CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tok Dan Opah

Tok Dan Opah

Assalammualaikum...

Selamat datang ke blog Shahir+Adira=Shahira.. Kami ingin berterima kasih kerana sudi melihat blog ini.. Kami admin mengalu-alukan semua agar sentiasa memasuki blog ini dan melepak di blog ini..Terima kasih buat Yunie Zahan kerana sudi berkongsi novel "September Musim Cinta"...Sebarang komen atau apa2 saja tulisla di Jom Chat...

Shahir dan Adira

Shahir dan Adira

-: B!LA C!NTA :-

-: B!LA C!NTA :-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

~WELCOME~

Bio Shahira

Bio Shahira

SHAHIRA

SHAHIRA
ADIRA & SHAHIR

Love Shahira

Birthday Shahir

Birthday Adira

-: ShahiraZONE :-

AKUJANJI SHAHIRATICS..ekekeke kalau x tepati bkn shahiratics sejati..

Sebab admin sayang sgt dgn Kg Shahiratics, Tok Ketua, Penolong Tok Ketua n penduduknya...so ada beberapa isu admin nk bangkitkan di sini. Tak semua org suka apa yg kite suka, so kene sentiasa berhemah sentiasa k.

Sebagai warga kampung Shahiratics yg sejati, anda diminta mematuhi arahan-arahan berikut;-

1. MEROYAN

- Sila royan dgn berhemah. Dilarang mengekspresikan perasaan diri yang keterlaluan sama ada gembira atau sedih atau dlm ertikata lain meroyan, merobuk di kampung/umah lain selain di kg shahiratics. (Cth kampung/umah lain; Shahir af8, Adira fan club, wall mak anum, wall kak nam etc...)

- Kene fikir jgk sensitiviti n perasaan org lain.

2. EDIT GAMBAR

- Org kg shahiratics mmg kreatif, tak dinafikan lg. Tapi, sebarang gambar2 yg diedit perlulah menepati piawai yang telah ditetapkan, atau admin akan delete.

i) tiada sebarang gambar2 edit yang keterlaluan (seperti berpelukan, badan lain muka lain; badan sheila majid, muka adira-tidak dibenarkan sama sekali)

-Kalo nk edit gambo org tu...pandai2 la mintak kebenaran ye...

3. TAG/MENEMPEK GAMBAR/VIDEO

- dilarang menampal atau men'tag' sebarang gambar shahira di wall pihak lain terutama wall umum sepetri wall mak anum dan wall kak nam tanpa kebenaran admin shahiratics (p/s: kami memahami keinginan anda untuk berkarya dan berkongsi kegembiraan tetapi tidak semua yang setuju dengan kegembiraan dan kekreatifan kita berkarya).

- Tag berpada2..kalau gmbar Shahira berdua tu tak perlulah tag d page Shahir Af8 cthnye...or pada keluarga mereka. Tag/tempek ikut kesesuaian lah ye. Jgn la kat wall mak anum tag gambar Adira lak cthnye.

4. KREDIT GAMBAR/VIDEO

- sebarang gambar/video yg diambil dari pihak ketiga, sila kreditkan nama pihak terbabit.

5. TETAMU TAK DIUNDANG

- apabila ada tetamu yang tidak diundang datang, sambut mereka dgn sennyuman, bentangkan kapet merah siap dgn bunga manggar or tarian naga ke skali walau kita tak tahu apa tujuan mereka.

- apa jua provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak lain jgn mudah melatah. Jika masih rasa marah..tekan tanda =)

6. SPEKULASI

- dilarang membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita/keadaan sebenar walaupun di dalam hati kita punya taman bunga sebesar alam.

- dilarang 'copy & paste' atau'print screen' apa2 jua perbualan dari pihak lain tanpa mengetahui apa yang diperkatakan..

- nk CSI pun, jgn la terang-terangan sgt...coverline skit k

7. KUTUKAN/PROVOKASI/PERGADUHAN

- Jangan cpt melatah...kite relax je org nk kata apa. Ingat moto KG. CHILL & IGNORE =)

- Dilarang wujudkan sebarang pergaduhan di Kg. Jika ada..pandai2 lah sejukkan/tenangkan keadaan ye. kalau ada org baru yg masih tak faham konsep di kg kite...sila2 lah tunjuk ajar ye.

- tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan/perbalahan/ atau apa2 yang menyebabkan perasaan tidak senang kpd sesiapa jua yg membaca. sebelum berkata atau menulis apa2..fikirkan perasaan org yg membaca dgn meletakkan diri sendiri di tempat org yg diperkatakan..

8. KERAHSIAAN/ISU SENSITIF

- isu2 sensitif dan rahsia kg.. jika ada perkara2 yg terpaksa diperap dalam peti besi yg dirahsiakan lokasinya bukan la bermakna admin xnak kongsikan ngan org kg terchenta nie tapi itu adalah untuk tujuan keselamatan dan keamanan kg tercinta nie n menjaga keselamatan pihak2 yg berkenaan.. org2 kg yg sejati mesti faham kan? Tapi kami cuba sedaya upaya berikan sajian menarik utk semua ..

9. NAMA SHAHIRATICS

- Sapa2 yg pakai nama fb ada shahiratics tu...pandai2 la behave ye, lg2 kat umah/kg org lain...korng bawak nama shahiratics, so kalo buat apa2 ramai yg melihat...lg2 kalo wat salah. jgn nnti hnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga...k =)

**Admin cuba buat yg terbaik utk semua..utk Kampung Shahiratics, org2 kg n tak lupa juge buat SHAHIRA kesayangan kite. Harap semua leh beri kerjasama ye... Ni semua utk kesejahteraan kg.. =)

SAYANG SHAHIR+ADIRA=SHAHIRA

SAYANG KG SHAHIRATICS

SAYANG WARGA SHAHIRATICS SEMUA

CHILL & IGNORE

ANYTIME ANYWHERE

September Musim Cinta

September Musim Cinta

Isnin, 4 Oktober 2010

SEPTEMBER MUSIM CINTA-BAB 16

Siti mengajak Irma bersama Nubhan ke pantai Teluk Lipat.Perjalanan menaiki kereta hanya memakan masa 15 minit.Teringin benar dia melihat pantai.Rindu dia hendak ke sana.Semalam Irma pulang setelah dua minggu ke pulangan Siti.Walaupun selalu berhubung ditalian.Namun masih banyak cerita yang mahu dikongsi bersama.Kesibukan Irma membataskan dia bertemu Siti,Siti faham.Dia tidak berkecil hati pun dengan Irma yang baru sekarang pulang menyambutnya.Dia pernah mahu menjenguk Irma di Kuala Lumpur.Bukan jauh sangat,hanya memakan masa 4 jam sahaja dari rumahnya.Tetapi Irma sedang menghadiri kursus pula.Siti penuh sabar menanti kepulangan kakaknya itu.Hingga menjelang pagi baru mereka tidur.Terlalu banyak cerita mereka kongsikan.Mahu dia menceritakan tentang Ahmad tetapi begitu berat untuk memulakan.Hajatnya dimatikan saja.Tidak jadi untuk diceritakan.

Siti merancang mahu ke pantai petang nanti.Irma awal-awal sudah menelefon Nubhan.Mahu diajak ke pantai.Siti cuba mengajak Farina tetapi ditolak.Mungkin dia ada hal lain.Sudah lama dia tidak ke sana.Walaupun dia berkesempatan untuk pergi,namun kepulangannya ini dia hanya banyak berperap di rumah.Sudah tidak ada lagi rasa mahu ke kandang atau ke rumah Mak Anum.Teringat dia peristiwa 3 hari yang lalu.Suha menelefonnya,mahu diajak ke rumah,tapi pelawaan itu ditolak Siti.Berkali-kali juga dia menolak ajakkan dari Suha.Akhirnya dia berlembut hati setelah Suha menyuruh mak Anum sendiri yang bercakap di talian.

“Assalamualaikum…..”Mak Anum memberi salam.

“Walaikumsalam mak Num…”Siti menjawab salam darinya.

“Siti dah tak sudi ye datang rumah mak Anum………”Suaranya lembut bisa membuat Siti mencair.

“Mak Num………minta maaf la..Siti bukan tak nak datang………”Siti serba salah.“Dah tu……tak suka mak Anum yer…”Kata-kata mak Anum itu bisa juga merobek hatinya.Biar pun nadanya sangat lembut.Namun bak pisau menghiris hatinya.Bukan dia tidak mahu datang,dia tidak berdaya bertembung dengan Ahmad.Ada rindu yang sangat tebal sebenarnya terhadap Ahmad.Tapi ingatan itu selalu dimatikan.Tidak mahu berharap terus."Dia milik Ermiza".Itu bisikan hati Siti setiap kali mengingati Ahmad!!

“ala…..mak Num jangan cakap cam tuh…..Siti sayang mak Num tau…….Ermmmm…..oklah….Siti datang..jap gi Siti pegi eh….”Siti mengalah.Mengalah dia dengan orang tua itu.

Siti bersiap-siap mahu ke rumah Ahmad.Agak gembira juga mahu ke sana.”Tak pe….ari nih abang tak de….dia pasti keje nih…..”Bisik hatinya.

“Mak….Siti nak ke rumah Mak Anum ni…..Mak nak ikut tak..??”tanya Siti pada ibunya yang sedang memotong kain untuk dijahit.

“Tak pe la…mak ada keje nih..lain kali je la..Kimsalam kat Mak Anum ye…”Terkendap-kendap mak Nah memotong kain dilantai rumahnya.

“Ok….Siti pegi dulu ye mak….”Siti menuruni anak tangga rumahnya.Dia menaiki motosikal baru Alongnya,LC.Moto lama masih digunakan untuk kegunaan ulang-alik ke tempat kerjanya.Siti menyusuri jalan-jalan di kampungnya,sekali lagi dia menghirup udara segar dengan angin yang sangat dingin pagi itu.Dia memasuki laman rumah Ahmad.”Yes!!dia tak de….selamat aku……”Siti mengomel sendiri.Kereta Ahmad tiada.Suha siang-siang sudah menunggu di depan rumah.Suka dia akhirnya Siti datang juga.

“Kak……”Suha datang menghampirinya.Siti senyum sambil turun dari moto LC itu.

“Kak….best tak bawak moto nih….?”Suha bertanya.

“Best…ringan je…..nak try ke..”Siti bertanya.

“Nak…..boleh ke.?”Suha teruja.

“Jom…..”Siti membonceng Suha.Mereka keluar dari halaman rumah.Mak Anum baru keluar dari muka pintu depannya.

“ish..kemana pulak budak-budak nih…..ada-ada aje la si Suha dan Siti nih.”Dia menguntum senyum.Memerhati dari jauh.Tidak lama mereka bersiar-siar.Kali ini Suha pula yang membonceng Siti.Suka Mak Anum melihat di tangganya.

“Sudah-sudah la……meh naik meh….”mak Anum mempelawa Siti naik ke rumah.Siti bersalaman dengan mak Anumnya.Mak Anum seperti biasa mencium dahi Siti.Sejuk rasanya hati Siti waktu itu.

“Kak nanti makan tengahari kat sini ye..?”Suha mempelawa.Mak Anum tumpang menggangguk.Gembira.

“Tak susah ke..?”Siti menyoal.

“mana ada susahnya Siti…..bertambah selera ada la kalau Siti sudi makan kat sini….”Kata Mak Anum sambil diiringi gelak tawa mereka.Lama Siti di situ.Berbual dan bercerita.Sangat selesa Siti berada di rumah Ahmad.Terasa seperti berada di rumah sendiri.

“Kak..jom..naik atas….”Suha menarik tangan Siti.Mak Anum di dapur melihat saja.Dia sedang mengangkat kain dalam bakul yang baru dilipat sebentar tadi didapur.Sejuk di situ.Ada sebuah katil bujang yang disandar di dinding ruangan dapur.Di situlah biasanya mak Anum melipat kain bajunya.Siti membantu sebentar tadi.Rajin benar dia menolong ‘emak mertua tak menjadinya itu’.“Alah…….akak nak tolong mak nih…..”Siti berkata.

“Aik……mak..??”Suha saja berseloroh..Lebar Suha senyum.Mak Anum menggelekek.Siti naik malu.Dia tidak bermaksud apa-apa.Bulat matanya merenung Suha.“Ala…...kalau panggil mak pun apa salahnya….”Mak Anum pula menambah.Siti lagi rasa malu.Malu tapi sebenarnya suka.Dia senyum sambil menundukkan mukanya.

“eleh……..malu-malu la pulak…..”Suha mengusik Siti.Siti menampar lengannya.Suha mengelak.Mereka ketawa.Siti mengesat peluk didahinya.

Berdebar.

“adoi………alangkah bagusnya kalau aku benar-benar boleh panggil mak Anum ‘MAK’….”keluh hatinya.Kelat Siti senyum.Terbayang wajah Ahmad saat ini.Terbayang jualah ketidaksetiaannya bekas Si pengembala kambing itu terhadapnya.Segera dia beristigfar.Tidak mahu berangan terlalu tinggi kerana dia sudah pun jatuh berkali-kali.Siti tunduk.Senyumnya sinis.Suha perasan mukanya mula berubah.Cepat-cepat di tarik Siti ke depan dan masuk ke bilik Ahmad.

“Kak…..jom duk sini jap…Suha nak gosok baju melayu abang jap….akak duk kat sini..”Suha menolak Siti supaya duduk di katil Ahmad.Siti duduk tetapi tidak lama.Dia turun dan bersimpuh duduk dilantai bersama Suha.Tidak selesa.Kemas bilik itu.Udara menyelinap masuk ke ruang tingkap.Suha memasang plug terletak dibawah meja bilik itu.Dia terpaksa bergosok dibilik abangnya kerana plug di depan sudah rosak.Suha memulakan gosokkan keatas seluar baju melayu hijau daun pisang itu.Tidak lama Suha menggosok mak Anum memanggilnya kerana sebentar tadi terdengar deringan telefon.

”Suha..telefon…”Mak Anum memanggil Suha.Diletak gagang itu ditepi telefon.Mak Anum berlalu ke dapur.Dia mahu menyiang ikan setelah selesai menyusun kain di biliknya sebentar tadi.

“Kak kejap eh…Suha cakap telefon jap..tunggu jap eh..”Suha menutup plug setarika itu.Siti mengangguk.Namun dia agak cemas seorang diri di bilik Ahmad.Tidak tahu mahu berbuat apa.Dia merenung baju melayu itu.Dia menyentuh dan mengusap baju itu.Terasa seperti menyentuh dada Ahmad.”Ah!!gilerrr!!Apsal dengan aku ni!!?”Siti menghentikan lamunannya..Tidak semena-mena ada sayu yang menyinggah di hati.Siti tidak keruan.Mau sasau juga dia saat itu.Siti cepat-cepat beralih anganannya dan membuka plug tadi.Dia cuba membantu Suha.Dia menggosok baju itu.

Dengan penuh kesabaran.Dia tersenyum sendiri…berangan bagaikan menggosok baju suami.Sah!GILA!!SITI GILA MEROYAN lagi…..SAH!!

Suha lama bergayut ditalian tidak tahu dengan siapa dia berborak.Siti cuba menyangkut baju dan seluar yang telah digosoknya tadi.Dengan tidak disangka-sangka Ahmad meluru masuk ke biliknya.Pantas.Ahmad menyelak langsir bilik itu.Dia terkejut.Mereka sama-sama tersentak.Suha cepat-cepat meletakkan gagang telefon.Dia tidak sempat menahan Ahmad dari masuk kedalam biliknya.Suha mengekor.Pantas.Muka Ahmad berubah.Sangat lain wajah itu hari ini..Siti bangun tercegat depan Ahmad.Dia cuba untuk keluar dari bilik,tapi Ahmad pula tercegat di situ.Suha mendatangi mereka.

‘’Errrrrr…..err……”Suha cuba bersuara sambil menyelak langsir bilik Abangnya itu.Dia melihat Ahmad betul-betul mengadap Siti.Siti tunduk.Wajah Suha kelat rasa bersalah.Dan tanpa rasa bersalah pun Ahmad menyentap baju melayunya di tangan Siti.Kuat.Siti terkejut.Dia memalingkan tubuhnya kearah Suha.Suha jadi kecut.Kecut melihat wajah abangnya itu.

“Sapa pandai-pandai bagi orang luar masuk bilik abang..??”tanya Ahmad.Pedas kata-kata itu.Siti tertelan air liurnya.Terkecewa Siti dengan kata-kata itu.Siti cuba melangkah keluar.

“Siti!!”Ahmad memanggilnya.Langkah kaki Siti berhenti.Dia sudah membelakangi Ahmad.Dipalingkan sedikit mukanya pada Ahmad.

“Lain kali jangan masuk bilik Abang!!”Keras amaran itu dari Ahmad.Siti tunduk kembali.Mahu melangkah tapi lengannya di pegang Suha.Siti mengetap bibirnya menahan sakit didada.”Tergamak kau bang…..sampai hati abang cakap begitu!!”Tiada sepatah kata terkeluar di bibir Siti.Cuma hatinya yang meronta kesakitan.

“Abang…..Kak Siti tak salah…Suha yang…”belum sempat habis dicakap .Ahmad sudah mencantas kata-kata Suha.

“Suha diam!!Keluar!!”Ahmad dengan sombongnya menutup pintu bilik dengan dentuman yang agak kuat.Mak Anum dari dapur keluar juga.Terkejut dengan bunyi tadi.Siti sudah mengalirkan airmata.Suha mengheret Siti ke kerusi depan rumah.

“Kak maafkan Suha…..”Suha juga sebak.

“Terkejut mak …bunyi apa tadi Suha…..”Mak Anum datang, laju dia melangkah.Dilihatnya Siti sedang menangis.Dia mendatangi Siti.Siti mengesat airmatanya.Mak Anum terpinga-pinga.Siti menahan diri dari menangis lagi.Gugur jua airmata itu kali ini.BENCI!!

“Eh…kenapa ni Siti..”Mak Anum memegang lengan Siti.Bingung dia saat ini.

“Ntah mak..abang tu balik-balik je tetiba naik hanginnnn……Kak Siti pulak yang dia marah….ishhh...”Suha memberitahu Mak Anum.Mak Anum terus meluru pada pintu bilik Ahmad.Dia menggunakan senduk ditangannya itu.,mengetuk pintu bilik Ahmad.

“Abang!!Abang!!...bukak pintu nih…abang!!”Mak Anum mengetuk dengan kuat.Sempat juga dia menyingsing lengan bajunya.Mahu saja saat itu dia mengetuk kepala Ahmad dengan 'senduk saktinya itu!!'Dia naik geram.Suha memujuk Siti.

“Kak….sori eh…..Suha tak tau plak Abang balik time nih…..sabar kak yer….ni pasti gaduh lagi ngan minah gedik tuh…benci tul la…..”Siti bangun dari tempat duduknya.Panas juga telinga mendengar kata-kata Suha tadi.Suha seperti terlepas cakap.Dia menutup mulutnya dengan jari.”Upssss……adoi…apa ke bangang aku nih….ishhh..”Suha menepuk kepalanya pula.Terlepas cakap.

“Akak balik dulu Suha….”Sebaknya bertambah-tambah.Terasa dengan kata-kata Ahmad.

”aku orang luar baginya..padan la aku tidak layak untuk bertamu dihatinya…….!!”Siti menyalahkan diri,menjauh hati dengan kata-kata itu.Suha memegang lengan Siti .Dia menarik Siti supaya jangan pulang.Siti melihat wajah Suha.Dia menangis lagi.

“Abang!!Mak Kata keluar!!”Mak Anum cuba mengetuk lagi pintu bilik Anak jantannya yang naik hantu tadi.Perlahan Ahmad membuka pintu itu.“Kenapa nih?? Balik tak bersalam….masuk rumah marah-marah orang ….apa nih??!”tegas suara Mak Anum berkata-kata.Siti tidak pernah melihat mak Anum setinggi itu bersuara.Ahmad diam.Dia tunduk.Muka pekat menahan marah.

“Pegi mintak maaf dengan Siti..pegi!!”Mak Anum mencekak pinggangnya.Teragak-agak juga Ahmad waktu itu.Macam budak kecik.Gerun juga dia dengan mak Anum rupanya.Perlahan dia menuju kearah Siti.Siti laju melangkah mahu keluar rumah.

“Siti!!nanti!!”keras mak Anum bersuara.Lantang suara itu menyinggah di telinga Siti.Siti mematikan langkahnya.

“Abang..!!Mintak maaf cepat!!....Cepattt……!!”Mak Anum menolak Ahmad yang berada didepannya.Dia mengekori Ahmad.Siti menunggu.Dekat Ahmad datang.Terasa dirinya bersalah.Mak Anum menolak-nolak Ahmad.Ahmad merenung Siti.Dilihat air mata gadis itu mengalir lagi.Lemah dia dengan airmata itu..Dia melukai hati Siti sekali lagi.”Ah…..!!Ermiza……kau punya pasal Siti pulak jadi mangsa….argghhhh!!”Sebentar tadi Ahmad baru saja bertengkar ditalian dengan Ermiza.Puas dipujuk untuk bertunang.Namun Ermiza tetap dengan seribu alasan.Mahunya Ahmad tidak geram.Balik ke rumah,Siti pula yang jadi mangsa keadaan.Sedangkan tiada kena-mengena pun dengan masalah yang dihadapi.

“Abang mintak maaf…”Kelat ucapan maaf dari Ahmad.Siti tunduk mengesat airmatanya.Ahmad menunggu jawapan dari Siti.Dia jadi buntu.Digaru-garu kepalanya.

“Ti……sori…….”Ahmad bersuara lagi.Siti bagai mencair di situ.Manja suara Ahmad saat itu.Mahu saja dia pengsan 24 kali di situ.Siti mengesat lagi airmatanya.Mak Anum tetap menunggu.

“Mak……..”Manja Suara Ahmad memanggil ibunya.Mulutnya memuncung mohon dipujuk bersama.

“P U J U K S E N D I R I !!”Mak Anum menggerakkan gerak mulutnya.Namun tiada suara yang kedengaran.Suha dibelakang ibunya Senyum.Berbunga hati Suha waktu itu. Mak Anum sengaja tidak senyum.Serius mukanya waktu itu.

“Ti…….Ti…….sori......”Ahmad melutut.Dia menggenggam kedua-dua tangannya memohon maaf.

Siti tidak melihat.Benci!!Namun sebenarnya bertambah sayang.Terasa saat itu dia wujud buat Ahmad!Biarpun mungkin hanya seketika!!

Ahmad bangun semula.”Ti…..alah….Ti tengok sini..Ti..”suaranya bertambah manja.Siti bagai nak terduduk mendengarnya.Ahmad sudah buntu.Namun sempat mata melihat kotak tisu.Mahu rasanya mengelap airmata itu.Ahmad menyambar kotak itu yang berada di atas almari tepi dinding dekat dengannya..Dia menghulurkannya pada Siti.Siti tidak peduli.Mak Anum dan Suha berbunga hati melihat mereka waktu itu.Suha memeluk pinggang ibunya.Tangan sebelah kanannya memegang kolar bajunya.Masih menanti merpati ini berpujukan.Manakala Mak Anum menyekak tangan kirinya berserta senduk berjongkit ditangan.

“Ti….sori……..ishh……”Siti memandang wajah itu.Ahmad menghulurkan tangan kanannya mahu bersalaman tanda damai.Siti hanya melihat.Geram.Marahnya kian mereda.Terasa kelakar pun ada waktu itu.Siti masih tidak menyambut salaman Ahmad.Dia geram.Ahmad menunjal-nunjal tangannya mahu bersalaman.kedua-dua keningnya terangkat.Saat ini dia benar-benar mahu untuk dimaafkan.Siti mengesat airmatanya.Siti hampir tersenyum.Dengan pantas Siti menyambar kotak tisu di tangan Ahmad.

“HARAM!!”Kata Siti sambil mengetuk kuat kotak tisu ke tangan Ahmad yang menghulurkan tangannya itu..Dia juga memukul lengan Ahmad berkali-kali dengan kotak tisu itu.Melepaskan geram.

“au..au….au…sakit…..aduh!!.au…..”Ahmad kesakitan dibedal Siti.

“Padan muka!!”Siti mengancip giginya.Mereka semua ketawa.Suha bertambah berbunga dihati.Rama-rama menggeli di perut Suha,yang pastinya Suha meroyan tahap gaban!!”Kak Ina….arrgghhhh……kalaulah kau ada masa nih………arrrrggghhhhh…sukeeeee…….”Suha ketawa bersama-sama mereka.Ahmad senyum pada Siti.Siti menampar lengan Ahmad.Mak Anum menyengeh sambil dia perhati anak-anak ini.Ada bisikan dihati Mak Anum”Abang…….Siti lebih layak untuk kau bang……”Mak Anum jadi sebak.Dia sedar Ahmad terlalu sayang Ermiza.Namun jauh di sudut hatinya,dia berharap Ahmad memilih Siti.SEKILAS IKAN DI AIR….DIA TAHU JANTAN BETINANYA……..Tetaplah mak Anum berharap suatu hari Siti bakal menjadi menantu di rumah ini.Dia sebak.Dia membiarkan mereka bertiga di situ.Siti memukul Suha juga.Suha mengusik-usiknya.Ahmad terusan ketawa bersama.Mata tetap terpaku dengan keayuan Siti.Masih cantik seperti dulu.Malah,padanya Siti semakin comel sekarang.

Keadaan semakin reda.Hati Siti rapuh benar dengan Ahmad.Walaupun masih diperlaku begitu,Siti masih bertahan.Masih mengharap sinar cinta Ahmad buatnya bersinar kembali.Tengahari itu Siti makan di rumah Ahmad.Walaupun Ahmad tidak makan bersama kerana terpaksa pulang ke pejabatnya.Ada panggilan yang diterima sebentar tadi.Bergegas juga dia ke sana.

Siti yang ‘bernyawa’kembali saat ini bagai terapung di awangan memetik bintang di lelangit hatinya.Dia tersenyum sendiri mengenangkan peristiwa tadi.Walau terasa dengan kata-kata Ahmad.Namun sekelip mata semuanya berubah.Siti merasakan dia bangkit semula dari komanya yang panjang.Dari rajuk yang tidak berpujuk.Dari cinta yang kontang tidak disirami.Siti berlalu menyusuri lorong-lorong yang dibumbungi pepokok yang merendang.Terasa seperti Ahmad yang memayungi……SAH!!Cintanya datang lagi……SITI BAKAL MEROYAN KEMBALI………

Ahmad terasa sangat letih malam itu.dia pulang agak lewat.Di berbaring diatas katilnya.Terasa ada sesuatu dibelakang baringannya.Dia menariknya.BAJU MELAYU HIJAU!!Dia terbangun dari baringan.Teringat dia tentang peristiwa tengahari tadi.Terbayang wajah Siti saat ini.Dia tersenyum.Diletakkan baju itu diribanya.Suha mengetuk pintu biliknya.

“TUUKK..TUKK…!!”

“Masuk la….tak kunci…”Ahmad bersuara.

“bang..ada pengacip kuku tak..?”Suha menyoal.

“Tu…atas meja lam gelas tuh ha…..”Ahmad menunjukkan tangannya kearah gelas itu.Suha mengambil kancip kuku itu.Dia memalingkan mukanya seketika.Terlihat olehnya,Ahmad sedang memeluk baju melayu itu.Hatinya menguntum suka.

“Hai bang…….tak dapat peluk orang yang gosok baju tuh….peluk baju jadi la kan….”Suha menyindir,Ahmad terkejut.Tertampar rasanya dengan kata-kata Suha.

“Suha cakap apa nih??”Berkerut dahinya.Baju itu masih dipeluk di ribaannya.

“Kalau nak tahu…….baju melayu tuh..kak Siti yang tolong gosokkann….”Suha memegang pintu biliknya.Dia mengendap mukanya dicelah langsir.“bang……BILA KAU RINDU PELUKLAH BAJU TU….”Suha mengenyit matanya pada Ahmad.Sempat tangan Ahmad menyambar bantal peluknya.Dia membaling kearah Suha.Tapi Suha terlebih dulu menutup pintu bilik itu.

“Bang…….selamat malam…semoga mimpi yang indah-indah ye….hehehe.…”Suha berbisik di sebalik pintu.Ahmad masih dapat mendengarnya.Ahmad tersengeh dengan usikkan Suha.Kata-kata itu membungakan hatinya.Hilang semua rasanya masalah yang ada hari ini.Dia tidak mahu menelefon Ermiza.Dia juga tahu untuk merajuk dengan perempuan itu.

“Ah!Biarlah..malas aku nak layan!!”Ahmad berbaring semula di katilnya.Dia meletakkan baju itu diatas mukanya.Bau Siti menyinggah menusuk-nusuk ke lubang hidungnya.Dia membiarkan jiwanya melayang terbang ‘mencari’ Siti.Terasa benar saat ini Siti hadir membelainya.Dia lali dek angaunya yang menjadi-jadi.Akhirnya dia terlena memeluk baju melayu itu.

Hari ini,Siti sudah bersiap mahu ke pantai.Akhirnya hajat Siti terkubur jua.Nubhan tidak jadi mengambil mereka.Ada panggilan dari hospital.Siti termenung di serambi.Teringat lagi dia akan peristiwa beberapa hari itu.Dia senyum sendiri.Dia berharap moga ada sinar untuknya kembali semula di sisi Ahmad…..”Abang……apa agaknya yang kau fikir sekarang ye……”Siti jauh diseret khayalannya….Dia hanya membiarkan…menbiarkan saja lamunannya memintal-mintal jiwa……..MASIH TERASA DUNIA INI DIA YANG PUNYA……..

0 ulasan: