CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tok Dan Opah

Tok Dan Opah

Assalammualaikum...

Selamat datang ke blog Shahir+Adira=Shahira.. Kami ingin berterima kasih kerana sudi melihat blog ini.. Kami admin mengalu-alukan semua agar sentiasa memasuki blog ini dan melepak di blog ini..Terima kasih buat Yunie Zahan kerana sudi berkongsi novel "September Musim Cinta"...Sebarang komen atau apa2 saja tulisla di Jom Chat...

Shahir dan Adira

Shahir dan Adira

-: B!LA C!NTA :-

-: B!LA C!NTA :-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

~WELCOME~

Bio Shahira

Bio Shahira

SHAHIRA

SHAHIRA
ADIRA & SHAHIR

Love Shahira

Birthday Shahir

Birthday Adira

-: ShahiraZONE :-

AKUJANJI SHAHIRATICS..ekekeke kalau x tepati bkn shahiratics sejati..

Sebab admin sayang sgt dgn Kg Shahiratics, Tok Ketua, Penolong Tok Ketua n penduduknya...so ada beberapa isu admin nk bangkitkan di sini. Tak semua org suka apa yg kite suka, so kene sentiasa berhemah sentiasa k.

Sebagai warga kampung Shahiratics yg sejati, anda diminta mematuhi arahan-arahan berikut;-

1. MEROYAN

- Sila royan dgn berhemah. Dilarang mengekspresikan perasaan diri yang keterlaluan sama ada gembira atau sedih atau dlm ertikata lain meroyan, merobuk di kampung/umah lain selain di kg shahiratics. (Cth kampung/umah lain; Shahir af8, Adira fan club, wall mak anum, wall kak nam etc...)

- Kene fikir jgk sensitiviti n perasaan org lain.

2. EDIT GAMBAR

- Org kg shahiratics mmg kreatif, tak dinafikan lg. Tapi, sebarang gambar2 yg diedit perlulah menepati piawai yang telah ditetapkan, atau admin akan delete.

i) tiada sebarang gambar2 edit yang keterlaluan (seperti berpelukan, badan lain muka lain; badan sheila majid, muka adira-tidak dibenarkan sama sekali)

-Kalo nk edit gambo org tu...pandai2 la mintak kebenaran ye...

3. TAG/MENEMPEK GAMBAR/VIDEO

- dilarang menampal atau men'tag' sebarang gambar shahira di wall pihak lain terutama wall umum sepetri wall mak anum dan wall kak nam tanpa kebenaran admin shahiratics (p/s: kami memahami keinginan anda untuk berkarya dan berkongsi kegembiraan tetapi tidak semua yang setuju dengan kegembiraan dan kekreatifan kita berkarya).

- Tag berpada2..kalau gmbar Shahira berdua tu tak perlulah tag d page Shahir Af8 cthnye...or pada keluarga mereka. Tag/tempek ikut kesesuaian lah ye. Jgn la kat wall mak anum tag gambar Adira lak cthnye.

4. KREDIT GAMBAR/VIDEO

- sebarang gambar/video yg diambil dari pihak ketiga, sila kreditkan nama pihak terbabit.

5. TETAMU TAK DIUNDANG

- apabila ada tetamu yang tidak diundang datang, sambut mereka dgn sennyuman, bentangkan kapet merah siap dgn bunga manggar or tarian naga ke skali walau kita tak tahu apa tujuan mereka.

- apa jua provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak lain jgn mudah melatah. Jika masih rasa marah..tekan tanda =)

6. SPEKULASI

- dilarang membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita/keadaan sebenar walaupun di dalam hati kita punya taman bunga sebesar alam.

- dilarang 'copy & paste' atau'print screen' apa2 jua perbualan dari pihak lain tanpa mengetahui apa yang diperkatakan..

- nk CSI pun, jgn la terang-terangan sgt...coverline skit k

7. KUTUKAN/PROVOKASI/PERGADUHAN

- Jangan cpt melatah...kite relax je org nk kata apa. Ingat moto KG. CHILL & IGNORE =)

- Dilarang wujudkan sebarang pergaduhan di Kg. Jika ada..pandai2 lah sejukkan/tenangkan keadaan ye. kalau ada org baru yg masih tak faham konsep di kg kite...sila2 lah tunjuk ajar ye.

- tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan/perbalahan/ atau apa2 yang menyebabkan perasaan tidak senang kpd sesiapa jua yg membaca. sebelum berkata atau menulis apa2..fikirkan perasaan org yg membaca dgn meletakkan diri sendiri di tempat org yg diperkatakan..

8. KERAHSIAAN/ISU SENSITIF

- isu2 sensitif dan rahsia kg.. jika ada perkara2 yg terpaksa diperap dalam peti besi yg dirahsiakan lokasinya bukan la bermakna admin xnak kongsikan ngan org kg terchenta nie tapi itu adalah untuk tujuan keselamatan dan keamanan kg tercinta nie n menjaga keselamatan pihak2 yg berkenaan.. org2 kg yg sejati mesti faham kan? Tapi kami cuba sedaya upaya berikan sajian menarik utk semua ..

9. NAMA SHAHIRATICS

- Sapa2 yg pakai nama fb ada shahiratics tu...pandai2 la behave ye, lg2 kat umah/kg org lain...korng bawak nama shahiratics, so kalo buat apa2 ramai yg melihat...lg2 kalo wat salah. jgn nnti hnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga...k =)

**Admin cuba buat yg terbaik utk semua..utk Kampung Shahiratics, org2 kg n tak lupa juge buat SHAHIRA kesayangan kite. Harap semua leh beri kerjasama ye... Ni semua utk kesejahteraan kg.. =)

SAYANG SHAHIR+ADIRA=SHAHIRA

SAYANG KG SHAHIRATICS

SAYANG WARGA SHAHIRATICS SEMUA

CHILL & IGNORE

ANYTIME ANYWHERE

September Musim Cinta

September Musim Cinta

Khamis, 22 Disember 2011

Cerita Cinta Kita - Bab 17

" Shahir, ada pihak yang berminat untuk taja you punya konsert. Saya dah pon deal dengan diorang. Konsert ni dijadualkan berlangsung 1 month dari sekarang. Hummm.. tak sia-sia juga kontrevesi pasal kes awak dengan Rozita tu erk?" bicara Encik Norman.

" Encik Norman, saya tak ada semangat la nak buat sebarang konsert. Masalah saya yang bertimbun tu pon belum selesai lagi. Saya takut tak boleh concentrate untuk konsert ni. Tak boleh cancel or tunda dulu ke?"

" Hey! Peluang macam ni datang sekali je tau. Takkan senang-senang awak nak tolak. That is silly. Plus, saya dah confirmkan and arrange semuanya. You just have to rehearse and sing. That's it!" tekan Encik Norman.

Shahir mengeluh. Tiada siapa yang mampu menyelami dan mengerti hatinya saat ini.

" Baiklah Encik Norman, saya setuju." balas Shahir terpaksa.

" Good! Eh, kalau dah susah-susah sangat, kahwin ajela dengan Rozita tu. Tak payah pening-pening. Dia tu dah la cantik, bergaya, paling penting solo. Awak pon sama kan?" usik Encik Norman.

" TAK!!! Saya dah kawin! Saya ni suami orang!" jerit hati Shahir. Andai saja semua bisa mengetahui hakikat sebenar...

______________________________

“ Dira, dah la menangis tu. Kau janganla sedih-sedih lagi, nanti lambat baik tau.” Pujuk Ain yang datang melawat Adira di rumah. Wajah cengkung Adira dipandangnya simpati.

“ Aku sedih Ain. Baby aku dah tak de. Baby aku…” Adira gagal mengawal emosinya lagi. Air mata yang kini menjadi peneman setia, merembes keluar membasahi pipi mulusnya.

“ Syyy… dah-dah. Jangan nangis, aku tak suka la tengok kau macam ni. Cuba kau perhati muka kau tu, dah macam kuali kemek dah. “ usik Ain cuba menceriakan suasana.

“ Huaaa… Sampai hati kau kata muka aku macam kuali kemek….” Rengek Adira bersama tangisan yang lebih kuat.

Ain panik. ‘Dusss… silap cakap la pulak…’ gumamnya.

“ Alalala… aku acah je.. Muka kau lawa la.. macam siapa tu aaaa.. si Rossa…”

“ Hello… aku lawa lagi dari Rossa tau.” Secara tiba-tiba Adira berhenti menangis. Dia teringat semula kenangan bersama Shahir tika bahagia masih mengulit diri.

“ Abang… muka Dira lawa tak? “ Tanya Adira saat Shahir ralit menonton tv.

“ Laaa.. apsal pulak tanya camtu? Nak cuck botox ke? “ usik Shahir, tapi dengan wajah yang serius.

“ Abang! Apa pula tiba-tiba botox ni? Orang tanya, orang lawa tak? Tu pun susah betul nak jawab. Bencilah!” rajuk Adira.

“ Hahaha… hum… yela-yela… abang jawab.. Sini, bak abang tengok jap…” ujar Shahir sambil berpura-pura menelek wajah Adira.

“ Hummm.. cantik la sikit dari Rossa….”

“ Betul bang? Muka Dira lagi cantik dari Rossa?” soal Adira dengan mata yang bercahaya.

“ Betulla… Muka Dira memang cantik sikit… sebab Rossa cantik banyak dari Dira. “ balas Shahir selamba sambil mencuit hidung Adira. Dia lantas berlari-lari anak menaiki tangga sambil menyanyikan lagu kegemarannya.. Ku Menunggu nyanyian Rossa, penyanyi yang sangat diminatinya.

“ ABANG!!!” jerit Adira geram. Shahir suka benar mempermainkan dirinya sebegitu.. geram betul!

“ Hoi!!! Kau pasal? Tetiba ja duduk tegak macam patung cendana. Takut aku. Hisy! Ni kau dah minum air herba ni ke belum? “ tanya Ain sambil menyuakan air bewarna hitam pekat itu ke muka Adira.

“ Huaa… tanak la minum benda tu! Aku tak suka la bau dia.. YUCK!!! “ protes Adira.

“ Kau berani tanak minum? Aku bagitau sama mama kau! Mak cikkkkk… Yayang kan.. diaaa…”

“ Hoi! Diamlah kau!!” kata Adira spontan menutup mulut Ain dengan jarinya.

Mereka tertawa dengan gelagat masing-masing yang persis anak kecil. Buat seketika, Adira Berjaya melupakan sejenak masalah yang dihadapinya.

Berlainan pula dengan si suami… Shahir.

________________________________

“ Embun pun takkan mampu…. Menyubur sekuntum.. bunga yang layu… pada musim luruh… yang dulunya mekar, disisnar suria… bila sudah kering.. pasti akan gugur… seperti cinta kita… yang jelas ternyata… semakin lama… oh semakin…. Semakin…” muzik diberhentikan serta-merta.

“ Shahir! Apa ni? Dah empat kali kita ulang lagu yang sama. Ini baru lagu pertama yang awak prektis, macam mana pulak la lagi 9 lagu yang lain tu? Awak jangan buat pasal Shahir! Dah berapa banyak duit yang dilaburkan untuk taja konsert awak ni. Tolong fokus boleh tak? Fokuss!” Encik Norman berang.

Shahir menundukkan wajahnya. Macam mana la… nak fokus? Kalau dah dalam kepala ni hanya ada bayangan isteri tercinta…

“ Saya bagi awak take 5. Lepas ni, kalau awak still buat salah, saya tak akan teragak-agak untuk tambah masa latihan awak sampai jam 10 malam. You choose!!” ugut Encik Norman.

“ Saya minta maaf Encik Norman. Saya…”

“ Dah-dah! Saya tanak dengar apa-apa alasan. Inilah harga yang perlu awak bayar kalau nak kekal lama jadi artis, faham?” bentaknya lagi.

Shahir hanya mengangguk sedikit tanda mengerti.

___________________________

Shahir berada dalam dilemma sama ada mahu memujuk Adira atau membiarkan isterinya itu sejuk dulu. Dia berkira-kira sama ada mahu mengundang Adira ke konsertnya atau tidak. Setelah berfikir semasak-masaknya, Shahir mengambil keputusan untuk memberi ruang untuk Adira bersendirian dahulu untuk meredakan perasaannya yang masih panas. Dia juga todak mahu fokusnya terganggu tatkala menjayakan persembahan sulungnya kali ini.

____________________________

“ Dira, err Shahir ada hubungi kau tak?” tanya Ain teragak-agak.

Adira mendengus kuat.

“ Ah! Lantak dialah apa nak jadi pun. Malas aku nak fikir. Aku yang sedih sensorang. Tengok-tengok dia sedap aje berpoya-poya ngan betina tu.” Balas Adira kasar. Pantang benar nama itu didengar oleh telinganya. Seakan menjadi sesuatu benda yang allergic buat dirinya.

“ Tak dela…. Aku Cuma tanya aja. Kau jangan la marah dulu…”

“ Hei Ain! Dari aku teringatkan dia, baik aku fikir pasal Hafiz. Lagi menyenangkan jiwa.”

“ Eh, kau ni betul serius ka dengan mamat tu? Kau jangan Dira, kau kena ingat kau tu dah kawin. Laki kau tu kau nak campak mana?” Ain memperingati sahabatnya.

“ Ala… kau ni. Kau suka ka nak tengok aku sedih-sedih? Tak kan? So, please don’t ever mention his name in front of me, ok?”

Ain hanya mampu menggeleng melihat betapa renggangnya hubungan pasangan yang dulunya merpati dua sejoli itu.

_________________________

“ So macam mana Shahir? Dah sedia untuk konsert tu?” tanya Encik Norman.

“ InsyaAllah. Saya dah buat 70% preparation so far. Encik Norman tak payah la bimbang. Saya janji takkan kecewakan Encik Norman dan pihak penaja.” Ucap Shahir ikhlas.

“ Saya pegang janji awak Shahir. Ingat hanya ada 2 hari saja lagi sebelum hari persembahan. Saya nak awak lipatgandakan latihan. Buat yang terbaik. Saya percayakan bakat awak.” Ujarnya sambil memberi sedikit kata-kata perangsang yang mungkin mampu menaikkan semangat anak muda di hadapannya.

Sedikit sebanyak, hatinya turut tercuit rasa kagum dengan ketabahan yang ditunjukkan oleh Shahir. Meski dihambat pelbagai kontrevesi yang menyesakkan dada, jejaka itu masih lagi mampu menuturkan kata-kata dengan tenang. Jelas tergambar nur di wajahnya. Norman percaya, tidak mungkin Shahir yang elok budi pekerti ini sanggup melakukan perbuatan terkutuk seperti yang digembar-gemburkan media.

0 ulasan: