“Ain! Kau dekat mana ni? Dah dekat sejam aku tunggu. Batang hidung pun tak Nampak.cepat la. Aku dah lapar tahap kronik ni.”
“Ala… sabar la. Jalan jammed ni.kau order la makanan dulu. Jap lagi aku sampai la. Promise!”
Adira menatang dulang yang berisi makanan itu dengan penuh hati-hati. Tiba-tiba, seorang pemuda merempuhnya dari belakang menyebabkan makanan dan minuman yang ditatangnya tumpah ke atas t-shirt putihnya.
“Alamak cik! Maafkan saya. Saya tak sengaja langgar cik.” Ujar Hafiz bersungguh-sungguh.
“Lain kali, time jalan tu, pandang la ke depan, bukannya melilau merata. Kan dah kotor baju saya ni.” Marah Adira.
‘Dah la aku ni tengah lapar. Kang ada jugak yang kena telan hidup-hidup dengan aku.’ Bisik hatinya.
“Humm… macam ni cik. Saya pegi beli t-shirt baru untuk cik. Lagi 10 minit saya dating balik.” Tanpa sempat Adira menghalang, jejaka itu sudah membuka langkah menuju ke butik pakaian berhampiran.
10 minit kemudian, dia kembali semula bersama sebungkus beg plastic. Adira hanya mampu mengucapkan terima kasih pabila lelaki itu berkeras untuk menggantikan semula makanan yang telah tumpah sebentar tadi meskipun dihalang oleh Adira.
“Hualamak wei! Fesyen apa pulak baju kau kali ni? Kari sebelah, teh sebelah.” Kutuk Ain sambil ketawa besar.
“Erk ela.. dah le lambat. Nah! Kau pegang jap handbag aku ni, aku nak pegi salin baju kat ladies kejap.” Ujar Adira.
Diambilnya blous bewarna pink pemberian lelaki tadi. Kalau tak salah Adira, dia rasa pemuda itu adalah lelaki yang sama yang menegurnya di Cosmo semalam.
‘Ah! Gasaklah!’
______________________________
“Cuba kau cerita kat aku apa yang dah jadi tadi.”
Setelah Adira menerangkan segalanya, Ain tersenyum penuh makna.
“Haa! Yang kau tersengih macam kena sampuk hantu kak limah tu, apsal pulak? Aku rasa cerita aku ni genrenya tragis, bukannya komedi.
“Humm.. aku rasa mamat tu suka kau la. Cinta pandang pertama kot. Hehe .” usik Ain.
“Hisy Ain! Mulut kau ni tak de insurans betul. Kalau Shahir dengar, memang perang besar la aku nanti. Kau jangan memandai pulak nak ngadu apa-apa kat dia. Kang mampus aku.” Pesan Adira serius.
“Amboi…. Takut sangat laki dia merajuk.” Giat Ain.
“Humm.. dah serik dah Ain oi. Cukup la sekali dia merajuk dulu. Jenuh aku nak pujuk tau. Shahir tu memang penyabar tahap gaban. Tapi, sekali dia burst, kau mesti taubat nasuha punya.” Celotehnya.
“Haa.. tau pon kau. Eh, dah la tu, jomla kita makan. Perut aku dah siap buat muzik dangdut goyang Inul dah ni.”
_______________________________
Tepat jam 9.30 malam, Adira tiba di rumahnya. Dia menyanyi-nyanyi riang sambil berlari menaiki anak tangga. Tiba-tiba, lampu terpadam dan dia dirangkul seseorang dari belakang.
“Arghh! Tolong!” jerit Adira ketakutan. Tubuhnya menggigil.
Wajahnya pula dicium. Adira nekad mendebik rusuk kanan manusia itu.
“Aduh!” suara yang sungguh dikenalinya mengaduh sakit.
Shahir menekan semula suis lampu sambil terbongkok-bongkok menuju ke katil.
“Eh, abang! La.. kata balik esok, bila pulak abang sampai?” tanyanya lalu mengucup tangan suaminya.
“Dah lama dah. Amboi, shopping sakan nampak. Auch!” spontan Shahir terjerit kecil saat Adira menampar manja pada rusuk kanannya yang masih sengal.
“Opps! Sorry. Tu la.. usik orang lagi. Nasib baik Dira debik je. Kalau Dira baling pasu tadi, tak ke arwah jawabnya?”
“Amboi.. tak sayang suami ke apa? Sayang… abang lapar ni. Masak la.” Rengek Shahir manja sambil matanya terpejam kepenatan.
“Ya Allah! Abang tak makan lagi? Hum.. kejap ye Dira masak.”
“Cepat sikit tau sayang!” laung Shahir saat Adira mula menuruni tangga.
Lima minit kemudian, Adira memanggil suaminya turun.
“Gila cepat Dira masak.” Ujar Shahir teruja sambil menuruni anak tangga.
“ See the leg la!” balas Adira bangga.
“Dira masak special untuk abang. Abang makan eh.”
“Dira tak nak makan sekali?” Tanya Shahir hairan bila melihat Adira tergesa-gesa naik ke atas.
“Tak! Dira dah kenyang. Abang makan la. Dira nak salin baju jap.” Adira membalas bersama satu sengihan nakal yang sukar ditafsir.
Shahir bertambah hairan. Namun, dek kerana lapar, Shahir terus mengangkat tudung saji.
“ADIRA!!!” jerit Shahir setelah melihat sendiri masakan ‘istimewa’ Adira. Maggi kari yang masih berasap dijamahnya juga.
‘Humm… Adira memang nakal. Betul kata kau, Mau! Dia masih lagi gadis yang berusia 20 tahun.” Shahir tersenyum sendiri sambil menyambung makan mi maggi tersebut.
0 ulasan:
Catat Ulasan