CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tok Dan Opah

Tok Dan Opah

Assalammualaikum...

Selamat datang ke blog Shahir+Adira=Shahira.. Kami ingin berterima kasih kerana sudi melihat blog ini.. Kami admin mengalu-alukan semua agar sentiasa memasuki blog ini dan melepak di blog ini..Terima kasih buat Yunie Zahan kerana sudi berkongsi novel "September Musim Cinta"...Sebarang komen atau apa2 saja tulisla di Jom Chat...

Shahir dan Adira

Shahir dan Adira

-: B!LA C!NTA :-

-: B!LA C!NTA :-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

~WELCOME~

Bio Shahira

Bio Shahira

SHAHIRA

SHAHIRA
ADIRA & SHAHIR

Love Shahira

Birthday Shahir

Birthday Adira

-: ShahiraZONE :-

AKUJANJI SHAHIRATICS..ekekeke kalau x tepati bkn shahiratics sejati..

Sebab admin sayang sgt dgn Kg Shahiratics, Tok Ketua, Penolong Tok Ketua n penduduknya...so ada beberapa isu admin nk bangkitkan di sini. Tak semua org suka apa yg kite suka, so kene sentiasa berhemah sentiasa k.

Sebagai warga kampung Shahiratics yg sejati, anda diminta mematuhi arahan-arahan berikut;-

1. MEROYAN

- Sila royan dgn berhemah. Dilarang mengekspresikan perasaan diri yang keterlaluan sama ada gembira atau sedih atau dlm ertikata lain meroyan, merobuk di kampung/umah lain selain di kg shahiratics. (Cth kampung/umah lain; Shahir af8, Adira fan club, wall mak anum, wall kak nam etc...)

- Kene fikir jgk sensitiviti n perasaan org lain.

2. EDIT GAMBAR

- Org kg shahiratics mmg kreatif, tak dinafikan lg. Tapi, sebarang gambar2 yg diedit perlulah menepati piawai yang telah ditetapkan, atau admin akan delete.

i) tiada sebarang gambar2 edit yang keterlaluan (seperti berpelukan, badan lain muka lain; badan sheila majid, muka adira-tidak dibenarkan sama sekali)

-Kalo nk edit gambo org tu...pandai2 la mintak kebenaran ye...

3. TAG/MENEMPEK GAMBAR/VIDEO

- dilarang menampal atau men'tag' sebarang gambar shahira di wall pihak lain terutama wall umum sepetri wall mak anum dan wall kak nam tanpa kebenaran admin shahiratics (p/s: kami memahami keinginan anda untuk berkarya dan berkongsi kegembiraan tetapi tidak semua yang setuju dengan kegembiraan dan kekreatifan kita berkarya).

- Tag berpada2..kalau gmbar Shahira berdua tu tak perlulah tag d page Shahir Af8 cthnye...or pada keluarga mereka. Tag/tempek ikut kesesuaian lah ye. Jgn la kat wall mak anum tag gambar Adira lak cthnye.

4. KREDIT GAMBAR/VIDEO

- sebarang gambar/video yg diambil dari pihak ketiga, sila kreditkan nama pihak terbabit.

5. TETAMU TAK DIUNDANG

- apabila ada tetamu yang tidak diundang datang, sambut mereka dgn sennyuman, bentangkan kapet merah siap dgn bunga manggar or tarian naga ke skali walau kita tak tahu apa tujuan mereka.

- apa jua provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak lain jgn mudah melatah. Jika masih rasa marah..tekan tanda =)

6. SPEKULASI

- dilarang membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita/keadaan sebenar walaupun di dalam hati kita punya taman bunga sebesar alam.

- dilarang 'copy & paste' atau'print screen' apa2 jua perbualan dari pihak lain tanpa mengetahui apa yang diperkatakan..

- nk CSI pun, jgn la terang-terangan sgt...coverline skit k

7. KUTUKAN/PROVOKASI/PERGADUHAN

- Jangan cpt melatah...kite relax je org nk kata apa. Ingat moto KG. CHILL & IGNORE =)

- Dilarang wujudkan sebarang pergaduhan di Kg. Jika ada..pandai2 lah sejukkan/tenangkan keadaan ye. kalau ada org baru yg masih tak faham konsep di kg kite...sila2 lah tunjuk ajar ye.

- tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan/perbalahan/ atau apa2 yang menyebabkan perasaan tidak senang kpd sesiapa jua yg membaca. sebelum berkata atau menulis apa2..fikirkan perasaan org yg membaca dgn meletakkan diri sendiri di tempat org yg diperkatakan..

8. KERAHSIAAN/ISU SENSITIF

- isu2 sensitif dan rahsia kg.. jika ada perkara2 yg terpaksa diperap dalam peti besi yg dirahsiakan lokasinya bukan la bermakna admin xnak kongsikan ngan org kg terchenta nie tapi itu adalah untuk tujuan keselamatan dan keamanan kg tercinta nie n menjaga keselamatan pihak2 yg berkenaan.. org2 kg yg sejati mesti faham kan? Tapi kami cuba sedaya upaya berikan sajian menarik utk semua ..

9. NAMA SHAHIRATICS

- Sapa2 yg pakai nama fb ada shahiratics tu...pandai2 la behave ye, lg2 kat umah/kg org lain...korng bawak nama shahiratics, so kalo buat apa2 ramai yg melihat...lg2 kalo wat salah. jgn nnti hnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga...k =)

**Admin cuba buat yg terbaik utk semua..utk Kampung Shahiratics, org2 kg n tak lupa juge buat SHAHIRA kesayangan kite. Harap semua leh beri kerjasama ye... Ni semua utk kesejahteraan kg.. =)

SAYANG SHAHIR+ADIRA=SHAHIRA

SAYANG KG SHAHIRATICS

SAYANG WARGA SHAHIRATICS SEMUA

CHILL & IGNORE

ANYTIME ANYWHERE

September Musim Cinta

September Musim Cinta

Sabtu, 10 Disember 2011

Cerita Cinta Kita - Bab 1

" Kita kahwin sayang!" senafas Shahir menuturkan ayatnya.

"What?" Hampir saja i-phone yang dipegang Adira terlepas dari genggamannya.

(Ye la, refleks la tu. Pak we tengah propose nih.)

"Jangan la nak buat giler tetengah malam buta ni yang! Kalau iya pon nak propose Dira, tunggu la esok pagi ke, raya tahun depan ke..." Adira membalas. Cuak juga mendengar permintaan Shahir. Namun, dia menganggap Shahir sekadar bergurau-gurau manja dengannya.

"Saya serious ni. Esok kita jumpa kat tempat biasa. Kita bincang lagi pasal ni, ok? Jangan tak datang pulak, kang terus saya bawa tok kadi pegi rumah awak. Baru tau?" Shahir mengusik.

"Ok. Yela-yela, saya pegi. Amboi, dah pandai nak ugut-ugut orang pulak ye sekarang ni." Perli Adira.

"Bukan ugut la sayang. Warning-warning manja je. Haih, tak sabar pulak rasanya nak jadi suami awak. Hehehe." Shahir ketawa nakal.

"Eiy!!! Gatal eh! Sudah-sudah. Orang dah nak tidur ni. Kang ada jugak yang terbabas Subuh." omel Adira. Dalam hati ada rasa bahagia yang bertandang.

"Yelah Mrs Shahir wanna be. Selamat Beradu. Mimpikan yang indah-indah tentang tuan hamba ya..." usik Shahir sebelum memutuskan talian.

_______________________________

"Nak kahwin la sangat. Macam la orang tak tahu dia nak prank orang. Esokkan 1 April." duga Adira.

Dia sudah kenal benar dengan jejaka bernama Ahmad Shahir Zawawi ini. Suka benar mengusik orang. Tahun lepas paling teruk Shahir kerjakannya.Waktu itu April Fool day. Adira yang sibuk dengan kuliah tidak perasan hari itu. Shahir call sambil mengerang kesakitan dan menyuruh Adira datang ke rumah segera. Apalagi, dengan penuh panik Adira memandu ke sana.Tangannya menggigil manakala jantungnya serasa seakan hendak tercabut.

Bagaikan mahu terputus nyawanya saat dia menyaksikan setompok besar darah di lantai banglo itu serta beberapa tompokan darah kecil seperti menitik hingga ke dapur rumah.Dengan semangat yang tersisa, Adira melangkah lemah ke dapur. Dia terus meraung sejurus melihat Shahir terbaring berlumuran darah bersama sebilah pisau yang juga diselaputi oleh darah. Adira menggagahkan diri menyentuh sekujur tubuh itu. Berkali-kali nama Shahir disebut namun tiada reaksi dari wajah pucat itu. Apabila Adira bangun untuk meminta bantuan, secara tiba-tiba mulutnya ditekup seseorang di belakang. Masih ingat lagi bisikan nakal Shahir buatnya.

"April Fool!!! Oppps, terlebih sudah."

Adira menjerit kegeraman. Ditumbuk-tumbuknya bahu dan dada Shahir. Kuss semangat. Ingatkan betul-betul tadi.

' Cis! Berani betul mamat ni mainkan aku. Nasibla dapat bf cam gini. Mau dapat penyakit jantung kalau hari-hari kena cam ni.' Adira membebel dalam hati.

Shahir dilihatnya masih tersenyum dan ketawa geli hati. Akhirnya, adira turut tertawa juga.

Ah! Betapa indahnya hidup di samping insan yang tersayang. SHAHIR!

________________________________

"Isy! Mana ni? Kata nak jumpa kat sini. Batang hidung pon tak nampak. Ni yang aku malas ni. Dah setengah jam lebih aku tercongok kat sini. Kang kalau aku belah, dia buat muka seposen pulak. Hisy, menguji kesabaran betullah. Nasib baik aku sayang kau, tau!"

"Hah! Membebel apa tu? Amboi muncungnya mulut dia. Dah kalah Angelina Jolie tu." usik shahir lalu mencuit dagu Adira.

" Hummm... Memang bagus sangat la tu. Dah la datang lewat. Lepas tu tak reti pulak nak bagi salam. Main aci redah je. Eiy, benci la." marah Adira.

" Alamak marah ke? Ok2x. I'm sooo sorry. Takmo marah2x erk. Hummm saya ada sesuatu yang special untuk sayang. Tapi, tutup mata dulu."ujar Shahir.

" Tak nak! Saya nak balik." rajuk Adira.

" Ala.... tapi hadiah ni istimewa tau. Orang lain saya tak kasi, untuk Che Siti sorang je." pujuk Shahir lembut.

" Yela-yela. Apanya? Tak de maknyanye nak tutup-tutup mata. Bak aja la cepat." kata Adira sambil menadah tangannya. Comel sungguh di mata Che Amat.

" Tadaaa....." sebuah kotak kecil yang berbentuk hati dan berwarna merah baldu dihulurkan pada Adira.

"Apa ni? Cincin? Untuk apa? " tanya Adira polos.

" La... kan saya dah cakap yang saya nak propose awak che Adira oii. Mestila kasi cincin. So, macam mana? Sudi tak awak jadi Mrs Shahir?" tanya Shahir sambil mengangkat kening kirinya.

"Haa.. tahu dah. Lepas Dira cakap setuju mesti awak jerit April fool kan? Sorry ok, tahun ni prank awak tak menjadi Mr Shahir." balas Adira penuh yakin.

"Tak, ini bukannya tipu-tipu. Ini betul-betul la. " terang Shahir.

"Ala, tipu. Tak caya. " Shahir menepuk dahinya.

" Ya Allah, ini bukan olok-olok la, ini memang real, betul-betul serious."

"Tak caya gak!"

"Isy! Orang cakap orang betul-betul nak kahwin dengan awak la, bukannya main-main." Shahir menahan sabar. Complicated sungguh.

"Janji tak tipu?" Adira meminta kepastian.

"Iye janji." Shahir menunjuk isyarat peace.

"Maksudnya awak memang tak main-main la? " tanya Adira setelah mereka mengulang tayang adegan dalam filem Seniman Bujang Lapuk. (Tapi versi SHAHIRA la.)

Shahir sekali lagi mengetuk kepalanya sendiri.

'Humm.. inilah padahnya suka ngusik orang. Tengok, time-time cam gini punya genting pon Adira kata aku main-main.' monolog Shahir.

" Saya terima sayang. Setujuuu sangat-sangat. Eh! Tapi syarikat rakaman awak tak marah ke awak nak kawin nih? Bukan hari tu awak cakap yang diorang tanak tanggung risiko kalau peminat awak lari sebab awak dah nikah, kan?" soal Adira meminta kepastian daripada Shahir yang kelihatan tergamam.

" Awak... Ermm... Err... kit.. kita nni nikah sorok boleh?" tergagap-gagap Shahir mengutarakan soalan mautnya. Wajah Adira berubah.

" Awak nak kita nikah sorok? Apa ni? Kalau tak ikhlas tak payah la lamar saya. Saya tak pernah paksa pon. Sampai hati awak, kan? "Adira meninggikan suaranya.

"Sayang.... sorry ok. Saya tak bermaksud langsung nak sakitkan hati awak. Saya sayang awak Adira. saya nak jadi suami awak. Tapi demi karier saya yang baru nak bermula ni, kita perlu sorokkan dulu benda ni. Nanti, bila ekonomi dan kedudukan saya dah stabil, saya janji kita akan umumkan pada semua. Boleh?" pujuk Shahir dengan tenang.

"Shahir awak sedar tak apa yang awak cakapkan ni? Nikah bukannya soal dan perkara main-main. Saya tak nak kecewa kemudian hari. saya pon cintakan awak, tapi... ini bukan caranya."

" Tak pelah. Kalau dah awak tak sudi, nak buat macam mana? Saya faham. saya ingatkan awak akan gembira dengan cadangan ni. Saya ingat awak akan setuju. Saya salah." balas Shahir lemah.

"Shahir, jangan la cakap macam tu. Saya cintakan awak. Tapi..."

"Tak pe, tak perlu terangkan, saya dah faham " potong Shahir lalu bangun dari tempat duduknya.

Setapak, dua tapak, tiga, empat...

"Shahir!!!" Adira melaung. Shahir tersenyum dan berpaling.

"Saya terima jadi isteri awak." senafas Adira menuturkan ayatnya.

"Yahooo!!! " Shahir bersorak riang. Ingin sekali rasanya dia memeluk dan mengendong tubuh kecil molek itu, namun dia sedar dia perlu bersabar. Adira bakal menjadi hak miliknya yang mutlak.

0 ulasan: