“Shahir, boleh awak jelaskan perkara sebenar mengenai isu ini? “ Tanya seorang wartawan.
“Saya akui memang saya pergi bercuti, tapi bukan berdua. Hanya saya seorang sahaja.” Ujar Shahir tenang.
“ Habis tu, siapa pula gadis yang dilihat bersama Shahir? Nak-nak pula Shahir juga yang telah menyelamatkannya dari lemas dan hamper melakukan CPR kepadanya. Bukankah itu menunjukkan bahawa anda mengenalinya?” asak wartawan itu lagi.
“Saya bertemu dengan gadis itu secara kebetulan sahaja. Sewaktu itu dia sudah hampir lemas dan tiada sesiapa yang cuba untuk membantu. Saya kira itu sudah menjadi tanggungjawab saya untuk membantu sesama manusia.” Shahir membalas.
“ Maksudnya Shahir memang tidak pernah kenal dengan gadis itu?”
“ Tidak, kami memang tidak pernah kenal, jauh sekali untuk mempunyai sebarang hubungan istimewa.”
“ Adakah Shahir ingin katakan bahawa Shahir ni sebenarnya masih lagi solo atau macam mana?” tiba-tiba soalan berbaur peribadi turut ditanya.
Shahir tersenyum penuh makna. Wajah Adira terbayang di mata.
“Saya masih lagi solo. Dalam erti kata lain single and available. Hehehe “ gurau Shahir.
Setelah lebih satu jam setengah melakukan press conference, Shahir akhirnya mampu menarik nafas lega kerana hal ini telah dapat diselesaikan tanpa memecahkan rahsianya.
___________________________________
“Shahir, kita akan buat video klip untuk single terbaru awak. Lokasinya adalah di Tanah Tinggi Bukit Fraser.”
“Err… Bila kita kena pergi tu? Berapa lama erk?” Tanya Shahir.
“Kita akan bertolak lusa for 3 days, ok?”
Shahir tergamam. Teringat janjinya untuk membawa Adira pulang ke kampung. Nampaknya hasrat Adira untuk pulang bersama Shahir terpaksa dilupakan.
“ Huh…” satu keluhan berat diluahkan Shahir.
___________________________________________________________
“ Sayang, abang ada benda sikit nak cakap nih.” Ujar Shahir perlahan.
“ Ada apa bang?” Tanya Adira sambil memberi isyarat agar Shahir baring dia atas ribanya.
“ Apa yang abang nak cakap tadi?” Tanya Adira sekali lagi sambil mengelus-elus rambut Shahir yang lembut dia atas pangkuannya itu.
Dia memang suka berbuat begitu. Satu lagi tabiat manja Adira adalah dia suka mencium pipi Shahir.
“Kita mungkin tak jadi balik kampung hujung minggu ni.” Ujar Shahir berhati-hati. Spontan Adira berhenti bermain dengan rambutnya.
“ Tapi kenapa pulak? Kan abang dah janji denagn Dira. Dira dah pon bagitahu mama kita nak balik lusa. Apa ni bang? Mesti mama sedih nanti.” Marah Adira sambil memuncungkan bibir mungilnya itu.
“ Abang tahu. Abang minta maaf sangat, tapi urusan ni mendadak. Abang pon baru tau hari ni je.” Terang Shahir.
“ Tak boleh ke abang postpone dulu? Kita balik kampung kejap pon jadi la. Dira rinduu sangat dengan mama..” pujuk Adira.
“ Kita balik lain kali ok? Mungkin lepas habis urusan tu, abang ambil sayang dekat KL, pastu kita balik, boleh?” cadang Shahir.
“ Ambil Dira? Maksudnya, abang tanak bawa Dira pegi dengan abang ke? “ soal Adira lagi. Hatinya terusik. Sampai hati Shahir.
“ Eh, tak! Bukan abang tanak bawa Dira. Abang kalau boleh, sikit pon tanak jauh dari sayang. Tapi macam mana pula nanti? Mesti krew production akan pelik bila diorang tengok kita duduk sebilik. Diorang kan belum tahu yang kita ni dah nikah.” Balas Shahir lembut.
Mata Adira yang berkaca-kaca ditatapnya dengan penuh kasih.
“ Adira… Dira sayang abang kan? Abang laaagi sayang Dira tau. Untuk kali ni, abang minta sangat. Tolong faham kerja abang please? Boleh sayang?” Adira diam membisu. Fikirannya masih lagi bercelaru.
Terus dia mengambil selimut lalu menyelubungkan dirinya. Shahir hanya mampu melihat perlakuan Adira. Suami mana yang sampai hati melihat isteri bersedih. Namun untuk memujuk, dia sudah ketandusan kata-kata. Akhirnya, Adira dibiarkan melayan perasaan.
________________________________________________
“ Adira! Sayang, umm abang dah nak pegi dah ni. Sayang tanak temankan abang ke depan? “ Tanya Shahir lembut.
Adira pula hanya berbaring malas di atas katil empuk mereka. Setelah dilihat tiada respon dari Adira, Shahir melangkah keluar. Setapak, dua tapak, tiga, empat…
“Abang!!!” jerit Adira. Shahir tersenyum. Memang begitulah Adira. Selepas empat tapak yang dia ambil, barulah Adira akan memanggil namanya.
Adira berlari dan terus memeluk kejap tubuh Shahir.
“Sayang, take care ok? Nanti lepas semuanya dah selesai, abang terus balik dan bawa sayang balik rumah mak ye… Eh mama. Tersasul pulak.” Usik Shahir.
Adira masih memeluknya. Seperti enggan dilepaskan.
“Sayang dah la tu. Sayang peluk abang macam ni, abang dah rasa lain macam pulak. Kang tak pasal-pasal abang…”
“Eiy! Otak kuning betullah abang nih.” Spontan Adira meleraikan pelukannya. Dia bersalaman dengan Shahir. Dahinya dikucup Shahir penuh kasih.
Saat Shahir baru hendak melangkah masuk ke dalam kereta…..
“ Eh abang! Abang tertinggal something la.” Kata Adira.
“ Apa benda sayang?” Tanya Shahir seraya mendekati isterinya.
“Abang tertinggal ni.” Spontan Adira menjinjatkan kakinya lalu mengucup pipi Shahir seperti kebiasaan yang dilakukannya.
Adira kemudian tersenyum malu…
0 ulasan:
Catat Ulasan