Adira cuba merapati Shahir yang sedang melayan perasaan di beranda banglo. Dia menarik nafas dalam-dalam.
“Abang, Dira dah masak. Mari la kita makan.” Ujarnya lembut.
“Tak pelah. Abang tak lapar.” Balas Shahir. Matanya masih lagi ditebarkan ke arah pemandangan malam di kota raya Kuala Lumpur.
“Ooo… yeke? Tapi Dira dah masakkan makanan kegemaran abang tau malam ni. Abang rasa la sikit. Kalau tak lapar, jamah sikit pun tak pe.” Pujuk Adira lagi.
“ Abang tak de selera la nak makan. Kalau Dira rasa lapar, pergi la makan tak payah ajak abang.”tolak Shahir lagi.
“Ok, kalau macam tu, abang tak payah makan. Tapi abang just temankan Dira makan, boleh?” Adira tetap tidak berputus asa. Mungkin sedikit sebanyak sikap penyabar Shahir telah meresap masuk ke dalam dirinya juga.
“Abang penat la. Abang nak tidur.” Shahir lantas berjalan menuju ke kamar tidur mereka.
Adira mengeluh panjang. Selera makannya turut mati walaupun dia tidak menjamah apa-apa makanan sejak dari semalam.
_______________________________
Adira panjat ke atas katil mereka. Dilihatnya Shahir yang tidur membelakanginya. Adira merenung sayu. Diselimutkan tubuh Shahir. Dicapainya tangan Shahir yang difikirkannya tidur, lalu dikucupkanya tangan itu dengan penuh kasih.
Adira kemudian membisikkan kata-kata maaf kepada Shahir.
“ Abang Dira betul-betul minta maaf. Dira kesal. Abang, maafkanlah Dira. Dira rindu nak dengar abang panggil Dira yayang. Dira rindu nak tengok abang senyum. Setitik air mata Adira jatuh ke atas pipi Shahir.
Shahir menahan perasaan. Hatinya turut sayu mendengar pengakuan Adira. Namun, egonya pula mengahalang.
________________________________
Shahir baru sahaja selesai menunaikan solat Subuh. Dia mengaminkan doa dan membaca al-Quran. Sesudah selesai, matanya melirik pula ke arah Adira yang masih lena. Shahir memanggil nama Adira beberapa kali namun dia masih tidak terjaga. Shahir menggoncangkan pula bahu isterinya itu. Namun, tetap tiada tindak balas.
Shahir memandang resah ke arah wajah Adira yang pucat. Tapak tangannya diletakkan dia atas dahi Adira. Panas!
Adira memang demam. Shahir mengambil air untuk mendemah isterinya. Adira merengkok kesejukan. Bibirnya bergerak-gerak seperti meracau.
“Maafkan Dira bang, ampunkan Dira…” Shahir dapat menangkap dengan jelas apa yang diperkatakan oleh Adira. Spontan bibirnya singgah di dahi wanita itu.
“Hello, Mau. Kau kena datang rumah aku. Adira tak sihat. Tolong aku Mau.” Ucap Shahir sebelum mematikan telefon bimbitnya.
_______________________________
“Adira Cuma demam biasa ja. Kau pastikan dia makan ubat yang aku kasi ni. insyaAllah, sihat la dia.”
“Thanks Mau! Tak sia-sia aku ada kawan doctor. Hehehe. Bangganya aku. Ni, kira tak payah bayar untuk service la ye. Kita kan member.” Usik Shahir.
“ Humm! Memang banyak la kau punya member. Kau tu untung la. Cuba kalau aku ada 10 orang kawan cam gini, take bankrupt klinik aku?” balas Maulana. Dia turut gembira melihat Shahir yang kembali ceria.
_________________________________
Shahir telah memasak bubur ayam untuk Adira. Perlahan-lahan kakinya mengatur langkah ke kamar tidur utama. Pintu bilik dikuak. Adira dilihatnya masih memejamkan mata. Shahir meraba dahi Adira. Masih panas, namun sudah kurang dari pagi tadi. Perlahan-lahan Adira dikejutnya.
“Sayang… bangun sayang. Abang dah buat bubur ni. Makan sikit ye.”
“ Huh? Abang, kepala Dira sakit.” Adu Adira manja.
“Abang tahu. Dira demam ni. Bangun makan bubur dulu. Lepas tu, makan ubat ye.” Pujuk Shahir lalu membantu Adira duduk.
“Biar abang suap Dira eh? “ Belum sempat Shahir mencapai sudu di atas dulang, tangannya terlebih dahulu dicapai Adira.
“Abang, maafkan Dira. Dira janji tak buat benda-benda macam tu lagi. Dira menyesal sangat, maafkan Dira ya.” Ujar Adira bersama tangisan sambil mengucup tangan Shahir.
Shahir membelai rambut Adira. Dia sudah lama memaafkan isterinya itu.
“Sudah la tu abang dah lama maafkan Dira. Abang tahu abang tak patut salahkan sayang sepenuhnya. Abang lupa pulak yang isteri abang n i pon, boleh tahan nakalnya. Abang minta maaf ok?”
Adira mengangguk sambil matanya memandang tepat ke arah Shahir.
“Kenapa pandang abang macam tu?” Tanya Shahir.
“Dira rindu!” ucapnya manja.
“Rindu? Malam ni kita lepaskan rindu ye.” Usik Shahir nakal.
Adira tersenyum malu lantas mencium pipi Shahir. Serasa hilang sudah sakit di kepalanya. Shahir senyum bahagia melayan keletah Adira yang manja.
0 ulasan:
Catat Ulasan