CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tok Dan Opah

Tok Dan Opah

Assalammualaikum...

Selamat datang ke blog Shahir+Adira=Shahira.. Kami ingin berterima kasih kerana sudi melihat blog ini.. Kami admin mengalu-alukan semua agar sentiasa memasuki blog ini dan melepak di blog ini..Terima kasih buat Yunie Zahan kerana sudi berkongsi novel "September Musim Cinta"...Sebarang komen atau apa2 saja tulisla di Jom Chat...

Shahir dan Adira

Shahir dan Adira

-: B!LA C!NTA :-

-: B!LA C!NTA :-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

~WELCOME~

Bio Shahira

Bio Shahira

SHAHIRA

SHAHIRA
ADIRA & SHAHIR

Love Shahira

Birthday Shahir

Birthday Adira

-: ShahiraZONE :-

AKUJANJI SHAHIRATICS..ekekeke kalau x tepati bkn shahiratics sejati..

Sebab admin sayang sgt dgn Kg Shahiratics, Tok Ketua, Penolong Tok Ketua n penduduknya...so ada beberapa isu admin nk bangkitkan di sini. Tak semua org suka apa yg kite suka, so kene sentiasa berhemah sentiasa k.

Sebagai warga kampung Shahiratics yg sejati, anda diminta mematuhi arahan-arahan berikut;-

1. MEROYAN

- Sila royan dgn berhemah. Dilarang mengekspresikan perasaan diri yang keterlaluan sama ada gembira atau sedih atau dlm ertikata lain meroyan, merobuk di kampung/umah lain selain di kg shahiratics. (Cth kampung/umah lain; Shahir af8, Adira fan club, wall mak anum, wall kak nam etc...)

- Kene fikir jgk sensitiviti n perasaan org lain.

2. EDIT GAMBAR

- Org kg shahiratics mmg kreatif, tak dinafikan lg. Tapi, sebarang gambar2 yg diedit perlulah menepati piawai yang telah ditetapkan, atau admin akan delete.

i) tiada sebarang gambar2 edit yang keterlaluan (seperti berpelukan, badan lain muka lain; badan sheila majid, muka adira-tidak dibenarkan sama sekali)

-Kalo nk edit gambo org tu...pandai2 la mintak kebenaran ye...

3. TAG/MENEMPEK GAMBAR/VIDEO

- dilarang menampal atau men'tag' sebarang gambar shahira di wall pihak lain terutama wall umum sepetri wall mak anum dan wall kak nam tanpa kebenaran admin shahiratics (p/s: kami memahami keinginan anda untuk berkarya dan berkongsi kegembiraan tetapi tidak semua yang setuju dengan kegembiraan dan kekreatifan kita berkarya).

- Tag berpada2..kalau gmbar Shahira berdua tu tak perlulah tag d page Shahir Af8 cthnye...or pada keluarga mereka. Tag/tempek ikut kesesuaian lah ye. Jgn la kat wall mak anum tag gambar Adira lak cthnye.

4. KREDIT GAMBAR/VIDEO

- sebarang gambar/video yg diambil dari pihak ketiga, sila kreditkan nama pihak terbabit.

5. TETAMU TAK DIUNDANG

- apabila ada tetamu yang tidak diundang datang, sambut mereka dgn sennyuman, bentangkan kapet merah siap dgn bunga manggar or tarian naga ke skali walau kita tak tahu apa tujuan mereka.

- apa jua provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak lain jgn mudah melatah. Jika masih rasa marah..tekan tanda =)

6. SPEKULASI

- dilarang membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita/keadaan sebenar walaupun di dalam hati kita punya taman bunga sebesar alam.

- dilarang 'copy & paste' atau'print screen' apa2 jua perbualan dari pihak lain tanpa mengetahui apa yang diperkatakan..

- nk CSI pun, jgn la terang-terangan sgt...coverline skit k

7. KUTUKAN/PROVOKASI/PERGADUHAN

- Jangan cpt melatah...kite relax je org nk kata apa. Ingat moto KG. CHILL & IGNORE =)

- Dilarang wujudkan sebarang pergaduhan di Kg. Jika ada..pandai2 lah sejukkan/tenangkan keadaan ye. kalau ada org baru yg masih tak faham konsep di kg kite...sila2 lah tunjuk ajar ye.

- tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan/perbalahan/ atau apa2 yang menyebabkan perasaan tidak senang kpd sesiapa jua yg membaca. sebelum berkata atau menulis apa2..fikirkan perasaan org yg membaca dgn meletakkan diri sendiri di tempat org yg diperkatakan..

8. KERAHSIAAN/ISU SENSITIF

- isu2 sensitif dan rahsia kg.. jika ada perkara2 yg terpaksa diperap dalam peti besi yg dirahsiakan lokasinya bukan la bermakna admin xnak kongsikan ngan org kg terchenta nie tapi itu adalah untuk tujuan keselamatan dan keamanan kg tercinta nie n menjaga keselamatan pihak2 yg berkenaan.. org2 kg yg sejati mesti faham kan? Tapi kami cuba sedaya upaya berikan sajian menarik utk semua ..

9. NAMA SHAHIRATICS

- Sapa2 yg pakai nama fb ada shahiratics tu...pandai2 la behave ye, lg2 kat umah/kg org lain...korng bawak nama shahiratics, so kalo buat apa2 ramai yg melihat...lg2 kalo wat salah. jgn nnti hnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga...k =)

**Admin cuba buat yg terbaik utk semua..utk Kampung Shahiratics, org2 kg n tak lupa juge buat SHAHIRA kesayangan kite. Harap semua leh beri kerjasama ye... Ni semua utk kesejahteraan kg.. =)

SAYANG SHAHIR+ADIRA=SHAHIRA

SAYANG KG SHAHIRATICS

SAYANG WARGA SHAHIRATICS SEMUA

CHILL & IGNORE

ANYTIME ANYWHERE

September Musim Cinta

September Musim Cinta

Sabtu, 18 September 2010

SEPTEMBER MUSIM CINTA-BAB 4

Hujan lebat di luar rumah,Siti menyusuri jalan pulang dari kedai.Mak Nah memesan beberapa barang untuk dibeli.Laju kayuhan basikal supaya sempat sampai ke rumah.Tetapi hujan sempat juga membasahinya.Siti kesejukan.Mak Nah yang sedia menunggu di serambi sambil mengintai-intai anak bongsunya itu.Bimbang juga rasa hati.Mundar-mandir orang tua itu di serambi depan rumahnya.Tidak lama kemudian dia menarik nafas lega setelah melihat kelibat Siti masuk keruangan halaman rumah dan menghumban basikalnya.Mak Nah yang dari tadi sudah mencapai tuala untuk diberikan pada Siti. Siti menghulurkan barang pesanan emaknya tadi.Dia menggosok-gosok badannya yang kesejukkan.

“lebat gila ujan mak……nasib baik siti tak excident tadi….ntah sapa yang bawak kete laju sangat tadi…..errrgghhhh..bahaya tul la……….ergggghhhh….sejukknya……”Suara Siti putus-putus, sambil memeluk tubuhnya yang dalam kesejukkan.

“Nah! tuala….Cepat naik Ti…Cepat mandi..demam kang..”kata Mak Nah,sambil menarik tangan anaknya supaya naik ke rumah.Siti mencapai tuala itu dan mengesat-ngesat badannya yang basah,mak Nah juga membantu.Sayang benar dia pada Siti.Al-maklumlah,anakkan….nakal-nakal Siti pun,dialah pengubat jiwa penawar dihati mak Nah.Barang yang sempat Siti beli tadi sudah pun dicapai mak Nah.Mereka berdua masuk kedalam rumah.

Sambil menunggu Siti mandi Mak Nah menyiapkan air kopi dan menggoreng pisang.”sedap kalau dimakan panas-panas nih”kata hati mak Nah.Kalau ada Irma pasti dia suka.Tetapi minggu ini Irma ada program anak angkat,jadinya dia tidak pulang ke rumah.Baru pagi tadi Irma menefon menanya khabar mereka berdua.

“hmmmmm…..bau ape nih mak…sedapnya..lapar la pulak perut nih..”Siti yang baru keluar dari bilik air menjengah emaknya yang sedang menggoreng.

“pisang…. Ti…..mak Long Senah bagi…..Jihah datang hantar masa Ti pegi kedai tadi…”mak Nah senyum sambil mencedok pisang yang telah digoreng ke dalam pinggan.

“Jihah datang sorang ke mak…?”tanya Siti ingin tahu.

“a’aaahh…Yusra tak ikut..Jihah kata yusra demam….”kata Mak Nah

“pegi la pakai baju dulu…nanti kita makan sama-sama..mak bawak kat depan nanti..cepat pakai baju..sejuk nih…”sambung mak Nah lagi..

‘Ok’’tangan yang diletakkan Siti dibahu emaknya tadi dilepaskan.Dia cepat-cepat meluru kebiliknya.Hujan di luar masih tidak reda.

“mak…..tak nak anta kat mak Long ke sikit pisang goreng..tu..”laungan Siti dari biliknya sangat jelas,mengalahkan bunyi hujan yang mencurah di luar.

“ujan ni.. cik Siti oi……nak pegi dengan ape….???tanya mak Nah sambil berlenggang menuju ke ruang tamu rumahnya.Dihidangkan 2 cawan kopi dengan pisang yang telah digorengnya tadi.Bau wangi pisang nangka itu menusuk-nusuk ke lubang hidung Siti.Siti meluru ke ruangan tamu rumahnya.Berbaju t-shirt pink dan berkain sarung.Terkocoh-kocoh dia mendatangi ibunya.

“ehhmmmm wanginya pisang nangka nih mak……wangiiii sungguh….sewangi che Ahmad la…..ehhhhmmmm…wangiiiii…wangiiiinyeee…..”Siti menyedut bau pisang yang menusuk hidungnya,sambil dia mengukir senyuman yang sangat cantik,lesung pipit dikiri dan kanan pipinya menambah kecomelan Siti.Hatinya menggeletek.Dia sengaja menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Walhal hatinya menggeli memikirkan Ahmad.Tiada lain selain Ahmad!!! Sah!! S.E.W.E.L.

“Gatal!!”tangan mak Nah menepuk paha anaknya itu.

“takde kena-mengenanye…..Ahmad ngan pisang ni cik Siti oii…..jauh benar melencongnya yer…ishhhhh……tak sebut satu hari nama tuh tak boleh ke…..setahu mak..che Ahmad awak tuh bukannya bau wangi cam pisang…bau kambing ada laaaaaa…..”mak Nah menonyoh-nonyoh bahu Siti.Siti ketawa.mak Nah jugak.

“sporting jugak mak aku nih yer..”hatinya bersuara,kembang-kempis jugak la lubang hidung Siti diusik sebegitu.

”Siti…Siti….alahai…… anak mak!”bisik hati mak Nah.Mak Nah sudah masak dengan perangai Siti.Sudah cuak dengan nama Ahmad disebut hari-hari oleh anak daranya itu.Dia merasakan hal itu sangat lucu. Cuma mak Nah mulai bimbang kalau-kalau sendaan Siti itu bakal mengundang kekecewaan pada diri Siti sendiri.Mak Nah takut kalau-kalau Siti benar-benar tergila-gilakan Ahmad.Sejak akhir-akhir ini sering benar Mak Nah memikirkan hal itu.Dia merenung tajam pada wajah comel Siti.Mak Nah menggosok-gosok pipi gebu gadis itu.Siti sempat memegang dan mencuim jari ibunya.Siti yang tidak tahu apa yang difikirkan mak Nah.Pisang yang terhidang tadi hamper habis dia makan.Sesekali dia merasakan dirinya sangat disayangi.Mak Nah cuba meleraikan kekusutan hati.Didalam hatinya berbungkam persoalan.Dia mahu melihat Siti bahagia,melihat anak gadisnya mencapai cita-citanya dahulu,baru difikir pasal jodoh.Biar berjaya dalam pelajaran dahulu.Soal Ahmad,hanya Allah yang punya Kuasa.”Ya TuhanKu,rahmatilah anak-anakku”mak Nah berdoa didalam hatinya.Tangannya mengusap-ngusap kepala Siti.

Masih penuh dengan tanda Tanya.Apakah benar apa yang bermain difikirannya kini.ANAK AKU SUKAKAN AHMAD???”biasanya naluri seorang ibu tidak salah.Itu yang dikhuatirinya.”Siti…..janganlah terlalu berharap,mak risau nak”hatinya gundah.Bagai ada yang tidak kena.Mak Nah cuba meleraikan kekalutan hati.Dia beristigfar.Berdoa semoga Allah melindungi mereka sekeluarga.

Cuaca agak mendung,hendak mandi sungai,airnya pasang.Hujan lebat 2-3 hari ini menaikkan air sungai paras bahaya.Biasanya Mak Nah warning awal-awal pada Siti setiap kali air pasang.Bimbang kalau-kalau Siti berdegil pergi mandi sungai.Siti bukannya hirau sangat nasihat orang.Kata hatinya sahaja yang betul.Walaupun sudah tamat SPM,dia masih berperangai kebudak-budakan.Apatah lagi sekarang ini sedang menunggu keputusan SPM,Menganggur tidak bekerja.Tetapi dikala boring mahu jugak dia ke kolam itik mahupun ke kandang kambing menolong Ahmad bagi makan ternakan ataupun menolong bersihkan kandang.Dia tidak segan melakukan kerja-kerja mencuci tahi kambing mahupun badannya yang berbau busuk nanti.Apa yang pasti target utamanya,dapat membantu Ahmad dan itu juga padanya sangat berbaloi biarpun dia tahu tidak ada sebarang bayaran untuk kerja-kerja yang dilakukan.Padanya biarpun agak penat,tapi dia bahagia.Bahagia mendampingi Ahmad!

Petang ini jugak Siti tidak kemana-mana.Farina datang mengunjunginya di rumah Siti,lama mereka berbual,senda dan gelak tawa memecah kesunyian,mak Nah juga duduk melepak bersama-sama.Irma masih tidak pulang dari kuliah,dia sudah memesan kepada ibunya mungkin dia agak lewat pulang hari ini.Ada program di sana yang perlu disertai.

“Ti…kau tak pegi kandang ke..??”Farina berbisik perlahan di telinga Siti.

“Jap gi la…kau ikut aku eh….”kata Siti juga berbisik.

“hai..anak dara 2 orang nih..apa yang dibisikkan ha…..”Mak Nah menjeling sambil meratah buah oren yang dibelahnya tadi.

Siti dan Farina ketawa kecil.

“Hah!ada la tuh…”mak nah membuka luas matanya.Farina senyum kambing.Siti buat-buat muka sposen je.

“Mak masuk dulu lah….nak panaskan lauk..kang Kak Irma balik….sian plak makan lauk sejuk..”mak Nah bangun dari duduknya.malas nak layan budak berdua ni!

“ihikkkk….sib baik mak aku dah takde…..paham la tuh..orang muda-muda nak bercakap…ihikk..’’Siti ketawa kecil.Diikuti Farina.

“Kau nak pegi kandang ke Ti?”soal Farina.

“Nak la……dah 2 hari tak jumpa Che Ahmad aku tau…rinduu….”Siti mengeluh sambil memuncungkan bibirnya.

“alahai….siannya kawan aku nih…..aloolloloollooolo..”usik Farina sambil membelai rambut Siti yang panjangnya aras bahu.

‘’Kau ikut aku eh..”ujar Siti.

“Ishh….tak nak lah..nanti kalau mak aku tahu..mati tau aku kena cekik…..”Farina menolak pelawaan siti.Siti faham.Tapi sahaja diajak,kalau-kalau kali ni Farina ingin ikut.

“a’aa…..kau kena cekik..mak aku pulakk..membebel bagai petir nak menyambar tu..sapa nak jawab….…pot pet pot pet..naik cair taik telinga aku tau…..adoi….…apapun ….masuk telinga kanan kuar telinga kiri……hahhahahaaha…..”mereka ketawa bersama-sama.Farina sempat menepuk paha Siti.Hampir tersebur limau yang dimamah Siti.Girang!

”Tak serik-serik kau nih Siti..”kata Farina.Mereka ketawa lagi.Mak Nah senyum di dapur tidak mendengar apa yang dibualkan tetapi tumpang suka mendengar mereka ketawa.Mak Nah tidak kisah kalau Farina datang ke rumah,padanya budak-budak di kampung itu seperti anaknya sendiri.Daripada kawan-kawan Aliff ,Irma,mahupun Siti mak Nah tidak memilih kasih pada kawan-kawan anak-anaknya.Dia kenal budak-budak itu.Baik-baik belaka.

Lama juga Farina di serambi rumah Siti.Mereka turun dari serambi dan menolak basikal merah Siti ke luar laman.Siti sempat memberitahu ibunya yang dia hendak ke kedai.KELENTONG.Sah!KELENTONG.Padahal dia menghantar Farina ke rumah dan terus mengayuh basikalnya menuju ke kandang.Hatinya girang ingin melihat Che Ahmad tersayang.Laju kayuhannya supaya cepat sampai ke destnasi.Siti sandarkan basikalnya pada motosikal Ahmad.Tongkat basikalnya rosak.Apa tidaknya,ganas macam jantan!Sesuka hati menghumban mahupun mencampak basikal itu.Dia terus menuju ke tepi kolam itik.

Amboi!Ahmad sedang berSMS.Rancak!

“Assalamualaikum?”Salam diberi Siti.

“Walaikumusalam..”Jawab Ahmad sambil jarinya memicit-micit huruf di handphone Nokia nya.

“SMS awek ke bang..?”Tanya Siti,sambil menjungai kepala ke arah tangan Ahmad.

“Ishhh….takde la..ni..orang nak beli kambing..nak tahu harga la….Ti…”tangan nya menghulurkan handphone,supaya Siti percaya dengan kata-katanya.“ooooo….ingatkan awek abang yang SMS…”Siti menoleh tepat pada muka Ahmad.Hatinya bergelora.”kalau betul SMS dengan awek…mampusss aku…takde cannn la….argghhhh”getus hati siti.

“ermm..bang telur itik ade tak…Siti nak suh mak masak lauk la….”Siti menyoal.

“ade..nak ke…?”Tanya Ahmad yang sedang memasukkan handphonenya ke dalam poket seluar tepi kanannya.

“Nak la……nanti lepas masak esok Siti anta skit kat umah abang eh..”manja jelingan Siti.Nadanya lembut,tangannya mengepit kain baju kurung yang dipakainya.Ayu sangat.Tidak seperti biasa,berseluar sukan dan t-shirt.Apa mimpi agaknya Siti petang ini berbaju kurung..

“Ish….tak yah la…..jom kita pegi kutip telur..kalau ade ambik la….”Ahmad berjalan seiringan dengan Siti.Hati Siti berdebar-debar,tapi ditahan rasa itu..bimbang kalau-kalau pengsan 24 kali kat-kat situ jugak.!”habis la aku kalo terpengsan kat sini…adoiiii..”dia memicit-micit dahinya.MEROYAN!

Ahmad mengajak Siti menuju ke reban itik yang terletak tidak jauh dari kolam.Suasana agak sunyi hari ini.Pak Ngah Zali dan Angah Shah keluar kampung.Tinggal Ahmad seorang sahaja di situ hari ini.

“Hati-hati…licin nih…”kata Ahmad.Sambil berjalan mengiringi Siti.

“Tanah ni lembik skit Ti..lopak-lopak jadinya,ujan kan..”Siti mengangguk faham.

“Along mana bang?”Tanya Siti.Sudah sebulan lebih Aliff berkerja di sini.Bimbang juga rasa hati Siti kalau-kalau dimarahi lagi Alongnya.Namun dia bernasib baik petang itu.Aliff keluar ke Kampung sebelah,menghantar 2 ekor kambing yang telah dipesan oleh Tok penghulu kampung sana.Hendak membuat kenduri.“Pegi hantar kambing,Tok Rahman nak menyembelih hujung minggu nih…dia jemput kita semua pegi tau…Siti pegi eh..Tok Rahman sembelih 2 ekor kambing dan 3 ekor lembu tau…”Ahmad memesan.Siti mengangguk.

“Siti dengar jugak Along bagi tau mak…”Berhati-hati Siti berjalan.

“oooooo..dah tau la nih..”Tanya Ahmad.Ahmad memandang Siti.Siti tidak menjawab.Dia hanya menggangguk.

“wah…angsa-angsa ngan itik-itik kat sini kan…..tau-tau aje Siti nak datang..kan bang..….?”usik Siti

“kenapa…??’’tanya Ahmad bingung.

“yer la………….mengekor…..”belum sempat habis Siti menjawab,3 ekor angsa datang menyondol muncung kearahnya.Lintang pukang Siti lari bagai lipas kudung,Ahmad hanya ketawa melihat gelagat Siti.Siti cuba menyorok sebalik tiang kandang kambing.Lama dia di situ.Lelah.tercungap-cungap Siti dibawah tiang tepi tangga kandang kambing.Disangkanya dia sudah berjaya menyelamatkan diri.Ahmad hanya melihat gelagat Siti.Ahmad menggeleng-gelengkan kepala.Dia berlalu menuju ke tepi kolam.Malas hendak melayan Siti.Siti masih menyorok.Cemas.Tiba-tiba entah dari mana datang 2 ekor lagi angsa menghulurkan tengkuk kearah kainnya.Siti menjerit sekuat hati.

“Abanggggggggggg…………..tolongggg…..arrrrrrrrrgh….…………”Dia berlari ke arah Ahmad yang baru hendak mengutip telur itik.Ahmad memandangnya.

“Ti………jaga-jaga…lopakkkk…..”jerit Ahmad sambil cuba menahan Siti dari merempuh lopak itu.Tapi malang tidak berbau.Siti meredah lopak yang dipenuhi selut yang melekit-lekit,lalu dia tergelongsor kehadapan terseret dek seliparnya yang licin.Siti terbang betul-betul merempuh Ahmad.Bulat mata Ahmad diterjah Siti.

“Makkk………”jerit Siti.

‘’GEDEBUKKKK!!”Bagaikan nangka buruk dia jatuh di atas dada Ahmad.Terdiam hmad tidak berkata apa-apa.Mereka terlantar ditepi kolam,mujur kaki Ahmad sempat menyendal sebatang kayu yang tersandar di situ.Kalau tidak mau kedua-duanya lemas dalam lautan kolam yang agak dalam selepas hujan..Siti terbaring didada bidangnya.Tersungkur dia,menghimpit dada gagah lelaki itu.Bisu.Diam.Sunyi.Tidak berkata apa-apa. Biarpun terpalit selut di muka ,tapi masih kelihatan ketampanan dan kecomelan mereka.Tertelan jugak air liur Che Ahmad.Apa tidaknya…Siti jatuh diatasnya.BAGAIKAN PUTARAN WAKTU TERHENTI!!Jantung berdegup kencang.Lama tidak berganjak.Mata bertentang mata,bagai dipaku antara satu sama lain. Entah mengapa tanpa Ahmad sedari perlahan-lahan tangannya menyentuh pinggang Siti.Rapat dia memeluknya.Siti membisu.Kaku.Walaupun dadanya terasa sesak,lemas ditindih Siti.Ahmad membiarkan Siti bertilamkan dadanya,mereka berpandangan lagi.Siti senyum.Ahmad pun.Ahmad cuba mengusap rambut Siti yang terkena mukanya itu.Siti tunduk.Malu.Mereka bertentang mata lagi…….terapung-apung di awangan rasanya………hanyut……..Mereka tersenyum lagi.Semua perasaan bercampur-campur waktu itu.Tidak mahu bangun rasanya, Siti waktu itu.Biar begini selamanya.Dia rela.Khayal!!!SITI KHAYAL DIPELUK AHMAD!!!!Hidung Siti hampir-hampir menempek tepat ke hidung mancung Ahmad.Terasa hembusan nafas jantan Ahmad yang tersekat-sekat.Terputus-putus jua lah nafas Cik Siti kembang semangkuk ini.Lemas dalam pelukan Che Ahmad mekar setamannya itu.Mereka hanyut dibuai-buai di alam mereka sendiri.Mengamati dan mengagumi anugerah Illahi.”Kau comellll sangattt….. Siti..” “Mat…..kau encemmmm sangatttttttttttt-sangattttttttttttttt..”Urat-urat nafas bersatu HUH~~~~~KHAYAL!!

”MMBBBEEEKKKKK…..”Panjang jeritan anak kambing dikandang.Mereka tersedar!!Lamunan mereka terhenti dengan bunyi itu tadi.Cepat-cepat Siti bangun,terlucut jua tangan Ahmad yang memeluk Siti tadi..Perasaan malu menebas dihati.Bagai tergores maruah di muka.”makkk…….. malunya aku…….”Siti memalingkan muka ke kiri,terkumit-kumit mulutnya mengacip gigi.Ahmad buat-buat bodoh sahaja.Tapi sebenarnya gelora dihatinya lebih hebat dari hentaman halilintar.Ahmad mengetap bibirnya.Diam.Tunduk sambil mengesat-ngesat selut yang terpalit di muka tadi.”Ti……ishhhh…..”Ahmad buntu,hatinya beku!!

“errr..errrr…Siti ok??’’tanya ahmad membuka bicara.

“Errrmm…Si…Si..Sii….ti…. balik dulu !”Dia tidak menjawab soalan Ahmad.Malu Siti.Mahu saja dia menyorok dalam bajunya sendiri saat itu.Cepat-cepat dia membaiki kainnya yang terselak.Dia tunduk.malu.Panjang langkahnya berjalan ditepi Ahmad.Dia mengesat-ngesat kesan selut yang berlumuran di badannya..Siti tidak mengangkat muka.Tunduk.malu sangat-sangat.terasa bagai mimpi pun ada.ADOIIIIII…… hatinya mengeluh panjang.Namun jiwanya berlagu riang.Apa tidaknya dah macam bikin video filem Hindustan pun ada.Siti tersenyum.”ishhh..malunya aku…….camne la nak mengadap muka dia esok-esok….argghhhhhh…ishhhhh…..adoiiiiiiiiiiiiiiiiiii…..”hamper-hampir hendak menangis Siti dibuatnya.

“Aa…a’aaah….yer lah!!”tersekat-sekat nada suara Ahmad menjawab sapaan Siti tadi.Dia juga terasa malu.Ahmad memandang Siti.Tapi Siti berselisih bahu dengannya.Berjalan laju meluru kearah basikal merahnya itu.

Ahmad menjongkitkan kening dan mengetap bibirnya”Siti …..Maafkan abang……”hatinya bersuara.

‘’isssshhhhhh..apa ke aku kena mintak maaf nih…ishhhh..”buntu.fikirannya buntu.

“Ermmm….bukan salah aku..bukan salah Siti jugak……..ermmmm….ahhhhhhh!!TAKDIR???”Memutar-mutar persoalan dikepalanya.

“Ahhhh…biarlah…..malas ar aku nak pikir….”getus hatinya.

0 ulasan: