Shahir terjaga semula pada jam 10.30 pagi. Badannya masih letih. Fikirannya masih tetap berkecamuk. Dia teringat semula peristiwa hitam semalam.
Rozita, Adira, baby… semuanya membebankan otak. Menyesakkan nafasnya.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dibiarkannya tak berjawab. Apabila diperiksa, Shahir terkejut melihat lebih 100 missed call dan sms yang diterimanya sejak pagi tadi. Semua bertanyakan tentang kes khalwatnya dengan Rozita Che Wan yang terpampang di dada-dada akhbar hari ini.
Shahir mengeluh. Mengenangkan reaksi mak, abah dan mama yang pastinya akan turut membaca berita ini. Bagaimana mahu berhadapan dengan semua ini?
Maulana: Shahir, Dira dah dibawa balik ke rumah mama dia. Mak dengan abah kau pun ada sama. Diorang tunggu kau kat sana. Kau dating eh? Kita selesaikan cara baik.
Shahir terkedu membaca kiriman SMS dari Maulana. Pelbagai persoalan timbul di benaknya. Adakah dia bersedia untuk berdepan dengan semua ini? Mampukah dia menjelaskannya pada mereka? Dan yang paling utama, dapatkah Adira memaafkannya dan menerimanya semula?
____________________________________________________________________________
Shahir menarik nafas dalam-dalam sebelum menjejakkan kakinya ke hadapan pintu rumah. Salam diberi.
“ Wa’alaikumussalam…” balas mama Adira.
Shahir pantas mengucup tangan mamanya. Mama Adira mengalirkan air mata sambil mengusap kepala Shahir penuh kasih. Dia yakin Shahir tidaklah seburuk yang digembar-gemburkan dalam berita. Shahir dibawa masuk.
“ Mak, abah…” Shahir menegur kedua ibu bapanya.
Puan Mahanum sedang mengesat air mata. Ayahnya pula sedang merenung tajam ke arahnya. Adira…?
“ Mana Dira ma?” Tanya Shahir.
“ Ada kat dalam bilik tu. Tengah rehat agaknya.” Jawab mamanya lembut.
“ Hah! Ingatkan kamu dah lupa yang kamu tu dah beristeri. Ingat pulak ye? Masa kamu buat perkara tu, tak sedar pulak yang kamu tu dah ada anak bini.” Jerkah abahnya.
“ Abah, Shahir tak buat semua benda tu. Ni semua salah faham. Tolong la percayakan Shahir.” Ujar Shahir separuh merayu.
“ Kamu ingat senang kami semua nak percaya? Hati abah, mak dengan mama kamu ni terluka Shahir. Inikan pula Adira. Sebab kamu la dia keguguran.” Marah abahnya.
Shahir kehilangan kata-kata. Ya, dia memang tak bersalah dalam hal khalwatnya dengan Rozita. Tapi memng dialah penybab Adira keguguran. Dia dah membunuh zuriatnya sendiri. Betapa kejinya dirinya.
Adira yang mendengar kekecohan yang berlaku di ruang tamu, menapak keluar dari bilik dengan berhati-hati.
Shahir yang melihat Adira kesusahan, segera ingin memimpinnya untuk duduk. Namun, tangannya ditepis kasar oleh Adira yang seolah-olah jijik dengan sentuhannya.
Shahir menelan liur.
“ Sayang, tolong percaya pada abang. Abang tak bersalah dalam hal ni. Abang minta maaf kalau hal ni mengguris hati Dira. Abang minta maaf sebab buat Dira sakit. Abang betul-betul minta ampun sebab dah buat kita kehilangan baby kita.” Ujar Shahir sebak.
“ Kau ingat senang aku nak maafkan kau? Kau dah tampar aku. Kau dah tido dengan betina tu. Lepas tu kau bunuh baby aku!!! Senang kau cakap maaf, kan? Sampai mati pon aku takkan lupa semua perbuatan kau! Kenapa kau tak bunuh je aku sekali hah Shahir?!!!” balas Adira penuh emosi dengan suara yang sungguh nyaring. Belum pernah lagi dia meninggikan suara sampai tahap itu pada sesiapa pun.
“ Yayang! Tak baik ber’aku’ ‘kau’ dengan suami. Cuba bawa bertenang. Kamu tu bukannya sihat lagi. Cuba dengar dulu penjelasan Shahir.” Tegur mamanya.
“ Mama still nak suruh Dira dengar cakap dia ni? Fine! Dira dengar. Tapi, whatever he says, jangan harap Dira akan maafkan dia. HUH!”
“ Dira… abang mengaku abang silap. Dira boleh hukum abang. Abang akan buat apa saja asalkan Dira maafkan abang.” Rayu Shahir.
“ Kau diam!!! Aku tanak dengar apa-apa lagi daripada mulut kau. Dari awal kita nikah, kau selalu buat aku makan hati. Aku tak pernah diiktiraf sebagai isteri kau, bahkan status aku sebagai isteri pon disorok. Aku terpaksa makan hati setiap kali ajak kau teman aku ke mana-mana. Konon takut rahsia terbongkar. Eh pegi mampus la dengan rahsia ni! Kau memang ego! Pentingkan diri! Aku dah tak tahan hidup dengan kau!” jerit Adira meluahkan apa yang terpendam di hatinya selama ini.
Semua yang ada terdiam. Memang kasar bahasa yang digunakan Adira, namun masing-masing tak sanngup untuk menegur. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Shahir memegang kepalanya yang pusing. Kata-kata Adira berlegar-legar di dalam mindanya. Masalah ini begitu membebankan dirinya. Dia cuba untuk menstabilkan diri. Namun pandangannya semakin berpinar-pinar sebelum dunianya menjadi gelap.
_____________________
Shahir tersedar sejam kemudian. Saat itu dia sudah terbaring di katil Adira.
“ Shahir dah sedar? Alhamdulillah… risau mama.” Ujar mama Adira. Walau apa jua yang berlaku, dia tetap sayang pada Shahir yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Begitu kuat perasaan sayang dan kasihnya pada yayang, begitu jugalah rasanya pada menantunya itu.
Shahir menghadiahkan senyuman hambar kepada mamanya. Dipandangnya pula wajah Adira yang masam-mencuka.
“ Kalau dah sedar tu, tak reti-reti lagi ke nak balik? Menyemak je kat sini.” Kata Adira bersahaja namun cukup sinis.
“ Yayang! Tak baik cakap macam tu. Shahir kan tak sihat ni.” Marah mamanya. Adira menjeling tajam, penuh kebencian. Hatinya tidak tercuit sikit pon dengan keadaan Shahir.
“ Tak pe la mama. Shahir rasa dah okay dah ni. Shahir balik dulu la ye.” Tuturnya lembut sambil bangun dari katil.
“ Eh makan la sikit dulu. Nanti pengsan balik, macam mana?” nasihat mamanya.
“ Tak! Tak pe… Shahir tak lapar pun. Nanti kalau lapar, Shahir makan.” Shahir melangkah keluar dengan lemah. Jiwanya meronta untuk dimaafkan.
Wanita yang terlalu dicintainya kini sangat benci padanya. Kata-kata Adira seperti sembilu yang menghiris sekeping hatinya. Shahir reda dan memaafkan kekasaran Adira. Dia tahu Adira terlalu marah padanya. Dia tidak mahu Allah memurkai Adira dek sikap kurang ajarnya pada Shahir sebentar tadi.
Ah, Ahmad Shahir Zawawi! Sungguh tulus hatimu mencintai Siti Adira Suhaimi ini. Seandainya wanita ini bias mengetahuinya….
__________________________
Shahir mengambil keputusan mahu berjumpa Rozita untuk berbincang. Masalah ini perlu diselesaikan segera.
“ Shahir, dah lama tunggu? Sorry I lambat.” Tegur Rozita.
“ No, it’s okay. Listen, I nak kita cepat-cepat settlekan benda ni. I tanak isu ni berlanjutan. Dan sekarang, jom kita bincang.” Shahir menuturkan ayatnya dengan lancar.
“ Shahir, I sebenarnya nak confess something. I actually cintakan you. Apa kata kita nikah? Habis cerita.” Rozita akhirnya meluahkan juga perasaan yang terbuku di hati.
Shahir pantas memintas.
“ No! tak boleh!”
Riak wajah Rozita berubah.
“ Why? You tak sukakan i?” Tanya Rozita polos.
Shahir menarik nafas dalam-dalam. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia berterus-terang dengan Rozita mengenai status yang dipegangnya.
“ Rozita, I bukannya tak suka or benci you. I senang berkawan dengan you. Tapi… that’s the limit! I tak boleh dan tak akan kahwin dengan you sebab…. Sebab… i.. dah ada isteri.” Lafaz Shahir.
“ What?” apa yang you cakap ni? You are married? With whom?” rozita tak mampu membendung rasa terperanjatnya tika itu.
“ The girl yang serang you the other day. She’s my wife, Adira.”
“ Woooo! You ni giler la Shahir. How come you boleh sorok your status as her husband depan orang ramai? It is UNFAIR!” Rozita mula membela Adira. Dia mampu membayangkan perasaan wanita itu.
“ I tahu… and I menyesal sangat. You kena bantu I untuk yakinkan semua orang yang kita tak bersalah. Will you?” pinta Shahir dengan sejuta pengharapan terpeta di wajahnya yang sedikit pucat.
“ Of course Shahir! I will. I tak nafikan yang I memang adore and love you so much. But at the same time, I pon tak sanggup nak lukakan hati kaum I sendiri. I faham perasaan Adira. I pon penah alami zaman berumah tangga before this.” Ungkap Rozita ikhlas. Sekuntum senyuman dihadiahkan pada Shahir.
“ Alhamdulillah… thanks for being understanding. You memang seorang teman dan wanita yang baik. I pasti, jodoh yang baik akan datang juga untuk you. I akan doakan itu.” Balas Shahir terharu.
“ Amin… I pon harap cam tu. So, kita still boleh berkawan kan? “ soal Rozita.
“ Ya. InsyaAllah, sampai bila-bila.” Balasnya.
“ Dan pasal kes khalwat kita tu, you jangan risau sangat. I akan upah lawyer untuk selesaikannya. Kalau you nak I cakap pada your wife pun I sanggup.” Tawarnya ikhlas.
“ Eh-eh! Tak payah. Kang tak pasal-pasal you kena penangan free dari dia.. Mood dia tak center lagi tu.” Shahir cuba untuk menghiburkan suasana.
Dia menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya Rozita sudah tahu hal sebenar dan boleh membantunya menyelesaikan kes khalwat mereka.
Namun, yang masih menjadi permasalahn adalah… Adira!
‘Sayang, bila agaknya sayang boleh maafkan abang?’ monolog Shahir.
0 ulasan:
Catat Ulasan