CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tok Dan Opah

Tok Dan Opah

Assalammualaikum...

Selamat datang ke blog Shahir+Adira=Shahira.. Kami ingin berterima kasih kerana sudi melihat blog ini.. Kami admin mengalu-alukan semua agar sentiasa memasuki blog ini dan melepak di blog ini..Terima kasih buat Yunie Zahan kerana sudi berkongsi novel "September Musim Cinta"...Sebarang komen atau apa2 saja tulisla di Jom Chat...

Shahir dan Adira

Shahir dan Adira

-: B!LA C!NTA :-

-: B!LA C!NTA :-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

~WELCOME~

Bio Shahira

Bio Shahira

SHAHIRA

SHAHIRA
ADIRA & SHAHIR

Love Shahira

Birthday Shahir

Birthday Adira

-: ShahiraZONE :-

AKUJANJI SHAHIRATICS..ekekeke kalau x tepati bkn shahiratics sejati..

Sebab admin sayang sgt dgn Kg Shahiratics, Tok Ketua, Penolong Tok Ketua n penduduknya...so ada beberapa isu admin nk bangkitkan di sini. Tak semua org suka apa yg kite suka, so kene sentiasa berhemah sentiasa k.

Sebagai warga kampung Shahiratics yg sejati, anda diminta mematuhi arahan-arahan berikut;-

1. MEROYAN

- Sila royan dgn berhemah. Dilarang mengekspresikan perasaan diri yang keterlaluan sama ada gembira atau sedih atau dlm ertikata lain meroyan, merobuk di kampung/umah lain selain di kg shahiratics. (Cth kampung/umah lain; Shahir af8, Adira fan club, wall mak anum, wall kak nam etc...)

- Kene fikir jgk sensitiviti n perasaan org lain.

2. EDIT GAMBAR

- Org kg shahiratics mmg kreatif, tak dinafikan lg. Tapi, sebarang gambar2 yg diedit perlulah menepati piawai yang telah ditetapkan, atau admin akan delete.

i) tiada sebarang gambar2 edit yang keterlaluan (seperti berpelukan, badan lain muka lain; badan sheila majid, muka adira-tidak dibenarkan sama sekali)

-Kalo nk edit gambo org tu...pandai2 la mintak kebenaran ye...

3. TAG/MENEMPEK GAMBAR/VIDEO

- dilarang menampal atau men'tag' sebarang gambar shahira di wall pihak lain terutama wall umum sepetri wall mak anum dan wall kak nam tanpa kebenaran admin shahiratics (p/s: kami memahami keinginan anda untuk berkarya dan berkongsi kegembiraan tetapi tidak semua yang setuju dengan kegembiraan dan kekreatifan kita berkarya).

- Tag berpada2..kalau gmbar Shahira berdua tu tak perlulah tag d page Shahir Af8 cthnye...or pada keluarga mereka. Tag/tempek ikut kesesuaian lah ye. Jgn la kat wall mak anum tag gambar Adira lak cthnye.

4. KREDIT GAMBAR/VIDEO

- sebarang gambar/video yg diambil dari pihak ketiga, sila kreditkan nama pihak terbabit.

5. TETAMU TAK DIUNDANG

- apabila ada tetamu yang tidak diundang datang, sambut mereka dgn sennyuman, bentangkan kapet merah siap dgn bunga manggar or tarian naga ke skali walau kita tak tahu apa tujuan mereka.

- apa jua provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak lain jgn mudah melatah. Jika masih rasa marah..tekan tanda =)

6. SPEKULASI

- dilarang membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita/keadaan sebenar walaupun di dalam hati kita punya taman bunga sebesar alam.

- dilarang 'copy & paste' atau'print screen' apa2 jua perbualan dari pihak lain tanpa mengetahui apa yang diperkatakan..

- nk CSI pun, jgn la terang-terangan sgt...coverline skit k

7. KUTUKAN/PROVOKASI/PERGADUHAN

- Jangan cpt melatah...kite relax je org nk kata apa. Ingat moto KG. CHILL & IGNORE =)

- Dilarang wujudkan sebarang pergaduhan di Kg. Jika ada..pandai2 lah sejukkan/tenangkan keadaan ye. kalau ada org baru yg masih tak faham konsep di kg kite...sila2 lah tunjuk ajar ye.

- tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan/perbalahan/ atau apa2 yang menyebabkan perasaan tidak senang kpd sesiapa jua yg membaca. sebelum berkata atau menulis apa2..fikirkan perasaan org yg membaca dgn meletakkan diri sendiri di tempat org yg diperkatakan..

8. KERAHSIAAN/ISU SENSITIF

- isu2 sensitif dan rahsia kg.. jika ada perkara2 yg terpaksa diperap dalam peti besi yg dirahsiakan lokasinya bukan la bermakna admin xnak kongsikan ngan org kg terchenta nie tapi itu adalah untuk tujuan keselamatan dan keamanan kg tercinta nie n menjaga keselamatan pihak2 yg berkenaan.. org2 kg yg sejati mesti faham kan? Tapi kami cuba sedaya upaya berikan sajian menarik utk semua ..

9. NAMA SHAHIRATICS

- Sapa2 yg pakai nama fb ada shahiratics tu...pandai2 la behave ye, lg2 kat umah/kg org lain...korng bawak nama shahiratics, so kalo buat apa2 ramai yg melihat...lg2 kalo wat salah. jgn nnti hnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga...k =)

**Admin cuba buat yg terbaik utk semua..utk Kampung Shahiratics, org2 kg n tak lupa juge buat SHAHIRA kesayangan kite. Harap semua leh beri kerjasama ye... Ni semua utk kesejahteraan kg.. =)

SAYANG SHAHIR+ADIRA=SHAHIRA

SAYANG KG SHAHIRATICS

SAYANG WARGA SHAHIRATICS SEMUA

CHILL & IGNORE

ANYTIME ANYWHERE

September Musim Cinta

September Musim Cinta

Khamis, 16 September 2010

SEPTEMBER MUSIM CINTA-BAB 2

“Abang..Suha nak duit…”ujar adik perempuan Ahmad.

“Duit?,nak buat ape?” Tanya Ahmad sambil membelek-belek suratkhabar di ruang tamu rumahya.Suha datang bersimpuh mengadap abangnya sambil ketawa lalu berkata”hahaha….tipu je….”Dia tersenyum dan menarik hidung abangnya itu.

“Suhaidaaaaaa..sakitlah…”Ahmad bingkas bangun cuba menarik rambut adik perempuanya itu.Suha sempat lari menuju ke arah ibunya yang sedang memerhati gelagat mereka berdua.Ahmad menangkap Suha yang sudah sedia memeluk erat ibunya.Ahmad mencubit pipi gebu adiknya.Mak Anum lebar mengukir senyuman.

“Dah..dah dah la..tuh..”ujar Mak Anum.

“Sakit la mak…tak pasal-pasal datang usik orang..”

“Eleh…nak gurau sikit pun..nak marah…sakit pipi orang tau..”kata Suha yang sedang menggosok-gosok pipinya.Dia menjeling manja pada abangnya.

“Abis tuh..idung abang yang hampir nak melecet awak picit nih tak sakit…??”balas Ahmad.Suha menjelir.

“Alah..sudah-sudah la tuh…..Suha baik pegi solat..dari tadi tak solat-solat lagi…”sambung mak Anum pula.

“Aikk..tak solat lagi rupanya….pegi...pegi…cepat..tak baik lambat-lambatkan solat…”Ahmad menolak-nolak Suha yang masih memeluk ibunya.Suha mencebik.

“Yer la…pak ustaz….”jawab Suha yang menyandar pada bahu kanan ibunya.Mak Anum menyapu-nyapu lembut pipi anak perempuannya itu.

“Cepatttttttttttttttttttt..”Ahmad mengangcip giginya,mak Anum memerhati sambil tersenyum.

“Baikkkkklahh pak ustazzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz…”Suha bangun dan lari-lari anak menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk .Lalu ke bilik untuk menunaikan solat yang hampir tamat waktunya.

Jam di dinding menujukkan pukul 4.05 petang.Mak Anum mengibas-ngibas kain yang diangkat sebentar tadi di jemuran.Mak Anum melipat kain-kain yang diangkatnya .Ahmad masih ralid membaca suratkhabar.Suha pula terlelap depan tv selepas menunaikan solat zohor tadi.Mak Anum merenung Ahmad yang sangat khusyuk membaca…”Macamana la aku nak bagitau Abang ye..”bisik hati Mak Anum.Dia tahu kalau dibuka cerita..kang panjang pulak muncung che Ahmad sorang nih.

“Bang,tadi Pak Usu talipon dia nak abang pegi KL keje dengannya .”Ahmad mengangkat lirik matanya.Dia memandang tepat pada wajah ibunya.Mak Anum menyambung cerita”Pak Usu kata dia nak bagi abang jawatan engineer yang baru saja di kosongkan,kat opis dia tuh.nak tak?”Mak Anum membalas pandangan anak sulungnya itu.Takut juga dia bersuara,satu persatu mak Anum menyusun kata.Bimbang Ahmad bingkas bangun dan berlalu.Dia faham kalau anak jantannya itu tidak mahu ke Kuala Lumpur untuk bekerja..apatah lagi menjaga pejabat lama Pak Usunya di sini.tetap dia tidak mahu.Pun begitu mak Anum mencuba juga untuk bertanya walaupun sudah berulang-ulang kali Ahmad menolak tawaran pak Usunya itu.

“Ermmm ..nantilah abang fikirkan dulu…”Benar fikiran mak Anum…

“Fikir?,dah berapa kali abang cakap cam tu..mak bukan ape,ko tu pandai bang…belajar tinggi,takkan selamanya nak keje membela binatang….bukan mak tak suka ngan keje kau sekarang ni,tapi abang fikirlah masa depan abang bukan kat sini,esok lusa nak berumahtangga,nak ade isteri,jaga anak-anak….nak bagi makan ape kat anak orang kalau setakat bela kambing??Dahlah sekarang ni semua benda nak pakai duit…bangggg….”panjang lebar Mak Anum berkata.Dia menarik nafas panjang bagaikan terlepas dari bebanan hutang.

Ahmad mendatangi ibunya lalu bersimpuh duduk dan mengenggam tangan ibunya.

”mak,bukan abang tak nak keje kat Bandar tu tambah lagi keje dengan Pak Usu abang belum bersedia..lagikan…. mak…...abang nak jaga keluarga kita dulu..,kalau rezeki abang ada kat sana..tetap ada la mak…Abang tak sanggup la nak tinggal mak dan Suha..abang tak sedia lagi la makkkk..”Ahmad tunduk kesal seolah-olah telah mengecewakan Mak Anum.

“Abang……”panjang nada mak Anum cuba memujuk…

“masa abang belajar dulu…mak takde masalah pun kat kampung nih ..pegi la keje ngan pak Usu..mak kat sini jangan la Abang risaukan..tau la mak ngan Suha jaga diri kat sini..lagipun ramai yang boleh tolong jengok-jengokkan mak kat sini…..’kata Mak Anum memujuk.

“Mak….diorang kalau datang pun bukan slalu.…lagipun dulu abah ada….boleh tengok-tengokkan mak dan Suha,tapi sekarang….abang tak sanggup tinggal mak dengan Suha,Pempuan lak tuh berdua kat rumah….abang dah janji dengan arwah abah..abang akan jaga mak dan Suha..itu janji abang mak pada abah..bukankah mak dah lupa….??”Kata-kata Ahmad berhenti di situ.Dia sebak.Teringat saat-saat akhir abahnya hendak menghembuskan nafas terakhir..Dia sempat berjanji akan selalu berada disisi emak dan Suhaida.Ahmad tunduk,dia menahan air mata yang bakal mengalir.Sekeras-keras hati lelaki..akhirnya tertumpah jua air mata jantannya itu,Mak Anum turut menangis melihat deraian air mata anaknya.Mak Anum tahu Ahmad banyak berkorban demi dia dan Suha.Dua beranak itu berpelukkan,Ahmad memeluk ibunya sangat erat dia tahu tanggungjawabnya terlalu besar sekarang. Setelah kepergian abahnya ke rahmatullah setahun yang lalu, Ahmad membuat keputusan mengambil alih tanggungjawab yang ditinggalkan oleh Pak Bahar.Ahmad melepaskan pelukkan dari ibunya.Mak Anum mengesat air mata Ahmad.Ahmad pun sama mengesat air mata ibunya.“Mak maafkan Abang…..”dia mencium tangan ibunya dan bergegas bangun setelah mendengar azan asar.Ahmad mengesat lagi air matanya dengan lengan baju sebelah kanannya.Mak Anum juga bangun dari silaannya…menyapu air mata lalu berlalu ke ruang dapur.

Setelah menunaikan solat,Ahmad turun dari rumah.Dia menaiki motosikal lama abahnya yang terlalu banyak terpelit kenangan.Motosikal ini lah yang dibawanya ke pusat pengajian tinggi untuk dipakai.Terlalu banyak kenangan yang tak mampu Ahmad padam.Termasuklah Ermiza kekasih hatinya.Dengan kerana motosikal itulah dia bertemu Ermiza buat kali pertama.Ahmad mengimbau kenangan lalu menyusuri jalan-jalan sunyi menuju ke rumah Siti.Aliff ada meelefonnya tengahari tadi.Dia mahu berjumpa dengan Aliff abang Siti.Sudah lama mereka tidak berjumpa,seingat Ahmad kali terakhir bertemu semasa Mak Nah mengadakan tahlil 2 bulan yang lalu di rumah Aliff.Ayah Siti juga sudah lama tiada,sudah menjangkau 17 tahun,waktu itu usia Siti baru setahun.Pak Salidin mengalami kemalangan jalan raya semasa mahu pulang dari tempat kerjanya menuju ke rumah.Pak Salidin meninggal di tempat kejadian dilanggar oleh sebuah kereta mewah yang memecut laju.Dan berlalu.Hingga sekarang mereka tidak tahu siapa yang sangat tergamak membiarkan Pak Salidin terlantar ditepi jalan berjam-jam lamanya sehingga arwah ditemui oleh Pak Usunya,Ahmad.Ahmad mengimbau lagi kenangannya bersama Ermiza.Akhir-akhir ini sering Ermiza muncul dalam kotak Fikirannya.Pertemuan pertama mereka selalu membuat Ahmad tersenyum seorang diri.Motosikal yang dinaikinya inilah yang sentiasa membayangkan Ahmad pada Ermiza.Rindu benar dia pada gadis itu.

“Hai……lawa moto….kenapa tolak…rosak ye..”usik Ermiza sambil ketawa kecil.

“mak aiiii..hensemnye…”getus hati Ermiza.

“nak Saya tolong…?”sampuk rakannya yang duduk di kerusi belakang kereta satria berwarna silver.Ahmad senyum”terima kasih…takpe dah dekat nih..”

“betul tak mau kami tolong..??”kata Ermiza lagi..

“takpe….terima kasih…”Ahmad senyum.Senyuman Ahmad bisa mencairkan hati mana-mana gadis sekali pun,termasuk Siti yang sangat menggilainya..walau mungkin tanpa Ahmad sedari.

Dia memutuskan hubungan cinta mereka demi kebaikan bersama..dia tahu Ermiza terluka tetapi bersamanya hanya mencipta duka..dia tidak mampu membahagiakan Ermiza sepertimana yang Ermiza harapkan.Sudah hampir setahun Ahmad tidak mendengar sebarang khabar dari Ermiza.Pernah Ahmad cuba menghubunginya tetapi gagal.3 bulan yang lalu dia terserempak dengan rakan se universitinya,Firdaus.Sempat juga Ahmad bertanya tentang Ermiza anak kepada ahli perniagaan yang terkenal di Johor Bahru, Datuk Seri Engku Haider Engku Adnan.

Firdaus memberitahunya Ermiza sekarang menetap di London menyambung pelajaranya di sana.sempat juga Firdaus berseloroh”frust dengan ko la tuh…Ermi lari bawak ati jauh terbang ke London..”Firdaus menepuk bahu Ahmad sambil tersenyum dan memohon pergi kerana terkejar-kejar untuk menaiki bas menuju ke Kuala Lumpur katanya.Di situ saja pertemuan mereka.

Padanya berpisah dengan Ermiza..memungkinkan gadis itu lebih bahagia…cita-cita Ermiza untuk menyambung pelajarannya ke London tercapai jua…Pada mulanya dia dan Ermiza bercadang untuk mengambil master bersama-sama di sana.Tapi apakan daya…semuanya tinggal kenangan…Keluarganya lebih penting dari hal yang lain.Selamat tinggal sayang….kata-kata itu lah yang Ahmad ucapkan disaat akhir pertemuan mereka.Dan itu lah kali pertama dan terakhir Ahmad membawa Ermiza menaiki motosikal kesayangannya itu.Baginya itulah ketentuan Allah.Dia pasrah.Dia redha.Berpisah dengan Ermiza bukan bererti penamat hidup baginya.Dia membina hidup baru biarpun terpaksa melepaskan segala kemahuan hati.Walaupun menjalani hidup serba kekurangan,dia tetap bahagia.Bahagia bersama keluarga tercinta.

“Ponnnnn..”hon kereta Pak Long menyentap lamunan Ahmad.Ahmad sempat mengangkat tangan,walaupun kereta pak Long sudah berlalu membelakanginya.

“Ishhh….aku nak ke mana nih..ala…terlepas simpang la pulak..ishhh..”Ahmad menggelengkan kepala menyedari dia sudah terlepas jalan menuju ke rumah Siti.Dia membelokkan semula motosikalnya.Beberapa minit kemudian Ahmad sampai ke rumah Siti,terus saja dia menyusuri laman rumah gadis itu.

“Assalamualaikum….assalamualaikum…?’’salam diberi..lama menunggu..tiada yang menjawab..

“PAPPP!!”Siti membedal pelapik motosikal Ahmad dengan ranting mempelam.Dia menyergah Ahmad dari belakang.Dia baru pulang dari rumah Farina,kawan baiknya.

“Hoishhhh…!!”Ahmad terkejut.Dia menggosok-gosok dadanya yang bidang itu.Siti ketawa bagai nak runtuh langit..kelakar sangat la tuh yang dirasakannya.Ahmad hampir tidak dapat mengawal motosikalnya,mujurlah sudah dimatikan enjin.kalau tidak mahu motor dan dia sekali terpelanting melambung atas atap rumah Siti.

“Hahahahahaha….Abang melatah jugak yer..ahhahahahahha”Siti ketawa lagi..Ahmad memandang sambil tersenyum.Malu pun ada…tapi dia juga turut ketawa.ketawa kecil.Mata galaknya merenung Siti.Tapi tidak lama.Dia malu sambil mengusap rambutnya dan mengetap bibir merahnya itu.Tunduk dan mengetap bibir merahnya sekali lagi.

”malu-malu kucing pulak Che Ahmad nih..meowwwww…..”getus hati Siti.”Adoiii…Kau jangan buat gaya cam tuh…mau cair aku Che Ahmad oiii……..”Siti melihat gelagat Ahmad yang sedang mengusap rambut dan mengetap bibir merahnya itu..Terlalu tampan persis model iklan.Ahmad tersengeh sambil menundukkan muka ke tanah.Siti ketawa lagi..suka dia dapat menyakat Ahmad,suka sangat..sampai merah padam muka Ahmad disakat Siti.Siti gembira,sangat gembira.

“Eh…Mat…tadi dah ke kau sampai..?”tanya Aliff,abang sulung Siti yang balik bercuti beberapa hari ke kampung.Dia sebaya Ahmad,23 tahun,Cuma dia tidak la berpelajaran tinggi seperti Ahmad.Dia hanya berkelulusan SPM.Dan bekerja di kilang eletronik di Pulau pinang selepas tamat belajar.

“Tak la..baru je”Ahmad menjawab dalam nada ketawa kecil.

“apsal nih..Siti sakat kau ke?’’tanya Aliff sambil perhati Siti yang masih menggeleng-geleng kepala dan ketawa.Disebelah tangan kanan adiknya itu ade buah epal hijau yang telah diratah sebelahnya.

“Siti….masuk…apa la anak dara ketawa kuat-kuat..masuk!”sergah Aliff,Siti bergegas menuju ke dapur..terkumit-kumit bibirnya membebel..ntah apa yang dikatakan pun Aliff tidak dapat mendengar.

“jom Mat..kita duk kat serambi…..Siti kacau kau eh…?”Aliff memegang bahu Ahmad.Mereka berjalan seiringan menuju ke serambi depan rumah Aliff.

“tak de apa la..biasa la adik kau tuh…”Ahmad senyum.Aliff tahu Siti menyakat Ahmad.Pasti.

“camne ngan keje kau kat Penang?”Tanya Ahmad.

“Ntah la Mat…aku rasa dah malas nak keje kat sana,gaji tak seberapa…keje tak renti-renti…..takde over time lak tuh…hmmm….kat kandang kau tak de keje kosong ke??.” Aliff berseloroh.Ahmad senyum sambil mengangkat bahunya.

“aku seyes tanya nih..”Aliff mengiakan soalannya.

“betul..???nanti aku Tanya Angah Shah,kalau-kalau ade…lagipun binatang-binatang sume tuh bukan aku je yg punya..kau tau la kan….”jelas Ahmad.Aliff hanya mengangguk faham.Projek membela kambing,itik dan angsa itu bukan Ahmad sahaja yang terlibat,Arwah ayahnya,pak Long dan Pak Ngah Zali serta anaknya angah Shah yang turut berkerjasama.Ahmad hanya menyambung tugas ayahnya yang bercadang bila pencen mahu diusahakan sama-sama dengan yang lain.Tetapi Arwah pak Bahar tidak sempat menyempurnakan hajatnya.Cuma selama hayatnya dia sempat membela diwaktu lapang ataupun cuti sahaja.

“eh..Liff..brape ari kau cuti”?Ahmad tanya lagi.“5 hari..aku ingat nak cari keje kat sini la sementara cuti nih”Aliff bersuara lagi.

“wah..lama jugak kau amik cuti..takpe ke?”Ahmad menepuk bahu Aliff.Aliff senyum.Dia mengintai-ngintai kedalam rumahnya…

“skali-skala….”mereka berbalas senyum.

“Liff…takan cakap jer…kering dah tekak aku nih..”Ahmad berseloroh.

“a’aaa….jap..”

“Irma….Irma……..”panggil Aliff.Matanya mencari kelibat Irma.

“yer bang….apa dia?”Tanya Irma yang sedang memegang kain yang hendak dibasuhnya.“Buat air…..kita ade tamu nih.”kata Aliff.Belum sempat Irma menjawab.Siti muncul dengan tiba-tiba,Dia mengintai disebalik kakaknya.Siti mengelip-ngelipkan matanya sambil tersengeh manja dibelakang Irma.Irma rimas dipegang bahu.Siti masih di situ.

“Takpe..biar Siti buatkan…”Dia menjelirkan lidahnya pada dua jejaka didepannya itu.Irma berlalu,malas melayani karenah Siti.Macam budak-budak.

“Dah..kalau nak buat air pegi la cepat… buat pe lagi kat pintu tuh..cepatlah..”Aliff mencapai botol kosong ditepinya dan dibaling kearah Siti.Siti dapat mengelak.Terangkat jugak kaki adik bongsunya itu.Dia tahu..kalau dibiarkan..Siti lagi lah bertambah-tambah miangnya nak menyakat Ahmad.Ahmad tetap tersenyum.Dia tidak akan pernah marah dengan karenah Siti,Dia tahu Siti nakal,walaupun kini sudah hampir berusia 18 tahun,Siti tetap nakal.Tidak pernah berubah.Comel.Ahmad menggelengkan kepalanya,hatinya bersuara”makin comel dak Siti nih sekarang..bila lah nak berubah…..Siti….belajarlah jadi dewasa….kau sangat comel dimata abang, Siti…..kau comel sangat…..”Ahmad tunduk senyum.Mengakui kecantikan yang kian terselah diraut wajah Siti.Wajah putih gebu itu juga bikin hatinya bergongcang.”Siti…Ah!Tidak!TIDAK MUNGKIN AKU SUKAKAN KAU…”lawan hati Ahmad pada fikirannya sendiri.

“kenapa kau senyum Mat?”Tanya Aliff.Mematikan angannya.

“Takde la…klaka la adik kau tuh..”Ahmad gelengkan kepalanya lagi.

“Ntah tak tau malu..geram aku tengok….tak berubah-ubah…nak-nak kalau kau ade…gatalnya bertambah-tambah…aeeeeiiisshhhh…kalau dekat tadi tuh akuu tarik je telinga….”bebel Aliff.

“dah la….bukan sakit pun dia sakat aku…kau nih…..”Ahmad cuba meredakan keadaan.Nampak sangat Aliff tidak berkenan dengan perangai Siti.Tak berubah-ubah.

“Nah… airnya Tuanku…”Siti mempersembahkan 2 cawan kopi berserta teko air kepada mereka.Didalam piring kecil Siti letak kan kuih bauhulu yang dibeli oleh ibunya semasa pak Lias datang menjual ikan pagi tadi.

“Ade apa-apa lagi Tuanku…?’’Siti menyindir Along nya.Aliff bingkas mahu bangun.Tapi sempat dipegang Ahmad.Siti membuat gaya karate..tangannya disilang..kakinya di kekudakan.Sangat nakal perilaku Siti waktu itu.

“Aik….”Siti memperkemaskan rentak.Kekadang dak Siti nih sewel jugak..tak kira dengan siapa,dia selamba saja..Tetapi mengapa bila berdua dengan Ahmad semasa di rumah mak Long Senah hari tuh,Siti menjadi tersangat malu.Dia malu sangat…malu dengan renungan Ahmad,malu dengan sentuhan manja Ahmad.Apakah dia sudah mula dewasa mengenal erti untuk dicintai??

“Dah la Aliff….”Ahmad bersuara.

“Ti…camne ngan tangan Siti?Dah baik?’’Ahmad cuba meleraikan kekalutan.Ahmad tahu Aliff bukan marah sangat pun,mungkin Aliff agak tidak selesa dengan pe’el Siti.Itu sahaja.

“Dah baik bang..terima kasih yer..”Siti kembali tegang..Jiwanya jadi kacau.Dia memuncungkan mulutnya,Siti menyusun langkah masuk kedalam rumah,jantungnya berdegup kencang.Dia mengimbau saat Ahmad memegang tangannya…..Dia hanyut dalam imbauannya,sambil diperhati jari telunjuk yang terkena kaca hari tuh.Dia menyentuh jari itu berlalu dalam kebahagiaan.Dan dengan penuh kemeroyanannya,Siti mencium jarinya itu,hatinya berkata”muahhhh….AKU SAYANGGGGG SANGAT KAT KAU MAT!”Siti berlenggang masuk kedalam bilik sambil mencium-cium jarinya tanpa henti!Sengal!Otak Siti Sudah S.E.N.G.A.L!Sah!S.E.N.G.A.L…….

Aliff memerhati Ahmad,pasti ada sesuatu yang dirahsiakan.Dia mula menduga sesuatu.Dia mengalihkan pandangannya.Aliff menuangkan air ke cawan Ahmad.Dia cuba mengorek rahsia.

“Apsal ngan tangan adik aku???”Tanya Aliff bingung ingin tahu.

“kene kaca….”Ahmad memegang cawan kopi untuk meneguk air.

“Kaca ape pulak..?”Aliff mahu tahu lagi..

“tak de apa lah…..eh..lepas minum air ikut aku pegi kandang..nak?”Ahmad mematikan kebuntuan Aliff.Walaupun tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku,Aliff mematikan sangkaannya .Aliff hanya mampu mengangguk sambil menyuruh Ahmad menjamah kuih bauhulu.Ahmad minum dan makan bauhulu,lagipun dia malas untuk bercerita.Biarlah menjadi rahsia baginya.Kalau Aliff ingin tahu pun biarlah dia bertanyakan sendiri pada Siti.Itu pun kalau Siti mahu bercerita.

0 ulasan: