“ Hai, boring pulak rasanya bila abang tak de. Tak leh nak manja-manja, tak leh nak merajuk. Haih…” Adira mengomel seorang diri.
Sudah sejam dia bermalasan di ruang tamu, mengharapkan ada siaran tv yang dapat menghiburkan hatinya, namun hampa. Adira akhirnya mengambil keputsan untuk mengajak Ain keluar.
“Hello Darl! Aku ni. Ain, aku bosan la terperap je kat rumah. Jom kita keluar gi shopping nak? Dah lama kan kita tak spend time sesama. Jom la…” pujuk Adira.
Aind di hujung talian tertawa.
“Ooo.. bila cik abang kau tak de, baru kau pandai cari aku yer. Hampeh betul. Yelah kita keluar. Nak jumpa kat mana ni?”
“ Eh Ain. Kau merajuk ke? Ala bukan selalu aku nak bermanja dengan kau. Time-time cam gini jela. Erm.. cik abang kau tu, kasi kau keluar tak?”
“ Haha. Manja la kunun. Mau ok je.”
“Eh Ain… aku teringin la nak main dekat Cosmo Berjaya Time Square.jom pegi sana nak? “ Adira menyatakan keinginannya.
“Maksud kau, taman tema Cosmo tu? Eh, apa kes pulak ni. Kata nak ajak aku shopping, tu macam tempat bebudak je. Humm… pape je la cik Yayang Adira. Nanti kita jumpa kat sana ok?”
“ Yeay! Aku kan still muda belia lagi. Aku pernah ajak Shahir pegi sana, tapi dia tak kasi.” Adu Adira manja.
“ Ye ye, aku ikut kau. Bye!”
______________________________
“ Mak ai Cik Adira. Melaram tak hengat. Oi! Kalau Shahir tengok la kau pakai cam gini, mesti dia sound baik punya.” Tegur Ain sejurus dia melihat penampilan Adira yang memakai baju baby tee tanpa lengan dengan seluar steng (separa lutut).
“Elele.. pepandai je. Mana ada. Abang Shahir kesayangan aku sporting la.” Ujar Adira sambil tersengih lebar.
Dalam hati, memang masak la kalau Shahir nampak dia pakai macam ni. Mahunya dua tiga hari kena ceramah. Tu tak termasuk lagi sesi tazkirah dengan ayat-ayat powernya itu. Tapi… sendiri pakai, sendiri simpan la. Hehehe.
Mereka menghabiskan masa di sana selama lebih 2 jam. Adira dan Ain telah mencuba pelbagai jenis permainan sehinggalah Adira pening dan terasa ingin muntah.
“Cik, cik taka pa-apa ke? “ Tanya Hafiz kepada Adira yang dilihatnya terhoyong-hayang berjalan.
“Tak, saya ok. Cuma pening je. Err, toilet kat mana ye? “ Tanya Adira selamba. Dia mati-mati ingat pemuda itu bekerja di situ.
“ Err. Toilet? Tak pasti la pula.” Jawab Hafiz serba salah.
“Eh, awak kan kerja dekat sini. Takkan tak tahu kot toilet dekat mana?” celah Adira. Loyanya dah tahap maksimum.
“Err… maaflah, saya bukan pekerja dekat sini.” Balas Hafiz, masih lagi menggunakan nada yang lembut.
“Dira!!! Aku dah jumpa toilet kat mana. Meh aku bawak kau.” Laung Ain. Dia terus menarik Adira dan membawanya pergi.
Pemuda yang bernama Hafiz itu hanya tersenyum cuma.
“ Bwekk! Bwekk.. “ Adira memuntahkan segala isi perutnya. Kepalanya berpusing-pusing. Tekaknya loya.
“Hah! Tu la kau. Main mengalahkan budak kecik. Macam dah tak hengat dunia. Tengok sekarang, siapa yang susah?” bebel Ain.
“ Kau ni jangan la marah aku. Dizzy Izzy memang memeningkan tau tak! Mana aku tahu nak jadi macam ni. Bwekk!”
“Banyak la kau punya tak tahu, tak sangka. Ni semua mesti sebab Shahir tak izinkan dan tak restu kau dating kat tempat-tempat cam gini. Tulaaa… orang kalau nak pegi memana, mintak la izin suami dulu. Ni tak, main aci lepas je.” Marah Ain lagi. Walaupun membebel mengalahkan mak nenek, dia turut simpati melihat keadaan Adira.
________________________________
“Kau betul ke ok ni?” Tanya Ain setelah menghantarAdira pulang
“Ok. Kau tak yah la risau. Pegi balik. Nanti Mau bising pulak.”kata Adira lemah.
“Ye la-ye la. Kau tu jaga diri. Kalau ada apa-apa, call aku. Ingat tu?” pesan Ain prihatin sebelum memandu pulang ke rumahnya.
__________________________________
Sehingga malam kepala Adira masih lagi pening. Dia hanya mampu terbaring. Tiba-tiba lagu Ku Ada Kamu bordering.
“Hello.” Jawab Adira lemah. Matanya hampir tertutup.
“ Assalamualaikum sayang! Dira, kenapa suara serak tu? Sayang tak sihat ke?” Tanya Shahir risau.
Adira yang tadinya lali, serta-merta menjadi segar pabila mendengar suara Shahir, cinta hatinya itu.
“Eh, tak la. Dira ngantuk je. Dah tertidur. Tu yang suara serak tu.” Ujarnya cuba untuk mengelak.
“Ye ke? Abang dengar ada orang tu kan, dia pegi Cosmo tau. Sikit pon tak minta izin suami dia dulu. Pastu main kat sana pulak, sampai muntah-muntah. Haih.. terukkan?” peril Shahir.
“Abang peril Dira erk? Sampai hati abang tau. Dah la tinggal Dira sorang-sorang kat sini, lepas tu main sindir-sindir orang pulak.” Rajuknya.
“Alalala… Yayang abang merajuk ke? Tak ade lah. Mana ada peril. Abang cakap benda yang betul je, kan?” duga Shahir.
“A’ah. Dira mengaku keluar ngan Ain tak cakap dengan abang. Lepas tu, pegi sana pakai baju dengan seluar steng yang for sure abang akan bisisng kalau abang tengok. Dira memang sengaja, puas hati?” tanpa sedar, Adira mengakui hal itu. Dia jadi sebak sendiri.
“Erk? Kenapa dengan Dira ni? Abang tak marah la sayang. Abang faham Dira bosan, kan? Ok-ok, macam ni. Esok, kalau Dira nak pegi memana pon, abang izinkan. Dah la tu, tak mau sedih-sedih.” Pujuk Shahir lembut.
Hati Adira tersentuh. Menyesal pula kerana cuba untuk berdalih tadi.
“ Abang… D Di Dira rindu abang!” ucap Adira sebak. Dia berusaha mengawal dirinya daripada menangis.
Entah kenapa dia menjadi terlalu emo dan sensitif malam ini. Mungkin kerana kurang sihat. Kebiasaanya kalau dia sakit, Shahirlah yang akan menjaga dan memanjakannya. Betapa lemah dirinya tika ini tanpa suaminya di sisi.
“Erk? Iye ke? Abang pon rinnndu sangat dengan sayang. Apa yang sayang rindu dengan abang?” Tanya Shahir nakal.
“Semua la… Dira rindu nak tengok mata coklat abang yang buruk tu. Rambut abang yang serabut tu. Lagi… aaa.. rindu nak tengok abang tido sampai ambil space orang.” Jawab adira selamba.
“Mata abang buruk? Rambut abang serabut? Abang tidur sampai ambil space Dira? Ye la –ye lasemua yang buruk-buruk tu, memang abang la kan. Abang pon rindu nak tengok hidung sayang yang penyek tu, dengar sayang dengkur time tido. Abang rindu gilerrr!”usik Shahir.
“Bila masa Dira tido dengkur? Eh, tolong sikit eh! Lagi satu, hidung penyek Dira ni bukan sama je ke dengan hidung abang yang tak berapa nak mancung tu, kan?” Adira tertawa manja. Shahir turut ikut tergelak.
“Ok sayang. Pegi tido ye. Jangan lupa solat Isyak. Take care. I love you.” Pesan Shahir.
“Ye. Night abang. I love you too. Mmmmuahh!” balas Adira sebelum memutuskan talian.
Adira senyum bahagia. Dia bersyukur punya Shahir dalam hidupnya. Adira bertekad untuk pertahankan cintanya dan Shahir walau apa jua yang berlaku.
0 ulasan:
Catat Ulasan