CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tok Dan Opah

Tok Dan Opah

Assalammualaikum...

Selamat datang ke blog Shahir+Adira=Shahira.. Kami ingin berterima kasih kerana sudi melihat blog ini.. Kami admin mengalu-alukan semua agar sentiasa memasuki blog ini dan melepak di blog ini..Terima kasih buat Yunie Zahan kerana sudi berkongsi novel "September Musim Cinta"...Sebarang komen atau apa2 saja tulisla di Jom Chat...

Shahir dan Adira

Shahir dan Adira

-: B!LA C!NTA :-

-: B!LA C!NTA :-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

~WELCOME~

Bio Shahira

Bio Shahira

SHAHIRA

SHAHIRA
ADIRA & SHAHIR

Love Shahira

Birthday Shahir

Birthday Adira

-: ShahiraZONE :-

AKUJANJI SHAHIRATICS..ekekeke kalau x tepati bkn shahiratics sejati..

Sebab admin sayang sgt dgn Kg Shahiratics, Tok Ketua, Penolong Tok Ketua n penduduknya...so ada beberapa isu admin nk bangkitkan di sini. Tak semua org suka apa yg kite suka, so kene sentiasa berhemah sentiasa k.

Sebagai warga kampung Shahiratics yg sejati, anda diminta mematuhi arahan-arahan berikut;-

1. MEROYAN

- Sila royan dgn berhemah. Dilarang mengekspresikan perasaan diri yang keterlaluan sama ada gembira atau sedih atau dlm ertikata lain meroyan, merobuk di kampung/umah lain selain di kg shahiratics. (Cth kampung/umah lain; Shahir af8, Adira fan club, wall mak anum, wall kak nam etc...)

- Kene fikir jgk sensitiviti n perasaan org lain.

2. EDIT GAMBAR

- Org kg shahiratics mmg kreatif, tak dinafikan lg. Tapi, sebarang gambar2 yg diedit perlulah menepati piawai yang telah ditetapkan, atau admin akan delete.

i) tiada sebarang gambar2 edit yang keterlaluan (seperti berpelukan, badan lain muka lain; badan sheila majid, muka adira-tidak dibenarkan sama sekali)

-Kalo nk edit gambo org tu...pandai2 la mintak kebenaran ye...

3. TAG/MENEMPEK GAMBAR/VIDEO

- dilarang menampal atau men'tag' sebarang gambar shahira di wall pihak lain terutama wall umum sepetri wall mak anum dan wall kak nam tanpa kebenaran admin shahiratics (p/s: kami memahami keinginan anda untuk berkarya dan berkongsi kegembiraan tetapi tidak semua yang setuju dengan kegembiraan dan kekreatifan kita berkarya).

- Tag berpada2..kalau gmbar Shahira berdua tu tak perlulah tag d page Shahir Af8 cthnye...or pada keluarga mereka. Tag/tempek ikut kesesuaian lah ye. Jgn la kat wall mak anum tag gambar Adira lak cthnye.

4. KREDIT GAMBAR/VIDEO

- sebarang gambar/video yg diambil dari pihak ketiga, sila kreditkan nama pihak terbabit.

5. TETAMU TAK DIUNDANG

- apabila ada tetamu yang tidak diundang datang, sambut mereka dgn sennyuman, bentangkan kapet merah siap dgn bunga manggar or tarian naga ke skali walau kita tak tahu apa tujuan mereka.

- apa jua provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak lain jgn mudah melatah. Jika masih rasa marah..tekan tanda =)

6. SPEKULASI

- dilarang membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita/keadaan sebenar walaupun di dalam hati kita punya taman bunga sebesar alam.

- dilarang 'copy & paste' atau'print screen' apa2 jua perbualan dari pihak lain tanpa mengetahui apa yang diperkatakan..

- nk CSI pun, jgn la terang-terangan sgt...coverline skit k

7. KUTUKAN/PROVOKASI/PERGADUHAN

- Jangan cpt melatah...kite relax je org nk kata apa. Ingat moto KG. CHILL & IGNORE =)

- Dilarang wujudkan sebarang pergaduhan di Kg. Jika ada..pandai2 lah sejukkan/tenangkan keadaan ye. kalau ada org baru yg masih tak faham konsep di kg kite...sila2 lah tunjuk ajar ye.

- tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan/perbalahan/ atau apa2 yang menyebabkan perasaan tidak senang kpd sesiapa jua yg membaca. sebelum berkata atau menulis apa2..fikirkan perasaan org yg membaca dgn meletakkan diri sendiri di tempat org yg diperkatakan..

8. KERAHSIAAN/ISU SENSITIF

- isu2 sensitif dan rahsia kg.. jika ada perkara2 yg terpaksa diperap dalam peti besi yg dirahsiakan lokasinya bukan la bermakna admin xnak kongsikan ngan org kg terchenta nie tapi itu adalah untuk tujuan keselamatan dan keamanan kg tercinta nie n menjaga keselamatan pihak2 yg berkenaan.. org2 kg yg sejati mesti faham kan? Tapi kami cuba sedaya upaya berikan sajian menarik utk semua ..

9. NAMA SHAHIRATICS

- Sapa2 yg pakai nama fb ada shahiratics tu...pandai2 la behave ye, lg2 kat umah/kg org lain...korng bawak nama shahiratics, so kalo buat apa2 ramai yg melihat...lg2 kalo wat salah. jgn nnti hnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga...k =)

**Admin cuba buat yg terbaik utk semua..utk Kampung Shahiratics, org2 kg n tak lupa juge buat SHAHIRA kesayangan kite. Harap semua leh beri kerjasama ye... Ni semua utk kesejahteraan kg.. =)

SAYANG SHAHIR+ADIRA=SHAHIRA

SAYANG KG SHAHIRATICS

SAYANG WARGA SHAHIRATICS SEMUA

CHILL & IGNORE

ANYTIME ANYWHERE

September Musim Cinta

September Musim Cinta

Selasa, 28 September 2010

SEPTEMBER MUSIM CINTA-BAB 12

Sudah hampir 3 tahun di Negara orang,pelbagai rintangan juga di lalui.Siti menghitung harinya.Cuti musim sejuk pada bulan Mei nanti dia bercadang untuk pulang.Terasa rindu benar dia pada keluarga.Hatinya meronta-ronta untuk pulang.Apatah lagi dapat melihat dan menyulam kasih dengan orang tersayang.Itulah harapannya.Walaupun perlu dirahsiakan dulu daripada pengetahuan keluarga,Siti sanggup.Dia tidak mahu tergopoh-gopoh dalam hal ini.Walaupun sudah mengenali hati budi Ahmad,Siti tetap mahu perkara ini dirahsiakan.Ahmad menurut kemahuannya.Mungkin ada baiknya,buat mereka.Farina pula adalah satu-satunya oarng yang siti Sangat-sangat percayai.Terkadang terselit jua rasa bersalahnya pada Kak Irma,kerana tidak berkongsi cerita gembira ini.Namun Siti tetap menahan semua ini.Biarlah menjadi rahsianya dulu.KALAU DAH JODOH TIDAK KE MANA… Dulu Sitilah menghantar E-mail pada Farina supaya memberi alamat e-mail dan nombor telefon Siti pada Ahmad.Semenjak itu mereka sering berhubungan.Kalau tidak telefon pun pasti ada e-mail dari Ahmad.Kini masing-masing agak sibuk.Namun andai berpeluang Siti pasti menghubungi,berSMS atau menghantar E-mail padanya.KASIHNYA BERBUNGA DIHATI…SAYANGNYA BERKEMBANG DIJIWA…….RINDUNYA BERSINAR DIKALBU …CINTANYA BERSULAM JANJI ……Abang..terima kasih kerna mencintaiku……

Hari ini dia pulang berdua sahaja dengan Ain,Akim sudah keluar dengan rakan-rakan yang lain selepas kuliah.Katanya mahu melihat live-band berhampiran Sydney Opera House terletak di bandaraya Sydney. Rumah opera ini terletak berdekatan dengan Sydney Harbour Bridge menjadikan kedua-dua bangunan ini sebagai mercu tanda untuk negara Australia.Berkali-kali juga Siti ke sana bersama teman-teman.Bergambar sakan jugak lah Siti di situ.Apa tidaknya jutaan pelancong yang datang melawat setiap tahun. Reka bentuknya yang bersumberkan bentuk cangkerang laut.Sangat mempesonakan mata memandang. Selain dari objek pelancongan, ia menjadi tempat untuk pelbagai pertunjukkan teater muzikal, opera, opereta, balet dan lain-lain seni teater..Akim selalu ke sana.Namun Siti hanya sempat bergambar saja di luarnya.Pemandangan yang sangat cantik bisa buat Siti meroyan bergambar di situ bersama-sama teman se kampus.

”Bestnya andai kau ada Mat….boleh kita bergambar di Sini...Dimana jua pun kau……..kau sentiasa ada denganku Mat..tidak sesaat pun aku ‘tertidur’ mengingatimu…”Bisik hatinya.

Pada musim salji nanti Siti bercadang bercuti di cerun ski tertinggi di Australia di Charlotte Pass dan daki Mt Kosciuszko iaitu puncak tertinggi di Australia. Di puncaknya nanti Siti mahu melihat kawasan Simpanan Biosfera UNESCO dengan 20 spesies tumbuhan yang tidak dapat ditemui di tempat lain di dunia ini. Pada musim sejuk,itu dia ingin bermain salji di padang seperti Thredbo dan Perisher Blue.Snowy Mountain mempunyai pemandangan yang sangat cantik.Peluang ini bakal Siti kutip bersama-sama teman-temannya nanti.Kerana pada tahun hadapan dia hanya mahu menumpukan perhatian pada kuliahnya sahaja.

Siti berjalan kaki bersama-sama Ain pulang dari kampus.Ain sempat menanyakan Siti tentang hajatnya yang mahu pulang ke kampung selepas bercuti sebulan bersama-sama teman nanti.selepas itu baru Siti bercadang mahu pulang ke Malaysia.

“Ti…..sure ke nak balik nih..??”Tanya Ain pada Siti.Siti mengangguk sambil didalam mulutnya penuh dengan makanan.Lapar sangat dia waktu itu.Dari tengah hari tidak makan apa pun.

“Ti….ko dengan Akim macamana??”tanya Ain tetiba.Siti sentap.

“Apa…????”

“Kau dengan Akim…..”dua jari telunjuk Ain bertautan.Siti faham maksud Ain.

“Ishhhh…kita orang kawan je la…..tolong la Ain….tak naklah aku…..”Siti menafikannya.Benar tidak ada apa-apa.Pasti.

“Ehh…Ain..aku nak tanya kau nih….ermm..Aishah tu dah ada pakwe lum???”Siti menyoal Ain.

“Aishah yang mana satu…??”Tanya Ain pada Siti.

“Budak junior kita tuh…yang kecil molek tuh la….budak Sarawak eh…??”tanya Siti lagi.

“a’aaa…….Kenapa….??”

“Takde la saje je aku nak tau…..dah ada pakwe lum budak tuh..”Siti inginkan kepastian.

“Apsal tetiba kau tanya Aishah??’’Ain merenung Siti.Dia juga sedang mengunyah roti bermentega itu.Selera benar mereka makan.Lapar.

“Takde la…aku tanya je……”.Ain masih terpinga-pinga.sambil dibaiki mafla ditengkuknya.mereka Bebaju jaket labuh melindungi tubuh dari kesejukan.dingin hari ini.

“Eh Ti….cakap ar kenapa..kenapa ngan budak junior kita tuh…..cakap la…..”Ain mengharap Siti menjawab soalannya.Namun Siti hanya menyengeh dan menarik mafla ditengkuknya juga.Mereka sedang menyusuri jalan pulang dari kampus ke rumah sewa mereka yang terletak tidak jauh dari kampusnya.Banyak yang mereka bualkan.Tambah-tambah lagi Siti mahu pulang ke kampung selepas exam nanti.Mei ini hingga September adalah musim salji di Sini.Pada mulanya mereka merancang untuk bercuti dahulu,Namun semuanya dalam perancangan.Siti mahu menumpukan perhatian pada pelajarannya dulu.Apatah lagi TESL (teaching english as second language)ini terkadang buat kepala Siti rasa dicucuk-cucuk juga.

Jam menunjukkan pukul 7:30 malam di Australia,manakala di Malaysia pada pukul 4:30 petang.Siti hampir terlupa menelefon kakaknya di Kampung.Hari ini Irma bertunang.Siti tidak menyangka pertemuan pertama Irma dengan doktor Nubhan dulu membuahkan hasil.Padanlah selama dia di Hospital dulu Irma selalu sangat menyengeh sorang-sorang sewaktu menjaganya.Rupanya ada orang yang sedang meng-ayat Irma.Pernah jugak sesekali dia bergayut lama-lama ditepi katil bilik.Tapi Siti tidak pernah mengganggu.Disangka kawan lelaki Irma di kampus.Rupa-rupanya doktor Nubhan sudah menjadi doktor cinta bagi kakaknya.Irma kini sudah berkerja.Dia berkerja disebuah Bank di Kuala Lumpur.Sunyi jugak la rumah Siti sekarang.Hanya tinggal Aliff dan ibunya.Aliff juga sudah berbaik dengan Ahmad.Jenuh jugak Siti memujuk buah hatinya itu untuk bertegur sapa dengan Along.Teringat waktu Siti menelefon Ahmad dilewat malam waktu Malaysia.

“Abang.....”

“apa.Ti…”

“Maafkanlah Along….dia jut nak protect family dia kan….kalo abang macamana…..tentu nak protect family jugakkan…..”Siti memujuk.ahmad dengan sendirinya menjadi lembut hati.mungkin kemarahan itu menutup kebenaran.akhirnya Ahmad akur dengan pujukan Siti.

“Ti…jangan risau….sekarang nih jugak abang pegi umah Ti…nak..??”Ahmad berseloroh.

“Mengada-ngada..takleh tunggu esok ke…dah lewat ni kan….”Siti manja ditalian.

“Sayang punya pasal..apa-apa punnnn bolehhhh……”.mereka ketawa.Terasa kemesraan ini kian dibajai.Namun lamunan siti berhenti di sini.Ain datang menepuk meja studynya.Tersentak juga Siti di situ.

“Ti…..kau dah call dah kak Irma kau…??”tanya Ain yang baru saja lepas mandi.

“apsal…..buat apa call??”Siti sememangnya sudah lupa.Sah!!Dia sengal dengan exam yang bakal di tempuhnya nanti.Dia hampir lupa semuanya termasuk ber e-mail dengan Ahmad sekali pun.Lagi pun Ahmad juga agak sudah lama tidak membalas E-mail atau pun menelefonnya,apatah lagi menghantar SMS.Agaknya Ahmad sudah terlalu sibuk dengan kerjanya di Bandar.Ahmad kini sudah berkerja dengan Pak Usu Normannya.Puas dipujuk Mak Anum,Siti pun…akhirnya dia beralah.Sempat dia menelefon Siti 3 bulan yang lalu.Namun hampir sudah terlalu lama Ahmad tidak menghubunginya.Terkadang Siti merasakan seperti ada yang tidak kena.Namun dia mematikan sangkaan buruknya itu.Mungkin Ahmad terlalu sibuk dengan tugas barunya di Bandar besar seperti Johor bahru itu.Sempat Ahmad berseloroh dengannya dulu didalam telefon.Siti mengimbau saat indahnya itu.

“Abang kerja jauh ni Siti tak risau ke….??’’Ahmad bertanya nakal.

“Apa nak risau….Siti lagi jauh dari Abang tau…jangan lupa tuh….”Ahmad terdiam sekejap mendengar kata-kata dari Siti.

“kenapa…..suka eh duk kat sana dengan Akim….??”Ahmad membidas Siti.“Eh..ke situ pulak Abang….apa plak cakap macam tuh…”Siti mula nak merajuk.Al-maklumlah jauh…nak manja manja ditalian bak kucing parsi la tuh…Meowwwww.

“Siti……Siti……..alah……majuk la plak……sayanggggg…….”Siti tetap diam.Ahmad lembut nadanya memujuk.

“Tak mo cakap dengan abang dah..benci tau….”suara Siti manja dicorong radio.Mau saja Ahmad tergolek kat situ jugak masa berbual dengannya.

“Ti…majuk-majuk kang Abang cium kang……hah…nak ke…..???”Ahmad mengusik manja.

“ngengade…..gatal….”Siti marah.Kedengaran seperti suka juga.

“Ti…”

“Apa….”

“Ti………”

“Apa…..’’

“Syyyyyyy…….”

“apa….”

“Syyyyyyy……diam la….diamla..dengar nih…..diam eh..”Ahmad menyuruh Siti diam.

“Ok…apa….”Siti menurut.

“Nakk adiah tak…….”Ahmad menyoal lembut ditelinga.

“adiah??adiah apa??”Siti tanya lagi.

“Ok kalau nak diam eh.”

“Ok”Siti akur.

“Siti diam eh……nak post dah nih……jap…..diam eh……….”

“Muuuaaahhhhh!!”

Satu kucupan mesra diangin lalu memintas danau hati yang bergelora.Siti terpaku.

“Oklah Ti…..dah sampai kan………simpan hadiah ni tau..jangan bagi kat orang lain plak……..khas dari Abang untuk Siti sorang je tau……Bai sayangggg…….Muahhh…..Assalamualaikum..”Ahmad meletakkan gagang telefonnya itu.Siti terkedu.Tidak sempat pun menjawab salam dari Ahmad.Terasa bagai dunia ini Siti yang punya.Melayang-layang dia terapung di awangan.Membuai jiwa yang sarat rindu dengan suara itu tadi.

‘’Siti…kau telipon tak kakak kau..??”Ain mematikan khayalanya.Untuk sekali lagi!!

“sengal tul kau ni yer…ari nih kan kak Irma kau bertunang…apa la…….ish…call la cepat..nah!”Ain menghulurkan HPhone kepada Siti.Cepat-cepat dia menghubungi keluarganya itu.Dia ucapkan tahniah kepada Irma.Walau dikejauhan Siti tetap menumpang bahagia.Tidak lama mereka berborak kerana rombongan sudah sampai.Siti terpaksa memutuskan taliannya.Dia juga sibuk untuk bersiap-siap ke perpustakaan pula dengan Ain.

Keesokkan harinya Siti banyak menghabiskan masa bersama Akim.Ain pula sibuk menghilang entah kemana bersama teman tapi mesranya itu,Maulana.Terpaksalah Siti mengekor Akim hari itu.

“Ti……kau perasan tak..akhir-akhir ni kan ramai sangat tanya status hubungan kita kan………”Siti ralid menelaah dibawah pokok yang rendang di tepi Universitinya.Akim masih menanti reaksi Siti.Namun Siti tetap tiada sepatah kata.Tunduk dan membelek-belek bukunya.Ralid. Akim temannya yang setia menemani saat suka atau sedih.Akim tak pernah putus menghulurkan bantuan bila diperlukan,Ramai yang beranggapan mereka pasangan terhangat di Universiti.Namun jauh di sudut hati Siti mahupun tidak pernah berbicara soal itu.Kalau ada pun Siti ataupun Akim lebih selesa menjadi kawan.Lebih santai bagi mereka.

“Hoi!!””Akim menghempuk buku setebal 4 inci ke bahu Siti.

“Adoi….apa….ishhh…sakitlah..”Siti yang tersedar dari dihempuk itu merenget macam budak.Agak sakit ditepuk dengan buku itu.Dia merenung tepat pada mata Akim.Marah.

“Ha…….kan dapat hadiah dari aku…orang cakap tak nak dengar….”Akim mengadap muka Siti.Siti masih menggosok-gosok bahunya.

“Apa….ishhhh…..??”Wajah Siti berubah.Marah jugak dia dengan Akim tadi.

“Allolololoololololoo..marah eh…….sakit eh….meh aku tolong gosokkan…”Tangan Akim cuba menggosok bahu Siti.Belum sempat disentuh Siti menonyoh kepala Akim.

“adoi…….kasar la kau nih…….”Akim yang hampir tersungkur kebelakang.

“Gatal!!Kau nak amik kesempatan eh…….ni….ni..kau nak….???”Siti menunjukkan buku lima dekat dengan muka Akim.Akim tersengeh sambil membaiki kedudukannya.

“kau kalo marah kan…shooomelllll sangat Ti……”Akim mengakui kecantikan Siti.Siti menjeling padanya.

“Hah!!Jelingan kau ni kan Ti….argghhhh…boleh buat aku mati tau..!!”Akim lagilah mengusik-ngusik Siti.Mengakui kebenaran.

“Over…O.V.E.R……OVER!!....HUH!!”Siti melirik-lirikkan matanya acap-acap kali sambil menjeling.Akim Ketawa.Cantik lirikkan nakal dari Siti.Mereka ketawa bersama-sama.Ramai yang lalu lalang hanya melihat pasangan dua sejoli ini,tumpang berbunga hati.Persoalan tadi berlalu begitu sahaja.Tiada jawapan.Akim tetap memandang Siti.Sesekali dia mengetap bibirnya.Dia tunduk kebawah menenyeh-nenyeh sebatang pen di atas tanah dekat dengan lututnya.

”Siti…siti……andai aku dapat milikimu……Ah!tak mungkin dia ndakkk…….”Akim mematikan gejolak didasar hatinya.Dia tidak mungkin dapat mencintai Siti.TIDAK!Dia lebih selesa berdampingan dengan Siti sebagai kawan.Walaupun pada Siti dia seperti buaya tembaga yang berekor kucing Parsi itu dia masih tahu menjaga tatasusila sebagai lelaki.Siti mula mengakui Dia diantara lelaki yang terbaik pernah Siti temui.Akim bukanlah seperti yang dia duga selama ini.Setelah bersama-sama menempuh hidup di tempat orang.Siti sedar Akim terlalu baik.Terlalu bertanggungjawab dan terkadang mahu juga hatinya dibalik-balikkan dengan rasa suka atau mungkin berkenan dengan perangainya.Namun Siti tidak mahu meletak sebarang harapan.Hatinya sudah jauh ditinggalkan di kampung.Cintanya pada Ahmad sangat suci.Mana mungkin dia berpaling menduakan Ahmad.Namun sejak akhir-akhir ini Siti sering bermimpi,memakai pakaian putih.Dia tidak tahu apa maksud tafsiran mimpi itu.Namun cukup mengganggu emosinya.Malah bukan sekali dia bermimpi begitu….sejak akhir-akhir ini.

Hari ini juga mereka melepak di bawah pokok besar tepi pagar Universitinya.Masih duduk berdua di situ.Ramai juga yang lain disekeliling namun tidak dihiraukan.Cuma terkadang bertegur sapa sesama rakan kuliah mereka.Mereka baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan.

Akim merenung wajah Siti.Dari pagi tadi sebenarnya dia perasan wajah itu sugul.Tiada sebarang senyuman yang terukir di bibirnya.

”ada yang tak kena nih…..kena tanya jugak nih..kalau tak tanya…tak paksa tak mau diceritanya….payahhhhh!!”Panjang juga keluan hati si Akim ini.

“Ti…..kenapa??”Setelah agak lama duduk di situ,Akim bertanya.Dilihat mata Siti agak berkaca dipantul cahaya.lain sangat.sedikit bengkak mata itu.Baru dia perasan.Ada genang dikelopak mata yang ditahan.Tunggu masa mahu luruh saja airmata itu.

“Ntah………..”Ditarik nafasnya panjang-panjang dan dilepas dengan cepat.Senak rasa di ulu hatinya.Menggelegak.Ada hati yang sedang dihentam kepayahan.Sarat terpendam dilubuk yang dalam.

“Kau ada masalah eh…”Akim menyoal lagi..Siti memandang Akim.Lama juga dipandang Akim.Akim mula gelisah.Tidak tahan dengan pandangan Siti yang bisa membuat dia pengsan kat situ jugak.Sempat dia berseloroh.

“Ti….kau jangan tenung aku lama-lama….aku gerunlah….macam ada anak panah kat mata kau tuh…tunggu nak panah ati aku jer lagi..…hah!…hah!!nampak……dah mai dah panah tu….jaga-jaga aku nak elak nih…jaga….……”Akim berjenaka.Dia menggoyang-goyangkan kepalanya.Seolah-olah mengelak sesuatu.Siti menampar betis Akim yang diangkat sebelah menongkat tangannya.Siti tidak jadi menangis.

“Adoi….sakit!!”Akim ketawa.Siti pun.Namun sangat gelisah diwajahnya.Siti tunduk semula.Pekat di tarik wajahnya.Tergambar gelora dijiwa.Akim nampak semua itu.Dia mengendap wajah Siti.Siti semakin tunduk.

“hei……Cik Siti Nur Adirah……kenapa ni……hhmmmmm…..??”Lembut soalan dari Akim.Cuba memujuk.Dia dapat rasa ada sesuatu yang bakal dikongsi nanti dengan Siti.Siti masih tunduk.Sebak.

“Ti…..kenapa nih…cakap la..aku nak dengar nih…cakap la….”Akim menyoal lagi.Dia menyentuh lengan Siti.Siti merenyok-renyok bajunya sendiri.Seolah-olah ada beban yang perlu dibuang.Beban sudah tak tertanggung dek bahu sendiri.

“Ti…..jangan macam nih…kang orang tengok..cakap aku pulak yang buat kau cam nih……..Ti…….ishhhhh….Ti….jangan la nangis ..alaaaaaaaaaa………”Siti menangis kat-kat situ jugak.Tidak tahan menanggung beban ini lagi.Dia tetap tunduk dan mengesat airmatanya.Pelajar-pelajar lain yang lalu lalang memerhati.Akim serba salah.

“Ti……….hei…….tengok sini…….Siti………”Lembut dia menyentuh dagu Siti.Dia cuba mengangkat muka Siti.Tapi Siti menepis lembut tangan itu.Akim terpaksa melepaskannya.Tanda menghormati Siti.Dia semakin serba salah.

“Jom…..”Akim mengemas beberapa buah buku mereka di situ.Akim menarik tangan Siti.Mereka berlalu dari tempat itu.Dia dengan setianya menggalas beg Siti.Digalas juga begnya sekali.Dia memegang lengan Siti yang dah tak boleh menoleh sesiapapun dah.Tidak tahu mengapa Siti terasa hatinya begitu hancur saat ini.Rasa seluruh jiwanya terbang melayang.Tidak terkejar dek jiwa yang luluh itu.

“meh…duk sini….”Akim membawa Siti ke tepi tasik yang berada tidak jauh dari situ,beberapa ekor flamingo asyik berenang-renang membuntuti yang lain.Siti Duduk.Akim meletakkan semua barang-barangnya tadi diatas kerusi panjang itu.Akim mengeluarkan sebotol kecil air mineral ditepi beg galasnya.Diberikan pada Siti.Siti menyambutnya.

“Ti…..minum dulu……sabar…sabar..eh…bawak bertenang……”Dia yang tidak tahu apa-apa masih berharap Siti bertenang.Siti mengambil botol air itu.Dia juga cuba menenangkan hatinya yang semakin lara.Dia meminum sedikit air.Ada sedikit kelegaan dihati Akim.Dia mengurut-ngurut dadanya.Bimbang juga dia kalau-kalau ,tiba-tiba Siti menggila di situ.Tidak pernah dia melihat Siti menangis sebegini rupa selepas kejadian pertama kali datang kemari dulu.

“Ti…..apsal ni…aku risau la tengok kau macam nih…..cakap la…..cakapla Ti.”merengek Akim macam budak kecik.Dia memegang lengan Siti dan di goncang seperti budak mahukan ais krim.

“Ti…….Ti……”Terkendap-kendap Si Akim ni duk cuba pujuk Si Siti.Siti tersenyum sedikit dengan gelagat Akim.

“aaaaaaa…dah senyum dah…dah senyum…dah…yyeyeyyeey..”Akim menepuk-nepuk tangannya.Masih seperti budak-budak.Siti menepuk bahu Akim.bergoyang jugak badan Akim ditolak Siti.

‘Alahai……apsal …cuba kau cakap……..”Akim memerhati Siti.Dia turun dari tempat duduknya.Dia datang mengadap Siti dan mencanggung betul-betul depan Siti.Akim meletakkan lengan kanannya di atas paha Siti.Siti membiarkan.Dia memandang wajah Akim.Dia sebak.

“hei…kenapa ni hah…..hemmmmm….??”Akim mengendap mukanya kearah muka Siti.Siti mengesat airmatanya yang tak henti-henti dari tadi.

“Haaaaaaaa……ke..kau nak ajak aku kawin…….??”Akim mengusik Siti lagi.Tangannya memegang lengan kiri Siti.Siti tetap membiarkan.

“HUH!!Gileeeeerrrr…..tak de maknanya………”Siti bersuara jugak akhirnya.Walaupun suaranya agak tersekat-sekat.

“Hah!!Dah tu…dari tadi duk menangis…..manalah aku tau kan..…kot-kot kau duk tahan perasaan..……..nak ajak aku kawin ke apa ke..mana lah aku tahu…..”Dia mengangkat keningnya pada Siti..Dia menyengeh.Dia membaiki sedikit tudung Siti yang dah agak tidak cantik dipandang.Siti senyum.Terasa seperti dirinya masih ada yang sayang.

“haaaaa….macam tu la…senyum….baru aku legaaaaa…”Lebar senyuman Akim berikan pada Siti.Siti memegang rambut terpacak Akim itu.Akim terkedu.Namun ditahan rasa gelora yang tetiba menyinggah didadanya.Dia membiarkan Siti menyentuh rambutnya itu.

“Hmmmmm…kenapa Ti…”Dia duduk ditepi kaki Siti.Siti melepaskan tangannya yang membaiki-baiki rambut Akim tadi.Akim meletakkan semula lengannya diatas paha Siti.Mereka mengadap Tasik itu.Ditemani Flamingo,rumput yang menghijau,juga tulip yang berwarna-warni menjadi landskap di situ.Indah dilihat namun gelora dihati Siti tidak juga reda.

“Ti……jom kita kawin…nak….??”.Tetiba Akim menyoal.

“Giler!!”Tidak semena-mena jugak la kepala Si Akim ditonyoh kuat oleh Siti.Akim sengaja mengusik Siti.Dia tidak mahu Siti terlalu mengikut emosinya.

“Adoi…!!Sakit weiiii….gileeee kau ni Siti…sakit la…”tertunjal kepala Akim ditonyoh Siti.

“Padam muka!!GATAL!!..esshhhh……..kesitu pulak…..gileeeeerr….”Siti agak marah.Tapi masih boleh dilihat senyuman yang kian menguntum.Akim ketawa.Siti mencucuk-cucuk bahu Akim dengan jari runcingnya itu.

“Gatal nak kawin ngan aku konon…abis tu si Aishah yang kau suruh aku usha tuh nak letak mana??”Siti menyoal.Walau dalam tersedu menangis bagai nak rak tadi.Masih sempat dia menanyakan tentang Aishah.

“Tak pe la….itu bisa di atur Ti…”Akim menjawab.Mereka mula berbicara.Akim masih diatas tanah tepi tasik itu.Kali ini lengannya menyandar pada kerusi.

”ke…kau nak kat….Ain…….??”Siti yang sudah mereda masih juga mengusik Akim.

“Uishhhhh…kau jangan….Ain tu….budak Maulana yang punya…..kau jangan Ti…..mati aku kena ketuk dek Maulana…..”Akim menyengeh lagi.Suka dia melihat Siti sudah semakin relek saat ini.Namun tidak lama dia mereda.hatinya kembali sakit.Menghiris-hiris sakit yang amat sangat.

“hemmmmmmm…”Siti senyum.Ditarik nafasnya dalam-dalam dan dihembuskan.

“Haaaaaa..buat dah…….buat dah muka cam tadi……apasal ni Ti…..”Akim semakin buntu.

“Aku rindu mak…………………..”kelat Siti menahan air mata kali ini.Tetap gugur jua.

“Ti……..lain macam je bunyinya…betul kau rindu mak kau ..??”Akim datang mengadap Siti betul-betul didepan.Akim mula dapat merasai sesuatu.Siti tidak pernah menangis sebegini rupa biarpun merindui kampung halamannya.Terlalu lain kalii ini rintihan Siti.

“Aku rasa dah tiba masa aku bersuara!!Aku rasa kau ada simpan rahsia dengan aku………kau ada masalah eh…..”Siti memandang Akim.Dalam renungan Siti.Dia mengesat airmatanya.Akim menanti jawapan darinya.

“Kim………”Tersekat suaranya di situ.

“Apa Ti….”Akim melihat Siti.Kesian.“Aku rindu diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa………………..”Siti melepaskan kesengsaraannya jua akhirnya.Dia mendongak ke langit.Bisa saja mahu meraung di situ.Sangat jelas saat itu wajah Ahmad di matanya…penuh memenuhi ruang angkasa.Segelinap maya wajah Ahmad terlintas sekarang.Sudah terlalu lama tidak mendengar berita darinya.Namun akhirnya terjawab jua persoalan Siti selama ini.

“Ti!!”Akim terkejut.Tidak tahu nak buat apa.Dia buntu.terpinga-pinga.

”SIAPA DIA YANG SITI MAKSUDKAN NIH???”Hatinya bertanya.Dia melihat Siti sedang bertarung dengan kesengsaraannya.Akim datang menghampiri ditepi Siti.Siti melabuhkan kepalanya pada bahu Akim.Dia mula merasai sarat beban yang Siti tanggungi.

Akim memeluk bahu Siti.

“Kim……aku rindu sangat………aku rindu dia……..rasa nak terbang balik Kim…..”Siti terus bersuara…airmatanya penuh membasahi bahu Akim.Akim terkedu.Namun tetap cuba meredakan Siti.Dia menggosok-gosokkan bahu Siti.Siti mengangkat mukanya.Dia mengadap Akim pula saat ini.

“Kim….rasanya dah tiba masa aku bagitau kau……”Akim tercengang.Buntu.

“Ti…..”Akim setia menanti apa yang bakal Siti ungkapkan.Dia melihat gadis itu yang sudah membengkak matanya,kesian dia melihat Siti.

“Kim….tapi kau janji eh…..janji dengan aku….takan bukak citer ni lepas aku bagitau kau….janji eh…..”Akim menutup sekejap matanya dan mengangguk.

“Aku janji..”Akim mengangkat tangan kanan kearas bahunya.

“Macamana aku nak mula yeh…..!!”Dia menghembuskan nafasnya.Ingin melegakan hati barangkali.Sebak untuk memulakannya.

“Take your time Siti…….”Akim melepaskan tangan dibahu Siti.Kelat dia senyum pada Siti.

“Ermmmm………..…”Siti meraba-raba beg galasnya yang berwarna merah.Diseluk kedalam kocek kiri beg itu.Dia menghulurkan sepucuk surat kepada Akim.Akim mengambilnya dari tangan Siti.Siti bangun menuju ke tepi tasik.Saat ini cinta Ahmad benar-benar membunuhnya.Teringat dia saat terjatuh dikolam itik dulu,semuanya tinggal kenangan,baru Siti terperasan..rupa-rupanya mimpi Siti sangat nyata..kebenarannya Ahmad sudah berubah.Siti terpaksa berputih mata…Malam tadi Siti membuka E-mailnya di CC…Sangat terkejut Siti dengan penangan kata –kata dari Ahmad. Sangat jelas diperkatakan…sungguh tega dia..…namun Siti seperti bemimpi…………….….”ABANG…..BEGITU JAUH KITA SEKARANG…..BEGITU CEPAT WAKTU BERPUTAR…..DAN DENGAN MUDAHNYA KAU BERUBAH…...MENGAPA PADAMU AKU HANYA MAHU BERSANDAR……SEDANGKAN KAU TIDAK PERNAH MAHU HADIR UNTUK AKU PUN…..... BEGITU TEGA KAU BIARKAN AKU BEGINI………TIDAKKAH KAU TAHU…..BETAPA AKU SAAT INI PERLAHAN-LAHAN MATI DITANGANMU…SAMPAI HATI KAU BANGGG……..”Siti tunduk mengesat-ngesat lagi airmatanya.Akim membuka surat dari Siti tadi.

Siti,

Abang tidak tahu bagaimana hendak memulakannya…Namun abang perlu menyuarakan ini……Maaf terlebih dahulu dari abang…..

Ti..,

Maafkan abang…abang lemah….abang tidak mampu menunggu Siti..masa telah memisahkan kita..….mungkin kita tidak layak bersama..bukan salahnya datang dari Siti..tapi dari abang..….abang minta maaf sekali lagi…..abang tidak mampu memberi cinta ini untuk mu Siti,janganlah kau berharap lagi..lupakanlah abang….

Ti..,

Tidak lama lagi abang akan bertunang,dia adalah teman abang semasa abang belajar di Universiti dulu.Kami bertemu semula setelah sekian lama berpisah……………doakan abang ye…..abang di sini sentiasa mendoakan Siti….maaf untuk sekian kalinya Siti…..Jagalah diri mu ditempat orang baik-baik,carilah pengganti abang……MENCINTAI BUKAN BERERTI MEMILIKI…..maafkan aku Siti….maafkanlah aku……..

Dari jauh,

Abang.

Akim menutup surat itu.Segalanya sudah cukup jelas dengan hanya sepucuk surat ini.akim mulai fahammengapa selama ini Siti tidak pernah ambil pedli tentang mana-mana lelaki.Rupa-rupanya………….

Akim datang menghampiri Siti.Lunyai hatinya jua membaca e-mail yang sudah di printkan itu.Dia memegang bahu Siti sekali lagi.Siti menutup mukanya dibahu Akim.Dia memeluk Siti yang sedang menekup mukanya yang penuh dengan airmata..Akim terdiam.Tidak tahu mahu berkata apa.Dibiarkan Siti mereda.Namun esakkannya bagai didengari seluruh pelusuk bumi.Terlalu perit dihentam kesakitan.Terlalu tega Ahmad perlaku sebegitu padanya.Siti sudah tidak berdaya.Tangisannya membanjiri segenap lubuk hati. Siti tiada daya untuk bertahan lagi…bersimpang –siul rasanya arah hidupnya sekarang..dia dihambat kekecewaan yang dalam…...Terpaksa jua dia melepaskan..……

‘’ABANG………..TELAH KU BUKA KUNCI SANGKAR CINTAKU INI……TERBANGLAH KAU JAUH DARIKU…..PERGILAH BANG….PERGILAH JANGAN BERPALING LAGI…..JANGANLAH KAU MENYALAHKAN DIRIMU KERANA AKU……………AKU SUDAH MELEPASKANMU……..JANGANLAH KAU BERPALING LAGI..KERNA AKU SUDAH LETIH MENCINTAI……AKU SUDAH LETIH MENANTI SESUATU YANG TAK PERNAH PASTI……..ABANG…..JAUHKANLAH DIRIMU DARI DIRIKU…..AKU MELEPASKANMU BIAR SAAT INI PERLAHAN-LAHAN AKU TERBUNUH OLEHMU…..SELAMAT TINGGAL CINTA..SELAMAT TINGGAL RINDU………TIDAK AKAN ADA LAGI CINTA INI UNTUKMU..CUKUPLAH UNTUK SEKALI INI……CUKUPLAH……………TERBANGLAH KAU…JANGAN BERPALING LAGI…………………………………SELAMAT TINGGAL CINTA…..Siti memejam matanya rapat-rapat setelah merenung jauh ke langit….esakkannya mengiringi kepasrahan hati…Akim memeluk bahunya dan mereka berlalu dari situ……..

0 ulasan: