CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tok Dan Opah

Tok Dan Opah

Assalammualaikum...

Selamat datang ke blog Shahir+Adira=Shahira.. Kami ingin berterima kasih kerana sudi melihat blog ini.. Kami admin mengalu-alukan semua agar sentiasa memasuki blog ini dan melepak di blog ini..Terima kasih buat Yunie Zahan kerana sudi berkongsi novel "September Musim Cinta"...Sebarang komen atau apa2 saja tulisla di Jom Chat...

Shahir dan Adira

Shahir dan Adira

-: B!LA C!NTA :-

-: B!LA C!NTA :-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

~WELCOME~

Bio Shahira

Bio Shahira

SHAHIRA

SHAHIRA
ADIRA & SHAHIR

Love Shahira

Birthday Shahir

Birthday Adira

-: ShahiraZONE :-

AKUJANJI SHAHIRATICS..ekekeke kalau x tepati bkn shahiratics sejati..

Sebab admin sayang sgt dgn Kg Shahiratics, Tok Ketua, Penolong Tok Ketua n penduduknya...so ada beberapa isu admin nk bangkitkan di sini. Tak semua org suka apa yg kite suka, so kene sentiasa berhemah sentiasa k.

Sebagai warga kampung Shahiratics yg sejati, anda diminta mematuhi arahan-arahan berikut;-

1. MEROYAN

- Sila royan dgn berhemah. Dilarang mengekspresikan perasaan diri yang keterlaluan sama ada gembira atau sedih atau dlm ertikata lain meroyan, merobuk di kampung/umah lain selain di kg shahiratics. (Cth kampung/umah lain; Shahir af8, Adira fan club, wall mak anum, wall kak nam etc...)

- Kene fikir jgk sensitiviti n perasaan org lain.

2. EDIT GAMBAR

- Org kg shahiratics mmg kreatif, tak dinafikan lg. Tapi, sebarang gambar2 yg diedit perlulah menepati piawai yang telah ditetapkan, atau admin akan delete.

i) tiada sebarang gambar2 edit yang keterlaluan (seperti berpelukan, badan lain muka lain; badan sheila majid, muka adira-tidak dibenarkan sama sekali)

-Kalo nk edit gambo org tu...pandai2 la mintak kebenaran ye...

3. TAG/MENEMPEK GAMBAR/VIDEO

- dilarang menampal atau men'tag' sebarang gambar shahira di wall pihak lain terutama wall umum sepetri wall mak anum dan wall kak nam tanpa kebenaran admin shahiratics (p/s: kami memahami keinginan anda untuk berkarya dan berkongsi kegembiraan tetapi tidak semua yang setuju dengan kegembiraan dan kekreatifan kita berkarya).

- Tag berpada2..kalau gmbar Shahira berdua tu tak perlulah tag d page Shahir Af8 cthnye...or pada keluarga mereka. Tag/tempek ikut kesesuaian lah ye. Jgn la kat wall mak anum tag gambar Adira lak cthnye.

4. KREDIT GAMBAR/VIDEO

- sebarang gambar/video yg diambil dari pihak ketiga, sila kreditkan nama pihak terbabit.

5. TETAMU TAK DIUNDANG

- apabila ada tetamu yang tidak diundang datang, sambut mereka dgn sennyuman, bentangkan kapet merah siap dgn bunga manggar or tarian naga ke skali walau kita tak tahu apa tujuan mereka.

- apa jua provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak lain jgn mudah melatah. Jika masih rasa marah..tekan tanda =)

6. SPEKULASI

- dilarang membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita/keadaan sebenar walaupun di dalam hati kita punya taman bunga sebesar alam.

- dilarang 'copy & paste' atau'print screen' apa2 jua perbualan dari pihak lain tanpa mengetahui apa yang diperkatakan..

- nk CSI pun, jgn la terang-terangan sgt...coverline skit k

7. KUTUKAN/PROVOKASI/PERGADUHAN

- Jangan cpt melatah...kite relax je org nk kata apa. Ingat moto KG. CHILL & IGNORE =)

- Dilarang wujudkan sebarang pergaduhan di Kg. Jika ada..pandai2 lah sejukkan/tenangkan keadaan ye. kalau ada org baru yg masih tak faham konsep di kg kite...sila2 lah tunjuk ajar ye.

- tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan/perbalahan/ atau apa2 yang menyebabkan perasaan tidak senang kpd sesiapa jua yg membaca. sebelum berkata atau menulis apa2..fikirkan perasaan org yg membaca dgn meletakkan diri sendiri di tempat org yg diperkatakan..

8. KERAHSIAAN/ISU SENSITIF

- isu2 sensitif dan rahsia kg.. jika ada perkara2 yg terpaksa diperap dalam peti besi yg dirahsiakan lokasinya bukan la bermakna admin xnak kongsikan ngan org kg terchenta nie tapi itu adalah untuk tujuan keselamatan dan keamanan kg tercinta nie n menjaga keselamatan pihak2 yg berkenaan.. org2 kg yg sejati mesti faham kan? Tapi kami cuba sedaya upaya berikan sajian menarik utk semua ..

9. NAMA SHAHIRATICS

- Sapa2 yg pakai nama fb ada shahiratics tu...pandai2 la behave ye, lg2 kat umah/kg org lain...korng bawak nama shahiratics, so kalo buat apa2 ramai yg melihat...lg2 kalo wat salah. jgn nnti hnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga...k =)

**Admin cuba buat yg terbaik utk semua..utk Kampung Shahiratics, org2 kg n tak lupa juge buat SHAHIRA kesayangan kite. Harap semua leh beri kerjasama ye... Ni semua utk kesejahteraan kg.. =)

SAYANG SHAHIR+ADIRA=SHAHIRA

SAYANG KG SHAHIRATICS

SAYANG WARGA SHAHIRATICS SEMUA

CHILL & IGNORE

ANYTIME ANYWHERE

September Musim Cinta

September Musim Cinta

Isnin, 3 Oktober 2011

Mengimbau Kenangan Tok dan Opah

Ahad, 2 Oktober 2011

Tok Pah kite....






Sabtu, 1 Oktober 2011

Shahir masih aktif - credit mstar


Penyanyi Ahmad Shahir Zawawi (Shahir AF8) atau lebih dikenali sebagai Shahir AF8 menafikan bersara dari industri hiburan tempatan sebaliknya hanya berehat sementara dari segala aktiviti seni.

Shahir berkata, dia sekadar membuat keputusan untuk bercuti selama tiga bulan selepas mengalami kecederaan patah tangan selepas terjatuh di bilik air pada Jun lalu.

"Saya tidak pernah berkata untuk berhenti daripada industri ini, malah saya memang meminta cuti dengan pihak Astro selama tiga bulan dan mereka meluluskannya.

"Dalam tempoh tersebut saya hanya berehat di kampung halaman di Perak dan menghabiskan masa bersama keluarga," katanya yang membuat kemunculan pertama di rumah terbuka Astro, di sini, Rabu lalu.

Dalam pada itu, Shahir turut menjelaskan kehilangannya bukan kerana tidak tahan terhadap penganiayaan dan penindasan pihak tertentu seperti dikhabarkan sebelum ini.

"Banyak khabar angin yang keluar media ketika saya bercuti, kenyataan sebenarnya bukan saya sengaja untuk membuat gimik seperti ini tetapi kerana sebab tertentu.

"Semua yang berlaku sudah tertulis dan saya anggap ia seperti satu perjalanan kehidupan dan bukan sesuatu yang saya rancang sendiri," katanya.

Selain itu, Shahir turut menolak dakwaan dia menyertai kumpulan dakwah tabligh dan ditemui dalam keadaan berjambang serta tidak terurus.

"Saya tidak pernah menyertai mana-mana kumpulan tabligh seperti yang didakwa, jika ada yang mungkin ternampak saya dalam keadaan selekeh itu sebenarnya diri saya ketika di luar.

"Saya lebih suka bergaya sederhana ketika berada di luar, mungkin mereka tidak pernah nampak saya berpakaian begitu," katanya.

Sementara itu, bercerita tentang perkembangan terbaru, Shahir baru sahaja keluar dengan filem terbaru berjudul “Pendam”.

"Sekarang saya dalam proses menyiapkan album kedua dan kini sudah ada tiga buah lagu. Bulan depan kami akan buat klip video untuk lagu “Pendam”," katanya yang dalam proses menguruskan badan untuk klip video tersebut.

"Saya tak bersembunyi" - credit bh

Shahir hilang hampir tiga bulan kerana bercuti

PELBAGAI versi spekulasi timbul apabila juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan, Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 23, sekali lagi menghilangkan diri dari dunia seni hampir tiga bulan yang lalu. Ada mendakwa dia mahu berehat bagi menenangkan kekusutan, namun tidak kurang mengatakan dia mahu meninggalkan terus bidang glamor yang baru diceburi.
Sebelum ini juga, jejaka dari Perak itu pernah mencetuskan kontroversi apabila tidak muncul di beberapa acara, selain pernah membatalkan sesi fotografi dengan media pada saat akhir tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusannya, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB). Pada ketika itu, sukar untuk menjejaki jejaka ini. Panggilan telefonnya tidak pernah berjawab sama ada dari media mahupun pihak pengurusan.
Baru setahun jagung bergelar penyanyi, sudah pelbagai masalah dicetuskan. Justeru, ada yang melabelkan dia artis bermasalah, namun jejaka yang keluar dari kepompong persembunyian dan membuat kemunculan khas di majlis rumah terbuka Astro, baru-baru ini kurang senang dicop sebegitu.

Apa pun untuk mendapatkannya bagi sesi temuramah juga bukan mudah apabila media diminta hanya berbuat demikian selepas Shahir selesai membuat persembahan kerana bimbang moodnya terganggu.

Permintaan berkenaan kami turuti dan sebaik selesai mendendangkan sebuah lagu, Shahir yang diiringi beberapa wakil AESB sedia untuk sesi temu bual, malah kelihatan cukup bersedia menjawab apa saja soalan mengenai kerjaya tetapi masih mahu berdolak-dalik selain bermain tarik tali tatkala diminta berkongsi soal cinta.

Mengulas isu kehilangannya, katanya dia tidak pernah berniat untuk lari dari kenyataan, sebaliknya apa yang berlaku bukanlah disengajakan, malah walaupun ketika tempoh ‘pertapaannya’ syarikat pengurusan turut mengakui sukar menjejakinya, ketika ditemu bual tanpa was-was dia memaklumkan mereka mengetahui keadaan sebenar sejak awal lagi.
“Pada 4 Jun yang lalu saya terjatuh di bilik air. Tangan saya retak dan bersimen hingga sukar bergerak. Oleh itu, doktor menasihatkan supaya berehat dan diberikan cuti sebulan. Apabila pihak Astro mengetahui perkara itu, mereka beri cuti tambahan sebulan lagi menjadikan keseluruhan cuti dua bulan.

“Kemudian saya minta lagi cuti tambahan menjadikannya tiga bulan. Namun mereka minta saya muncul hari ini. Walaupun keadaan kesihatan tidak mengizinkan, saya masih sempat memenuhi undangan persembahan terakhir pada 4 Jun lalu kerana tidak mahu memungkiri janji. Pihak Astro mengetahui keadaan diri saya, malah pada persembahan berkenaan saya muncul dengan tangan bersimen,” ulasnya lagi.

Ditanya mengapa sukar mengangkat panggilan daripada kebanyakan wakil media yang menghubunginya untuk mendapatkan kepastian, dengan selamba selain masih ingin menegakkan benang basah, tegasnya tiada seorang pun menghubunginya sepanjang tempoh itu tetapi mengakui sukar menjawab panggilan telefon disebabkan keadaan tangannya.

"Sepanjang tempoh bercuti, tiada siapa pun menghubungi saya untuk mengetahui segala isu dari mulut saya sendiri sebaliknya bermacam spekulasi saya dengar. Saya tidak akan mengelak sekiranya ada yang bertanyakan sendiri kepada saya, cuma saya mengaku sukar menjawab panggilan telefon dalam keadaan diri yang tidak sihat.

"Semua dakwaan mengatakan saya mengikut jejak langkah Sham Kamikaze juga tidak benar. Di kampung kadang-kala ke gerai depan rumah untuk bersahur. Apabila keluar rumah, saya menjadi diri sendiri. Bila orang nampak, mulalah mereka buat pelbagai tafsiran. Bagi saya walaupun sudah bergelar artis, takkanlah saya mesti segak dan kemas setiap masa," katanya.

Sepanjang berehat di rumah keluarganya di Kampar, jejaka ini berkata dia menemui hikmah apabila kedua orang tuanya mula mempercayai apa yang berlaku kepadanya selama ini hanyalah sekadar spekulasi. Walau dia diam, pelbagai versi kisahnya timbul sekalipun dia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Begitupun, Shahir menafikan menuduh media menyebarkan cerita tidak benar kerana perkara itu turut terjadi menerusi penyebaran maklumat kurang berasas di internet.

Belum terfikir untuk berhenti

UJARNYA mengenai sejauh mana seriusnya dia dalam industri, katanya dia memang serius untuk terus mewarnai industri seni tanah air malah dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya sumber mengatakan mahu berhenti dari dunia nyanyian.

"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan ingin berhenti. Sebaliknya saya cuma berehat kerana tidak berkemampuan untuk bekerja. Saya tidak pernah terfikir pun untuk lari daripada komitmen kerja. Kehilangan saya bukan sengaja atau mahu menyusahkan orang lain,” katanya yang berjanji akan lebih mudah dihubungi selepas ini.

Namun katanya, sebelum media mahu menghubunginya, mereka perlu terlebih dulu menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan memberikan alasan skrin telefonnya rosak akibat terjatuh banyak kali.

Shahir dan Adira ada apa-apa ka?? credit Budiey




Walaupun pakai tak sedondon semasa hadir di Rumah Terbuka Astro baru-baru ini, namun kemesraan antara penyanyi kelahiran Akademi Fantasia Shahir & Adira ini masih terpancar jelas. Kalau Budiey tak silap, Shahir dan Adira juga pernah digosipkan satu ketika dulu semasa mereka sama-sama keluar dari AF8. Sekarang ni macamana pulak hubungan diorang ni? Mmm… saje je nak usik-usik, manalah tahu ada cinta berputik. Hanya mereka je yang tahu.

Terbaru, Budiey dapat tahu yang Shahir menafikan yang dia akan meninggalkan dunia seni hiburan seperti mana yang dihebohkan baru-baru ini. Padahal yang sebenarnya berlaku, Shahir hanya bercuti rehat selama 3 bulan kerana mahu berehat akibat dari kecederaan semasa jatuh di rumahnya. Elok gak tu, tak lah Adira tak keseorangan. Dengar-dengar, Shahir ada ‘pendam’ sesuatu dari Adira? Haa, jangan panik ya sebab sebenarnya Shahir sekarang ni kan tengah hot dengan lagu Pendam dan kini sedang hangat diputarkan di radio. Best tak lagu tu? Budiey rasa, lagu tu memang ada tarikan tersendiri sebab dengar pun macam lagu balada pop dari Indonesia je.

Adira pula bakal muncul dengan single terbaru berjudul Sakura dalam masa terdekat ini. Adakah lagu ini ditujukan kepada seseorang? Mmm Budiey pun belum dengar lagi, so tak boleh la nak komen lebih-lebih.