“Eh, Yayang! Shahir! La.. kenpa yang tak beritahu nak datang ni? Mama belum masak apa-apa lagi.” Ujar mama Adira sebelum menjemput anak menantunya masuk.
“Saja la mama. Mau kasi surprise gitu.” Balas Adira riang.
“Hummm.. yelah-yelah. Pegi rehat sana dulu. Biar mama masak.” ujarnya senang hati sebelum membawa diri ke dapur.
Adira berdiri di tepi jendela. Shahir pula memejamkan matanya, keletihan memandu.
“Wah! Ada mangga muda la. Abang… Dira teringin sangat nak makan mangga tu. Tolong kaitkan boleh?” Tanya Adira teruja.
Meskipun hanya buah mangga, aksi Adira seolah-olah dia terjumpa Jennifer Lopez.
“Abang penat la sayang. Kejap lagi tak boleh ke?” soal Shahir dengan mata yang masih terpejam.
“Tapi..Dira dah teringin sangat-sangat nak makan buah tu sekarang. Tolong la…” rayu Adira lagi.
Setelah melihat Shahir yang tiada respons, Adira mendengus kecil .
“Huh! Tanak ambilkan sudah. Biar Dira ambil sendiri.”
Adira terlompat-lompat mencapai buah mangga idamannya. Meskipun menggunakan galah, namun faktor ketinggian membataskan keupayaannya.
“Alolo, siannya Yayang abang. Meh abang tolong ambilkan untuk Yayang ye?” ucap Shahir setelah melihat isteri kesayangannya terkial-kial mendapatkan mangga muda itu.
“Tak payah la. Pegi je la sambung tidur tu. Abang kan PENAT!” sindir Adira. Sengaja ditekankan perkataan penat itu.
“La… merajuk pulak. Ok, biar abang panjat pokok tu, okay?” kata Shahir lantas memanjat pokok setinggi 7 meter itu. Shahir memetik dua biji mangga lalu disuakan pada Adira di bawah.
“Dua je? Mana cukup ni bang. Ambil la banyak sikit.” Ujar Adira selamba. Shahir memandangnya pelik.
__________________________________
Sewaktu Shahir dan mamanya menjamah nasi untuk makan tengah hari, Adira pula pulun meratah mangga muda yang dipetik tadi.
“Yayang, kenapa tak makan nasi tu dulu? Nanti-nanti pon boleh makan buah mangga tu.”
“Tak tahan la mama. Buah ni sedap sangat. “ ujar Adira sebelum mengupas sebiji lagi.
“Tinggal la sepotong dua untuk abang. Abang pon nak rasa jugak.” Kata Shahir lalu membasuh tangannya di singki.
Bunyi telefon Adira menyebabkan gadis itu berlari-lari anak untuk menjawab panggilannya.
Shahir merasa sepotong buah mangga yang dihiris Adira. Wajahnya serta-merta berubah.
“Mak aii! Masamnya! Macam mana Dira boleh telan ni?”
“Eh! Setahu mama, Dira tu bukan suka makan benda-benda yang masam ni. Selalunya mesti nak yang manis-manis. Ke… dia dah ada isi?” Tanya mama Adira.
Shahir terpana. Memikirkan logik akal telahan mamanya sebentar tadi. Lamunannya terhenti pabila Adira masuk ke dapur semula.
“Mama, abang, Ain dengan Mau kirim salam.” Ujar Adira seraya menghabiskan buah mangga di pinggan.
_____________________________
Malam itu, Adira gelisah di tempat tidurnya. Shahir yang perasan dengan gerak-geri Adira bertanya.
“Kenapa ni sayang? Macam tak selesa ja?”
“Perut Yayang sakit la.” Adu Adira.
“Tu la… orang suruh makan nasi, pegi melahap buah mangga. Sampai 4 biji sayang telan. Mana tak sakitnya. Meh sini abang sapu minyak angin.” Adira menyelak bajunya.
Sebaik sahaja Shahir membuka botol minyak angin, bau minyak itu terus menusuk ke hidung Adira. Belum sempat Shahir menuang minyak tersebut, Adira sudah berlari menuju ke tandas.
“Bwekk! Bwekk!!” Adira berasa loya yang teramat sangat dan terus muntah. Shahir yang mengejarnya dari belakang menepuk-nepuk belakang Adira. Rambut Adira yang panjang mengurai dipegangnya.
Adira pula masih galak memuntahkan segala makanan yang dijamahnya.
“Sayang dah okay? Rasa lega sikit tak?” Tanya Shahir simpati. Pucat benar wajah Adira.
Adira mengangguk lemah dan terhuyung-hayang berjalan. Melihat kondisi isterinya, Shahir terus mencepung Adira ke kamar tidur mereka.
“Sayang ok tak ni? Kalau tak, jom kita pegi klinik nak?”
“Tak payahla. Dah malam sangat ni. Nanti, kalau tak ok sangat, Dira cakap.”
“Humm.. yela-yela. Dira tidur dulu ya.” Ujar Shahir lalu menyelimutkan isterinya.
“Abang, peluklah Dira.” Pinta Adira manja.
Shahir hanya menuruti permintaan isterinya itu. Di wajahnya terpancar kebimbangan.
‘Kalau betul Dira mengandung macam mana? Memang la aku happy, tapi macam mana pulak aku nak teman Dira pegi klinik? Nanti hebohlah cerita ni. Alamatnya, bocorlah rahsia aku.’ Monolog Shahir.
Tiba-tiba dia tersenyum.
‘Haa.. Maulana! Nasib baik ada kau. Sayang kau Mau!’ minda Shahir segera teringatkan Maulana yang juga seorang doktor.
_______________________________
“Lain kali, kalau nak datang sini, call la dulu. Biar mama masak sedap-sedap ok? Ni Yayang, jaga diri tu. Jangan asyik nak merajuk je. Ingat tu.” Pesannya.
“Iye mama. Yayang dah tak merajuk lagi la sekarang ni, kan abang?”
“Tipu.” Ujar Shahir dengan tujuan mengusik.
Adira menjeling nakal. Lidahnya dijelir. Mamanya hanya tersenyum bahagia melihat telatah mereka berdua.
0 ulasan:
Catat Ulasan