CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tok Dan Opah

Tok Dan Opah

Assalammualaikum...

Selamat datang ke blog Shahir+Adira=Shahira.. Kami ingin berterima kasih kerana sudi melihat blog ini.. Kami admin mengalu-alukan semua agar sentiasa memasuki blog ini dan melepak di blog ini..Terima kasih buat Yunie Zahan kerana sudi berkongsi novel "September Musim Cinta"...Sebarang komen atau apa2 saja tulisla di Jom Chat...

Shahir dan Adira

Shahir dan Adira

-: B!LA C!NTA :-

-: B!LA C!NTA :-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

~WELCOME~

Bio Shahira

Bio Shahira

SHAHIRA

SHAHIRA
ADIRA & SHAHIR

Love Shahira

Birthday Shahir

Birthday Adira

-: ShahiraZONE :-

AKUJANJI SHAHIRATICS..ekekeke kalau x tepati bkn shahiratics sejati..

Sebab admin sayang sgt dgn Kg Shahiratics, Tok Ketua, Penolong Tok Ketua n penduduknya...so ada beberapa isu admin nk bangkitkan di sini. Tak semua org suka apa yg kite suka, so kene sentiasa berhemah sentiasa k.

Sebagai warga kampung Shahiratics yg sejati, anda diminta mematuhi arahan-arahan berikut;-

1. MEROYAN

- Sila royan dgn berhemah. Dilarang mengekspresikan perasaan diri yang keterlaluan sama ada gembira atau sedih atau dlm ertikata lain meroyan, merobuk di kampung/umah lain selain di kg shahiratics. (Cth kampung/umah lain; Shahir af8, Adira fan club, wall mak anum, wall kak nam etc...)

- Kene fikir jgk sensitiviti n perasaan org lain.

2. EDIT GAMBAR

- Org kg shahiratics mmg kreatif, tak dinafikan lg. Tapi, sebarang gambar2 yg diedit perlulah menepati piawai yang telah ditetapkan, atau admin akan delete.

i) tiada sebarang gambar2 edit yang keterlaluan (seperti berpelukan, badan lain muka lain; badan sheila majid, muka adira-tidak dibenarkan sama sekali)

-Kalo nk edit gambo org tu...pandai2 la mintak kebenaran ye...

3. TAG/MENEMPEK GAMBAR/VIDEO

- dilarang menampal atau men'tag' sebarang gambar shahira di wall pihak lain terutama wall umum sepetri wall mak anum dan wall kak nam tanpa kebenaran admin shahiratics (p/s: kami memahami keinginan anda untuk berkarya dan berkongsi kegembiraan tetapi tidak semua yang setuju dengan kegembiraan dan kekreatifan kita berkarya).

- Tag berpada2..kalau gmbar Shahira berdua tu tak perlulah tag d page Shahir Af8 cthnye...or pada keluarga mereka. Tag/tempek ikut kesesuaian lah ye. Jgn la kat wall mak anum tag gambar Adira lak cthnye.

4. KREDIT GAMBAR/VIDEO

- sebarang gambar/video yg diambil dari pihak ketiga, sila kreditkan nama pihak terbabit.

5. TETAMU TAK DIUNDANG

- apabila ada tetamu yang tidak diundang datang, sambut mereka dgn sennyuman, bentangkan kapet merah siap dgn bunga manggar or tarian naga ke skali walau kita tak tahu apa tujuan mereka.

- apa jua provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak lain jgn mudah melatah. Jika masih rasa marah..tekan tanda =)

6. SPEKULASI

- dilarang membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita/keadaan sebenar walaupun di dalam hati kita punya taman bunga sebesar alam.

- dilarang 'copy & paste' atau'print screen' apa2 jua perbualan dari pihak lain tanpa mengetahui apa yang diperkatakan..

- nk CSI pun, jgn la terang-terangan sgt...coverline skit k

7. KUTUKAN/PROVOKASI/PERGADUHAN

- Jangan cpt melatah...kite relax je org nk kata apa. Ingat moto KG. CHILL & IGNORE =)

- Dilarang wujudkan sebarang pergaduhan di Kg. Jika ada..pandai2 lah sejukkan/tenangkan keadaan ye. kalau ada org baru yg masih tak faham konsep di kg kite...sila2 lah tunjuk ajar ye.

- tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan/perbalahan/ atau apa2 yang menyebabkan perasaan tidak senang kpd sesiapa jua yg membaca. sebelum berkata atau menulis apa2..fikirkan perasaan org yg membaca dgn meletakkan diri sendiri di tempat org yg diperkatakan..

8. KERAHSIAAN/ISU SENSITIF

- isu2 sensitif dan rahsia kg.. jika ada perkara2 yg terpaksa diperap dalam peti besi yg dirahsiakan lokasinya bukan la bermakna admin xnak kongsikan ngan org kg terchenta nie tapi itu adalah untuk tujuan keselamatan dan keamanan kg tercinta nie n menjaga keselamatan pihak2 yg berkenaan.. org2 kg yg sejati mesti faham kan? Tapi kami cuba sedaya upaya berikan sajian menarik utk semua ..

9. NAMA SHAHIRATICS

- Sapa2 yg pakai nama fb ada shahiratics tu...pandai2 la behave ye, lg2 kat umah/kg org lain...korng bawak nama shahiratics, so kalo buat apa2 ramai yg melihat...lg2 kalo wat salah. jgn nnti hnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga...k =)

**Admin cuba buat yg terbaik utk semua..utk Kampung Shahiratics, org2 kg n tak lupa juge buat SHAHIRA kesayangan kite. Harap semua leh beri kerjasama ye... Ni semua utk kesejahteraan kg.. =)

SAYANG SHAHIR+ADIRA=SHAHIRA

SAYANG KG SHAHIRATICS

SAYANG WARGA SHAHIRATICS SEMUA

CHILL & IGNORE

ANYTIME ANYWHERE

September Musim Cinta

September Musim Cinta

Khamis, 23 September 2010

SEPTEMBER MUSIM CINTA-BAB 9

Ahmad menjengah diluar tingkap dapurnya.Hujan diluar mulai reda.Ahmad yang sudah lama bersiap mahu ke kandang mengambil termos dan bekalan dari ibunya.Dia mengambil kemeja berlengan panjang yang lusuh di jemuran tepi bilik airnya itu.Suhaida tidak bersekolah hari ini.Sukan disekolahnya sudah melabuhkan tirai.Sangat sibuk dia menyertai pasukan pancaragam di Sekolah.Hari ini Sekolahnya bercuti.Sempena kejayaan para etlit di Sekolahnya.Merangkul hadiah terbanyak tahun ini.Semua sekolah-sekolah yang terdapat di Daerah itu,berkumpul,berkampung di sekolahnya.

“Mak…..abang pegi dulu….”Ahmad mencium tangan ibunya.Suha hanya memerhati di dapur itu.Ahmad berlalu.Dibawanya kereta kancil itu ke kandang hari ini.Supaya senang berteduh dari hujan yang mungkin akan turun lagi nanti memebasahi perjalanan pulang ke rumah.

Suhaida masih mengintai-ngintai diluar.

“Intai apa Suha……”Mak Anum yang tengah menyapu ruangan dapurnya bertanya.

“Tak de apa la mak…..”Suha tunduk.seperti sedang berfikir.

“Pikir apa tu ha……lain macam je mak Tengok pagi nih…”Mak Anum menduga.Ketihatan ada kegelisahan dihati anak dara suntinya itu.

“Mak…meh la duk sini…”Suha menarik-narik tangan ibunya.Mak Anum menarik kerusi keluar supaya dia dapat duduk.

“Apa suha…??’’lembut nada suara ibunya itu.

“Mak…….ermmm..ermmmmm……”suha masih teragak-agak untuk bersuara.

“Apa…..”mak Anum menatap wajah anaknya.dia mengusap-ngusap rambut Suhaida.Mengamati wajah itu,seakan melihat wajah arwah suaminya.Seiras wajah Suhaida dengan Pak Bahar.Jambu.Mak Anum menguntumkan senyum.

“erm…kalau Suha cakap mak jangan marah Suha eh…..”Suha bersandar manja dibahu ibunya itu.

“Cakap la..mak dengar nih…….cakap lah….apa….”Mak Anum ingin tahu.Tangan kanannya menyentuh paha Suha.Ditenung anaknya itu.Suha serba salah.

“Mak janji jangan marah eh…janji tau….”Suhaida memeohon izin untuk bersuara.Mungkin Apa yang bakal dicakapkannya bakal mengundang kemarahan.

“Alahhhhhhhhhhhh…..cepatlahh….banyak keje mak nak buat ni..”mak Anum mula bangkit dari kerusinya.

“Eh…eh…mak jap la….”Ditarik semula tangan ibunya supaya duduk .Mak Anum mengalah.

“Ok…ok…..Suha cakap….ok..ok…duduk..duduk dulu mak….”Suha mula menggelabah.

“Mak…Suha….mintak maaf …banyak-banyak nih…...kalau Suha masuk campur skit pasal abang eh..Suha..Suha…tahu,ini bukan hal budak-budak macam Suha..tapi Suha rasakan..suha pun ada pandangan Suha sendiri…..”Suha mula menyusun ayatnya.mak Anum setia mendengar.Dia mengangguk.Senyum.

“Habis tuh….apa…Cakaplah..”Mak Anum meraba-raba lagi rambut Suha.Suha menbiarkannya sahaja.Rasa disayangi sangat-sangat.

“Eeerm…..Suha sukalah dengan kak Siti!!”tepat matanya bertembung dengan mata ibunya.Mak Anum berhenti mengusap rambut anaknya.

“apa Suha nak cakap nih ha……ehhmmmm”Mak Anum memegang dagu anaknya itu sambil mngetap bibirnya.

“Mak…..apa kata kalau kawinkan aje abang dengan kak Siti…….habis cerita….tutup kes!!”Tepat dan padat kata-kata dari Suhaida.Mak Anum tersentap.Lama dia memandang Suha.Ada kebenaran terpancar.Mak Anum lama terdiam.Mereka berpandangan.Suha jadi takut.Mungkin kata-katanya membuat ibunya marah.Bercampur-campur memutar dalam otaknya.

“Mak marah Suha ke…?”Suha memegang tangan ibunya itu.Mak Anum tunduk.

“Mak…….marah marah Suha ke…….??”Ditanyanya lagi mengendap wajah ibunya yang sedang tunduk itu.Mak Anum mengangkat mukanya semula.Dipandang lagi wajah Suha.Dalam dia menarik nafasnya.Dia senyum pada Suha.”wah….mak senyum……setuju ke…??’’bisik hati Suha.Suha membalas senyuman ibunya.

“Jadi………macamana mak…….setuju??setuju???!”dia menggongcangkan badan ibunya.Suha tersengeh-sengeh.Mak Anum mengangguk tanda setuju.

“wahhhhhhhhhhhhh……sukanya Suha….sukaaaaaaaaaaaa…….”Suha bangun meloncat-loncat kegirangan.Seolah-olah seperti dia pula yang mahu kahwin.Mak Anum menarik tangan Suha supaya jangan terlalu gembira.Sebenarnya mak Anum juga sukakan Siti.Biarpun perangainya agak nakal.Mak Anum suka.Dia tahu Siti mempunyai sekeping hati yang luhur.Mungkin Ahmad juga lah yang mampu membimbing anak comel itu menjadi orang yang lebih dewasa.Masa pasti akan menentukan segalanya.

“Tapi…kena tanya Abang dulu…..kita tak boleh memandai Suha…..”Mak Anum berkata lagi.

“Dah besar rupanya anak mak ni ye………..”Mak Anum menarik tengkuk Suha,dia mencium dahi anak perempuannya itu.Suha memeluk kuat pinggang ibunya.Mereka sama-sama senyum.Suha yang kini sudah berusia 15 tahun.Namun dia faham gejolak yang melanda keluarganya dan keluarga Kak Sitinya itu.Padanya dia mungkin bakal menyelesaikan masalah Ahmad dan Siti.Mungkin dapat mengikat kembali silaturrahim antara keluarga yang hampir putus akhir-akhir ini.

Tiba-tiba Mak Anum mengimbau kenangan sewaktu Siti berusia 9 bulan,sebulan sebelum arwah Salidin,ayahnya Siti meninggal.Beria-ia sangat Salidin mengajak mereka sekeluarga datang ke rumahnya. “Bahar…jom la datang rumah aku….kita berkelah kat sungai belakang rumah aku tengahari nih…..kau Num dengan Ahmad datang sekali ye…aku dah suruh Kinah masak……masak lauk yang kau suka.Kari kepala ikan.Kau datang ye…aku tunggu…kau datang jugak tu…”Salidin bersungguh-sungguh mengajak Bahar. “a’aaa…..aku datang..kau suruh Kinah masak sedap-sedap…aku pegi la nanti….”Bahar gembira dipelawa.Anum senyum sambil memerhati Ahmad bermain-main dengan mainan di tanah

Tengahari itu mereka berkelah di Sungai belakang rumah Salidin.Gelak ketawa gembira berbual-bual sambil makan-makan.bahagia sangat saat itu bila dikenang.

Ahmad dah Aliff mandi-mandi ditepi air yang cetek di celah-celah batu.Irma dipegang Salidin,diletak atas ribanya.Berendam dia didalam air.Irma waktu itu baru berusia 2 tahun.Siti diriba ibunya.Meronta-ronta mengelupor mahu mandi.Bayi secomel Siti sangat disayangi keluarganya.Anum terkadang bawa jugak Siti pulang kerumahnya.Ahmad pun suka melayani Siti.Selalu jugalah dia mencium bayi secomel Siti.anum teringin juga ada anak lagi,tapi waktu itu belum ada rezeki.

“Mak..nak air….”Ahmad yang masih kecil di usia hampir 6 tahun itu menarik-narik kain ibunya.Mak Anum memberikan Ahmad segelas air.

“Mat…..nanti besar pak Din nak kawinkan Mat dengan anak Pak Din….Nak tak..?”Salidin berseloroh dengan anak kecil itu.Ahmad yang sedang dahaga meneguk air itu memandang Pak Dinnya .Sesudah minum dia menyerahkan semula gelas kepada ibunya.Anum senyum sambil menggosok kepala Ahmad.

“Mat……….meh sini meh……”Salidin melambai-lambai tangannya menarik pula tangan Ahmad selepas itu.Ahmad datang kepadanya.

“Mat….nanti kawin dengan anak Pak Din ye……..”Ahmad ketawa menggelekek digeletek pak Dinnya itu.

“Ahmad nak yang mana satu…nanti Pak Din sign kontrak ngan ayah Ahmad…..”Ahmad malu-malu tersipu waktu itu.Biarpun masih terlalu budak tapi dia sudah ada malu diraut hatinya.Dia berseloroh lagi.Bahar tersengeh melihat Salidin.Kinah pun turut tersenyum.Siti terkial-kial mahu mandi .Tidak tahu apa-apa.

“Nah..bak sini Siti tuh..”kata Salidin pada isterinya.Irma masih dekat-dekat situ.Anum menangkap dan meribanya.

“Mat….pilihlah…Irma ke Siti…???”Kata Salidin.Bahar dan Anum ketawa

“Awak nih…macam nak jual anak pulak..!!”Kinah bersuara.Namun tetap ketawa bersama-sama.Aliff datang bertenggek ditepi bahu ibunya.

“Cepat la Mat…pilih la…cepat la…….”Bahar pula berseloroh.Ahmad tunduk.Namun jari telunjuknya menuding kearah Siti.Ahmad senyum tersipu-sipu.Ketawa mereka di situ.Riuh rendah jadinya.

“ooooooo….suka Siti rupanya……”Kata ibunya.Ahmad malu lalu berlari mendapatkan ibunya.Dipeluk Ahmad dan dicium dahi itu.Membelai anaknya waktu itu.

Mak Anum tersentak,bahunya ditepuk Suha.“Macamana …..setuju lah nih dengan cadangan Suha nih…setuju tak…….??”Suha ingin kepastian sekali lagi.Lama dia perhati ibunya mengelamun tadi.Mak Anum memandang Suha.Hati terasa sebak.Teringat akan kenangan dulu.Apakah terlaksana keinginan arwah Salidin itu.Mak Anum memandang semula wajah anak gadisnya itu.Dia menahan sebak didada.tunduk seketika.Tidak mahu suha tahu apa yang dia rasa saat-saat ini.

“Tapi…kena tanya Abang dulu…..kita tak boleh memandai Suha…..”Mak Anum bersuara juga akhirnya.Dia tunduk tangannya meraba-raba atas meja berbunganya itu.

“Kenapa Mak…….??”Suha perasan wajah ibunya berubah tadi.

“Tak de apa-apalah Suha….”Mak Anum bangun.Hatinya sayu.Sebak.Dia merangkul Suha.Dipeluknya kuat-kuat.‘’Mak………………..”Suha bersuara ditelinganya.Suha terpinga-pinga.

“syyyyyyyyyyyy…..nanti mak tanya abang ye……”Dalam suara Mak Anum waktu itu.Suha masih buntu.Dia tahu ibunya menangis.Suha memaut kuat memeluk ibunya.”kalau ini bisa melegakan mak….peluklah Suha lama-lama mak…..”Suha memejam matanya.Sebak juga dia.Namun mula merasa seolah-olah beban ini bakal menyingsing dikeesokan harinya……

“Ti….bangun dik…..akak dah nak pegi kuliah ni……akak dah lambat…dah Pukul 9 nih…bangun Ti…bangunlah…..”Irma cuba mengejutkan adiknya dari tidur.Siti tidak bergerak.

“Siti bangun la…….”Irma menyelak selimut Siti.

“Ya!Allah…Siti……dik…….”Terkejut Irma melihat badan Siti basah kuyup dek peluk.Kelihatan biji-biji peluh keluar dari kepala.Habis basah tengkuk dan badan Siti.Suhu badannya panas sangat.Irma mula bimbang.Wajah Siti merah menahan sakitnya.

“Dik…bangun …Siti…”Irma menepuk-nepuk pipi adiknya itu.

Irma bangun dari duduk ditepi katil.Siti masih tidak bergerak.

“Kakkk…………………….”panjang nada suaranya.Lemah sangat.Tangannya menggapai-gapai mencari Irma.

“Ti………Ti demam dik………..”Irma menjadi kacau.Dipaut lengan Siti.Kesihan dia melihat Siti.Lepas satu..satu lagi musibah datang.

“jap dik…..kejap”Irma menyelak langsir biliknya.Dia mencari ibunya.Mak Nah mungkin berada di dapur.

“Mak…….mak…..ooo mak…….”Tiada jawapan.

“Mak………mak………………”Dipanggil lagi berulang-ulang kali.Nampak dari jauh kelibat ibunya baru pulang dari rumah Mak Biah.Mak Biah turut berjalan seiringan dengan ibunya,sambil berbual-bual.Cepat-cepat Irma menerkam kearah Mak Nah.

“Mak..cepat mak….Siti….Siti…..”Irma tercungat-cungap mendapatkan ibunya.

“kenapa Siti ..Ma??”Mak Biah menyoal.Mak Nah terpinga-pinga.Ada kerisauan dimukanya.

“Demam panas Mak Biah…kuat sangat….panassss sangat badan dia…cepat….”berlari-lari anak mereka bertiga menuju ke bilik Siti.

Mereka menuju ke bilik Siti.

“Ti…………”belum apa-apa mak Nah menangis melihat anaknya itu.Sebak didadanya.Rasa bersalah terkumpul dihati.Mak Biah memegang bahu Mak Nah.

“Ti…………..”mak Nah mengangkat tengkuk Siti yang terkulai itu.Dipeluk anaknya yang lembik tiada daya itu.

“Makkk………………….”panjang panggilan Siti padanya.Lemah…..Mak Nah menangis.Siti jugak.Mengalir airmata Siti dibucu mata. Lemah tidak berdaya.

“Irma…..mak Biah rasa baik kau pegi turut Aliff….cepat Ma….Farina ada kat rumah,abah Nasir takde!! Keje.. …cepat ma..ajak Farina pegi panggil Along.Irma bergegas ke umah Mak Biah.Mak Nah masih memeluk Siti yang longlai,panas benar badan anaknya itu.Dicium-ciumnya dahi Siti.Dilihat kesan parut didahi anaknya.Lagilah menambah-nambah rasa bersalah pada anaknya itu.Mak Biah turut mengalirkan air matanya.Tumpang gembira pun ada kerana mungkin saat itu hati keras Kak Kinahnya itu sudah mula merapuh.

“Ti…………maafkan mak nak……”Perlahan dibisikkan ditelinga Siti.Digosok-gosok dahi ananknya itu.Dicium bertalu-talu.Siti terusan mengalirkan air mata.mak Nah tetap memeluk Siti.Seolah-olah membelai bayinya sewaktu kecil.

“Ina….ina…”Irma memanggil-manggil Farina.Farina keluar.

“Apa kak..??”

‘’cepat Na..Siti sakit….jom kita pegi kandang panggil Along…”Irma mengesat airmatanya,Farina cepat-cepat mencapai kunci motosikal abahNya.Tidak banyak menyoal.teruslah mereka ke kandang mencari Aliff.

Belum sempat Farina mematikan enjin motornya..Irma terjun dari motor.Sudah tidak peduli kainnya terselak sampai ke paha waktu itu.Berlari-lari dia mencari Aliff.Angah Shah memerhati.Ahmad juga ada di situ.

“Kenapa Ti…….”Angah menyoal.Ahmad Tunduk.

“Siti….Siti…….Along mana Ngah….”Suara Irma terketar-ketar.Ahmad mengangkat mukanya.Cerah matanya memandang tepat pada wajah Irma.

‘Kenapa dengan Siti..Irma..??”Angah Shah masih menyoal.

“Angah tolong la…Along mana…..”Irma tidak menjawab soalannya.

“Along kau ke Bank,banyak urusan yang Angah suruh dia buat tadi…lambat lagi la balik tuh.’’Angah Shah berkata.Irma menuju kearah Ahmad yang sedang memegang sebakul telur itik ditangannya.Lalu diletak diatas meja ditepi Angah Shah.Irma menarik-narik lengan Ahmad mahu minta tolong darinya.Ahmad duduk seketika.Berkerut dahi Ahmad waktu itu.Tidak tahu apa yang difikirkan Ahmad.

“Tolong la..Siti sakit……tolonglah….. Bang……”tepat mata Irma memandang Ahmad.Ada belas yang Irma harapkan padanya.Ahmad bangun.Dia seolah-olah menolak permintaan Irma.Angah Shah memandang.Mahu dibantu tapi dia juga serba kekurangan.Kaki sebelah kanannya patah 5 hari lepas terjatuh dari kandang kambing.Lengan kanannya juga berbalut.Disemen oleh doktor kerana juga patah.Kayu yang mereput pada tangga tanpa disedari,dia terjatuh dari tangga atas itu.

Irma menarik lengan Ahmad.Berhenti dia melangkah waktu itu.Dipandangnya Irma.Dia menarik cuba melepaskan genggaman tangan Irma dilengannya.

‘’Maaf..abang tak boleh tolong……maafkan abang untuk kali ini Ma….”Ahmad melepaskan tangan Irma yang memegang lengannya tadi.Hatinya sudah merajuk.Sudah patah disakiti.Sudah punah dengan ketidakbijaksanaan Aliff yang berani-berani menumbuknya tanpa usul periksa itu.

“abang……….tolonglah…..Irma tiada sapa lagi nak minta tolong nih..”Ahmad melangkahkan kakinya.Angah Shah tunduk.Dia faham apa yang dirasai Ahmad.Namun apakah saat sebergini Ahmad masih perlu berkeras hati.

“Dah la tuh Mat…..pegi la…takpe Angah ada jaga kandang..”Angah Shah cuba meredakan hatinya yang sakit.Ahmad berpaling.Diam.

“tolong la bang…..tolonglah……..biarpun sekali bukan untuk Along….tapi sekurang-kurangnya…demi Siti………..kesian dia bang……”Irma cuba memujuknya juga.Airmata gadis itu mengalir.Ahmad terkedu dengan kata-kata Irma.Berdarah hatinya saat ini,bila mana nama Siti disebut.Terasa dia menanggung sakit yang sama seperti apa yang Siti tanggungi saat ini.

“Baiklah…………jom.….”Dia tunduk pasrah.Mudah benar hati lelaki ini reda,Irma bergegas membuntuti Ahmad.

“kak…takpe la…Farina dengan motor je….”Farina senyum.Rasa lega Ahmad mahu membantu kawannya itu.

“Ina….…maaflah Angah tak bleh pegi nih..”Angah Shah menunjuk isyarat tangan dan kakinya yang berbalut.Farina senyum dan mengangkat ibu jari kanannya.FAHAM.

Irma masih menangis, airmatanya dikesat pada lengan baju kurungnya itu.Hatinya mula mereda.Dia berlalu menaiki kereta bersama Ahmad.

“Minta maaf bang..selalu sangat menyusahkan Abang..”Irma bersuara.

“Siti sakit apa Ma……..”Ahmad menyoal.dipandangg cermin depannya.Terlihat Farina yang mengekor dengan motor dibelakang.Dia membaiki kedudukan cermin itu.

“Demam……panas sangat-sangat badan dia..mata pun tak bukak…muka merah padam bang……”Irma menjelaskan.Ahmad mengangguk.Seolah-olah faham.Walau didalam hatinya agak ada kebimbangan teringat tentang kesihatan Siti itu.

“Tak ada kelas ke hari nih..??”Tanya Ahmad lagi.

“Ada…tapi nampaknya tak jadi pegi la…..”Irma senyum perpaling padanya.Ahmad mengangguk.

“Bang……..abang masih marah dengan kiraorang ke…??”Irma menyoal.Dia tahu soalan ini bikin dada Ahmad panas.Tapi Dia berhak untuk tahu.

“Apa???”Ahmad menyoal seolah-olah tidak faham.

“Jangan tipu Irma…..Irma tahu abang faham soalan Irma……”pandai Irma menduga.Terpancar sebenarnya di wajah Ahmad.Dia tidak senyum pun bila Irma menyoal tadi.

“Ermm…kita dah sampai nih..jom la….cepat.....”Ahmad membiarkan persoalan itu tidak berjawab.Irma terkedu.Tiada jawapan dari Ahmad.”Marah benar dia pada Along….mungkin jugak pada kau dik……”Hatinya tergores.Namun kalau dia ditempat Ahmad mungkin juga dia merasakan sebegitu.Sama apa yang dirasai Ahmad.BENGANG!!

“Mak….’’Irma datang meluru ke biliknya.Mak Nah memandang.dilihat Ahmad Dibelakang Irma.

“Along mana…?”Mak Nah bertanya.Matanya melihat ahmad.Ahmad takut dengan renungan itu.Cepat-cepat dia tunduk.

“Along takde mak…Abang Ahmad je yang ada…….”Irma masih didepan Ahmad.Takut juga dia kalau-kalau mak Nah masih naik hantu dengan Ahmad.

Mak Nah bangun dari duduknya itu.Dilepaskan Siti kebantal.Mak Biah memerhati.Farina datang berada dibelakang Ahmad.Mak Nah tidak berkata apa-apa,hanya bangun dan berdiri ditepi katil.Irma faham.Ibunya mengizinkan Ahmad masuk untuk menjenguk Siti.

“Masuk bang….”Irma mempelawanya masuk duduk dekat di tepi katil.Irma melutut membisikkan sesuatu di telinga Siti.Yang lain hanya memerhati.

“Ti…..Abang Ahmad datang……Ti….akak nak bawak Siti ke hospital…kita ke hospital ye dik…..bangun ye Ti….bangun ye….”Irma memujuk.Siti Diam.Ahmad datang rapat pada katil.Dia melutut ditepi katil,dekat dengan Siti.Dia menyentuh kepala Siti.Panas.”panasnya kepala Siti………Terlalu kurus Siti sekarang”.Hatinya berbisik.Ahmad mengendap mukanya ditelinga Siti.Dekat sangat ditelinga Siti.

“Ti………abang ni Ti…..bangun ye..kita ke hospital…”Ahmad bersuara.

Siti perlahan-lahan membuka matanya.Sekejap saja dia membukanya namun ditutupi semula.Usahkan bangun,membuka matanya pun dia tidak larat.Tiba-tiba airmatanya mengalir.Jelas dia nampak kehadiran Ahmad.Apatah lagi dapat mendengar suara itu.Airmatanya mula mengalir semula.

“Ti……..kenapa nih…..Ti……..”Irma mula hairan.Ahmad pun.Siti terus menangis.Sehingga terdengar esakkannya.

“Siti…………….jangan macam ni nak…….bangun Ti…kita ke hospital……”Mak Nah pula memujuk.

“Takpe mak Nah-Irma….….Biar abang dukung Siti.”Ahmad bangun untuk mendukungnya.Tetiba tangan Siti meraba-raba mencari sesuatu.Terkumit-kumit mulut Siti hendak bercakap.Irma memegang kedua-dua tangan Siti yang meraba mencari sesuatu itu.Mulutnya masih terkumit-kumit mahu bercakap.

“mak Nah izinkann saya……………..”Ahmad bermaksud untuk mendukung Siti.Dia membongkokkan badannya sekali lagi.Mak Nah mengangguk.Dia faham saat ini Siti hampir jua bertarung dengan nyawanya.Mak Nah mengesat-ngesat airmatanya.

“Banggg……….”Siti bersuara.Terlalu perlahan.Tidak didengari.Bagai ada duri didalam corong suara Siti.Tertusuk-tusuk rasanya ditepi-tepi corong tekaknya itu.Ahmad duduk kembali.Tidak jadi mendukung Siti.

‘‘Siti cakaplah…….abang dengar…….”Ahmad merapati telinganya dekat dengan bibir Siti supaya jelas didengarinya.Ahmad memegang lengan Siti.Terasa suhu badannya yang panas itu.Ahmad menanti penuh kusyuk mendengar kata-kata yang bakal diucapkan Siti.Mak Nah keluar sekejap bersiap-siap untuk mengikut Ahmad menghantar Siti ke Hospital nanti.Farina dan Mak Biah masih juga setia menanti didalam bilik itu.Farina datang memicit-micit kaki Siti.Bergenang juga airmatanya.Dia tahu Siti masih berbekam bengang dengan apa yang berlaku di rumah Ahmad tempoh hari.Dia memerhati Siti.Sayu pandangan Farina padanya.Sesekali Farina memandang wajah Ahmad.Kesian.

Akhirnya, perlahan suara Siti kedengaran.Namun masih boleh didengari Ahmad.Irma setia diatas katil menemani Siti.

“maafkanlah…Siti…maafkan Siti bang…..”Meleleh air mata sayu itu mengalir disetiap bucu matanya.Ahmad sempat memandang airmata itu.Sempat jugalah dia mengesat lelehan air mata Siti.Lembut sentuhan itu.Siti dapat merasainya.

“Ti…..Abang ….. maafkan Siti……..”Jarinya mengesat airmata Siti.Mereka bagaikan duduk didalam dunia mereka sendiri.Tidak mempedulikan mereka yang masih memerhati.Irma sempat jugak menggeletek hati .’’Sweeettttttnyee……ahh…..…Dik kalaulah akak boleh ‘tape’kan apa yang berlaku nih..Sah-sah kau pengsan berdiri dik!!!”Irma mengetap bibirnya dalam-dalam.Dia terpandang Farina.Farina memandang Irma mereka tunduk seakan faham.Namun jauh disudut hati.Mereka merasa lega kerana sekurang-kurangnya Mak Nah tidak marah Ahmad berada di sini.

“Sudah-sudah la tuh……Mat..bawa la Siti tuh cepat……Kita ke hospital…bahaya tuh..panas beno badannya…..’’Mak Biah bersuara.Ahmad mengangkat Siti.Siti membiarkan saja.Dia tidak berdaya.Cepat-cepat Ahmad menghantar Siti ke hospital.Mak Nah,Irma dan Farina ikut sama.Kali ini mak Biah tidak pergi.Dia akan menyusul kemudian dengan suaminya nanti.Mak Biah sempat memberitahu pada Irma supaya tunggu sahaja Dia dan suaminya datang mengambil mereka nanti.Jangan biarkan Ahmad yang menunggu.Lagipun Ahmad sedang berkerja.

Sekali lagi Siti dimasukkan ke ICU.Suhu badannya terlalu tinggi hampir mencecah 40 darjah.Aliff datang pada waktu Siti masih dibilik ICU.Dia tidak dapat mengelak.Ahmad berada di situ.Mereka tidak bertegur sapa.Ahmad menyandar didinding tepi pintu ICu.Manakala Aliff didinding sebelah kanan pula.Mak Nah memerhati gelagat dua anak muda didepannya itu.

Doktor yang merawat Siti keluar dari bilik itu.

“Erm…siapa keluarga Siti Nur Adirah Salidin…??”tanya doktor perempuan itu.

“Yer……saya..”mak Nah mengangguk.Irma memegang lengan ibunya.Aliff melangkah datang menuju kearah ibunya.Ahmad masih tercegat di tepi dinding.Masih boleh mendengar apa yang bakal doktor itu katakan.

“Cik..Siti..kena tahan di wad dululah….erm..dik..amik surat dan hantar ke tingkat atas ni yer…..”Dia menghulurkan sekeping kertas pada Irma.Doktor perempuan yang tertera di nametag nya bernama STACY itu mengukirkan senyuman.

“ermm saya harap semua bertenang…dia tak de apa-apa..dia demam saja….kami dah masukkan air……sekarang nih dia sedang tido……..ermm…siapa Ahmad.???”semua mata memandang doktor itu.

“kenapa???’’Dia menyoal Irma.

“Siapa Ahmad??”Dia menyoal kembali.Kali ini semua orang memandang Ahmad.Ahmad kelat mengukir senyum.Dia datang menghampiri doktor itu.

“Saya…..kenapa doktor..??”tanya Ahmad.

“Cik Siti kirim salam…”Dia mengukirkan senyum lebar.Dia masuk semula ke dalam bilik ICU.Berlalu.Ahmad terpinga-pinga.Irma dan Farina tersenyum. Sempat juga Farina mencuit lengan Irma.Irma pun membalas cuitan itu.Mereka sama-sama tersenyum.Aliff memandang mereka.Terkejung mereka berdua pabila melihat Aliff sedang memerhati.Ahmad sempat menggelengkan kepalanya."Siti...Siti.......kau nakallah...hemmmmmmmm..."Ahmad berbisik dalam hati.Senyum.

“Mak Nah Saya rasa…….saya balik dulu lah….”Ahmad menghulurkan tangan mahu bersalam.Mak Nah lambat menghulurkan tangan.Namun Dia bersalam juga dengan Ahmad.

“Mat….terima kasih..”Mak Nah sebak.

“Tak de apa-apa lah mak Nah…”kelat jua senyuman Ahmad.

“saya balik dulu….Assalamualaikum…”Ahmad melepaskan salamannya itu.Laju dia melangkah.Irma menolak Aliff supaya pergi bersalaman dengan Ahmad.Namun laju jangkahan Ahmad meluru ke luar.

“Apa Along nih….nasib baik Abang Ahmad ada tau……..cepat la..dah jauh tu….cepattttt pegi mintak maaf….”Irma menolak Aliff.Aliff memandang ibunya.Mak Nah mengangguk tanda setuju dengan Irma.Aliff akur.sebenarnya jauh di sudut hati……Aliff sudah merasakan dia salah,memang patut pun memohon maaf.Dia mengejar Ahmad.

“Mat..tunggu.!!”Belum sempat Ahmad menutup pintu keretanya.Aliff datang memegang pintu kereta itu.

ALiff menghulurkan tanganya.Ahmad memandang.

“Maafkan aku Mat……”Suara Aliff seakan menyesal.Tangan dihulurkan.Ahmad menarik pintu keretanya kuat.Dia menarik-narik pintu itu.Aliff tarik kearahnya.Ahmad menarik kearah Ahmad.Sudah macam budak-budak berebut mainan.Akhirnya Aliff mengalah.Ahmad berlalu.Wajahnya mempamirkan rasa marahnya lagi pada Aliff.Aliff faham kalau dia masih payah untuk dimaafkan.

“marah lagi rupanya kau pada aku yer..Mat..”Aliff melepaskan pintu kereta itu.Ahmad menghempas kuat pintu itu.Dia berlalu dalam rasa serba salah.’’Liff aku sudah lama maafkan kau….Cuma berilah aku ruang…..tidak tahu mengapa aku masih berkecil hati pada kau Liff…maafkan aku…”Laju keretanya dipacu menyusuri jalan-jalan yang berliku itu.Hatinya berbungkam pedih….......MAAFKAN AKU ALIFF…….

0 ulasan: