Shahir bengang. Sudah berkali-kali dia cuba untuk menghubungi Adira. Namun, isterinya itu tetap keras hati dan tidak menjawab panggilan darinya. Shahir rindu melihat senyuman Adira yang manis. Dia rindu melayan keletah manja Adira. Dia rindu hendak mengusik Adira. Dia rindu sekali saat-saat bahagia bersama isteri kesayangannya itu.
“ Shahir, jom kita makan! I tengok you belom makan apa-apa lagi since you sampai. Mesti you lapar kan?” pelawa Rozita.
“ I tak lapar la. You pegi je la.” tolak Shahir sopan.
“Ala… tak seronok la macam ni. Jom la temankan i…” rengek Rozita manja.
“Sorry, but i.. memang betul-betul tak de selera sekarang ni.”
“Really? Ok lah, kalau macam tu, I tanak paksa you. I pegi dulu, kay?”
________________________________
Shahir baru lepas mandi tatkala loceng kedengaran. Dia menyarungkan baju lantas membuka pintu bilik. Dilihatnya Rozita tercegat di hadapan pintu.
“Hai! I belikan you dinner. Jom makan!” Rozita bersuara riang.
“Tapi I… “ belum sempat Shahir menghabiskan ayat, Rozita sudah pun terlebih dahulu masuk ke dalam bilik hotelnya. Shahir serba salah.
“Jom la makan. Sedap tau.” Ajak Rozita.
“ I rasa kita makan kat luar ja la. Tak manis kita berdua-duaan macam ni. Macam-macam perkara tak elok boleh timbul.” Ujar Shahir.
“Humm.. okay-okay. I kemas, pastu kita makan kat luar ye. Tapi sebelum tu, I nak pinjam toilet you boleh?” Rozita meminta izin.
“Humm.. guna la. “ balas Shahir sambil mengemaskan kolar bajunya.
Sedang Rozita berada di dalam bilik air, loceng biliknya kedengaran lagi. Shahir membuka pintu. Tergamam dengan apa yang dilihatnya. Beberapa orang berkopiah putih sedang berdiri di hadapan pintu bilik. Menambah buruk keadaan pabila Rozita pula muncul.
“Okay, jom kita pegi. I dah siap.” Ujar Rozita sambil membetulkan bajunya. Adegan ini seolah-olah mereka baru sahaja lepas melakukan sesuatu.
“Maafkan saya encik, cik. Kamu berdua ni, suami isteri ke?” Tanya salah seorang daripada mereka.
Tika itu, Shahir hanya mampu menggeleng manakala Rozita kaku melihat tetamu yang tak diundang itu.
____________________________
Setelah selesai menonton filem Nur Kasih The Movie, Hafiz membawa Adira pergi makan malam di sebuah restoran yang eksklusif. Sedang mereka menikmati hidangan, Hafiz menjalankan rancangannya.
“Adira, I ada benda sikit nak cakap dengan you.”
“Apa? Cakap la.” Balas Adira. Fresh orange diteguknya.
“Sebenarnya I, sebenarnya, i.. I suk…”belum sempat Hafiz menghabiskan ayatnya, telefon bimbit Adira berbunyi.
Wajah Adira berubah setelah menerima panggilan telefon itu. Adira segera meminta diri. Hafiz pula hampa kerana tidak sempat untuk mengungkapkan isi hatinya pada Adira.
_______________________________
Adira memecut laju ke Cameron Highland. Berita yang diterimanya tadi benar-benar membunuh dirinya. Air mata yang gugur lebih laju dari kelajuan yang dipandunya tika ini. Dibiarkannya sahaja tanpa diseka. Sesampai sahaja ke destinasi, jam sudah menunjukkan angka 2 pagi.
Adira melulu masuk ke pejabat hotel. Apabila terlihat insan yang dicari, Adira pantas melajukan langkahnya.
Shahir kecut perut melihat kelibat Adira. Dia hanya mampu berserah.
“Sayang… abang…”
PANG!!! Berpinar sebentar matanya. Walaupun tangan Adira kecil, tamparannya sungguh berbisa.
“Kau memang tak guna! Jantan tak guna! Sampai hati kau buat aku macam ni. Apa salah aku? Jerkah Adira.
“No! abang boleh explain. Ni semua salah faham Dira. Abang tak buat…”
“Shut up! Aku tanak dengar apa-apa lagi. Pasal betina ni la kau buat aku macam ni.” Adira menunding jari tepat pada wajah Rozita yang sedari tadi memerhati. Kurang mengerti dengan apa yang mereka berdua katakan.
“Kau betina! Kau dah hancurkan kebahagiaan aku. Dasar perempuan miang!” maki Adira sambil menunjal-nunjal kepala Rozita yang lebih tinggi darinya.
“Sudah Dira, Sudah!” Shahir cuba meleraikan cengkaman Adira pada leher Rozita.
Adira seperti dirasuk. Rozita menjerit kesakitan apabila diperlaku kasar seperti itu oleh Adira.
“Kau memang jahanam! Aku benci kau! Benci!!!” Shahir terpaksa bertindak menampar Adira agar wanita itu sedar.
Adira yang berdiri dalam keadaan tak seimbang jatuh tersungkur di kaki Shahir. Shahir terpana.
Adira sudah merintih kesakitan sambil memegang perutnya. Darah pekat mengalir di betis buntingnya. Shahir kaku seketika sebelum bertindak mencepung isterinya ke kereta untuk dibawa ke hospital. Hatinya bagai dicarik-carik mendengar rintihan Adira yang kesakita teramat. Dia rasa sungguh bersalah dan menyesal dengan perbuatnnya yang keterlaluan itu.
Shahir terduduk saat doctor yang merawat Adira mengesahkan bahawa Adira keguguran. Mindanya kosong. Air mata jantannya mengalir. Dia tidak tahu apa yang dia rasa tika itu. Marah, kesal, sedih, takut? Semuanya bercampur-baur saat itu.
“Hello Mau! Tolong aku….” Ujar Shahir. Hanya itu yang mampu keluar dari bibirnya saat Maulana dihubungi.
“Kenapa ni Shahir? Apa? Ok-ok, aku dating sekarang.” Ujar Maulana lalu bergegas ke Hospital Besar Brinchang bersama Ain.
Sesampainya mereka di sana, Shahir dilihat terjelopok di lantai dalam keadaan tak bermaya. Maulana segera menghampirinya.
“Shahir, aku ni. Kau ok tak?” Tanya Mau. Ain turut simpati melihat wajah sugul temannya itu.
Shahir memeluk Maulana erat. Serasa ingin disalurkan beban yang ditanggung pada Maulana. Shahir ceritakan apa yang telah berlaku. Maulana dan Ain setia mendengar luahan hatinya.
“kau dah jenguk Dira?” Tanya Maulana. Spontan Shahir menggeleng.
“Tak. Belum. Aku takut Mau. Aku takut dia benci aku. Aku takut dia benci tengok muka aku. Aku tahu dia marah. Aku tak sanggup nak tengok dia bersedih. Aku tak sanggup…”ujar Shahir lemah.
Maulana mengusap bahunya. Cuba untuk menenagkan dirinya.
“Dah-dah. Jom kita masuk jenguk Dira. Kau jangan takut. Aku dengan Ai nada untuk teman kau.” Pujuk Maulana. Ain hanya mengangguk, setuju dengan suaminya.
___________________________
Pintu bilik 696 dikuaknya. Ain dengan Maulana melangkah masuk diikuti Shahir di belakang.
“Ain! Baby aku…” teriak Adira teresak-esak tatkala Ain dating memeluknya.
“Sabar Dira, sabar. Aku tahu kau sedih. Kau kena kuat.” Ain memberi kata-kata semangat.
“Dira… abang minta maaf.” Shahir memulakan bicara.
“Kau keluar daripada sini! Aku benci kau! Kau dah bunuh baby aku. Kau pembunuh! Pembunuh!!” jerkah Adira yang tak mampu lagi membedung perasaan bencinya pada Shahir. Dengan berat hati, Shahir melangkah keluar dari wad itu.
0 ulasan:
Catat Ulasan