CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tok Dan Opah

Tok Dan Opah

Assalammualaikum...

Selamat datang ke blog Shahir+Adira=Shahira.. Kami ingin berterima kasih kerana sudi melihat blog ini.. Kami admin mengalu-alukan semua agar sentiasa memasuki blog ini dan melepak di blog ini..Terima kasih buat Yunie Zahan kerana sudi berkongsi novel "September Musim Cinta"...Sebarang komen atau apa2 saja tulisla di Jom Chat...

Shahir dan Adira

Shahir dan Adira

-: B!LA C!NTA :-

-: B!LA C!NTA :-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

~WELCOME~

Bio Shahira

Bio Shahira

SHAHIRA

SHAHIRA
ADIRA & SHAHIR

Love Shahira

Birthday Shahir

Birthday Adira

-: ShahiraZONE :-

AKUJANJI SHAHIRATICS..ekekeke kalau x tepati bkn shahiratics sejati..

Sebab admin sayang sgt dgn Kg Shahiratics, Tok Ketua, Penolong Tok Ketua n penduduknya...so ada beberapa isu admin nk bangkitkan di sini. Tak semua org suka apa yg kite suka, so kene sentiasa berhemah sentiasa k.

Sebagai warga kampung Shahiratics yg sejati, anda diminta mematuhi arahan-arahan berikut;-

1. MEROYAN

- Sila royan dgn berhemah. Dilarang mengekspresikan perasaan diri yang keterlaluan sama ada gembira atau sedih atau dlm ertikata lain meroyan, merobuk di kampung/umah lain selain di kg shahiratics. (Cth kampung/umah lain; Shahir af8, Adira fan club, wall mak anum, wall kak nam etc...)

- Kene fikir jgk sensitiviti n perasaan org lain.

2. EDIT GAMBAR

- Org kg shahiratics mmg kreatif, tak dinafikan lg. Tapi, sebarang gambar2 yg diedit perlulah menepati piawai yang telah ditetapkan, atau admin akan delete.

i) tiada sebarang gambar2 edit yang keterlaluan (seperti berpelukan, badan lain muka lain; badan sheila majid, muka adira-tidak dibenarkan sama sekali)

-Kalo nk edit gambo org tu...pandai2 la mintak kebenaran ye...

3. TAG/MENEMPEK GAMBAR/VIDEO

- dilarang menampal atau men'tag' sebarang gambar shahira di wall pihak lain terutama wall umum sepetri wall mak anum dan wall kak nam tanpa kebenaran admin shahiratics (p/s: kami memahami keinginan anda untuk berkarya dan berkongsi kegembiraan tetapi tidak semua yang setuju dengan kegembiraan dan kekreatifan kita berkarya).

- Tag berpada2..kalau gmbar Shahira berdua tu tak perlulah tag d page Shahir Af8 cthnye...or pada keluarga mereka. Tag/tempek ikut kesesuaian lah ye. Jgn la kat wall mak anum tag gambar Adira lak cthnye.

4. KREDIT GAMBAR/VIDEO

- sebarang gambar/video yg diambil dari pihak ketiga, sila kreditkan nama pihak terbabit.

5. TETAMU TAK DIUNDANG

- apabila ada tetamu yang tidak diundang datang, sambut mereka dgn sennyuman, bentangkan kapet merah siap dgn bunga manggar or tarian naga ke skali walau kita tak tahu apa tujuan mereka.

- apa jua provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak lain jgn mudah melatah. Jika masih rasa marah..tekan tanda =)

6. SPEKULASI

- dilarang membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita/keadaan sebenar walaupun di dalam hati kita punya taman bunga sebesar alam.

- dilarang 'copy & paste' atau'print screen' apa2 jua perbualan dari pihak lain tanpa mengetahui apa yang diperkatakan..

- nk CSI pun, jgn la terang-terangan sgt...coverline skit k

7. KUTUKAN/PROVOKASI/PERGADUHAN

- Jangan cpt melatah...kite relax je org nk kata apa. Ingat moto KG. CHILL & IGNORE =)

- Dilarang wujudkan sebarang pergaduhan di Kg. Jika ada..pandai2 lah sejukkan/tenangkan keadaan ye. kalau ada org baru yg masih tak faham konsep di kg kite...sila2 lah tunjuk ajar ye.

- tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan/perbalahan/ atau apa2 yang menyebabkan perasaan tidak senang kpd sesiapa jua yg membaca. sebelum berkata atau menulis apa2..fikirkan perasaan org yg membaca dgn meletakkan diri sendiri di tempat org yg diperkatakan..

8. KERAHSIAAN/ISU SENSITIF

- isu2 sensitif dan rahsia kg.. jika ada perkara2 yg terpaksa diperap dalam peti besi yg dirahsiakan lokasinya bukan la bermakna admin xnak kongsikan ngan org kg terchenta nie tapi itu adalah untuk tujuan keselamatan dan keamanan kg tercinta nie n menjaga keselamatan pihak2 yg berkenaan.. org2 kg yg sejati mesti faham kan? Tapi kami cuba sedaya upaya berikan sajian menarik utk semua ..

9. NAMA SHAHIRATICS

- Sapa2 yg pakai nama fb ada shahiratics tu...pandai2 la behave ye, lg2 kat umah/kg org lain...korng bawak nama shahiratics, so kalo buat apa2 ramai yg melihat...lg2 kalo wat salah. jgn nnti hnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga...k =)

**Admin cuba buat yg terbaik utk semua..utk Kampung Shahiratics, org2 kg n tak lupa juge buat SHAHIRA kesayangan kite. Harap semua leh beri kerjasama ye... Ni semua utk kesejahteraan kg.. =)

SAYANG SHAHIR+ADIRA=SHAHIRA

SAYANG KG SHAHIRATICS

SAYANG WARGA SHAHIRATICS SEMUA

CHILL & IGNORE

ANYTIME ANYWHERE

September Musim Cinta

September Musim Cinta

Rabu, 29 September 2010

SEPTEMBER MUSIM CINTA-BAB 13

Siti berlari-lari anak menuju ke depan pintu rumahnya.Ain yang sedang sibuk membantu menyiapkan persiapan untuk bercuti tidak sabar rasanya mahu berangkat.Dari semalam mereka berdua cuba menyiapkan beberapa perkakas yang perlu dibawaTidak tidur mereka dibuatnya kerana sangat teruja hendak bercuti.Siti yang tadinya terkocoh-kocoh menuju ke pintu depan rumah mereka.Yang diketuk beberapa kali.

“Hai…..”Siti menyengeh sampai ke telinga.

“Hai…”Akim yang berada di depan muka pintu rumahnya sudah bersiap untuk menjemput mereka berdua.Sangat tampan Akim hari ini.Berjaket tebal dibaluti mafla hitam ditengkuk bersarung tangan dah bertopi.Sejuk.

“Ain……jom la…..”Siti memanggil Ain yang masih didapur.Mengemas apa –apa yang perlu dibawa sebagai bekalan.

“Jap…..Ti…mai la tolong nih…banyak weiii……….”Sayup kedengaran suara Ain.Namun masih jelas didengari.

“Jom!!”Siti melihat muka Akim.Dia mengajak Akim menbantunya.Akim mengikut perintah.Maulana hanya berada didalam kereta yang di sewa mereka.Menunggu.

“Poonn..PooN”hon kereta dibunyikan.

“Alahai..sabar la…tak sabar-sabar..”Akim yang sedang membantu mengangkat 2 beg yang berisi makanan.

“Korang bawak makanan ke batu nih…beratnya..”Agak senget juga bahu Akim waktu itu.

“sejuk gileeeee…….fuh…..”Ain merenget setelah keluar dari kawasan rumah mereka.Cepat –cepat Siti mengunci pintu rumahnya.Suhu yang hanya tidak sampai 9 darjah selsius itu bikin tulangnya menyengal kalau tidak dipakai dengan jaket tebal.Cepat-cepat mereka menaiki kereta yang disewa oleh Maulana.Perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam menuju ke Snowy mountain.Siti yang dari tadi sudah tidur keletihan.Ain asyik berborak dengan Maulana.Tahan pula matanya yang dari semalam tidak tidur-tidur.

“Maunna…kalau kau ngantuk ke penat ke..cakap la..aku leh ganti drive..”Akim mencelah.

“takpe aku ok lagi nih….aku penat aku cakap eh…”Mata Maulana sempat melihat Siti dari cermin pandang belakangnya.

“amboi…cik Siti kita..lena bebeno yer….”Ain berpaling ke belakang.Pasangan macam belangkas ini mana mau berpisah.Dimana ada Maulana di situ pastinya Ain menempek sama.seperti Siti dan Akim juga.Namun hubungan Siti dan Akim tidak seperti yang orang lain sangkakan.

“Biarkan dia tidur…penat tuh…Ain pun tak tidur lagi nih….hemmmmm..”Ain menyampuk.

“Kim…..aku nak tanya pendapat kau skit bleh..??”Maulana bersuara.

“apa….”

“Balik nanti aku dengan Ain rancang nak nikah la….apa pendapat kau..??’’Maulana mngusulkan pendapatnya.

“Eh….tahniah..tahniah…..bagus-bagus…aku stuju…”Akim menghulurkan tangannya bersalaman dengan ain dan Maulana.

“tapi Aku tak bincang lagi ngan famili aku nih…..risau la….takut tak bagi..”Kata Maulana.Ain tunduk seketika.Mungkin rasa risau.

“Alah..balik nanti bincang leklok……insyallah….ada jodoh tak kemana…..apa-apapun korang pikir la masak-masak…bab-bab rumahtangga nih bukan perkara main-main…..”Akim cuba menyedapkan hati mereka.Namun jauh disudut hati Akim,dia agak risau,padanya memikul tanggungjawab ini bukan senang.

“Ye…betul tuh….”Ain tetap membisu..Teringat dia akan kata-kata Siti semalam.Sama seperti Akim.Betul juga kata-kata Akim.Pendapat mereka sama.Terkadang terfikir oleh Ain,mereka ini sangat serasi bersam.Namun mengapa tidak pernah mengiakan kebenaran.Pernah dilihat mata Siti membengkak menangis hari-hari.Walau berpuluh-puluh kali ditanya Siti tetap membisu.Namun paling memelikkan Ain.Bila di Kampus Akim sangat setia mememaninya.Namun apa sebab kesedihan dari Siti sangat-sangat menjadi persoalan.Ain pernah cuba mengorek rahsia itu pada Akim.Namun Akim tetap jua berdiam.Akhirnya Ain sudah malas untuk menyoal lagi.Mujur lah sekarang ini Siti semakin ceria dan bertenaga kembali.

Tersenyum Ain memandang Siti duduk dibelakang tidur dibahu Akim.Akim juga rapat menghampiri kepala Siti.Ah!!Sweetnya…….jarinya mencuit Maulana.Maulana hanya dapat memerhati dari cermin pandang belakang.Mereka sama-sama tersenyum.Suka melihat merpati ini.Bahagia seperti mereka.ain menggenggam jemari Maulana erat.Terasa dimanja.

Thredbo Village adalah salah satu pusat lokasi ski salju (ski resort) di Australia. Thredbo terletak di Snowy Mountains, dekat perbatasan negara bahagian New South Wales dan Victoria,dapat ditempuh dalam waktu tiga jam perjalanan menaiki kenderaan dari Canberra,tempat tinggal mereka..Pagi buta itu terlalu banyak kenderaan yang hendak berangkat ke Snowy Mountains.Maulana sangat berhati-hati memandu.Dengan suasana yang sangat sejuk.Apatah lagi di waktu pagi sebegini tahap celciusnya terkadang mencapai 0 darjah.

“Korang…bangun la..dah sampai ni…..”Maulana meletakkan kereta di tempat yang telah disediakan.

“Koranggg…….bangun wei…….dah sampai ni……”Maulana mengejutkan mereka sekali lagi.Ain yang tertidur dibahu Maulana sebentar tadi mengangkat kepalanya sambil menggenyeh matanya.

“Ti…bangun Ti…dah sampai….”akim menggoyang-goyangkan lengan Siti.Siti bangun dari lenanya yang agak panjang itu.menggeliat jugakah si siti kat situ.akim senyum melihat gelagat Siti menggeliat bagai ulat gonggok.

“Ti…kau mimpi apa?”Akim menyoal.

“aku mimpi Abang….”Siti yang terpinga-pinga dengan selamba menjawab.Namun dia terkedu juga dengan kata-katanya sendiri.Mengapa masih ada nama itu di titian bibirnya.

“Aik!!”Akim menggaru kepalanya.Akim memandang Siti.Siti menutup mulutnya seperti terkejut.Akim menyengeh sahaja.Tidak tahu mahu berkata apa.Siti tersenyum dan menggaru kepalanya juga.Mereka ketawa bersama.Terasa kelakar pun ada,bila Siti berkata begitu.Mereka ketawa.Akim mencekik tenkuk siti.Siti menolak Akim.Mesra.Manakala,Ain dan Maulana yang sangat tidak sabar untuk meluncur itu.Siang-siang sudah keluar dari kereta dan melihat saja keletah mereka.Tumpang gembira.

Mereka sangat teruja…. ini pertama kalinya mereka memijakkan kaki ke lokasi bersalji di sini,walaupun tidaklah terlalu jauh dari tempat mereka.Namun sudah lama merancang untuk datang.Mereka terpaksa membatalkan perancangan kerana mahu mengumpul duit sedikit untuk dijadikan bekalan.Pada musim cuti dulu mereka lebih banyak ke tempat lain yang lebih dekat dari tempat mereka.Sempat juga mereka berempat dulu bekerja di kedai-kedai makan.Mencari duit lebih untuk mencari pengalaman.

Siti terlalu gembira,berlari-lari dengan Ain,seperti kanak-kanak riang.Sesampainya di situ dia membuang sarung tangannya dah terus meramas-ramas salji di situ.Sangat teruja dapat memijakkan kaki di Snowy mountain ini.

“POP!!”.Siti membaling salji kearah muka Akim.Setempek Salji itu menyinggah ke muka Akim.Akim membuka matanya sebelah.Tangannya mengesat salji itu.Akim mengejar Siti.Lintang pukang Siti lari menyorok di belakang Maulana.Akim sempat membalas balingan Siti.Maulana dan Ain juga turut serta menggupal salji dan membaling sesama sendiri.Kedengaran gelak tawa mereka.Sangat girang hinggakan seperti terbuang semua masalah yang ada.Mereka terus bermain dengan gumpalan salji.Akim menangkap lengan Siti.Siti mohon dilepaskan.Namun Akim terus menangkap.Ain sempat menangkap moment itu.”Wah!!Macam gambar untuk promosi filem pulak aku tengok’’Hati Ain menggeli.Dia menunjukkan gambar yang tertera di kameranya itu.Cantik gamba itu.Maulana menyengeh.

“Kau cari pasal dengan aku eh..jaga kau…”Akim membalas.Mereka berempat keriangan.Apatah lagi Siti.Mahu rasanya dia membuat segala dukanya di sini.Tidak mahu membawanya pulang.Dia sudah memutuskan tidakan ada lagi AHMAD untuknya. Selama tiga jam mereka bermain ski.Tertungging,terlentang dan pelbagai gaya lah yang terjadi sewaktu cuba meluncur apa tidaknya ternyata sepatu boot dan papan seluncur itu beratnya bukan main.Di Friday Flat, lokasi ski salji sesuai lah untuk mereka yang masih baru dan pertama kali bermain ski.Tergolek-golek mereka ketawa sambil mencuba.Namun terkadang berjaya juga diredah salji yang menjalar didepan.

“Maunna…meh aku amik gambar kau ngan Ain..jom la…”Siti menerkam Ain yang dari tadi terlalu banyak mengambil gambarnya dengan Akim.

“Dari tadi duk amik gambar aku,kau nih…..dah rasa macam artis tau…..meh..”Siti merampas kamera dari tangan Ain.Ain akur.Mereka berempat bagaikan tidak mahu balik.Tidak puas rasanya berada di Situ.Mahu saja Siti tinggal terus di sini.Namun dia perlu pulang.Di sini bukan tempat dia dilahirkan.Dia tetap mahu bermain sungai.Bermandi-manda di situ.Rindu benar untuk pulang rasanya.

“Ti….Nanti gambar-gambar ni kita cuci eh….”Ain bersuara.

“Alah..letak lam facebook je..”Maulana mencelah.

“Dua-dua nak……”Ain manja disisi Maulana.Maulana memaut tangan Ain.Akim yang dari tadi tidak berkata apa-apa.Dia hanya menyengeh saja.Siti meliar mataya melihat sekeliling.Melihat pemandangan yang indah.Riuh rendah suasana di situ.Ramai pelancong yang datang musim cuti begini.

“Ti…cuba kau tengok kat situ…cantikkan..?”Akim menunjukkan satu arah yang agak lapang.Lama Siti memandang kearah itu.Hatinya terpanggil untuk ke sana.Mereka berbalas senyuman.

“Korang…jap…..aku nak gi kat tengah tu jap…..jap eh..”Siti berkata sambil menuju ke sana.Laju dia melangkah meredah salji di situ.Kepul-kepul salji yang ditiup dek enjin angina yang besar di situ membuat tulang-ulang Siti sengal.Walaupun begitu dia tetap meredah jua.

“Aku nak ikut…”Akim meraung menyahut Siti yang agak jauh darinya

“Amboi…..Kim ..asyik main kejap-kejar je..tak penat ke….tangkap la terus…..kan senang…kau kalo suka…cepat-cepat la..bagitau..kang terlepas..”Maulana mengusik Akim yang mahu mengejar Siti yang sudah agak jauh darinya.

“Takde maknenyeee………tak nak lah aku!!’’Akim ketawa.Maulana menggelengkan kepalanya.Ain menepuk dada Maulana,agak marah mengusik Akim sebegitu rupa.Namun sebenarnya mereka juga berharap Siti dan Akim menjadi pasangan suatu hari nanti.Mereka melangkah menuju kearah Siti juga.Berjalan sambil berpimpinkan tangan.Dihayun-hayunkan tangan mereka itu.BAHAGIA!!

“Kim….cepat……..Jom!kita kat tengah sana…..”Siti berpaling dan berlari kearah Akim sambil menunjukkan jarinya ditengah-tengah padang lapang itu.Dia menarik lengan Akim.Akim mengikut saja sambil memerhati wajah comel itu ditepinya.Siti memandang dan terus berjalan ke depan sambil memeluk lengan Akim.

”Ti……..aku takkan pernah menodai persahabatan ini….aku tak bisa denganmu……aku sedar itu…..jadilah kau sahabatku untuk selamanya.Itu sudah cukup bagi aku…”Akim mengakui itu.Panjang dia menarik nafasnya.Dia memegang tangan Siti dah berpusing-pusing ditengah salji yang sedang turun lagi memutih ditanah itu..Akim memerhati Siti.Lama dia tenung Siti.Siti masih berlegar-legar didepannya.Tidak tahu apa yang Akim fikirkan.Penuh bermakna pandangan Akim itu.Namun jauh di sudut hati.Dia terlalu sayang Siti.Dan biarlah kasih sayang itu kekal di situ.Dia tidak mahu memulakan sesuatu yang tidak mungkin untuknya.Dia sedar.Tersangat sedar.Akim membiarkan rasa itu menular disetiap urat-uratnya.”Siti….tetaplah kita begini yer……aku lebih bahagia…andai kau bahagia..apatah lagi sekarang….aku bersyukur Siti..kau sudah bangkit dari kekalahan semalam….terima kasih kerana kau tetaplah menjadi sahabat aku.Untuk selamanya.TERIMA KASIH Ti….”Akim tunduk seketika.Dia menarik lagi tangan Siti.Dia memusing-musingkan Siti di depannya.Siti sudah seperti budak-budak belajar ballet.Akim mengukirkan senyuman pada Siti,dia membalas dengan gelak tawa yang sangat cantik dipandang mata.Dia bahagia melihat Siti bahagia!!Itu sudah amat bermakna baginya.

“Alahai sweettttttnya….diorang tuh kan sayang.…….hai….bila la diorang nak couple kan..”Ain menyoal sendiri sambil mengusap-ngusap dadanya.Namun didengari Maulana.

“Ntah la…tapi macam takkan kot…………..erm kita ikut diorang…cepatlah….jom!!”Mereka melangkah laju menyusuri Akim dan Siti.Siti menari-nari berpusing-pusing ditengah salji yang turun itu.Keriangan.Lama Siti menari-nari.Akim menabur salji dikepala Siti.Mereka ketawa bersama-sama.Siti mendongak ke langit.Akim sudah bermain-main salji dengan Maulana dan Ain.Sesekali mengambil gambar.Berposing sakan mereka diatas lantai salji yang memutih itu.Puas sudah Siti menari riang di situ.sekali lagi dia memandang ke langit.Lama dia merenungnya.Dia memejamkan mata.Bau mak Nah menyelinap di ruangan hidungnya.Dia sebak.

”Mak…………….”Hatinya memanggil.…..airmatanya keluar mengalir. Tanpa dia pinta pun

”Mak………………………….”Mahu rasanya saat ini dia pulang dah rebah diriba ibunya.Biar semua kerinduan itu terlerai.Tangannya dilebarkan luas-luas..Airmatanya dibiarkan mengalir.Mereka bertiga asyik bergambar lagi.Tidak mempedulikan Siti yang asyik mendongak menghirup bau ibunya.Menangis dia di situ.Akim,Ain dan Maulana ralid bermain-main disekeliling tanpa sedari Siti sudah jauh seolah-olah terbang mencari diri.Terlalu merindui ibunya saat ini.Disaat itu juga rasa sakit disakiti Ahmad datang memalu hatinya.Dia terus-terusan membiarkan airmatanya berlinang membanjiri pipinya……….Dia lemas dilautan hatinya yang sudah patah.”Abang…………..”hatinya meraung kesakitan…rebah Siti di situ keseorangan.Tunduk .

“Apsal pulak dengan Siti tuh….”Ain mencuit tangan Maulana.Akim juga memerhati.Ain datang menghampiri Siti.Dia melihat kawannya itu sudah pun menangis.Ain mendatangi Siti.Dia memeluk bahu Siti.Siti memeluk Ain.Erat.Diam.Ain cuba meredakan Siti.Siti memeluknya erat.

“Mengapa kesakitan itu datang kembali.Oh!Tuhan…….lepaskan aku dari kesakitan ini…..”hatinya meronta mahu dilepaskan dari bebanan itu.Mahu saja saat ini juga berada disisi keluarga.”Mak……tunggu!!pasti Siti akan balik….’’Dia mengesat airmatnya.Ain mengangkat Siti .Akim memerhati.Dia tahu hati Siti merasa sakit saat ini.Dia hanya mampu melihat.Akim mengesat airmata siti.

“Dah la tu…kita datang sini bukan nak sedih-sedih kan….aku kan ada……..hemmm……meh..jom…”Akim menarik tangan Siti.Siti memandang Akim.Akim mengenyit matanya pada Siti.Ain dan Maulana hanya tersenyum.Tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku namun pujukkan Akim sangat membantu.

“Ti…..dah la…jom kita naik chair lift nak….?”Ain tolong mengesat airmatanya.Siti mengangguk.Mengikut saja kaki melangkah.

“Kim…..kau buat apa kat Siti ha!!”Ain menepuk bahu Akim

“aku buat apa……”Akim menyoal.Ain tetap memukul bahu Akim.Maulana menyengeh.

“Siti….tengoklah …..Ain dah salahkan aku pulak….ishhh….”Akim menolak bahu Siti.Tertolak bahu Siti dek tangan Akim itu.Siti memandang Ain.

“Aku teringat kampung je la…..tu je..”walaupun suara Siti sudah hampir sengal dek menangis dia tetap cuba meredakan keadaan yang tegang tadi.Akim hanya mengangguk.Mengiakan kata-kata Siti.Namun Ain tidak berpuas hati.Tetap mahu menyalahkan Akim.Ain memukul lengan Akim.Akim mengelak.

“ishhh..kau jangan pukul Akim…..aku ok..takde apalah…”Siti memegang lengan Ain yang memukul Akim.Dia semakin mereda.Seperti melepaskan hutang sejuta rasanya selepas menumpahkan terlalu banyak airmatanya tadi.LEGA!!

“Dah tu..kau menangis bagai nak rak…apa kes..”Ain menyoal Siti.

“Aku rindu mak aku la…….eh jom…”Siti cepat-cepat menarik tangan Ain dan lari-lari menuju ke lokasi tempat chair lift itu.Akim mengetap bibirnya.Maulana memerhati.”Ada yang tak kena nih…..”Maulana menduga.

“Kenapa Kim…..hermmmm?!”Soal Maulana.Ada resah dihati Akim saat itu.Dia tunduk sambil tangannya menyeluk kedalam poket jaket tebalnya itu..Sejuk.

“Takde apalah….jom..”Maulana menggenggam tangannya dan menghebus-hembus nafasnya kedalam genggaman tangan.Soalannya tidak dijawab Akim.Malas difikirkan.Terus dia mengikut langkah Ain dan Siti tadi.Akim masih didepannya.

Setelah puas bermain ski, mereka menaiki chair lift menuju Merrits, lokasi ski yang terletak lebih tinggi.Sangat indah panorama putih salju yang terlihat dari atas indahnya sangat luar biasa…gembira sungguh mereka.Bergelak ketawa dan bergambar diatas chair lift itu..seolah-olah lupa untuk pulang.Seharian disana akhirnya mereka pulang.pelbagai cerita dikongsi bersama.Akim masih memerhati Siti.Dia tahu jauh disudut hati Siti,Siti tak pernah mampu melupai Ahmad untuk sesaat pun.Sakit dalam dadanya melihat Siti.Sangat kasihan dia pada Siti..”Betapa beruntungnya lelaki itu…..namun tidakkah kau tahu….Siti bertarung dengan kesakitan mencintaimu…andai aku dapat mengenali siapa kau…mahu saja aku tumbuk muka kau saat ini jugak!!”hati Akim geram.Sungguh pun begitu.Akim tumpang gembira sedikit sebanyak.Dia mulai nampak Siti sudah banyak berubah.Cuma hari ini mungkin suasananya agak memberatkan beban dihati Siti.Itu saja!!Siti memandang Akim.Dia mengangkat mukanya seolah-olah bertanya mengapa.Akim hanya tersenyum dah membaiki sedikit tudung Siti.Itulah hobi Akim.Terlalu suka menyentuh kepala Siti.Siti membalas senyuma Akim.Dia membiarkan sahaja Akim membaiki sedikit tudungnya yang mungkin agak senget itu.Ain dan Maulana tumpang berbunga hati lagi melihat mereka.Akim membiarkan dua sahabat ini berprasangka.Padanya Siti adalah sahabat.Tidak lebih dari itu.Mereka berlalu pulang.

Seminggu sudah berlalu setelah menghabiskan masa bercuti dengan kawan-kawannya.Petang nanti dia berempat bersiap-siap untuk pulang ketanah air pula.Bercuti menemui keluarga.Jiwanya sudah melyang ke kampung,sudah kedengaran bunyi deru air sungai dibelakang rumahnya,serta bunyi burung-burung yang berkicau di subuh hari.

“Ti….bestnya balik kan…..ahh..tak sabar nak jumpa famili aku…”

“jumpa famili kau ke famili Maulana..??”Siti berseloroh.

“Auchhhh..sakitlah!!”Siti menggosok sikunya yang dicubit Ain.Ain malu-malu kucing diusik begitu.

“So…happy la nih….na kawin….??’’Siti menyoal Ain.2 hari lepas Maulana datang memberitahu Ain tentang perkhabaran gembira itu.

“Mau tak happy cik Siti oi……..”Kata Ain sambil memicit pipi comelnya Siti itu.

“sakitlah..adoisshhh…”Siti menggosok pipinya yang sudah merah dipicit Ain.

“Ti…..kau ngan Akim camne lak…”Ain memegang tangan Siti.Dia berhadapan dengan Siti.

“Apa……tolong lah…..aku tak de apa-apa dengan Akim tuh…dia tu dah macam abang aku sniri tau…”Siti melirikkan matanya dan dijatuhkan sedikit bahunya.Ain senyum.

“betul tak de apa-apa..??”ain masih sangsi.

“betulllllllllllllll……..sumpah!!”Siti mengangkat tangan kanannya separas bahu.

“Ok..aku ade perkara nak bagitau kau….berita gembira la kiranya tuk kau…”Ain menolak Siti supaya duduk.Siti mengikut.

“Aishah kimsalam kat Akim….”Ain mengangguk.

“Iye……wah pasti Akim suka nih…”Ain senyum.Akhir-akhir itu Ain selalu memujuk Siti,ingin tahu mengapa Aishah selalu yang Siti mahu bertanya.Rupa-rupanya Siti mahu satukan Akim dengan Aishah.Itulah sebenarnya yang diharapkan dari Siti..

“Ni satu lagi nih…..dari Maulana….ermmm….kawan Maulana kat Macquarie U…..kimsalam kat kau…”Ain memberitahu Siti.Siti membulatkan matanya.Terkejut.

“Hah!!Sape???”Siti bertanya.

“Kawan Maulana….ari tuh dia singgah jap kat sini..than…. dia nampak kau ngan aku jalan-jalan,masa tuh la dia kimsalam kat kau,sebab maulana tunjuk aku ni awek dia.So……dia tengok kau..dia kimsalam la…..”Ain berbicara panjang lebar bercerita.Siti faham.

“Waalaikumsalam…..”Siti senyum.

“kau tahu…budak tuh gilerrrrr..sawannnn..kat kau…..Maunna taknak lah bagitau dulu masa kita bercuti ari tuh…dia ingat kau memang ngan Akim….so bila aku bagitau kau cuba tackle Aishah tuk Akim,baru Maunna bagitau aku pasal hajat kawan dia tuh…..”Ain menenguk air kopi di depannya.Dahaga agaknya terlalu banyak bercerita.

“OooooOOOoooo…….”Siti meneguk air suam di dalam gelasnya.

“OOOOooo..je..??”Ain mengusik Siti.

“Hah!!satu lagi…Nama dia DaFi….TENGKU GADAFFI!!Hensem kau…..mau pengsan aku tengok dak Daffi ni tau….penah aku kua ngan Maunna.Dia yang ajak gi makan ari tuh….bakal engineer tuh…….nak tak..?”Ain mencuit dagu Siti.Siti mengelak dan tidak menjawab.Dia bangun dari duduknya di kerusi.Siti membasuh gelasnya tadi.Tetap tidak menjawab soalan dari Ain.sebolehnya dia mengelak.Hatinya sudah patah.mana mungkin untuk memberi kepercayaan pada perhubungan yang baru.Tidak!!

“Eh..kita dah lambat nih…cepatlah siap….taknak balik ke.??”Siti mematikan kemahuan Ain.Dia tidak mahu memikirkan lagi tentang lelaki.Sudah merajuk hatinya dengan Ahmad.Biarlah dia bersendiri dulu.Tidak mampu lagi memberi begitu banyak kasihnya pada lelaki!!

“ABANG AKU AKAN PULANG…RINDU INGIN MELIHATMU…TAPI………APAKAH AKU SEKUAT AKU BERHADAPAN DENGANMU NANTI…….YA!TUHAN,CEKALKANLAH HATIKU..SESUNGGUHNYA DENGAN-MU AKU BERPAUT HARAP..-AMIN-“

0 ulasan: