CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tok Dan Opah

Tok Dan Opah

Assalammualaikum...

Selamat datang ke blog Shahir+Adira=Shahira.. Kami ingin berterima kasih kerana sudi melihat blog ini.. Kami admin mengalu-alukan semua agar sentiasa memasuki blog ini dan melepak di blog ini..Terima kasih buat Yunie Zahan kerana sudi berkongsi novel "September Musim Cinta"...Sebarang komen atau apa2 saja tulisla di Jom Chat...

Shahir dan Adira

Shahir dan Adira

-: B!LA C!NTA :-

-: B!LA C!NTA :-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

~WELCOME~

Bio Shahira

Bio Shahira

SHAHIRA

SHAHIRA
ADIRA & SHAHIR

Love Shahira

Birthday Shahir

Birthday Adira

-: ShahiraZONE :-

AKUJANJI SHAHIRATICS..ekekeke kalau x tepati bkn shahiratics sejati..

Sebab admin sayang sgt dgn Kg Shahiratics, Tok Ketua, Penolong Tok Ketua n penduduknya...so ada beberapa isu admin nk bangkitkan di sini. Tak semua org suka apa yg kite suka, so kene sentiasa berhemah sentiasa k.

Sebagai warga kampung Shahiratics yg sejati, anda diminta mematuhi arahan-arahan berikut;-

1. MEROYAN

- Sila royan dgn berhemah. Dilarang mengekspresikan perasaan diri yang keterlaluan sama ada gembira atau sedih atau dlm ertikata lain meroyan, merobuk di kampung/umah lain selain di kg shahiratics. (Cth kampung/umah lain; Shahir af8, Adira fan club, wall mak anum, wall kak nam etc...)

- Kene fikir jgk sensitiviti n perasaan org lain.

2. EDIT GAMBAR

- Org kg shahiratics mmg kreatif, tak dinafikan lg. Tapi, sebarang gambar2 yg diedit perlulah menepati piawai yang telah ditetapkan, atau admin akan delete.

i) tiada sebarang gambar2 edit yang keterlaluan (seperti berpelukan, badan lain muka lain; badan sheila majid, muka adira-tidak dibenarkan sama sekali)

-Kalo nk edit gambo org tu...pandai2 la mintak kebenaran ye...

3. TAG/MENEMPEK GAMBAR/VIDEO

- dilarang menampal atau men'tag' sebarang gambar shahira di wall pihak lain terutama wall umum sepetri wall mak anum dan wall kak nam tanpa kebenaran admin shahiratics (p/s: kami memahami keinginan anda untuk berkarya dan berkongsi kegembiraan tetapi tidak semua yang setuju dengan kegembiraan dan kekreatifan kita berkarya).

- Tag berpada2..kalau gmbar Shahira berdua tu tak perlulah tag d page Shahir Af8 cthnye...or pada keluarga mereka. Tag/tempek ikut kesesuaian lah ye. Jgn la kat wall mak anum tag gambar Adira lak cthnye.

4. KREDIT GAMBAR/VIDEO

- sebarang gambar/video yg diambil dari pihak ketiga, sila kreditkan nama pihak terbabit.

5. TETAMU TAK DIUNDANG

- apabila ada tetamu yang tidak diundang datang, sambut mereka dgn sennyuman, bentangkan kapet merah siap dgn bunga manggar or tarian naga ke skali walau kita tak tahu apa tujuan mereka.

- apa jua provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak lain jgn mudah melatah. Jika masih rasa marah..tekan tanda =)

6. SPEKULASI

- dilarang membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita/keadaan sebenar walaupun di dalam hati kita punya taman bunga sebesar alam.

- dilarang 'copy & paste' atau'print screen' apa2 jua perbualan dari pihak lain tanpa mengetahui apa yang diperkatakan..

- nk CSI pun, jgn la terang-terangan sgt...coverline skit k

7. KUTUKAN/PROVOKASI/PERGADUHAN

- Jangan cpt melatah...kite relax je org nk kata apa. Ingat moto KG. CHILL & IGNORE =)

- Dilarang wujudkan sebarang pergaduhan di Kg. Jika ada..pandai2 lah sejukkan/tenangkan keadaan ye. kalau ada org baru yg masih tak faham konsep di kg kite...sila2 lah tunjuk ajar ye.

- tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan/perbalahan/ atau apa2 yang menyebabkan perasaan tidak senang kpd sesiapa jua yg membaca. sebelum berkata atau menulis apa2..fikirkan perasaan org yg membaca dgn meletakkan diri sendiri di tempat org yg diperkatakan..

8. KERAHSIAAN/ISU SENSITIF

- isu2 sensitif dan rahsia kg.. jika ada perkara2 yg terpaksa diperap dalam peti besi yg dirahsiakan lokasinya bukan la bermakna admin xnak kongsikan ngan org kg terchenta nie tapi itu adalah untuk tujuan keselamatan dan keamanan kg tercinta nie n menjaga keselamatan pihak2 yg berkenaan.. org2 kg yg sejati mesti faham kan? Tapi kami cuba sedaya upaya berikan sajian menarik utk semua ..

9. NAMA SHAHIRATICS

- Sapa2 yg pakai nama fb ada shahiratics tu...pandai2 la behave ye, lg2 kat umah/kg org lain...korng bawak nama shahiratics, so kalo buat apa2 ramai yg melihat...lg2 kalo wat salah. jgn nnti hnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga...k =)

**Admin cuba buat yg terbaik utk semua..utk Kampung Shahiratics, org2 kg n tak lupa juge buat SHAHIRA kesayangan kite. Harap semua leh beri kerjasama ye... Ni semua utk kesejahteraan kg.. =)

SAYANG SHAHIR+ADIRA=SHAHIRA

SAYANG KG SHAHIRATICS

SAYANG WARGA SHAHIRATICS SEMUA

CHILL & IGNORE

ANYTIME ANYWHERE

September Musim Cinta

September Musim Cinta

Sabtu, 10 Disember 2011

Cerita Cinta Kita - Bab 13

Shahir mengeluh berat buat kesekian kalinya. Perbuatannya pagi tadi berlegar-legar di kotak fikiran. Sungguh, tidak terdetik sikit pon di hatinya untuk mengasari Adira. Semuanya di luar kawalan dan berlaku secara spontan. Andai saja waktu bisa diputar semula...

Kini, rasa kesal terbit menggunung. Lebih menambahkan rasa bersalahnya pada Adira, apabila krew produksi membatalkan shooting yang sepatutnya diadakan di Cameron Highland hari ini kerana mengalami masalah cuaca di sana. Jika dia tahu lebih awal, pastinya dia akan setuju untuk temankan Adira. Pasti juga adegan tampar itu tak akan berlaku...

" Shahir, kepala i pening la. Boleh tak kalau kita shoot scene kita tu esok je?" tanya Rozita sambil memicit-micit kepalanya.

" Humm, okay. Lagipun i memang nak balik awal kalau boleh." balas Shahir. Wajah Adira yang mendung terbayang di ruang mata.

" Ouh, kalau macam tu, i balik du..." Rozita jatuh terjelepuk tanpa sempat disambut Shahir. Wajahnya pucat.

Lokasi pengambaran riuh dengan kejadian itu.

Shahir disuruh hantar Rozita ke klinik. Bagai lembu dicucuk hidung, Shahir yang panik, hanya mengikut saja arahan mereka. Rozita dibawa masuk ke dalam Peugotnya.

_________________________________________

Shahir memapah Rozita dengan berhati-hati ke hadapan pintu klinik. Kepala Rozita yang pusing menyebabkannya hampir rebah, namun sempat disambar Shahir.

Adira yang baru melangkah keluar dari klinik yang sama terkedu menyaksikan adegan di hadapannya. Seorang wanita jelita yang sangat dibencinya berada dalam dakapan suaminya sendiri. Hatinya hancur berkecai saat ini. Tanpa disedari, mutiara jernih mengalir laju di pipinya.

Shahir yang kalut menahan Rozita turut tergamam dek terlihat seraut wajah yang sangat dikenali dan dicintainya. Dipandangnya wajah Adira yang dipenuhi air mata. Spontan, tangannya melepaskan pegangan Rozita.

" Kalau untuk isteri dan zuriat awak sendiri, awak berkira sangat, kan? Sedangkan dengan betina ni, tak payah dipaksa. Awak dengan relanya temankan dia. Awak dah berjaya carikkan hati saya Encik Ahmad Shahir Zawawi." selesai menuturkan ayat tersebut, Adira melangkah laju dan berlari-lari anak meninggalkan Shahir dan Rozita yang terpinga-pinga.

_________________________________________

Hafiz yang sedang melewati bangunan di hadapan Jalan Tun Razak hampir terlentang apabila tubuhnya dirempuh sesorang yang tiba-tiba menonong ke arahnya.

" Adira?" tanya Hafiz yang seakan tidak percaya dengan matanya sendiri.

" Err.. oo.. awak Hafiz. Sorry, saya terlanggar awak pulak." ujarnya sambil cuba menghapuskan sisa air mata di tubir matanya.

" Eh, tak pela. Hari tu kan saya langgar awak. Hari ni awak pulak langgar saya. Kira fair and square la tu. " ujarnya cuba menceriakan suasana.

Adira hanya tersenyum tawar.

" Are you okay? Seems like youre facing a big prob." tanyanya prihatin.

" Tak, saya okay." jawab Adira ringkas walau dadanya seakan hendak pecah mengenangkan insiden tadi.

" Erm... if you are free, come kita pegi minum. i belanja." umpan Hafiz. Langkah pertama perlu diambil. Peluang keemasan seperti ini tak mungkin dipersiakan.

" Boleh juga. Saya teringin nak makan cendol la. Awak belanja eh?" selamba Adira berkata. Hatinya perlu dihiburkan.

" Alright! My pleasure! " balas Hafiz riang.

' Tak sesukar yang disangka...' bisik hatinya.

________________________________________

" Andai hari esok, langit akan runtuh, tabah la menjunjung bersamaku.... Andai hari esok, dunia gelora, takkan kugemuruh selagi ku... ada kamu..." nada dering itu sudah berbunyi hampir 5 kali. Namun Adira hanya membiarkan saja tanpa dijawab. Shahir perlu diajar.

" Kenapa tak angkat phone tu? Seems like, it is important."

" Nope! Tak penting pon. Eh, sedap la kan cendol ni!" Adira mengalih topik.

_______________________________________

Shahir hampir putus asa untuk menekan punat di telefon bimbitnya buat kesekian kalinya. Sms yang dihantar juga tak berbalas. Dia risau dengan keadaan Adira. Namun, isterinya itu masih tak pulang ke rumah walau hari sudah larut malam. Shahir khuatir sesuatu yang buruk terjadi. Pantas Ain dihubunginya.

" Hello Ain! Sorry aku kacau kau tetengah malam ni. Errr, Adira ada call kau tak?" tanya Shahir.

" Tak pulak. Apsal ni? Korang ada krisis balik ke? " serkap Ain.

" Kalau tak de tak pe lah. Aku chow dulu. Thanks." Shahir enggan mengulas panjang masalahnya.

_______________________________________

" Sapa tu sayang?" tanya Maulana yang sedang berbaring malas di katil.

" Shahir. Tanya pasal Adira. Tu mesti ada krisis baru la tu."

" Humm? Krisis apa pulak kali ni?" tanya Mau sambil bermain-main dengan rambut isterinya.

" Entahla... bila Ain tanya, dia cepat-cepat nak letak phone. Pelikkan?"

" Tapikan sayang... dalam dok berkrisis-krisis diorang tu pun, Adira tu dah ada isi. Kita ni bila lagi?" usik Maulana.

" Isy abang ni. Dah Allah tak bagi rezeki lagi, nak buat macam mana?"

" Jom la kita usahakan.. Mau kenyit mata nakal. Lampu bilik dipadamkan.

_______________________________________

Adira pulang ke rumah saat Shahir sudah terlelap di sofa. Adira memandang sekilas ke arah Shahir yang masih belum berganti bajunya itu. Dengan malas, Adira mendaki tangga. Tiada niat untuk mengejut Shahir supaya tidur di bilik. Tambahan pula untuk tidur sekatil. Dia enggan.

_______________________________________

" Kenapa Dira tak kejutkan abang semalam? Dira balik pukul berapa?" tanya Shahir lembut.

"Perlu ke saya gerak awak? Penting ke sayan nak balik pukul berapa ke, dengan siapa? Suka hati sayalah nak buat apa pon, awak peduli apa?" Adira membalas dengan nada yang cukup sinis. Berdesing telinga Shahir mendengarnya.

" Walau macam mana pon, abang tetap suami Dira. Abang risaukan Dira dengan baby kita." ujar Shahir yang masih lagi berlembut.

Ah! Betapa sabarnya lelaki ini.

Adira ketawa sinis. Ketawa yang sungguh plastik dan jelas dibuat-buat.

" Risau? Geli hati saya dengar perkataan tu. Hei! Kalau betul la awak risau, awak akan temankan saya pegi check up semalam. Awak takkan tergamak bagi saya pegi sorang diri. Tapi tak pulak kan? Betina tu jugak yang awak kisahkan!"

" Sayang, pasal semalam abang boleh jelaskan. Tolong dengar dulu penjelasan abang. Please..."

" Cukup-cukup! Saya tanak dengar apa-apa pun alasan awak. Dan jangan berani nak panggil saya sayang lagi! Saya benci perkataan tu!" tengking Adira. Turun naik nafasnya dengan muka yang merah padam menahan marah.

" No! Dengar dulu. Semalam shooting kat Cameron Highland cancel. Saya memang nak balik awal bila Rozita kata yang dia tak sihat dan nak batalkan shooting. Tapi...all of sudden, dia pengsan pulak. Itu yang abang bawa dia pegi klinik." terang Shahir, mengharapkan pengertian dari Adira.

" Apa-apa je la Encik Shahir. Tapikan, out of sooo many people dekat set tu, awak juga kan yang TERPAKSA hantar dia. Kenapa eh? Oooo.. sebab semua manusia lain tu sayang minyak kereta diorang eh?" Adira membalas selamba.

Shahir menahan rasa. Dengan perlahan dia beristighfar.

' Ya Allah! Kuatkanlah aku. Salurkan aku kesabaranMu. Permudahkanlah urusanku. Selamatkanlah rumah tanggaku...' doanya dalam hati.

0 ulasan: