“Tahniah Shahira! Korang berdua bakal jadi mama papa. Adira hamil 3 minggu.” Ujar Maulana bersama senyuman. Ain di sisinya turut memeluk Adira.
“Alhamdulillah…” ucap Adira penuh syukur.
Shahir hanya tersenyum hambar. Tawar tanpa gula. Perasaannya bercampur-baur. Dia tidak tahu sama ada mahu rasa gembira atau bimbang. Hakikatnya, dia sendiri bingung dengan berita ini.
“Sayang, sayang balik dengan Ain dulu boleh? Abang ada benda sikit nak bincang dengan Mau. Ain, kau boleh tolong hantarkan Dira tak?” Tanya Shahir.
Ain hanya mengangguk lalu menarik Adira keluar dari bilik pemeriksaan. Ain mengusik Adira dan mereka berdua tertawa senang.
“Mau, aku pening ni.” Ujar Shahir.
“Kau pening? Nak panadol?” Tanya Mau selamba.
“Isy, kau ni serious sikit boleh tak?” Shahir bengang.
Maulana ketawa terbahak-bahak.
“Hoi! Dah kenapa pulak dengan kau ni? Selalunya time orang suruh kau serius, kau nak jadi pak lawak la konon. Sekarang, bila time happy-happy, kau buat muka macam beruk hilang mak tiri pulak. Apsal?”
“Mau! Aku betul-betul serius ni. Pusing kepala aku. Macam mana dengan Dira nanti? Aku kan belum umumkan yang kami dah nikah. Sekarang tak pe la perut dia belum besar. Nanti bila dah nampak, mesti kengkawan kampus dia Tanya.” luah Shahir tentang kebimbangannya pada Maulana.
“Humm.. itula. Aku suruh kau ngaku yang kau tu dah kawin, kau tanak. Sekarang kan dah susah. Aku rasa inilah masa yang tepat untuk kau umumkan pada semua yang kau tu sebenarnya laki orang.” Cadang Maulana. Dia ikhlas mahu membantu sahabatnya itu.
“Tak, Mau! Sekarang bukan masanya lagi. Karier aku baru je bermula. Tunggu la sampai tapak aku dah kukuh, baru aku announcekan. Sekarang memang tak boleh. Lagi-lagi kalau Encik Norman tahu pasal ni. Mampus aku.” Bangkang Shahir.
“Entah lah Shahir. Karang aku kata kau pentingkan diri, kau marah pulak. Tapi cuba kau fikir eh! Antara kerjaya dan cinta sejati kau. Takkan kau tak sanggup untuk berkorban?” Shahir terdiam Cuma.
_____________________________________
“Abang, Dira teringin la nak makan kek dekat Secret Recipe. Jom temankan Dira makan kat sana.” Ajak Adira manja.
“Sayang, kalau boleh kita tak payah la keluar dekat tempat yang open sangat, abang takut orang tahu nanti.”
“Biarlah diorang tahu. Bila lagi masanya bang? Waktu perut Dira dah boyot? Macam tu? Waktu tu, lagi banyak spekulasi yang akan timbul tau.”
“Tapi, yang pastinya bukan sekarang okay? Kalau Dira ngidam sangat, mintak tolong Ain belikan ok?”
“Abang ni memang tak sensitif langsung dengan perasaan Dira, kan? Dira ni tengah mengandung anak abang tahu tak? Darah daging abang. Tapi, abang langsung tak hargai pengorbanan Dira.” Ungkap Adira sedih. Hatinya terguris.
“Sayang, dah la tu. Maafkan abang. Abang memang betul-betul tak center sekarang ni. Sayang pegi rehat kay? Abang nak keluar kejap.” Pujuk Shahir.
_________________________________
“Encik Norman, ss saya… ssa saya…”
“Ada apa Shahir? Cakap je la.”
“Saya ada benda sikit nak bagitahu Encik Norman. Sebenarnya, sebenarnya ssaya… aaa.. saya…”
“Sebenarnya awak apa?”
“Ouh ya Shahir, kita ada projek baru untuk awak. Berlakon filem. Berminat tak?” potong Encik Norman.
“Filem? Dengan siapa? Apa jalan ceritanya?” Tanya Shahir penuh minat. Mungkin inilah peluangnya untuk melebarkan sayap dalam industry seni ini. Terbantut sudah ayat yang hendak dituturkannya sebentar tadi.
“File mini tajuknya 24 Jam Cinta. Awak bakal digandingkan dengan Rozita Che Wan. Macam mana? Setuju tak?” Tanya Norman. Shahir mempamerkan wajah yang teruja.
“Saya memang berminat sangat-sangat. Saya setuju.” Ujar Shahir tanpa mahu berfikir panjang lagi. Padanya, inilah keputusan yang paling tepat buat dirinya.
_____________________________________
“Sayang! Abang ada berita gembira ni.” Ujar Shahir teruja. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.
“Apa bang? Abang dah ubah fikiran eh? Abang nak announce yang kita dah nikah?” Tanya Adira tidak sabar.
“Sayang, apa ni? Kan kita dah bincang pasal hal ni. Tak la. Abang sebenarnya nak bagitau yang abang akan berlakon filem selepas ni.” Beritahu Shahir dengan penuh semangat.
“Oh! Berlakon filem…”
“Iye. Dengan Rozita Che Wan pulak tu. Sayang suka tak ni?” Adira hanya mampu menghadiahkan senyuman hambar.
“Kenapa abang tengok sayang macam tak happy je ni?” Tanya Shahir lembut. Dia pantas menangkap air muka isterinya yang kelihatan tidak ceria.
“Eh, taklah. Dira bangga apa. Dira Cuma penat sikit je.” Bohong Adira. Senyuman plastic dihadiahkan buat Shahir.
Biarlah. Dia tidak mahu merosakkan mood Shahir tika ini. Shahir sudah banyak berkorban untuknya. Dan pengorbanan itu perlu dibalas.
“Humm.. sayang penat eh? Ok, malam ni, abang bawak sayang makan kat tempat yang sangat special, ok?”
“Kat mana tu?” Tanya Adira aneh. Tukan tempat yang open.
‘Tak takut kantoi ke?’ bisik hati kecilnya.
“Uisy! Tempat special mana lagi kalau bukan rumah mak. Malam ni, kita dinner kat sana erk? Abang nak kongsi berita gembira ni dengan mak dan abah.”
“Satu, abang dapat berlakon filem. Yang keduanya, sayang papa kat dalam ni.” Ujar Shahir sambil menyentuh perut Adira yang masih kempis.
Adira tertawa kegelian. Dia bahagia dengan kelakuan Shahir itu. Bibirnya ringan mengucup manja wajah Shahir. Shahir memeluk mesra isterinya. Dia senang sekali hari ni. Dalam hati, Shahir tidak putus-putus mengucap syukur pada Allah kerana menganugerahkan rezeki dan kebahagiaan buatnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan