“Assalamualaikum mak, abah. Kitaorang dah sampai ni. Oooo… mak!” laung Shahir penuh semangat.
Adira yang anggun mengenakan dress labuh bewarna biru muda, hanya memerhati perlakuan Shahir yang ‘over excited’ itu.
“Eiy! Tahula abang tengah happy pon. Tak yah la buat macam kera tak cukup bulu. Malu la…” bisik Adira perlahan, cukup untuk didengari Shahir.
Shahir yang mendengar komen isterinya tersengih malu sambil menggosok-gosok hidungnya yang sudah kemerahan itu.
“Ya Allah! Apa la yang kamu terpekik terlolong ni Shahir oiii! Mak ni belum pekak lagi tau. Dah, mari masuk Dira.” Puan Mahanum menggamit Adira masuk ke dalam rumah.
____________________________________
“Mak, abah.. sebenarnya kitaorang ada berita sikit nak kasi tahu mak dengan abah ni. Mak, abah janganla terkejut pulak.” ujar Shahir selamba.
“Ada apa halnya Shahir? Beritahulah pada kami.” Ujar ayah Shahir, Encik Zawawi.
“Sebenarnya hari tu, Adira sakit teruk mak, abah. Doktor kata Dira terkena buatan orang.” Shahir berkata dengan penuh emosi dan mimic muka yang begitu bimbang.
“Ya Allah! Betul ke ni Dira? Bang, macam mana ni bang? Kesian kat menantu kita.” Shahir tersengih nakal pabila umpannya menjadi.
Adira menyepak kaki Shahir di bawah meja. Tidak sampai pula hatinya melihat reaksi ibu dan bapa mertuanya itu. Dijegilnya mata pada Shahir sebagai isyarat untuk menghentikan lakonan.
“Tapi mak, jangan la risau sangat. Sebabnya, lagi 8 bulan, baik la Dira tu.” Balas Shahir dengan muka yang sengaja diseriuskan.
“Isy! Sakit apanya kalau macam tu? Takkan la… Ya Allah! Dira mengandung ke? Alhamdulillah.. risau mak. Ingatkan betul-betul kena buatan orang. Bertuah punya anak! Kamu ni Shahir, mengusik tak kena tempat.” Rungut Puan Mahanum. Lega hatinya mendengar khabar gembira itu.
“Ala… sorry la mak. Orang tengah practice berlakon nih. Tak lama lagi, Shahir akan jadi bintang filem. Berlakon dengan Rozita Che Wan yang abah minat tu.” Giat Shahir.
“Hisy kamu ni Shahir. Karang, tak pasal-pasal je abah kena tidur luar malam ni.” Balas abahnya bersama kenyitan nakal. Benarlah, bapa borek, anak rintik. Seisi keluarga tertawa.
“Humm! Abang, kalau berani cuba la. Yang kamu ni pulak Shahir, bila lagi kamu nak bagitahu semua yang kamu ni dah kawin? Kan Dira dah berisis tu.” Tanyanya penuh kerisauan.
“InsyaAllah, lepas habis je projek ni, Shahir akan umumkan mak. Mak dengan abah tak payah la nak risau.” Jawab Shahir yang nyata membuat Adira terkedu mendengarnya.
_________________________________
“Ok Rozita, saya kenalkan, ni hero kita, Shahir. Shahir, Rozita.”
Mata Shahir tidak berkedip memandang wajah jelita di hadapannya. Begitu jua dengan Rozita yang seakan terpaku dengan panahan mata coklat Ahmad Shahir.
“Hai, saya Shahir.” Ujar Shahir lantas menghulurkan tangannya sebagai salam perkenalan. Rozita menyambut huluran itu dengan senyuman yang manis.
Hubungan mereka semakin hari semakin rapat. Namun, Shahir tetap membataskan pergaulannya kerana dia sedar yang dia sudah beristeri.
_________________________________
Rozita tersenyum sendiri di kamarnya. Hatinya seakan diracuni dengan virus cinta. Wajah Shahir yang kacak sentiasa berlegar di matanya. Dia terus memutuskan untuk menghubungi jejaka itu.
_________________________________
Adira sedang berbaring malas dia atas katil sewaktu telefon bimbit Shahir berbunyi. Shahir yang berada di dalam tandas menyuruhnya agar tidak menjawab panggilan itu. Namun, deringan yang sekian lama membingitkan telinganya membuatkan Adira menjawab panggilan itu.
“Hello Shahir. Umm.. awak dah makan? Saya lapar la. Jom kita keluar dinner nak?” Tanya Rozita dengan nada suara yang ‘the very’ lunak. Degup jantung adira bergetar hebat.
“Maaf, salah nombor.” Ujar Adira dingin lalu mematikan telefon.
“Laa.. kana bang dah kata tak payah jawab. Apsal angkat jugak?” Tanya Shahir yang baru selesai mandi.
“Kenapa tak boleh jawab? Sebab takut Rozita yang call? Takut saya tahu yang awak ada hubungan istimewa dengan dia? “ Adira mengubah drastic cara bahasanya kepada ber’awak’ ber’saya’ dengan Shahir.
“Astaghfirullahal’azim! Apa yang Dira merepek ni? Rozita tu Cuma teman sekerja abang la.”
“Teman sekerja apanya kalau dah telefon malam-malam. Merengek tak tentu pasal. Awak tu suami saya tahu tak? Ke awak dah lupa?” bentak Adira. Emosinya terganggu.
“Sayang… abang minta maaf kalau sayang terasa. Tapi percayalah, hidup mati abang, hanya untuk Dira. Bukan Rozita , dan bukan juga untuk wanita lain.” Pujuk Shahir lembut.
Adira mengalah. Shahir memeluknya erat. Dia membalas dengan penuh kasih.
__________________________________
“Cik Adira ingat saya lagi?” Tanya Hafiz bersama sekuntum senyuman.
“Err.. maaf. Saya tak kenal la.” Ujar Adira bingung.
‘Sapa pulak ni? Dengan rambut macam Hermantino zaman 80 an.’ Bisik hatinya.
“Sayala.. yang tumpahkan makanan awak tempoh hari, ingat tak?” terang Hafiz bersungguh-sungguh dengan muka yang penuh berharap.
“owh! Yaya saya ingat. Tapi, macam mana awak tahu nama saya Adira?”
“Aaa… err.. ah! Hari tu kan kawan awak sebut nama awak time dekat Cosmo.” Hafiz mencipta alasan.
‘Fuhh!! Nasib baik tak kantoi.’
“Ooo.. awak pon study dekat kampus ni ke?” Tanya Adira.
“A’ah! Kebetulan pulak dapat jumpa awak hari ni. Sudi tak keluar lunch dengan saya?” Hafiz mencuba nasib.
“Hurmm… boleh jugak. Awak belanja eh?” usik Adira yang sememangnya mudah mesra dengan orang. Hafiz pula tersenyum bahagia.
________________________________________
Berita di surat khabar itu meremukkan hati Adira. Air matanya gugur. Shahir yang sedang turun tangga kaget melihat Adira yang sedang menangis teresak-esak.
“Kenapa ni sayang? Sakit ke?” Tanya Shahir lembut samba mengusap belakang Adira.
Adira mencampakkan surat khabar itu pada dada Shahir. Shahir mengutipnya dan membaca isi berita itu. Berkerut-keryt dahinya pabila membaca artikel mengenai gossip cinta antara dia dan Rozita yang hangat diperkatakan.
“Sayang.. ni semua salah faham. Abang memang rapat dengan dia. Dan abang mengaku pernah keluar makan dengan dia. Tapi, bukan berdua, ada krew produksi yang lain jugak. Ni semua sebab kitaorang berlakon bersama. Tu je.” Shahir cuba menjelaskan hal sebenar.
“Okay, kalau macam tu, hari ni abang temankan Dira buat monthly check up dekat klinik.” Adira sengaja berbuat demikian walhal dia tahu bahawa Shahir ada shooting di Cameron Highland. Dia ingin menduga adakah dia, atau wanita itu yang lebih penting. Shahir terkelu sejenak.
“Tt..tapi, hari ni abb abang kena pegi Cameron Highland. Err, boleh tak kalau Ain yang temankan?” cadang Shahir serba salah.
“See! Awak lebihkan jugak betina gedik tu. Abang memang kejam!” ujar Adira lalu menampar dada Shahir bertubi-tubi.
“YaAllah! Bawa mengucap Siti Adira Suhaimi! Saya ni suami awak. Tolong hormat sikit” ujar Shahir tegas.
“Awak dengan betina tu, GO TO HELL!” jerit Adira. Spontan tangan Shahir melekap di pipi gebunya.
Shahir tergamam. Dia beristighfar. Dia memang tak sengaja. Apa boleh buat, terlajak perahu boleh diundur, tapi … terlajak lempang errr dapat sakit la jawabnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan