CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tok Dan Opah

Tok Dan Opah

Assalammualaikum...

Selamat datang ke blog Shahir+Adira=Shahira.. Kami ingin berterima kasih kerana sudi melihat blog ini.. Kami admin mengalu-alukan semua agar sentiasa memasuki blog ini dan melepak di blog ini..Terima kasih buat Yunie Zahan kerana sudi berkongsi novel "September Musim Cinta"...Sebarang komen atau apa2 saja tulisla di Jom Chat...

Shahir dan Adira

Shahir dan Adira

-: B!LA C!NTA :-

-: B!LA C!NTA :-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

~WELCOME~

Bio Shahira

Bio Shahira

SHAHIRA

SHAHIRA
ADIRA & SHAHIR

Love Shahira

Birthday Shahir

Birthday Adira

-: ShahiraZONE :-

AKUJANJI SHAHIRATICS..ekekeke kalau x tepati bkn shahiratics sejati..

Sebab admin sayang sgt dgn Kg Shahiratics, Tok Ketua, Penolong Tok Ketua n penduduknya...so ada beberapa isu admin nk bangkitkan di sini. Tak semua org suka apa yg kite suka, so kene sentiasa berhemah sentiasa k.

Sebagai warga kampung Shahiratics yg sejati, anda diminta mematuhi arahan-arahan berikut;-

1. MEROYAN

- Sila royan dgn berhemah. Dilarang mengekspresikan perasaan diri yang keterlaluan sama ada gembira atau sedih atau dlm ertikata lain meroyan, merobuk di kampung/umah lain selain di kg shahiratics. (Cth kampung/umah lain; Shahir af8, Adira fan club, wall mak anum, wall kak nam etc...)

- Kene fikir jgk sensitiviti n perasaan org lain.

2. EDIT GAMBAR

- Org kg shahiratics mmg kreatif, tak dinafikan lg. Tapi, sebarang gambar2 yg diedit perlulah menepati piawai yang telah ditetapkan, atau admin akan delete.

i) tiada sebarang gambar2 edit yang keterlaluan (seperti berpelukan, badan lain muka lain; badan sheila majid, muka adira-tidak dibenarkan sama sekali)

-Kalo nk edit gambo org tu...pandai2 la mintak kebenaran ye...

3. TAG/MENEMPEK GAMBAR/VIDEO

- dilarang menampal atau men'tag' sebarang gambar shahira di wall pihak lain terutama wall umum sepetri wall mak anum dan wall kak nam tanpa kebenaran admin shahiratics (p/s: kami memahami keinginan anda untuk berkarya dan berkongsi kegembiraan tetapi tidak semua yang setuju dengan kegembiraan dan kekreatifan kita berkarya).

- Tag berpada2..kalau gmbar Shahira berdua tu tak perlulah tag d page Shahir Af8 cthnye...or pada keluarga mereka. Tag/tempek ikut kesesuaian lah ye. Jgn la kat wall mak anum tag gambar Adira lak cthnye.

4. KREDIT GAMBAR/VIDEO

- sebarang gambar/video yg diambil dari pihak ketiga, sila kreditkan nama pihak terbabit.

5. TETAMU TAK DIUNDANG

- apabila ada tetamu yang tidak diundang datang, sambut mereka dgn sennyuman, bentangkan kapet merah siap dgn bunga manggar or tarian naga ke skali walau kita tak tahu apa tujuan mereka.

- apa jua provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak lain jgn mudah melatah. Jika masih rasa marah..tekan tanda =)

6. SPEKULASI

- dilarang membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita/keadaan sebenar walaupun di dalam hati kita punya taman bunga sebesar alam.

- dilarang 'copy & paste' atau'print screen' apa2 jua perbualan dari pihak lain tanpa mengetahui apa yang diperkatakan..

- nk CSI pun, jgn la terang-terangan sgt...coverline skit k

7. KUTUKAN/PROVOKASI/PERGADUHAN

- Jangan cpt melatah...kite relax je org nk kata apa. Ingat moto KG. CHILL & IGNORE =)

- Dilarang wujudkan sebarang pergaduhan di Kg. Jika ada..pandai2 lah sejukkan/tenangkan keadaan ye. kalau ada org baru yg masih tak faham konsep di kg kite...sila2 lah tunjuk ajar ye.

- tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan/perbalahan/ atau apa2 yang menyebabkan perasaan tidak senang kpd sesiapa jua yg membaca. sebelum berkata atau menulis apa2..fikirkan perasaan org yg membaca dgn meletakkan diri sendiri di tempat org yg diperkatakan..

8. KERAHSIAAN/ISU SENSITIF

- isu2 sensitif dan rahsia kg.. jika ada perkara2 yg terpaksa diperap dalam peti besi yg dirahsiakan lokasinya bukan la bermakna admin xnak kongsikan ngan org kg terchenta nie tapi itu adalah untuk tujuan keselamatan dan keamanan kg tercinta nie n menjaga keselamatan pihak2 yg berkenaan.. org2 kg yg sejati mesti faham kan? Tapi kami cuba sedaya upaya berikan sajian menarik utk semua ..

9. NAMA SHAHIRATICS

- Sapa2 yg pakai nama fb ada shahiratics tu...pandai2 la behave ye, lg2 kat umah/kg org lain...korng bawak nama shahiratics, so kalo buat apa2 ramai yg melihat...lg2 kalo wat salah. jgn nnti hnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga...k =)

**Admin cuba buat yg terbaik utk semua..utk Kampung Shahiratics, org2 kg n tak lupa juge buat SHAHIRA kesayangan kite. Harap semua leh beri kerjasama ye... Ni semua utk kesejahteraan kg.. =)

SAYANG SHAHIR+ADIRA=SHAHIRA

SAYANG KG SHAHIRATICS

SAYANG WARGA SHAHIRATICS SEMUA

CHILL & IGNORE

ANYTIME ANYWHERE

September Musim Cinta

September Musim Cinta

Jumaat, 22 Oktober 2010

SEPTEMBER MUSIM CINTA-BAB 22

Siti menutup kedua-dua telinganya.Dia tidak mahu mendengar sebarang cerita mengenai Ahmad.Farina cuba untuk menjelaskan sesuatu,namun Siti bertekad tidak mahu lagi membincangkannya .Farina faham.Tapi dia sudah tidak tahan untuk menyimpannya.

“Ti…dengarlah…aku perlu bagitau kau.”Farina terus menarik kedua-dua tangan Siti ditelinga.

“Tolong la Ina…sudahlah..aku tak nak dengar..!”Siti memejamkan matanya.Farina terpaksa melepaskan.

“Degil!!Sudahlah aku balik dulu!!”Farina jadi marah.Dia bangun dari katil Siti.Siti membuka matanya.Dalam ditarik nafasnya.Siti memuncungkan mulutnya.

“Ina……….Ina……..”Siti membuntutinya.Farina terus menuju ke luar rumah.Berlari dia menuju pulang.

“Inaaaaaaaaaaa….”Siti memanggil sahabatnya itu.Farina tidak berpaling.Hatinya sakit diperbuat begitu oleh Siti.

“Kau dah berubah Ti!!”Dia menggigit bibirnya.Marah!!Dia cuma mahu menjelaskan apa yang berlaku.Namun Siti berkeras sudah tidak mahu lagi mendengar cerita tentang Ahmad.Siti nekad.Siti sudah menyerahkan hatinya pada Dafi.Dia tidak mahu berpaling lagi.

“Maafkan aku Ina……”Siti menarik-narik rambutnya.Kepalanya rasa sakit.Dia sudah menyakiti hati Farina.Siti jadi serba-salah.

“Mak………..mak..”Siti menuju ke dapur.

“Apa Ti…?”Mak Nah yang sedang menyiang ikan di dapur berpaling kepadanya yang berada di tangga

“Siti nak ke rumah Farina kejap..”Kata Siti.

“Ye lah…pintu depan tutup ye….”Pesan Mak Nah.Siti hanya mengangguk.

Cepat-cepat Siti ke rumah Farina.Dia berlari menuju ke sana.

“Assalamualaikum….”Siti memberi salam.

“Walaikumsalam..”Mak Biah menjawab.

“Ina ada mak Biah?”Soal Siti.

“Ada….dalam bilik dia…masuk la…”Mak Biah yang tidak tahu apa-apa menunjukkan jarinya kearah bilikFarina.Siti cepat-cepat naik ke rumahnya.

“Ina…..Inaaaaaa….”Siti mengetuk pintu bilik Farina.

“Tak yah datang umah aku nih….balik la…”Tetiba Farina berkata begitu.Siti tunduk.Dia menyandar di pintu bilik Farina.

“Oklah…aku dengar apa yang kau nak cakap…..bukak la pintu nih..”Siti mengalah.Kepalanya ditempek ke pintu bilik itu.

“Betul kau nak dengar nih?”Tanya Farina.

“Yer...Buka la pintu cepat!!Lenguh aku berdiri nih..cepatlah!!”Siti kebelakang sedikit.Mak Biah hanya menoleh berlalu di tepinya tadi.Senyum.Farina membuka pintu biliknya itu.Dia senyum pada Siti dan menarik tangan kawannya itu.Siti mengekor saja.Mereka duduk di atas katil Farina.Mata mereka bertembung.Siti membongkokkan sedikit badannya.Dia menanti Farina bercerita.Farina merenung wajah kawannya itu.Dia menyentuh rambut Siti.Siti memerhati.Penuh kusyuk dia mengadap kawannya itu.

“Apa kau nak cakap..cepatlah…aku dengar…”Kata Siti.Dia menarik nafasnya dan dilepaskan.Farina tunduk sekejap.

“Ti…..”Dia menarik nafasnya juga.Tidak tahu mahu dimulakan dimana.

“Apa….cepatlah cakap….tadi bukan main nak cerita....”Kata Siti.Dia merenung tajam pada Farina.Farina menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“cepatlah!!”Siti menepuk lengannya.

“jap la…aku nak mula kat ne nih…ermmm…”Farina masih menggaru kepalanya.

“Cakap je apa yang terlintas kat otak kau tuh…”Kata Siti menampar bahu Farina pula.Farina menggosok bahunya yang agak sakit ditampar tadi.Memuncung mulutnya saat itu.

“Ti…..kau ngan Abang Ahmad camne?”Farina menyoal.Siti menatap wajah kawannya itu sekali lagi.Farina tunduk.

“hemmmmm….Aku takde apa-apa dah kan dengan dia,berapa kali nak aku jelaskan…”Siti merenung tajam pada Farina.

“Ti…dia dah lama putus tunang!!”Terang dan sangat jelas suara Farina waktu itu.Siti masih menatap wajah Farina.Dia mengetap bibirnya.

“So???!”Siti mengangkat sedikit mukanya.Agak terkejut namun seperti sudah tidak peduli.“So…??Kau just kata So??Siti….ni peluang kau tau tak…..??”Farina menggenggam tangan Siti.Sepintas lalu terayng kekecewaan yang dihadiahkan Ahmad padanya.

“Dah lah Ina..itu cerita lama….”Siti bangun dari duduknya.Dia sudah tidak peduli.Biarpun ingatannya masih ada terhadap Ahmad,tapi biarlah segalanya di situ.Biarlah.Siti sudah pun menerima Dafi.Tidak mampu rasanya mengecewakan Dafi.Lelaki sebaik Dafi itu,tidak mungkin dia mampu kecewakan.Tidak sanggup!!

“Ti..kau dah tak sayang Abang??”Soal Farina.Terhenti langkah Siti yang mahu keluar dari bilik Farina.

“Sudahlah Ina…cukuplah!!”Siti datang menepuk bahu kawannya.Agak kecewa Farina dengan Siti saat ini.Siti benar-benar sudah berubah.Dia benar-benar bertekad melupakan Ahmad.

“Aku balik dulu…thanks..”Siti hanya mampu senyum pada Farina.Sedangkan saat ini mengapa Farina pula yang merasakan kesakitannnya.Menumpang sedih dengan kekecewaan yang dialami Ahmad dan begitu hampa dengan perlauan Siti.Siti berlalu dari rumah Farina.Berlari dia menuju ke rumahnya.Tiba-tiba hatinya rasa sakit.Pedih bagai dicucuk kembali dek deduri cinta yang lama.Airmatanya membasahi pipi.Cepat-cepat dikesatnya.Dia masuk ke dalam rumah dan terus ke bilik.Lama Siti didalam biliknya.Puas diajak makan oleh Mak Nah namun Siti tetap tidak mahu keluar makan.Dia menangis mengimbau kembali kepahitan hidup yang perlu diredah tanpa Ahmad di sisi.Bercampur-campur perasaannya saat ini.

“Awak……….”Siti menelefon Dafi.Panjang diheret suaranya.

“kenapa nih huh??!!”Tanya Dafi.Siti makin tidak boleh bercakap.Dia menangis.

“Sayang…….Kenapa nih..”Sangat tenang mendengar suara itu.Dia memejamkan matanya.Mengapa wajah Ahmad yang datang menghentam jiwanya.Mengalir lagi airmatanya petang itu.

“Kenapa nih…..cakap la…”Dafi mengharapkan Siti berkata-kata.

“I miss you….”Suara Siti tersekat-sekat.Dia menggenggam baju di dadanya.Terasa sakit meluahkan rasa itu.

“Ohhhh….rindu I rupanya….I miss you too…..”Sangat bermakna kata-kata Dafi itu.Sejuk rasa hati Siti mendengarnya.Namun seandainya dapat diluahkan pada Ahmad alangkah lebih baik saat ini.Namun dia tidak mahu lagi berpaling.Dia bertekad cuba memberi dan terus memberi rasa cintanya pada Dafi.Ada sedikit beban semakin ringan digalas.Tersenyum dia ditalian mendengar kata-kata itu.Terasa sangat disayangi saat ini.Begitu juga Dafi terasa sangat dihargai Siti akhir-akhir ini.

“I miss you…….”Sekali lagi Siti melafazkannya.Dia menekup mulut dan dikesat lagi airmatanya.Terasa ingin terbang memeluk Dafi.Mungin itu lebih baik.

“Aduh!!Dah macam ada panah cucuk hati I tau…hemmmmmm……Anyway..thank you sayang……I pun rindu U sangat-sangat nih...muahhhhh……….”Dafi cuba menyejukkan hati Siti yang tidak keruan itu.Siti tetap mengesat airmatanya.Sayu rasa dihati dihargai sebegitu oleh Dafi.

“Dah la tak mau nangis……dah-dah…kan dah cakap dengan I ni kan…..”Pujuk Dafi.

“I nak jumpa U……rindu sangat……”Siti memejamkan sekali lagi matanya.

“I pun….sabarlah….kita pasti akan jumpa jugak nanti….sabar eh…dah-dah..kesat airmata tuh…..I tengah kerja nih…..jap gi nak gi meeting nih…lepas tu I call u back..ok??!”Dafi tetap tenang ditalian.Memujuk kekasih hatinya yang jauh di mata itu.

“Ok……bai..”Ujar Siti.Dafi mematikan talian telefonnya dulu.Dia agak tergesa-gesa mahu ke bilik mesyuaratnya.Siti menggenggam telefon bimbitnya diribaan.Dia dalam dilemma.Apa yang dilafazkan pada Dafi tadi apakah benar atau sekadar menafikan kerinduannya yang sangat banyak pada Ahmad.Walau sedikit tenang,jiwanya tetap kacau.Bersilih-silih wajah Ahmad menyinggah di depan matanya.Dia tunduk.Makin bingung.Dengan tidak semena-mena ada belas yang sangat banyak dirasai terhadap Ahmad waktu ini.

“Mengapa mereka putus???”Persoalan ini terlintas difikiran Siti.Siti memicit-micit dahi.Terasa berat kepala dia sekarang ini.

Siti bangun dari baringannya.Dia mencapai tuala dan terus ke bilik air.Agak sudah lewat dia untuk mengerjakan Solat Zohor.Selesai solat Siti mengadap ibunya yang hampir siap menjahit baju .

“Dah makan nasi?”Mak Nah menyoal.Siti menggelengkan kepalanya.

“kenapa tak makan lagi…kang tak pasal-pasal perut masuk angin..pegi je la makan!Cepat!.”Mak Nah mengintai Siti dicelah cermin matanya yang diletakkan aras hidungnya itu.

“Yer la..Siti pegi la nih….”Siti longlai bangun dari duduk mengadap ibunya.Mak Nah perasan mata anaknya itu bengkak.

“Siti!!”Agak tegas suara Mak Nah.Dia mencabut cermin matanya itu.

“Apa mak..??”Siti yang baru bangun tadi berpaling kearah ibunya.

“Kenapa mata tu bengkak?”Tanya ibunya.

“Mana ada?”Siti cepat-cepat mengalihkan pandangannya.

“Jangan tipu mak…..kenapa??”Mak Nah bangun dah menghampiri Siti.

“Tak de apa-apa la mak….”Kata Siti.

“Jangan tipu mak…cakap kenapa..?”Siti melirikkan matanya melihat wajah Mak Nah.

“Siti lapar la mak…Siti pegi dapur dululah!”Siti cepat-cepat ke dapur.Mak Nah terpinga-pinga dibiarkan dengan seribu persoalan.Namun Mak Nah tidak memaksa.Andai dipaksa bimbang juga Siti terus tidak menjamah makanan.

“Bergaduh dengan Dafi gamaknya budak Siti nih….hemmmm…”bisik hati Mak Nah.Dia memakai kembali cermin mata ditangannya tadi.

“Ah!biarlah….orang muda…..”Hatinya berbisik lagi.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.Disambung kembali menjahit baju di mesin jahitnya itu.

Selesai makan tadi Siti hanya termenung di depan serambinya.Di intai juga kelibat Farina namun tidak kelihatan.Malas untuk menghubungi Farina.Bimbang kalau-kalau semakin merosakkan hatinya yang berbelah bahagi saat ini.Dia masih mundar-mandir depan rumahnya itu.Mak Nah datang dengan bungkusan kecil ditangannya.

“Ti….ada keje tak?”Mak Nah menyoal Siti.

“tak….”Siti melihat bungkusan ditangan ibunya.

“Nah…pegi umah mak Anum…anta baju Suha..dah siap mak jahit ni ha…”Mak Nah menghulurkan bungkusan itu pada Siti.Siti sentap disebut nama Suha.Dia perlu ke rumah Ahmad.Ah!Tidak!!

“Tak mau la mak…penat…”Siti mengelak.

“penat apanya…macam pikul bukit hari nih..ishhh..pegi la cepat …..cepat…..”Mak Nah seperti memaksa.Dia menolak Siti.Hampir tersungkur Siti .

“Apa ni mak….nasib tak jatuh Siti…..”Siti sempat memaut pada tiang ditepi kanannya itu.Mak Nah senyum.Dia menggosok lengan Siti.Bersalah juga dia tadi.

“Pegi la…..kejap je…..pegi eh..”Mak Nah memujuk lagi.Siti jadi lemah melihat wajah ibunya itu.Kesian.

“oklah…oklah..Siti pegi….”Berat hatinya mahu pergi namun ada sedikit suka mahu ke rumah Ahmad.Tiada paksaan saat ini.Dia menggagahi kakinya menuju ke rumah Ahmad.Siti menarik basikal merahnya yang sudah dibaiki Aliff baru-baru ini.Siti rindu mahu menaikinya kembali.Dipujuknya Aliff berkali-kali.Seperti budak kecil merengek mahu dibaiki basikal itu.Aliff menurut kehendak Siti.

Siti memulakan kayuhan dengan basikalnya itu.Mengapa ada angin kerinduan menyapa dirinya.Laju di kayuh basikal itu.Mahu sangat dia cepat sampai ke destinasi.Menghirup udara segar di petang hari menyusuri jalan-jalan di perkampungannya.Walau agak jauh sedikit dia tetap mahu mengayuh basikal ke sana.Berangan entah kemana-mana.Dia sudah dekat memasuki simpang halaman rumah Ahmad.Tiba-tiba……………

“PONNNNNNNNNN…..GEDEBUKK”Kayuhan Siti terhenti.Basikalnya mencium sebuah kereta Putih.Siti terjatuh dari basikalnya.Terjatuh dia di situ.Tangannya mencium jalan di tepi simpang dekat dengan pintu halaman rumah Ahmad.Tersungkur juga Siti saat itu.

“Dupp”Bunyi pintu kereta ditutup.Siti masih mengesat tangannya sudah terluka itu.Dia meniup pasir yag melekat ditangan dan lututnya juga.Pedih.

“Adik tak apa-apa??”Soal lelaki ditepi kirinya.Jantung Siti bagaikan terhenti.Dia kenal benar suara itu.Siti menoleh sedikit.Ditangan lelaki itu ada dipegang cermin mata hitamnya.Siti melirikkan sedikit lagi matanya melihat perlahan-lahan wajah lelaki itu.Dia datang mencangkung di sebelah Siti.AHMAD!!BAGAI DETIK WAKTU TERHENTI LAGI!!Bertembung mata berpandangan mereka berdua.Terpaku mereka di situ.

“Ya!Allah!!”Suara itu menghentikan lamunan mereka berdua.Ahmad cepat-cepat bangun dari duduknya disebelah kiri Siti tadi.Mak Anum datang menerkam mereka.

“Astagfitullah hal azimmmm..Abang…..eh….Siti…….ya Allah..eh bangun-bangun..”mak Anum panik cuba mengangkat Siti.Siti bingung.Ahmad terpinga-pinga.

“Eh!!budak Ahmad nih…angkat Siti..meh tolong mak….Lailahaillallah……kenapa sampai jadi macam nih……”Mak Anum mengangkat basikal Siti yang jatuh di kakinya.Ahmad membantu menyandarkan basikal di tepi pagar depan rumahnya itu.Siti cuba bangun.Namun buntutnya terasa sakit.Sengal sampai ke pinggang.Tergeliat juga Siti saat itu.Mak Anum memegang lengan Siti.Dia cuba menolong Siti untuk bangun.

“Jap..jap..jap..mak Num..pinggang Siti sakit..adoi….arghhh….”Siti beradoi sakit.Ahmad datang menghampiri.Betul-betul didepannya.

“Boleh bangun tak nih??”Suara garau yang sangat seksi dari Ahmad itu bisa menikam-nikam jantungnya kembali.

“Boleh rasanya..jap…jap.. Siti try…..arghhhhhh…”Siti melihat wajah mak Anumnya.Mak Anum masih membantu.Namun Siti kelihatan agak sakit untuk bangun.

“hemm…….degil!!”Ahmad disebelah merenung Siti.Siti merenung tajam pada Ahmad saat lelaki itu berkata sebegitu padanya.Hatinya jadi panas.

“Degil apanya sakitlah!!”Tinggi juga suara Siti waktu itu.Sudah hilang sabar.Sudah lupa Mak Anum ditepinya.Geram.

“Dah tau sakit….cakaplah…tak payah susah-susah nak bangun bagai…….”Ahmad menyindir.Mak Anum membiarkan dua sejoli ini berselisih faham.Dia hampir senyum.Tapi ditahannya.

“Takkan nak suruh abang dukung pulak….kalau boleh bangun Siti dah….……”Belum sempat Siti habis bercakap Ahmad memangku tubuh kecilnya itu.Mak Anum tersengeh menggeli hati.Siti sentap.Dia sudah berada didukungan Ahmad.

“Eh!Apa nih!!Turun kan Siti..cepat!”Ahmad buat-buat bodoh,tidak mahu mendengar pun apa yang Siti katakan.

“Turunkan Sitilah!!”Siti menumbuk dada sasa Ahmad itu.Namun dibiarkan.Walaupun agak sakit dibuat begitu.Ahmad tetap mendukungnya.Ahmad dan Siti terkadang berbalas jelingan.Ahmad senyum kambing.Siti memuncung.Marah.Mak Anum menyambar bungkusan yang terjatuh dari basikal Siti dan sebelah seliparnya yang terlucut dari kakinya itu juga di pegang oleh Mak Anum.Ahmad terus mendukungnya sampai ke atas rumah.Diletakkan Siti di kerusi depan rumahnya itu.Mak Anum datang duduk disebelah Siti.Malu besar Siti dengan Mak Anum saat ini.Terasa bagai tiada muka saat itu.

“Siti duduk dulu Mak Anum pegi dapur jap”Kata Mak Anum.Ahmad sudah turun dari rumahnya.Dia mengambil keretanya masuk ke laman rumah.Dia naik semula ke rumah.Siti meliar memandang kelain.Malas merenung lelaki itu.Mak Anum datang menghidangkan air suam kepada Siti.Siti bagai orang lupa,meneguk terus air itu sampai habis.Mak Anum senyum meleret.Dia mengesat air yang menitis di bawah dagu Siti.Siti cepat-cepat mengesatnya dengan lengan bajunya.Dia senyum pada Mak Anumnya.Malu juga berkelakuan begitu.Mereka berbalas senyum.

“Bak sini tangan Siti..Mak Anum nak lapkan.”Kata Mak Anum.Siti memandang wajah orang tua itu.Dia menghulurkan tangannya yang luka itu.

“Arghhhh…..aucchhhhh….arrgghhh.”Tapak tangannya banyak luka.,tergesel pada jalan tar tadi.Lututnya juga luka.Ahmad datang kembali dekat dengannya.Dia datang membawa kotak first Aid.Dia duduk bersila depan Siti.Siti jadi segan.Mak Anum bangun dari duduknya.

“Tepi skit bang..mak nak ke dapur jap…”Mak Anum seperti faham.Mahu dibiaran saja mereka berdua.Ahmad mengangkat sedikit lututnya dan memberi ruang Mak Anum untuk melangkah.Mak Anum berlalu.Namun sempat diperhati sambil mengukirkan senyuman yang sangat lebar.

“Meh nak tengok luka……”Ahmad menyambar tangannya.Siti tidak mengizinkan.Siti mengangkat tangannya.Dia meniup-niup tapak tangannya itu.

“Degil eh!!”Ahmad terus menyambar.Kuat dipegang.

“Adoi…sakitlah!!Kasar..!!”Siti membulatkan matanya menjeling pada Ahmad.

“Dah mintak elok-elok tak bagi!!Degil!!”Ahmad melepaskan tangan Siti dan membubuhkan ubat diatas kapas.Siti merenung wajah itu.Lama ditenungnya.Teringat saat dirumah Mak Long Senahnya dulu.Sudah sekian lama kenangan itu namun terasa bagaikan semalam.Dia menarik nafasnya dalamdan dihelakan.

“Aaauucchhh..sakitlah…”Siti mengangkat tangannya.Sakit ditenyeh Ahmad dengan ubat tadi.Sempat juga saat itu Siti curi-curi menilik lelaki bertahi lalat ditepi kening kanannya itu.ASYIK!!

“Tenung Abang yer…….???”Siti sentap.Ahmad masih tunduk dan menyapu ubat di tangannya.Agak kembang hidung Ahmad saat itu.Dia hanya meneka.Namun detak hatinya berkata Siti sedang menilikinya.PASTI!!

“Ah!takde maknanya…perasan!!werrllkk!”kata Siti .Dia menjelir pada Ahmad.Ahmad sempat mendongak.Siti menjelir lagi.Ahmad menggelengkan kepalanya.Dia senyum.

“auuukk…arghhh..Pelan-pelanlah…sakittt…bak sini lah Siti buat sniri..”Siti menyambar kapas ditangan Ahmad.Ahmad memandangnya.Ditenung wajah Siti.Siti tidak memandang.Dia asyik membubuh ubatnya di lutut pula.Ahmad melihat pada lututnya.Kain Siti yang terselak sampai kearas lutut itu bisa membuat hati jantannya menggelegak.Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya.Dia bangun dah duduk disebelah Siti pula.Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.Dia meluruskan tangannya dibelakang Siti.Datang semakin rapat.Siti perasan dengan reaksi Ahmad.Siti mengensot ke kanan sedikit.Tidak selesa.

“Gatal jugak Mat bangla ni eh!!”Hatinya berbisik marah.Walaupun Ahmad sudah tidak berjambang lagi.Namun Siti tetap selesa memanggilnya sekarang dengan jolokan itu.

“Ti…!!”Ahmad menghentikan lamunan Siti.

“Apa?”Soal Siti.

“Tu..kereta abang kat luar….kena bayar ganti rugi tuh”Siti berpaling merenung Ahmad sekali lagi.

“HUH!!Dia yang langgar kita….apsal pulak Siti yang kena bayar??”Merah muka Siti saat ini.Ahmad merenung sambil menongkat kepalanya dengan tangan kanan ditongkat dengan sikunya di kerusi.

‘’ye la….orang tuh cuai berangan ntah kemana….kereta abang gak jadi mangsa..”Ahmad mengusik Siti lagi.

“Ello……kalau ikut undang-undang…..kenderaan kecik perlu diberi “Penghormatan”Ok..??!!”Jari Siti menyentuh hidung mancung Ahmad.Ahmad sentap.Dia tidak menyangka Siti boleh berbuat begitu.Dia senyum dan mengetap bibirnya.Siti sudah terbabas dari batasannya.Malu juga dia berbuat begitu tadi.Dia sendiri berasa pelik.Mengapa pantas benar jari telunjuk kanannya menyentuh hidung mancung lelaki itu.

Siti sudah malas untuk bertekak dengan Ahmad.Tidak mahu menjadi lebih tegang.Dia bangun tanpa menghiraukan sakit yang amat sangat dipinggangnya itu.Dia hampir lupa dengan kesakitannya itu.

“Arrrgghhhh…”Siti memegang pinggangnya.Ternganga Siti menahan sakit.Dia tidak dapat mengimbangi tubuhnya yang sedia berdiri didepan Ahmad.Dia bakal jatuh sekali lagi.Ahmad datang menyambar pinggangnya.Siti tetap terduduk diatas paha Ahmad.

“Adoi..”Kaki Siti memijak kaki Ahmad.Ahmad beradoi sakit.Ahmad mengetap bibir merahnya itu.SAKIT.

Siti tidak memandang wajah Ahmad.Dia menjadi terlebih malu kerana sudah pun tersedia duduk diatas riba Ahmad.Walaupun sakit dia tetap mencuba untuk bangun.Dekat himpitan muka mereka.Ahmad mengelak wajahnya yang sudah disapu dek rambut Siti yang wangi menyinggah dilubang hidungnya.Siti sempat menghidu bau minyak wangi Ahmad.HUGO BOSS.Bau Seperti Dafi!!Saat itu tidak tahu mengapa dengan sendirinya Siti terasa sangat bersalah dengan Dafi.Cepat-cepat dia bangun.Ahmad juga bangun.Jantungnya berdegup kencang.Siti pun.

“Mak Anum…..Mak Anum..”Siti memanggil-manggil Mak Anumnya sambil dia memegang pinggangnya yang sakit.Dia memejamkan matanya seketika kerana menahan kesakitan itu.Ahmad sempat memandang.Kasihan dia melihatnya.Dia tahu Siti benar-benar sakit.

“Yer…yer….kenapa Ti..?’’Mak Anum datang dari dapurnya.

“Siti balik dululah….”Kata Siti.Dia masih menekan-nekan pinggangnya itu.

“Ish….boleh jalan tak nih..?”Soal mak Anum.Ahmad masih memerhati.

“Boleh…..erm Mak Anum..tadi dalam bungkusan tuh baju Suha…..ermm.Siti balik dululah…….”Mak Anum mengangguk.Tersenget jugalah langkah Siti waktu itu.Dia menekan-nekan lagi pinggangnya,Mak Anum membantu sampai ke hujung pintu depan..Ahmad meluru di depan Siti..Dia menyambar kunci keretanya.

“Jom Abang hantar!!”Dia turun selangkah ke tangga depan rumahnya.Dia memaut lengan Siti.Siti memandang wajah MAk Anum.Mak Anum hanya mengangguk tanda setuju supaya Siti dihantar oleh anaknya.Dia senyum.Siti bersalaman dengan Mak Anum.

“Siti balik dulu Mak Anum…”Kata Siti yang melangkah turun dari tangga yang sedang dipegang oleh Ahmad.Dia mendongak melihat Mak Anumnya sambil memakai selipar.Setelah itu mereka berpaling dari Mak Anum.

“Siti….kot ye pun nak balik……selipar tu…….”Mak Anum menunjukkan tangannya pada kaki Siti.

“ALAMAK!!”Siti tunduk melihat kebawah.Dia menepuk dahinya.Merah padam muka Siti saat ini.Ahmad juga memerhati sama.Mahu tergolek rasanya Ahmad melihat kasutnya dikaki Siti.Siti telah menyarung sebelah kasut Ahmad pada kakinya.Tergelak sakanlah mereka tiga beranak di situ.Siti jadi malu.Dia menumbuk lengan Ahmad.Ahmad ketawa berdekah-dekah sambil menekan perutnya.Mak Anum sampai terduduk dipintu depan rumahnya.Siti malu-malu kucing mencabut kasut itu dan menukarnya dengan selipar.

“haiiii..Siti……Siti..kau tak pernah berubah Ti…tetap nakal seperti dulu..”Getus hati Ahmad yang menggeli dek kelucuan tadi.

“Dah la tuh Abang..dah nak maghrib nih….cepat hantar Siti…”Mak Anum di tangga masih senyum meleret melihat Ahmad.Siti masih terhencut-hencut kakinya dan menekan pinggangnya yang masih sakit.Masih merah padam muka Siti menahan ketawanya dan rasa malu dek kesilapan yang tidak disedarinya tadi.

“Jom..”Ahmad memegang lengan Siti.Siti menyentap tangan gagah itu.Dia tidak mahu dipegang.Ahmad berlari membuka pintu keretanya.Siti agak teragak-agak juga untuk menaiki kereta itu.Tapi dia terpaksa.Siti masuk juga kedalam kereta mewah itu.

Siti melambai tangannya kepada Mak Anum.Begitu juga orang tua itu.Siti sempat memandang basikal merahnya yang tersadung di pagar luar halaman rumah Ahmad.

“Bang..nanti basikal Siti tuh…Abang tolong letak lam pagar umah Abang eh..”Pesan Siti.

“Tak nak lah..Abang nak jual….dapat duit..Abang nak baiki kereta Abang yang tercalar tuh…..”usik Ahmad.

“Eleh…ngengade…..”Siti memandang wajah itu.Ahmad senyum.Siti menjelir.

“hahahahaha..”Ahmad ketawa.Suka dia melihat wajah Siti sebentar tadi.

“Apa suka-suka…..cucok mata kang..!!”Siti seakan marah.Namun masih kelihatan comel di mata Ahmad.Dia menjeling pada Ahmad.Ahmad tetap senyum.Senyuman yang sudah sekian lama tidak kelihatan di wajah suram lelaki itu.Ahmad rasa sangat bahagia saat ini.Bahagia sangat.Terasa seperti kembali di waktu silam.Saat Siti yang selalu mengusiknya dulu.Dia masih senyum.Mengimbau banyak kenangan saat ini.

“Oklah bang….dah sampai ni..terima kasih ye….”Kata Siti.

“Jap….jap…..”Ahmad turun dari keretanya.Dia laju menuju ke sebelah tempat Siti duduk membuka pintu itu.Siti keluar dari keretanya.Ahmad memegang lengan Siti.

“Tak pe la..kat sini je….Siti boleh jalan….”Ahmad melepaskan tangannya dilengan Siti.Mereka berbalas senyum.

“Terima kasih Bang….”Manja suara Siti saat itu.Mahu gugur jantung Ahmad dibuatnya.Dia senyum.Siti juga.

“Sama-sama kasih….”Jawab Ahmad.Siti sempat berpaling sekali lagi padanya.Siti menggelengkan kepalanya.Ahmad cepat-cepat masuk kedalam keretanya.Siti berdiri menunggu keretanya yang bakal berlalu.

“Ti…..”Ahmad memanggil Siti dari dalam keretanya.Siti berpaling melihat lelaki itu.

“Apa??”Tanya Siti.

“Jangan lupa sapu ubat ye….”Siti menganggguk.Terasa senak di dadanya bilamana Ahmad berkata begitu.Tidak disangka Ahmad masih mahu mengambil berat tentang dirinya.Siti jadi sebak.Namun sepantasnya dia membidas kesakitan hatinya sendiri.Ditarik nafasnya dalam-dalam,tidak mahu memikirkannya lagi.Ahmad berlalu dari laman rumahnya.Lama Siti memerhati.Ahmad juga melihatnya dari cermin pandang belakang.Ahmad tersenyum sendiri.

“Ti….pulanglah padaku….AKU MASIH SAYANG PADAMU….”Hatinya mengharap kepulangan Siti padanya kembali.Mengharap gadis itu kembali pulang menyulam kasih dengannya sekali lagi.Namun mengapa dengan tiba-tiba wajah lelaki didalam facebook Siti itu melintas didepan matanya.Jantungnya seperti terhenti.Apa benar kata-kata Yusra dan Najihah dulu.Lelaki itu kekasih Siti.DAFI!!Ahmad menggosok-gosok pipinya.Dia mula jadi tidak keruan.Berlalu melayani perasaan yang bercampur-campur menyusuri jalan di kampungnya itu.

Siti duduk termenung seketika di ruang tamu rumahnya.Mak Nah datang dan duduk didepan Siti.

“Mana duit upahnya….”Tanya Mak Nah.Siti yang bersandar di kerusi membaiki kedudukan.Dia meraba-raba poket kain skirt labuhnya itu.Diraba-rabanya berkali-kali.

“Alamak!!Siti lupa mintak la mak…..adoi….lupa la..ishhhhh..”Kata Siti yang menekup dahinya.Mak Nah menggelengkan kepalanya.

“Apasal dengan tangan tuh..?”Tanya Mak Nah yang baru saja terpandang pada tapak tangan Siti itu.

“Siti jatuh basikal mak…..langgar kereta Abang Ahmad…”Jelas Siti.

“HAH??”Mak Nah datang menekam Siti.Dia menilik seluruh tubuh anak bongsunya itu.

“Dah tu…macamana kereta Ahmad?”Mak Nah menyoal ingin tahu.

“Tak de apalah Mak…Siti je luka skit nih..basikal Siti tinggal dulu kat umah dia.Tadi pun dia yang datang hantar Siti balik Mak….’’Jelas Siti.Mak Nah masih memerhati Siti.Bimbang dia kalau-kalau banyak luka yang ada pada anaknya itu.

“Mak…Siti nak mandilah….Siti masuk bilik dululah……erm…Along tak balik lagi ke Mak..?Soal Siti.Dia tidak mahu ibunya risau.,cepat-cepat dia mengalih kerisauan ibunya.

“Along dengan Angah Shah pegi ke Kijal…..beli kambing kat sana…lambat la balik ari nih….”Ujar Mak Nah.

“oooooo..tak pe la Mak..Siti masuk dulu lah…”Kata Siti.

Sesudah solat maghrib Siti menyapu ubat pada lutut dah tapak tangannya.Tersenyum sendiri Siti saat ini.Terbayang Siti dek senyuman Ahmad yang menawan itu.Dia menarik nafasnya lagi.Tidak lega.Jiwa Siti menjadi kacau.Dia berbaring di atas katilnya.Dipicit-picit pinggangnya yang masih sakit.Terkadang dia senyum juga sendiri.Mengingati saat bertukar selipar di rumah Ahmad tadi.Malu.Dia tutup mukanya.

“Adoi……macamana la aku boleh pakai kasut dia tadi…ishhhh..sewel tul la aku nih…”Terasa geli hatinya.Dia menggaru kepalanya pula.Siti mengetap bibirnya berkali-kali.Dia memintal-mintal rambutnya pula.Berangan entah kemana.Lama dia melayani jiwanya yang khayal terkenangkan Ahmad.Berkali-kali dia tersenyum sendiri.

Lamunan Siti terhenti.Telefon bimbitnya berdering.Siti melihat di skrin telefon bimbitnya.DAFI!!Siti jadi serba salah.Jiwanya menjadi kacau.Dia dalam dilemma.Siti meletakkan telefonnya diatas katil sebelah badannya.Berdering berkali-kali dan Siti tidak mengangkatnya.Dia jadi serba-salah.Hatinya mula berbelah bagi.

“Ti…..telefon berbunyi tuh….”mak Nah diluar pintu biliknya bersuara.Siti bangun dari baringan.Dia menuju ke pintu biliknya.Siti keluar dari biliknya dan dibiarkan saja deringan itu berbunyi berkali-kali.

“Kenapa tak diangkat Ti…..”Kata ibunya.

“Biarlah Mak…jom kita makan nasi..lapar la..”Siti memegang bahu ibunya.Mereka dua beranak menuju ke dapur.Mereka duduk makan di meja dapur.Mak Nah merenung muka Siti.

“Ni pasti ada yang tak kena nih……bergaduh dengan Dafi kot…..hemmmm..padanlah petang tadi mata tuh bengkak je…..hemmmmm..Siti..Siti……”Hati Mak Nah mengomel sendiri.Siti tetap berselera menjamah nasi berlaukan gulai ayam yang dimasak ibunya tengahari tadi.Mak Nah juga penuh selera bertemankan anak bongsunya itu.Malam itu Siti tidur awal.Dia mematikan telefon bimbitnya tidak mahu diganggu sesiapa.Dia mahu cuba bertenang memberi ruang pada dirinya.Ruang untuk “bernafas”kembali atau mungkin ruang untuk dia berehat berfikir tentang kedua-dua lelaki ini.Nyenyak dipembaringanya.Berpelukkan bantal peluknya.NYENYAK!!

0 ulasan: