CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tok Dan Opah

Tok Dan Opah

Assalammualaikum...

Selamat datang ke blog Shahir+Adira=Shahira.. Kami ingin berterima kasih kerana sudi melihat blog ini.. Kami admin mengalu-alukan semua agar sentiasa memasuki blog ini dan melepak di blog ini..Terima kasih buat Yunie Zahan kerana sudi berkongsi novel "September Musim Cinta"...Sebarang komen atau apa2 saja tulisla di Jom Chat...

Shahir dan Adira

Shahir dan Adira

-: B!LA C!NTA :-

-: B!LA C!NTA :-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

~WELCOME~

Bio Shahira

Bio Shahira

SHAHIRA

SHAHIRA
ADIRA & SHAHIR

Love Shahira

Birthday Shahir

Birthday Adira

-: ShahiraZONE :-

AKUJANJI SHAHIRATICS..ekekeke kalau x tepati bkn shahiratics sejati..

Sebab admin sayang sgt dgn Kg Shahiratics, Tok Ketua, Penolong Tok Ketua n penduduknya...so ada beberapa isu admin nk bangkitkan di sini. Tak semua org suka apa yg kite suka, so kene sentiasa berhemah sentiasa k.

Sebagai warga kampung Shahiratics yg sejati, anda diminta mematuhi arahan-arahan berikut;-

1. MEROYAN

- Sila royan dgn berhemah. Dilarang mengekspresikan perasaan diri yang keterlaluan sama ada gembira atau sedih atau dlm ertikata lain meroyan, merobuk di kampung/umah lain selain di kg shahiratics. (Cth kampung/umah lain; Shahir af8, Adira fan club, wall mak anum, wall kak nam etc...)

- Kene fikir jgk sensitiviti n perasaan org lain.

2. EDIT GAMBAR

- Org kg shahiratics mmg kreatif, tak dinafikan lg. Tapi, sebarang gambar2 yg diedit perlulah menepati piawai yang telah ditetapkan, atau admin akan delete.

i) tiada sebarang gambar2 edit yang keterlaluan (seperti berpelukan, badan lain muka lain; badan sheila majid, muka adira-tidak dibenarkan sama sekali)

-Kalo nk edit gambo org tu...pandai2 la mintak kebenaran ye...

3. TAG/MENEMPEK GAMBAR/VIDEO

- dilarang menampal atau men'tag' sebarang gambar shahira di wall pihak lain terutama wall umum sepetri wall mak anum dan wall kak nam tanpa kebenaran admin shahiratics (p/s: kami memahami keinginan anda untuk berkarya dan berkongsi kegembiraan tetapi tidak semua yang setuju dengan kegembiraan dan kekreatifan kita berkarya).

- Tag berpada2..kalau gmbar Shahira berdua tu tak perlulah tag d page Shahir Af8 cthnye...or pada keluarga mereka. Tag/tempek ikut kesesuaian lah ye. Jgn la kat wall mak anum tag gambar Adira lak cthnye.

4. KREDIT GAMBAR/VIDEO

- sebarang gambar/video yg diambil dari pihak ketiga, sila kreditkan nama pihak terbabit.

5. TETAMU TAK DIUNDANG

- apabila ada tetamu yang tidak diundang datang, sambut mereka dgn sennyuman, bentangkan kapet merah siap dgn bunga manggar or tarian naga ke skali walau kita tak tahu apa tujuan mereka.

- apa jua provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak lain jgn mudah melatah. Jika masih rasa marah..tekan tanda =)

6. SPEKULASI

- dilarang membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita/keadaan sebenar walaupun di dalam hati kita punya taman bunga sebesar alam.

- dilarang 'copy & paste' atau'print screen' apa2 jua perbualan dari pihak lain tanpa mengetahui apa yang diperkatakan..

- nk CSI pun, jgn la terang-terangan sgt...coverline skit k

7. KUTUKAN/PROVOKASI/PERGADUHAN

- Jangan cpt melatah...kite relax je org nk kata apa. Ingat moto KG. CHILL & IGNORE =)

- Dilarang wujudkan sebarang pergaduhan di Kg. Jika ada..pandai2 lah sejukkan/tenangkan keadaan ye. kalau ada org baru yg masih tak faham konsep di kg kite...sila2 lah tunjuk ajar ye.

- tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan/perbalahan/ atau apa2 yang menyebabkan perasaan tidak senang kpd sesiapa jua yg membaca. sebelum berkata atau menulis apa2..fikirkan perasaan org yg membaca dgn meletakkan diri sendiri di tempat org yg diperkatakan..

8. KERAHSIAAN/ISU SENSITIF

- isu2 sensitif dan rahsia kg.. jika ada perkara2 yg terpaksa diperap dalam peti besi yg dirahsiakan lokasinya bukan la bermakna admin xnak kongsikan ngan org kg terchenta nie tapi itu adalah untuk tujuan keselamatan dan keamanan kg tercinta nie n menjaga keselamatan pihak2 yg berkenaan.. org2 kg yg sejati mesti faham kan? Tapi kami cuba sedaya upaya berikan sajian menarik utk semua ..

9. NAMA SHAHIRATICS

- Sapa2 yg pakai nama fb ada shahiratics tu...pandai2 la behave ye, lg2 kat umah/kg org lain...korng bawak nama shahiratics, so kalo buat apa2 ramai yg melihat...lg2 kalo wat salah. jgn nnti hnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga...k =)

**Admin cuba buat yg terbaik utk semua..utk Kampung Shahiratics, org2 kg n tak lupa juge buat SHAHIRA kesayangan kite. Harap semua leh beri kerjasama ye... Ni semua utk kesejahteraan kg.. =)

SAYANG SHAHIR+ADIRA=SHAHIRA

SAYANG KG SHAHIRATICS

SAYANG WARGA SHAHIRATICS SEMUA

CHILL & IGNORE

ANYTIME ANYWHERE

September Musim Cinta

September Musim Cinta

Isnin, 20 September 2010

SEPTEMBER MUSIM CINTA-BAB 5

Subuh menyingsing,burung-burung bernyanyi riang di atas pokok kelapa tepi pintu masuk halaman rumah Siti.Ayam-ayam bertautan menyapa dinihari.Terkadang terdengar desir angin yang menghayunkan dedaun pokok buluh ditepi biliknya,kelihatan air sungai juga berkocak laju menongkah arus.

Siti yang sudah bangun subuh-subuh tadi sudah pun berada di dapur.Dia membantu ibunya menyiapkan makanan pagi.Hujan diluar masih turun,biarpun tidak lebat tapi kelihatan tertitis menyembah tanah.

“Mak…….nanti Siti nak tarik pokok ubi la……nak goreng…nak buat kerepek..”Sapa Siti pada Mak Nah.

“A’aaah..dah boleh amik tuh…..suruh Along je yang tarikkan….”Balas mak Nah.Irma juga turut berada di dapur waktu itu,baru siap menjemur kain di depan serambi rumah.Hari hujan mana mungkin menjemur di laman belakang dapurnya.Pasti basah kuyup semula kain-kain yang disidai.Hampir gelap rumah mereka diselubungi kain baju yang banyak tidak kering yang dijemur di depan.Sudah beberapa hari tidak berangkat kain-kain itu.Ditambah pula dengan pakaian baru dibasuh.

“Mak..dah tak muat kain-kain nih nak di jemur….”Irma menunjukkan kain-kain itu didalam bakul kepada emaknya.

“Takpe la Ma….nanti suruh Along buat tali baru kat depan…”Kata Mak Nah.

“Ti….nak pegi pukul brape amik result…??Tanya Irma.Semalam Sudah diumum di Televisyen dan radio tentang keputusan SPm sudah keluar untuk diambil.

“Ti dah janji dengan Farina,abah Nasir nak anta kita orang..lam kul 10 kita pegi la..”jawab Siti.Mak Nah senyum sambil menggoreng nasi.

“Agak-agak dapat brape..???”Irma menghampiri adiknya yang sedang menyiang bawang putih.Dia hendak tumbuk bawang-bawang putih itu nanti hendak di letak kedalam ubi kayu yang bakal dipotong-potong nipis dicampurkan sedikit garam dan digoreng.SEDAP!!

“Ntah…tak tau la dapat brape kak….”Siti menjawab.

“Rasa-rasa..??”Tanya Irma lagi.

“Ada la 1 ke 2 ke…. A….hmmmm……”panjang ditarik nafasnya.Bahunya dicongetkan sedikit.Sambil mata bertentangan dengan Kakaknya yang comel bermata sepet,putih gebu dan berambut perang serpeti Siti.terkadang mereka berdua persis anak cina kedai runcit hujung simpang 3 di kampungnya itu.

“La……….apsal sikit sangat A nya Siti……trial dulu kan dapat jugak 5A..”berkerut jugak la dahi Irma mendengar kata-kata Siti.Siti menjongkitkan bahu.Bibirnya digigit.COMEL!!

“Payah la soalan SPM tahun nih,trial tuh ok skit…..tak tau la kak…..doa-doakan Siti dapat semua A eh..”Siti menguntum senyum.Ibunya yang turut yang berada disitu menjeling kepada Siti.Jelingan yang penuh bermakna.

“Dah…..kuat sangat meroyannnnn……mana nak dapat banyak ‘A’ nya…”bidas mak Nah.Mereka tiga beranak berpandangan.Ketawa.Siti menyengeh seakan faham maksud ibunya.Irma menggoncang-goncangkan bahu Siti.Faham.Faham sangat-sangat!!Mereka ketawa memecah kesunyian pagi.

“Apa yang suka sangat nih haaaa…..”Tanya Aliff yang baru masuk ke ruangan dapur,ingin menumpang sekali mendengar gelak tawa mereka..Ingin tahu.

“tak de la..mak ni ha….usik Siti..”manja Siti menjawab.

“usik apa pulak..??”Tanya Aliff.“Tak de apa la…hal orang perempuan..Along tak leh tau…..bahayaaaaaaa…”Irma mencelah.Tangannya memeluk pinggang Siti.Siti senyum.

“jadi Along tak leh kongsi la…??”Tanya Aliff sambil ditangannya diambil sebatang kacang panjang diseret ke muka Siti.Siti mengelak.Puas Siti menepis.Tapi terseret jua kacang panjang itu di mukanya.Saja mengusik adik bongsunya itu.Mujur mood Siti pagi ini baik-baik saja.Kalau tidak mahu berkejaran pulak lah mereka disekeliling rumah.

“Ishhh…..mak….tengok Along ni ha…..”Dia menepis-nepis kacang dimukanya itu.Siti manja merengek.Aliff menonyel mukanya kearah Siti.Mulutnya mengikut gerak kata Siti.Kepalanya digeleng-gelengkan.Aliff yang berkulit agak cerah itu terkadang ada jugak sawannya.Menyakat Siti juga kadang-kadang menjadi rutinnya.

“Huh!!Manja…….”Aliff menjelir.

“Tak sakit pun……….werkkkkk…..”Siti membalas.Dijeliran lidahnya juga kepada Alongnya.Aliff menarik kerusi kayu ditepi meja makannya didapur.Dia masih mengusik-ngusik Siti.Irma dan mak Nah tersengih-sengih melihat gelagat mereka.Mak Nah meluru ke arah meja,menghidangkan nasi goreng yang digorengnya tadi.

“Dah la tuh…….ni..tak keje ke ari nih Long…”Tanya mak Nah.Aliff membaiki kedudukan di kerusinya.Masih tersengih-sengih dapat mnyakat Siti.

“Ntah la mak….motosikal tuh tak nak idup plak……hmmmmmm..”mengeluh lagi Aliff,sudah beberapa kali cuba distartnya motor itu,tidak mahu jugak hidup.

“nanti la…Along telefon Ahmad datang ambik…..payah la..motor tuh…nak-nak hari sejuk-sejuk camni..lagi la manja nak ‘bangun’..liattttt tuh……”Aliff berseloroh.Mereka 4 beranak ketawa .Terasa sangat damai jiwa mak Nah pagi itu.

Tiba-tiba……..

“PRANGGGG!!”Pinggan yang dicapai mak Nah terlucut jatuh ke lantai.Mereka berpandangan.Cepat-cepat Irma bangun dari duduknya dan mengutip kaca yang berderai.Jantung mak Nah berdegup kencang.”Apa la pulak nak jadi nih..”hatinya berbisik,dia cuba bangun dari duduknya itu.Tetapi sempat dihalang Irma.

“mak takyah bangun la..biar Irma je yang kutip..”Aliff bangun dari kerusi.Siti tercegat bangun memerhati.Hatinya juga tidak senang.”Ada benda tak elok nak jadi nih”Mak Nah mengomel sendiri.Wajah Aliff berubah.Kelat menepis kemungkinan.Seakan-akan dia juga faham gelora dihati ibunya.

“ishh…tak de ape la…..”Suara Aliff dalam,mak Nah duduk diam diatas kerusi,masih bingung berfikir.Aliff membantu Irma mengutip kaca.Siti berjinjit-jinjit berjalan perlahan-lahan mengambil penyapu yang tersandar ditepi tiang belakang pintu dapurnya.Sangat berhati-hati bimbang kaca berteraburan dekat-dekat dia berjalan.

Siti menyelak pintu itu untuk mengambil penyapu.Dia serik membantu mengemaskan kaca.Teringat dia saat jarinya ditusuk kaca di rumah mak Long Senah hampir 3 bulan yang lalu.Siti tersenyum.Diruangan matanya terpancar wajah che Ahmad.Jejaka tampan yang menyinggah dihati tanpa dipintanya itu.Entah mengapa,tidak semena-mena jugaklah..berlegar-legar dalam kepalanya,saat dia terdampar diatas dada Ahmad dan Ahmad memeluk pinggangnya di kolam semasa dia gelincir atas lopak.”Mat…..aku masih terasa kehangatan pelukkanmu………”Dia tersenyum teringat waktu dia berlagak seperti hendak meminta telur itik untuk dimasak,sedang bukan itu tujuannya.Cukuplah untuk melepaskan rindu!!Peristiwa itu bikin membuat jiwanya menjadi kacau!!KACAU SEKACAU KACAUNYAAAAAA!!Walhal telur ke mana dia pun kemana…balik dengan tangan kosong saja waktu itu.Dia senyum sendiri.KHAYAL tahap cipan.Ceeettttt..!!

“Hoi..”Aliff menghentikan khayalannya.Siti tersentak.Penyapu ditangan dilepaskan.Dia sangat-sangat terkejut dengan sergahan Alongnya itu.Mak Nah pun terkejut juga..Mak Nah mengurut dadanya.Irma bagai nak melambung.Terjongkit punggung Irma waktu sedang mengutip kaca pinggan tadi.Kuat juga lah sergahan Alongnya tadi.Dia mengurut-ngurut dadanya.Jantung berdegup kencang.Penyapu yang dilepaskan Siti terparking baeeeek punyaaaaaaaa..atas kepala Alongnya yang sedang menonggek mengutip kaca bersama Irma.Siti hanyut lagi!!Entah bila dia berjalan dan datang menyondol buntut Alongnya.Berkhayal sampai jalan pun seperti diatas angin!!Berat benar cik Siti nih!!Sah!!KEPALA MASUK AIR!!

“adoi…..”Aliff beradoi.Kepalanya dicium penyapu.Siti tersedar lagi dari lamunan.PAP!Tangan Aliff menampar betis Siti.Siti tidak sempat mengelak.Dia tergamam.”Mengong tol la adik aku nih..!!”hatinya berbisik.Dia menggosok-gosok kepalanya yang sudah dicium penyapu tadi.Penyapu itu betul-betul singgah didahi Aliff.Sakit juga hingga benjol diatas dahinya.Tidak besar benjolan itu tapi dapat dirasai seperti duit 20 sen.

“Ko ni kan Siti..kuat beno berangan yer…….adoi..”Aliff terus menggosok kepalanya.Irma ketawa.Siti pun.Dia hanya mengakui kebenaran didalam hati.”hai cik Siti…….kau rindu Che Ahmad yer…..hmmmm…”Siti memujuk hati.Nafasnya berbau rindu.”EEEEHHHMMMMMMMM~~~~~”Longlai Siti di situ terbayang Ahmad.Angaunya menjadi-jadi!

Mak Nah senyum juga melihat gelagat anak-anaknya.Namun kelat menguntum senyum.Pinggan yang pecah tadi bisa membuat dia gundah.Apakah musibah yang bakal hadir.Dia merenung anak-anaknya.”Ya! Allah ,peliharalah anak-anakku..”dia berdoa didalam hatinya.Tidak tahu kenapa,akhir-akhir ini,dia merasa bagai ada yang tidak kena.Hati selalu berdebar-debar.Tidak tahu apa sebabnya.

Hujan sudah reda,Siti disuruh membeli gula di kedai oleh ibunya.Dia cuba menhidupkan motosikal Alongnya.Payah dia menyental kaki menghidupkan motor itu.Tapi dia lebih berjaya dari Alongnya.”ha ha ha…hidup jugak motor nih…..ihikk…”Dia ketawa sendiri.

Bayangkanlah Aliff dari subuh tadi mencuba,tak mahu jugak motor itu hidup.Siti menggosok-gosok pelana motor itu.”Hai motor…..sayang tul ko kat aku yeh……..trima kasih sebab ko hidup pagi nih…kalau tak jenoh aku nak mengayuh basikal ke hujung kampung nun ha….nak pegi beli barang…….jap nanti aku hantar ko kat along eh…pastu aku nak kenalkan ko dengan che Ahmad..hhehhehehe..ko tau kan..che Ahmad….alah…..yang encem-encem,bucuk-bucuk kesayangan aku tuh……hi..hi..hi…”Siti memuncung-muncungkan mulutnya.Dia mengomel sendiri.Terkendap-kendap dia menggosok motorsikal Alongnya itu.Hampir lupa dia apa yang dipesan ibunya tadi.

“mak…tadi nak beli apa ek..?’’Tanya Siti

“berat bebeno ko ni ye Siti……kepala dah masuk air ke..??”Mak Nah menggeleng-gelengkan kepalanya.

“satu je mak suruh ko pegi beli…itu pun ko lupa….ishhhh….parah dah ko nih Siti…..adoiii……”sempat mak Nah berseloroh.Dia senyum.Siti pun,sambil menggaru kepalanya yang tak gatal itu.

“Mak nah beli apa tadi..cepat la..nanti lambat pulak Siti nak pegi amik result…”Dia mengeluh.

“Gula-lah!!”Mak Nah meninggikan suaranya.Siti faham.Dia naik keatas motorsikal Alongnya itu.Berlalu.Tapi belum sempat dia keluar dari pagar rumahnya,Siti pusing balik.

“arrgggghhhh….apahal aku tak pakai selipar nih…..ahak!!”Siti ketawa sendiri.Dia lupa memakai seliparnya.Mungkin ditangggalkannya sewaktu ralid menghidupkan Motorsikal KriSS yang sudah lama dibeli Alongnya semasa berkerja di Pulau Pinang dulu.Dia mencapai eliparnya dan dipakai.

‘‘Mak…mak…oooo mak….”Siti pegi dulu.Mak Nah mengintai dicelah tingkap yang penuh dengan sidaian kain depan rumahnya itu.”aik..tak pegi lagi ke dari tadi..?”Tanya hati mak Nah.”Budak nih….ishhhh”Dia mengintai Siti.sempat dia melihat Siti tidak memakai topi keledar.“Ti…pakai topi keledar lah..bahaya simpang depan tuh…..jalan dah la sibuk !!”Siti senyum.Dia turun semula dari motor,berlari-lari anak menuju ke tangga rumah.

“Kak……amik helmet jap..”laungannya didengari Irma yang sedang berbaring depan tv.Mak Nah setia menjengah ditirai tingkap.Melihat gelagat Siti.Lasak macam jantan!

“Nah….jangan lama-lama…nanti marah Along ko pakai motorsikal dia..”Pesan Irma sambil hulurkan helmet biru pada Siti.Siti yang berbaju kurung oren pagi itu terkocoh-kocoh melangkah.

‘’okeyyyyyyyyyyyyyyyy….”Dia mengenyitkan matanya pada Irma.Didalam fikirannya satu.KE KANDANG KAMBING SELEPAS BALIK DARI KEDAI.”Singgah sekejap pun jadilahhhhhhhhhhhhhhh…..”perutnya bagai digeletek sang rama-rama!!Menggeli sampai terasa kehujung jari kakinya.”ahak….yeyyeyeyey…sekejap je aku nak jumpa che Ahmad……dapat tengok pun jadi la………..sukaaaaaaaaaaaaaaa…..”Dia menyanyi-nyanyi berlagu riang.Kena singgah jugak nih..!!Wah!!Suka ..sukaaaaaa sangat-sangat!!

Siti singgah membeli dikedai lelaki cina yang bernama Chew.Dia berasal dari Negeri Sembilandan ,telah pun memeluk agama islam kerana berkahwin dengan minah melayu dari kampung ini,bernama Nadiah.Mereka bertemu semasa Nadiah pergi mengikuti rombongan ke sana bersama-sama penduduk kampung 7 tahun yang lalu.Chew sangat baik,Nadiah sangat beruntung dikahwinkan dengan Chew atau nama islamnya sekarang adalah Ridwan,dia dikenali di sini dengan panggilan Iwan Chew.Pembekal barang-barang runcit untuk penduduk kampungnya.

Siti yang bergegas meluru kebelakang mencari sebungkus gula yang dipesan ibunya.Sepintas lalu hidungnya terbau sesuatu.Terseret dia dengan bau wangi yang menusuk lubang hidungnya yang sederhana mancung itu.Dia bertembung dengan janda bernama Cik Rozi atau lebih glamour,Cik Rozi lenggang tak menjadi!!

“Eh…Cik Rozi rupanya…ingatkan sapa..”Siti menegur.

“Aik..Siti…cantik baju kau….nak kemana??”Ditanyanya Siti oleh Cik Rozi janda lenggang tak berapa menjadik tuh.Matanya melilau memandang Siti…kadang atas..terkadang di bawah..atas..bawah…atas bawah…..nampak seperti iri hati.

Siti memandang gerak matanya.”Kenapa Cik Rozi??”Cantik??”Tanya Siti yang mengepit kain baju kurungnya itu.OREN.Warna yang sangat digilai Cik Rozi lenggang sorang nih.

Janda yang tak berapa meletoooop nih selalu jugaklah bawak-bawak cerita-cerita sensasi yang terjadi kat kampung nih.Dia sempat bersuami hanya 3 bulan.Paim!Bekas suaminya tidak tahan dengan mulut longkangnya itu,dia telah menceraikan Rozi dengan talak 3.Menggila jugaklah Rozi waktu itu diceraikan Paim.Heboh satu kampung dia mengatakan Paim itu mandul.Walhal setelah Paim berkahwin lain,Paim bahagia dikurniakan 2 orang anak ,Taufik dan Azmah.Paim tidak sesekali pernah menyesal melepaskan Rozi.Padanya Rozi bukanlah perempuan yang baik untuk dimiliki.Mereka berkahwin dulu pun atas dasar wasiat keluarga.Cik Rozi tetap la menjanda hingga ke hari ini.Tidak pernah berubah.Dia sangat pandai menggoda.Tetapi hairannya tiada seorang pun melekat berani jadikannya isteri.Usia sudah mengjangkau 40-an,tidak juga ketemui jodoh untuk dirinya.Sudah ramai suami-suami orang dan duda-duda atau pun teruna-teruna,digoda dengan pujuk rayunya.Tetapi tetap juga tidak menyengat.Apa ke tidaknya,mulut mengalahkan NAS AHMAD dalam isu TERJAH di MELODI.Cik Rozi lenggang tak menjadi nih,suka menerjah rumah kerumah menghantar berita-berita palsu.Janda plastik itu sangat suka membuat orang kampung bikin PAAANNAAASSSSSS……..!!

Siti masih tercegat mengadap Cik rozi.Siti bingung.Muka Cik Rozi berubah.“Kenapa Cik Rozi??”Siti bertanya.Teringat Siti setiap kali orang memnggilnya dengan perkataan “Kakak”dia mula melenting..”jangan panggil aku kakak…panggil aku CIK!!..ok….CIK… ‘C . I . K’ ……CIK ok…...please…..”katanya..Oh!Tidak..geli Siti sampai berdiri bulu kaki rasanya…..argghhhh….menyampah lagi la ada..perasan muda!!Cetttt!!

“Siap kau nanti!!”Suara Cik Rozi meninggi.Dikancip giginya semasa bercakap dengan Siti.Jari telunjuknya menuding hampir-hampir tercucuk mata Siti.Siti bingung.Cik Rozi berlalu.Tapi sempat juga dia menjeling tajam pada Siti.Siti hairan.”Ah..malas aku layan minah sengett nih…”getus hati Siti.Dia terus meluru ke kaunter,membayar gula yang dibelinya tadi.

Cepat-cepat siti ke kandang kambing menghantar motosikal alongnya,walau tanpa di suruh,pepandai Cik Siti mengulor ke tempat kerja Alongnya itu,bukan apa sangat tuh.Gatal nak tengok Che Ahmad la tuh.Lepas rindu!!

“Long….Along….”Siti memanggil alongnya.Aliff datang berlari anak.

“Anta Siti balik…..Nak kunci motor..”

“aik…pandai-pandai nbawak kemari motor laong nih kenapa..?”Tanya Aliff.

“la….alang-alang hidup iti start tadi…bawa la kemari along oiii…”kata Siti.

“tak pegi sekolah lagi kea mi result..??”

“tak lagi la nih…cepat la….anta balik..”

“Aik balik jalan kaki laaa….”Aliff mengusik.

“Along banyak kerja nih..tengok ni ha..busuk ni..nanti abis baju Siti bau busuk jugak…”Kata Aliff.

“Takpe la..bawak je la moto tuh balik….”Aliff menunjukkan kearah motorsikalnya.Siti ???Mata mencar-cari si dia.Tiada!”kemana peinya nih”bisik hati Siti.

“Asssalamualaikum..??Perlahan suara datang dari belakang.Siti memandang.

“Walaikumsalam…..eh Mak Anum….dari mana??”Siti bersalaman dengan mak Anum.Lembut tangannya menyapa tangan bakal mertua!!Wah!!Siti angau lagi.Dibelakang mak Anum ada Che Ahmad!!”encemmmmnya..pakai baju petak_petak ijo….adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiishhhhhhhhh…mau pengsannnn nih….waaarggghhhhhh”hatinya menjerit!!dia tidak keruan.

“Mak Num dari klinik tadi,pening sikit….”Kata mak Anum.

“Siti cantik-cantik nih nak pegi mana..??’’lembut sapaan ‘mak mertuanya’itu.Mak Anum membelai-belai muka Siti.Ditiliknya puas-puas.Siti tunduk malu.Ahmad menjeling sipi.”Comelnya dak Siti nih…kalo adik aku dah aku cubit-ubit pipi ko Siti..”hatinya bersuara.

“Dah…dah….balik la siti oi…cepat…kang mak tunggu…amik motor abang bawak balik!!’’Aliff menggesel sikunya kelengan Siti.

“Eh…biar mak Anum hantar yer….”mak Anum mengusap-ngusap rambut Siti.Mengakui kecantikan anak gadis ini.

“takpe la Mak Num”kata Siti malu.Tunduk.Ahmad dari tadi tercegat memerhatinya.Tajam jugak la terungan Ahmad.Hingga Siti takut menatap mukanya.bagai gempa bumi gelora dihati Siti.

“a’aa..lagi pun abang lalu depan jalan umah Siti..sebab nak pegi hantar kad jemputan Tok Penghulu Kampung sebelah ..yang nak jemput kenduri tuh.Dah Lupa..??”panjang Ahmad bercakap.Muka buat-buat tak bersalah saja.”Siti…..kau buat aku bagai nak sewel dah nih!!”Ahmad berbisik dalam hatinya.

“Dah lupa…..??Oh! Tidak!!..TIDAK sekali-kali aku lupa Mat!!kau suka buat aku meroyan sorang-sorang kat sini kan…..masakan aku lupa,2 hari lepas takde orang kat kolam itik tuh..aku jatuh,kau peluk aku….”Siti mengetap bibir,lesung pipinya terselah,jantungnya kencang berdegup.Hatinya menggeli sendiri.

Dengan permintaan Mak Anum ,supaya dia menumpang naik kedalam kereta,Akhirnya Siti menuruti juga…Dia masuk kedalam kereta kancil kepunyaan arwah ayah Ahmad.Dihantarnya Siti keruangan depan rumah.Tidak sempat mereka singgah kerana mahu cepat pulang.Mak Anum hanya sempat melambai tangan pada Mak Nah dan Siti.Mereka berlalu.Siti senyum sampai ke telinga!!Arrrgghhhhhhhh….aku bolehh jadi gila Mat!!Aku boleh jadi gilaaaaaaa disebabkan kau!!!……argghhhhhh….apsalll nih…arrrrrgghhhhhhh”panjang keluhan hati Siti.MERONTA-RONTA BAGAI DIRANTAI TALI BESI!!!

0 ulasan: