CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tok Dan Opah

Tok Dan Opah

Assalammualaikum...

Selamat datang ke blog Shahir+Adira=Shahira.. Kami ingin berterima kasih kerana sudi melihat blog ini.. Kami admin mengalu-alukan semua agar sentiasa memasuki blog ini dan melepak di blog ini..Terima kasih buat Yunie Zahan kerana sudi berkongsi novel "September Musim Cinta"...Sebarang komen atau apa2 saja tulisla di Jom Chat...

Shahir dan Adira

Shahir dan Adira

-: B!LA C!NTA :-

-: B!LA C!NTA :-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

~WELCOME~

Bio Shahira

Bio Shahira

SHAHIRA

SHAHIRA
ADIRA & SHAHIR

Love Shahira

Birthday Shahir

Birthday Adira

-: ShahiraZONE :-

AKUJANJI SHAHIRATICS..ekekeke kalau x tepati bkn shahiratics sejati..

Sebab admin sayang sgt dgn Kg Shahiratics, Tok Ketua, Penolong Tok Ketua n penduduknya...so ada beberapa isu admin nk bangkitkan di sini. Tak semua org suka apa yg kite suka, so kene sentiasa berhemah sentiasa k.

Sebagai warga kampung Shahiratics yg sejati, anda diminta mematuhi arahan-arahan berikut;-

1. MEROYAN

- Sila royan dgn berhemah. Dilarang mengekspresikan perasaan diri yang keterlaluan sama ada gembira atau sedih atau dlm ertikata lain meroyan, merobuk di kampung/umah lain selain di kg shahiratics. (Cth kampung/umah lain; Shahir af8, Adira fan club, wall mak anum, wall kak nam etc...)

- Kene fikir jgk sensitiviti n perasaan org lain.

2. EDIT GAMBAR

- Org kg shahiratics mmg kreatif, tak dinafikan lg. Tapi, sebarang gambar2 yg diedit perlulah menepati piawai yang telah ditetapkan, atau admin akan delete.

i) tiada sebarang gambar2 edit yang keterlaluan (seperti berpelukan, badan lain muka lain; badan sheila majid, muka adira-tidak dibenarkan sama sekali)

-Kalo nk edit gambo org tu...pandai2 la mintak kebenaran ye...

3. TAG/MENEMPEK GAMBAR/VIDEO

- dilarang menampal atau men'tag' sebarang gambar shahira di wall pihak lain terutama wall umum sepetri wall mak anum dan wall kak nam tanpa kebenaran admin shahiratics (p/s: kami memahami keinginan anda untuk berkarya dan berkongsi kegembiraan tetapi tidak semua yang setuju dengan kegembiraan dan kekreatifan kita berkarya).

- Tag berpada2..kalau gmbar Shahira berdua tu tak perlulah tag d page Shahir Af8 cthnye...or pada keluarga mereka. Tag/tempek ikut kesesuaian lah ye. Jgn la kat wall mak anum tag gambar Adira lak cthnye.

4. KREDIT GAMBAR/VIDEO

- sebarang gambar/video yg diambil dari pihak ketiga, sila kreditkan nama pihak terbabit.

5. TETAMU TAK DIUNDANG

- apabila ada tetamu yang tidak diundang datang, sambut mereka dgn sennyuman, bentangkan kapet merah siap dgn bunga manggar or tarian naga ke skali walau kita tak tahu apa tujuan mereka.

- apa jua provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak lain jgn mudah melatah. Jika masih rasa marah..tekan tanda =)

6. SPEKULASI

- dilarang membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita/keadaan sebenar walaupun di dalam hati kita punya taman bunga sebesar alam.

- dilarang 'copy & paste' atau'print screen' apa2 jua perbualan dari pihak lain tanpa mengetahui apa yang diperkatakan..

- nk CSI pun, jgn la terang-terangan sgt...coverline skit k

7. KUTUKAN/PROVOKASI/PERGADUHAN

- Jangan cpt melatah...kite relax je org nk kata apa. Ingat moto KG. CHILL & IGNORE =)

- Dilarang wujudkan sebarang pergaduhan di Kg. Jika ada..pandai2 lah sejukkan/tenangkan keadaan ye. kalau ada org baru yg masih tak faham konsep di kg kite...sila2 lah tunjuk ajar ye.

- tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan/perbalahan/ atau apa2 yang menyebabkan perasaan tidak senang kpd sesiapa jua yg membaca. sebelum berkata atau menulis apa2..fikirkan perasaan org yg membaca dgn meletakkan diri sendiri di tempat org yg diperkatakan..

8. KERAHSIAAN/ISU SENSITIF

- isu2 sensitif dan rahsia kg.. jika ada perkara2 yg terpaksa diperap dalam peti besi yg dirahsiakan lokasinya bukan la bermakna admin xnak kongsikan ngan org kg terchenta nie tapi itu adalah untuk tujuan keselamatan dan keamanan kg tercinta nie n menjaga keselamatan pihak2 yg berkenaan.. org2 kg yg sejati mesti faham kan? Tapi kami cuba sedaya upaya berikan sajian menarik utk semua ..

9. NAMA SHAHIRATICS

- Sapa2 yg pakai nama fb ada shahiratics tu...pandai2 la behave ye, lg2 kat umah/kg org lain...korng bawak nama shahiratics, so kalo buat apa2 ramai yg melihat...lg2 kalo wat salah. jgn nnti hnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga...k =)

**Admin cuba buat yg terbaik utk semua..utk Kampung Shahiratics, org2 kg n tak lupa juge buat SHAHIRA kesayangan kite. Harap semua leh beri kerjasama ye... Ni semua utk kesejahteraan kg.. =)

SAYANG SHAHIR+ADIRA=SHAHIRA

SAYANG KG SHAHIRATICS

SAYANG WARGA SHAHIRATICS SEMUA

CHILL & IGNORE

ANYTIME ANYWHERE

September Musim Cinta

September Musim Cinta

Khamis, 14 Oktober 2010

SEPTEMBER MUSIM CINTA-BAB 19

SYDNEY-Jam di dinding tepat menunjukkan jarumnya 12.00 tengah malam.Siti membuka tingkap di bilik hostelnya.Angin malam menyelinap masuk ke ruang biliknya.Siti memandang jauh ke awan.Bintang-bintang memagarkan bulan.Dia tersenyum sendiri terkenangkan saat pertemuannya bersama Tengku Gadafi.

“Hai…saya Gadafi..”Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman.Siti terpinga-pinga waktu itu.Tidak menyambut salaman dari Dafi.Siti hanya memandang.Terpaku dia dengan ketampanan lelaki itu.Lupa seketika dia pada Ahmad.Lama direnungnya.Akim sempat menghulurkan salaman dari Dafi.Akim perasan Siti masih terpegun dengan lelaki itu..Ain sempat menghantukkan sikunya ke siku Siti.Siti mula tersedar.Siti tunduk malu.Dia cepat-cepat bangun.Namun dengan kekalutan Siti itu belum sempat tegak dia berdiri,lengannya terlanggar meja.Gelasnya yang berisi air tumpah.Dafi yang berada di situ cuba menyelamatkan gelas dari jatuh,namun malang tidak berbau.Lenjun jugalah seluar hitam dan baju yang dipakai Siti.Siti kantoi.Dia masih terpinga-pinga.Bingung.Cepat-cepat Dafi mencapai tisu di meja sebelah.Ain senyum sampai ke telinga.Akim memandang Ain.Mereka sama-sama mengangkat kening melihat gelagat Siti dan Dafi.Senyum.Dafi cuba membantu.Siti mengelap separuh badannya yang basah itu.Malu juga dia waktu itu.Dafi masih membantu.Siti masih tunduk menahan malu walaupun dia masih berusaha mengesat pakaiannya.Dafi tetap membantu.Ain dan Akim hanya memerhati tidak mahu mengganggu.

“Issssshhhh…malunya aku…arghhh..”Hati Siti berbisik.Dia memalingkan mukanya.Mahu saja waktu itu,seribu kedut terpancar di dahi, sambil digaru dahinya itu.Merah padam muka Siti dibuatnya.

“Adirah ok..?”Dafi bersuara.

“A’aaaa….errrrr…sa..saya…ok…...”Tergagap juga Siti menjawabnya.

“jom..aku teman kau pegi bilik air…..”Ain yang tersenyum dari tadi mempelawakan dirinya untuk membantu Siti ke bilik air.Ain bangun dari tempat duduknya.

“Takpe la…dah ok nih……adoi..nasib baik air sejuk…….ishh…..”Siti mengomel.Dafi senyum padanya.Memerhati kecomelan Siti.Akim memandang Dafi.Dia tunduk selepas itu.Senyum.

“Hai….encik Dafi dah terpesona jugak dengan kau Siti….ahak..”hati Akim mula menggeli.

“Eh…ermm.Tengku…duduklah…..duduk..duduk….”Akim mempelawanya duduk.Sambil tangan kanannya menunjukkan ke arah kerusi di sebelah kirinya.Bersebelahan Siti yang masih mengelap baju dan seluarnya.Cantik Siti hari ini.Berbaju blaus panjang berwarna putih,berseluar hitam ,bertudung pelangi pemberian Ahmad dan ber sandle putih hadiah dari Akim.Jaket putihnya disangkut pada kerusi.

“Tak payahlah panggil Tengku…panggil Dafi je…kawan-kawan saya panggil saya Dafi...Dafi je!!”Dafi menarik kerusi di sebelah Siti dan duduk.Siti juga duduk.Ain melangkah ke depan menuju semula ke tempat duduknya.Maulana tidak dapat hadir waktu itu.Dia menghadiri kelasnya.

“oooo..Dafi je…..”Siti memuncungkan mulutnya.“Encik ‘Dafi je’…datang sorang aje ke..ihik..” Siti menutup mulutnya.Ain dan Akim mnyengeh dengan kata-kata Siti tadi.Dafi tunduk menyengeh juga.Terasa seperti di permainkan Siti.Dia memandang Siti sekali lagi,jari telunjuknya di tunjukkan pada Siti.Nakal benar Siti saat itu.Tajam matanya merenung Siti.Siti membalas pandangan dengan senyuaman yang berlesung pipit manis di kiri dan kanannya itu.COMEL!Dafi terpesona dengan kecomelan Siti.Akim dan Ain tak sudah-sudah menyengeh.Membiarkan mereka didalam ‘ruang ‘mereka buat seketika.

“Nakal jugak awak ni yer…”Dafi mengangguk-anggukkan kepalanya.Dia menjeling kearah Siti yang berada disebelah kirinya itu.Siti juga memandang Dafi waktu itu.Siti senyum meleret .Mereka semua ketawa.Banyak juga topik yang dibualkan.Rancak mereka berbual.Akim tumpang gembira melihat kemesraan mereka .Ain dari tadi tidak putus-putus memerhati dua sahabat baru itu.Sesekali menjeling pada Akim.Akim pun.Mereka seolah-olah setuju dengan persahabatan ini.Lama mereka di sana.

Selesai makan-makan di situ,mereka semua mengambil angin di sekitar bandar Sydney.Dafi seiringan berjalan-jalan dengan Siti.Berbual tanpa henti-henti.Sesekali Akim tunduk.Menghela nafasnya yang panjang.Agak lega dengan situasi ini.

“Kau tak kesal ke Siti dah dapat kawan baru…handsome lak tuh!”Ain yang seiringan dengan Akim menyusuri jalan di depan deretan kedai di bandar Sydney itu.

“Kesal?Apsal lak aku nak kesal..tumpang suka ada lah..kau nih…isssshhh!”Akim menjeling kearah Ain.Ain mengangkatkening sebelah kanannya.Akim menggelengkan kepalanya.Tidak setuju dengan sangkaan Ain terhadapnya.

“Yer lah..kau dah ada Aishah kan…hemmmm…”Ain menggenggam kedua-dua jemarinya.Bahunya diangkat dan badannya dikecilkan.Sejuk.mahu saja saat itu dia menggeliat memperbetulkan urat-urat yang makin meregang..Akim senyum saja melihat Ain.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya sekali lagi. Kelakar juga dia melihat perangai Ain.Tak habis-habis menduga tentang hubungannya dengan Siti.

“eh..jomlah..dah jauh dorang tinggal kita.”Akim melajukan jangkahannya,Ain terkocoh-kocoh membuntuti Akim.Siti dan Dafi bergelak ketawa di keriuhan malam di bandar Sydney itu.Terkadang kelihatan Siti menampar lengan Dafi.Dafi tidak sempat mengelak.Dibiarkan saja Siti memukul manja pada lengannya itu.Siti melajukan jangkahannya.Dafi mengekor saja.Mereka ketawa lagi.Pasti ada yang sangat melucukan dihati mereka berdua.Bermesra seperti sudah lama mengenali.

“Ti…aku mahu kau bahagia Ti…kau pasti akan bahagia…”Akim hanya mampu memandang dari jauh dicelah-celah orang ramai itu.Jauh di sudut hati Akim,dia mahu melihat Siti berubah.Dia tahu di hati Siti masih ada ‘Abang’ namun semoga pertemuan dengan Dafi itu bisa meredakan kesakitan hati.Akim masih melihat keletah mereka.Tumpang bahagia.Tumpang gembira.”Ti….jangan lupa aku di sini…”Tiba-tiba hatinya mengeluh sebak.Terasa jarak mereka semakin jauh.Biarpun pertemuan itu adalah pertemuan pertama Siti dan Dafi.Akim berharap dia tidak dilupakan Siti.Hanya itu yang Akim harapkan.“kau ni kenapa Akim…hah!!cemburu eh..”Ain menduga…jarinya menuding dekat dengan hidung Akim.Tersentak juga Akim waktu itu.

“eh..mana ada…Aku berharap Siti bahagia dengan Dafi tuh..”Akim menjeling lagi pada Ain.Ain senyum sinis.

“iye lah tu Encik Aiman Akim ….”Ain menarik lengan baju Akim.Mereka berlari-lari anak mengejar Siti.Siti memalingkan tubuhnya dan melambai-lambai pada mereka berdua.Dafi juga memerhati dan melambai-lambai.Sangat secocok pasangan itu didepan mata Ain dan Akim.Hati mereka mengakuinya.Sangat sepadan!

“Adirah…minggu depan kita jumpa lagi ye…”Siti memandang Dafi.Tangannya dari tadi dimasukkan kedalam poket jaket putihnya.Udara agak dingin malam itu.Mereka bersalaman tanda mahu berpisah.Akim dan Ain sudah pun turun dari kereta mazda lama milik Dafi itu.

“Insyallah…saya tak janji…oklah..bawak kete leklok ye…..bai.”Siti turun dari kereta itu.Mereka melambai-lambai Dafi.Dafi membalasnya.Hatinya lega dengan pertemuan itu.Senyum dia sambil berlalu.

“Hmmmm..nampaknya ada orang tak tido malamlah jawabnya malam nih..”Dekat suara Akim ditepi telinga Siti.Siti memalingkan mukanya dekat dengan muka Akim.Akim mengenyit mata padanya.Siti senyum.

“Apalah….mana ade….tak maulah cakap macam tuh…”Siti menjeling tajam.Dia memuncungkan mulutnya dan digerakkan sedikit ke kanan.Suka Akim melihat mimik mukanya itu,comel sangat.

“yer..aku sokong Akim..betulkan Kim….?”Ain pula mengiakannya.

“Ish..malas aku nak layan korang..Aku masuk dululah…bai..”Siti terus menuju masuk ke hostelnya.

“Ti….sweet dreams….ahak!!”Laungan Akim masih kedengaran Siti.Dia mengangkat tangannya sambil menunjukkan buku lima pada mereka berdua.Akim mengetap bibirnya,senyum meleret.Ain juga.

“hmm….aku pun nak balik jugak nih..ok lah..jumpa esok ye Kim..jalan leklok …bai..”Dia melambai.Ain menuju ke lorong kiri dari rumah Siti.Akim pula berjalan keseorangan menyusuri jalan hostel di situ.Akim meredah padang bola yang luas di depan hostel Siti.Terasa sangat sunyi dia saat ini.Dia menatap langit yang luas itu.Berkerut dahinya.Ada sudut yang ketat kian melonggar di hatinya.Terasa jauh dengan Siti.Sebak.Dia berlari menuju ke hostelnya.Hatinya jadi sakit.Dia menghela nafasnya yang semakin tidak lega..Cemburu??Mana mungkin dia mula terhidu bau itu.Mana mungkin!!

Aishah sudah lena dibaringannya.Letih agaknya dia bermain Futsal petang tadi.Agak awal Aishah tidur malam ini.Nampak sangat keletihan di wajahnya.Siti senyum melihat bentuk badan Aishah yang membengkuk macam udang kena bakar.Siti mengambil selimut dan menyelimuti Aishah.Aishah tidak bergerak pun.Berdengkur bagai nak bergegar seluruh hostelnya.LETIH!Siti senyum sambil menggelengkan kepala.

“Aishah…Aishah….kau ni kan..kecik je..tapi sekali kau berdengkur bagai nak runtuh langit….Aishah..Aishah…ahakk~!!”Siti senyum.Dia menuju ke cermin besar dibelakang pintu biliknya.Dia berdiri di situ.Lama dia memerhati dirinya sendiri.Ditenungnya lama.Dia menanggalkan jaket putihnya itu dan mencampakkannya ke katil.Siti merenung lagi dirinya.Dia menyentuh tudung pemberian Ahmad dan menanggalkannya juga tudung itu.Siti mengambil tempat di katilnya pula.Dalam dia menarik nafasnya.Dia mencium tudung itu.Dipejam matanya.AHMAD!!Menyinggah menyesakkan dadanya lagi.Sarat memintal jiwanya.Terpanggil oleh kerinduan yang menyesakkan.Tidak sempat dia mengimbau saat pertemuan dengan Dafi saat ini.Ahmad terlebih dulu mengambil tempat dalam jiwanya.SETIAP WAKTU MANA MUNGKIN LELAKI INI HILANG DARINYA….

“Abang…….”Keluhan yang tak penah reda mengenangkan Ahmad.Mengapa dia begitu mahu bertahan mencintai Ahmad.Biar pun ditinggalkan tanpa perasaan,Siti masih mahu bertahan.Bagai tembok yang sangat kukuh di bina mengawal rasa cinta itu.Tidak akan ada orang lain yang mampu merobohkan tembok itu.Tidak akan ada!

“Abang……Siti rindu abang….”dhembus kuat nafasnya,airmata mula bergenang.Peneman setia dikala rindunya memanggil-manggil lelaki itu.Tetap dia mencium tudung itu.Siti sudah mereput dengan rasa rindu itu.Dafi juga tidak mampu meredakan sakit dihatinya.Akim yang sudah lama mengenalinya juga tidak bisa menyembuh sarat luka yang dalam itu.Dia hanya mahukan Ahmad.Semakin dekat wajah Ahmad menyinggah di segenap ruangnya.Siti jadi tidak keruan.Dia membaringkan kepalanya di katil.Ada rindu yang memintal-mintal urat-uratnya.Siti mencapai tas tangan.Dia mengambil telefon bimbitnya.Terasa benar mendengar suara Ahmad.Dia memandang jam di tangan.Waktu di Malaysia pasti baru pukul 9.00 malam.Siti hilang sabar.Dia nekad mahu sangat mendengar suara lelaki itu.Dia nekad.Siti bangun membuka pintu bilik dan menuju ke balkoni dekat ruang tamunya.Siti mendail nombor telefon Ahmad.Mahu gugur rasanya jantung Siti waktu itu.Biar pun dia berikrar tidak mahu mengganggu Ahmad.Tapi hatinya dahagakan kerinduan.Lamunannya terhenti.Mengapa dia perlu rasa bersalah mengenali Dafi.Kebahagiaan yang hanya seketika tadi terkubur.Namun dia lebih rasa bersalah pada Ahmad sangat-sangat saat ini.Tidak bisa menduakan cinta Ahmad.Sedangkan begitu mudah bagi Ahmad meninggalkannya.Mengapa Siti masih buta dengan cintanya.Masih tidak mahu celik dengan kesakitan yang ditinggalkan Ahmad.Dia mahu bertahan terus mencintai lelaki itu.

“Dafi……Selayaknya aku tidak mudah untuk jatuh cinta padamu.Aku sayang Ahmad.Tidak mudah aku menduakan mu abang….tidak semudah itu aku melupakanmu…”Siti tunduk dibayangi Ahmad.Bercampur-baur rasa itu menggauli hatinya.Dafi yang hanya datang beberapa jam yang lalu dalam hidupnya tidak akan mudah diberikan hatinya.Dia tahu sudah lama lelaki itu menyukainya.Ain selalu menceritakan hal itu pada Siti.Tapi baginya cukuplah sekadar kawan.Cukuplah mengenalinya sebagai teman biasa.Walau berkali-kali sebenarnya diwakilkan Dafi oleh Ain mahu dijadikannya teman istimewa.Siti sudah menjelaskan pada Dafi,dia hanya mahu berkawan.Tidak mahu ada sebarang ikatan lain..cukup setakat itu.Tidak mahu difikirkannya lagi.

”Abang …maafkan aku jua kerna menyakiti hatimu….Akim juga bukan untukku…..maafkan aku..”Teringat Siti saat ini waktu di sungai,di pantai berborak mesra ditalian dengan Akim mahupun di Kuantan Parade dulu.Memegang erat lengan Akim bukan bererti mahu menyakiti hati Ahmad.Tapi sekurang-kurangnya mahu menduga sejauh mana sayangnya Ahmad pada dirinya waktu itu.Rupa-rupanya itu hanya mengsia-siakan niatnya.Ahmad tidak pernah berganjak mencintai Ermiza.

FLASHBACK-KUANTAN PARADE.

“Kim…Siti nak ke sana jap eh…”Akim masih beratur untuk membuat pembayaran.Siti jadi tidak keruan.Dia melihat Ermiza yang masih ralid memilih kasut-kasut di situ.Ahmad tercegat menanti di luar.Siti melangkah ke ruangan kedai buku di deretan itu.Dia membelek-belek buku resepi di situ.Lama juga menanti Akim.Dia sesekali berpaling mengintai Akim.Rancak dia berbual dengan Ermiza.Sesekali meliar matanya mencari Ahmad.TIADA.Dia kembali menilik-nilik buku resepi ditangannya.Berselera juga melihat gambar-gambar yang memecahkan seleranya itu.Siti senyum sendiri.Barangkali mahu mencuba resepi itu sesudah membeli buku itu nanti.

“Siti dari mana nih?!!.”Tersentap Siti waktu itu.Buku di tangannya jatuh.Siti berpaling ke belakangnya.Ahmad.Ahmad dan Siti sama-sama tunduk cuba mengambil buku yang terjatuh dari tangannya.Ahmad terpegang tangan Siti.Siti cepat-cepat mengalihkan tangannya.Cepat-cepat juga dia bangun.Ahmad menghulurkan buku kepadanya.Siti meletakkan semula buku itu.Tidak jadi untuk dibelinya.Ahmad menghampiri Siti.

“Lepas ni balik!!”Tegas Ahmad berkata-kata.Siti merenung tajam.Marah.

“Abang sape nak paksa-paksa Siti..suka ati orang ah nak gi mana pun..!!”Siti menjawab dengan lantangnya.Ahmad tidak layak memaksanya.Siapa Ahmad berkata begitu.Sedangkan dia bersama Ermiza.Mengapa harus cemburu.Selayaknya dia tidak perlu berkata begitu.Apa lagi mengekor Siti dari tadi.Tajam matanya merenung Siti.

“Ti…abang tak suka Siti dengan Akim!!”Jelas Ahmad nersuara.

“HAHH!!”Siti menggeleng-gelengkan kepalanya.Mulutnya ternganga seperti bengang dengan kata-kata Ahmad.SAH!SITI BENGANG!!Siapa Ahmad berkata begitu!

“Apa hak abang nak suka ke tak dengan sapa Siti nak kawan…!”Siti menghampirkan mulutnya dekat dengan telinga Ahmad.Ahmad memalingkan sedikit mukanya ke arah muka Siti.Menjeling dia pada Siti.Dia mencapai lengan dan menarik Siti.Siti sentap dipegang dan diheret membuntuti lelaki curang itu..Ahmad menarik lengan Siti menuju ke tepi kedai baju yang agak terselindung dari Akim mahupun Ermiza yang agak rancak berbual di luar kedai kasut tadi.Telefon Siti kencang berdering.Teraba-raba dia cuba mendapatkan telefon bimbitnya didalam tas tangan.Sukar untuk mendapatkannya kerana Ahmad masih memegang lengan sebelah kirinya itu.Siti berhenti berjalan.Ahmad tersekat dek hentian jangkahan kaki Siti.

“Lepaslah!!”Siti rimas diperlaku begitu.Ahmad menariknya masuk kedalam kedai baju.Siti meraba lagi telefonnya.DAPAT!Baru saja mahu dijawab Ahmad merampas telefon itu.Ahmad menggenggam telefon bimbitnya kemas.Berkerut dahi Siti waktu itu.Pekerja di kedai itu hanya memerhati gelagat mereka.Senyum melihat pasangan yang mungkin padanya sedang bergaduh manja.

“Bak sini handphone Siti..!!Keras suaranya.Geram.Telefonnya tetap berdering.Siti cuba mengambil dari tangan Ahmad.Tapi tidak berjaya.

“Ok..dengan satu syarat!!”Ahmad meletakkan syarat.

“Cepatlah ..apa..?”Siti masih mencuba menangkap telefonnya di tangan Ahmad.Ahmad mengalihkan tangannya dari dicekup Siti.

“Nah..amik..!!Lepas nih terus balik..!” Tangan Siti dipegangnya .Ahmad menyerahkan telefon bimbit itu pada Siti.Serius muka Ahmad waktu itu.Benci..mengapa dia perlu ditarik jauh dari Akim mahu pun Ermiza.Apa sebenarnya kemahuan hati Ahmad hingga dia diperlaku begitu.Untuk apa dia cemburu.Dia sudah menyerahkan seluruh hatinya buat Ermiza.Tidak perlu menyimpan rasa cemburu itu lagi buat Siti.Siti bingung.Sampai sekarang masih menjadi tanda tanya pada dirinya.Malah berlegar-legar menghantui ruang jiwanya.Bingung.

Dia kembali merindu pada Ahmad.Imbauan itu juga bisa menambahkan rindunya yang banyak pada Ahmad.Namun apa yang lebih menyakitkan semuanya membebankan hati sendiri.Berat di pikul hatinya.Sarat meramas jiwa yang lemah ini.Rindu benar pada Ahmad saat ini.Tiada daya lagi menolaknya.Siti menguatkan semangatnya Namun dia mengalah dek hati yang memujuk,merindu dan merayu untuknya mendengar suara itu.Dia memberanikan diri mendail nombor telefon Ahmad.Dalam ditarik nafasnya.Senak!Siti masih menanti ditalian.Lama juga dia menanti.

“Assalamualaikum…”Suara itu memberi salam.Sebaknya dia mendengar suara itu.Siti menutup mulutnya menahan sebak di dada.Dia rindu suara itu.Walau dia tahu tidak mungkin Ahmad dengannya,Dia bertahan mendengar suara itu.Ahmad ditalian masih memberi salam.Siti masih membatu.Terduduk dia di tepi balkoni itu.Lemah.

Ahmad juga di luar halaman rumahnya.Mundar-mandir menanti Siti bersuara.Dia tahu itu Siti! Terang bulan malam itu menyaksikan dua insan ini yang dalam keresahan.Sama-sama merenung bulan.Ada wajah Siti di sana..dan ada wajah Ahmad bertandang senyum padanya ketika itu.Bulan menjadi saksi saat ini.Memagari urat-urat nafas yang bersimpul-simpul minta dileraikan dari helaan yang tidak lega itu.

“Siti…..”Suara itu sekali lagi menyiat-nyiat dedaging hatinya.Siti memejam rapat matanya.Kerinduan sarat menggali hati.Bertambah-tambah sarat.

“Aa..aabang…..”Dalam suara Siti kedengaran.Sudah sengal suaranya.Dia menangis sebentar tadi.Ahmad mendengar dicorong talian itu.Dia tahu Siti menangis.Ahmad menggosok tengkuknya.Sebak juga dia mendengar suara itu.Dia semakin serba-salah.Jiwanya menjadi kusut.

“Ti…….”kedengaran hembusan nafas Ahmad.Panjang dihelanya.Siti mengesat airmatanya.Susah untuk bersuara.Buntu jua saat ini.

“Abang…….”Esakkan Siti jelas di talian.Ahmad hanya mampu mendengar.Andai dia dapat meredakan Siti mahu jua dia sandarkan bahunya agar Siti tenang di sisi.Namun dia sudah tidak mampu bertahan mencintai Siti.Dia sudah membuat pilihan.Pilihan yang juga membebankan hati.Dia tahu sangat sakit mengecewakan Siti.Sangat bersalah menyakiti Siti.Namun Dia mahu Siti belajar melupakanya.Ada genang juga dikelopak matanya.Ahmad tunduk dan memejam mata.

”WAKTU BISA MENGUBATI LUKAMU SITI!!PERCAYALAH!!MAAFKANLAH AKU!!MAAFKANLAH AKU!!”hatinya merundung pedih.Dia merenung bulan di langit.Wajah Siti jelas terpampang di situ sekali lagi.Dia tahu gadis itu rindu padanya.Namun hati lelakinya juga menuntut kerinduan yang banyak pada Siti saat itu.Rindu juga dia dengan suara itu.

“Ti….kenapa nih….hmmmm..”Ahmad menyoal lembut.Mulanya mahu saja dia tidak menjawab panggilan dari Siti.Dia tidak mahu memberi harapan lagi pada Siti.Namun dia juga bisa merindui suara itu.Suara manja dari insan yang pernah bergelar kekasih.Sayang untuk melepaskan Siti..tapi lebih sayang membiarkan Ermiza jatuh ke tangan orang lain.Ahhhhh!!

“Ti…..”Suara itu bisa sekali lagi membunuh jiwanya.Siti seperti mahu terbang terus pulang dan memeluk lelaki itu.Tidak mahu melepaskan.“Siti…..”Ahmad masih menanti.

“Abang…..”Siti tidak boleh berkata-kata.Airmatanya semakin laju mencurah.

“Siti rindu abang ye……”Lunyai hati Siti bilamana Ahmad menyuarakannya.Makin kuat Siti menagis di Situ.Ahmad mendengar tangisan itu.Jelas.

“jangan nangis Ti……cukuplah…kan abang dah cakap dengan Siti nih….”Siti semakin mereput.Mengapa dia harus berbicara selembut itu.Mengapa tidak dimaki –hamun saja supaya kata-kata kesat bisa menjadi Siti mudah melupakannya..mengapa…mengapa…….AHHHH!!

“SITI RINDU ABANG!!”Suara itu menyiat-nyiat dedaging hati Ahmad juga saat ini.Lama Ahmad terdiam dengan pengakuan Siti itu.SEPI.WAKTU BAGAIKAN TIDAK BERPUTAR.Membisu dan membatu diri.Jiwanya jadi kacau.Namun masih mahu jua memujuk meredakan Siti.

“Abang!!Siti rindu sangat-sangat pada Abang!!”Siti bersuara lagi.

“Ti,terima kasih Ti…terima kasih…”Ahmad sudah buntu.Tidak tahu mahu berkata apa.Tidak mahu dia memberi harapan lagi pada Siti.Walau rindunya juga ada buat Siti.Biarlah dia sendiri yang menanggungnya.Tidak mahu dia menyakiti Siti,apatah lagi hati ERMIZA!

“Abang tak sayang Siti??”Soalan itu bagai mencabut nyawa Ahmad.Ahmad memejamkan matanya.Jelas wajah Siti menyinggah lagi.Mahu saja dia memeluk gadis itu semula.Agar mereda sakit di hatinya.Tapi apa mungkin Siti masih mahu memeluknya yang acap kali menghancurkan hati!!

“Ti…..biarlah abang simpan apa yang abang rasa pada Siti….cukuplah Siti…cukup lah yeh!!”Ahmad mematikan kemahuan Siti.Siti menangis bagai nak gila di balkoni.

“Sikit pun abang tak sayang Siti??”Siti yang tersekat-sekat suaranya saat itu mahu diberi jawapan.“Ti….sudahlah..lupakan Abang..Siti pasti bahagia dengan Akim…percayalah!!.”Bagai di tusuk tombak rasanya jantung Siti saat itu.Kata-kata Ahmad bisa lagi menambahkan kepedihan yang sedia ada.

”TEGAR KAU BANG!!”hatinya tersiat-siat relai dek kata-kata Ahmad tadi.Siti tanpa berfikir panjang terus dia mematikan perbualan.Siti menekan butang merah pada telefon bimbitnya.Dia mematikan terus talian itu.GELAP!!Telefonnya sudah ‘mati’,seperti jiwanya juga.Mati dihunus dek lidah yang tajam membicarakan kata dari Ahmad .

”ABANG….APA SALAH AKU….APA DOSA AKU PADA MU BANG…..”Lama Siti di balkoni…menangis merintih menyesali diri.Terasa sangat bersalah dengan dirinya sendiri.Mengapa harus dia mendengar suara itu.Bukan menyembuhkan rindunya malah makin menambah sakit pada diri!!Siti bangun dari duduknya.Lemah dia saat itu.Dia menutup pintu di balkoninya.Siti berbaring di katil.Dia menutup mukanya dengan bantal.Tidak mahu didengar Aishah tangisannya itu.Tudung yang dihadiahkan Ahmad dicampak ke dalam tong sampah dibawah mejanya.Biar pun tidak masuk sepenuhnya ke dalam tong sampah itu.Siti bertekad tidak mahu lagi menyimpan tudung itu.BENCI…BENCI SANGAT DIKHIANATI SEBEGITU RUPA!!Tiada lagi hadiah pengganti diri untuknya dari Ahmad.Dia tidak mahu pengganti diri dari Ahmad itu masih berada didepan matanya.Sudah pasti dibuangnya esok bila pagi memancarkan sinarnya.Dia membuka kembali telefon bimbitnya.Dia masih berharap andai dibuka nanti Ahmad menelefonnya kembali.Lama dia menunggu.Namun harapan semakin berkecai.Ahmad begitu tegar membiarkan dia hanyut sendiri dilautan hati yang berdarah itu.Siti memeluk bantalnya kuat-kuat.Saat ini dia hanya mahu merasai kehadiran Ahmad.Masih mahu merasai hangat pelukkan Ahmad padanya dulu.Masih mahu merasainya dan tetap mahu dipeluk begitu sekali lagi……………..

0 ulasan: