CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tok Dan Opah

Tok Dan Opah

Assalammualaikum...

Selamat datang ke blog Shahir+Adira=Shahira.. Kami ingin berterima kasih kerana sudi melihat blog ini.. Kami admin mengalu-alukan semua agar sentiasa memasuki blog ini dan melepak di blog ini..Terima kasih buat Yunie Zahan kerana sudi berkongsi novel "September Musim Cinta"...Sebarang komen atau apa2 saja tulisla di Jom Chat...

Shahir dan Adira

Shahir dan Adira

-: B!LA C!NTA :-

-: B!LA C!NTA :-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

~WELCOME~

Bio Shahira

Bio Shahira

SHAHIRA

SHAHIRA
ADIRA & SHAHIR

Love Shahira

Birthday Shahir

Birthday Adira

-: ShahiraZONE :-

AKUJANJI SHAHIRATICS..ekekeke kalau x tepati bkn shahiratics sejati..

Sebab admin sayang sgt dgn Kg Shahiratics, Tok Ketua, Penolong Tok Ketua n penduduknya...so ada beberapa isu admin nk bangkitkan di sini. Tak semua org suka apa yg kite suka, so kene sentiasa berhemah sentiasa k.

Sebagai warga kampung Shahiratics yg sejati, anda diminta mematuhi arahan-arahan berikut;-

1. MEROYAN

- Sila royan dgn berhemah. Dilarang mengekspresikan perasaan diri yang keterlaluan sama ada gembira atau sedih atau dlm ertikata lain meroyan, merobuk di kampung/umah lain selain di kg shahiratics. (Cth kampung/umah lain; Shahir af8, Adira fan club, wall mak anum, wall kak nam etc...)

- Kene fikir jgk sensitiviti n perasaan org lain.

2. EDIT GAMBAR

- Org kg shahiratics mmg kreatif, tak dinafikan lg. Tapi, sebarang gambar2 yg diedit perlulah menepati piawai yang telah ditetapkan, atau admin akan delete.

i) tiada sebarang gambar2 edit yang keterlaluan (seperti berpelukan, badan lain muka lain; badan sheila majid, muka adira-tidak dibenarkan sama sekali)

-Kalo nk edit gambo org tu...pandai2 la mintak kebenaran ye...

3. TAG/MENEMPEK GAMBAR/VIDEO

- dilarang menampal atau men'tag' sebarang gambar shahira di wall pihak lain terutama wall umum sepetri wall mak anum dan wall kak nam tanpa kebenaran admin shahiratics (p/s: kami memahami keinginan anda untuk berkarya dan berkongsi kegembiraan tetapi tidak semua yang setuju dengan kegembiraan dan kekreatifan kita berkarya).

- Tag berpada2..kalau gmbar Shahira berdua tu tak perlulah tag d page Shahir Af8 cthnye...or pada keluarga mereka. Tag/tempek ikut kesesuaian lah ye. Jgn la kat wall mak anum tag gambar Adira lak cthnye.

4. KREDIT GAMBAR/VIDEO

- sebarang gambar/video yg diambil dari pihak ketiga, sila kreditkan nama pihak terbabit.

5. TETAMU TAK DIUNDANG

- apabila ada tetamu yang tidak diundang datang, sambut mereka dgn sennyuman, bentangkan kapet merah siap dgn bunga manggar or tarian naga ke skali walau kita tak tahu apa tujuan mereka.

- apa jua provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak lain jgn mudah melatah. Jika masih rasa marah..tekan tanda =)

6. SPEKULASI

- dilarang membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita/keadaan sebenar walaupun di dalam hati kita punya taman bunga sebesar alam.

- dilarang 'copy & paste' atau'print screen' apa2 jua perbualan dari pihak lain tanpa mengetahui apa yang diperkatakan..

- nk CSI pun, jgn la terang-terangan sgt...coverline skit k

7. KUTUKAN/PROVOKASI/PERGADUHAN

- Jangan cpt melatah...kite relax je org nk kata apa. Ingat moto KG. CHILL & IGNORE =)

- Dilarang wujudkan sebarang pergaduhan di Kg. Jika ada..pandai2 lah sejukkan/tenangkan keadaan ye. kalau ada org baru yg masih tak faham konsep di kg kite...sila2 lah tunjuk ajar ye.

- tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan/perbalahan/ atau apa2 yang menyebabkan perasaan tidak senang kpd sesiapa jua yg membaca. sebelum berkata atau menulis apa2..fikirkan perasaan org yg membaca dgn meletakkan diri sendiri di tempat org yg diperkatakan..

8. KERAHSIAAN/ISU SENSITIF

- isu2 sensitif dan rahsia kg.. jika ada perkara2 yg terpaksa diperap dalam peti besi yg dirahsiakan lokasinya bukan la bermakna admin xnak kongsikan ngan org kg terchenta nie tapi itu adalah untuk tujuan keselamatan dan keamanan kg tercinta nie n menjaga keselamatan pihak2 yg berkenaan.. org2 kg yg sejati mesti faham kan? Tapi kami cuba sedaya upaya berikan sajian menarik utk semua ..

9. NAMA SHAHIRATICS

- Sapa2 yg pakai nama fb ada shahiratics tu...pandai2 la behave ye, lg2 kat umah/kg org lain...korng bawak nama shahiratics, so kalo buat apa2 ramai yg melihat...lg2 kalo wat salah. jgn nnti hnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga...k =)

**Admin cuba buat yg terbaik utk semua..utk Kampung Shahiratics, org2 kg n tak lupa juge buat SHAHIRA kesayangan kite. Harap semua leh beri kerjasama ye... Ni semua utk kesejahteraan kg.. =)

SAYANG SHAHIR+ADIRA=SHAHIRA

SAYANG KG SHAHIRATICS

SAYANG WARGA SHAHIRATICS SEMUA

CHILL & IGNORE

ANYTIME ANYWHERE

September Musim Cinta

September Musim Cinta

Rabu, 22 September 2010

SEPTEMBER MUSIM CINTA-BAB 7

Suasana di Hospital agak sibuk pagi itu.Irma menunggu Aliff datang mengambilnya untuk pulang.Semalaman dia tidak lena tidur.Bergilir-gilir dia menjaga ibu dan Siti.Irma mengambil keputusan untuk balik dahulu ke rumah.Aliff berjanji akan menjaga Mak Nah dan Siti.Sementara dia balik ke rumah.

Pukul 3 pagi semalam Siti mulai sedar dari pengsannya itu.Menangis jugak Irma melihat keadaan adiknya.Siti juga turut menangis.Sempat juga Siti bertanyakan tentang Mak Nah.Siti buntu.Mak Nah yang diberikan doktor ubat tidur, semalam masih tidak sedar dari lena.Teringat akan Irma semasa Siti menanyakan sebab mengapa Ibunya mengamuk tengahari itu.Apa yang dia tahu Cik Rozi ada datang ke rumahnya.Cuma Irma tidak tahu apa yang dicakapkan pada ibunya.Kerna waktu itu dia,turun pergi ke rumah Farina.Irma cuba menenangkan Siti.Dia menangis tersedu-sedu mengingatkan apa yang telah berlaku.Sakit kesan luka juga membuat Siti sangat pedih mengenangkannya.Sesekali dia berkecil hati dengan tindakan ibunya tanpa usul periksa.

“Kak….sampai hati mak buat Siti macam ni kak….” Siti bersuara.Lemah.Irma menggosok-gosok lengan adiknya.Kelihatan luka-luka banyak dilengan Siti.Kepalanya juga dibalut.Mengalir air mata Irma.Pedih hatinya!Terasa beban digalas bersama-sama Siti.”Sampai hati mak!Kesian Siti..”hatinya meronta pedih.

“Dik..tido lah….akak temankan Siti..tido la dik…. akak ada kat sini..!”Siti menutup matanya.Dikesat airmata adiknya itu.Mengalir berlalu dihujung tepi mata Siti.Irma mengesatnya.Irma sebak….menangis jua dia di situ.

Aliff datang bersama Ahmad,motosikalnya masih rosak.Semalam Ahmad temankan Aliff tidur di rumah.Ahmad masuk melihat Mak Nah.Masih tidur.Irma sedang bersiap-siap untuk digantikan giliran dengan Alongnya.Selepas itu mereka bertiga menjengah Siti.Siti juga masih tidur.Ahmad merenung wajah Siti.Lama dia menilik.”Ti….apa lah pulak kali nih salah yang kau buat hingga mak Nah buat kau macam ni….”Kasihan.Hatinya menyoal.Aliff diam,dicium dahi adiknya.Sebak.Cepat-cepat dia keluar.Tidak tahan melihat keadaan Siti.Irma juga keluar menenangkan Aliff.Ahmad masih di bucu katil.Perlahan-lahan kakinya melangkah.Dia merapati wajah Siti.Dia membongkokkan badannya.Dia merapati mukanya ke telinga kanan Siti..perlahan dia bersuara.

”Assalamualaikum…….Ti….Abang datang nih…..rehatlah Ti….Semoga cepat sembuh……..abang balik dulu….”Dia menyentuh kepala Siti.Sebak.Cepat-cepat juga dia keluar.Bimbang hatinya mudah rapuh,mungkin bakal mengalirkan air mata.Ahmad bergegas keluar.Siti yang lena tidurnya itu…terngiang-ngiang mendengar suara Ahmad membisikkan sesuatu……hendak dibuka mata..namun dibiarkan mimpinya berpanjangan.Kepalanya bergerak manja.Bagai diulit Sang Putera.Senyum dia dalam lenanya itu.”MAT….SITI SAYANG AHMAD!!”

“Liff,aku balik dululah….lama dah nih….”Dia melihat jam ditangannya.“Tengahari nanti aku datang balik amik kau,tunggu motor kau siap dibaiki..pastu aku datang ngan motor kau…..kau tunggu ..aku datang amik kau!! Ni dah lama sangat dah nih……kang marah pulak pak Ngah Zali kang…”Aliff mengangguk.Panjang lebar dia berkata-kata.Ahmad menepuk-nepuk bahu Aliff.Ahmad minta diri kerana sudah terlewat masuk kerja.

“Ma..jom la..abang anta balik…”Irma menurut.Dia bersalam dengan Alongnya.Wajah Irma lesu.Dia membuntuti Ahmad.Didalam kereta Irma diam sahaja.Ahmad juga tidak bersuara.Malas dia untuk menyoal Irma.”Ah..biarla….kesian Irma kalau aku banyak menyoal…..nanti-nanti la…….”bisik hatinya.



“Penat Ma…?’’Ahmad bertanya.

“Penat jugak la….”Irma tunduk sahaja.Dia seorang gadis pemalu,tidak seperti Siti.Irma jarang bercakap.Dia sebenarnya seorang pendiam.Ahmad juga serba salah.Diam.Tidak tahu mahu bercakap apa.Tetap diam sampai ke rumah.

“Terima kasih Bang….”Irma menutup pintu.Begnya awal-awal sudah digalas.Supaya senang hendak ‘terjun’dari kereta bila sampai nanti.

“Ti……eh…Irma….salah pulak!!”Ahmad memejam mata dan menepuk dahinya!PAP!Dia menyengeh.Irma senyum mengetap bibirnya.Lucu!

“Jaga diri elok-elok..sorang kat umah tuh…..nak suruh Suha temankan ke??”Sambung Ahmad.

“Tak pe la..Farina ada….nanti ajak Farina je temankan…..lagipun Along kata dia nak balik amik Irma lepas zohor nanti..nak ke Hospital balik jaga mak dan Siti..…..terima kasih bang..”Irma senyum.Ahmad berlalu dengan kereta kancil putihnya itu.

Irma menaiki tangga rumah.Dia membuka pintu rumahnya.Dia melangkah masuk.Tidak tahu mengapa dia sebak.Irma terduduk lesu.Dia menangis teresak-esak di situ.Perasaannya bercampur –baur.Segalanya bersimpul-simpul.Tidak terlerai.Irma menangis dan terus menangis.Ada rindu dihatinya,pada mak Nah dan pada Siti.Dia dihimpit kesunyian.Masih jua terbayang peristiwa semalam.Ngilu hatinya mengenangkan saat-saat tegang semalam.Dia berbaring memeluk kusyen di ruangan tamu rumahnya.Sepuas-puasnya dia menangis sehingga dia tertidur di situ.Lama lenanya Irma dilantai ruang tamunya..Dia penat.Lagipun semalaman bergilir seorang diri menjaga Mak Nah dan sesekali bergegas pula keruangan bilik Siti ditingkat atas.

“Assalamualaikum……….?”Salam diberi.Irma terkejut dari tidurnya.Cepat-cepat dia bangun sambil menggosok-gosokkan matanya.Dia bangun mengintai siapa yang datang.

“ermmmm….Mak Biah….masuk la..”Irma mempelawa Mak Biahnya masuk ke rumah.

“Ma dah makan??”

“Belum lagi..baru je bangun nih….dah pukul berapa dah nih mak Biah….”Irma menyoal.Mak Biah menunjukkan jarinya ke dinding.Jam menunjukkan tepat pukul 2 petang.Lama dia tidur.Penat.Mak Biah menghulurkan bekas berisi makanan.Di pasti Irma tentu lapar.

“Alah..mak Biah..susah-susah aje la…..”Irma menyambut bekas yang dihulurkan Mak Biah.Dia mengambil bekas itu.“mak Biah mari lah duk kat sini dulu…”pelawa Irma.Wajah mak Biah kelat melihatnya.

“Ma………tadi abah Nasir ada bagitau Mak Biah…….”lama mak Biah diam..Irma menunggu.‘’Bagitau apa mak Biah..?’’tanya Irma.

“Payah la pulak nak bagitau nih……adoi….”Kata mak Biah resah.Irma merapati mak Biah.Dia memegang tangan mak Biahnya itu.

“Tahu tak apa yang Cik Rozi hebohkan sekarang nih..??”Kata mak Biah lagi.

“apa dia mak Biah..?’’Irma ingin tahu.Wajahnya berubah.

“Cik Rozi kata……ermmm…dia kata Siti……..Siti….Ahmad…..ermm…”mak Biah serba salah bercerita.Malu pun ada mahu bercerita pada gadis seusia Irma.Walaupun Irma sudah besar panjang,tapi mak Biah terasa juga tamparan dengan kata-kata kesat Cik Rozi itu.

“cakap je lah Mak Biah…”Irma memaksa.

“Cik Rozi kata Siti menyundal dengan Ahmad!!Heboh Irma oi..satu kampung dah tau nih…”laju Mak Biah bercakap tidak tersekat-sekat pun.

“Hah!!Apa ni Mak Biah….??”Bulat mata Irma mendekati Mak Biahnya.

“Ye…..Ma..dia kata 2 hari lepas dia ternampak Siti berpeluk-peluk dengan Ahmad di tepi kolam…ah banyak lagi lah….sakit hati Mak Biah dengar tadi!!”Mak Biah menggaru-garu tengkuknya.Dia juga bingung.Tidak percaya.Tapi terkadang masuk jugak dek akal Mak Biah.Kerana Siti selalu mengekor Ahmad,Di kolam mahupun di kandang kambing yang nun didepan sana tuh!Irma tersentak!!Bisu tidak berkata apa.

“apa………………………????”entah dari mana datangnya Aliff tetiba tercegat datang melangkah kedalam rumah..Mak Biah dan Irma terkejut.Tersentak kedua-dua mereka.Cerah mata mereka memandang Aliff.



“Kurang hajarrrrrrrrrrrrrrrrrr…….”Aliff bergegas keluar.Dia menaiki motosikalnya yang sudah elok dipakainya,dia menghidupkan semua motosikalnya itu.Laju dia membawa motosikalnya.Mereka berpandangan sesama sendiri.Irma bangun mengintai-ngintai dipintu rumah.Laju Aliff membawa motornya itu.Terduduk Irma dimuka pintu.

”Mak Biah…mana pulak la Along nak pegi nih..”Irma semakin gundah.Jantungnya kencang menanggung beban.Hati tidak keruan.Jiwa penuh persoalan!!

“Apa nak jadi nih Mak Biah…..Allahu Akbar!”Irma bertambah kacau.Dia menggosok-gosok dadanya.

“Sabar Ma…jom pegi umah Mak Biah..mari kita cari Along..ajak Abah yer….”Mak Biah memujuk Irma.Irma mengikut Mak Biah.Mereka turun dari tangga.Irma memakai seliparnya.Tunduk dia waktu itu.Matanya terpandang sekeping kertas yang melekat pada pasu pokok dikiri kakinya.Dia mengambil kertas itu.

“mak Biahhhhhhhhhhhhhh………………………….”Irma memeluk mak Biahnya.Terkejut Irma melihat kertas keputusan Siti ditangannya itu.-10 A1.-MUKTAMAD-

Mak Biah mengangguk.Dia sudah tahu yang Siti mendapat cemerlang dalam peperiksaannya.Anaknya,Farina dan suaminya yang memberitahu.Irma menangis lagi.Dia menyimpan kertas keputusan itu didalam beg kecilnya yang disilang talinya dibadan.

“Mak Biah…….pandainya Siti mak Biah..kalau mak dan Along tahu……tentu diorang suka nih..!!”Irma mengukir sedikit senyuman dalam tangisannya.Dia mengesat-ngesat airmatanya.Mak Biah menarik tangan Irma.Terlari-lari anak menuju ke rumahnya.Bimbang kalau-kalau apa-apa berlaku pada Aliff pula…

“Bang!!cepat bang kita cari Along…..”

“apa pulak nih Biah….”abah Nasir yang sedang menonton tv memandang isterinya.

“Along dengar Biah bercakap dengan Irma tadi..pasal cik Rozi tuh….alah….cepat bang…kita cari Along….cepattttttttttttt..”Ditarik-tarik tangan suaminya itu.Abah Nasir bergegas bangun menurut perintah.Tanpa berlengah mereka bertiga menaiki kereta dam menyusuri ke rumah Cik Rozi.-TIADA-Tiada sesiapa dirumah itu!

“Abah…..kita ke kandang…”Irma memberi cadangan hatinya bimbang.Mereka menuju ke kandang.



“Ahmad mana..??”Aliff menyoal Angah Shah.Tajam matanya mencari-cari Ahmad.

“Tadi ada kat situ..”Angah Shah yang tidak tahu apa-apa menunjukkan tangannya kearah tempat menyimpan dedak,makanan ternakan mereka.Ahmad keluar dari bilik simpanan makanan bersama kereta sorong.Didalamnya berisi 3 guni dedak.Aliff meluru.

“DUSHHH!!”Satu tumbukan yang kuat singgah ke muka Ahmad.Terjatuh dia di situ.Rebah.

“Apa ni Liff……”Ahmad menggosok mukanya yang terkena tumbukkan itu.Sakit.Aliff menarik bajunya.Terduduk dia diatas perut Ahmad.

“Kurang ajarrr kau yer…”Diangkat lagi buku limanya untuk menumbuk Ahmad.Belum sempat menyinggah dimuka Ahmad,Angah Shah dan Pak Ngah Zali datang memegangnya.Ahmad yang tersungkur itu menyilang tangannya didepan muka,mempertahankan diri.

“Astagfirullah….apa ni Aliff……Ya Allah..apa nih..?!!”Pak Ngah Zali bersuara.Angah Shah menarik-narik Aliff.Sempat juga dia memeluk pinggang Aliff yang mahu menerjah Ahmad sekali lagi.Perlahan Ahmad merangkak bangun dari jatuhnya itu.

“Apa nih Mat???Aliff??”Tanya Angah Shah bersungguh!!Dipeluknya lagi Aliff bimbang terlepas.Pak Ngah Zali menahan didepan Ahmad.Bibir Ahmad berdarah.Dikesat-kesat mulutnya itu.Meludah!!Darah masih keluar.Tajam pandangan Ahmad pada Aliff.Aliff lagilah…bagai singa lapar yang mahu menyerang mangsa!Menebal marahnya hingga naik turun dadanya mengembang bernafas.Merengus!

“Apa hal kau nih Liff?!!”Ahmad menyoal dibelakang pak Ngah Zali.Pak Ngah Zali memalingkan tubuhnya,turut memeluk Ahmad.Bimbang kalau-kalau Ahmad pula yang menyinga.

“Kau buat apa dengan adik aku 2 hari lepas kat tepi kolam ni hah!!”Aliff meraung kuat bersuara.Pak Ngah Zali dan Angah Shah berpandangan.Terkejut.Berfikir 2 beranak itu..”2 hari yang lepas…..ermm…aku ngan Shah pegi bandar,ada urusan pembelian tanah di pejabat tanah..”Bisik hati pak Ngah Zali.Angah Shah juga berfikir begitu.Fikiran mereka seiring.

“Aku buat ape???..ape…??”Ahmad menunjal-nunjal badannya kedepan.Badan gagahnya itu masih dipaut kuat oleh pak Ngahnya itu.Belum sempat mereka berbalah mulut.Abah Nasir datang meluru.

“Sabar…Long…long..sabar….sabar…”Abah Nasir duduk ditengah-tengah antara mereka.Masih menyinga Aliff melihat Ahmad.Kecikkkkkk……saja kepala Ahmad dilihat waktu itu.Geram.Geram sangat-sangat!!

“Bawak bincang dulu…sabar budak-budak oi…..sabar….”Mak Biah bersuara.Irma memeluk Mak Biah…menangis lagi Irma waktu itu.

“Sabar Long…..ingat.mak ngan Siti kat hospital lagi..Along jangan buat hal pulak….Irma letih laaaa Long…apa lagi nih…”Irma bersuara tersekat-sekat.Keadaan yang tegang tadi mulai agak reda.Aliff mendengar keluhan Irma.Ada betulnya kata-Irma itu.Kasihan Irma.Letih dia menyadap pe’el keluarganya.

Pak Ngah Zali,Angah Shah dan Abah Nasir mengiringi mereka berdua di bawah pokok ketapang,panas terik yang membahang di tengah-tengah kawasan ternakan tadi sangat memeritkan kulit.Apatah lagi suasana yang tegang.Duduk mereka semua dibawah pokok,kecuali Abah Nasir berdiri,tangan kanannya menyandar menongkat batang pokok.

“Macam ni lah…..ni abah nak tanya nih….”menggaru-garu jugalah kepala Abah Nasir waktu itu,ingin memulakan bicara.Angah Shah masih menahan ditengah-tengah.Bimbang kalau Aliff hilang pertimbangan lagi..Ahmad tunduk.Tangannnya meraba-raba pecah dimulut kirinya itu.

“Mat……abah nak tahu ni…cakap betul-betul eh…..”Abah Nasir merapati Ahmad,dia memegang bahu Ahmad dari tepi.Ahmad memandang.Ingin tahu.Tangannya tetap mengosok-gosok muka yang sakit ditumbuk tadi.

“Apa dia Bah….”Perlahan suara Ahmad.Dipandangnya Abah Nasir.

“Alah..jangan tanya dialah Bah….bukan nak mengaku pun …..”Aliff bersuara.Geram .Ahmad memandang tepat pada muka kawannya itu.Bingung.

“Aliff….!!”Tegas suara Pak Ngah Zali menyebut nama Aliff.

“Dengar dulu….kita dengar dulu apa yang abah nak cakap tu Long…..”Mak Biah ,menggosok bahu Aliff.Aliff mengancip giginya.Geram.

“hemmmmm……abah ada dengar di warung pagi tadi….Cik Rozi pun ada….riuh dia kat warung duk bercakap… ……”

“cakap apa Bah..Janda mulut longkang tuh cakap apa Bah???!”Aliff memotong ayat abah Nasir yang cuba menyusun ayatnya sebentar tadi…

“Aliff….!!”Tertonyoh juga tangan Pak Ngah Zali menyinggah ke kepala Aliff.Tak sempat dia mengelak.Tersenget jugalah muka Aliff waktu itu.Aliff tunduk.Akur dia kali ini.Ahmad tetap diam.Bingung yang amat sangat.Buntu.

“Abah tak pasti….tapi apa yang abah dengarlah….dia kata…Ahmad dengan Siti…2 hari lepas duk berpeluk-peluk,tergolek-golek kat kolam nun ha…..apa katanya…erm..menyundal kat situ???…ishh jahat sungguh mulut Rozi tuh!!”tangan abah Nasir menuding ke kolam.Tersentak Ahmad.Kemas dia memejamkan mata.Tunduk seakan akur.”Uisshhhh…Mampus aku kali nih!!..mampuss aku!!Bila masa pulak janda tuh ada kat sini,waktu tuh….bukan salah akubukan salah Siti jugak….Siti terjatuh lah!!adoiiiishhhh..masak la aku kali nih…MASAK!!”Panjang keluhannya.Suara hatinya mengeluh.Wajahnya berubah.

“Apa???”Angah Shah dan ayahnya bersuara serentak.Terkejut.Aliff bangun menunjal kaki kanannya kearah Ahmad,yang hampir-hampir terkena perut Ahmad.Bergelut jua la mereka ramai-ramai kat situ.Saling mempertahankan diri ,saling membantu meleraikan pergaduhan dan saling mengawal 2 anak muda ini.

“SUDAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH…………..”Irma menjerit sekuat hati.Bagai nak gila Irma di situ.Berhenti jugak mereka semua mendengar jeritan Irma.Irma memukul-mukul badan Aliff dengan tangannya.

“Sudah-sudah la Long…………………kesian mak dan Siti kat hospital tu…sudah-sudah la…”terduduk Irma ke tanah.Letih dia.Longlai.Menangis dia.Mak Biah datang memeluk Irma.Irma menangis lagi.Aliff sempat memaut adiknya itu,terduduk juga dia di situ.Mak Biah sempat memegang tangan Aliff”sabar long……sabar…..bawak mengucap Long..”mak Biah cuba menyejukkan hati Aliff.

Ahmad memberanikan diri datang mengadap Aliff.‘’Kau salah faham Liff,aku tak buat kerja gila tuh…kau kenal aku Liff..aku tak buat!!aku tak buat kerja gila tu!!”Ahmad bertegas mempertahankan diri.Aliff menatap wajah Ahmad.Ditenung mata kawannya itu.Tajam!Perasaan bercampur-campur.Tangannya sempat menolak dada Ahmad yang sedang mencangkung didepannya itu.Ahmad hampir terduduk di tanah.Tangannya menekan tanah,mengimbangi badannya.

“Liff….aku tak buat Liff…aku akui Siti datang kat kolam…..Cik Rozi salah faham Liff…Siti Cuma jatuh..aku…aku….”Ahmad cuba menjelaskan..tersekat-sekat suaranya.Yang lain cuma memerhati,tidak lari jauh tetap berkawal,bimbang bergaduh lagi.

“Apa…?apaaaaaaa???”meraung jugalah Aliff waktu itu.“SIti terjatuh atas aku..tanah licin..dia tergelincir..itu jer!!”Laju Ahmad berkata-kata.Terkejut dengan jerkahan Aliff.Yang lain Cuma memerhati.Abah Nasir mengetap bibirnya.Angah Shah senyum sinis,pak Ngah Zali menggeleng-gelengkan kepala.Irma dan Mak Biah,mendengar seperti percaya.

Tiba-tiba…..teringat Irma peristiwa 2 hari yang lepas……..

“Apasal ngan baju tuh Siti….”tanya Irma.dia baru pulang dari program anak angkat anjuran Universitinya.Irma baru sahaja pulang petang yang hampir senja itu..Sepatutnya seminggu tetapi di singkatkan hanya 4 hari.

“Jatuh….’’jawab Siti.Ringkas.

“Jatuh??Kau pegi mana..??’’tanya Irma lagi

“Kolam…licin..ada selut…..Siti jatuh la…..”berbisik perlahan ditelinga kakaknya.Bimbang didengar ibunya yang berada didalam bilik sebelah.Selepas itu Siti terus mencampak baju itu dan dia berkemban.Meluru dia masuk ke bilik air,sambil dipegang baju yang berselut itu untuk dibasuh.Lamunan Irma terhenti bila mana mak Biah cuba membangunkan Irma dari terduduknya dia tadi.

Aliff yang masih membara marahnya pada Ahmad berlalu.Geram..”Mat,,kalau kau bukan kawan aku…….mampus kau Mat!!mampus kau!!”Aliff membawa motosikalnya,dia berlalu.Laju Motosikalnya dibawa.Ahmad tertunduk.Malu rasanya diperlaku begitu.Yang lain juga berlalu.Pak Ngah Zali menepuk-nepuk bahu Ahmad.Mungkin cuba meredakan hati yang sakit….”Ya Tuhanku….aku tidak bersalah…semuanya fitnah…..Siti juga tidak bersalah…..Semua itu tidak disengajakan……MENYUNDAL ITU SATU FITNAH!!!Aku tidak sejahat itu Aliff!!”Hatinya marah.Namun terbayang wajah Siti bersilih-silih menerjah pandangannya.Marah!!Ahmad menjadi marah.Dia benci melihat wajah itu.BENCI SANGAT!!

0 ulasan: