CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tok Dan Opah

Tok Dan Opah

Assalammualaikum...

Selamat datang ke blog Shahir+Adira=Shahira.. Kami ingin berterima kasih kerana sudi melihat blog ini.. Kami admin mengalu-alukan semua agar sentiasa memasuki blog ini dan melepak di blog ini..Terima kasih buat Yunie Zahan kerana sudi berkongsi novel "September Musim Cinta"...Sebarang komen atau apa2 saja tulisla di Jom Chat...

Shahir dan Adira

Shahir dan Adira

-: B!LA C!NTA :-

-: B!LA C!NTA :-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

~WELCOME~

Bio Shahira

Bio Shahira

SHAHIRA

SHAHIRA
ADIRA & SHAHIR

Love Shahira

Birthday Shahir

Birthday Adira

-: ShahiraZONE :-

AKUJANJI SHAHIRATICS..ekekeke kalau x tepati bkn shahiratics sejati..

Sebab admin sayang sgt dgn Kg Shahiratics, Tok Ketua, Penolong Tok Ketua n penduduknya...so ada beberapa isu admin nk bangkitkan di sini. Tak semua org suka apa yg kite suka, so kene sentiasa berhemah sentiasa k.

Sebagai warga kampung Shahiratics yg sejati, anda diminta mematuhi arahan-arahan berikut;-

1. MEROYAN

- Sila royan dgn berhemah. Dilarang mengekspresikan perasaan diri yang keterlaluan sama ada gembira atau sedih atau dlm ertikata lain meroyan, merobuk di kampung/umah lain selain di kg shahiratics. (Cth kampung/umah lain; Shahir af8, Adira fan club, wall mak anum, wall kak nam etc...)

- Kene fikir jgk sensitiviti n perasaan org lain.

2. EDIT GAMBAR

- Org kg shahiratics mmg kreatif, tak dinafikan lg. Tapi, sebarang gambar2 yg diedit perlulah menepati piawai yang telah ditetapkan, atau admin akan delete.

i) tiada sebarang gambar2 edit yang keterlaluan (seperti berpelukan, badan lain muka lain; badan sheila majid, muka adira-tidak dibenarkan sama sekali)

-Kalo nk edit gambo org tu...pandai2 la mintak kebenaran ye...

3. TAG/MENEMPEK GAMBAR/VIDEO

- dilarang menampal atau men'tag' sebarang gambar shahira di wall pihak lain terutama wall umum sepetri wall mak anum dan wall kak nam tanpa kebenaran admin shahiratics (p/s: kami memahami keinginan anda untuk berkarya dan berkongsi kegembiraan tetapi tidak semua yang setuju dengan kegembiraan dan kekreatifan kita berkarya).

- Tag berpada2..kalau gmbar Shahira berdua tu tak perlulah tag d page Shahir Af8 cthnye...or pada keluarga mereka. Tag/tempek ikut kesesuaian lah ye. Jgn la kat wall mak anum tag gambar Adira lak cthnye.

4. KREDIT GAMBAR/VIDEO

- sebarang gambar/video yg diambil dari pihak ketiga, sila kreditkan nama pihak terbabit.

5. TETAMU TAK DIUNDANG

- apabila ada tetamu yang tidak diundang datang, sambut mereka dgn sennyuman, bentangkan kapet merah siap dgn bunga manggar or tarian naga ke skali walau kita tak tahu apa tujuan mereka.

- apa jua provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak lain jgn mudah melatah. Jika masih rasa marah..tekan tanda =)

6. SPEKULASI

- dilarang membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita/keadaan sebenar walaupun di dalam hati kita punya taman bunga sebesar alam.

- dilarang 'copy & paste' atau'print screen' apa2 jua perbualan dari pihak lain tanpa mengetahui apa yang diperkatakan..

- nk CSI pun, jgn la terang-terangan sgt...coverline skit k

7. KUTUKAN/PROVOKASI/PERGADUHAN

- Jangan cpt melatah...kite relax je org nk kata apa. Ingat moto KG. CHILL & IGNORE =)

- Dilarang wujudkan sebarang pergaduhan di Kg. Jika ada..pandai2 lah sejukkan/tenangkan keadaan ye. kalau ada org baru yg masih tak faham konsep di kg kite...sila2 lah tunjuk ajar ye.

- tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan/perbalahan/ atau apa2 yang menyebabkan perasaan tidak senang kpd sesiapa jua yg membaca. sebelum berkata atau menulis apa2..fikirkan perasaan org yg membaca dgn meletakkan diri sendiri di tempat org yg diperkatakan..

8. KERAHSIAAN/ISU SENSITIF

- isu2 sensitif dan rahsia kg.. jika ada perkara2 yg terpaksa diperap dalam peti besi yg dirahsiakan lokasinya bukan la bermakna admin xnak kongsikan ngan org kg terchenta nie tapi itu adalah untuk tujuan keselamatan dan keamanan kg tercinta nie n menjaga keselamatan pihak2 yg berkenaan.. org2 kg yg sejati mesti faham kan? Tapi kami cuba sedaya upaya berikan sajian menarik utk semua ..

9. NAMA SHAHIRATICS

- Sapa2 yg pakai nama fb ada shahiratics tu...pandai2 la behave ye, lg2 kat umah/kg org lain...korng bawak nama shahiratics, so kalo buat apa2 ramai yg melihat...lg2 kalo wat salah. jgn nnti hnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga...k =)

**Admin cuba buat yg terbaik utk semua..utk Kampung Shahiratics, org2 kg n tak lupa juge buat SHAHIRA kesayangan kite. Harap semua leh beri kerjasama ye... Ni semua utk kesejahteraan kg.. =)

SAYANG SHAHIR+ADIRA=SHAHIRA

SAYANG KG SHAHIRATICS

SAYANG WARGA SHAHIRATICS SEMUA

CHILL & IGNORE

ANYTIME ANYWHERE

September Musim Cinta

September Musim Cinta

Rabu, 29 Disember 2010

Shahir Tertekan Hadapi Simptom Penyakit Kanser



Semalam kami paparkan video Shahir meminta maaf di atas kehilangannya selama hampir sebulan, serta menangkis beberapa cerita yang mencalar imej’nya. Video berdurasi 3:39 minit itu ada menyebut bahawa dia menghilangkan diri di atas sebab-sebab kesihatan. Tiada pula cerita lanjut mengenai kesihatan’nya, sampai kami pula berfikir yang bukan-bukan. Cis!

Nah, sudah terjawab akhirnya apabila Shahir memaklumkan bahawa dia menghidapi simptom penyakit kanser selepas menjalani pemeriksaan perubatan. Hasil temubual Shahir dengan Berita Harian, doktor mengesahkan dia mempunyai tanda-tanda penyakit kronik, lagi pun sebelum ini dia pernah dimasukkan ke dalam wad.

Sejurus selepas dimaklumkan dengan berita buruk, Shahir hanya terbayangkan kematian dan tidak tahu nak buat apa-apa. Disebabkan itu, Shahir lebih selesa mendiamkan diri kerana jiwa amat tertekan memikirkan penyakitnya.

Shahir juga risau andai kata bapanya yang menghidapi penyakit darah tinggi mengetahui penyakit kansernya. Menurut Shahir, “Lebih merisaukan bagaimana jika keluarga saya mendapat tahu perkara ini, terutama bapa saya. Sudahlah dia ada darah tinggi. Bimbang juga jika berita buruk ini membuatkan penyakitnya bertambah teruk. Jadi disebabkan tidak mahu perkara ini kecoh, saya fikir lebih baik saya mendiamkan diri saja dan mencari jalan untuk mengubat penyakit ini.”

Kami doakan kesihatan Shahir sentiasa tiptop, moga dia dapat mencegah penyakit kansernya daripada merebak. Amin..

************************************************************************************

Betapa mulianya hati seorg pemuda atau seorg anak yg bimbang akan kesihatan ayahnya lebih daripada dirinya..Shahir sanggup berdiam diri agar penyakitnya tdk diketahui oleh keluarganya..Semasa Shahir bertarung dgn sakit dan kegelisahan hatinya,orang ramai buat apa? peminatnya sedang melakukan apa? para2 wartawan mengeluarkan apa? semua peminat,org ramai dan wartawan hanya mengata,mengutuk,mengeluarkan berita yg tdk elok dan mcm2 lg..Mesti Shahir lg tertekan apabila berita sebegini keluar..dia sedang bertarung dgn penyakitnya dan memerlukan sokongan,tp apa yg kita lakukan,kita mengata dia dan mengutuk dia..Kata peminat,mana dia segala sokongan yg dulu kita beri ketika dia dlm kesusahan..maa dia kata2 semangat yg dulu kita beri ketika dia dilanda musibah..Korang rindukan saat Shahir membuat lawak,sgt Shahir bahagia,ketawa dan saat dia melayan peminat..Kalau rindu,marilah kita doakan agar Shahir akan kembali sihat dan berilah sokongan Shahir kerana dia amat memerlukan sokongan ketika ini..Hanya dgn doa dan semangat dari anda dpt memulihkan Shahir drpd sakitnya kerana dgn sokongan anda Shahir akan lebih bersemangat..

Ahad, 26 Disember 2010

Khas Untuk Semua Peminat Shahir. Luahan rasa dan kenyataan Shahir.

Shahir akan membuat persembahan di AJL nnti..tunggu ya 9/1/2011




doakan agar Shahir sentiasa tenang menghadapi dugaan dan agar penyakit yg dialaminya sembuh..dan semoga SHAHIR sentiasa medapat KEBAHAGIAN ttp bkn DALAM PERPISAHAN..

Isnin, 13 Disember 2010

-: Novel2 SHAHIRA :-

Sekarang byk novel berkisahkan Shahir dan Adira..semua novelnya best2..Antara novel Shahira ialah 'SEPTEMBER MUSIM CINTA (SMC)','DIA TIDAK KECIL LAGI (DTKL)','ANTARA CINTA DAN SAHABAT (ACDS)','CINTA DI ASMARA BIRU (CDAB)','DALAM DIAM ADA CINTA (DDAC)','GERIMIS CINTA (GC)','DALAM BENCI ADA RINDU (DBAR)' dan 'APAKAH,INI CINTA? (AIC)..

Penulis novel tersebut adalah:

DTKL-ETIESHA ABD RAIS (KC)
SMC-YUNIE ZAHAN
ACDS-NURUL HUSNA MD NAFIAH
GC-NURUL HUSNA MD NAFIAH
DDAC-NOOR AZYMAH
CDAB-AFZA SHAFINAZ
AIC-WAN NURHADI
DBAR-SHYDA

DTKL BLEH BACA DI http://shahirafc.blogspot.com/
SMC BLEH BACA DI SINI
AIC BLEH BACA DI http://www.abez-cool-guyz.blogspot.com/
DBAR BLEH DI BACA DI http://hepybearstory.blogspot.com/
ACDS,DDAC,CDAB,GC BLEH BACA DI FB MILIK PENULIS...

SELAMAT MEMBACA YA SEMUA...

Selasa, 7 Disember 2010

SEPTEMBER MUSIM CINTA-BAB 25

“Sampai hati U…..sekarang baru U datang jumpa I…”Kata Siti sambil memeluk tubuh menghadap ke Laut China Selatan.Hatinya bertambah sakit bila bertemu Dafi,boleh pula lelaki itu pulang bertemunya sekarang.Walau sudah berkali-kali dipujuknya dulu.Tapi mengapa sekarang baru dia datang untuk cuba mengeruhkan keadaan.Segalanya sudah terlambat,Siti tahu itu,Dafi pun.Siti merasakan sudah tidak perlu untuk bertemu,tapi apakan daya...Dia juga rindu pada lelaki itu,cuma dia merasakan Dafi tidak bersungguh-sungguh terhadap perhubungan mereka.Bagaikan cuak menatap wajah lelaki itu.Namun rindu yang menggunung masih menebal menyaluti hati.Rasa seperti mahu memeluknya.Tapi rajuk dihati menguasai diri. Pun begitu terfikir juga olehnya saat ini mahu saja dia lari bersama Dafi.Jauh meninggalkan segala-galanya.Namun dia cepat sedar ibu dan Ahmad memerlukannya saat ini.Dia masih dalam dilemma.Masih mencari diri dalam terang mentari petang itu.

Bukan begitu sebenarnya niat Dafi.Bukan dia tidak sayang pada Siti.Tapi dia juga ada alasan tersendiri.Dia tidak mahu terlalu meletakkan harapan yang tinggi pada hubungan mereka,sebenarnya dia masih ada sangsi dengan hubungan itu.Terkadang dirasakan dia hanya seperti sandaran pada Siti.Namun dia bertahan kerana terlalu cinta.Berkali-kali dipujuk tinggal bersamanya disana selepas bernikah,Siti juga menolak.Dafi tahu Siti terlalu sayangkan keluarganya.Tapi alasan Siti sangat tidak munasabah baginya.Namun setelah diberitahu Siti tentang pinangan Ahmad dan ibunya dimasukkan ke hospital selepas bertengkar dengan Siti.Dafi perlahan-lahan 'berundur'dari konflik itu.Dia tidak mahu menjadi penghalang.Biarlah Siti bersama keluarganya,apatah lagi Siti pasti bahagia bersama bekas kekasih hatinya.

“Sorry Dira….I busy sangat-sangat…bukan I tak nak balik jumpa U…”Dafi melangkah menghadap wajah kekasihnya yang bakal dimiliki Ahmad.Kelat wajahnya merenung Siti.Siti tidak memandang pun wajahnya,malah dia memusingkan badannya kearah lain.Agak berkecil hati Siti waktu itu dengan Dafi hinggakan wajah itu sudah tidak mahu dipandangnya.

“I tak sangka U boleh buat I macam nih!!”Siti bersuara lagi,kali ini dia mengadap bertembung mata dengan Dafi.Namun Dafi hanya mampu tunduk.Rasa bersalahnya juga menyelubungi diri.Tapi Dafi juga harus berundur,bukan mengalah dengan mudah namun dia tidak mahu lagi menjadi tempat sandaran bagi Siti.Dia tahu Siti menyayanginya,dia cukup sedar hal itu,tapi baginya sayang saja tidak mencukupi untuk menawan hati Siti.Cinta Siti pada Ahmad sangat luhur.Mana mungkin Dafi mampu memilikinya.

“Usah kau tipu hatimu Siti..”getus hati Dafi.Dia pasrah.Pasti ada jodoh lain buatnya.Siti hanya untuk Ahmad.

“Dia bukan milikku!TITIK!”Dafi sudah tidak mahu berharap.Dipejamkan matanya rapat.

“U memang tak sayang I kan?”Soal Siti lagi setelah Dafi hanya mampu membatu diri.Dibuka matanya setelah mendengar suara gadis itu.

“Tak……bukan begitu Dira….U tak faham…..”Agak tinggi suara Dafi saat itu.Dafi cuba menjelaskan.Dia mahu Siti faham.Bahu Siti dipegangnya namun Siti menggerakkan bahunya mohon dilepaskan.Dafi akur.Dia tetap merenung wajah kekasihnya itu.Siti membalas renungan itu dengan tajam.MARAH!

“U memang tak sayang I kan??Apa lagi yang I kena faham..apa lagi.??”Sebak suara Siti saat itu dia bakal melepaskan kekasih hatinya tidak lama lagi.Dia menutup mukanya.Menangis kerana bakal berpisah dengan Dafi.Dafi datang memaut tubuh kecilnya.Dipeluk Dafi dengan penuh kasih sayang.Siti merelakan walau marahnya menebal dihati.

“I sayang U…I sayang sangat dekat U…Tapi…U lebih sayang Ahmad…….”Tersekat disitu kata-kata Dafi.Pelukkan Dafi dilepaskan Siti.Siti sentap dengan kata-kata Dafi sebentar tadi.

“U cakap apa nih??”Siti mengesat airmatanya.Dia memandang wajah lelaki itu sekali lagi.Dafi membalas renungan itu.Seribu persoalan menyelinap difikiran Siti.Dia buntu.

“Akuilah Dira..jangan tipu diri U….I tahu sejauh mana sayang U pada I…dan I tahu…terlalu banyak sayang U pada Ahmad….betulkan???”Dafi yang sedang merenungnya tadi perlahan-lahan memalingkan tubuhnya mengadap ke laut pula kali ini.Dia tunduk.SEBAK.Siti meluru mengadap wajah Dafi.

“U cakap apa nih….U cakap apa nih??”Siti menyentuh lengan Dafi dan menggerak-gerakkan lengannya berkali-kali.Dafi hampir lemah saat itu.Mahu juga rasanya menangis seperti anak kecil,namun melepaskan Siti pergi bukanlah salah darinya.Bukan juga salah dari Siti.Itu semua adalah takdir yang harus diterima.SITI BAKAL KEMBALI KEPADA YANG BERHAK!!AHMAD!!Dia tidak mahu menjadi penghalang.Ketulusan cinta Siti terhadap Ahmad tak pernah padam.Sebagai lelaki yang waras dia patut kembalikan Siti pada cintanya dulu.Bukan bererti dia mengalah dengan mudah,tapi baginya itulah selayaknya.Siti berhak bahagia.Siti hanya layak bersama Ahmad.Selagi Ahmad masih hidup,selagi itu Siti membutuhkan cinta Ahmad dan selagi itu Dafi tak pernah cuba untuk menghalanginya.Dia tumpang bahagia.Itu sudah cukup baginya.Padanya inilah hadiah terindah buatnya untuk Siti.Mengembalikan cinta Siti yang dulu.Dia sudah bersedia melepaskan Siti.Andai Siti dipinang orang lain sudah pasti dia membawa gadis itu lari bersamanya.Namun tidak kerana lelaki ini.Ahmad cukup bererti buat Siti.Walau Siti mengatakan tidak!!Dafi tahu hatinya menuntut kemahuan cinta yang sangat didahagai Siti sudah sekian lama hanya untuk Ahmad.

“Akuilah Dira……tak perlu U ungkap dengan kata-kata pun….I tahu semuanya…I tahu……”Bergenang jua airmata Dafi.Berkerut dahinya menahan sebak.Ditarik nafasnya dalam-dalam dan dihela dengan pantasnya.

“I tak faham……”Siti menggeleng-gelengkan kepalanya.Dia buntu.

“U tak perlu faham…..semuanya terjawab dengan mudah Dira….sepanjang kita kenal…Ahmad tak pernah lekang dari ingatan U..apatah lagi U selalu sangat sebut-sebut nama dia….Dia sentiasa ada dengan U….I tak tau kenapa…..Setiap kali U cakap pasal dia pada I….I rasa dia sentiasa ada bersama dengan U….than….bila U cakap mak U terima lamaran Ahmad..I tak terkejut…malah I rasa lega…Sorry kalau I cakap macam tuh…Tapi I lega sangat-sangat sebab U dah dapat dia balik…..”Panjang lebar Dafi bercakap.Siti jadi lemah.Terasa ada kebenaran dengan kata-kata Dafi.Namun hatinya sedikit menolak rasa itu.

“U selalu cakap..U tak akan lagi dengan dia..U dah lupa dia…..namun sedikit pun mata U tak pernah menipu….I nampak Dia dalam diri U Dira….dia sentiasa hidup dalam diri U…..Mana mungkin I layak memiliki U..mana mungkin U boleh hidup dengan I…..kalau dia sentiasa ‘hidup’dalam diri U..???”Dafi memegang bahu Siti.Siti tunduk menangis sekali lagi.Mungkin benar kata-kata Dafi……

“Kahwinlah dengan Ahmad Dira….I redha….dan janganlah sesekali U rasa bersalah pada I….”Tersekat disitu kata-kata Dafi.Tidak dapat diteruskan.Dia makin sebak.Dafi memejam matanya rapat.Tangan Siti perlahan menyentuh pipi Dafi.Air jernih sejuk mengalir dicelah lorong hidung Dafi.Siti mengesatnya.Dafi tunduk.Sebak yang amat sangat.Dia memeluk Siti kuat seperti tidak mahu dilepaskan,namun dia perlu pergi.Dafi menatap sekali lagi wajah Siti.Dia mencium dahi gadis itu.Siti tunduk dengan linangan airmatanya yang tidak henti-henti mengalir.

“Dira…..good luck….selamat pengantin baru…”Kata-kata Dafi seperti todak melanggar Tumasik.Tertusuk tajam menikam dada Siti.Dafi memalingkan tubuhnya melangkah mahu pergi.Dia sudah tidak sanggup lagi melihat wajah kekasih hatinya itu.Dafi perlu pergi,dia sudah tiada daya lagi.Dia melangkah longlai meninggalkan Siti.Siti juga lemah di situ.Namun dia sempat berlari-lari anak datang mendapatkan Dafi dan memeluk kuat tubuh lelaki itu dari belakang.Langkah Dafi terhenti.Rapat matanya di pejam.Dengan lembut dia memegang tangan Siti yang sudah bersilang kuat memaut perutnya.Dia sebak.Namun kali ini biarlah dia benar-benar pergi.Pergi demi untuk kebahagiaan Siti.Pergi demi untuk kebahagiaan Ahmad juga.Pergi untuk memberi ruang Siti bersama Ahmad kembali.Pergi demi cintanya yang tulus.Pergi demi sayangnya yang tak terbanding nilai kasih yang tidak berbayar pun….Mencintai tidak bererti memiliki….Menyayangi Siti bukan juga satu kesalahan..mengasihi bukan juga kekurangan…Cintanya melebihi dari segala-galanya…kerna itu dia harus pergi…..pergi bersama cintanya yang sesuci air terjun mencurah-curah tanpa henti di paksinya.Biarlah hanya masa yang mengubatinya nanti.Itu ikrar didalam hatinya.Menjadi semangat dan penyembuh luka dihatinya nanti….

”DIRA KAULAH ANUGERAH TERINDAH YANG PERNAH AKU MILIKI…SELAMAT TINGGAL SAYANG….”Dafi yang sudah merenungnya dan memeluk kuat Siti tadi bersuara jua.Kata-kata yang dibisikkannya pada Siti sebentar tadi sangat mengharukan hati.

“Dafi…..I sayang U….”Tersekat-sekat suara Siti saat ini.Punah juga harapannya mahu hidup dengan Dafi.Namun kata-kata Dafi terjawab seribu persoalan di hati.Kebenarannya sangat nyata.DIA TETAP MENCINTAI AHMAD.TAKKAN ADA YANG LAIN BISA BERTAKHTA DIHATINYA SETEGUH CINTANYA PADA AHMAD.TAKKAN ADA!!Apatah lagi setelah kemalangan yang dialami Ahmad.Siti cukup sedar itu.Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan seandainya kemalangan itu meragut nyawa Ahmad.Pasti jiwanya juga turut mati untuk bercinta lagi biarpun dia pasti kembali pada Dafi…

Dafi melepaskan pelukkannya yang kuat memaut Siti tadi dan menatap wajah Siti sekali lagi.Ditatapnya dengan penuh kusyuk.Wajah itu bakal disimpan dalam kenangannya sampai ke akhir hayat.Dia bakal berangkat semula ke Australia.Tidak sanggup menunggu hingga ke hari perkahwinan Siti,bimbang dia bakal mengheret Siti lari bersamanya.Biarlah dia pergi…Pergi dengan sekeping hati yang sakit namun bahagia bersama jiwa yang tenang melepaskan Siti pada Ahmad.

“Dira..I tahu U sayang I….I tahu…….I akan simpan sayang U ni sampai bila-bila……..I akan tetap sayang U…tetap sayang U…”Dafi menyentuh wajah Siti.Suaranya sudah tersekat-sekat.sebak.Siti tunduk sambil memaut jemari Dafi.Airmatanya sekali lagi gugur mencurah.Walau pedih mendengar kata-kata dari Dafi,dia sudah tidak berdaya.Dia semakin tidak berdaya.Dafi pula walau sakit dengan kata-katanya sendiri dia masih sempat mengukirkan senyuman buat Siti.Dia mahu Siti bersama Ahmad.Kerana dia sudah melihat betapa sengsara Siti tanpa Ahmad dulu.Dan dia tidak sanggup menjadi penghalangnya.Walau Siti mahu hidup dengannya.Namun Dia lebih rela kembalikan Siti pada Ahmad.Selayaknya begitu.Itulah kata hatinya.

“ Bahagiakan diri U..bahagiakan dia….U pasti akan bahagia….Dia untuk U Dira..jangan lepaskan dia…..dia untuk U….”Itulah kata-kata terakhir dari Dafi disaat pertemuan mereka di pantai Kuala Abang tempoh hari.Siti menangis teresak-esak memeluk kuat Dafi.Dafi juga.Kedua-duanya PASRAH!!

Selepas menghantar Siti di bandar Dungun Dafi terus berlalu.Tiada lagi lelaki itu bersama Siti.Melepaskan Dafi adalah beban yang sarat memaut hati.Namun SIti tidak tahu mengapa begitu lega hatinya saat ini.Berhadapan dengan Dafi lebih mententeramkan keadaan.Jiwanya lebih lapang tidak terasa lagi beban yang dipikul.Namun dia tidak sampai hati membiarkan saja Dafi sendiri menghadapi kesakitan ini. Puas juga dihubungi Siti.Namun taliannya di tutup.Mungkin Dafi mahu bersendirian.Siti cuba meminta bantuan dari Akim dan Maulana,supaya menghubungi Dafi.Namun tetap gagal juga.Akim dan Maulana juga turut bertanya khabar.Walau agak terkejut dengan berita Siti bakal berkahwin dengan Ahmad.Namun sebagai kawan mereka hanya mampu mengucapkan tahniah.



HOSPITAL…

Siti datang melawat Ahmad pagi Rabu yang sangat dingin itu.Mata yang masih bengkak menangis malam tadi tidak dihiraukan.Mahu saja saat ini dia menangis dibahu Ahmad.Namun padanya..lelaki itu apa yang dia tahu.Hatinya sebak ditinggalkan Dafi.Lama Siti merenung wajah Ahmad.Dia buntu.

“Bahagiakan diri U……”Terngiang-ngiang kata-kata Dafi ditelingnya.Sekali lagi airmata nya mengalir dipipi.

Siti sentap.Airmatanya disapu Ahmad.Siti mencapai tangan Ahmad.Dia sudah tidak dapat membendung kesedihannya.Ahmad merenung wajah bakal isterinya itu dengan pandangan yang sangat sayu.SIti tunduk.

“Kenapa nih?”lembut suara itu bertanya.Siti tunduk beserta esakkan yang tidak dapat ditahan.Ahmad masih setia mengelap airmatanya.Sempat juga Ahmad menarik tengkuk Siti dan dihampiri gadis itu dekat disisi lengannya.Siti merebahkan kepalanya dibahu Ahmad.Ahmad yang masih berbaring itu mendekatkan kepalanya ke kepala Siti dan diusapnya lembut.Siti menyembamkan mukanya bahu Ahmad.Airmata yang sejuk itu sudah membasahi bahunya.

“Kenapa nih..hemm..?”Sekali lagi Ahmad bertanya.

“Dafi….”jelas suara Siti di tepi telinga Ahmad.

“Kenapa dengan Dafi?”Soal Ahmad lagi.

“Dia datang jumpa Siti ....dia dah tinggalkan Siti….”Siti mengangkat sedikit mukanya,dekat benar wajah mereka bertemu.Ahmad menolak perlahan bahu Siti.Siti menengakkan sedikit badannya.Ahmad memegang erat jemari Siti.Siti merangkulnya kuat.Mungkin memberi sedikit semangat baginya.Dia tidak peduli kalau hati Ahmad terguris saat ini.Padanya dia perlu meluahkan rasa.Dia sudah buntu tidak tahu mahu bercerita pada siapa,mahu diceritakan pada Farina tetapi akhir-akhir ini rakan baiknya itu terlalu sibuk dengan tugasannya.

“Maafkan Abang….”Ahmad mencium tangannya.Siti lemah di situ.Seperti sudah tiada daya menolak kesakitan hati.Seperti diluah mati emak,ditelan mati bapak.

“Abang……Siti sayang Dafi….”Terkeluar juga kata-kata itu dari mulut Siti.Namun Ahmad mengangguk seolah-olah faham.Biarpun seperti hatinya digigit semut saat tu,dia belajar untuk bertahan.Tidak salah padanya kalau Siti berkata begitu.Siti berhak.Mana mungkin sayang yang tersulam oleh Siti buat Dafi runtuh sekelip mata.Dia sedar dia agak kejam menjadi penghalang namun mana mungkin padanya Siti menjadi milik orang lain.Sudah tidak sanggup,kerana itulah dia menggagahi diri menyuruh ibunya melamar Siti.Dia perlu berani..berani merebut cintanya kembali….

“Maafkan Abang Siti……Abang punca dari semuanya….maafkan Abang…”Sayu pandangan Ahmad pada Siti.Siti hanya mampu tunduk.Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi.Dia belajar untuk menerima Ahmad kembali.Cuma mungkin tika ini dia masih dalam dilemma.Siti masih terdiam,menangis tanpa rasa malu mengakui rasa sayangnya pada Dafi didepan Ahmad.Ahmad terpaksa belajar memahami situasi Siti sekarang.Belajar menggapai semula pelangi cintanya yang sudah luput dari jiwa Siti barangkali saat ini…..Dan belajar bertahan serta bersabar dengan dugaan ini.Begitu juga yang diharapkan Ahmad pada Siti.

“Ti…tengok sini…..”Ahmad memegang dagu Siti.Dipandang gadis itu dengan penuh kasih sayang.Dikesat air mata Siti.Lembut.Namun Siti tunduk semula.

“hemmm….betul Siti sayang Dafi?”Ahmad mengangkat dagu Siti sekali lagi dengan helaan nafas yang tidak lega sebenarnya.Biar pun begitu Siti sempat merangkul tangannya.Kemas dipaut jemari lelaki itu.Dia sedar dia juga telah melukakan hati Ahmad.

“Sayang…..”Siti jujur bersuara.Tidak menghiraukan perasaan Ahmad saat itu.Dia tidak peduli.

“Abang??Abang Siti tak sayang???”Terkejut Siti dengan soalan itu.Muncung juga mulut Ahmad sebentar tadi seperti merajuk.Siti tidak menjawabnya.Jari yang dirangkulnya tadi mula dilepaskan.Ahmad menarik nafas yang tidak lega.Siti pun.Siti jadi serba salah.Melilau matanya tidak ke tempat lain tanpa memandang pun wajah Ahmad tika itu.

“Hemm……takpe la kalau tak sayang…abang tak paksa…..”Ahmad tetap merenung wajahnya.Mencari sinar cinta dimata Siti,namun Siti tidak memandang pun.Sudah malas untuk mencari kepastian saat-saat tegang begini dia cuba perbetulkan baringannya.Dia cuba bangun.Namun gagal.Siti bangun dan membantunya.Dia merelakan.Dibetulkan oleh Siti bantal dibelakang Ahmad.Ahmad menyandar semula dibantal itu.Agak selesa kali ini.Mereka sama-sama berpandangan.

“Terima kasih Ti….”Kata Ahmad.Siti tidak menjawab,namun sempat mengukirkan senyuman walaupun agak kelat senyum itu terukir.

“Ha…dah senyum pun..comel…abang suka..”Sempat Ahmad mencubit pipinya dan dengan pantas tangan Siti memukul kuat tangan Ahmad.

“Adoi!!”tangan yang masih berbalut itu dipukul Siti kuat.Siti terkejut lalu menggosok tangan Ahmad dengan lembut.

“Sorry..sorry…..ishh.sorry bang…”Siti mengosoknya lagi.

“Sayang jugak Siti kat Abang yer…”Ahmad merenung tajam pada Siti .Dia senyum.

“Mungkin saat ini Dafi sudah berlalu dari ingatannya”getus hati Ahmad.Sengaja dia mencubit pipi Siti sebentar tadi.Dia tidak mahu Dafi ‘mengganggu’ benak Siti saat ini.Biarlah hanya dia yang ‘meracuni’ jiwa Siti.Dia mahu Siti hanya fikirkan dia dan hari perkahwinannya saja sekarang ini.Walau dia tahu mungkin Siti akan mengambil masa untuk menerimanya kembali.Namun dia telah berikrar demi cinta itu.Belajar memberi ‘ruang’dengan hubungan ini.

“Perasan!”Sekali lagi Siti menepuk tangan itu.Ahmad sentap.

“Auuuccccchhh…..Arghhhhh..sakitlah!”Kali ini Ahmad menggosok sendiri tangannya yang sakit itu.Siti mengetap bibirnya.Rasa bersalah juga namun dia sempat mengukirkan senyuman yang dihiasi lesung pipitnya itu.

“Padan muka!!”Kata Siti.

“Betul la…Siti tak sayang Abang kan..???”Soal Ahmad.Siti terdiam.Dia bangun dari tempat duduknya.Ahmad memerhati.

“tak pela tak nak jawab soalan abang…tapi abang tau..Siti sayang abang…..betul tak..??”Ahmad senyum sambil mengenyitkan matanya pada SIti.Siti mengetap bibir merah jambunya itu.

“Ishhh…perasannya..”Siti bersuara sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“ihik….Ti..abang lapar laaaa…..”Manja suara Ahmad padanya saat itu.Tangannya digosok pada perut.Siti hanya mengukirkan senyuman.Wajah yang kelat tadi sudah berubah.Ada sedikit keceriaan terpancar.

“Ti…suapkan abang makan eh….”Ahmad memegang lengan Siti.

“Tak nak lah….makan la sendiri….”Siti menjeling manja.Ahmad hanya mampu membelokkan sedikit tengkoknya sebelah Siti itu.

“Ye la orang tak sayang kita…takpe la..kesian abang.takde orang nak suap makan ni haaa.... makan sendirila jawabnye..haaiiiiccchhh….”Ahmad menggeleng-gelengkan kepalanya sambil mencapai bekas makanan yang berada diatas meja tepi kanannya.Siti yang tidak sampai hati melihat tadi cepat-cepat mencapai bekas itu.

“Takpe..Siti suapkan..”Siti bersuara.

“Tak menyusahkan ke?”Soal Ahmad

“Eleh..mengada-ngada…macam tak biasa….”Siti menjeling manja padanya.Ahmad sempat mengetap bibirnya dan mengukirkan senyuman lebar.Siti membalas senyuman itu.

“Dah tak sedih dah??”Soal Ahmad.

“Dah la….makan la….Siti dah ok dah nih..”Kata Siti yang cuba memujuk hatinya sendiri.Dia menarik nafasnya dan dihembus lega.Ahmad hanya senyum,malas dia bersuara bercakap mengenai Dafi.Lelaki itu bukan penting pun padanya.Apa yang penting sekarang hanya dia dan Siti!!

Pagi itu berselera benar dia makan.Apatah lagi Siti yang suapkan.Ditenungnya lama wajah kesayangannya itu.Tidak puas-puas dia memerhati.Dan tidak sabar benar rasanya mahu mengahwini gadis itu.Sepanjang Siti menyuapkan dia makan,tidak henti-henti dia merenung dan sesekali tersenyum sendiri.

“Boleh tak kalau tak tengok Siti macam tuh..seganlah!!”Siti meletakkan mangkuk sup tadi dimeja dan duduk semula di kerusi sebelah kanan Ahmad itu.Ahmad tetap senyum padanya.Siti makin tidak selesa.

“Dah la…..rimaslah kena tenung camni..”Kata Siti lagi.

“Biarlah..nak tenung jugak….tak sabar nak kawin tau..”Usik Ahmad.

“Mengada-ngadanya dia nih…ishhh…”Siti menjelir padanya.Ahmad menyengeh.Sempat jari telunjuk Ahmad menyinggah menyentuh hidung Siti.Manja.Siti menyambar jari itu.

“gigitkan jari ni baru tau…..”Dibuka sedikit mulutnya seperti mahu menggigit jari Ahmad.

“Alaaa…janganlah…dah la Abang tengah sakit nih…..jangan la gigit…”Ahmad merenungnya tajam.Siti membalas renungan itu.Namun cepat-cepat dia tunduk,tidak tahan bertembung mata dengan Ahmad.

“Ah!!tak boleh jadi nih….tak pasal-pasal aku cair kat sini nanti….hemmm….abangg…tak sabar lak aku nak kawin ngan kau….ihikkkk..”Hati Siti menggeli,bagai rama-rama kembali datang menghiasi taman cintanya yang kontang itu.Dia senyum sendiri.Sekali lagi mata mereka bertembung.Mereka berbalas pandangan.Perlahan Siti melepaskan tangan yang dirangkul tadi dan dengan pantas kali ini tangan Ahmad pula menggosok lembut pipi Siti.Siti membiarkan.Dipejamkan matanya rapat. Hanyut Siti entah kemana,membiarkan Ahmad membelainya dengan penuh rasa disayangi.Mahu tercabut jantungnya saat itu,tapi dibiarkan saja.TERASA SENTUHAN HANGAT DARI BAKAL SUAMINYA ITU.Merelai dibelai pipinya yang gebu itu.Sayangnya pada Dafi sebentar tadi melayang entah kemana,hilang sekelip mata.

“Auuuu!!”Siti sentap sambil bersuara.Dipegang hidungnya yang sakit dipicit Ahmad.Ahmad menarik kuat hidungnya.Merah dikepit dengan dua jari Ahmad sebentar tadi.Ahmad ketawa.

“Adoi.sakit.sakit.sakitlah…”Ahmad ketawa lagi.Siti memukulnya manja.Geram juga diusik sebegitu.

“Siti khayal eh…”Usik Ahmad padanya,malu juga saat itu.Pasti sebentar tadi Ahmad merenung dan memerhati wajahnya lama.

“AH!TIDAKKKKKK..malunya aku….ishhhh”Dipejamkan sekejap matanya rapat-rapat.Ahmad yang masih memerhati menyengeh tidak henti-henti.

“Abang ni teruklah……”Kata Siti sambil menggigit bibir merah jambunya itu.Malu..Suara manja Siti itu bisa mencairkan hatinya.Dengan muka yang agak merah padam itu Siti menjelingnya tajam.Dia ketawa melihat Siti.Terasa tenang jiwanya saat itu.TERASA SAAT INI CINTANYA SUDAH KEMBALI SEMULA…..Lega..dihela nafasnya panjang….

“Siti balik dululah…dah lama sangat dah nih..nanti Along marah pulak Siti lama-lama kat sini….”Siti bangun dari duduknya sambil membetulkan baju kurungnya.Ahmad memerhati.Tidak mahu rasanya membiarkan gadis comel itu pergi.Sekali lagi dia menarik lengan Siti.

“Ti….abang sayang Siti….Siti kena tahu tuh!!”Sempat Ahmad mengenyitkan matanya pada Siti.Siti memandang wajah nakal itu.Dia menyengeh tidak henti-henti.Mahu saja saat itu Siti pula memicit hidungnya.Tapi dia segan untuk berbuat begitu.

“Abang rehatlah…nanti jangan lupa makan ubat tau…Siti balik dulu eh..”kata Siti.

“Ti……muahhhh..”Diletakkan tangan dibibir merahnya itu dan menempek tapak tangan itu disapu ke pipi Siti.

“Abang ni teruklah!!GATAL!!”Kata Siti yang sudah mahu pulang itu.

“ihikk..tak tahan la tengok…awak tuh comel sangat….kang dah dapat hadiah dari abang….”Nakal Ahmad menjadi-jadi.Siti memukul-mukul manja lengannya.Ahmad beradoi kesakitan.Malu Siti diperlaku sebegitu,namun hatinya juga menuntut kasih sayang yang banyak dari Ahmad.

“Dia bakal aku miliki…..…benarlah kata hatiku selama ini…seribu tahun pun akan aku menantimu bang….”Siti sempat menghulurkan tangan bersalaman dengan Ahmad.Siti mencium tangan Ahmad.Ahmad merelakan.Tangan Siti kuat digenggamnya .Siti mohon dilepaskan.Namun Ahmad masih menarik-narik tangannya.

“Dah nak balik kan....tak nak cium abang ke?”Ahmad masih nakal mengusik Siti.Matanya galak merenung bakal isterinya itu.Siti membulatkan matanya.Seperti marah namun sempat tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“GATAL!Lepaslah tangan Siti..Siti dah lambat nih….please…”Siti mohon tanganya dilepaskan.

“Ti….”Lembut suara itu memanggil namanya.Siti tidak menjawab.Dia hanya memandang tepat pada mata Ahmad.

“Apa……?? Lepaslah tangan Siti ni..sakitlah..Abang nih teruk tau..…”kata Siti.DIa sudah mahu berpaling dari Ahmad.Namun masih sempat ditarik semula oleh Ahmad.

“Ti…”Ahmad menarik Siti kuat.Namun sempat juga tangan Siti menekan pada katil Ahmad.Andai Siti tidak berhati-hati tadi,pasti dia berbantalkan dada Ahmad sekali lagi.

“Lepaslah sakit!!”Suara Siti agak tinggi menahan rasa ingin marah pada Ahmad.Ahmad melepaskan rangkulan tangannya itu.Rasa bersalah juga tapi tetap gatalnya menjadi-jadi. Siti cepat-cepat membaiki semula tudung dan bajunya.Malu benar diperlaku begitu.Dengan tidak semena-mena Siti melibaskan beg galasnya pada perut Ahmad.Beradoi sekali lagi Ahmad dikatilnya.Sakit.Siti memandang dengan penuh rasa geram mahu marah.Dia tidak berkata apa-apa menjeling tajam pada Ahmad dan berlalu keluar tanpa mempedulikannya.GERAM.Ahmad yang sakit itu dibiarkan saja.Memang patut pun dipukul dengan begnya tadi.

“adoiii…apsal la aku jadi bodoh sampai macam nih…adoiii….ahakkkkk…..bodohnya aku…..Siti ooooo Siti kau selalu buat aku jadi macam orang bodoh bila dekat dengan kau…..adusssss…ishhh..ahakk…”Ahmad sempat tergelak sorang-sorang dibiliknya itu dan ditutup mukanya dengan bantal yang dipeluknya tadi.Dia tidak menghiraukan Siti yang tengah marah itu.Namun dirasakan saat ini bagaikan dunia kembali menjadi miliknya……....

Rabu, 24 November 2010

-: Tahniah Shahir & Adira :-






Tahniah kpd Shahir dan Adira a.k.a our Shahira sbb dpt masuk final utk ajl ke 25...tahniah jgk kepada pencipta lagu Edry Abdul Halim kerana byk ciptaannya yg masuk final antaranya lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan dan Ku Ada Kamu..Kami doakan agar Shahira akan berjaya menjadi pilihan hati juri dan memenangi beberapa anugerah..Amin..Ini beberapa gambar yg diambil oleh Admin Shahiratic..

Jumaat, 5 November 2010

SEPTEMBER MUSIM CINTA-BAB 24

Siti mengesat airmata sambil dia menyeluk separuh kakinya kedalam sungai.Sudah luluh hatinya disiat-siat dek keputusan ibunya.Apa mungkin bagi Siti berpaling kembali menerima Ahmad.Segala kesakitan dulu mencucuk-cucuk semula hatinya.Bertambah lunyai bilamana Dafi juga begitu mudah mengalah dengan cinta mereka.“Ah!Lelaki!!”Getus hatinya marah.Siti mengesat kembali airmatanya yang jatuh berderai itu.Dia bangun dari duduknya ditepi sungai belakang rumahnya.Dia menarik nafas yang tersekat-sekat merintih kepedihan.Dunianya terasa gelap.Dia mendongak ke langit,ada rindu buat Dafi.Ingin sekali lari dan tinggal bersamanya di sana.Namun kerinduan itu terhenti juga dek rajuk hati yang punah.Siti tunduk pasrah dan memejam matanya rapat-rapat.SAKIT!!Airmata yang laju mencurah tidak dapat dihentikan lagi.Dia mengesat airmatanya berkali-kali dan meniti batu-batu di sungai dihadapannya dan menuju ketempat tinggi sedikit.Dia menarik nafas yang tidak lega-lega dihela.Siti berhenti melangkah dan memijak pada batu yang mendatar.Lama ditenungnya kedalam air.Dia memejamkan mata dan menarik nafasnya dalam.

“DUUUMMM!”Terjun Siti dari tempat itu.Menyelam kedalam sungai yang agak dalam selepas hujan.Cuba dia menyelami diri.Senak hatinya membebani jiwa.Terbayang wajah ibunya yang terlantar di hospital kerana kederhakaannya.Rasa bersalah itu juga menambah pedih yang sarat memikul hati.Berlawan mulut dan menidakkan keputusan ibunya yang telah menerima lamaran Mak Anum itu membuatkan dia seperti mahu saja mati saat ini.Mak Nah yang sudah berhari-hari bertekak dengan Siti kerana degil dengan permintaannya.Bukan Mak Nah tidak mahu Siti dikahwinkan dengan Dafi,namun berkali-kali juga Siti memujuknya mahu tinggal di Australia bersama Dafi.Mak Nah tidak dapat menerima keputusan Siti itu.Dengan kehadiran Mak Anum serba sedikit mengurangkan bebannya mahu melepaskan Siti yang mungkin bakal berjauhan sekali lagi darinya.Dafi juga seperti tidak mahu mengalah.Tetap mahu berkerja dan menetap di sana.Siti menjadi serba salah.Berkali-kali berbincang dengan Dafi namun akhirnya perbalahan juga yang tercetus.Ibarat diluah mati mak,ditelan mati bapak!!

Dia menyelam lagi berdayung menggauli air yang pasang di sungai itu.Dipejamkan matanya rapat-rapat.Namun tetap terbayang wajah Ibu tersayang yang hampir menemui ajal dek tengkingannya yang mahu menolak lamaran Mak Anum.

“Siti!!Sudah!!Lupakan Dafi!!”Mak Nah datang meluru dari biliknya.Sakit hati Siti mendengar kata-kata Mak Nah.Dia bangkit dari baringan dipaha Irma yang sedang meredakannya di bilik.

“Kenapa mak?!kenapa??” Siti bangun dan berdiri betul-betul depan ibunya.Dia sudah tidak tahan dipaksa sebegitu rupa.Siti mengadap muka ibunya.Tanpa rasa bersalah meninggikan suaranya pada mak Nah.

“Aku bukan tak suka dengan Dafi tuh…aku tahu budak tuh baik.Tapi tak boleh ke kalau dia tak bawa kau pergi menetap di sana kalau kau nikah dengannya nanti.?”Marah suara Mak Nah waktu itu.

“Mak….semua tuh boleh Siti bincang semula dengan Dafi……”Siti menambah.

“Berapa kali kau nak bincang..tak pernah aku dengar kau bagitau Dafi tuh nak balik duduk sini…asyik-asyik kau juga yang kena mengalah dipaksa duduk kat sana…itu belum jadi isteri….kalau dah jadi isteri macamana ntah dia layan kau…..orang kalu sayang kita…dia sanggup berkorban tau!!”Marah juga Mak Nah saat ini.Ada kebenaran juga yang diperkatakan Mak Nah.Dia merenung mata Siti.Siti tunduk mengesat airmatanya.

“Sampai hati Mak…..”Siti tunduk dan menutup mukanya.Lemah Siti saat itu.Menangis tak henti-henti.

“Aku tak faham dengan budak Dafi nih……kalau betul la dia sayang kau dia tak berkeras paksa kau duduk kat sana Siti!!Apa hebat sangat ke dapat duduk di Negara orang??!”Kata Mak Nah lagi yang sudah terbeliak biji mata merenungnya.Merah padam muka Siti menahan marahnya juga pada Mak Nah.Dadanya seperti mahu pecah dek laungan mak Nah waktu itu..Begitu juga Mak Nah yang sudah turun naik dadanya bagai gunung berapi meledak mahu memuntahkan laharnya.

“Mak..Siti….dah-dah la…..malulah kalau dengar dek orang..dah la tuh!”Irma datang memujuk mereka berdua.

“Kau diam Irma….!”Bagai nak terkeluar biji mata Mak Nah merenung Irma.Irma jadi kecut.Perlahan-lahan ditundukkan kepalanya.

“Tak kira apapun tolonglah bagitau mak Anum…Siti tak nak kawin dengan Ahmad!!Biar apa pun…Siti tetap nak duduk Australia!!Siti tak nak…tak nakkkkkk!!Siti nak duduk Australia!!” Tinggi benar suara Siti waktu itu pada ibunya.Menengking dan mengadapkan muka betul-betul ke muka Ibunya.Sangat kurang ajar!!

“PANGGG!!Kurang ajarrr….!!”Mak Nah tidak tunggu saja.Menyinggah juga lima jarinya pada muka Siti.KUAT!!Sakit hatinya mendengar suara Siti yang menjerit ditepi telinganya itu.Terteleng juga muka Siti saat itu,bengang ditampar ibunya.

Lamunannya terhenti!!Kedengaran ribut mengaum di balik bukit hujung kampungnya.Tanda hujan bakal tiba.Dia menyelam lagi tanpa menghiraukan ribut yang memanggil hujan.Dia mahu menyejukkan hatinya panas membuak itu.Sesekali Siti naik kepermukaan menghirup udara segar dan sesekali menyelam kembali melepaskan kepanasan hati.Siti naik semula ke darat.Sudah puas bermandi-manda sendirian di sungai itu.Namun rasa bersalahnya masih menghantui jiwa.Tidak lega-lega.

“Mak…maafkan Siti…….”Dipejamkan matanya rapat-rapat.Sebak!!

Entah mengapa airmatanya tidak juga mahu berhenti.Peristiwa 4 hari lalu itu sangat-sangat menghantui jiwanya.Selepas bergaduh dengan ibunya,Mak Nah dikejarkan ke Hospital kerana rebah dan pengsan selepas menampar Siti.Darah tingginya naik memuncak.Mujurlah ibunya itu sempat dikejarkan ke hospital.Hampir gila Siti saat itu merasakan dirinya sangat bersalah.Irma yang berada bersamanya juga sempat memukul-mukul bahu Siti kerana perbuatannya yang menyebabkan Mak Nah hampir menemui ajal.Aliff juga bakal menampar Siti di muka pintu bilik ICU sewaktu menunggu Mak Nah keluar.Namun sempat ditahan Ahmad.Lelaki itu datang menyelamatkan Siti sekali lagi.

“Mengapa kau sering datang menyelamatkan aku??Aku tak perlu kau….Aku tak nak kau lagi……aku benciiiiiiiii kauuuu!!!”Siti berlalu dari situ.Ahmad mengejarnya.

“Ti…..”Ahmad memegang lengannya dari belakang.Siti mengesat airmatanya.Sempat juga dia menolak sentuhan itu.Siti memeluk tubuh mengadap pokok Rhu yang rendang didepannya dihalaman padang kanak-kanak di Hospital itu.Siti benci mendengar suara itu.Benci sangat.Ahmad datang mengadapnya pula.Siti memalingkan tubuhnya kearah lain.Tiakmau melihat pun wajah itu.BENCI!!

“Siti dah tak suka tengok abang…??”Soal Ahmad.Siti mengesat airmatanya.

“Kenapa bang…kenapa Siti…cari lah orang lain untuk dijadikan teman hidup Abang….Siti tak nak...”Dalam suara Siti saat ini.Dia tunduk memejamkan rapat matanya.Ada rindu memintal urat-urat sayangnya pada Dafi.Tidak sanggup mencurangi kasihnya yang tersulam beberapa tahun ini.Ahmad menghela nafasnya panjang.Dia faham dia sudah menyakiti Siti.

“Abang minta maaf andai semua ini puncanya dari pihak Abang….”Ringkas kata-kata Ahmad namun sangat-sangat mencucuk hati Siti.Begitu juga hati Ahmad yang sudah berdarah dek kata-kata Siti sebentar tadi.Jelas gadis itu sudah tidak mahu menyulam kasih dengannya kembali.Biar pun jarak antara mereka sangat dekat,namun terasa terlalu sangat jauh saat ini.Itu yang Ahmad rasakan.Dia mengelap peluh di dahi sambil mengetap bibirnya.BENGANG!!

“Ti…..”Dia merenung wajah Siti lama.Siti tidak memandang pun wajah Ahmad.Rasa benci menyelinap segenap hatinya.

“Abang minta maaf….”Ahmad melangkah membelakangi Siti.Siti tunduk.Lega lelaki itu sudah berlalu.Ditarik nafasnya dalam-dalam.Dihelakan dengan rasa lega tanpa diganggu Ahmad saat ini.

Sekali lagi ribut kedengaran di hujung bukit sana.Siti tersentak dari lamunannya sekali lagi.Terlalu sukar menerima kenyataan ini.Semakin hari semakin dia sudah tidak berdaya bertahan memikirkan kepayahan ini.

“Dafi….baliklah…..Aku rindu kau……”Merintih Siti seorang diri mengenangkan nasibnya itu.Namun bersilih-ganti wajah Ahmad yang datang menghantui lagi jiwanya.Bagai terpanah dek tombak yang disalut racun dihujung ulunya.Menyerap memamah urat-urat sendinya.Ada dendam yang memintal hati.Ada benci yang menggulung perasaannya.AHMAD!!mengapa harus kau datang kembali dalam hidupku!!AKU BENCI KAU!!SUMPAH AKU BENCI KAU!!



****

Siti yang lenjun dibasahi air sungai itu melangkah naik menuju ke rumahnya.Matanya terpandang pada kereta putih dilaman rumah.NISSAN,FAIRLADY!!Ceettttt!!BENCI!!

“Ah!!Datang dah kambing nih kat umah aku!!Arggggghhhh…bencinyaaaaaa…..”Bagai nak meraung Siti saat itu.Dipejamkan mata dan dihentakkan kakinya diluar pintu dapur.Benci lelaki itu ada datang ke rumahnya.

“GUPP”Kerana ketidaksabaran Siti melangkah,dia terhantuk kuat di bucu pintu dapur.Mahu bergegar juga dapur rumahnya itu.

“Aduuuhhh…..ishhhhh…arghhh..sakitlahh BODOH!!”Ditampar kuat pintu itu oleh Siti kerana marah dia dengan dirinya sendiri yang cuai melangkah tadi.Digosok-gosokkan kepalanya yang sakit.

“Siapa??”Kedengaran suara Aliff dari atas rumahnya.

“Aduhh…BODOH!BODOH!BODOH!!..”Dia menendang pintu dapurnya itu.Melepaskan kemarahannya.

“arrgghhh…aduh!Sakitnya kaki aku…aduh..Isssshhhhhh..”Siti mengomel sendiri.Dia menggosok-gosok kakinya pula yang sakit menyepak kayu pintu itu.Terhenjut-henjut dia masuk dan duduk dikerusi dapur dengan pakaiannya yang basah itu mula bertitisan membasahi lantai.Dia sudah tidak peduli.Dia tetap menggosok-gosok dahi dan sesekali mengurut-urut kakinya.Dia yang dalam kesejukkan itu juga sudah beberapa kali bersin kerana kesejukkan.

“Siapa ha…???”Soal Aliff lagi.Siti dapat mendengar sayup suara Alongnya itu.

“Sitilah Long….”Agak tinggi suara Siti menjawab sapaan Alongnya itu.

“Apsal bising sangat kat dapur nih…dah macam orang nak rombak rumah bunyinya…..”Aliff datang menjenguk di depan tangga dapur.Tersengeh dia melihat Siti.Siti menjeling ke arahnya.

“Apa pulak…orang terhantuklah..sakit tau!!Bukan nak tolong orang pun..menyakitkan hati lagi ada lah!!Satu rumah bercakap pun menyakit hati!!”Siti mengomel dan menjeling sekali lagi pada Alongnya.Aliff senyum datang padanya.Kemarahan Aliff padanya juga sudah mereda.Dia belajar untukk memahami jiwa Siti.Andai dia sekalipun,mungkin juga dia naik angin dengan keputusan yang dibuat tanpa ditanya empunya diri.

“Amboi..garangnya bakal pengantin….”Usik Aliff yang sudah datang dekat padanya dan menyentuh kepala Siti yang membengkak dek tercium bucu pintu tadi.Siti cuba mengelak.Sakit.

“Jangan sebut macam tuh boleh tak??!!GELI!!”Suara Siti makin meninggi.Panas dadanya diusik begitu.Melirik menjeling tajam pada Alongnya.Aliff senyum memanjang.

“Amboi garangnya adik Along nih….nun ha…pengantin lelaki dah tunggu dari tadi nak ajak kita pergi hospital jenguk mak…..cepatlah..”kata Aliff.Siti berhenti menggosok dahinya yang sakit.Namun lebih sakit hatinya diusik sebegitu oleh Aliff.

“Tak naklah!!Along je la yang pergi!!”Kata Siti.

“Tadi Along yang ajak dia…cepatlah..ari dan nak ujan nih…Cepat siap!!”Kata Aliff.

“Ishhh…Suka paksa-paksa benci tau!!Ishhhh..”Kata Siti yang kerap kali menjeling pada Alongnya itu.Aliff hanya mengukirkan senyuman dan naik ke rumah semula.Dia mencapai tuala dan kain sarung.Turun sekali lagi ke dapur dan menghulurkannya pada Siti.

“Aikkk…macam tau-tau je Siti nak guna..”Sambil Siti menunjukkan kembali tuala dan kain sarung itu padanya.

“Abis tuh….nak naik ke bilik sendiri dengan basah-basah macam nih..?”Sindir Alongnya.

“HUH!!”Siti bangun dan memuncungkan mulutnya.Bergegas dia masuk kedalam bilik air.

“Cepat!!Along tunggu lam kereta dengan Ahmad..cepat!!”Aliff sempat berpesan pada Siti.Siti tidak menjawab.Terus ditutup pintu bilik airnya.



****

Hujan mula membasahi tanah.Lama juga Aliff dan Ahmad menunggu didalam kereta.Siti masih tidak turun-turun juga dari dalam rumah.

“Liff…sori pasal mak kau eh….”Ahmad memulakan bicara didalam keretanya.

“Ishh…dah-dah lah..aku tak salahkan kau pun….Siti tuhpanas baran…”Kata Aliff.

“takdelah….aku…….”Belum sempat dihabiskan bicara oleh Ahmad,Aliff mengiringkan sedikit badannya dan menyampuk.

“Dahlah!!Bagi Aku ada baiknya jugak kau datang pinang Siti cepat-cepat…kalau tak melepas la kau…….”Aliff mengangkat keningnya pada Ahmad.Ahmad kelat mengukirkan senyuman.Berkerut dahi Ahmad sebentar tadi.

“ermmm……Ingat tak masa kita makan kat kedai Wak Lu tuh…?Aku saja je hint-hint kat engkau..tak sangka kau cepat kau datang pinang Siti….”Aliff menyengeh pada Ahmad.

“Kenapa kau cakap macam tuh…?”Soal Ahmad.

“Aku tahu kau suka Siti…….so….siapa cepat dia yang dapat…ahakkk.”Sambung Aliff yang agak gembira dengan berita itu.

“Tapi dia tak suka aku..”Ahmad tunduk seketika.

“Masakan cinta boleh jadi benci……?”Kata Aliff.

“Apa kau cakap nih??”Soal Ahmad yang masih bingung.Tertampar rasanya dek kata-kata Aliff.Seperti Aliff sudah tahu kisah mereka sebelum ini.

“Aku tahu semuanya Mat…….”kata Aliff sambil menekan butang radio di kereta Ahmad.

“Aikk..kau tahu dari mana?”Soal Ahmad lagi seprti mahu mengorek rahsia.

“Adalahhhhhh…biarlah rahsia!”Kata Aliff yang sedang membaiki rambutnya mengadap cermin kecil yang dibukanya pada lelangit bumbung depan kereta itu.

“ishhh!!kau nih dah macam Datuk Siti Nurhalizal a pulak…rahsia-rahsia bagai……”kata Ahmad.Aliff yang tidak mahu disoal banyak terus menekan tapak tangannya pada hon kereta Ahmad.

“PONN..PONN” Tersentak juga Ahmad pada waktu itu.Aliff tersengeh melihat Ahmad yang sempat mengurut dadanya.Aliff menekan hon dikereta Ahmad beberapa kali.

“Issshh…terkejut aku!!”Kata Ahmad yang sedang memegang dadanya.

“ Lambat gilaaaaaa…..bersiap-siap cik Siti nih..!!”kata Aliff pada adiknya itu.

“Laaaaaa….kau nih…biasalah pompuan..kalau bersiap memang lambat….sabar je lah…”Kata Ahmad.

“WAH!!Kau memang calon adik ipar yang baik….”Ditunjukkan ibu jarinya pada Ahmad.

“Cehhh….Overnya kau!!”Ahmad menggeleng-gelengkan kepalanya sambil menggosok dagu dan tersenyum.Aliff menyengeh saja sambil menggoyang-goyangkan badannya mengikut irama lagu yang berkumandang didalam kereta Ahmad.MILIK SIAPAKAH GADIS INI nyanyian ALLAHYARHAM SUDIRMAN yang baru berkumandang sebentar tadi.

“Ahh…..dah lama tak dengar lagu ni kan..??”kata Aliff.Dikuatkan sedikit volume pada kereta itu.Menghayati bait-bait kata yang tersusun indah bersama melodinya..Ahmad juga terbuai dengan lagu itu.Longlai badannya nari-nari dan begitu asyik memerhati titisan hujan mengiringi irama lagu ini di cermin tingkap keretanya.Melayang-layang membayangkan wajah Siti saat ini.Seperti terpanggil-panggil oleh alunan irama lagu ini,Siti keluar dari rumahnya dan melangkah menyusun langkah,selangkah demi selangkah menuruni tangga rumah,sambil dia mengangkat sedikit kain baju kurungnya kerana bimbang basah dek tempias hujan,payung ditangannya dibuka dan dilepaskan cengkaman pada kainnya itu.Di angkat semula kain itu terselak hingga ke betis.Terpegun Ahmad saat itu.Matanya tidak beralih sesaat pun memandang Siti.Dari atas sampai ke bawah.Lama dihayatinya.Berulang-ulang kali memerhati.Terpaku matanya melihat pada betis Siti.Ah!!Hati lelakinya menguntum berahi!!Betis putih gebu itu bisa membuat Ahmad tertelan air liurnya.Dia tunduk seketika.Malu dengan dirinya sendiri,menggigit bibir merahnya menahan perasaan yang membuak-buak itu.Apatah lagi degup jantungnya bergendang kencang pabila Siti semakin menghampiri keretanya.

“Isshhhhh…..Astagfirulah Hal-Azim…..”Beristigfar dia saat itu.Diangkatkan kembali mukanya melihat Siti.Sekali lagi dia menghayati wajah kerinduannya itu.Jelas.Walau terganggu dek wiper depan yang laju mengibas hujan di cermin,namun dia masih mampu melihat dengan jelas liuk longlai jangkahan Siti sambil berpayung menuju kearahnya.Sempat juga Siti menadah hujan jatuh menimpa ditapak tangannya dan dicelah-celah jari runcingnya itu dan dipusingkan payungnya berwarna putih transperan dan bertambah berseri-seri mengenakan baju kurung ungu sangat menggoda jiwa sang pencinta yang sedang memerhati itu.COMEL SANGAT HINGGA DIRASAKAN INGIN MATI DALAM PELUKKAN SITI…

“Heemmmmmm….kau bakal jadi milikku Siti…..”Getus hatinya.

“Bro……kuar la wei…..Tuan putri minta dibuka pintu tuh…”Tersentak Ahmad dek tepukan dibahunya oleh Aliff.Mereka berpandangan mata.Ahmad terpinga-pinga.

“Kau berangan eh….”Soal Aliff yang senyum meleret melihat riak mukanya dari tadi barangkali.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.Ahmad mengetap bibirnya dan terus membuka pintu kereta.Cepat-cepat dia keluar dari kereta dan membantu Siti yang datang menghampirinya.Basah juga badan Ahmad dibasahi hujan yang makin lebat mencurah.Aliff dengan segera mengangkat buntutnya menghala ke pintu Ahmad dan mengunci pintu itu.Sengaja dia berbuat begitu dan mahu membiarkan Ahmad dan Siti diluar.

“Wei…Liff..bukak pintu nih.wei…basah aku nih.”Ahmad mengetuk-ngetuk tingkapnya.Aliff tergelak sendiri didalam kereta.

“Along….Along….”Siti juga turut mengetuk tingkap sambil mengendap Alongnya yang sedang tergelak sendiri itu.Sudah basah Ahmad saat itu.Siti datang dekat menghampirinya.Kesian juga dikhianati sebegitu oleh Alongnya.

“Along!!Bukak!!”Siti mengetuk-ngetuk lagi tingkap itu.

“Errggghhhh..se…ssejjuuukkk..eeaeaarrrghhh…”Ahmad sudah kesejukkan.Tidak tahan dek tempais hujan dan angin yang kencang datang mencium kulitnya.Dia memeluk tubuhnya.Siti berkali-kali mencuba mengetuk tingkap itu.Aliff tetap tergelak sorang-sorang didalam kereta.

“Ni dah melampau nih!!Alonggggg!!”Siti naik hantu.Geramnya bagai mahu memecahkan tingkap kereta itu.Angin yang kuat itu bisa membuat Siti mahu melayang bersama-sama payung yang dipegang.Dia juga cuba memayungi Ahmad tapi angin yang beserta hujan itu rasanya tidak perlu berpayung lagi.Terkadang bertembung juga mata mereka berdua.Namun cepat-cepat dialihkan pandangan itu oleh Siti.Angin semakin kuat,payung yang dipegang Siti hampir terlucut.Ahmad menggapai payung itu.Terpegang olehnya tangan Siti.Mata bertentangan sekali lagi.Lenjun mereka berdua dibasahi hujan.Perlahan-lahan Ahmad mengangkat payung dan berteduh dibawahnya bersama-sama Siti.MASIH TERASA SEPERTI DUNIA INI MILIKNYA……

“PRaanGGGG!”

“PAP!!”Siti memeluk kuat badan sasa Ahmad.Dia tersentak dek bunyi petir yang meyabung kuat di langit.Ahmad juga tersentak dengan pelukkan itu.Namun dibiarkan saja Siti berpaut pada badannya.Sekali lagi dia mengetap bibirnya dan memegang payung yang dilepaskan dari tangan Siti.Bagai nak luruh jantung mereka saat itu.Terdengar hembusan nafas Ahmad menghembus puas dipeluk Siti.Senyum.Aliff yang berada didalam kereta terkejut juga dengan dentuman petir yang sangat kuat dan mata yang terbeliak bagai nak terkeluar itu juga hanya mampu melihat drama romantik sebentar tadi.Bingung!!

“Eehem..ehemm”Ahmad menepuk-nepuk bahu Siti.Dia menggenggam tangan kanannya menutup mulut sambil buat-buat batuk.Dagunya menongkat ubun-ubun Siti.Mahu juga rasanya memeluk kuat gadis itu.Namun dia masih boleh bertahan.Bimbang juga kalau dipaut Siti sekali lagi Aliff datang menumbuknya.Siti perlahan-lahan melepaskan pelukkan itu.Mata yang dipejam rapat tadi dibukanya.MASIH TERASA HANGATNYA PELUKKAN ITU!!Siti tunduk malu.Aliff yang terpinga-pinga tadi sudah membuka butang pintu kereta.Ahmad setia memayungi Siti dan mengiringinya ke pintu belakang.Dia juga bergegas masuk kedalam kereta itu.Hujan masih lebat.Hampir lenjun mereka berdua dibasahi hujan.Ahmad menghulurkan payung pada Siti.Siti mengambilnya.Kali ini tangan Siti pula menyentuh tangan Ahmad.Berderau darah Siti.Bergelora jantung Ahmad menahan gelojak hati.Cepat-cepat dilepaskan payung itu oleh Ahmad.Aliff sudah terdiam dari tadi.Terkejut melihat adengan romantik sewaktu petir mengaum kuat tadi.Dia tidak berpaling pun melihat kedua-dua mereka.Berkali-kali Aliff menggaru kepalanya.Buat-buat tidak nampak apa yang berlaku.

Laju pacuan kereta Ahmad menuju ke Hospital.Sesekali matanya merenung pada cermin pandang belakang itu.Siti dari tadi memukul-mukul bahu Aliff.Ahmad hanya senyum saja melihat saja karenah dua beradik itu.

“Along lah nih…habis basah baju Siti tau….bencilah!!”Siti mengomel lagi tidak puas hati dengan gurauan Aliff.

“Benci ke…???”Aliff menjeling manja pada adiknya.Ahmad buat-buat tidak dengar walaupun jantungnya bagai nak jatuh saat ini bilamana Aliff berkata begitu.

“BENCI SANGAT!!BENCI....BENCI SANGAT-SANGAT!!”Kata Siti sambil mengancip giginya.Geram.Sempat juga dia menjeling ke arah cermin pandang belakang yang terletak didepannya itu.Tidak disangka tajam renungan Ahmad padanya waktu itu.Sakit dada Ahmad mendengarnya.Dia tahu Siti menyindir.Dia faham Siti masih marah padanya.Saat indah sebentar tadi bertukar menjadi marah.Namun tetap bertahan dengan kata-kata itu.

“Aku tahu siapa aku Siti!!Ya aku tak layak!!Patut pun kau benci aku…patut pun!!”hatinya panas dek kebencian Siti.Siti merenungnya kembali.Bertembung mata mereka sekali lagi.Ahmad mengalihkan pandangan itu dan memerhati cermin pandang kanannya.Malas dia bertembung mata dengan Siti lagi.Tanpa berfikir panjang dia membelokkan stearing keretanya dengan pantas.Dia melepaskan geramnya itu dan hinggakan Siti hampir terhantuk kepalanya pada tingkap cermin kanan itu.Aliff juga hampir tersungkur ditepinya.

“Wei..sabar bro……bahaya kau bawak macamnih…”Kata Aliff.Dia faham dengan reaksi itu.Aliff tahu Ahmad terasa hati dengan kata-kata Siti.Wajahnya berubah menjadi merah padam menahan marahnya.Dia merenung kembali pada wajah itu melalui cermin depannya.Siti tidak mampu bertahan merenung mata yang tajam itu sekali lagi.Dia juga tahu Ahmad berkecil hati dengan kata-katanya.DIAM.Tidak ada sepatah katapun lagi yang terungkap didalam kereta.SUNYI.Aliff juga menjadi buntu.Tidak tahu mahu berkata apa.Sesekali Siti melihatnya lagi.Namun masih terpancar rasa marah Ahmad padanya.

“Hah!!Sampai dah kita….”Aliff bersuara memecahkan kesunyian.Cepat-cepat Aliff keluar dari keretanya.Siti juga.

“Liff….aku pergi dulu.!!”Kata Ahmad.Kelat wajah Ahmad tadi.Memandang pada mereka pun tidak.TEGANG.Terpinga-pinga mereka berdua mendengar kata-kata Ahmad.Laju dipacu keretanya.Berlalu meninggalkan Siti mahupun Aliff.

“ishhh….Siti lah nih!!”Aliff menyalahkan Siti saat ini.Dia tahu Ahmad marah dengan ungkapan benci dari Siti itu.

“Dahlah!!Dah lambat nih..kesian kak Irma dari tadi tunggu kita…”Siti mengelak dari memikirkan tentang Ahmad.Ada benarnya kata-kata Aliff tadi.Namun Siti malas untuk memikirkannya.

“Ari dah la hujan…ishhh..risaulah Along dengan Ahmad nih..bahaya bawa kereta laju-laju…jalan dah la licin..ishhh..”Aliff mengomel lagi.Siti jadi buntu.Berkerut dahi Siti saat ini.Benar juga kali ini dengan kata-kata Alongnya.Dia jadi risau.Dipandangnya kebelakang,melilau matanya mencari-cari kelibat kereta Ahmad diluar kawasan hospital.Manalah tahu kalau-kalau Ahmad berpatah balik meletakkan kereta ditempat parking yang tersedia di situ.Namun kemahuan hatinya tidak kesampaian.Dia semakin kacau.Resah.

Tiba-tiba sayup-sayup kedengaran bunyi telefon bimbit Siti,ONE IN A MILLION dari BOSSON.Cepat-cepat dirabanya didalam beg kecil yang disilang pada badannya.

“Ti..Along masuk dululah..”Sempat Alif mencuit bahunya.Siti mengangguk.Tidak sempat mendongak kerana mencari telefon bimbitnya.

“Hello……”Siti menyapa.

“Betul kau benci aku???”Tersentap Siti mendengar suara itu.Bahasa yang agak kasar dari Ahmad.Tajam kata-katanya melanggar gegendang telinga Siti.

“Apa nih??”Siti cuba mengelak dari menjawab soalan itu.

“Benci benar kau dengan aku sekarang nih yeh??”Kata Ahmad lagi.Tersandar Siti didinding luar bilik di wad itu.Tangannya menutup mulut.Rasa bersalah juga menyinggah di hati.dia tidak sengaja berkata begitu.Namun sudah pun terlepas cakap.

“Siti!!Aku tanya kau nih!!Betul kau benci aku??”Tegas soalan itu dari mulut Ahmad.Siti tunduk.Sebak menyalahi diri.Tidak dapat bersuara.Kelu lidahnya sekarang.

“Jawab Siti!!jawab!!”Disambung kata-katanya.

“Arghhhh….arrgggghh…”Lidahnya kelu.

Tiba-tiba………………

“PONNNNNNNNNNNNN”Kuat kedengaran bunyi hon didalam telefon Siti.Bingit.

“TUT…TUT…TUT…….”Talian terputus!Dicuba Siti menghubunginya berkali-kali.Namun tidak berjawab.Terketar-ketar jarinya memicit butang hijau di telefon bimbitnya.Jantungnya berdegup kencang.Resah!Dicuba lagi menelefon Ahmad.GAGAL!Hampa juga dia mencuba.Beberapa saat selepas itu telefon Siti berdering pula.

“Hello……”Siti bersuara.

“Hello..hello..siapa nih..hello…….tuan kereta nih accident….hello helooo…”

.-TAP-talian terputus.Didail beberapa kali lagi nombor telefon Ahmad.Namun Siti gagal.

“Aaaabanggggg…….”Siti buntu.Terduduk Siti tidak berkata apa-apa.Sesuatu telah berlaku!!AHMAD!!Tiada lain difikiran Siti.Ahmad dalam bahaya.Bagai tertiarap Siti disitu juga.Longlai tubuh badannya saat ini.Bercucurah airmatanya membasahi pipi.Tersandar dia di tepi dinding.BUNTU!!Mujurlah kedudukan bilik ibunya agak tersorok dari orang ramai.Siti menangis tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

“Abangggg…..”Menangis Siti seorang diri di situ.Memeluk kedua-dua lututnya.

“eh..Siti kenapa nih..?Irma keluar dari bilik mak Nah.

“Dik…kenapa nih???.”Meluru Irma mendapatkan Siti.Irma memegang wajah Siti.

“Abang Ahmad accident…..”Terketar-ketar suara Siti saat itu.

“Hah!!Apa??”Irma terkejut mendengarnya.

“Kat mana dik…??Soal Irma.

“Tak tahu kak….”Siti memeluk Irma.Mereka buntu.Siti memeluk kemas pelukkan Irma.Timbul rasa bersalahnya pada Ahmad.

“Jap..akak panggil Along…”Cemas Irma saat ini.Cepat-cepat dia cuba mendapatkan Alongnya.Siti sendirian diluar bilik.Tersandar di tepi dinding.Bertubi-tubi rasa bersalahnya datang menghentam hati.Segala kenangannya bersama Ahmad terimbau kembali.Bercucuran airmatanya mengalir ke pipi.

“Abangggg…maafkan aku……………”Dipejamkan matanya rapat.Terduduk Siti sekali lagi di situ.

“Abangggggg…maafkan Siti……”Tiada ungkapan lain yang mampu diungkap lagi.Wajah Ahmad datang kembali dimatanya.Renungan yang tajam sebentar tadi membuatkan hati Siti luluh menyesali diri.Dia menangis tidak henti-henti………..YA!TUHAN-KU…AKU MOHON KAU SELAMATKAN DIA…AKU MOHON.....YA!ALLAH….SELAMATKANLAH DIA…..SELAMATKANLAH DIA………….-AMIN-

Selasa, 26 Oktober 2010

SEPTEMBER MUSIM CINTA-BAB 23

“Tepi lah!!”Suha menepuk buntut Ahmad.Ahmad menepis tangan Suha yang sudah tersedia memukulnya.Dia berganjak dari depan televisyen.Dari tadi dia mundar-mandir di situ.Suha menjeling tajam padanya sambil menjamah keropok keping yang digorengnya tadi.Suha yang sangat asyik menonton naik baran juga dibuat kerana mengganggu penglihatannya.Ahmad memandang Suha.Dia tersengeh.Lupa dia saat itu adiknya sedang ralid dengan drama kesukaanya petang itu.SIONG.Ahmad berlalu ke dapur pula.Tidak senang duduk dibuatnya.Ada gundah yang mengacau jiwanya.

Mak Anum yang tengah mengacau air,menoleh sambil melihat gelagat anaknya, Ahmad yang tidak keruan itu.Diperhatikannya lama.

“Mak tengok macam ada yang tak kena je nih…..kenapa?”Soal Mak Anum yang masih menanti jawapan dari Ahmad.Ahmad hanya senyum.Dia mengacau lagi air didalam teko diatas meja makan itu.Dua beranak ini bertentang mata.Ahmad datang menghampiri ibunya.Dia duduk dikerusi berdepan dengan Mak Anum.Jari telunjuknya menggores-gores meja.Terkadang menggaru lehernya yang tidak gatal itu.

“Ada yang tak kena ni kan….apa..?Cakaplah….”Mak Anum tenang menanti jawapan.Dia kenal benar dengan anak jantannya itu.Dahi berkerut-kerut.Muka kelat mengukir senyum,kegelisahan itu terpancar diwajahnya.

“Ada apa nih…cakaplah…”Mak Anum setia menanti.Dia menarik kerusi dan duduk ditepi Ahmad.Ahmad masih menggores-gores jarinya di meja makan.

“Ishhh..janganlah buat cam tuh,sengal gigi mak lah!!”Mak Anum menepuk tangan Ahmad.Berhenti dia berbuat begitu.Kedua-dua keningnya terangkat.Bergaris-garis dahi Ahmad saat itu.

“ermmm…..Mak..!!”Suaranya terputus di situ dan digaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.Dia tunduk dan sesekali melirik matanya pada Mak Anum.

“Apa….cakaplah!!”Mak Anum menanti penuh kusyuk.

“ermmm……erm…………..”Dia menggaru-garu lagi kepalanya,bibirnya seperti biasa diketap-ketapkannya..

“Apa…cakap la cepat…ishh…”Mak Anum meninggikan suara.Ahmad tetap menggaru kepalannya berulang-ulang kali.Tidak tahu mahu dimulakan bicara.Senyap seketika.Namun dua beranak ini sesekali bertembung mata.

“Apa……cakaplah…..Mak dengar nih..”Kata Mak Anum setia menanti.

“Mak!Pinangkan Siti untuk Abang..!?!”Sangat jelas butir-butir ayat dari Ahmad.Tertelan jua air liurnya itu.Begitu juga dengan Mak Anum.

“Hah??Apa?!”Mak Anum sentap.Air yang dicurah kedalam cawan terbabas dek kata-kata Ahmad.Tumpah.Ahmad bangun dari duduknya dan segera mencapai kain pengelap di kerusi sebelah kirinya.Cepat-cepat dia membantu mengelap air yang tertumpah tadi..Mak Anum terpinga-pinga sambil menggaru kepalanya juga.Mak Anum bangun dari tempat duduknya pula.Dekat dia menghampiri Ahmad.

“Demam ke apa kau ni Bang…?”Tangan Mak Anum menyentuh dahi Ahmad.Hampir-hampir tidak percaya orang tua itu dengan kata-kata anak sulungnya itu.

“Mak ni orang cakap serius…kata demam pulak….”Kata Ahmad.Dia melangkah ke sinki membasuh kain pengelap tadi dan datang kembali menarik cawan dekat dengan tangan ibunya yang duduk semula dikerusi.Dia meneguk air kopi yang telah diisi tadi sambil diperhati oleh Mak Anum.Lega.Dia sudah melepaskan rasa yang terbuku dihatinya.

“Bang…….bukan ke Siti tuh dah ada yang punya………?”Mak Anum cuba menjelaskan.Panjang helaan nafas mak Anum ketika itu.Ahmad melirik matanya pada Mak Anum sambil menggaru kening kanannya.Gatal.

“Mak Abang tak kira…Abang nak Mak pergi pinang Siti untuk Abang jugak!!”Ahmad semakin berani dengan keinginannya.Tegas kata-kata Ahmad tadi.Dia bangun dari duduknya.Dia menuju keatas rumah.Masuk kedalam biliknya.Mak Anum melihat gelagat anaknya itu.Dia jadi serba salah.Dia juga bangun dari duduknya semula,perasaannya juga bercampur-campur saat itu.Gelisah.Kata-kata anaknya sebentar tadi terjawab dek persoalannya selama ini.Tidak dia menyangka Ahmad masih suka pada Siti.Pernah Ahmad menyuarakan isi hatinya itu setelah beberapa bulan Ermiza memutuskan pertunangan dengan anaknya.Puas dipaksa akhir Ahmad bersuara juga,menceritakan hal sebenar yang berlaku antara dirinya dan Ermiza padanya.Tidak lama dari peristiwa itulah Ahmad menggagahi hatinya berkongsi cerita dengan ibu tersayangnya mengenai hubungannya dengan Siti..Terkejut juga Mak Anum dengan pengakuan Ahmad tentang hubungan itu.Dia sangat teruja mendengar pengakuan Ahmad waktu itu.Namun kesilapan Ahmad meninggalkan Siti dan memilih Ermiza membuat hatinya juga patah.Ingin benar saat itu mahu meminang terus Siti buat anaknya,namun Mak Anum terpaksa menyimpan hasratnya untuk melamar Siti setelah dia sendiri melihat gambar Siti dan Dafi sikit masa dulu dan Ahmad terpaksa menyekat kemahuan hatinya.Tidak jadi Mak Anum pergi merisik Siti waktu itu.Ahmad dengan segeranya mematikan hajat dihati kerana dia sudah berputus harap.Melihat gambar-gambar Siti bersama kekasih baru dan kesahihan kata-kata Yusra dan Najihah yang sebegitu rapat dengan Siti itu memusnahkan impian Ahmad untuk memujuk mahupun menjalinkan semula kasih yang terlerai.Mak Anum terpaksa akur dengan kehendak anaknya.Tidak mahu dipaksa ataupun memaksa.Walau cuba dinasihati menghubungi Siti.Ahmad tetap bertegas dengan pendiriannya.Tidak mahu diganggu gadis itu.Mana mungkin Siti mahu kembali semula memintal kasih dengannya.Kesilapan Ahmad dulu sangat-sangat meremukkan hati Siti.Dia malu untuk mengakui kesilapannya.Apatah lagi mengganggu Siti yang sudah bahagia itu.Namun tidak tahu mengapa sekarang ini Ahmad begitu bertekad dengan keinginan hatinya yang membuak-buak hingga dia tidak peduli Siti yang sudah memiliki kekasih hati.Dia begitu tercabar dengan kepulangan Siti apatah lagi kata-kata Aliff semalam sangat mengganggu fikirannya.

Mak Anum juga tidak senang duduk di dapur.Dia naik ke atas menuju ke bilik Ahmad.Masih mahu mendapatkan kepastian sekali lagi.

“TUKK!!TUKK!!”pintu bilik Ahmad diketuk Mak Anum.

“Bang……”Mak Anum memanggilnya diluar bilik.

“Ye Mak..”Sayup suara Ahmad kedengaran.

“Buka pintu nih..mak nak cakap sikit...”Kata Mak Anum.Ahmad datang membuka pintu biliknya.Mak Anum meluru masuk.Dia menarik lengan Ahmad.Ahmad mengekor saja.Duduk mereka berdua diatas katil Ahmad.Suha asyik berbaring di kerusi depan televisyen rumahnya.Tidak tahu apa-apa.Namun sempat dia mengalih pandangannya itu pada jangkahan ibunya sebentar tadi.

“Pasti ada yang tak kena nih….Ni mesti kes berat nih…..kalau tak mahunya Abang duk mundar-mandir depan aku tadi..hemmmm……jeng.jeng..jeng….”Suha bangun dari baringannya.Perlahan-lahan kakinya menjinjit memijak lantai rumah.Dia datang betul-betul mengendap ditepi pintu bilik Ahmad.Sangat berhati-hati Suha saat itu.Memasang telinganya ditepi langsir bilik itu.

“Abang pasti ke kali nih nak suruh mak pinang Siti??”Soal Mak Anum.

“Mak…Abang nekad kali nih mak..soal Siti setuju atau tidak itu hak dia…pada Abang…inilah masanya….belum cuba belum tahukan mak??!!”Sangat berkeyakinan Ahmad kali ini.Dia tekad.Sudah tidak mahu lagi tenggelam dalam arus yang makin menjauhkan dia dari Siti.

“HAH!!???Abang nak pinang Kak Siti??Biar betul…..Ishhh….cam best jerrr..story nih..ihikkk……”Suha tetap memasang telinganya.Hatinya mula berbunga kembali.Girang mendengar kata-kata Abangnya itu.Tidak peduli lagi soal lain.Terutamanya soal Siti dan Dafi.Suha juga pernah melihat gambar-gambar Siti bersama Dafi dalam facebook Siti dulu.Hatinya juga tidak keruan melihat gambar-gambar itu.Tidak mahu mengkritik atau memujuk kak Sitinya.Bimbang Siti marah pada Farina yang berjanji memegang rahsianya dengan Ahmad sikit masa dulu.Saat ini apa yang difikirannya hanyalah satu!SITI DAN AHMAD!Terpancar jalan yang terang didepan matanya kini.Senyum meleret Suha dari tadi.

“GUPP”Kepala Suha terhantuk dek bucu dinding permukaan tepi pintu bilik Ahmad.Mereka di dalam bilik terpandang.Agak terkejut dan mengintai cari datang dari mana bunyi tadi.Kelihatan Suha sedang menggosok kepalanya yang agak sakit terhantuk.Jelas Suha ada di situ samar-samar sebalik langsir bilik Ahmad.

“Suha!!”Tegas suara Ahmad saat itu.Mak Anum melirik tajam.Suha tersentap malu.Dia tunduk sambil menggosok-gosok kepalanya.

“Buat apa kat situ!!?”Soal Ahmad pada adiknya.Tajam juga renungannya pada Suha.Suha datang mnghampiri mereka.Rasa bersalah berbuku di hati Suha.

“Suha buat apa kat situh!!”Ahmad menyoal sekali lagi.Mak Anum hanya memerhati.Tidak mahu bertanya.Terdetik dihatinya Suha sedang mencuri dengar sebentar tadi.

“Ermmm..sorry..Suha tumpang dengar…ermmm…sorry…”Suha hanya mampu memohon maaf.Dia masih tunduk mengaku kesilapan.

“Abang tak suka Suha buat macam nih…!!”Ahmad bangun menghampirinya.Suha makin kecut,hatinya berdegup kencang.Mak Anum resah.Bimbang diperbuat sesuatu oleh Ahmad pada anak bongsunya itu.

“Abanggg….”Mak Anum cuba menarik lengan Ahmad.Namun tidak sampai dicapai.

“Tengok…!!”Ahmad datang rapat pada Suha.Dia menyelak rambut Suha dan meniup-niup dahi adiknya itu.Suha tunduk dan hatinya menjadi sebak.Dia terus memeluk Ahmad.Tidak tahu mengapa hatinya seperti disiat-siat saat ini.Sebak.Terasa juga seperti menanggung sama apa yang Abangnya rasa.Menyimpan rasa cinta beberapa tahun ini terhadap Siti.Pasti begitu banyak kerinduan yang menggumpal hati..Suha tahu Abangnya sudah tidak mahu terus menyiksa diri.Sudah tiba masanya Ahmad bangkit dari kegagalan cinta lamanya.Dan perlu merebut kembali cintanya yang mungkin sudah tiada buat Siti.

Suha memeluk erat Abangnya itu.Seperti tidak mahu dilepaskan.Sayangnya melimpah-limpah pada Ahmad.Terasa dia sangat disayangi saat itu walau pada mulanya dia menyangka Ahmad datang mahu menampar atau mungkin diherdik sekejap tadi.Namun dugaannya itu salah.Ahmad senyum dan membalas pelukkan darinya.Suha bernafas lega dan tenang dipelukkan Ahmad. Mak Anum senyum sambil menggosok dadanya melihat dua beradik itu.Dia menarik nafas lega.Ada sebak juga yang bertanda dihatinya.

“Maaf bang….”Dalam suara Suha mengukir kata maafnya .Dia sudah menangis.Terharu hatinya mendengar berita itu.Walaupun masih tidak pasti sama ada Siti menerima atau pun menolak lamaran Ahmad.Dia tetap merasa sebak.Padanya ini adalah permulaan yang baik dari Abangnya.Suha melepaskan pelukkan itu.Dia mengelap airmata kegembiraannya.Mak Anum yang memerhati juga sedang mengelap airmatanya.

“Takpelah..Abang tak marah pun..saja je tadi tuh…lain kali tak payah intai-intai…..masuk je lam bilik Abang..”Kata Ahmad.Suha senyum kambing sambil mengelap airmatanya..

“Eleeeh…kalau masuk terus pun pasti Abang marah…”Kata Suha yang mula senyum padanya itu.

“Mana ada..tak marah pun…”Ahmad pula bersuara.Mak Anum senyum menggosok bahu Suha yang datang duduk sebelahnya sebentar tadi.

“Yer ke tak marah….??”Suha mengesat airmatanya yang yang masih berbaki.

“Tak marah laaaaaa…”Ahmad mencubit pipi gebunya itu.Suha menepis.Sakit.Dia menggosok pipinya pula.Agak sakit dicubit Ahmad.

“Eeeeleh..mengada-ngada…dulu Kak Siti ada lam bilik nih Abang marah sakan kat dia!!Inikan pula Suha…..tak tau la Suha macam mana pulak kena marah kalau main serbu masuk jerk..…ntah-ntah kena tendang terus tercampak keluar tingkap tu ha…..ihik!”Suha berseloroh.Jari telunjuknya menuding ke luar tingkap.Mak Anum senyum meleret.Ahmad pun.Terbayang wajah Siti saat itu.Gadis secomel SIti itu memukulnya dengan kotak tisu sewaktu dia cuba memujuknya dan tidak terlepas ingatannya terbayang juga wajah itu mencuit hidungnya sebulan yang lalu.Kerap benar ingatan itu datang mencuit hatinya.Semakin sayang mahu melepaskan Siti begitu saja ke tangan orang lain tanpa mencuba untuk kedua kalinya ini.Namun dia tidak mahu lagi memujuk Siti.Biarlah dia hanya mewaliki ibunya.Andai masih ada cinta buatnya.Pasti Siti akan kembali menyemai kembali taman hatinya yang sekian lama kontang itu.Pun begitu tetap ada kesal yang sangat menebal tatkala dia begitu tegar menyakiti Siti dulu.Cinta yang dicurangi dulu apakah masih ada ruang untuknya kembali.Itulah yang sentiasa mengganggunya akhir-akhir ini.Dia kembali menarik nafasnya yang tidak lega.Wajahnya kembali tegang.Terduduk dia di kerusi tepi meja di biliknya.Suha dan Mak Anum memerhati.Ada sesuatu yang berbuku di hatinya saat ini.

“Kenapa Bang….”Soal Mak Anum.

“Hemmmm…entah la Mak…..”Panjang dihela nafasnya.

“Berdoa banyak-banyak Bang..mohon semoga Allah membuka pintu hati kak Siti buat Abang…..GOOD LUCK!!”Suha bangun dari duduknya.Dia menepuk bahu Ahmad.Kelat Ahmad senyum padanya.

“Suha…jangan bagitau siapa-siapa tau…tak sure lagi nih……”Ahmad memesan pada Suha.

“Laaaa.apa yang tak sure nya….Caiyok!Caiyok!”Kata Suha yang menggenggam tangannya pada Ahmad sambil berkata dalam bahasa Jepun.CAIYOK iaitu BERUSAHA!!Suha senyum.Dia mengenyitkan matanya dan jari telunjuk dan jari hantunya diangkat pada Ahmad sekali lagi.PEACE!!Ahmad menggeleng-gelengkan kepalanya.Senyum. Suha melangkah keluar dari bilik Ahmad.Hatinya berlagu riang.Terasa seperti mahu meroyan.Suka dia dengan apa yang didengarinya tadi.Kedengaran lagu SELAMAT PENGANTIN BARU dari Allahyarhaman Puan Sri Saloma didendangkan oleh Suha menuju ke dapur.Tersengeh Mak Anum dan Ahmad mendengar suara Suha menyanyikan lagu itu.NAKAL!!

“Heiii…Suha..Suha…ada-ada aje la budak tu…”Kata Mak Anum.Mereka sama-sama menggelengkan kepala.Ketawa.

“Apalah Suha tu mak….ahak…nakal tul la…”Ahmad mengetap bibirnya.Lucu dengan nyanyian tadi.Masih tersenyum dia dengan keletah Suha tadi.

“Abang……Mak harap abang pikir sekali lagi..pikir masak-masak…Mak memang dah lama suka Siti…Mak tak de hal kalau nak pegi pinang dia..tapi seelok-eloknya Abang cakap sendiri dulu dengan Siti.Itu yang lebih baik…sekurang-kurangnya kita tahu apa jawapan Siti nanti……”Mak Anum juga bangun dari duduknya.Dia mahu memberi ruang pada Ahmad untuk berfikir sedalam-dalamnya.Ada benar juga kata-kata dari ibunya itu.Dia mengangguk.Namun belum pasti mahu digagahi hatinya bertemu kembali dengan Siti.Membincangkan tentang hati.Sukar namun perlu dicuba.

“Mak..doakan untuk Abang ye…..”Dia berkata dan mengharapkan restu dari ibunya.Ahmad duduk dan cuba berbaring dikatilnya.Mak Anum mengangguk sambil mengukirkan senyuman.Dia melangkah menuju ke luar.Dia membiarkan Ahmad sendiri melayani hati yang rawan.Berbaring kembali Ahmad di katilnya.Meletakkan lengan kanannya di dahi petang itu.Lama dia menyelami diri.Gundah jua yang tiba.Bimbang Siti menolaknya…

****

Ahmad masih termenung dalam biliknya. Dia bangun semula dari baringan.Lama dia duduk di situ.Tiba-tiba wajah Aliff menyinggah di matanya.Suaranya lagi jelas di telinga Ahmad.Semalam dia bertemu Aliff di kedai kopi.Lama mereka berborak.Teringat Ahmad dengan kata-kata Aliff padanya waktu mereka asyik bersembang semalam.Semalaman Ahmad tidak lena tidur.Mengenang tentang apa yang dibicarakan Aliff.Apatah lagi cerita itu menganai Siti.Kerana itu lah Ahmad berani menyuarakan hasrat untuk meminang Siti pada ibunya.

Ahmad menjadi semakin kacau dari semalam tidak lena tidurnya..Jiwanya semakin sakit.Hatinya tersiat-siat dek kesilapannya sendiri.Gelisah dia memikirkan Siti.Semakin takut dia akan kehilangan Siti darinya…Jantungnya laju berdetak.Tidak bisa ditahan mahupun diredakan.Mahu saja saat ini ke rumah Siti dan menikahinya.Biar Siti tahu begitu dalam cintanya kini terhadap Siti.Suara Aliff datang kembali berbisik-bisik ditelinganya.Dia meramas-ramas rambutnya.Sakit namun hanya dengan cara itu dia mampu melepaskan kegelisahannya.Suara itu tetap berbisik ditelinganya.

“Hemm…nanti lepas Irma kawin…Siti pulak…….hemm….nampaknya aku pun kena kawin jugak nih Mat…”Aliff berseloroh.Namun sebentar tadi Ahmad sentap bilamana Aliff menyebut soal Siti.Hatinya jadi gelisah.Jiwa bertambah kacau.

“Kenapa??Siti dah nak kawin jugak ke?”Ahmad cuba menutup rasa resahnya.Roti canai yang dijamahnya tadi semakin perlahan disuap ke mulutnya.Aliff masih rancak menyuap nasi goreng.Tidak tahu apa-apa.

“Agaknya la….katanya hari Irma nikah….keluarga Dafi tuh nak datang rumah..mungkin merisik terus kot…..”Kata Aliff.

“Siapa Dafi?”Ahmad yang sedia tahu nama dan sudah melihat gambar lelaki itu,pura-pura menyoal ingin tahu.

“Bakal suami Siti….belajar sekali kat Australia nun….alah yang Najihah bagitau ari tuh la kat mak kau tuh…apa??yang dia tengok Facebook Siti kat umah kau tuh…...”Kata Aliff lagi.

“Ooooooo…budak tu eh…”Ahmad mengiakan.Aliff mengangguk.

“Dah kau nih…perlahan jer jamah roti apsal?Sakit???”Aliff menyoal.Ahmad tertelan air liurnya.’Sakit’ yang dimaksudkan Aliff itu membuat dia jadi betul-betul sakit.Seperti diperli rasanya.Tapi tidak mungkin Aliff tahu tentang mereka.

”Tidak mungkin Siti menceritakannya.”Bisik hati Ahmad.

“Ishh….sakit apa pulak…ni…..kuah kari nih sikit sangat…tak ummppppss la..”Sempat Ahmad mengelak kata-kata Aliff.Walaupun Aliff tidak tahu tentangnya dan Siti.Ahmad tetap menutup rasa gundah dihatinya.Bimbang kalau-kalau dia sendiri yang membocorkan rahsia hatinya itu nanti pada Aliff.Terkadang terfikir juga dia mahu menceritakan pada Aliff tapi masih dia bertahan.Tidak mahu mengeruhkan keadaan.Risau kalau-kalau kisah yang lama dibangkit kembali oleh Aliff.Terutama kisah sewaktu mereka berdua difitnahkan dulu.Mungkin diungkitkan kembali.

Ahmad bangun dari duduknya mengambil kuah roti canai di kedai Wak Lu.Lelaki 40-an itu sedia membantu Ahmad menceduk kuah kari kedalam piring yang dihulurkan Ahmad tadi.Aliff masih ralid menjamah nasi gorengnya.

“Terima kasih Wak….”Dia dan Wak Lu berbalas senyum.

“Shama-shama…”Pekat jawa Wak Lu masih ada walaupun sudah hampir 15 tahun tinggal di sini.Bernikah dengan Ashikin yang kecil molek anak tuan empunya Restoran roti canai ini.Mereka dikurniakan 7 orang anak.Namun Ashikin masih rampin menjaga tubuh badannya.Itulah yang membuatkan Wak Lu sangat sayang padanya.Wanita berketurunan india itu sangat disayangi suaminya.Jarang Ashikin di izinkan Wak Lu keluar dari rumahnya.Cemburu Wak Lu sangat kuat.Namun Ashikin seorang isteri yang solehah.Sangat menghargai suami dan mencurah-curah kasihnya pada anak-anak.

Selesai makan di restoran Wak Lu tadi,Ahmad menghantar Aliff balik ke rumah.Lampu depan rumah Aliff tidak terpasang.Agak gelap laman rumahnya.Namun masih kelihatan kelibat seseorang di serambi.Nyalaan lampu telefon bimbit ditepi telinga seseorang sangat jelas kelihatan.

“Oklah Mat..terima kasih la belanja aku tadi…”Aliff senyum padanya.Dia membuka pintu kereta Ahmad.Mata Ahmad tertumpu pada nyalaan cahaya ditelinga seseorang itu.Dia merenung kelibat dalam gelap itu.SITI!!

“Kau intai sapa Mat??”Aliff menyoal.

“Tak de siapa-siapa lah..”Ahmad tunduk seketika.

“Siti tuh..biasalah….bergayut dengan buah hati..kenalah gelap-gelap…baru romantik..”Aliff mencebik mulutnya diluar tingkap kereta Ahmad.Dia juga memerhati keletah Siti yang sangat mesra ditalian.Ahmad jadi cemburu.Sinis dia senyum pada Aliff.Hatinya jadi sakit.Lama diperhati.Siti datang sedikit dibucu serambi.Sengaja dia berbuat begitu.Supaya dia boleh membuktikan kepada Ahmad,dia mampu memiliki cinta yang lain tanpa Ahmad.Ahmad cepat-cepat mengalihkan pandangannya.Malas ditenung lama-lama.Hatinya bakal dicalar Siti.BENCI!!

“Mat..apsal?cemburu ke?”Soal Aliff tiba-tiba.Ahmad jadi sentap.

“ishhh..kau nih ke situ pulak!!Oklah!Aku balik dulu!Assalamualaikum…”Cepat-cepat dia melibas stearing keretanya.Pedih hatinya saat itu.Kata-kata Aliff sebentar tadi juga buat dia jadi gelisah.Apakah Aliff perasan dengan riak pandangnya pada Siti sebentar tadi.Atau mungkin cemburunya itu jelas terpancar dimukanya….Dibiarkan Aliff terkumit-kumit menjawab salamnya.Aliff melambai tangannya.Ahmad mencuri pandang dari cermin kirinya.Gelap.Namun masih nampak bayang Si Aliff.Apatah lagi bayang Cik Siti kembang semangkuknya dulu itu,sangat jelas terpancar dek lampu keretanya sebentar tadi.Siti sempat juga mengelak cahaya yang terpantul terang kearah matanya.Sengaja sebenarnya Ahmad membuka lampu tinggi pada nyalaan lampu depan keretanya itu.CEMBURU!!

****



“Siapa tu Long??Tau la ada kereta besar…dah berduit..tapi jangan la suluh kita yang bergelap nih…..”Siti menggosok-gosok matanya yang pedih dek cahaya tadi.Aliff naik melangkah satu persatu tangga rumahnya.

“Lagi mau tanya ka…..”Agak senget senyuman Aliff pada Siti.

“Tak nampak ….Silau……….”Siti memuncungkan mulutnya.

“Kekasih awal dan akhir Siti la tuh…Che Ahmad Si pengembala kambing……”Usik Aliff.

“Huh!!Tolonglah Long….takde maknanyaaaaaaa..”Senget juga mulut Siti cuba menafikan kebenaran.Tidak suka diusik begitu.Siti memasukkan telefon bimbitnya kedalam poket baju tidurnya.Dia berjalan menuju ke muka pintu rumah.Dia sudah berada di depan Alongnya.Aliff memengang lengan Siti.Siti tersentap.Dia berpaling melihat wajah Alongnya dalam gelap.

“Sayang Abang Ahmad tak…?”Tiba-tiba soalan itu terkeluar dari mulut Aliff.Siti terkejut.

“Apa nih Long!?!”Siti jadi kalut.Jiwanya kacau.Jantungnya berdegup kencang.

“Kalau sayang cakap…jangan pendam..nanti terlepas lagi….”Aliff melepaskan genggaman tangannya pada lengan Siti.Dia menepuk-nepuk pipi adiknya itu.Senyum.Namun lain benar senyuman Aliff kali ini.Seperti mengharap Siti pulang kembali pada Ahmad.Aliff melangkah laju dan membuka pintu depan rumahnyadan masuk kedalam rumah.Ada sesuatu yang tersedia diketahui Aliff tentang dia dan Ahmad.Siti bingung.Entah dari mana Aliff dapat menghidu hubungannya dengan Ahmad dulu.Terduduk Siti di kerusi luar rumahnya.Dia menggigit-gigit kukunya yang tidak panjang mana itu.Hati yang mahu membuat Ahmad cemburu tadi tidak lagi menguntum suka.Dia mengucau-ngucau rambutnya hingga kusut dan dibetulkan semula.

“Huh!!Ahhhh!!”Hampir gila dia sebentar tadi mengingati kata-kata dari Alongnya.

“Dah-dah la tuh..masuk…bahaya udara malam nih….cepat dapat sakit…….”Aliff datang mengintai Siti dipintu.Sentap Siti sebentar tadi.

“Masuklah..Abang Ahmad tak datang baliknya kat sini...tak yah tunggu..”Aliff tetap mengusiknya.

“Apa ni Long..Ishh rimaslah..”Cepat-cepat Siti bangun dan masuk ke dalam rumahnya.Aliff senyum sampai ke telinga.

“Dik……jap…jap..”Aliff sempat menarik tangan Siti.Siti hampir terjatuh.Berhenti dia melangkah.

“Apa….??”Soal Siti.Dahinya berkerut.Namun hatinya gundah.Jantungnya bergendang-gendang.

“meh duduk sini dulu…..”Aliff menarik Siti duduk di kerusi depan rumahnya.Siti mengikut saja.

“Apa..cepatlah cakap…”Siti menjeling pada Aliff.Mukanya mencuka .Tidak suka dikata sebegitu tadi.Aliff tetap senyum seperti ada taman dihatinya.

“Jap….. nak tutup pintu depan dulu nih….jap!!”Aliff menuju ke pintu depan dan menutup pintu besar rumahnya.Dia datang kembali mengadap Siti.Siti bangun.Malas dilayan Alongnya itu.Tidak mahu mengambil tahu dari mana Aliff tahu tentang mereka berdua.Apa yang terlintas hanya satu.AHMAD.Pasti Ahmad yang berkongsi cerita dengan Alongnya.Itu yang terlintas saat ini.Siti melangkah dari duduknya.Aliff memerhati.

“Jap la Siti!!”Aliff cuba menarik lengan Siti tapi Siti tetap melangkah.Aliff melangkah juga menghampiri Siti.

“TI…….KALAU DIBERI PILIHAN…ANTARA DAFI DAN ABANG AHMAD……..SITI NAK MATI DALAM PELUKKAN SIAPA???”Langkah Siti terhenti.Rasa tertampar dengan soalan itu.Soalan Aliff tadi bisa membuat jantungnya terhenti berdegup.Seperti terhunus dek belati yang tajam juga rasanya.Bergoncang juga jiwanya meratah kata-kata Aliff.Dia menarik nafasnya dalam.Sesak seperti tidak cukup oksigen saat itu.Siti mengiringkan badannya sedikit.Dia melirik tajam pada Alongnya.Senak dadanya mendengar kata-kata itu.

“Cakap apa nih Long..ishhhh gelilah mendengarnya??!!”Siti menafikan kegelisahan.Berkerut juga dahinya.Namun dia sempat mengukirkan senyuman sinisnya pada Aliff.

“Ishhhhh..apa aku mengarut nih….”Kata hati Aliff.Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.Nakal dia mengukiran senyuman pada Siti.Senyuman itu membuatkan pipinya meninggi sampai menutup matanya yang agak sepet itu.Siti menggelengkan kepalanya.

“Ermm..tak ada apa-apalah gurau je tadi…malam-malam biasala..sawannnn…hihiihihhiiihiihhii….dah la pegi lah tidur….bising-bising malam-malam nih kang mak bangun pulak...”Cepat-cepat Aliff menukar topiknya.

“Apsal jiwang sangat malam nih Long..tadi keluar dating eh….”Siti mengusiknya pula.

“Ishhh..mana ada..kuar ngan Che Ahmad je lah!!”Tegasnya.

“Iyeeee la tuh…”Siti memuncungkan mulutnya.

“Ti…..agak-agak malam nih Siti mimpi siapa?Che Ahmad si pengembala tuh ke atau Dafi budak pandai tuh…. ”Aliff sekali lagi membalas usikan Siti.“Along dah melampau nih…..demam ke apa malam-malam buta nih..”Siti naik marah diusik sebegitu.Mencuka dia memandang Aliff.Aliff gelak sambil menutup mulut.Siti memerhati.Geram.

“Along ni kan….Maaa…..”Belum sempat Siti meninggikan suara memanggil Ibunya,Aliff terkam datang menekup mulut Siti.Siti sempat gigit tangannya.Cepat-cepat dia menarik tangannya itu.SAKIT!!

“Adoiii!Isssshhh sakitlah!!.”Kata Aliff.

“Padam muka!!Mulut tuh lain kali jaga eh jangan main tangkap muat jer bercakap tau!!”Siti menampar lengan Aliff dan menjelir juga.Cepat-cepat dia lari masuk ke bilik dan mengunci biliknya itu.Bimbang juga andai Aliff berlari memukulnya pula..Aliff datang rapat ke depan pintu bilik adiknya itu.

“TUKK..TUKK..”Aliff mengetuk pintu bilik Siti.

“Apa lagi Long..??”Soal Siti.

“Semoga malam nih mimpi orang tersayang yeh!?”Aliff masih mengusiknya disebalik pintu bilik itu.

“Selamat malam Long!!”Kata Siti.Malas dilayan Alongnya yang tengah ‘sawan’ itu.

“Selamat malam Ti….ihikkk.”Senyum Aliff berlalu dari bilik Siti.Dia meniup-niup tangannya yang sengal digigit tadi.Siti menyambar selimutnya dan menutup seluruh tubuhnya.Dia berselubung didalam selimutnya itu.Dipejamkan matanya.Memejam matanya sekuat-kuat yang mungkin.Namun mengapa tiba-tiba terngiang-ngiang kata-kata Alongnya menyinggah di telinga.Berkali-kali soalan itu menghentam jiwanya.Wajah Dafi memintas dimata…Wajah Ahmad mencekam jiwanya…Dia menjadi resah…Berbolak-balik hatinya saat ini.

“ANDAI AKU DIBERI PILIHAN………..DAFI ATAUPUN AHMAD……AHHHHHH…..!!”Keluhan Siti semakin menyesakkan.Dipejamkan matanya kembali.Wajah Kedua-duanya datang menghampiri.Kata-kata Aliff benar-benar membuat Siti jadi kacau.Berulang-ulang persoalan itu bermain difikirannya.Dia seperti berada di antara dua simpang jalan yang berbeza.Kanan atau kiri.Tidak tahu mana satu arah yang mahu ditujuinya.

“ANDAI AKU DIBERI PILIHAN…DIA ATAUPUN DAFI…Ishhhhhhhh…..”Sekali lagi suara hatinya bertanya.

“Alongggggggggggg..kenapa kau seksa aku dengan soalan macam nih….arrgghhh…”Siti bangun dari baringannya.Dia meneguk air mineral didalam botol kecik ditepi katilnya.Dia berbaring semula.Malas sudah memikirkan persoalan tadi….Dia menutup kepalanya dengan bantal.Beristigfar Siti malam itu.Akhirnya Dia lena dalam kedinginan malam yang penuh dengan kesunyian itu.

“Abang….mengapa aku hanya mahu memelukmu….disaat-saat begini..kau tetap menjadi pilihanku..peluklah aku bang…..biar aku tenang dipelukkanmu………Abang…….”Siti mengesel-geselkan kepalanya didada Ahmad.Terasa hangat pelukkan Ahmad padanya malam itu.Sekuat mungkin dia memeluk Ahmad di alam mimpinya itu.Menari-nari didalam taman cintanya.Berdua menyemai cinta di singgahsana yang indah.Badannya mengensot sedikit memberi ruang untuk Ahmad menghulurkan tangan mahu memeluknya lagi dalam tarian cintanya.Namun tidak sempat Ahmad mencapainya….

“GEDEBUK”Siti jatuh dari katilnya.

“Arghhh…Adoi….”Cepat-cepat dia bangun dari jatuhnya.MAMAI dia saat itu.Menggenyeh-genyehkan matanya.Sakit namun terlalu mengantuk membuatkan dia kembali nyenyak di katilnya.Mujurlah ibu mahupun Aliff lena malam itu.Tidak mendengar bunyi ‘buah nangka’tergolek jatuh dek mimpi yang indah.Siti menyambung tidurnya.Tersenyum sendiri memeluk kuat bantal peluknya……….LENA……..

Jumaat, 22 Oktober 2010

SEPTEMBER MUSIM CINTA-BAB 22

Siti menutup kedua-dua telinganya.Dia tidak mahu mendengar sebarang cerita mengenai Ahmad.Farina cuba untuk menjelaskan sesuatu,namun Siti bertekad tidak mahu lagi membincangkannya .Farina faham.Tapi dia sudah tidak tahan untuk menyimpannya.

“Ti…dengarlah…aku perlu bagitau kau.”Farina terus menarik kedua-dua tangan Siti ditelinga.

“Tolong la Ina…sudahlah..aku tak nak dengar..!”Siti memejamkan matanya.Farina terpaksa melepaskan.

“Degil!!Sudahlah aku balik dulu!!”Farina jadi marah.Dia bangun dari katil Siti.Siti membuka matanya.Dalam ditarik nafasnya.Siti memuncungkan mulutnya.

“Ina……….Ina……..”Siti membuntutinya.Farina terus menuju ke luar rumah.Berlari dia menuju pulang.

“Inaaaaaaaaaaa….”Siti memanggil sahabatnya itu.Farina tidak berpaling.Hatinya sakit diperbuat begitu oleh Siti.

“Kau dah berubah Ti!!”Dia menggigit bibirnya.Marah!!Dia cuma mahu menjelaskan apa yang berlaku.Namun Siti berkeras sudah tidak mahu lagi mendengar cerita tentang Ahmad.Siti nekad.Siti sudah menyerahkan hatinya pada Dafi.Dia tidak mahu berpaling lagi.

“Maafkan aku Ina……”Siti menarik-narik rambutnya.Kepalanya rasa sakit.Dia sudah menyakiti hati Farina.Siti jadi serba-salah.

“Mak………..mak..”Siti menuju ke dapur.

“Apa Ti…?”Mak Nah yang sedang menyiang ikan di dapur berpaling kepadanya yang berada di tangga

“Siti nak ke rumah Farina kejap..”Kata Siti.

“Ye lah…pintu depan tutup ye….”Pesan Mak Nah.Siti hanya mengangguk.

Cepat-cepat Siti ke rumah Farina.Dia berlari menuju ke sana.

“Assalamualaikum….”Siti memberi salam.

“Walaikumsalam..”Mak Biah menjawab.

“Ina ada mak Biah?”Soal Siti.

“Ada….dalam bilik dia…masuk la…”Mak Biah yang tidak tahu apa-apa menunjukkan jarinya kearah bilikFarina.Siti cepat-cepat naik ke rumahnya.

“Ina…..Inaaaaaa….”Siti mengetuk pintu bilik Farina.

“Tak yah datang umah aku nih….balik la…”Tetiba Farina berkata begitu.Siti tunduk.Dia menyandar di pintu bilik Farina.

“Oklah…aku dengar apa yang kau nak cakap…..bukak la pintu nih..”Siti mengalah.Kepalanya ditempek ke pintu bilik itu.

“Betul kau nak dengar nih?”Tanya Farina.

“Yer...Buka la pintu cepat!!Lenguh aku berdiri nih..cepatlah!!”Siti kebelakang sedikit.Mak Biah hanya menoleh berlalu di tepinya tadi.Senyum.Farina membuka pintu biliknya itu.Dia senyum pada Siti dan menarik tangan kawannya itu.Siti mengekor saja.Mereka duduk di atas katil Farina.Mata mereka bertembung.Siti membongkokkan sedikit badannya.Dia menanti Farina bercerita.Farina merenung wajah kawannya itu.Dia menyentuh rambut Siti.Siti memerhati.Penuh kusyuk dia mengadap kawannya itu.

“Apa kau nak cakap..cepatlah…aku dengar…”Kata Siti.Dia menarik nafasnya dan dilepaskan.Farina tunduk sekejap.

“Ti…..”Dia menarik nafasnya juga.Tidak tahu mahu dimulakan dimana.

“Apa….cepatlah cakap….tadi bukan main nak cerita....”Kata Siti.Dia merenung tajam pada Farina.Farina menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“cepatlah!!”Siti menepuk lengannya.

“jap la…aku nak mula kat ne nih…ermmm…”Farina masih menggaru kepalanya.

“Cakap je apa yang terlintas kat otak kau tuh…”Kata Siti menampar bahu Farina pula.Farina menggosok bahunya yang agak sakit ditampar tadi.Memuncung mulutnya saat itu.

“Ti…..kau ngan Abang Ahmad camne?”Farina menyoal.Siti menatap wajah kawannya itu sekali lagi.Farina tunduk.

“hemmmmm….Aku takde apa-apa dah kan dengan dia,berapa kali nak aku jelaskan…”Siti merenung tajam pada Farina.

“Ti…dia dah lama putus tunang!!”Terang dan sangat jelas suara Farina waktu itu.Siti masih menatap wajah Farina.Dia mengetap bibirnya.

“So???!”Siti mengangkat sedikit mukanya.Agak terkejut namun seperti sudah tidak peduli.“So…??Kau just kata So??Siti….ni peluang kau tau tak…..??”Farina menggenggam tangan Siti.Sepintas lalu terayng kekecewaan yang dihadiahkan Ahmad padanya.

“Dah lah Ina..itu cerita lama….”Siti bangun dari duduknya.Dia sudah tidak peduli.Biarpun ingatannya masih ada terhadap Ahmad,tapi biarlah segalanya di situ.Biarlah.Siti sudah pun menerima Dafi.Tidak mampu rasanya mengecewakan Dafi.Lelaki sebaik Dafi itu,tidak mungkin dia mampu kecewakan.Tidak sanggup!!

“Ti..kau dah tak sayang Abang??”Soal Farina.Terhenti langkah Siti yang mahu keluar dari bilik Farina.

“Sudahlah Ina…cukuplah!!”Siti datang menepuk bahu kawannya.Agak kecewa Farina dengan Siti saat ini.Siti benar-benar sudah berubah.Dia benar-benar bertekad melupakan Ahmad.

“Aku balik dulu…thanks..”Siti hanya mampu senyum pada Farina.Sedangkan saat ini mengapa Farina pula yang merasakan kesakitannnya.Menumpang sedih dengan kekecewaan yang dialami Ahmad dan begitu hampa dengan perlauan Siti.Siti berlalu dari rumah Farina.Berlari dia menuju ke rumahnya.Tiba-tiba hatinya rasa sakit.Pedih bagai dicucuk kembali dek deduri cinta yang lama.Airmatanya membasahi pipi.Cepat-cepat dikesatnya.Dia masuk ke dalam rumah dan terus ke bilik.Lama Siti didalam biliknya.Puas diajak makan oleh Mak Nah namun Siti tetap tidak mahu keluar makan.Dia menangis mengimbau kembali kepahitan hidup yang perlu diredah tanpa Ahmad di sisi.Bercampur-campur perasaannya saat ini.

“Awak……….”Siti menelefon Dafi.Panjang diheret suaranya.

“kenapa nih huh??!!”Tanya Dafi.Siti makin tidak boleh bercakap.Dia menangis.

“Sayang…….Kenapa nih..”Sangat tenang mendengar suara itu.Dia memejamkan matanya.Mengapa wajah Ahmad yang datang menghentam jiwanya.Mengalir lagi airmatanya petang itu.

“Kenapa nih…..cakap la…”Dafi mengharapkan Siti berkata-kata.

“I miss you….”Suara Siti tersekat-sekat.Dia menggenggam baju di dadanya.Terasa sakit meluahkan rasa itu.

“Ohhhh….rindu I rupanya….I miss you too…..”Sangat bermakna kata-kata Dafi itu.Sejuk rasa hati Siti mendengarnya.Namun seandainya dapat diluahkan pada Ahmad alangkah lebih baik saat ini.Namun dia tidak mahu lagi berpaling.Dia bertekad cuba memberi dan terus memberi rasa cintanya pada Dafi.Ada sedikit beban semakin ringan digalas.Tersenyum dia ditalian mendengar kata-kata itu.Terasa sangat disayangi saat ini.Begitu juga Dafi terasa sangat dihargai Siti akhir-akhir ini.

“I miss you…….”Sekali lagi Siti melafazkannya.Dia menekup mulut dan dikesat lagi airmatanya.Terasa ingin terbang memeluk Dafi.Mungin itu lebih baik.

“Aduh!!Dah macam ada panah cucuk hati I tau…hemmmmmm……Anyway..thank you sayang……I pun rindu U sangat-sangat nih...muahhhhh……….”Dafi cuba menyejukkan hati Siti yang tidak keruan itu.Siti tetap mengesat airmatanya.Sayu rasa dihati dihargai sebegitu oleh Dafi.

“Dah la tak mau nangis……dah-dah…kan dah cakap dengan I ni kan…..”Pujuk Dafi.

“I nak jumpa U……rindu sangat……”Siti memejamkan sekali lagi matanya.

“I pun….sabarlah….kita pasti akan jumpa jugak nanti….sabar eh…dah-dah..kesat airmata tuh…..I tengah kerja nih…..jap gi nak gi meeting nih…lepas tu I call u back..ok??!”Dafi tetap tenang ditalian.Memujuk kekasih hatinya yang jauh di mata itu.

“Ok……bai..”Ujar Siti.Dafi mematikan talian telefonnya dulu.Dia agak tergesa-gesa mahu ke bilik mesyuaratnya.Siti menggenggam telefon bimbitnya diribaan.Dia dalam dilemma.Apa yang dilafazkan pada Dafi tadi apakah benar atau sekadar menafikan kerinduannya yang sangat banyak pada Ahmad.Walau sedikit tenang,jiwanya tetap kacau.Bersilih-silih wajah Ahmad menyinggah di depan matanya.Dia tunduk.Makin bingung.Dengan tidak semena-mena ada belas yang sangat banyak dirasai terhadap Ahmad waktu ini.

“Mengapa mereka putus???”Persoalan ini terlintas difikiran Siti.Siti memicit-micit dahi.Terasa berat kepala dia sekarang ini.

Siti bangun dari baringannya.Dia mencapai tuala dan terus ke bilik air.Agak sudah lewat dia untuk mengerjakan Solat Zohor.Selesai solat Siti mengadap ibunya yang hampir siap menjahit baju .

“Dah makan nasi?”Mak Nah menyoal.Siti menggelengkan kepalanya.

“kenapa tak makan lagi…kang tak pasal-pasal perut masuk angin..pegi je la makan!Cepat!.”Mak Nah mengintai Siti dicelah cermin matanya yang diletakkan aras hidungnya itu.

“Yer la..Siti pegi la nih….”Siti longlai bangun dari duduk mengadap ibunya.Mak Nah perasan mata anaknya itu bengkak.

“Siti!!”Agak tegas suara Mak Nah.Dia mencabut cermin matanya itu.

“Apa mak..??”Siti yang baru bangun tadi berpaling kearah ibunya.

“Kenapa mata tu bengkak?”Tanya ibunya.

“Mana ada?”Siti cepat-cepat mengalihkan pandangannya.

“Jangan tipu mak…..kenapa??”Mak Nah bangun dah menghampiri Siti.

“Tak de apa-apa la mak….”Kata Siti.

“Jangan tipu mak…cakap kenapa..?”Siti melirikkan matanya melihat wajah Mak Nah.

“Siti lapar la mak…Siti pegi dapur dululah!”Siti cepat-cepat ke dapur.Mak Nah terpinga-pinga dibiarkan dengan seribu persoalan.Namun Mak Nah tidak memaksa.Andai dipaksa bimbang juga Siti terus tidak menjamah makanan.

“Bergaduh dengan Dafi gamaknya budak Siti nih….hemmmm…”bisik hati Mak Nah.Dia memakai kembali cermin mata ditangannya tadi.

“Ah!biarlah….orang muda…..”Hatinya berbisik lagi.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.Disambung kembali menjahit baju di mesin jahitnya itu.

Selesai makan tadi Siti hanya termenung di depan serambinya.Di intai juga kelibat Farina namun tidak kelihatan.Malas untuk menghubungi Farina.Bimbang kalau-kalau semakin merosakkan hatinya yang berbelah bahagi saat ini.Dia masih mundar-mandir depan rumahnya itu.Mak Nah datang dengan bungkusan kecil ditangannya.

“Ti….ada keje tak?”Mak Nah menyoal Siti.

“tak….”Siti melihat bungkusan ditangan ibunya.

“Nah…pegi umah mak Anum…anta baju Suha..dah siap mak jahit ni ha…”Mak Nah menghulurkan bungkusan itu pada Siti.Siti sentap disebut nama Suha.Dia perlu ke rumah Ahmad.Ah!Tidak!!

“Tak mau la mak…penat…”Siti mengelak.

“penat apanya…macam pikul bukit hari nih..ishhh..pegi la cepat …..cepat…..”Mak Nah seperti memaksa.Dia menolak Siti.Hampir tersungkur Siti .

“Apa ni mak….nasib tak jatuh Siti…..”Siti sempat memaut pada tiang ditepi kanannya itu.Mak Nah senyum.Dia menggosok lengan Siti.Bersalah juga dia tadi.

“Pegi la…..kejap je…..pegi eh..”Mak Nah memujuk lagi.Siti jadi lemah melihat wajah ibunya itu.Kesian.

“oklah…oklah..Siti pegi….”Berat hatinya mahu pergi namun ada sedikit suka mahu ke rumah Ahmad.Tiada paksaan saat ini.Dia menggagahi kakinya menuju ke rumah Ahmad.Siti menarik basikal merahnya yang sudah dibaiki Aliff baru-baru ini.Siti rindu mahu menaikinya kembali.Dipujuknya Aliff berkali-kali.Seperti budak kecil merengek mahu dibaiki basikal itu.Aliff menurut kehendak Siti.

Siti memulakan kayuhan dengan basikalnya itu.Mengapa ada angin kerinduan menyapa dirinya.Laju di kayuh basikal itu.Mahu sangat dia cepat sampai ke destinasi.Menghirup udara segar di petang hari menyusuri jalan-jalan di perkampungannya.Walau agak jauh sedikit dia tetap mahu mengayuh basikal ke sana.Berangan entah kemana-mana.Dia sudah dekat memasuki simpang halaman rumah Ahmad.Tiba-tiba……………

“PONNNNNNNNNN…..GEDEBUKK”Kayuhan Siti terhenti.Basikalnya mencium sebuah kereta Putih.Siti terjatuh dari basikalnya.Terjatuh dia di situ.Tangannya mencium jalan di tepi simpang dekat dengan pintu halaman rumah Ahmad.Tersungkur juga Siti saat itu.

“Dupp”Bunyi pintu kereta ditutup.Siti masih mengesat tangannya sudah terluka itu.Dia meniup pasir yag melekat ditangan dan lututnya juga.Pedih.

“Adik tak apa-apa??”Soal lelaki ditepi kirinya.Jantung Siti bagaikan terhenti.Dia kenal benar suara itu.Siti menoleh sedikit.Ditangan lelaki itu ada dipegang cermin mata hitamnya.Siti melirikkan sedikit lagi matanya melihat perlahan-lahan wajah lelaki itu.Dia datang mencangkung di sebelah Siti.AHMAD!!BAGAI DETIK WAKTU TERHENTI LAGI!!Bertembung mata berpandangan mereka berdua.Terpaku mereka di situ.

“Ya!Allah!!”Suara itu menghentikan lamunan mereka berdua.Ahmad cepat-cepat bangun dari duduknya disebelah kiri Siti tadi.Mak Anum datang menerkam mereka.

“Astagfitullah hal azimmmm..Abang…..eh….Siti…….ya Allah..eh bangun-bangun..”mak Anum panik cuba mengangkat Siti.Siti bingung.Ahmad terpinga-pinga.

“Eh!!budak Ahmad nih…angkat Siti..meh tolong mak….Lailahaillallah……kenapa sampai jadi macam nih……”Mak Anum mengangkat basikal Siti yang jatuh di kakinya.Ahmad membantu menyandarkan basikal di tepi pagar depan rumahnya itu.Siti cuba bangun.Namun buntutnya terasa sakit.Sengal sampai ke pinggang.Tergeliat juga Siti saat itu.Mak Anum memegang lengan Siti.Dia cuba menolong Siti untuk bangun.

“Jap..jap..jap..mak Num..pinggang Siti sakit..adoi….arghhh….”Siti beradoi sakit.Ahmad datang menghampiri.Betul-betul didepannya.

“Boleh bangun tak nih??”Suara garau yang sangat seksi dari Ahmad itu bisa menikam-nikam jantungnya kembali.

“Boleh rasanya..jap…jap.. Siti try…..arghhhhhh…”Siti melihat wajah mak Anumnya.Mak Anum masih membantu.Namun Siti kelihatan agak sakit untuk bangun.

“hemm…….degil!!”Ahmad disebelah merenung Siti.Siti merenung tajam pada Ahmad saat lelaki itu berkata sebegitu padanya.Hatinya jadi panas.

“Degil apanya sakitlah!!”Tinggi juga suara Siti waktu itu.Sudah hilang sabar.Sudah lupa Mak Anum ditepinya.Geram.

“Dah tau sakit….cakaplah…tak payah susah-susah nak bangun bagai…….”Ahmad menyindir.Mak Anum membiarkan dua sejoli ini berselisih faham.Dia hampir senyum.Tapi ditahannya.

“Takkan nak suruh abang dukung pulak….kalau boleh bangun Siti dah….……”Belum sempat Siti habis bercakap Ahmad memangku tubuh kecilnya itu.Mak Anum tersengeh menggeli hati.Siti sentap.Dia sudah berada didukungan Ahmad.

“Eh!Apa nih!!Turun kan Siti..cepat!”Ahmad buat-buat bodoh,tidak mahu mendengar pun apa yang Siti katakan.

“Turunkan Sitilah!!”Siti menumbuk dada sasa Ahmad itu.Namun dibiarkan.Walaupun agak sakit dibuat begitu.Ahmad tetap mendukungnya.Ahmad dan Siti terkadang berbalas jelingan.Ahmad senyum kambing.Siti memuncung.Marah.Mak Anum menyambar bungkusan yang terjatuh dari basikal Siti dan sebelah seliparnya yang terlucut dari kakinya itu juga di pegang oleh Mak Anum.Ahmad terus mendukungnya sampai ke atas rumah.Diletakkan Siti di kerusi depan rumahnya itu.Mak Anum datang duduk disebelah Siti.Malu besar Siti dengan Mak Anum saat ini.Terasa bagai tiada muka saat itu.

“Siti duduk dulu Mak Anum pegi dapur jap”Kata Mak Anum.Ahmad sudah turun dari rumahnya.Dia mengambil keretanya masuk ke laman rumah.Dia naik semula ke rumah.Siti meliar memandang kelain.Malas merenung lelaki itu.Mak Anum datang menghidangkan air suam kepada Siti.Siti bagai orang lupa,meneguk terus air itu sampai habis.Mak Anum senyum meleret.Dia mengesat air yang menitis di bawah dagu Siti.Siti cepat-cepat mengesatnya dengan lengan bajunya.Dia senyum pada Mak Anumnya.Malu juga berkelakuan begitu.Mereka berbalas senyum.

“Bak sini tangan Siti..Mak Anum nak lapkan.”Kata Mak Anum.Siti memandang wajah orang tua itu.Dia menghulurkan tangannya yang luka itu.

“Arghhhh…..aucchhhhh….arrgghhh.”Tapak tangannya banyak luka.,tergesel pada jalan tar tadi.Lututnya juga luka.Ahmad datang kembali dekat dengannya.Dia datang membawa kotak first Aid.Dia duduk bersila depan Siti.Siti jadi segan.Mak Anum bangun dari duduknya.

“Tepi skit bang..mak nak ke dapur jap…”Mak Anum seperti faham.Mahu dibiaran saja mereka berdua.Ahmad mengangkat sedikit lututnya dan memberi ruang Mak Anum untuk melangkah.Mak Anum berlalu.Namun sempat diperhati sambil mengukirkan senyuman yang sangat lebar.

“Meh nak tengok luka……”Ahmad menyambar tangannya.Siti tidak mengizinkan.Siti mengangkat tangannya.Dia meniup-niup tapak tangannya itu.

“Degil eh!!”Ahmad terus menyambar.Kuat dipegang.

“Adoi…sakitlah!!Kasar..!!”Siti membulatkan matanya menjeling pada Ahmad.

“Dah mintak elok-elok tak bagi!!Degil!!”Ahmad melepaskan tangan Siti dan membubuhkan ubat diatas kapas.Siti merenung wajah itu.Lama ditenungnya.Teringat saat dirumah Mak Long Senahnya dulu.Sudah sekian lama kenangan itu namun terasa bagaikan semalam.Dia menarik nafasnya dalamdan dihelakan.

“Aaauucchhh..sakitlah…”Siti mengangkat tangannya.Sakit ditenyeh Ahmad dengan ubat tadi.Sempat juga saat itu Siti curi-curi menilik lelaki bertahi lalat ditepi kening kanannya itu.ASYIK!!

“Tenung Abang yer…….???”Siti sentap.Ahmad masih tunduk dan menyapu ubat di tangannya.Agak kembang hidung Ahmad saat itu.Dia hanya meneka.Namun detak hatinya berkata Siti sedang menilikinya.PASTI!!

“Ah!takde maknanya…perasan!!werrllkk!”kata Siti .Dia menjelir pada Ahmad.Ahmad sempat mendongak.Siti menjelir lagi.Ahmad menggelengkan kepalanya.Dia senyum.

“auuukk…arghhh..Pelan-pelanlah…sakittt…bak sini lah Siti buat sniri..”Siti menyambar kapas ditangan Ahmad.Ahmad memandangnya.Ditenung wajah Siti.Siti tidak memandang.Dia asyik membubuh ubatnya di lutut pula.Ahmad melihat pada lututnya.Kain Siti yang terselak sampai kearas lutut itu bisa membuat hati jantannya menggelegak.Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya.Dia bangun dah duduk disebelah Siti pula.Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.Dia meluruskan tangannya dibelakang Siti.Datang semakin rapat.Siti perasan dengan reaksi Ahmad.Siti mengensot ke kanan sedikit.Tidak selesa.

“Gatal jugak Mat bangla ni eh!!”Hatinya berbisik marah.Walaupun Ahmad sudah tidak berjambang lagi.Namun Siti tetap selesa memanggilnya sekarang dengan jolokan itu.

“Ti…!!”Ahmad menghentikan lamunan Siti.

“Apa?”Soal Siti.

“Tu..kereta abang kat luar….kena bayar ganti rugi tuh”Siti berpaling merenung Ahmad sekali lagi.

“HUH!!Dia yang langgar kita….apsal pulak Siti yang kena bayar??”Merah muka Siti saat ini.Ahmad merenung sambil menongkat kepalanya dengan tangan kanan ditongkat dengan sikunya di kerusi.

‘’ye la….orang tuh cuai berangan ntah kemana….kereta abang gak jadi mangsa..”Ahmad mengusik Siti lagi.

“Ello……kalau ikut undang-undang…..kenderaan kecik perlu diberi “Penghormatan”Ok..??!!”Jari Siti menyentuh hidung mancung Ahmad.Ahmad sentap.Dia tidak menyangka Siti boleh berbuat begitu.Dia senyum dan mengetap bibirnya.Siti sudah terbabas dari batasannya.Malu juga dia berbuat begitu tadi.Dia sendiri berasa pelik.Mengapa pantas benar jari telunjuk kanannya menyentuh hidung mancung lelaki itu.

Siti sudah malas untuk bertekak dengan Ahmad.Tidak mahu menjadi lebih tegang.Dia bangun tanpa menghiraukan sakit yang amat sangat dipinggangnya itu.Dia hampir lupa dengan kesakitannya itu.

“Arrrgghhhh…”Siti memegang pinggangnya.Ternganga Siti menahan sakit.Dia tidak dapat mengimbangi tubuhnya yang sedia berdiri didepan Ahmad.Dia bakal jatuh sekali lagi.Ahmad datang menyambar pinggangnya.Siti tetap terduduk diatas paha Ahmad.

“Adoi..”Kaki Siti memijak kaki Ahmad.Ahmad beradoi sakit.Ahmad mengetap bibir merahnya itu.SAKIT.

Siti tidak memandang wajah Ahmad.Dia menjadi terlebih malu kerana sudah pun tersedia duduk diatas riba Ahmad.Walaupun sakit dia tetap mencuba untuk bangun.Dekat himpitan muka mereka.Ahmad mengelak wajahnya yang sudah disapu dek rambut Siti yang wangi menyinggah dilubang hidungnya.Siti sempat menghidu bau minyak wangi Ahmad.HUGO BOSS.Bau Seperti Dafi!!Saat itu tidak tahu mengapa dengan sendirinya Siti terasa sangat bersalah dengan Dafi.Cepat-cepat dia bangun.Ahmad juga bangun.Jantungnya berdegup kencang.Siti pun.

“Mak Anum…..Mak Anum..”Siti memanggil-manggil Mak Anumnya sambil dia memegang pinggangnya yang sakit.Dia memejamkan matanya seketika kerana menahan kesakitan itu.Ahmad sempat memandang.Kasihan dia melihatnya.Dia tahu Siti benar-benar sakit.

“Yer…yer….kenapa Ti..?’’Mak Anum datang dari dapurnya.

“Siti balik dululah….”Kata Siti.Dia masih menekan-nekan pinggangnya itu.

“Ish….boleh jalan tak nih..?”Soal mak Anum.Ahmad masih memerhati.

“Boleh…..erm Mak Anum..tadi dalam bungkusan tuh baju Suha…..ermm.Siti balik dululah…….”Mak Anum mengangguk.Tersenget jugalah langkah Siti waktu itu.Dia menekan-nekan lagi pinggangnya,Mak Anum membantu sampai ke hujung pintu depan..Ahmad meluru di depan Siti..Dia menyambar kunci keretanya.

“Jom Abang hantar!!”Dia turun selangkah ke tangga depan rumahnya.Dia memaut lengan Siti.Siti memandang wajah MAk Anum.Mak Anum hanya mengangguk tanda setuju supaya Siti dihantar oleh anaknya.Dia senyum.Siti bersalaman dengan Mak Anum.

“Siti balik dulu Mak Anum…”Kata Siti yang melangkah turun dari tangga yang sedang dipegang oleh Ahmad.Dia mendongak melihat Mak Anumnya sambil memakai selipar.Setelah itu mereka berpaling dari Mak Anum.

“Siti….kot ye pun nak balik……selipar tu…….”Mak Anum menunjukkan tangannya pada kaki Siti.

“ALAMAK!!”Siti tunduk melihat kebawah.Dia menepuk dahinya.Merah padam muka Siti saat ini.Ahmad juga memerhati sama.Mahu tergolek rasanya Ahmad melihat kasutnya dikaki Siti.Siti telah menyarung sebelah kasut Ahmad pada kakinya.Tergelak sakanlah mereka tiga beranak di situ.Siti jadi malu.Dia menumbuk lengan Ahmad.Ahmad ketawa berdekah-dekah sambil menekan perutnya.Mak Anum sampai terduduk dipintu depan rumahnya.Siti malu-malu kucing mencabut kasut itu dan menukarnya dengan selipar.

“haiiii..Siti……Siti..kau tak pernah berubah Ti…tetap nakal seperti dulu..”Getus hati Ahmad yang menggeli dek kelucuan tadi.

“Dah la tuh Abang..dah nak maghrib nih….cepat hantar Siti…”Mak Anum di tangga masih senyum meleret melihat Ahmad.Siti masih terhencut-hencut kakinya dan menekan pinggangnya yang masih sakit.Masih merah padam muka Siti menahan ketawanya dan rasa malu dek kesilapan yang tidak disedarinya tadi.

“Jom..”Ahmad memegang lengan Siti.Siti menyentap tangan gagah itu.Dia tidak mahu dipegang.Ahmad berlari membuka pintu keretanya.Siti agak teragak-agak juga untuk menaiki kereta itu.Tapi dia terpaksa.Siti masuk juga kedalam kereta mewah itu.

Siti melambai tangannya kepada Mak Anum.Begitu juga orang tua itu.Siti sempat memandang basikal merahnya yang tersadung di pagar luar halaman rumah Ahmad.

“Bang..nanti basikal Siti tuh…Abang tolong letak lam pagar umah Abang eh..”Pesan Siti.

“Tak nak lah..Abang nak jual….dapat duit..Abang nak baiki kereta Abang yang tercalar tuh…..”usik Ahmad.

“Eleh…ngengade…..”Siti memandang wajah itu.Ahmad senyum.Siti menjelir.

“hahahahaha..”Ahmad ketawa.Suka dia melihat wajah Siti sebentar tadi.

“Apa suka-suka…..cucok mata kang..!!”Siti seakan marah.Namun masih kelihatan comel di mata Ahmad.Dia menjeling pada Ahmad.Ahmad tetap senyum.Senyuman yang sudah sekian lama tidak kelihatan di wajah suram lelaki itu.Ahmad rasa sangat bahagia saat ini.Bahagia sangat.Terasa seperti kembali di waktu silam.Saat Siti yang selalu mengusiknya dulu.Dia masih senyum.Mengimbau banyak kenangan saat ini.

“Oklah bang….dah sampai ni..terima kasih ye….”Kata Siti.

“Jap….jap…..”Ahmad turun dari keretanya.Dia laju menuju ke sebelah tempat Siti duduk membuka pintu itu.Siti keluar dari keretanya.Ahmad memegang lengan Siti.

“Tak pe la..kat sini je….Siti boleh jalan….”Ahmad melepaskan tangannya dilengan Siti.Mereka berbalas senyum.

“Terima kasih Bang….”Manja suara Siti saat itu.Mahu gugur jantung Ahmad dibuatnya.Dia senyum.Siti juga.

“Sama-sama kasih….”Jawab Ahmad.Siti sempat berpaling sekali lagi padanya.Siti menggelengkan kepalanya.Ahmad cepat-cepat masuk kedalam keretanya.Siti berdiri menunggu keretanya yang bakal berlalu.

“Ti…..”Ahmad memanggil Siti dari dalam keretanya.Siti berpaling melihat lelaki itu.

“Apa??”Tanya Siti.

“Jangan lupa sapu ubat ye….”Siti menganggguk.Terasa senak di dadanya bilamana Ahmad berkata begitu.Tidak disangka Ahmad masih mahu mengambil berat tentang dirinya.Siti jadi sebak.Namun sepantasnya dia membidas kesakitan hatinya sendiri.Ditarik nafasnya dalam-dalam,tidak mahu memikirkannya lagi.Ahmad berlalu dari laman rumahnya.Lama Siti memerhati.Ahmad juga melihatnya dari cermin pandang belakang.Ahmad tersenyum sendiri.

“Ti….pulanglah padaku….AKU MASIH SAYANG PADAMU….”Hatinya mengharap kepulangan Siti padanya kembali.Mengharap gadis itu kembali pulang menyulam kasih dengannya sekali lagi.Namun mengapa dengan tiba-tiba wajah lelaki didalam facebook Siti itu melintas didepan matanya.Jantungnya seperti terhenti.Apa benar kata-kata Yusra dan Najihah dulu.Lelaki itu kekasih Siti.DAFI!!Ahmad menggosok-gosok pipinya.Dia mula jadi tidak keruan.Berlalu melayani perasaan yang bercampur-campur menyusuri jalan di kampungnya itu.

Siti duduk termenung seketika di ruang tamu rumahnya.Mak Nah datang dan duduk didepan Siti.

“Mana duit upahnya….”Tanya Mak Nah.Siti yang bersandar di kerusi membaiki kedudukan.Dia meraba-raba poket kain skirt labuhnya itu.Diraba-rabanya berkali-kali.

“Alamak!!Siti lupa mintak la mak…..adoi….lupa la..ishhhhh..”Kata Siti yang menekup dahinya.Mak Nah menggelengkan kepalanya.

“Apasal dengan tangan tuh..?”Tanya Mak Nah yang baru saja terpandang pada tapak tangan Siti itu.

“Siti jatuh basikal mak…..langgar kereta Abang Ahmad…”Jelas Siti.

“HAH??”Mak Nah datang menekam Siti.Dia menilik seluruh tubuh anak bongsunya itu.

“Dah tu…macamana kereta Ahmad?”Mak Nah menyoal ingin tahu.

“Tak de apalah Mak…Siti je luka skit nih..basikal Siti tinggal dulu kat umah dia.Tadi pun dia yang datang hantar Siti balik Mak….’’Jelas Siti.Mak Nah masih memerhati Siti.Bimbang dia kalau-kalau banyak luka yang ada pada anaknya itu.

“Mak…Siti nak mandilah….Siti masuk bilik dululah……erm…Along tak balik lagi ke Mak..?Soal Siti.Dia tidak mahu ibunya risau.,cepat-cepat dia mengalih kerisauan ibunya.

“Along dengan Angah Shah pegi ke Kijal…..beli kambing kat sana…lambat la balik ari nih….”Ujar Mak Nah.

“oooooo..tak pe la Mak..Siti masuk dulu lah…”Kata Siti.

Sesudah solat maghrib Siti menyapu ubat pada lutut dah tapak tangannya.Tersenyum sendiri Siti saat ini.Terbayang Siti dek senyuman Ahmad yang menawan itu.Dia menarik nafasnya lagi.Tidak lega.Jiwa Siti menjadi kacau.Dia berbaring di atas katilnya.Dipicit-picit pinggangnya yang masih sakit.Terkadang dia senyum juga sendiri.Mengingati saat bertukar selipar di rumah Ahmad tadi.Malu.Dia tutup mukanya.

“Adoi……macamana la aku boleh pakai kasut dia tadi…ishhhh..sewel tul la aku nih…”Terasa geli hatinya.Dia menggaru kepalanya pula.Siti mengetap bibirnya berkali-kali.Dia memintal-mintal rambutnya pula.Berangan entah kemana.Lama dia melayani jiwanya yang khayal terkenangkan Ahmad.Berkali-kali dia tersenyum sendiri.

Lamunan Siti terhenti.Telefon bimbitnya berdering.Siti melihat di skrin telefon bimbitnya.DAFI!!Siti jadi serba salah.Jiwanya menjadi kacau.Dia dalam dilemma.Siti meletakkan telefonnya diatas katil sebelah badannya.Berdering berkali-kali dan Siti tidak mengangkatnya.Dia jadi serba-salah.Hatinya mula berbelah bagi.

“Ti…..telefon berbunyi tuh….”mak Nah diluar pintu biliknya bersuara.Siti bangun dari baringan.Dia menuju ke pintu biliknya.Siti keluar dari biliknya dan dibiarkan saja deringan itu berbunyi berkali-kali.

“Kenapa tak diangkat Ti…..”Kata ibunya.

“Biarlah Mak…jom kita makan nasi..lapar la..”Siti memegang bahu ibunya.Mereka dua beranak menuju ke dapur.Mereka duduk makan di meja dapur.Mak Nah merenung muka Siti.

“Ni pasti ada yang tak kena nih……bergaduh dengan Dafi kot…..hemmmm..padanlah petang tadi mata tuh bengkak je…..hemmmmm..Siti..Siti……”Hati Mak Nah mengomel sendiri.Siti tetap berselera menjamah nasi berlaukan gulai ayam yang dimasak ibunya tengahari tadi.Mak Nah juga penuh selera bertemankan anak bongsunya itu.Malam itu Siti tidur awal.Dia mematikan telefon bimbitnya tidak mahu diganggu sesiapa.Dia mahu cuba bertenang memberi ruang pada dirinya.Ruang untuk “bernafas”kembali atau mungkin ruang untuk dia berehat berfikir tentang kedua-dua lelaki ini.Nyenyak dipembaringanya.Berpelukkan bantal peluknya.NYENYAK!!