CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tok Dan Opah

Tok Dan Opah

Assalammualaikum...

Selamat datang ke blog Shahir+Adira=Shahira.. Kami ingin berterima kasih kerana sudi melihat blog ini.. Kami admin mengalu-alukan semua agar sentiasa memasuki blog ini dan melepak di blog ini..Terima kasih buat Yunie Zahan kerana sudi berkongsi novel "September Musim Cinta"...Sebarang komen atau apa2 saja tulisla di Jom Chat...

Shahir dan Adira

Shahir dan Adira

-: B!LA C!NTA :-

-: B!LA C!NTA :-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

~WELCOME~

Bio Shahira

Bio Shahira

SHAHIRA

SHAHIRA
ADIRA & SHAHIR

Love Shahira

Birthday Shahir

Birthday Adira

-: ShahiraZONE :-

AKUJANJI SHAHIRATICS..ekekeke kalau x tepati bkn shahiratics sejati..

Sebab admin sayang sgt dgn Kg Shahiratics, Tok Ketua, Penolong Tok Ketua n penduduknya...so ada beberapa isu admin nk bangkitkan di sini. Tak semua org suka apa yg kite suka, so kene sentiasa berhemah sentiasa k.

Sebagai warga kampung Shahiratics yg sejati, anda diminta mematuhi arahan-arahan berikut;-

1. MEROYAN

- Sila royan dgn berhemah. Dilarang mengekspresikan perasaan diri yang keterlaluan sama ada gembira atau sedih atau dlm ertikata lain meroyan, merobuk di kampung/umah lain selain di kg shahiratics. (Cth kampung/umah lain; Shahir af8, Adira fan club, wall mak anum, wall kak nam etc...)

- Kene fikir jgk sensitiviti n perasaan org lain.

2. EDIT GAMBAR

- Org kg shahiratics mmg kreatif, tak dinafikan lg. Tapi, sebarang gambar2 yg diedit perlulah menepati piawai yang telah ditetapkan, atau admin akan delete.

i) tiada sebarang gambar2 edit yang keterlaluan (seperti berpelukan, badan lain muka lain; badan sheila majid, muka adira-tidak dibenarkan sama sekali)

-Kalo nk edit gambo org tu...pandai2 la mintak kebenaran ye...

3. TAG/MENEMPEK GAMBAR/VIDEO

- dilarang menampal atau men'tag' sebarang gambar shahira di wall pihak lain terutama wall umum sepetri wall mak anum dan wall kak nam tanpa kebenaran admin shahiratics (p/s: kami memahami keinginan anda untuk berkarya dan berkongsi kegembiraan tetapi tidak semua yang setuju dengan kegembiraan dan kekreatifan kita berkarya).

- Tag berpada2..kalau gmbar Shahira berdua tu tak perlulah tag d page Shahir Af8 cthnye...or pada keluarga mereka. Tag/tempek ikut kesesuaian lah ye. Jgn la kat wall mak anum tag gambar Adira lak cthnye.

4. KREDIT GAMBAR/VIDEO

- sebarang gambar/video yg diambil dari pihak ketiga, sila kreditkan nama pihak terbabit.

5. TETAMU TAK DIUNDANG

- apabila ada tetamu yang tidak diundang datang, sambut mereka dgn sennyuman, bentangkan kapet merah siap dgn bunga manggar or tarian naga ke skali walau kita tak tahu apa tujuan mereka.

- apa jua provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak lain jgn mudah melatah. Jika masih rasa marah..tekan tanda =)

6. SPEKULASI

- dilarang membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita/keadaan sebenar walaupun di dalam hati kita punya taman bunga sebesar alam.

- dilarang 'copy & paste' atau'print screen' apa2 jua perbualan dari pihak lain tanpa mengetahui apa yang diperkatakan..

- nk CSI pun, jgn la terang-terangan sgt...coverline skit k

7. KUTUKAN/PROVOKASI/PERGADUHAN

- Jangan cpt melatah...kite relax je org nk kata apa. Ingat moto KG. CHILL & IGNORE =)

- Dilarang wujudkan sebarang pergaduhan di Kg. Jika ada..pandai2 lah sejukkan/tenangkan keadaan ye. kalau ada org baru yg masih tak faham konsep di kg kite...sila2 lah tunjuk ajar ye.

- tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan/perbalahan/ atau apa2 yang menyebabkan perasaan tidak senang kpd sesiapa jua yg membaca. sebelum berkata atau menulis apa2..fikirkan perasaan org yg membaca dgn meletakkan diri sendiri di tempat org yg diperkatakan..

8. KERAHSIAAN/ISU SENSITIF

- isu2 sensitif dan rahsia kg.. jika ada perkara2 yg terpaksa diperap dalam peti besi yg dirahsiakan lokasinya bukan la bermakna admin xnak kongsikan ngan org kg terchenta nie tapi itu adalah untuk tujuan keselamatan dan keamanan kg tercinta nie n menjaga keselamatan pihak2 yg berkenaan.. org2 kg yg sejati mesti faham kan? Tapi kami cuba sedaya upaya berikan sajian menarik utk semua ..

9. NAMA SHAHIRATICS

- Sapa2 yg pakai nama fb ada shahiratics tu...pandai2 la behave ye, lg2 kat umah/kg org lain...korng bawak nama shahiratics, so kalo buat apa2 ramai yg melihat...lg2 kalo wat salah. jgn nnti hnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga...k =)

**Admin cuba buat yg terbaik utk semua..utk Kampung Shahiratics, org2 kg n tak lupa juge buat SHAHIRA kesayangan kite. Harap semua leh beri kerjasama ye... Ni semua utk kesejahteraan kg.. =)

SAYANG SHAHIR+ADIRA=SHAHIRA

SAYANG KG SHAHIRATICS

SAYANG WARGA SHAHIRATICS SEMUA

CHILL & IGNORE

ANYTIME ANYWHERE

September Musim Cinta

September Musim Cinta

Jumaat, 17 September 2010

SEPTEMBER MUSIM CINTA-BAB 3

Aliff sudah seminggu pulang berkerja di Penang.Aliff nekad,hujung bulan ini akan pulang ke kampung halamannya.Ahmad sudah berbincang dengan Angah Shah,nampaknya peluang Aliff cerah di kampung.Biar gaji tidak seberapa dia rela.Daripada berkerja di tempat orang.Dia mula Cuak dengan perangai superviser barunya,Asmawi, yang suka mengampu bos.Malas bergaduh dengannya hingga Aliff sanggup berhenti dari terus berkerja.Biarlah apapun tanggapan orang tentang keputusannya itu.Dia tetap nekad untuk berkerja di kampung.Sekurang-kurangnya dia boleh menjaga ibu dan adik-adiknya.Terkadang dia terfikir ingin menjadi seperti Ahmad.Tinggal di kampung sahaja.Biarlah kali ini dia mencuba berbudi pada tanah mahupun mengembala,mana tahu pengalaman yang bakal ditimba di kampung nanti membuahkan hasil untuknya.Sebelum Aliff berangkat pulang ke Penang,sempat juga dia menghulurkan duit kepada Irma.Pada mak Nah, rm300 untuk perbelanjaan dapur katanya.

“Nah!duit..buat belanja beli barang nanti…..tak banyak Ma…Along ade banyak ni jer..”Irma menggenggam salaman tangan Alongnya itu.“Tak pe la Long…..Irma kan dapat biasiswa..tak yah la…”Irma menolak.

“Tak pe amik la…ikhlas dari Along nih…..”tangan Aliff menghenjut tangan Irma.Dihulurkan rm200.Irma mencium tangan Alongnya itu.

“Terima kasih Long..”Irma melepaskan salaman.

“Jangan membazir tau….jaga mak dan Siti yer…”Aliff memesan.Ibu dan Siti juga turut berada di siti.Bersalaman.

“Aliff jaga diri elok-elok ye…..jadi balik hujung bulan ni kan???”mak Nah bertanya.Aliff senyum dan mengangguk.

“Jangan nakal!Jangan malas tau…duk kat umah tolong mak selalu..jangan nak menguloooorr… je tau!”Tangan Aliff dicium Siti.Kelat Siti senyum.Dia faham maksud Alongnya itu.Satu persatu langkahAliff menaiki tangga bas.Mereka yang berdiri di luar bas melambai-lambai sehinggalah bas yang dinaiki Aliff pagi itu tidak kelihatan.

Mereka tiga beranak menunggu kereta prebet sapu untuk menuju ke Bandar.Lama jugak mereka tunggu.Sehingga sebuah kereta mazda lama yang sanggup menumpangkan mereka bertiga.Turun sahaja dari kereta itu .Siti sudah ada akalannya.Seperti biasa sifat manja yang kebudak-budakan itu terbawa-bawa sampai ke Bandar.Dia bukan ambil peduli pun kalau orang lain tengok pe’elnya.Hinggakan manjanya itu bisa meloyakan anak tekak Irma!

“Kak ….nanti sampai kat Mydin..akak belanja Siti ais krim eh…kat situ ade jual ais krim tau..”Siti menempek pipinya ke bahu Irma.

“Ishh..macam budak kecik…tepi la skit..rimasla…”Irma mengangkat bahunya supaya Siti tidak menyandar padanya.Agak memayahkan langkahnya.Hampir jatuh dia dihimpit Siti.

“kedekut….dapat biasiswa pun kedekut…ha..tu duit Along bagi tadi,belanja la skit……..”Siti mencebik bibirnya.Dia sambung lagi bersuara.Tangannya diseluk kedalam poket.

“orang mintak ais krim je…bukan mintak beli kereta ke apa ke….huh..kedekut!!”Siti membebel di tepi telinga Irma.Irma makin rimas..

“mulut tuh kalau tak pot..pet..pot..pet…..tak boleh ke??”Irma geram.Rimas dengan omelan Siti..Siti menjelirnya.Betul-betul macam budak umur 7 tahun pe’elnya.

“Apa ni Siti-Irma….malula..orang dengar…ishh..”Mak Nah menegur.

“Siti ni…ha….….”Irma merungut.

“Kedekut!”Siti bersuara.

“Aucccchhh…sakit!”Siti menggosok lengannya di cubit mak Nah.Muka mak Nah berubah.Agak marah.Irma senyum.

“padam muka!”Irma menunjukkan jari ibunya kepada Siti.Siti memuncungkan mulutnya.Sakit.merajuk.Diam.tapi tidak lama rajuknya.Hatinya mudah lembut.”Kalau merajuk lama-lamakan…aku jugak yang rugi…”getus hatinya.

“Nak pegi mana ni mak…?” Siti mula bersuara.Suara longlai bercampur manja.Mak Nah tidak menjawab,tangannya menunjuk-nunjuk kearah Irma.Tanda mereka berdua perlu membuntuti Irma.

“Jom kita masuk Mydin dulu…Irma nak beli alat tulis la mak..ada banyak jugak nak kena beli nih..”Irma menyampuk sambil menarik tangan adiknya yang masih merajuk dengannya.Siti diam,mulut memuncung.

“Elok la tu..ajak datang Bandar nih bukan suruh memuncungkan mulut…”kata mak Nah pada Siti.Irma menoleh.“Makin ditarik muncung..makin comel adik akak nih.”Irma mengusik.Siti menjeling.manja.

“Jangan la majuk..nanti lepas akak beli barang-barang akak..kita beli la ais krim ye ..alahai adik akak nih…alooloooooloo…..”pujuk Irma sambil menjulingkan matanya pada Siti,tanda dia sedang memujuk adiknya.“tak nak!nak sekarang jugak…”Siti bersuara.nampak seperti mengada-ngada tapi tetap manja.Manja sangat….wajahnya yang sayu itu bisa membuat Irma mengalah.Yang pastinya bisa mencairkan ramai sebenarnya.Tapi tidak mungkin semudah itu dia menyerahkan hatinya pada orang lain.Apa yang pasti,Ahmad sahajalah yang dia ingin miliki.Cintanya tulus hanya untuk Ahmad!TITIK! Irma menaiki tangga tingkat atas Mydin,cepat-cepat Irma memilih barang keperluannya,dia tidak mahu mak Nah atau Siti menunggunya lama dibawah.terkocoh-kocoh Irma menuruni anak tangga Mydin itu.Dilihatnya Siti masih mencuka.Dia merapati Siti.

“Jap la…akak nak bayar jap eh....nanti kita pegi beli la ais krim ….cam budak-budak la Siti nih”kata Irma penuh sabar.

“Okla…”Siti akur .Dia senyum.Terukir dua lesung pipitnya yang kecil di kedua-dua belah kiri dan kanan bibir merah jambunya itu.Comel!

Selesai membeli barang Irma terus keluar dari Mydin,dan meluru ke tepi kanan bangunan kedai itu.Ais krim Coklat.Irma membeli 2 ais krim coklat yang ditabur kacang diatasnya.’Yam..yam..yam…sedapnya….”.Siti bagaikan singa lapar,menyambar bak petir dilangit.”Lapar benar Siti nih”kata hati Irma.Selesai makan ais krim dekat-dekat situ,mereka tiga beranak terus berjalan menyusuri bangunan-bangunan dekat situ.Tiba-tiba Irma mencuit lengan Siti.Jarinya menuding ke arah kiri tempat parking motosikal.

“Dik! tengok sape kat situ..”Kata Irma.Tidak sempat Irma untuk menarik tangan adiknya itu. Siti terus meluru tanpa pedulikan emak mahupun kakaknya.

”Buat dah budak Siti nih..mak..tengok la tuh…Ish…. siti ni sawan tol la….berat bebeno budak nih…eiiiiissshh..geramnya…. ”kata Irma lagi sambil menggigit bibirnya yang geram dengan perangai Siti.

“Dah tau adik awak macam tuh…bagitau jugak yang Che Ahmad ade kat situ..”Mak Nah menyampuk.Memerli Irma pun ada.Irma rasa bersalah pulak kerana memberitahu Siti.Tahu-tahu sahajalah Cik Siti sorang nih,pantang nampak Che Ahmad,mulalah nak menggatal!

“Mak!Siti tu kan…tak tau malu betul la….takan kat sini pun nak mengurat Ahmad jugak…tengok dah la..jangan la pegi mengadap plakk…geram tol laaa…”sambung Irma geram.Dah macam nak gigit-gigit si Siti tuh!O.V.E.R tahap cipan!Cettt!

“hmmmm..Siti nih nak jugakk kene cubit la…tak serik tuh…”Mak Nah memerhati,gedik Siti melenggang menghampiri Ahmad.

“Abang sorang je ke..?”soal Siti yang terus meluru kearahnya.Sempat jugak Cik Siti nih memegang helmet Ahmad diatas motosikal.Ahmad terkejut,sentap jugak Che Ahmad dengan Siti nih,tetiba je muncul.Dah macam biskut la budak Siti nih!Tapi dia cuba kawal rasa terkejutnya tadi.Dadanya diurut-urut.

“yer la..tak nampak ke..sorangla nih..”Ahmad menjawab tapi seperti tidak berminat untuk bercakap,mungkin terkejut pun ade sebenarnya,mungkin jugak rimas.Dimana dia pergi selalu jugak terserempak dengan Siti.Wajah Ahmad berubah.Dalam hati Ahmad bersuara”Kat mana aku pergi asyik muka engkau jer cik Siti kembang semangkuk oiiiiiii…ahak!”hati Ahmad menggeli.Tapi ditahan senyumnya supaya Siti tidak perasan yang dia mengutuk Siti dalam hati.Cuma Siti perasan mimik muka Che Ahmad nya itu agak tegang!.”Ah…tak suka aku la tuh”.bisik hatinya.Dia tunduk.Malu pun ada.Bengang lagi lah.Padanya Ahmad seolah-olah mengelak.Tapi sebenarnya Ahmad juga mencuri-curi merenung wajahnya yang comel itu.

Siti memuncungkan mulutnya sambil berkata”tak ape la bang..’Panas’ la pulak kat sini…Siti nak ke sanalah..dah nak balik nih”tangan nya menunjuk ke arah emak dan kakaknya.Siti merasakan,kehadirannya seolah-olah tidak disenangi Ahmad.”Ah biarlah orang tak sudi….takpe…sombong ye…takpe..takpe…”hatinya memujuk sendiri.

“Takpe..takpe..kau sombong yer……Ah!…….seribu tahun pun aku sanggup tunggu kau Mat!PERCAYALAH!”hati Siti berikrar.Bibirnya digigit.GERAM! Ahmad hanya membiarkan Siti berlalu.Sempat juga dia melambai-lambai tangannya pada mak Nah .Ahmad senyum.Lalu berlalu menuju ke kedai Celcom.

“Ishhhh!benci tol la….over!...panas hati ni kak…arghhhh..”tangannya digenggam,giginya dikancip.

“dah tau orang tak sudi..awak pegi jugak menenyeh muka awak tu kat depan dia….tak malu tol kau ni eh…”bisik Irma.

“mana akak tau dia tak sudi..ntah-ntah nanti dia terhegeh-hegeh cari Siti……Jom la…panasssssss…ni ..panasss…tau dak….ishhhhh…”Siti berjalan maju kehadapan.Mak Nah dan Irma sama-sama menggelengkan kepala.Mereka hanya mampu ketawa melihat gelagat Siti.Sawan sungguh budak Siti sorang nih.tak serik-serik.Tak jemu-jemu!

Dalam perjalanan pulang ke rumah,Irma perasan Siti tidak berkata sepatah pun.Mungkin merajuk dengan Che Ahmad,tak pun penat getus hati Irma.Sampai saja di rumah Siti terus menuju ke bilik,capai tuala dan mandi.Diam tidak bersuara jugak.Sesudah solat zohor tadi Siti terus tidur .Irma dan emaknya juga tidur,penat agaknya banyak berjalan tadi.

Lama jugak Siti tidur,sedar tak sedar dia mendengar azan asar yang berkumandang di surau hujung kampungnya,sayup-sayup di bawa angin. laungan azan tadi pasti dari Fazli adik Farina.Siti pasti dengan suara itu.

‘Balik cuti dari sekolah tahfiz la tuh..”bisik hati Siti.Dia kenal benar dengan suara ini.Merdu sangat.Suara Ahmad juga selalu berkumandang di surau kampungnya.Siti suka.Siti akan menarik dah menyedut angin yang menyampaikan azan oleh Ahmad. rasa sangat damai mendengarnya,hingga terubat rindu didada!.”Mat..alangkah bagusnya kalau aku jadi milikmu…”suara hati Siti berlagu rindu.Dia dibuai angan-angan.lama dia bergolek-golek di atas katilnya.Berangan entah ke mana.Dalam hatinya mula bertanya,”kenapa tengahari tadi Ahmad agak lain.Tidak sukakah dia pada aku???”

“PAP”Bantal tersembam ke muka Siti.Mak Nah yang sudah mengerjakan solat tercegat dimuka pintu bilik.Telekung solatnya di gantung atas bahu.matanya dibulatkan.Marah agaknya,anak dara bongsunya masih tidur.

“MAK!”siti terkejut.Terduduk Siti dari pembaringannya,langsung mematikan lamunan.

“Bangun-bangun la Siti oi….solat asar..tak baik anak dara tido lama-lama,dah petang dah nih…cepat!mandi!Solat!”mak Nah marah,suaranya tinggi,setinggi gunung kinabalu agaknya.Sentap jugak Siti dengan balingan bantal ke mukanya tadi,apatah lagi suara ibunya bagai petir menyambar.Tetiba saja dia teringat kata-kata Farina semasa mak Nah mencarinya di sekeliling rumah.

“Ti..mak engkaukan.. kalau menenjerit..nun..umah aku pun leh dengar tau…,kau tau abah aku kata ape…?”apa Tanya Siti.

“Abah aku kata….dah buat dah mak Nah petir tuh….carik Siti la tuh…hhahahhahahahaah”Farina ketawa .Siti jugak.

“Ti..Mak kau dah terkenal dengan panggilan Mak Nah Petir tau…”kata Farina lagi.Siti senyum sendiri teringat dengan kata-kata Farina itu.Dia bangkit dari katilnya.

“yer la…nak pegi la nih….”Siti tersenyum sendiri,tapi langkahnya longlai.Dia terus mencapai tuala dan berlalu tanpa membantah.

Selesai solat Siti menjamah nasi.Lapar.Sesudah makan Siti membasuh pinggang yang dipakainya tadi.Dia merasa agak boring.Dalam fikirannya.Hanya satu,mahu ke kandang kambing takpun ke kolam itik dan angsa dekat Ahmad menternak.Biasanya kat situ,Siti akan bertemu Ahmad.Walau dia tahu Ahmad terlalu sibuk dengan hal-hal..menternak,Siti tidak peduli.Padanya,walau tidak dapat melihat tuan empunya badan sekali pun…dapat melihat kambingg dikandang Ahmad pun jadilah...Siti sangat suka melihat kerajinan Ahmad,belajar tinggi-tinggi pun,Ahmad masih mahu melakukan kerja-kerja seperti ini.Dia sanggup menjaga ibu dan adik perempuannya dari berkerja di Bandar besar dengan gaji yang lumayan.Keikhlasan itu juga la membuat hati Siti sangat terpaut.”Mat…takkan ada orang lain yang mampu bertahta dihatiku..selain kamu..aku bisa mati..kalau tak tengok kau 1 hari Mat!”Siti mengetap bibirnya dan tersenyum.Tidak terhitung dengan waktu..dia sendiri buntu memikirkan,sejak bila mula sayang itu tumbuh dalam hatinya,sejak bila juga,rindu itu menjalar disetiap urat-uratnya.Sangat dalam cintanya pada Ahmad.Hingga dia tidak mampu membuangnya.Siti keliru...keliru dengan dirinya sendiri.Apakah ini dikatakan CINTA??Padanya,sangat dalam rasa itu tumbuh dalam hatinya.Hari demi hari..rasa itu mekar dihati.Berkali-kali Siti menolak rasa itu. Bila mana tidak bertemu ,rasa rindu pula membuak-buak bagaikan gunung berapi mahu memuntahkan laharnya....apatah lagi setiap saat hanya Ahmad yang berlegar-legar dikotak fikiran.Siti tidak mampu membuangnya mahu pun mencampak rasa itu .Bukan Siti tidak pernah mencuba.Makin dicuba makin kuat rasa itu berpaut didahan hatinya.Hari demi hari..rasa itu mekar dihati.Namun bagai kan magnet yang sentiasa menarik-nariknya.Lekat.Padat.Biarpun dia tidak pernah tahu apakah Ahmad turut merasakan getar yang sama sepertinya,dia membiarkan keikhlasan cinta itu terus tumbuh dibajainya seorang diri."mat.....apakah kau rasa apa yang aku rasa???"Siti mengeluh..panjang dia menarik nafasnya.Lega????Tidak jugak..makin ditarik..makin tersekat-sekat nafas cintanya itu..............Siti tunduk.Pasrah..

Lama juga menghitung kemahuan hati.”pegi ke tidak..pegi ke tidak…..ishhhhhhhh”,akhirnya dia membuat keputusan tidak kemana-mana petang itu.Dia masih terfikirkan tentang reaksi Ahmad tengahari tadi di Bandar.”apakah dia sudah cuak melihat aku?”kata hati Siti.”Ah!benci aku tengok muka dia tadi…….argghhhhh geramnyaaa………tapi aku rindu sangatttt……argghhhhhh…mengapa begitu terseksa aku menanggung semua ini..berat…bagai menggalas gunung di bahu….”keluh hatinya lagi.

“Mat..biar apa pun kau lah ‘BEBAN’ yang paling aku suka!”Siti merasakan bagai jantungnya dihunus sebilah pedang.Dia lemas dalam lautan kerinduan.hatinya berbisik lagi..

“Tidakkah kau merindui aku Mat…???”Siti memejap matanya rapat-rapat.Cuak terbayang Ahmad!Dibuka matanya semula.Ahmad jugak yang dia Nampak.

“aaarrgghhhhhh……benciiiiiiiiiiiiiiii…...BENCIIIIII… SANGAT……TAPI AKU RINDU!”Jerit hatinya yang membengkak!

0 ulasan: