Adira telah kembali semula ke kolej untuk belajar seperti biasa selepas hampir sebulan 'menghilangkan' diri. Hafiz yang terlihat akan kelibat Adira, terus sahaja menonong ke arahnya.
" Dira, is it you? God, dah lama kita tak jumpa. You pegi mana? Puas I cari. Bila i call, you tak jawab, SMS pon you tak reply. I miss you!" luahnya tanpa segan silu.
Adira yang mendengarnya terkedu.
‘ Takkan nak bagitau yang aku keguguran, sebab tu cuti sebulan… Mau tergolek mamat ni kalau aku cakap cam gitu.’ Fikirnya sendiri.
“ Ouh, aaa… I terpaksa balik kampung, ada hal sikit. Family matter. Lepas tu, biasa la kat kampung kan, line selalu tak clear. Internet lagi la tak de.” Jawab Adira lancar. Persis seperti seorang pelakon yang sedang menuturkan dialog mengikut skema skrip.
“ Laaa… yeke? Ummm, you free tak esok? I ada beli tiket nak pegi tengok konsert dengan you. I pon tak harap sangat dapat pegi dengan you sebab yelah… you lama sangat cuti. Hari ni bila dah dapat jumpa you, rasa lega sikit. Nak tak?” ajak Hafiz sambil tak lepas merenung ke wajah Adira yang sangat dirinduinya.
“ Konsert apa? Artis mana? Best ke?” tanya Adira sambil lewa. Hatinya masih belum terbuka untuk pergi berhibur di tempat-tempat liburan mana-mana pon.
“ Konsert sorang penyanyi baru. Handsome la jugak mamat ni. Tapi I hensem lagi tau! Haha…”
“Ouh, siapa penyanyi tu? Popular ke tidak? Entah-entah, I pon tak kenal.”
“ Huisy!!! You gerenti kenal punya. Mamat ni la yang kena tangkap basah dengan pelakon popular Rozita Che Wan tuuu.. Mustahillah kalau you tak kenal. Satu Malaya heboh pasal kes diorang. “ tutur Hafiz tanpa perasan akan perubahan wajah Adira yang berdiri d hadapannya.
“ Maksud you Shahir? Dia nak buat konsert esok?” tanya Adira dengan riak wajah yang sukar ditafsir.
“ Yelah… pandai pon you teka. I ni sebenarnya tade la minat sangat dengan dia. Tapi dah sebab banyak sangat bikin kontrevesi, tu yang nak pegi tengok tu, betul-betul berbakat atau tak. Or saja nak cark publisiti murahan. Plus, yang jadi penganjur tu, my uncle.” Terang Hafiz.
Adira yang mendengar hanya mampu mengetap bibir.
‘Sampai hatii abang tak cakap dengan Dira pasal ni. Kita baru ja kehilangan baby, abang dah nak berkonsert-konsert segala. Abang tak rasa sedih ke? Ya Allah, Shahir dah betul-betul berubah hati. Aku dah tak de lagi di hati dia…’ bisik hatinya sayu. Air mata yang mula bertakung di tubir mata dihapusnya rakus.
“ I nak pegi! Tapi, boleh tak you tolong I satu perkara?” ujar Adira dengan penuh semangat.
“ ok, you nak I tolong apa?” tanya Hafiz.
“ You cakap, yang jadi penganjur tu, your uncle right? So, I nak minta izin untuk buat gimmick kat konsert tu nanti, boleh? Sebabnya… I memang minaaaattttt sangat dengan dia. You tolong I, okay?” kata Adira manja seperti memujuk.
“ Hummm… ok. Tapi, you nak buat apa?”
“ Yes!!! Ni yang I sayang kat you ni Hafiz. Ok macam ni….” Kata Adira lalu memberitahu rancangannya untuk membuat gimmick pada konsert itu nanti.
Seandainya Shahir tahu, ada kejutan buatnya nanti…
___________________________________
“ Hoi Dira!! Kau gile kea pa nak buat macam tu. Eh, aku tak setuju. Tak setuju!!!” potong Ain sejurus selepas Adira mengutarakan idea gilanya itu.
“ Ala… biar padan dengan muka dia. Aku tetap nak teruskan jugak plan aku ni. “ ujar Adira penuh semangat tanpa sikit pon mempedulikan kata-kata Ain.
“ Kau jangan Dira. Fikir la masak-masak dulu. Kau tak kesian ke dekat dia?” tanya Ain.
“ Ah, peduli apa aku? Hey, aku yang teruk-teruk sedih, dia boleh lagi fikir pasal nak buat konsert. Memang dasar gila popularity betullah. Aku rasa macam dah tak kenal siapa suami aku. Sebab tu aku nak buat macam ni. Dengan cara ni sajalah, aku dapat kebebasan.” Luah Adira pada Ain sambil mencekak pinggang.
“ Ikut kau lah Dira. Aku dah nasihat, tapi… kau yang tanak dengar. Lepas ni, kalau jadi apa-apa, kau jangan menyesal pulak.” Ugut Ain, mengalah.
_____________________________________
Shahir sedang bersiap-siap di belakang pentas sebelum Rozita datang lalu menyapnya dari belakang.
“ Hey! Gud luck ok? “ ujar Rozita dengan sekuntum senyuman. Masih berbekas rasa sayang pada lelaki di hadapannya ini. Namun demi sebuah persahabatan, dia tidak mungkin tega untuk menghancurkannya atas asbab cinta.
“ Thanks. Huh… I was hoping that Adira is the one who wished me, not you.” Tutur Shahir ikhlas. Dia amat memerlukan Adira dan kata-kata semangat dari isterinya itu.
“ Oh, come on! Okay, I promise lepas ni, I sendiri yang akan jumpa Adira untuk jelaskan hal sebenar. You don’t have to worry, just make a good performance, that’s it! Orait?” ujar Rozita kepada sahabatnya.
“ Shahir!!! Get ready for your first song!” laung pengurus majlis.
“ Ok, I’ve got to go. Thanks for the advice. Really appreciate it. “ balas Shahir sebelum mengambil mikrofon menuju ke pentas.
Bismillah….
“ Apa khabar semua? Terimalah lagu saya yang pertama, Pendam.” Ujar Shahir sebelum memulakan nyanyiannya. Matanya sempat melilau untuk mencari kelibat insan tercinta, namun hampa.
Setelah mendendangkan sembilan buah lagu beserta dengan beberapa acara selingan termasuklah beramah mesra dengan peminat, tibalah masanya untuk lagu penutup, lagu paling top dan hits, iaitu Kebahagiaan Dalam Perpisahan.
Shahir mengambil mood. Inilah persembahan terakhir, iaitu penutup. Dia ingin melakukan yang terbaik untuk peminat-peminatnya.
“Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang…”
Para peminatnya terus bersorak pabila mendengar suara gemersik yang dialunkannya dan dipancarkan melalui speaker di bawah pentas.
“Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih…”
Shahir memejam mata. Mengambil ‘feel’ lagu. Wajah seseorang terbayang di mata.
“Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan…”
“Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti…”
Setelah sampai korus kali kedua, tiba-tiba kelibat sesorang muncul di atas pentas. Gadis itu semakin mara kepadanya.
““Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan…”
Adira menghampiri suaminya. Pipi Shahir dielus sebelum ditampar. Cincin nikah di jari manisnya dilpaskan lalu dibaling tepat ke dada Shahir. Riak wajahnya tak berperasaan.
Shahir tak mampu menahan air mata dari mengalir. Dia faham maksud Adira. Wanita itu mahu dilepaskan.
“Kebahagiaan dalam perpisahan…..” Shahir mengakhiri nyanyian sambil tertunduk melutut. Seolah-olah amat terseksa dengan kehilangan sesorang.
Para penonton sudah bersorak riuh sehingga menggegarkan dewan. Pada kaca mata mereka, lakonan sebentar tadi merupakan gimmick yang sangat tidak disangkakan. Walhal, Shahir merasakan itulah kejutan yang paling ngeri yang pernah diterimanya. Adira datang untuk meminta cerai secara live di hadapan semua…