CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tok Dan Opah

Tok Dan Opah

Assalammualaikum...

Selamat datang ke blog Shahir+Adira=Shahira.. Kami ingin berterima kasih kerana sudi melihat blog ini.. Kami admin mengalu-alukan semua agar sentiasa memasuki blog ini dan melepak di blog ini..Terima kasih buat Yunie Zahan kerana sudi berkongsi novel "September Musim Cinta"...Sebarang komen atau apa2 saja tulisla di Jom Chat...

Shahir dan Adira

Shahir dan Adira

-: B!LA C!NTA :-

-: B!LA C!NTA :-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

~WELCOME~

Bio Shahira

Bio Shahira

SHAHIRA

SHAHIRA
ADIRA & SHAHIR

Love Shahira

Birthday Shahir

Birthday Adira

-: ShahiraZONE :-

AKUJANJI SHAHIRATICS..ekekeke kalau x tepati bkn shahiratics sejati..

Sebab admin sayang sgt dgn Kg Shahiratics, Tok Ketua, Penolong Tok Ketua n penduduknya...so ada beberapa isu admin nk bangkitkan di sini. Tak semua org suka apa yg kite suka, so kene sentiasa berhemah sentiasa k.

Sebagai warga kampung Shahiratics yg sejati, anda diminta mematuhi arahan-arahan berikut;-

1. MEROYAN

- Sila royan dgn berhemah. Dilarang mengekspresikan perasaan diri yang keterlaluan sama ada gembira atau sedih atau dlm ertikata lain meroyan, merobuk di kampung/umah lain selain di kg shahiratics. (Cth kampung/umah lain; Shahir af8, Adira fan club, wall mak anum, wall kak nam etc...)

- Kene fikir jgk sensitiviti n perasaan org lain.

2. EDIT GAMBAR

- Org kg shahiratics mmg kreatif, tak dinafikan lg. Tapi, sebarang gambar2 yg diedit perlulah menepati piawai yang telah ditetapkan, atau admin akan delete.

i) tiada sebarang gambar2 edit yang keterlaluan (seperti berpelukan, badan lain muka lain; badan sheila majid, muka adira-tidak dibenarkan sama sekali)

-Kalo nk edit gambo org tu...pandai2 la mintak kebenaran ye...

3. TAG/MENEMPEK GAMBAR/VIDEO

- dilarang menampal atau men'tag' sebarang gambar shahira di wall pihak lain terutama wall umum sepetri wall mak anum dan wall kak nam tanpa kebenaran admin shahiratics (p/s: kami memahami keinginan anda untuk berkarya dan berkongsi kegembiraan tetapi tidak semua yang setuju dengan kegembiraan dan kekreatifan kita berkarya).

- Tag berpada2..kalau gmbar Shahira berdua tu tak perlulah tag d page Shahir Af8 cthnye...or pada keluarga mereka. Tag/tempek ikut kesesuaian lah ye. Jgn la kat wall mak anum tag gambar Adira lak cthnye.

4. KREDIT GAMBAR/VIDEO

- sebarang gambar/video yg diambil dari pihak ketiga, sila kreditkan nama pihak terbabit.

5. TETAMU TAK DIUNDANG

- apabila ada tetamu yang tidak diundang datang, sambut mereka dgn sennyuman, bentangkan kapet merah siap dgn bunga manggar or tarian naga ke skali walau kita tak tahu apa tujuan mereka.

- apa jua provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak lain jgn mudah melatah. Jika masih rasa marah..tekan tanda =)

6. SPEKULASI

- dilarang membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita/keadaan sebenar walaupun di dalam hati kita punya taman bunga sebesar alam.

- dilarang 'copy & paste' atau'print screen' apa2 jua perbualan dari pihak lain tanpa mengetahui apa yang diperkatakan..

- nk CSI pun, jgn la terang-terangan sgt...coverline skit k

7. KUTUKAN/PROVOKASI/PERGADUHAN

- Jangan cpt melatah...kite relax je org nk kata apa. Ingat moto KG. CHILL & IGNORE =)

- Dilarang wujudkan sebarang pergaduhan di Kg. Jika ada..pandai2 lah sejukkan/tenangkan keadaan ye. kalau ada org baru yg masih tak faham konsep di kg kite...sila2 lah tunjuk ajar ye.

- tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan/perbalahan/ atau apa2 yang menyebabkan perasaan tidak senang kpd sesiapa jua yg membaca. sebelum berkata atau menulis apa2..fikirkan perasaan org yg membaca dgn meletakkan diri sendiri di tempat org yg diperkatakan..

8. KERAHSIAAN/ISU SENSITIF

- isu2 sensitif dan rahsia kg.. jika ada perkara2 yg terpaksa diperap dalam peti besi yg dirahsiakan lokasinya bukan la bermakna admin xnak kongsikan ngan org kg terchenta nie tapi itu adalah untuk tujuan keselamatan dan keamanan kg tercinta nie n menjaga keselamatan pihak2 yg berkenaan.. org2 kg yg sejati mesti faham kan? Tapi kami cuba sedaya upaya berikan sajian menarik utk semua ..

9. NAMA SHAHIRATICS

- Sapa2 yg pakai nama fb ada shahiratics tu...pandai2 la behave ye, lg2 kat umah/kg org lain...korng bawak nama shahiratics, so kalo buat apa2 ramai yg melihat...lg2 kalo wat salah. jgn nnti hnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga...k =)

**Admin cuba buat yg terbaik utk semua..utk Kampung Shahiratics, org2 kg n tak lupa juge buat SHAHIRA kesayangan kite. Harap semua leh beri kerjasama ye... Ni semua utk kesejahteraan kg.. =)

SAYANG SHAHIR+ADIRA=SHAHIRA

SAYANG KG SHAHIRATICS

SAYANG WARGA SHAHIRATICS SEMUA

CHILL & IGNORE

ANYTIME ANYWHERE

September Musim Cinta

September Musim Cinta

Isnin, 25 April 2011

SEPTEMBER MUSIM CINTA-BAB 26 (last)

Selesai saja makan malam bersama ibu dan Alongnya,Siti bergegas masuk ke bilik.Cepat-cepat dia membuka semula surat tawaran kerjanya yang dihantar oleh postman pagi tadi.Dia melabuhkan tubuh kecilnya itu di katil.Lama ditenung surat itu.PENING.Agak terganggu fikirannya hari ini.Tidak sedikit pun dia menyangka permohonannya mengajar di Sabah itu diterima.

Sewaktu membuat permohonan itu dia dalam dilemma.Pulang ke kampung halaman dan terpaksa mengadap Ahmad pada waktu itu,hinggakan dia memohon untuk mengajar di tempat yang agak jauh dari Ahmad.Ingin sangat waktu itu dia berjauhan dengan lelaki yang pernah mengecewakannya itu.Namun kini segalanya berubah.Tarikh pernikahan semakin dekat,apatah lagi bakal berpisah dengan Ahmad apabila hanya seminggu mereka di ijab kabulkan nanti.Apakah dia sanggup meninggalkan Ahmad sekali lagi??

Puas dia berlegar-legar dalam biliknya,sekejap duduk sekejap bangun sekejap lagi dia duduk dan bangun mundar-mandir semula diruangan itu.

“Adoi…sakitnya kepala aku….”Bisik hatinya,sambil dipicit-picit kepalanya dan duduk semula.

Disandarkan kepalanya dihujung katil.Dipejam matanya lama.Mahu menerima tawaran itu atau sebaliknya.

Dia bangkit semula dari katilnya dan berjalan menuju ke ruang tamu.Duduk didepan ruangan itu sambil memerhati barang-barang hantaran yang baru di belinya bersama Irma pagi tadi.Kukunya digigit-gigit.Fikirannya melayang-layang masih memikirkan tentang tawaran itu.

“Ti….kenapa dik?”Aliff menyoal.

“Tak de apa la Long…”Dia menghembus nafasnya yang ditarik dalam-dalam tadi.

“Eleh…tengok muka dah tau ada masalah nih…”Kata Aliff lagi.

“Penatlah….dah la..nak tido…”Siti bangun semula dari duduknya itu.Aliff hanya memerhati dan menggelengkan kepalanya.Diperhati sampai Siti menutupi pintu bilik.

“Hemm..nak kawin pun…macam takde mood je Siti nih…hemm…entahlah…”Aliff berbicara sendiri.

“Mak…Irma tak balik lagi ke?”Kedengaran Sayup-sayup suara Alongnya diruang tamu menyoal mak Nah.Siti kembali berbaring di ribaan katilnya.Dipicit-picit kepalanya yang makin sakit memikirkan tentang tawaran kerjanya itu.Dia cuba menghubungi Ahmad untuk mendapatkan pendapat,namun dimatikan niatnya itu.Dicuba sekali lagi mahu menekan butang telefon bimbitnya itu.Pun dia tetap mematikan hajatnya.Mahu juga dia mengdail nombor telefon Farina untuk mendapatkan pandangan namun dimatikan jua niatnya.BUNTU!

“Tukk.TUkk..”Pintu biliknya di ketuk.Siti bangun dan membuka pintu itu.Irma pulang setelah keluar makan bersama buah hatinya,Nubhan.

“Amboi..longlainya adik akak…..apsal?”Tanya Irma yang sedang memerhati langkah adiknya itu.

“Tak de apa kak.,ngantuk je nih….apsal lambat sangat balik…?’’Siti menyoalnya pula.

“Akak singgah rumah kawan kejap…hantar kad jemputan…”Ujar Irma.

“ooooo..banyak lagi ke kad tu kak?”Siti menyoal lagi.

“Ada la sikit lagi..esok Siti pergi je la dengan Abang Ahmad eh..semua kawan-kawan akak dah dapat kad tuh…”Kata Irma.

“Alah..malas la nak jumpa dia kak….”Berkerut dahi Siti saat itu.

“elehh..alasann…banyak la pantang larang kau Siti..sampai tak mau jumpa Che Ahmad kesayangan awak tuh….”Irma menghampiri Siti dan mencubit pipinya.

“Apa nih….rosak kulit Siti tau..”Kata Siti smbl menggosok pipinya.

“Amboi..overnya….”Ujar Irma lagi.

“Pergi la mandi ..busuk!!”Kata Siti sambil menutup hidungnya.Irma senyum meleret.Faham diejek oleh adiknya itu.

“Ye la..nak mandi la nih….”Kata Irma sambil menyambar tualanya di kerusi tepi dinding bilik mereka itu.

“Jangan lama sangat mandi kak..dah malam nih..bahaya...sejuk paru-paru tuh..”Sempat Siti memesan pada Irma.Kakaknya itu hanya mengukirkan senyuman dan berlalu.

Siti menyambar bantal peluknya,serba tidak kena memikirkan tentang tawaran kerjanya itu dan dia bangkit semula dari katilnya dan duduk bersimpuh dilantai menghadap katil.Ditundukkan kepalanya lalu diselak dibawah katil dan menyambar beg yang agak berdebu dibawah katil itu.Siti menarik beg itu keluar.Ditutup hidungnya yang hampir bersin dek debu-debu yang menyinggah diatas beg tersebut.Dibuka zip beg yang berwarna merah itu.Siti mencari buku alamat kawan-kawan sekolahnya yang masih ada dalam simpanan.Diraba-rabanya lalu dikeluarkan buku kecil berwarna coklat.

“Hah!jumpa pun….hemm..esok kenalah aku ajak si Farina kuar kejap..ish,…ada lagi yang tertinggal nak di jemput nih..ishhhh….”Diselak-selak Siti helaian kertas itu.Selesai membelek Siti bangun dari duduknya.Diangkat beg berwarna merah itu dan diraba-raba semula didalamnya kerana dirasakan dia perlu membasuh beg kesayangannya itu.Belum sempat dia menghempas beg itu kedalam bakul,tiba-tiba dia menyeluk sebuah kotak kecil.Dia mengambilnya.Lalu dibuka kotak itu.Ditarik nafasnya panjang-panjang….beberapa keping gambarnya bersama Dafi dibelek satu persatu.Lama ditenungnye.SEBAK.

“Dafi..maafkan aku……”Dicium gambar kenangan bersama Dafi itu.Dan ada genang dikelopak matanya.Biarpun ada sedikit penyesalan diatas apa yang berlaku,namun Siti akur dengan keputusan yang telah dibuat.

“Selamat Tinggal Dafi..aku berharap kau akan temui seseorang yang lebih baik dariku….selamat tinggal Dafi..”Diciumnya sekali lagi gambar Dafi ditangannya itu dan meletakkan semula gambar-gambar itu kedalam kotak tersebut. Siti mengalihkan kotak itu ditepi pahanya,diseluk kembali tangannya kedalam beg itu lalu sehelai selendang berwarna pelangi dicekup oleh tangannya.Siti mengambilnya,lama dipegang selendang itu.Ditarik nafasnya panjang.Tersenyum Siti sendiri di situ.Masih dia teringat selendang itulah yang menjadi pengganti diri Ahmad sewaktu Siti mahu berangkat ke Australia dulu.Dan selendang ini jugalah menjadi mangsa sakit hati Siti terhadap Ahmad yang mencurangi cintanya satu ketika dulu,lalu dicampakkan selendang itu didalam tong sampah,namun semalaman menangisi kerinduan yang sarat terhadap kekasih hati yang mencurangi cintanya itu,dia tetap berlembut hati mencapai semula selendang itu dari dalam tong sampah dibiliknya pada waktu itu.TIDAK SANGGUP membuang selendang pemberian Ahmad.Apatah lagi membuang begitu sahaja cinta yang sudah lama tumbuh dihati.Siti mencium dan menggosok-gosok selendang itu ke pipinya.

“Amboi ..berangan!”Irma muncul tiba-tiba.Siti tersentap.

“Ishh..terkejut Siti tau..apa la akak nih..”Cepat-cepat Siti bangun dari duduknya itu dan mencampak selendang itu kedalam bakul.

“hai…siapa yang bagi selendang tuh??siap duk gosok-gosok kat pipi….”Irma menjeling kearah adiknya itu.

“Tentu-tentulah Che Ahmad yang kasik…”Kata Siti sambil menjeling manja kearah Irma.

“iye…???cantikla..colourful….bila dia bagi?”Soal Irma seperti sangat teruja ingin tahu.

“Masa Siti nak ke Australia dulu..lama dah….”Jawab Siti.

“Hah??iye ke...biar betul Ti..akak tak faham nih....betul ke ??”Soal Irma yang masih terpinga-pinga dan bersungguh-sungguh ingin tahu.

“Tak paham sudah…oklah nak tido..nanti jangan lupa tutup lampu tau..”Siti buat-buat tidak endah dan terus berbaring dikatil dan menutup selimut mennyelubungi seluruh tubuhnya.Irma yang masih terpinga-pinga terus menyambar telekung solatnya.Dia buntu.Namun dibiarkan rasa itu berlalu begitu sahaja walaupun sebentar tadi dia merasakan ingin benar tahu tentang pempeberian seledang itu.Irma terus menuju ke tempat solat ditepi katil sebelah kanannya.Namun Siti pula berangan entah kemana...........

Malam itu sebelum Siti benar-benar terlelap,dia sempat mengimbau kembali kenangan indahnya sewaktu dia mula mencintai lelaki Bernama Ahmad.Cinta yang tumbuh itu tanpa disedarinya…memang sudah agak terlalu lama rasa itu tertanam di dalam lubuk hatinya.Mungkin kerna itu dia masih rela mencintai Ahmad walau pernah dilukai satu ketika dulu.

Semua itu sangat mententeramkan jiwa Siti biarpun sesekali rasa bersalahnya pada Dafi datang tanpa diundang pun begitu,dia tetap mampu menghembuskan nafas lega kerna dia bakal memiliki lelaki yang sudah sekian lama berumah dikampung hatinya..Dirasakan seolah-olah satu mimpi....namun itulah hakikat yang sangat-sangat perlu di syukurinya saat ini….

“Abang…..tak sabar rasanya nak kawinn…….arghhhhhh…gatalllnyaaa akuuu…”Dia menutup mukanya dengan bantal sambil tersengeh-sengeh sendiri dalam selimutnya itu.

“Ish..tidur-tidur la cik Siti oiii….dari tadi duk menggeliat dalam selimut apa hal…ada semut ke…?”Perli Irma padanya yang perasan dari tadi Siti agak gelisah untuk tidur.

“Lampu bernyala macamana nak tidur cik kak oi….cepat la tutup lampu…mengantuk dah nih..”kata Siti yang hampir tersentak dek usikkan kakaknya itu.

“Kejap la…akak nak kemas barang sikit nih…..pejam-pejamlah mata awak tuh…hah!!payah sangat berangan la peluk bantal tuh cam peluk cik abang awak…lagi senang nak lelap…”Usik Irma lagi.

“amboi….sedapnya dia cakap…cam biasa buat jerk….”Siti menyelak selimut yang menutupi mukanya itu.Dia senyum.

“PAP!”Irma membaling bantal betul-betul terkena pada muka Siti.

“Adoi!!Kasar la..akak nih..macamana la doktor Nubhan tuh leh berkenan ngan akak ek…kasar..abang Nubhan lak sopan,lembut........” belum sempat menghabiskan ayatnya Irma mencelah.

“eleh..mengata orang…..awak tuh….apa la kurangnya….sampai che Ahmad ada hati datang pinang??Isshhh..ni mesti pakai bomoh ni kan...ha ha ha ha..wellkkk...”Irma memandang Siti sambil menjelir.

“hahhahaha…akak jeles eh…”Soal Siti yang sudah pun menyelak selimutnya menampakkan muka.

“Apa kessss..akak nak jeles….dari dulu Abang Ahmad dah suka Siti…..dari kecik sampai la besar…..macam tak percaya jerk..dia betul-betul suka adik akak yang ala-ala jantan nih…ahhakkkk..”Irma ketawa sambil mencubit pipi Siti.Siti terpinga-pinga mendengar kata-kata dari Irma sebentar tadi.

“ Akak kata apa tadi??Tak paham la..”Soal Siti.

“Apa??”Tanya Irma.

“cuba ulang balik apa yang akak cakap tadi…tak paham ar….”Siti agak kabur dengan apa yang didengarinya sebentar tadi.

“Akak cakap apa Ti?”Irma menyoal kembali.

“ermm..Akak cakap Abang Ahmad suka Siti dari kecik?Biar benar Kak?!”Berkerut dahi Siti sambil bersila diatas katinya itu.

“Ye la…dari kecik lagi dia suka Siti kan..”Kata Irma.

“Ishh..takde la…akak ni memandai je la..”

“Iya..tak percaya???Tanya la Abang Ahmad…tak pun tanya mak…..”Irma tersenyum lebar sambil menuju kearah Siti.

“Tak mungkinlah..tak caya laa…”Siti menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Tak caya sudah..tapi kalau nak sahih lagi tanya Mak Num….”Irma bersungguh-sungguh cuba mengiakan kenyataannya itu.

“ish..kesitu pulak akak nih…takan la Siti nak tanya diorang…..ermm….tapi betul ke Abang suka Siti dari kecik kak???”Hatinya girang menyoal Irma sekali lagi.

“iya!!Kata mak,arwah ayah kita yang tanya Abang Ahmad…nak kawin ngan akak ke ngan Siti…..pastu..abang Ahmad tunjukkan jari dia kat Siti…maknanya dia suka Siti la….”Irma menerangkan cerita saat mereka kecil dulu.

“Betul ke nih??”Siti makin teruja ingin tahu

“Ia….masa tuh Siti baby lagi la…..nampak sangat Abang Ahmad memang suka awak ni haaa…..”Kata Irma sambil menepuk telapak tangannya keatas dahi Siti.

“Adoi…kasarlah akak nih..”Siti menggosok-gosok dahinya yang agak sakit ditenyeh Irma.

“hemm..dah lah..tido..lewat dah nih……banyak hal lagi esok nak dibuat..tido..tido..pejam mata..dah..dah….Awak bangun tutup lampu ye..cik Siti…selamat malam….”Irma terus menyondol badannya kearah bantal empuknya itu.Siti tersenyum girang dan melompat turun dari katil dan dipadamkan lampu.Payah juga dia melelapkan matanya malam itu.Digigit-gigit kukunya hampir lunyai sambil tersenyum hinggakan membawanya dibuai mimpi yang indah~~~



7 BULAN KEMUDIAN......

Sudah 7 bulan menjalani hidup berumahtangga bersama insan tersayang itu.Sangat membahagiakan.Apa tidaknya..Segala kemelut yang tertebar dihati beberapa tahun kebelakangan ini akhirnya semakin berlalu dan diganti dengan kebahagiaan.

Siti kini bertugas sebagai guru di Kuala Lumpur,walaupun dulu dia telah mendapat surat tawaran ke Sabah.Namun demi kasih sayangnya pada suami dan keluarga,dia mengambil keputusan menolak tawaran itu dan memohon mengajar di Kuala Lumpur dan akhirnya permohonannya diterima.Biarpun agak berjauhan dari Ahmad,kasih yang dicurahkan tidak sedikit pun berkurangan.Ahmad selalu mengunjunginya di sana dan terkadang Siti pula yang pulang ke kampung menemui Ahmad dan keluarga.



"Sayang...awak balik lah dulu....dah comot muka tuh..."Kata Ahmad pada Siti.

"Takpe la...Siti nak tolong Abang kat sini dulu...nanti kita balik la sama-sama....."Kata Siti sambil tersenyum pada Ahmad.

"Siti balik la dulu..ari dah nak ujan nih..."Balas Ahmad pula.

"Alaaa...abang macamlah tak biasa....Siti kan dah biasa tolong abang kat kandang nih...cuti-cuti macam nih la..Siti boleh datang tolong abang......tak boleh ke..?"Soal Siti lagi.

"Bukan tak boleh sayang oiiii....awak tuh cuti tak banyak...nanti sakit-sakit badan sape yang susah....abangggggg...jugak yang kene picit-picit awak nanti...."Ahmad mencubit pipi isterinya itu.Siti tidak menepis tangan suaminya malah dimuncungkan mulutnya sambil dipejam matanya rapat.NAKAL!Ahmad tersenyum melihat wajah Siti yang agak comot selepas selesai bermain dengan anak kambing disitu.

"Alahai...dah reti bersungut sekarang nih eh....nampak sangat awak tuh tak sayang kita..."Siti memalingkan wajahnya kearah lain dan mulutnya masih memuncung kedepan,tangannya memeluk tubuh.Ahmad tersengeh dengan gelagat isterinya itu.Dia datang menghampiri Siti dan memaut bahu isterinya itu lalu di cium dahi sang isteri yang pura-pura merajuk.

"aik..dah merajuk??alahai..sensitifnya dia..."usik Ahmad.

"sorry...."bisik Ahmad pada telinganya sekali lagi.

"huh!BUSUK!!"Siti menental tangannya kemuka Ahmad.Ahmad agak terteleng dek sentuhan itu.Namun dia hanya tersenyum.

"Alahai..sensitifnya awak sekarang nih....ada apa-apa ke..??"Ahmad semakin mengusik Siti.

"ada apa-apa pulak??tak paham!"Siti menjeling memandang Ahmad.

"ye la...dah tak boleh bergurau..nak marah terusss......ke awak nih dah......."kata-kata Ahmad tersekat di situ.

"Apa?Ha..jangan nak mengada-ngada eh......saya tak mengandung pun lagi...'kata Siti.

"Abang tak cakap apa pun.....hehehheh..."Kata Ahmad.

"kenapa ?Dah nak baby sangat dah ke sekarang nih?'Soal Siti.

"Alahai..marah ke....abang tak kisah la......tapi kalau ada apa..apa salahnya...kalau tak de kita usaha lagi...kan..kan..."??Ahmad datang menghampiri Siti sekali lagi.Dia tahu Isterinya seolah-olah sudah seperti mahu merajuk.

"Apsal sensitif sangat nih..abang tak maksudkan apa-apa pun....."Sambung Ahmad lagi.

"Siti tau abang tak kisah sangat..tapi mak awak dah sound kita tau...."Tersekat disitu kata-katanya.Siti jadi sebak.

"Ala....Mak tak bermaksud apa-apa tuh....dia bergurau je kot....tak yah la amik hati....Abang tau mak abang orangnya macamana..abang rasa Siti pun tau mak abang sayang Siti lebih dari abang....takanlah mak nak kecikkan hati Siti kot...."Ahmad memeluk bahu Siti sekali lagi dan masih setia memujuk hati isterinya.Siti hanya menjeling tajam memandang Ahmad.Ahmad tetap mengukirkan senyuman paling manis buat Siti pagi itu.Lama juga mereka berada di kandang kambing dan berehat dibawah pokok Kemboja yang rendang dan bergurau senda.Saat inilah mereka mengambil peluang meluangkan masa bersama.Ahmad yang juga sedang bercuti menemani isterinya dan sanggup mengambil cuti semata-mata mahu menemaninya di kampung.Dan kerana agak bosan hanya terperuk di rumah mereka mengambil keputusan menjengah kandang kambing yang sudah lama tidak dikunjungi.Apatah lagi membersihkan kandang seperti dulu bersama-sama.Sangat membahagiakan,kerana di situlah tertitiknya benih-benih cinta Siti pada Ahmad.Terlalu banyak kenangan terindah tercipta di situ.

~ ANGIN YANG BERTIUP SEPOI-SEPOI BAHASA ITU SANGAT MENYEGARKAN SEKUJUR TUBUH,SESEKALI SITI SANGAT RALID MENANTAP WAJAH AHMAD,BEGITU JUGALAH AHMAD TERHADAP SITI.AHMAD MERANGKUL JEMARI SITI.KEMAS!SEPERTI TIDAK MAHU DILEPASKAN.SESEKALI SAMA-SAMA MEMANDANG KE ARAH KOLAM ITIK.DAN MASING-MASING TERSENYUM SENDIRI.TERLALU BANYAK KENANGAN TERPALIT DI SITU.ADA SUKA DAN ADA DUKA.NAMUN SEMUA ITU JUALAH MENYATUKAN DUA HATI INI.......~~~

~~ABANG.....aku ingin sentiasa bahagia di sisimu.......dan aku berharap kasih ini ada penyambungnya....ZURIAT!

~~SITI...terima kasih menerima aku kembali......dan aku berharap sayang yang ada hari ini buat mu biarlah berkekalan selamanya.....SUMPAH!!

AHMAD-SITI:YA!ALLAH,TERIMA KASIH DIATAS SETIAP LIMPAHAN RAHMAT DAN RAHIM Mu....TERIMA KASIH....AMIN..

0 ulasan: