CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tok Dan Opah

Tok Dan Opah

Assalammualaikum...

Selamat datang ke blog Shahir+Adira=Shahira.. Kami ingin berterima kasih kerana sudi melihat blog ini.. Kami admin mengalu-alukan semua agar sentiasa memasuki blog ini dan melepak di blog ini..Terima kasih buat Yunie Zahan kerana sudi berkongsi novel "September Musim Cinta"...Sebarang komen atau apa2 saja tulisla di Jom Chat...

Shahir dan Adira

Shahir dan Adira

-: B!LA C!NTA :-

-: B!LA C!NTA :-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

~WELCOME~

Bio Shahira

Bio Shahira

SHAHIRA

SHAHIRA
ADIRA & SHAHIR

Love Shahira

Birthday Shahir

Birthday Adira

-: ShahiraZONE :-

AKUJANJI SHAHIRATICS..ekekeke kalau x tepati bkn shahiratics sejati..

Sebab admin sayang sgt dgn Kg Shahiratics, Tok Ketua, Penolong Tok Ketua n penduduknya...so ada beberapa isu admin nk bangkitkan di sini. Tak semua org suka apa yg kite suka, so kene sentiasa berhemah sentiasa k.

Sebagai warga kampung Shahiratics yg sejati, anda diminta mematuhi arahan-arahan berikut;-

1. MEROYAN

- Sila royan dgn berhemah. Dilarang mengekspresikan perasaan diri yang keterlaluan sama ada gembira atau sedih atau dlm ertikata lain meroyan, merobuk di kampung/umah lain selain di kg shahiratics. (Cth kampung/umah lain; Shahir af8, Adira fan club, wall mak anum, wall kak nam etc...)

- Kene fikir jgk sensitiviti n perasaan org lain.

2. EDIT GAMBAR

- Org kg shahiratics mmg kreatif, tak dinafikan lg. Tapi, sebarang gambar2 yg diedit perlulah menepati piawai yang telah ditetapkan, atau admin akan delete.

i) tiada sebarang gambar2 edit yang keterlaluan (seperti berpelukan, badan lain muka lain; badan sheila majid, muka adira-tidak dibenarkan sama sekali)

-Kalo nk edit gambo org tu...pandai2 la mintak kebenaran ye...

3. TAG/MENEMPEK GAMBAR/VIDEO

- dilarang menampal atau men'tag' sebarang gambar shahira di wall pihak lain terutama wall umum sepetri wall mak anum dan wall kak nam tanpa kebenaran admin shahiratics (p/s: kami memahami keinginan anda untuk berkarya dan berkongsi kegembiraan tetapi tidak semua yang setuju dengan kegembiraan dan kekreatifan kita berkarya).

- Tag berpada2..kalau gmbar Shahira berdua tu tak perlulah tag d page Shahir Af8 cthnye...or pada keluarga mereka. Tag/tempek ikut kesesuaian lah ye. Jgn la kat wall mak anum tag gambar Adira lak cthnye.

4. KREDIT GAMBAR/VIDEO

- sebarang gambar/video yg diambil dari pihak ketiga, sila kreditkan nama pihak terbabit.

5. TETAMU TAK DIUNDANG

- apabila ada tetamu yang tidak diundang datang, sambut mereka dgn sennyuman, bentangkan kapet merah siap dgn bunga manggar or tarian naga ke skali walau kita tak tahu apa tujuan mereka.

- apa jua provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak lain jgn mudah melatah. Jika masih rasa marah..tekan tanda =)

6. SPEKULASI

- dilarang membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita/keadaan sebenar walaupun di dalam hati kita punya taman bunga sebesar alam.

- dilarang 'copy & paste' atau'print screen' apa2 jua perbualan dari pihak lain tanpa mengetahui apa yang diperkatakan..

- nk CSI pun, jgn la terang-terangan sgt...coverline skit k

7. KUTUKAN/PROVOKASI/PERGADUHAN

- Jangan cpt melatah...kite relax je org nk kata apa. Ingat moto KG. CHILL & IGNORE =)

- Dilarang wujudkan sebarang pergaduhan di Kg. Jika ada..pandai2 lah sejukkan/tenangkan keadaan ye. kalau ada org baru yg masih tak faham konsep di kg kite...sila2 lah tunjuk ajar ye.

- tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan/perbalahan/ atau apa2 yang menyebabkan perasaan tidak senang kpd sesiapa jua yg membaca. sebelum berkata atau menulis apa2..fikirkan perasaan org yg membaca dgn meletakkan diri sendiri di tempat org yg diperkatakan..

8. KERAHSIAAN/ISU SENSITIF

- isu2 sensitif dan rahsia kg.. jika ada perkara2 yg terpaksa diperap dalam peti besi yg dirahsiakan lokasinya bukan la bermakna admin xnak kongsikan ngan org kg terchenta nie tapi itu adalah untuk tujuan keselamatan dan keamanan kg tercinta nie n menjaga keselamatan pihak2 yg berkenaan.. org2 kg yg sejati mesti faham kan? Tapi kami cuba sedaya upaya berikan sajian menarik utk semua ..

9. NAMA SHAHIRATICS

- Sapa2 yg pakai nama fb ada shahiratics tu...pandai2 la behave ye, lg2 kat umah/kg org lain...korng bawak nama shahiratics, so kalo buat apa2 ramai yg melihat...lg2 kalo wat salah. jgn nnti hnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga...k =)

**Admin cuba buat yg terbaik utk semua..utk Kampung Shahiratics, org2 kg n tak lupa juge buat SHAHIRA kesayangan kite. Harap semua leh beri kerjasama ye... Ni semua utk kesejahteraan kg.. =)

SAYANG SHAHIR+ADIRA=SHAHIRA

SAYANG KG SHAHIRATICS

SAYANG WARGA SHAHIRATICS SEMUA

CHILL & IGNORE

ANYTIME ANYWHERE

September Musim Cinta

September Musim Cinta

Sabtu, 10 Disember 2011

Cerita Cinta Kita - Bab 9

Hafiz termenung menatap potret gadis idaman yang berjaya mencuri hatinya. Siti Adira Suhaimi. Mereka menuntut di kolej yang sama. Namun, Adira tidak pernah perasan akan kewujudannya.

Kali pertama memandang wajah Adira, Hafiz sudah jatuh cinta. Kini, dia dalam proses untuk mengenali Adira dengan lebih dekat. Dia mahu Adira membalas cintanya dan dia akan pastikan impiannya itu akan tercapai dan menjadi kenyataan kelak.

Teringat insiden di restoran tempoh hari. Sengaja dilanggarnya Adira. Dia mahu gadis itu sedar akan kewujudannya. Selepas ini, banyak lagi rancangan yang bakal dijalankan dalam misi memenangi hati gadis idaman hatinya itu.

_____________________________

“Abang, ada dengar cerita pasal budak dua orang tu?” Tanya Ain sambil mengikat tali leher suaminya.

“Sape?” Tanya Maulana pula.

“Shahira la…”ujar Ain. Sememangnya itulah gelaran yang diberi Ain dan Mau untuk kedua-dua sahabat karib mereka. Shahir dan Adira terlalu panjang, lalu disingkatkan menjadi Shahira. Ringkas dan mudah untuk disebut.

“Humm.. budak bertuah dua orang tu, kalau tengah bahagia, kirim salam la nak ingat kat kita. Cuba kalau tengah ada krisis, pandai pula nak cari kita nak minta tolong. Haisy… nasib la ada kengkawan cam tu , kan sayang?” gurau Maulana. Dia sebenarnya tak kisah bahkan tumpang gembira dengan mereka berdua.

“Ala, biarlah bang. Orang tengah bahagia tu. Memang la nak manja-manja selalu.”

“Macam kita, kan?” bisik Mau romantik sambil merangkul pinggang ramping isterinya itu. Ain pula hanya tersenyum simpul.

___________________________________

“Ala… bila kita nak balik kampung ni? Abang kan dah janji hari tu.” Tanya Adira ketika dia dan Shahir menonton drama di tv.

“Ya Allah! Abang terlupa la pulak. Haa.. minggu depan la. Minggu ni abang ada show dekat Shah Alam.” Jawab Shahir.

“Humm.. ok. Esok abang free tak? Dira ingat nak pegi beli barang dapur. Abang temankan Dira erk?”

“Err.. esok abang ada meeting dengan Encik Norman la.” Ujar Shahir memberi alasan.

“Tapi, tu belah pagi kan? Petang pon takpe pegi shopping tu.”

“Sayang… bukan abang tanak temankan, tapi kalau wartawan tengok kita kat mall, mesti kecoh balik. Hal dulu tu pun baru je na reda. Sayang faham kan?” kata Shahir setelah tv dimatikan.

“Memang Dira tak faham! Sampai bila bang, kita nak macam ni? Sampai bila Dira kena rahsia status Dira sebagai isteri abang? Sampai bila baru Dira boleh keluar terang-terangan tanpa rasa takut pada persepsi orang? Sampai bila? Dira dah penat abang! Dira penat!!” jerit Adira, melepaskan perasaannya.

Shahir tergamam. Dia tidak sangka sebegitu rupa perasaan Adira selama ini.

“Abang minta maaf Dira. Abang tak tahu begitu terseksa hidup Dira selama jadi isteri abang . abang minta maaf sekali lagi sebab tak dapat nak bahagiakan Dira macam orang lain. Abang tak sangka, hidup Dira terseksa sebenarnya.” Tunduk Shahir.

“ Tak abang! Bb.. Bbu Bukan tu maksud Dira. Dira tak sengaja nak cakap macam tu. Dira cc Cuma…” belum sempat ayatnya dihabiskan, jari Shahir terlebih dahulu singgah di bibirnya.

“Tak pe sayang. Dira memang patut luahkan pada abang. Abang sedar, tapi buat-buat tak kisah. Abang memang ego dan pentingkan diri sendiri. Abang takut tak akan diterima lagi dalam industri ni kalau abang terus terang tentang status sebenar abang. Semua ni memang… memang salah abang.” Setitik air mata jantan Shahir gugur.

Adira pantas menyeka air mata di pipi Shahir. Shahir didakapnya erat.

“Abang.. jangan la sedih. Dira bahagia hidup dengan abang. Dira happy dapat jadi isteri abang. Haa.. abang nak dengar Dira nyanyi tak? Laguu… Ku Ada Kamu, khas untuk abang.” Celoteh Adira panik. Cemas dengan rasa serba salah yang bersarang di hati.

Kemudian, suara emasnya diperdengarkan buat insan yang paling dicintai.

“Wah! Abang tak sangka pula Dira ni pandai menyanyi. Hum.. kalau jadi artis, laku ni.” Puji Shahir ikhlas. Terpegun dia mendengar kemerduan suara Adira.

“ See the leg la. Ini kan Siti Adira Suhaimi. Hehehe!”

“Abang dah tak sedih kan? Sorry la. Mulut Dira ni memang over sikit.” Ujar Adira lalu pura-pura marah dengan kelancangan mulutnya itu. Shahir tertawa melihat gelagatnya.

“ Dah la tu sayang! Tak payah la nak membebel. Jom kita naik tidur.” Kata Shahir.

“ Ala… orang nak tengok Aaron Aziz ni dulu. Tak nak la tidur lagi.” Ujar Adira seraya membuka siaran tv3.

“Huarghhh… abang dah ngantuk ni. Kalau Dira berani, tengokla sorang-sorang kat bawah ni. Abang dah nak naik bilik.” Ugut Shahir. Tiba-tiba, guruh berdentum kuat.

Adira terus melompat ke atas belakang Shahir yang sedang menaiki tangga.

“Adoi, sayang. Berat la. Eh, kata nak tengok Aaron Aziz tadi. Kenapa? Dia tanak temankan Dira ke?” perli Shahir.

“Abang saja tau.” Marah Adira namun masih enggan turun dari belakang Shahir. Sudahnya, Shahir mengkokong isterinya hingga ke bilik tidur. Sesampai je di hadapan pintu,Adira melompat turun lalu menepuk dahinya.

“Kenapa pulak ni?” Tanya Shahir yang aneh melihat kelaku isterinya.

“Alamak bang! Dira terlupa nak tutup tv la tadi. Boleh abang tolong tutupkan untuk Dira?” selamba Adira berkata sambil menayangkan senyuman menggoda.

“MasyaAllah! Sayang memang sengaja nak dera abang kea pa ni? Adoi.. tak de- tak de pegi tutup sendiri. Abang dah penat ni. “ ujar Shahir sebelum merebahkan badannya ke atas katil empuk mereka.

“Ooo.. tanak tolong ye? Takpe-takpe, tanak tido ngan abang, huh!”

“Oit Cik Ct, nak ke mana tu? Tak takut ke tidur kat luar tu. Kalau jadi apa-apa, jangan salahkan Che Amat ye? Oooo... CIk Ct.” panggil Shahir namun tak berbalas.

“Dira merajuk. Jangan peluk Dira malam ni." ujar Adira setelah dia menutup tv di bawah.

“Ala yang! Jangan la merajuk. Dah la hujan kat luar tu. Abang sejuk ni.” Adira menjelirkan lidahnya.

“Padan muka.”

“Tak baik tau jelir-jelir lidah kat suami. Nanti tuhan kerat lidah tu, baru tau.” Adira tidak mengambil pusing dengan kata-kata Shahir. Matanya semakin memberat.

DUMM! Sekali lagi guruh berdentum. Sekali gus menyebabkan dia memeluk Shahir.

“Aik! Tadi jual mahal!” usik Shahir.

Adira yang baru hendak melepaskan pelukannya terbantut apabila Shahir menarik tubuhnya agar lebih dekat dengan dirinya. Shahir menghadiahkan senyuman nakal buat Adira sebelum mematikan lampu tidur. Malam yang indah menjadi milik mereka.

0 ulasan: