakan hati Siti.Siti melepaskan nafasnya yang tak penah lega itu…..

“Ti…….tuh…”.Tangan Akim menunjukkan pada Siti ada sekeping kad kecil didalamnya.Siti membukanya dan dibaca……



Siti,

Maafkan Abang…..…,Abang tidak datang……..Hanya ini yang mampu Abang kirimkan sebagai pengganti diri……Jaga diri baik-baik……

Salam dari jauh,

Abang.



Tanpa sepatah kata..Siti mengucup tudung itu.Menangis teresak-esak Siti saat itu.Akim yang memerhati cuba meredakan Siti.Namun tidak reda-reda jua.Akim mengambil kad itu dari tangan Siti.Akim memandang Siti.Senak dadanya juga membaca Kad itu.”dari siapa agaknya yer…..”Hati Akim bertanya sendiri.

“Ti………sabar Ti……..aku ada teman kau kat Sini……”Cuba dia meredakan Siti.Siti menangis dan terusan menangis.Jauh pandangan Siti kearah kepul-kepul awan.....”ABANG………..SITI RINDU ABANG……..”Sekali lagi Dia mencium tudung itu.Airmatanya mengalir……Akim hanya mampu memerhati tiada daya untuk membantu lagi…………………………SELAMAT TINGGAL CINTA…..AKU PERGI UNTUK SEKETIKA…NANTIKAN AKU…..AKAN AKU PULANG MEMINTAL KASIH INI DENGANMU……ABANG…..AKU RINDU……Siti memejam matanya rapat-rapat sambil mencium tudung itu…..ANDAI INI PENGGANTI DIRIMU…..TERIMA KASIH ABANG…..TERIMA KASIH……..Langit yang membiru menyusuri lautan hati…..Awan yang memutih menyesakkan jiwa…….…….Namun angin-angin rindu memaut kalbu yang berbunga…….

0 ulasan: