“ Abang… Dira mintak maaf. Dira tak tahu yang…”
“ Puas hati awak? Dah kenakan saya depan orang ramai. Eiy, rahsia kita hampir terbongkar tahu tak? Kenapa dengan awak ni?” amarah yang dipendam dihamburkan jua.
Merah padam wajah Shahir. Dadanya berombak kencang. Ikutkan hati, mahu saja ditamparnya Adira. Namun kesabaran yang dimilikinya membuatkan dia cuba untuk bertenang. Adira pula hanya menunduk cuma.
“ Saya tak kira. Kita balik Kl malam nih jugak. No more stupid vacation.” Ujar Shahir seraya mengemas pakaiannya.
“Tapi abang, kita baru aja sehari kat sini. Dira belum puas lagi nak…”
“ Siti Adira Suhaimi! Awak faham tak apa yang saya cakap? Saya kata balik, balik la!” Shahir meninggikan suaranya. Kesabarannya kosong.
Air mata Adira tumpah. Dia kesal dengan apa yang telah dia lakukan. Dia tahu dia salah. Tapi Shahir tak patut marah dengannya sebegitu rupa.
________________________________
Paper Berita Harian dicampakkan Shahir ke atas meja. Dia kesal dengan apa yang telah terjadi. Bagaimana harus berdepan dengan wartawan? Apa pula reaksi pihak pengurusannya setelah mereka tahu bahawa dia tidak sakit, tetapi sebenarnya pergi bercuti dengan seseorang? Dan apakah rahsianya bakal terbongkar?
Shahir pusing. Kepalanya seakan hendak meletup.
“ Abang, Dira dah siapkan makanan. Jom kita makan…” ujar Adira sambil memegang tangan suaminya.
Shahir merentap tangannya dengan kasar. Ekspressi wajahnya sungguh dingin. Shahir lantas mecapai kunci kereta Peugotnya lalu menderum laju ke rumah Maulana. Adira ditinggalkan terpinga-pinga dengan responnya sebentar tadi. Setitik mutiara jernih gugur di pipi gebu Adira.
‘Maafkan Dira bang…’ gumamnya sendiri.
_________________________________
“Shahir, apa dah jadi ni? Kenapa sampai masuk paper bagai, cuba kaucerita dekat aku.” Tanya Maulana perihatin.
Maulana dan isterinya Ain sungguh terkejut membaca berita tentang Shahir bercuti dengan seorang gadis yang mereka berdua tersangat kenal iaitu Adira. Namun bukankah mereka berdua nikah sorok? Habis tu, kira macam err… KANTOI?
“Ni semua Adira punya kerja la ni. Dia ajak aku pergi bercuti. Aku kata aku sibuk, dia merajuk. Diboikotnya aku. Kau pun tahu kan jadual aku tu macam mana? Tapi disebabkan aku kesiankan dia, aku tipu management, kata aku tak sihat.” Terang Shahir satu persatu.
“Habis tu, yang sampai boleh masuk paper tu, apa kes pulak?” Tanya Ain tak sabar.
“Humm.. itulah masalahnya. Dah sampai sana, kawan baik kau tu pegi buat perangai. Konon-konon nak buat saspens la. Ade ke patot dia pegi buat-buat lemas kat tetengah pantai tu. Gile aku tak cuak. Bila aku selamatkan dia, orang ramai dah pon berkerumun. Yang aku gile punya bengang tu sebab Adira bukannya lemas betul-betul, tapi saja nak main-mainkan aku. Huh! Kalau ikutkan hati, memang ringan aje tangan aku nih nak naik ke muka dia, Mau! “ luah Shahir. Dia benar-benar tertekan dengan situasi sekarang.
“Shahir, tak payah la sampai nak naik kaki, tangan segala. Dia tukan isteri kau. Engkau kena ingat tu. Hati dia kau kena jaga.” Nasihat Maulana.
“Oooo… hati dia je orang kena jaga. Hati aku? Perasaan aku? Eh dia tak fikir ke hah yang tindakan dia tu boleh hancurkan segalanya?” balas Shahir. Marah benar pemuda itu.
Ain pula hanya mampu menjadi pendengar setia. Sebelah sini kawan, sebelah sana pon kawan jugak. Lebih baik dia berkecuali. Dia tidak mahu memihak kepada sesiapa demi mahu menjaga hati semua.
“Kau kena ingat Shahir, isteri kau tu hanyalah manusia biasa. Adira tu seorang gadis yang baru berusia 20 tahun, Shahir. Dia masih muda lagi. Kau tak boleh terlalu salahkan dia dalam hal ni. Dia masih remaja, still mentah. Kematangan dia tak sama dengan kau yang umo 23 tahun ni. Kau faham?” ujar Maulana lagi. Dia berharap Shahir akan mendengar nasihatnya.
“Betul tu Shahir. Adira mungkin tak sengaja. Dia tak cukup matang lagi untuk bezakan baik buruk perbuatannya. Kau tak boleh terus hukum dia. Itu tak adil. Kau kena bimbing dia. Baliklah Shahir. Mesti adira tengah tertunggu-tunggu kau sekarang ni.” Pujuk Ain pula.
Nada dering Kebahagiaan Dalam Perpisahan berkumandang. Wajah Shahir berubah riak.
Shahir hanya mampu menelan segala amarah yang diahmburkan kepadanya oleh pihak pengurusan.
“Saya minta maaf Encik Norman. Saya janji akan cuba tampil dan beri penjelasan pada media pasal isu ni. Tolong beri saya dalam tempoh 2 hingga 3 hari lagi boleh? Saya nak perkara ni reda dulu.” Setelah lebih 20 minit, panggilan diputuskan.
“Sabar la Shahir.” Ujar Mau sambil menepuk bahu sahabat karibnya itu.
0 ulasan:
Catat Ulasan