CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tok Dan Opah

Tok Dan Opah

Assalammualaikum...

Selamat datang ke blog Shahir+Adira=Shahira.. Kami ingin berterima kasih kerana sudi melihat blog ini.. Kami admin mengalu-alukan semua agar sentiasa memasuki blog ini dan melepak di blog ini..Terima kasih buat Yunie Zahan kerana sudi berkongsi novel "September Musim Cinta"...Sebarang komen atau apa2 saja tulisla di Jom Chat...

Shahir dan Adira

Shahir dan Adira

-: B!LA C!NTA :-

-: B!LA C!NTA :-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

~WELCOME~

Bio Shahira

Bio Shahira

SHAHIRA

SHAHIRA
ADIRA & SHAHIR

Love Shahira

Birthday Shahir

Birthday Adira

-: ShahiraZONE :-

AKUJANJI SHAHIRATICS..ekekeke kalau x tepati bkn shahiratics sejati..

Sebab admin sayang sgt dgn Kg Shahiratics, Tok Ketua, Penolong Tok Ketua n penduduknya...so ada beberapa isu admin nk bangkitkan di sini. Tak semua org suka apa yg kite suka, so kene sentiasa berhemah sentiasa k.

Sebagai warga kampung Shahiratics yg sejati, anda diminta mematuhi arahan-arahan berikut;-

1. MEROYAN

- Sila royan dgn berhemah. Dilarang mengekspresikan perasaan diri yang keterlaluan sama ada gembira atau sedih atau dlm ertikata lain meroyan, merobuk di kampung/umah lain selain di kg shahiratics. (Cth kampung/umah lain; Shahir af8, Adira fan club, wall mak anum, wall kak nam etc...)

- Kene fikir jgk sensitiviti n perasaan org lain.

2. EDIT GAMBAR

- Org kg shahiratics mmg kreatif, tak dinafikan lg. Tapi, sebarang gambar2 yg diedit perlulah menepati piawai yang telah ditetapkan, atau admin akan delete.

i) tiada sebarang gambar2 edit yang keterlaluan (seperti berpelukan, badan lain muka lain; badan sheila majid, muka adira-tidak dibenarkan sama sekali)

-Kalo nk edit gambo org tu...pandai2 la mintak kebenaran ye...

3. TAG/MENEMPEK GAMBAR/VIDEO

- dilarang menampal atau men'tag' sebarang gambar shahira di wall pihak lain terutama wall umum sepetri wall mak anum dan wall kak nam tanpa kebenaran admin shahiratics (p/s: kami memahami keinginan anda untuk berkarya dan berkongsi kegembiraan tetapi tidak semua yang setuju dengan kegembiraan dan kekreatifan kita berkarya).

- Tag berpada2..kalau gmbar Shahira berdua tu tak perlulah tag d page Shahir Af8 cthnye...or pada keluarga mereka. Tag/tempek ikut kesesuaian lah ye. Jgn la kat wall mak anum tag gambar Adira lak cthnye.

4. KREDIT GAMBAR/VIDEO

- sebarang gambar/video yg diambil dari pihak ketiga, sila kreditkan nama pihak terbabit.

5. TETAMU TAK DIUNDANG

- apabila ada tetamu yang tidak diundang datang, sambut mereka dgn sennyuman, bentangkan kapet merah siap dgn bunga manggar or tarian naga ke skali walau kita tak tahu apa tujuan mereka.

- apa jua provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak lain jgn mudah melatah. Jika masih rasa marah..tekan tanda =)

6. SPEKULASI

- dilarang membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita/keadaan sebenar walaupun di dalam hati kita punya taman bunga sebesar alam.

- dilarang 'copy & paste' atau'print screen' apa2 jua perbualan dari pihak lain tanpa mengetahui apa yang diperkatakan..

- nk CSI pun, jgn la terang-terangan sgt...coverline skit k

7. KUTUKAN/PROVOKASI/PERGADUHAN

- Jangan cpt melatah...kite relax je org nk kata apa. Ingat moto KG. CHILL & IGNORE =)

- Dilarang wujudkan sebarang pergaduhan di Kg. Jika ada..pandai2 lah sejukkan/tenangkan keadaan ye. kalau ada org baru yg masih tak faham konsep di kg kite...sila2 lah tunjuk ajar ye.

- tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan/perbalahan/ atau apa2 yang menyebabkan perasaan tidak senang kpd sesiapa jua yg membaca. sebelum berkata atau menulis apa2..fikirkan perasaan org yg membaca dgn meletakkan diri sendiri di tempat org yg diperkatakan..

8. KERAHSIAAN/ISU SENSITIF

- isu2 sensitif dan rahsia kg.. jika ada perkara2 yg terpaksa diperap dalam peti besi yg dirahsiakan lokasinya bukan la bermakna admin xnak kongsikan ngan org kg terchenta nie tapi itu adalah untuk tujuan keselamatan dan keamanan kg tercinta nie n menjaga keselamatan pihak2 yg berkenaan.. org2 kg yg sejati mesti faham kan? Tapi kami cuba sedaya upaya berikan sajian menarik utk semua ..

9. NAMA SHAHIRATICS

- Sapa2 yg pakai nama fb ada shahiratics tu...pandai2 la behave ye, lg2 kat umah/kg org lain...korng bawak nama shahiratics, so kalo buat apa2 ramai yg melihat...lg2 kalo wat salah. jgn nnti hnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga...k =)

**Admin cuba buat yg terbaik utk semua..utk Kampung Shahiratics, org2 kg n tak lupa juge buat SHAHIRA kesayangan kite. Harap semua leh beri kerjasama ye... Ni semua utk kesejahteraan kg.. =)

SAYANG SHAHIR+ADIRA=SHAHIRA

SAYANG KG SHAHIRATICS

SAYANG WARGA SHAHIRATICS SEMUA

CHILL & IGNORE

ANYTIME ANYWHERE

September Musim Cinta

September Musim Cinta

Khamis, 14 Oktober 2010

SEPTEMBER MUSIM CINTA-BAB 20

Sufi dan suaminya Kamal,pulang ke kampung hari ini.Begitu gembira hati dua cucu Pak Long Hasan dan Mak Long Senah itu.Mereka begitu teruja dengan kepulangan kedua orang tua mereka itu.Sufi telah berjanji mahu membawa mereka berdua bercuti.Mak Long Senah dan Pak Long Hasan juga bakal mengikut pergi.Cuti yang agak lama di ambil Sufi dan Kamal kerana mereka mahu meluangkan masa bersama keluarga.Sudah agak lama tidak bersama-sama.Hari ini mereka sekeluarga dijemput oleh Mak Anum makan tengahari di rumahnya.

“Che Ahmad…nanti kita ajak Mama dan Papa pegi mandi sungai kat belakang rumah Cik Siti nak tak….?.”soal Yusra pada Ahmad.Anak lelaki sulung Sufi itu menyoal.Ahmad hanya mengangguk.Hatinya tersentak juga bila Yusra menyebut nama itu.

“A’aaaa….dah lama mama tak mandi sungai nih…petang ni kita pegi nak tak..?”Sufi mengiakan permintaan Yusra.Sufi duduk bersimpul dilantai sambil meraba-raba rambut anak gadisnya itu.Najihah datang memeluk mama kesayangannya itu erat.Manja kelihatan Najihah waktu itu.“Cik Su tak balik ke…?”Tanya Najihah pada Ahmad.

“Cik Su tak cuti lagi…lusa agaknya baru dia balik..”Ahmad yang sudah 2 hari tidak menghubungi Suha.Suha juga bertanya khabar pun.Sibuk.

“Kalau Cik Su ada best gak…kita gi ramai-ramai mandi-mandi kan…?”Najihah berkata.Anak manis ini sudah pun berusia 16 tahun.Manakala Yusra sudah pun tamat sekolah.Dia baru pulang dari PLKM yang bertempat di Perak.

“Kalau Cik Siti ada lagi best kan…?”Ahmad menggaru kepalanya mendengar kata-kata Yusra tadi.Seperti ada batu menggalas hati.Boleh dikatakan mereka rapat juga dengan Siti.Terkadang diwaktu lapang Yusra dan Najihah sempat juga ber Facebook dengan Siti.

“Che Ahmad….pinjam laptop….”Kata Yusra sambil menuju menghampiri laptop Ahmad di meja depan ruang tamunya..Sufi bangun menuju ke dapur.

“Amik la…bukak plug tuh..”Tangannya menuding ke arah plug di dinding.Ahmad datang mengemaskan kertas-kertas yang agak bersepah di meja itu.

“Abang Yus, Jihah nak pakai dulu boleh..?”Najihah menarik lengan abangnya.Yusra menjelir.Najihah menjeling.Ahmad hanya senyum melihat keletah dua anak sepupunya ini.Dia menggelengkan kepalanya.Senyum.

“Che Ahmad….mai la sini..”Najihah menarik tangan Ahmad.Ahmad bangun dari duduknya dikerusi setelah selesai mengemas kertas yang bersepah tadi..Ahmad datang menghampiri mereka sambil diperhati papa mereka.Kamal tidak banyak bercakap dari tadi asyik membaca suratkhabar.Sesekali berborak juga dengan Ahmad.Namun masih boleh dibilang berapa patah ayat yang dicakapkan.Ahmad sudah biasa dengan situasi begitu bila bertemu Kamal.Dia tidak kisah.Padanya Kamal juga sebahagian dari keluarganya.Sudah biasa dia begitu dengan Abang Kamal suami kepada sepupunya itu.

“Apa dia….?”Dia menarik kerusi dan duduk disebelah kanan Yusra.

“Cuba tengok nih..!!”Yusra menunjukkan jarinya ke arah skrin laptop.Ahmad memandang.Mata Ahmad terpacak di skrin laptopnya.Sentap.Yusra menunjukkan gambar Siti di Australia bersama Dafi.Gambar yang terpampang di skrinnya itu sangat cantik berlatar belakangkan Sydney Opera House yang berbentuk cengkerang laut mahupun seperti belahan buah oren itu.Sangat cantik!!

“Eh…ni gambar baru Cik Siti ke..??”Najihah juga dekat merenung gambar itu.Ahmad diam.Namun di perhati gambar itu lama.Berkerut juga dahinya.

“Siapa pulak lelaki nih?”Hatinya berbisik mahu tahu.

“Abang Yus..bukak la album tuh semua…senang nak tengok…”Najihah mengusulkan pendapatnya.Yusra menurut keinginan adiknya itu.Ahmad bangun dari duduknya.

“Eh..nak gi mana Che Ahmad….duduk la sini dulu…..”Najihah menarik lengannya sekali lagi.Ahmad duduk semula.Dalam ditarik nafasnya.Dia senyum memerhati Yusra.Mata mereka bertembung.Kelat Ahmad mengukir senyuman.Yusra tidak tahu apa-apa.Dia membalas senyumannya kepada Ahmad.

“Wah!!banyaknya gambar Cik Siti dengan mamat nih!!...Sapa eh…jap…ermm…..Ooooooo…..Gadafi..hmmmm…..”Kata Yusra.Nama Gadafi yang tertera di kebanyakkan gambar-gambar didalam album facebook Siti itu.

“Ahmad menilik lagi gambar-gambar yang lain.Akim juga ada didalam gambar-gambar itu.Namun Akim lebih banyak bersama rakan perempuannya seorang lagi.Gambar-gambar Siti dengan Dafi sangat mesra.Sangat mengganggu jiwa lelakinya itu.

“Oh..kalau macam tuh….dia nihlah yang Cik Siti bagi tau kat Abang Yus…Jihah…..boyfriend Cik Siti la nih…”Yusra memandang Najihah sambil membuka bungkusan gula-gula ditangannya..Ahmad tertelan air liur mendengarnya.

“ohhhh……ni la gambar yang Cik Siti janji nak bagi kita tengok tu eh…”Najihah berkata.Tangan Najihah meminta gula-gula yang masih ada ditangan Yusra.Yusra menghulukan pada adiknya itu.Yusra ingin memberikan pada Ahmad gula-gula yang masih ada,namun Ahmad menolak.Ahmad hampir hanyut melayang berfikir.Jiwanya melayang jauh.Penuh persoalan menyinggah-yinggah.

“ermm..boleh Che Ahmad tanya…??”Dia mula ingin tahu.Ahmad memandang Yusra.

“Apa Che Ahmad??.”Yusra menyoal pula.Najihah mengintai Che Ahmadnya dicelah muka Yusra.

“Bukan ke Cik Siti dengan Abang yang sebelah tuh?.”Ahmad menunjukkan jari telunjuknya pada skrin laptop.Yusra dan Najihah berpandangan sesama mereka.

“Eh..bukanlah!Abang Akim tuh…orang sini jugak Che Ahmad……”Kata Yusra.Ahmad sudah tahu itu Akim.Cuma dia mahu kepastian saja.

“Aa’aaa..kawan sekelas Cik Siti dulu…..anak Pengetua sekolah Yusra....Che Ahmad.”Najihah mengangguk-anggukkan kepalanya.Mengiakan kata-kata yusra.Ahmad tidak menyoal lagi.Dia bingung.

”Siti bukan dengan Akim??”Buntu dia berfikir.Namun lelaki yang tampan disebelah Siti itu ,bisa membuat dia hampir sawan sebenarnya sebentar tadi.Ishhhh!!

“Tak apa lah..korang tengok-tengok la dulu…Che Ahmad nak teman Papa awak jap kat tangga nun ha…”Ahmad bangun juga dari duduknya.

“Eh Mat….amik air nih…bawak ke depan…abang Kamal mane?”Sufi menyoal Ahmad.Air di talam di ambil Ahmad.

“Ada kat luar nun ha…panas kot dalam rumah nih…”Ahmad mengambil talam yang berisi air itu.Sufi terpandang dua anaknya yang ralid di laptop Ahmad.

“eh..tengok apa nih..?”Dia bertanya.

“Gambar Cik Siti…Ma…..”Yusra menjawab.

“mana?”Mak Anum tiba-tiba datang dari belakang.Dia menuju ke laptop Ahmad jugak.Mak Long Senah masih di dapur.Ralid dia membantu menyiapkan masakkan di dapur rumah Ahmad itu.

“Ma…handsome tak pakwe Cik Siti..??”Tanya Najihah pada Mama Sufinya itu.

“Amboi…Siti….bukan main bergambar tuh…lawa budaknya….padanlah dengan Siti tu ha..”Terkendap-kendap Sufi meniliki.Sufi mengiakan ketampanan dan kecomelan mereka berdua.Mak Anum naik sekejap.mahu menjenguk budak-budak berdua ini.Mak Anum tercegat dibelakang Najihah.Dia turut melihat gambar-gambar Siti.Dia juga datang mengendap gambar-gambar itu.Lama di tenung gambar itu.Tidak berkata apa-apa.Mengapa dihatinya tumbuh rasa kesal dengan Ahmad.Tiba-tiba dia melihat Ahmad yang mahu berlalu di belakangnya.Dia memegang lengan anak jantannya itu.Ahmad berhenti seketika melihat ibunya.Sufi dan anak-anak masih ralid melihat gambar-gambar di skrin itu.Ahmad memandang terus pada lengannya yang dipegang kuat oleh Mak Anum.Mak Anum memandang wajah Ahmad.Dia mengetap bibirnya.Ada sebak di dada mak Anum.Air matanya bergenang.Ahmad menggenggam tangan ibunya.Sebak.Dia mengelengkan kepalanya pada Mak Anum.Dia tidak mahu Mak Anum menangis di depan Sufi mahu pun anak-anaknya itu.Mak Anum melepaskan genggamannya itu.Ahmad mengetap bibirnya yang merah itu sekali lagi.Dia tunduk dan berlalu menuju ke biliknya.Mak Anum juga berlalu ke dapur.Banyak persoalan yang timbul di benak orang tua itu juga.Sufi juga berlalu membantu apa yang patut.Tengahari itu berselera benar mereka semua menjamah masakan Mak Anum.Namun Ahmad menelan nasinya seperti ada duri yang menumbuh di corong tekaknya itu.Mak Anum perasan wajah itu berubah sebentar tadi.Dan masih tetap kelat mengukirkan senyum bilamana mata mereka dua beranak bertembung.Mak Anum tidak mampu membantu lagi.Ahmad yang hampir 8 bulan di tinggalkan Ermiza kerana dia sudah memutuskan tidak mahu ada sebarang hubungan dengan Ahmad.Ermiza mencurangi cinta mereka.Ahmad di tinggalkan Ermiza.Dalam luka hatinya.Sakit mengenang perbuatan perempuan itu terhadapnya.Teringat juga dia pada Siti.Dia juga kini berada ditempat yang sama seperti dia menyakiti Siti dulu.Dia kini sudah dirobek hatinya.Kepedihan yang sangat dalam.Dia kesunyian sekarang.Jiwanya kosong.Melayang-layang tidak keruan.Tanpa arah tuju.Mahu menghubungi Siti tapi dia merasakan dia sangat tidak layak.Berkali-kali dia mencuba untuk menghubungi Siti mahupun membuka facebooknya,tapi niatnya dimatikan.Setiap kali keinginan itu datang dia cepat-cepat menyibukkan dirinya.Ahmad semakin kurus sekarang.Terlalu besar beban yang dipikul.Dia silap menghitung hidupnya.Cinta pertamanya sudah punah dimamah waktu.

Petang itu Ahmad ke kolam itik,lama dia termenung dibangsal tepi pokok ketapang di depan kolam itik itu.Teringat dia saat Siti rebah berbantalkan dadanya dulu.Dia rindu mahu memeluk gadis itu lagi.Pun begitu sangat cepat waktu berlalu.Dia tunduk.Pedih mencucuk-cucuk juga dadanya.Teringat juga dia bila Farina ingin mengsahihkan tentang berita pertunangannya dengan Ermiza diputuskan atas dasar kerelaan hati yang terpaksa.Suha yang memberitahu Farina.Suka Suha dengan berita itu.Namun masih ada kasihan terhadap abangnya itu.Termenung dan terkadang tidak pergi untuk bertugas.Lama juga Ahmad begitu.Hanya memerap didalam bilik.Mak Anum puas memujuk.Suha yang terkadang pulang juga terpaksa memujuk Ahmad.

“Assalamualaikum..Abang….Farina nih..”Suara Farina jelas di corong talian.

“Walaikumsalam…..”longlai suara itu menjawab panggilan dari Farina.

“Abang…betul ke apa yang Farina dengar dari Suha bang??”suaranya agak terkejut waktu itu.Ahmad diam seketika.Tidak dijawab soalan itu.

“Ina….Abang harap sangat Ina mahupun Suha jangan bagi tau Siti pasal nih…biar abang je yang bagitau nanti…janji yeh..JANGAN BAGITAU SITI …janji dengan abang ye Ina…”Ahamd bersuara jua.Sangat jelas Farina dengan kata-kata Ahmad.Farina terpaksa akur.Ahmad juga sudah jelaskannya pada Mak Anum mahupun Suha.Dia tidak mahu orang lain tahu dia dan Ermiza sudah tidak lagi bertunangan.Mak Anum tidak tahu apa puncanya namun dia akur dengan kata-kata anak sulungnya itu.

“Mak kami dah putus!!”Ahmad terduduk di kerusi rumahnya.Suha juga ada waktu tu.Memerhati dan terkejut dengan kata-kata Abngnya sebentar tadi.“Kenapa Bang….??”Suha mula menyoal.Dia tahu Abangnya tengah marah.Merah padam mukanya waktu itu.Dia memicit-picit kepalanya.SAKIT!

“Kenapa ni Bang…”Mak Anum datang menggosok belakang bahu Ahmad.Ahmad tanpa rasa segan pun memaut bahu ibunya.Mukanya disembam ke bahu Mak Anum.Suha makin pelik.BINGUNG!

“Abang…..!!”Mak Anum menggosok lagi bahu Ahmad.Tiada jawapan apa-apa dari Ahmad.Dia menangis.Suha datang menghampiri dan menyentuh bahu abangnya.Ahmad melepaskan pelukkan dari ibunya itu.Dia meluru masuk ke biliknya.Mak Anum hanya mampu melihat.Suha datang memeluk ibunya.

“Mak….kenapa dengan abang mak…”Suha menyoal.Sebak.

“Entah la Suha….nanti-nanti la kita tanya…biar abang rehat dulu yeh..”Mak Anum mencium kepala Suha.Suha hanya menggangguk.

Malam itu Ahmad berada dihalaman luar rumahnya.Dia merenung bulan yang penuh di langit.Mengapa wajah Siti juga yang kelihatan.Dia tunduk semula.Wajah Ermiza berselang seli menghentam pandangannya.

“Bang….”Mak Anum mengejutkan lamunannya.

“yer Mak.”Ahmad berpaling dan melangkah ke arah ibunya.“kenapa nih…”Mak Anum memaut lengan anaknya itu.Ahmad datang dan duduk di sebelah ibunya.

“hemmmm…..mak….Saya dan Ermiza dah putus!!”Dalam suaranya berkata-kata.

“Astagfirullahal azimmm……kenapa nih Abang??”tegas suara Mak Anum waktu itu.

“Dia dah taknak abang mak!!Ntah lah…sakit kepala abang duk pikir pasal nih….”Ahmad bangun dari duduknya.Dia melangkah mahu naik ke rumah.Namun di pusing kembali langkahnya itu.Dia datang menghampiri mak Anum semula.

“Mak….abang dah tak ada apa-apa dengan Ermiza…Abang tak nak mak bagitau sapa-sapa….Tolong mak eh..”Ahmad yang memegang lengan ibunya itu sangat berharap hal ini tidak diketahui sesiapa dulu.Mak Anum mengangguk dan menyentuh muka Ahmad.Ada belas yang sangat banyak pada anak sulungnya itu.Mak Anum tidak mahu menambahkan beban.Biar keadaan betul-betul mereda mungkin Ahmad akan bercerita padanya.Dia akan tetap menanti saat itu.Namun jauh di sudut hatinya,dia dapat merasakan perpisahan ini bukan datangnya dari Ahmad.

Ermiza begitu mudah melepaskan Ahmad.Sudah lama Ahmad perasan perubahan dari Ermiza.Cuma dia terlalu buta dengan cinta pertamanya itu.Tidak pernah jemu mahupun letih membajai cintanya pada Ermiza.Apa yang dimahu atau diminta pasti di turuti.Namun semuanya sia-sia apabila dia menyaksikan sendiri didepan matanya Ermiza menggenggam jemari seorang lelaki yang berusia lingkungan 40-an.Waktu itu Ahmad datang ke Johor mahu bertemu Ermiza.Dia mahu membuat kejutan di hari jadi tunangannya itu.Namun lain pula kejutan yang Ahmad terima.Tertampar-tampar rasanya dia dengan apa yang dilihat.Dia mengekor langkah Ermiza dan lelaki itu.Mereka menuju ke sebuah hotel bertaraf 5 bintang di situ.Laju jangkahan Ermiza dan lelaki itu.Ahmad masih mengekorinya.Ahmad sempat mencelah masuk ke dalam liff itu bersama Ermiza dan pasangannya.Sangat mesra Ermiza memaut lengan lelaki yang berbaju kemeja lengan panjang itu.Ahmad menyorok dicelah-celah orang yang agak ramai di dalam liff tersebut.Ermiza keluar dari dari perut liff itu.Ahmad juga mengekor.

“Ermi!!”Keras suara Ahmad memanggil.Ermiza berpaling terkejut.Cepat-cepat dia melepaskan tangannya pada pautan lelaki yang segak itu.

“Awak!??!”Ermiza terkantoi.Dia menghampiri Ahmad.

“Awak buat apa kat sini?”Wajah Ermiza berubah.

“Awak tuh buat apa kat sini???”Soal Ahmad pada Ermiza kembali.Ermiza kantoi.Terkedu dengan soalan Ahmad.

“Hello brother….she’s mine ok..!!”Kata lelaki itu.Dia menarik lengan Ermiza.Ahmad sempat memaut lengan Ermiza yang satu lagi.

“Lepaslah!!”Ermiza menyentap tangan Ahmad yang memegangnya.Ahmad terkejut.Lelaki disebelah Ahmad itu senyum.Sangat sinis senyuman itu.Ahmad makin geram.

“Apa semuanya nih Ermi???”Ahmad menyoal mahu kepastian..

“Awak…dah la..”Ermiza meramas rambutnya yang panjang melepasi bahunya itu.Kepalanya menjadi sakit.Ahmad merenung tajam.Lelaki itu masih tercegat di sebelah Ermiza.Ahmad makin marah melihat lelaki itu.Mahu dia menumbuknya tapi masih mahu bersabar kerana Ermiza.

“Ermi..jom kita balik!!”Ahmad menarik tangan tunangnya.Namun Ermiza tidak bergerak.

“I cakap balik..!!”Ahmad makin kuat menarik tangannya.Namun Ermiza tetap tidak berganjak.Malah dia menyentap tangan Ahmad sekali lagi.Kali ini lebih berani Ermiza.Dia mencabut cincin dijari manisnya dan membaling ke dada Ahmad.Dia sudah letih bersandiwara mencintai Ahmad.Mungkin dengan cara ini dia mudah dilepaskan Ahamd.Dia terus menarik lelaki 40-an yang segak bergaya itu dan berlalu tanpa berpaling pun.KEJAM!.Ahmad sentap diperlaku begitu.Lunyai hatinya waktu itu.Dia menumbuk dinding disebelah kanan dan kirinya.Dia juga menerajang dinding di situ.Melepaskan geramnya yang terbakar dek cinta yang kian mendebu ditiup angin.Bak taufan yang melanda seluruh kepercayaannya.Ahmad tewas mempertahankan cinta.Ermiza begitu tegar menduakannya.Mencuranginya terang-terang didepan mata.Ahmad berlalu dengan rasa yang sangat marah.Benci dia pada Ermiza.Bercampur-campur perasaannya bertandang memintal jiwa yang kian tandus itu.Laju dia membawa kereta menyusuri jalan yang sunyi.Airmatanya jatuh tanpa disedari.KESAL!

Siti membuka facebooknya sebentar tadi.Ada khabar dari Akim.Dia sempat berbual di chatbox facebook Siti sebentar tadi.Gembira Siti dapat berkongsi banyak cerita dengan Akim.Lama juga tidak mendengar khabar rakannya itu.Rindu juga Siti pada Akim.Akim juga begitu.Kesibukan Siti mahu pun Akim banyak membataskan mereka berchatting di chatbox facebook mahupun di talian telefon bimbitnya. Akim sudah pulang ke Malaysia setahun yang lalu.Akim sudah mengajar di Sekolah Menengah berasrama penuh di Kedah.Namun Siti berkeras tidak mahu pulang.Hatinya sudah patah mengharap.Dia mengambil keputusan untuk menyambung saja pelajarannya di Australia.Siti mengambil Master di sana.Akim ada juga datang bercuti di Australia sedikit waktu dulu.Sempat juga bertemu semula Siti,apatah lagi mengubat rindunya pada Aishah.Suka Siti rakan lamanya masih mahu mnjenguk biar pun bukan bertujuan hanya bertemunya.Dia tumpang gembira dengan kehadiran Akim.Sangat teruja dia dengan kehadiran Akim,apatah lagi banyak kiriman dari ibunya yang di sampaikan oleh Akim.Rindu mahu pulang tapi kakinya sangat payah untuk melangkah pergi.Dia masih mahu tinggal di Australia.Masih mahu waktu yang mengubati sakitnya itu.Dan masih mahu bertahan menjauhkan diri dari Ahmad.Tidak tahu sampai bila rajuknya kian mereda……Dia rela begini dari menatap wajah Ahmad.Dia menjadi takut untuk pulang setiap kali mengenangkan Ahmad.Takut cinta makin dalam dan tidak mampu untuk membuangnya lagi….Masih bertahan di situ tidak sesaat pun berganjak pergi.

Musim cuti dulu Siti banyak menghabiskan masa berkerja.Dia semakin rapat bersama Dafi.Siti juga sudah mengenali keluarga Dafi.Mereka datang bercuti bersama-sama semasa musim cuti Dafi.Disaat itu lah Siti dikenalkan oleh Dafi kepada keluarganya.Gerun juga Siti dengan pertemuan itu.Tapi dia gembira.Keluarga Dafi baik menerima kehadirannya.Siti kini lebih ceria,lebih rasa dihargai.Dia mula bangkit dari kepayahannya itu.Sudah malas untuk mengingati Ahmad.Walau terlalu kerap Ahamd menyinggah di hatinya.Dia bertekad sudah tidak mahu lagi mendengar sebarang cerita dari Farina tentang Ahmad.Farina terpaksa akur dengan permintaan Siti.Siti sudah cuak dengan nama itu.Namun ingatannya tidak pernah mati biarpun dibibirnya meminta Farina tidak bercakap tentang Ahmad lagi..tapi jauh di sudut hatinya dia masih menanti sebarang khabar dari Ahmad sendiri.Sekurang-kurangnya biar pun hanya sepatah kata dari Ahmad.

“dua-dua sama degil…sama pe’el….memang sesuailah korang nih!!”Farina sempat mengomel sendiri.Setiap kali mengenangkan perangai Siti dan Ahmad..

Irma juga sudah berkali-kali memujuk Siti untuk pulang apatah lagi dia mahu melangsungkan perkahwinannya dengan Nubhan.Dia mahu Siti ada di majlisnya itu.

“Ti…tak nak balik ke…tak rindu kampung?”Irma ditalian memujuk Siti.

“Bukan Siti tak mau balik kak…Siti kan tengah sambung belajar nih…”Kata Siti.Dia menarik nafasnya dalam dan dihembuskan.

“Ye la…takan tak de cuti….baliklah….akak nak Siti balik..akak nak Siti ada masa akak nikah nanti…”Irma memujuk Siti.

“Siti cuba la kak….tapi tak janjii tau…..”Kata-kata itu bisa membuat Irma berkecil hati dengan adik bongsunya itu.

“hello…..kak…hello….”Diam Irma seketika.Siti masih menanti suara kakaknya ditalian.

“Kak…..hello…marah Siti eh….kak…”lembut dia memanggil kakaknya dicorong telefon itu.

“Ti……tak best tau Siti tak de………”Suara Irma sudah berubah.Dia mula menangis.Dia rindukan adiknya itu.

“alah…janganlah macam nih kak…..alah…..jangan buat Siti rasa bersalah pulak kak…….kakkkkk…….”panjang keluhan Siti.Bergenang juga airmata Siti saat ini.

“Ti….akak nak Siti balik jugak…..mak pun cakap macam tuh..dia nak Siti balik…”Irma masih cuba memujuk.Dia mengesat airmatanya.Dia rindu Siti.Apatah lagi mak Nah yang sejak akhir-akhir ini selalu sahaja demam merindui Siti.Irma tidak mahu memberitahu Siti tentang kesihatan ibunya itu.Takut juga mengganggu pelajaranya di sana.

“Ok…Siti cuba…..tapi tak janji nih..Siti sibuk sangat kak..kalau balik pun mungkin kejap je kak…oklah….Siti nak gi keje dah nih..bai kak…kimsalam peluk cium untuk mak dan Along ye..muahhh…bai.”Irma hanya sempat mendengar suara itu .Tidak sempat berkata apa-apa.Siti meletakkan gagang telefon rumahnya itu dengan cepat.Dia sudah terlambat hendak ke kedai roti tempat dia bekerja.Dia kini hanya mahu memenuhi masa lapangnya.Dia sengaja menyibukkan diri.Sudah malas untuk berfikir tentang masa lampau nya lagi.Biarkan waktu mengubati sakitnya.Dia semakin ‘sembuh’dari ‘barah cintanya’itu.

Setelah beberapa jam berkerja malam itu Siti pulang keseorangan menyusuri jalan ke rumahnya.Masih ramai orang yang bermundar-mandir menyusuri jalan di situ.Siti mengambil jalan pintas.Musim sejuk itu bisa membuat dia sangat kedinginan.Dia memeluk tubuhnya meredah padang bola depan rumahnya itu.Dia berhenti seketika ditengah-tengah padang itu.Malam ini tidak bersalji.Hanya udara yang sangat sejuk menyinggah menusuk tulang-tulangnya.Dia mendongak ke langit.Melihat panorama malam yang indah.Bulan penuh dipagari bintang malam itu..Angin yang dingin menyentuh tubuhnya bisa membuat dia merasai kehadiran Ahmad.Tidak dipinta kehadiran lelaki itu.Namun sentiasa setia ‘menemani’ Siti walau kemana pun.Rasa benar ingin memeluk lelaki itu.Siti memeluk kuat tubuhnya.Dia mendongak kembali merenung bulan yang terang.Lama di lihatnya…..Sangat jelas senyuman yang terlalu indah dari Ahmad terukir buatnya di situ…Siti menarik nafasnya dalam-dalam dah dilepaskan…Bau Ahmad datang menyinggah menusuk ke lubang hidungnya.Dia memejamkan matanya rapat-rapat.Tidak peduli dia andai ada yang melihatnya di situ.Dibiarkan jiwanya kembali hanyut dek cintanya yang tak pernah mati …..Terang menyuluh-nyuluh jiwanya..Terpanggil-panggil dia untuk kembali……….“WAHAI ANGIN…SAMPAIKAN SALAM RINDUKU PADANYA……..Abang…..hari nih 5 haribulan September..kan……….SELAMAT ULANGTAHUN BANG…..”Siti memejamkan matanya rapat.Lama dia di situ..melayani perasan yang sarat merindu…………wajah Ahmad datang bersilih-silih.Dia merelakan wajah-wajah itu memintal jiwanya.Namun kali ini tiada setitik airmata pun yang tertumpah…mungkin dia semakin terawat dek lukanya yang lalu.Atau mungkin dia sudah letih untuk menangis lagi.

Ahmad baru saja selesai solat isyak waktu itu.Dia bangun dari tempat solatnya.Dia membuka dedaun tingkap biliknya.Dia mendongak ke langit.Mengapa ada pintasan angin yang sangat mulus menyelinap singgah ke mukanya dan dia merasakan ada seseorang yang sedang merindu.Lama dia merenung bulan yang tergantung itu.Indah,cantik..bercahaya…dan….MENGAPA ADA SITI DI SITU…??SENYUM DAN TERUS SENYUM PADANYA…Lama Ahmad merenung bulan itu…Tidak puas rasanya di tilik……..

“Ti…..masih adakah rindu Siti buat abang….??”Ahmad membiarkan angin malam itu membelai wajahnya.Terasa sentuhan jemari Siti di mukanya seketika dulu.Dia memejamkan matanya…Merasai kehadiran Siti pada malam yang dingin itu………Tidak mahu rasanya membuka mata…di biarkan jiwanya juga hanyut dek kenangan-kenangan yang indah bersama Siti….RINDU BENAR DIA PADA SITI WAKTU INI….adakah kerinduan ini hadiah di malam hari hadinya yang ke-28 itu…….Dia tetap memejam matanya.Senyum sendiri bagaikan terbang di awangan rasanya dia saat itu……………

0 ulasan: