CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tok Dan Opah

Tok Dan Opah

Assalammualaikum...

Selamat datang ke blog Shahir+Adira=Shahira.. Kami ingin berterima kasih kerana sudi melihat blog ini.. Kami admin mengalu-alukan semua agar sentiasa memasuki blog ini dan melepak di blog ini..Terima kasih buat Yunie Zahan kerana sudi berkongsi novel "September Musim Cinta"...Sebarang komen atau apa2 saja tulisla di Jom Chat...

Shahir dan Adira

Shahir dan Adira

-: B!LA C!NTA :-

-: B!LA C!NTA :-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

~WELCOME~

Bio Shahira

Bio Shahira

SHAHIRA

SHAHIRA
ADIRA & SHAHIR

Love Shahira

Birthday Shahir

Birthday Adira

-: ShahiraZONE :-

AKUJANJI SHAHIRATICS..ekekeke kalau x tepati bkn shahiratics sejati..

Sebab admin sayang sgt dgn Kg Shahiratics, Tok Ketua, Penolong Tok Ketua n penduduknya...so ada beberapa isu admin nk bangkitkan di sini. Tak semua org suka apa yg kite suka, so kene sentiasa berhemah sentiasa k.

Sebagai warga kampung Shahiratics yg sejati, anda diminta mematuhi arahan-arahan berikut;-

1. MEROYAN

- Sila royan dgn berhemah. Dilarang mengekspresikan perasaan diri yang keterlaluan sama ada gembira atau sedih atau dlm ertikata lain meroyan, merobuk di kampung/umah lain selain di kg shahiratics. (Cth kampung/umah lain; Shahir af8, Adira fan club, wall mak anum, wall kak nam etc...)

- Kene fikir jgk sensitiviti n perasaan org lain.

2. EDIT GAMBAR

- Org kg shahiratics mmg kreatif, tak dinafikan lg. Tapi, sebarang gambar2 yg diedit perlulah menepati piawai yang telah ditetapkan, atau admin akan delete.

i) tiada sebarang gambar2 edit yang keterlaluan (seperti berpelukan, badan lain muka lain; badan sheila majid, muka adira-tidak dibenarkan sama sekali)

-Kalo nk edit gambo org tu...pandai2 la mintak kebenaran ye...

3. TAG/MENEMPEK GAMBAR/VIDEO

- dilarang menampal atau men'tag' sebarang gambar shahira di wall pihak lain terutama wall umum sepetri wall mak anum dan wall kak nam tanpa kebenaran admin shahiratics (p/s: kami memahami keinginan anda untuk berkarya dan berkongsi kegembiraan tetapi tidak semua yang setuju dengan kegembiraan dan kekreatifan kita berkarya).

- Tag berpada2..kalau gmbar Shahira berdua tu tak perlulah tag d page Shahir Af8 cthnye...or pada keluarga mereka. Tag/tempek ikut kesesuaian lah ye. Jgn la kat wall mak anum tag gambar Adira lak cthnye.

4. KREDIT GAMBAR/VIDEO

- sebarang gambar/video yg diambil dari pihak ketiga, sila kreditkan nama pihak terbabit.

5. TETAMU TAK DIUNDANG

- apabila ada tetamu yang tidak diundang datang, sambut mereka dgn sennyuman, bentangkan kapet merah siap dgn bunga manggar or tarian naga ke skali walau kita tak tahu apa tujuan mereka.

- apa jua provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak lain jgn mudah melatah. Jika masih rasa marah..tekan tanda =)

6. SPEKULASI

- dilarang membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita/keadaan sebenar walaupun di dalam hati kita punya taman bunga sebesar alam.

- dilarang 'copy & paste' atau'print screen' apa2 jua perbualan dari pihak lain tanpa mengetahui apa yang diperkatakan..

- nk CSI pun, jgn la terang-terangan sgt...coverline skit k

7. KUTUKAN/PROVOKASI/PERGADUHAN

- Jangan cpt melatah...kite relax je org nk kata apa. Ingat moto KG. CHILL & IGNORE =)

- Dilarang wujudkan sebarang pergaduhan di Kg. Jika ada..pandai2 lah sejukkan/tenangkan keadaan ye. kalau ada org baru yg masih tak faham konsep di kg kite...sila2 lah tunjuk ajar ye.

- tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan/perbalahan/ atau apa2 yang menyebabkan perasaan tidak senang kpd sesiapa jua yg membaca. sebelum berkata atau menulis apa2..fikirkan perasaan org yg membaca dgn meletakkan diri sendiri di tempat org yg diperkatakan..

8. KERAHSIAAN/ISU SENSITIF

- isu2 sensitif dan rahsia kg.. jika ada perkara2 yg terpaksa diperap dalam peti besi yg dirahsiakan lokasinya bukan la bermakna admin xnak kongsikan ngan org kg terchenta nie tapi itu adalah untuk tujuan keselamatan dan keamanan kg tercinta nie n menjaga keselamatan pihak2 yg berkenaan.. org2 kg yg sejati mesti faham kan? Tapi kami cuba sedaya upaya berikan sajian menarik utk semua ..

9. NAMA SHAHIRATICS

- Sapa2 yg pakai nama fb ada shahiratics tu...pandai2 la behave ye, lg2 kat umah/kg org lain...korng bawak nama shahiratics, so kalo buat apa2 ramai yg melihat...lg2 kalo wat salah. jgn nnti hnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga...k =)

**Admin cuba buat yg terbaik utk semua..utk Kampung Shahiratics, org2 kg n tak lupa juge buat SHAHIRA kesayangan kite. Harap semua leh beri kerjasama ye... Ni semua utk kesejahteraan kg.. =)

SAYANG SHAHIR+ADIRA=SHAHIRA

SAYANG KG SHAHIRATICS

SAYANG WARGA SHAHIRATICS SEMUA

CHILL & IGNORE

ANYTIME ANYWHERE

September Musim Cinta

September Musim Cinta

Sabtu, 2 Oktober 2010

SEPTEMBER MUSIM CINTA-BAB 15

“Hello….Siti….wei..aku nak gi umah kau karang boleh…?”Suara Akim jelas ditalian.

“nak buat apa??”Siti menyoal.

“ada la…..aku pegi eh…aku nak gi mandi sungai…ramai nih lam 4 orang…”

“Datanglah….”Siti mengizinkan.

“kau masak best-best petang ni..aku nak makan…jangan lupa eh..kita berkelah kat sungai….jangan lupa Ti…..bai!!”Akim mematikan taliannya.Siti yang asyik berborak di dapur dengan Farina dan ibunya sebentar tadi.Gangguan dari Akim,membuatkan dia lupa yang telah dibualkannya sebentar tadi.

“Kita cakap apa tadi Na..?’’Siti menyoal.Ibunya sudah bangun dari tempat duduk memberi ayam makan.Farina tidak menjawab.Dia asyik menyiang kacang untuk Siti.Namun sempat dia mendengar perbualan Siti tadi.

“Ti..sapa nak datang..?”Soal Farina.

“Akim…..katanya nak datang mandi sungai petang nih….4 orang dia nak datang…..ishh….”Siti menggaru tengkuknya.Senget juga mulutnya itu.Berkerut dahi.Malas untuk melayani karenah Akim nanti.Sebolehnya dia hanya mahu berehat di rumah.

“Ti….aku nak join leh tak….?”Farina menepuk lengan Siti.

“eh..kau nak mandi gak eh…erm…ko kena bayar kos makan dan tempat duduk…boleh….??”Siti berseloroh.

“Boleh..apa-apa pun boleh…….”Farina ketawa.Siti pun.Lega Farina melihat akhir-akhir ini Siti sudah boleh bergelak ketawa dengannya lagi.Mereka berpandangan.”Ti…..aku harap kau akan tabah Ti…”hatinya mengusik sebak didada.namun ditahan.Dalam ditarik nafasnya.Lega.

Petang itu Siti menggoreng bee hoon dan keropok keping.Farina turut membantu.Siti masih menanti kehadiran Akim.Farina menyengeh dari tadi.

“Kau apa hal duk sengeh-sengeh dari tadi Na?”Tanya siti.Agak pelik.

“Tak de la…tak de apa-apanya…takpe la..kau siapkan dulu barang-barang tuh..aku tolong wat air eh…….”Farina mengetap bibirnya,menahan kegembiraan hati.Mak Nah juga membantu.dia juga mahu ikut ke sungai nanti.

Siti tidak tahu Farina pulang tengahari tadi,langsung dia menelefon Suha.Dia juga mengajak Suha ke sungai belakang lorong rumah Siti.Pemandangan di situ sangat cantik.Terkadang ramai juga orang yang datang berkelah di situ.Farina sengaja menyuruh Suha memujuk Ahmad datang bersama bakal tunangannya yang ada datang bercuti di rumah Mak Anum.Bermati-matianlah Si Farina memujuk Suha.

“Suha…datang eh…pujuk la abang kau tuh….masa ni la nak tengok camner…..wah!!Akak lom apa-apa dah nak meroyan nih Suha…..pujuk eh..please….”Farina begitu mengharap Suha dapat memujuk Ahmad.

“Ok..Suha tak janji tau..”Suha mematikan talian.Mundar-mandir Suha diruangan halamannya.sedang berfikir.

“Kak….jap..jap..meh duk sini…”Suha menarik lengan Ermiza yang sedang menuju mahu naik ke rumah selepas pulang dari kedai dengan Ahmad.Ahmad memerhati.

“Kak..jom kita mandi sungai petang nih….nak tak..?’’soal Suha menyungguh.Ahmad memerhati lagi.Ermiza senyum.

“ermmmm..mandi sungai??Bestnya….nak..nak..”Ermiza bersetuju.

“Bang..petang nih eh…..kita pegi yek…..”Suha mengajak.ahmad mengangguk saja.Ermiza berpandangan dengan Ahmad.Mereka senyum.

Petang itu Ahmad sudah siap untuk ke sungai,Ermiza pun.Cuma Suha saja lagi yang masih di atas rumah.Sudah diajak ibunya sekali tapi mak Anum menolak.Dia lebih selesa di rumah.Biarlah anak-anak saja yang pergi.

‘Suha..cepatlah….”Ahmad memanggil Suha.

“ok…..jom…”Suha berlari-lari menuju kearah mereka.

“Bang…”Suha memanggil.

“Hemmm..apa.?’’Ahmad menyoal.

“Bak sini kunci kete tuh…”Suha menghulurkan tangannya pada Ahmad yang sedang memegang kunci kereta.

‘Aik…biar abang la yang bawak….awak baru je dapat lesen..”Ahmad menidakkan permintaan Suha.

“Alah….kenelah bawak slalu…baru pandai….”Kata suha yang sudah merampas kunci kereta dari tangan abangnya itu.Dia menolak Ahmad ketepi supaya cepat dia masuk kedalam kereta.Ermiza sudah dari tadi menunggu didalam.Ditempat kerusi depan kiri pemandu.Anak bandar itu bukannya boleh lama-lama kat luar.Berjemur dengan panas.Nanti rosak kulitnya.Welllrkk…meloyakan anak tekak Suha semasa dia berkata begitu semalam.

“Sayang…..cepatlah..i panas tau…nanti melecur kulit nih….cepatlah.”Dengan penuh gaya gedik yang tak berapa nak menjadik tuh Ermiza menarik tangan Ahmad supaya masuk kedalam kereta.Waktu itu Suha turut ikut mereka ke bandar.Menyampah Suha melihat cara Ermiza yang mengada-ngada itu.”Ishhh..mau rasa jugak minah nih ngan tapak kaki aku!!”kata hati Suha.”hai..bang..apa ke buta mata-hati kau bang..yang dekat ada….yang jauh jugak kau ndak……hampehh..Cettt!!”Suha mengomel sendiri.Benci melihat Ermiza.Gedik tahap tempei basi!!BUHSAN!!

“Suha!!kucing!!”Ahmad menghentikan lamunan Suha.Hampir-hampir terlanggar seekor anak kucing tadi.

“Ish…abang drive la Suha…berenti..”Ahmad risau.

‘Alah…elek ar bang…bukan langgar pun…”Suha masih selamba memandu.Ermiza memandang ahmad di belakang.Tidak sedap hati jugak dibuatnya.Namun ditahan saja rasa risau itu.

“Kita nak pegi mana ni Suha…”Tanya Ahmad.

“ni ha..dah nak sampai dah nih..”Suha membelok ke kanan.Melalui lorong menuju ke rumah Siti.

“Eh..nak kemana nih”Ahmad mula gusar.tidak sedap hati.

“La…nak berkelah la….kat belakang umah kak Siti ni ha….ish..banyak tanya la Abang nih..”Suha dengan selamba memakingkan kereta kancil itu didalam halaman rumah Siti.

‘’PON!!”Dia membunyikan hon.Ahmad sudah gelisah.

“Apa ke hal Suha nih…adoi…masak aku….masak…”Ahmad mengeluh panjang.

‘’U..rumah sapa nih…?’’Ermiza memusingkan sedikit badannya melihat Ahmad.

“Ka…kawan..i….Aliff…rumah Aliff..”Mahu gagap Ahmad dibuatnya.Ermiza Cuma mengagguk.Tangannya memegang telefon bimbit.Dari tadi duk ber SMS dengan klien.

“Abang jom la kua..ajak akak skali….cepat…”Suha melambai-lambai pada mereka.

Siti keluar dari dapurnya.Dia tersentap melihat Suha ada di situ.Apatah lagi kelibat Ahmad dan seorang perempuan cantik didalam kereta.

“Eh Na..apsal Suha datang….siap bawak bekal lagi tuh..”Siti gelisah.menggaru kepala.

“adoi..aku lupa bagitau kau la…tadi aku telefon rumah dia…so terlepas cakap la kita nak berkelah…..sori eh..aku lupa nak bagitau kau..”Farina dengan muka yang tak ada rasa bersalah itu dengan selamba menarik tangan Siti menuju ke depan.“Eh…Suha..naik-naik…mak tak datang ke..”Tanya Mak Nah yang sedang menonton tv.

“Tak….Suha,Abang dan bakal tunang dia je datang ni….mak Nah..”Mak Nah bangun mahu menjenguk bakal tunang Ahmad.Siti yang berada di situ merasakan diri sangat kerdil.Terasa kecut diperut.

“Jap Suha panggil diorang.”Suha melambai-lambai lagi pada mereka.Sambil memanggil-manggil Ahmad.Ahmad sudah keluar dari kereta.Namun Ermiza masih didalam masih dipujuk untuk keluar.

Ahmad memandang keluar laman..sebuah kereta perdana silver datang masuk ke ruangan rumah Siti.Seorang lelaki berkacamata hitam melambai-lambai ke arah Siti yang sudah berada di luar pintu rumah.AKIM.Ahmad kenal Akim.Dalam facebook Siti banyak gambar Siti dengan Akim.Sebab itu Ahmad mengenali Akim.Ahmad sempat memerhati kedua-duanya.Hatinya tertampar dek pandangan itu.Siti turun menyambut mereka.Cepat-cepat Ain keluar dari kereta dan memeluk Siti.Akim menyengeh melihat Siti.Dia datang rapat disebelah Siti.Siti berpandangan mata dengannya.Terasa tercabar Ahmad dengan kehadiran Akim..Dia berbisik-bisik ditelinga Siti.Siti ketawa.Ahmad melihat lagi drama didepannya itu.Hatinya terkoyak.Sakit.

“U….tengok apa..?’’Ahmad sentap.Ermiza keluar juga akhirnya dari kereta.Mak Nah datang bersalaman dengan Ermiza.Mereka menguntum senyum.

“hemmm…tu bakal menantu makcik tuh..”Tak semena-mena mak Nah menunjukkan jarinya ke arah Akim.Ermiza senyum.Ahmad bagai tertelan batu ais yang besar waktu itu.Berduri-duri hatinya setelah mak Nah berkata begitu.”Pakwe Siti ke budak tuh-AKIM-??”Hatinya menyoal.”Begitu cepat kau lupakan aku Ti…..”mengapa harus dipersoal begitu dalam hatinya.Ahmad lupa bahawa dia yang terlebih dulu mencurangi Siti.Apa perlu dia menyoal diri sedemikian rupa……..DIA TIDAK LAYAK!!Siapa dia untuk merasa cemburu??Sungguh dia tidak berhak menuduh Siti yang mencurangi nya.

Cepat-cepat mereka menuju ke sungai.Siti tak putus-putus berborak dengan Ain.Rupa-rupanya Akim ingin membuat suprise padanya dengan kehadiran Ain dan Maulana.Sebentar tadi Siti sempat bersalamann dengan Ermiza.Sempat juga berkenal-kenalan.Terasa kerdil Siti di sisinya.Padanlah Siti tidak dipilih Ahmad.Terlalu cantik perempuan itu.Seiras seperti Juliana Evans.Pelakun yang kian digilai ramai sekarang ini.Selayaknya dia ditinggalkan Ahmad.Duganya.Mana mungkin Siti dapat seiringan dengan Ahmad.Dia merasakan dia begitu kecik dimata-hati Ahmad.Tidak padan.Dia mematikan khayalannya itu.Cepat-cepat dia mendapatkan rakan-rakannya.Maulana,Ain,Akim dan adik Akim,Haris.Suha dengan Farina berpautan bahu seperti budak-budak.Sempat juga detektif berdua nih menoleh ke arah Ahmad dan Siti tadi.Berbisik-bisik dan ketawa.

“huuuu…panas…..ada hati tengah cemburu…….kau Nampak kak…??”Suha menyoal Farina.

“Nampak….Suha Nampak jugak eh…..”Farina mahu ketawa saat itu tapi ditahannya takut Ahmad perasan..

“Nampak kak…jelas sangat…tak rabun lagi Suha kat sini….hhahahahahaha”Mereka ketawa juga akhirnya.Sudah tidak dapat menahan gejolak hati yang riang..Sempat juga waktu menuju ke sungai itu Suha bermain mata dengan Haris,adik Akim yang sekarang belajar di UKM sama dengan Suha.Masing-masing mengambil lain-lain jurusan.Jadinya mereka jarang bertembung.Lagipun semasa di Sekolah Haris jarang bercakap.Dia agak pendiam.Tidak seperti Akim.Bak buaya tembaga di sekolah.Semua perempuan mahu dilayan.Tapi hakikatnya dia terlalu baik.Sedikit sebanyak Akim adalah penawar bagi Siti.Dialah teman yang selalu bersama Siti suka ataupun saat Siti duka.

Akim tidak jauh dari Siti.Menempek terus.Akim masih tidak tahu Ahmad itulah orang yang sudah patahkan hati Siti.Andailah dia tahu….entah bagaimana reaksi Akim.

“Ti…jaga-jaga jatuh kang…”Akim memegang pautan tangan Siti.Bimbang Siti terjatuh.Suha dan Farina masih memerhati.

“Kak….mesranya kak Siti dengan Abang Akim…tak sukalah Suha…ada apa-apa ke diorang tuh”Soal Suha.

“Ntah!!tak de kot..kawan je tuh….biar la Suha…..lagi best nak tengok drama ari nih…..kan…tak gitu Suha.”Farina mematikan sangkaan Suha.Mereka bermandi-mandian lagi.Ahmad yang dari tadi duk melayan si gediknya itu.Menjerit-jerit manja.Tersangat meloyakan anak tekak Siti melihatnya..Namun dia sudah tidak peduli.Dia lebih bahagia melihat kawan-kawannya.Apatah lagi Akim yang datang.Ain dan Maulana juga yang selalu membuat dia rasa dihargai waktu itu.Mereka sudah sepakat untuk melangsungkan perkahwinan mereka sebulan lagi.Sebelum pulang ke Australia.Sangat berseri-seri wajah Ain sekarang.Suka Siti melihat mereka.Menumpang bahagia yang baal di simpul rapi nanti.

“Ti..apsal mak Nah tak jadi ikut….”Soal Farina.

“Ntah..tetiba malas nak ikut…agaknya nak tunggu Along aku balik kot…”Siti yang sudah basah berendam didalam air.Akim yang kerap kali menonyoh-nonyoh kepala Siti.Sehingga tidak terdaya Siti pelawannya.Akhirnya dia terpaksa mencekik tekuk Akim.Akim dengan tampannya menenyehh mukanya dekat dengan muka Siti.Mereka ketawa.Sesekali dia menyelamkan Siti didalam air.Ahmad yang memandang mahu saja bangun dari tempatnya.Geram melihat Siti diperlaku sebegitu oleh Akim.KASAR.Ain dan Maulana manja-manja kucing parsi itu sangat bahagia.Membaling-baling air sesama mereka.Haris berenang seorang diri ditengah sungai,tidak ikut campur.Cuma terkadang datang menegur Suha.Hati Suha turut berbunga kembang setaman jadinya saat itu..Farina mencubit-cubit lengan Suha.Hampir lunyai lengan Suha dicubit Farina.

“Suha…ni misi nak edjas kau ke..nak skodeng diorang neh…?’’Farina tetaplah mencubit lengan Suha.

“Adoi kak….sakit tau…..jadilah…sakit…..”Suha menggosok lengannya.Haris memerhati.Menguntum Senyum.Suha sempat melambai-lambai manja pada Haris.Suka.Farina tergelak melihat mereka berdua.Tumpang suka.Namun dia lebih suka melihat Ahmad saat ini.Cemburu Che Ahmad dah naik sampai ketahap mercu KLCC…”warrgghhhhh…’’Farina pula yang meroyan kat dalam air sungai yang sejuk itu.Terasa mahu menarik muka Siti saat itu.Mahu saja dia memberitahu Siti yang Che Ahmad mekar setamannya itu dulu tidak putus-putus memerhati.Ermiza tetap bermandian dekat-dekat Ahmad.Ahmad hanya menghayun kaki kedalam Air.Tidak mandi.Ada hati sarat memikul geram.PADAN MUKA!!RASAKAN!!

Siti naik ke atas sekejap.Sempat dia makan bee hoon yang digoreng tadi.Farina mendatanginya.

“Ti….kau ada bau apa-apa tak….”Farina yang basah kuyup itu memeluk tubuhnya.Sejuk.

“Bau apa..?Siti menconget-congetkan hidungnya.Namun tiada sebarang bau yang terhidu olehnya.

“Takde bau apa-apa pun..”Kata Siti

“Aku dah dari tadi tau..dapat hidu bau nih…..”Farina senyum

“Bau apa??”Berkert Siti sambil menyuap makanan kedalam mulut.

Farina datang dekat dengan Siti.Mukanya dekat dengan telinga Siti.

”Aku ada bau orang sedang cemburu dengan kau sekarang nih…..ahakk….”Farina terus bangun menyentuh dagu Siti dan berlari-lari dicelah-celah batu dan terus terjun kedalam sungai.Siti terpinga-pinga.Sentap jugak dengan usikan Farina.”Aik siapa yang cemburu…..aku???Takde maknanya……lantaklah…..janji bukan aku yang cemburu….Ahmad??..Suka hati kau la Mat….kau yang tinggalkan aku….nak cemburu apa lagi….buah hati kat depan…tengoklah puas-puas…...”Bisik hatinya.Dia terus makan,tidak hiraukan sesiapa.Namun sesekali matanya melihat Ahmad juga.Tidak boleh tengok lama-lama,hatinya mahu menangis.ditinggalkannya rasa itu.Lapar sungguh dia saat ini.Sudah diajak yang lain makan namun tidak dihiraukan.



“Ti.cepatlah…..Dah-dah la makan…jom ar mandi….mai la…”Maulana memanggil-manggil Siti.

“Ti…jom la…..”Ain pula mengajak.

“Jap…….i’m coming……”Siti menuju ke arah mereka..dia naik ke tempat batu yang agak tinggi di Situ.

“Korang..jaga-jaga..aku nak terjun nih…”Siti melambai-lambai ke arah mereka.

“POMMMMM..”Penuh air mercik ke arah semua orang.Mereka ketawa.Namun tidak Ermiza.

“Ishhh….nak mandi..mandi la..abis I tau….”Minah gedik ini dah buat sawan sombong dia kat sini.Suha mencebik.Farina memandang.

“Alah..biasalah..namanya mandi….”Ahmad memujuk.

‘Dah nak mandi-mandila..janganlah terjun bagai kat sini.Tak padan dengan pompuan…ishh…..geram tull la..”Siti yang tak tau apa-apa itu masih bergelak ketawa dengan rakan-rakannya.Ahmad merenung Ermiza.Dia mengambil tuala tolong mengesat muka Ermiza yang sedang marah.Siti terpandang!

Lama Siti melihat.Terasa saat itu mahu menangis.Terasa sangat sakit didadanya.Senak!!Dia menarik nafasnya dalam-dalam dan dilepaskan.Farina memerhati.Dia turut tertampar dengan perlakuan itu.Dia mendatangi Siti.

“Ti…..”Farina menarik tangan Siti..Suha agak jauh sedikit waktu itu.Bergelak ketawa dengan Akim dan Haris.Farina melihat Siti.Mereka sudah membelakangi Ahmad.Tidak sanggup Siti melihat.Siti menyelamkan mukanya yang membengkak seperti ditenyek dengan cili api.Menahan Sakit dihati.Siti terus menyelamkan mukanya.Namun tetap tidak dapat menahan sakit hatinya itu.mengalir jua air mata.Farina perasan itu.Farina terus menarik Siti jauh sedikit dari yang lain.

“Jangan macam ni Ti..kalau orang tengok tak eloklah…dah kesat airmata tuh…”Farina melemparkan air kemuka Siti.Siti sentap.Bertubi-tubi Farina buat begitu.Akhirnya Siti senyum jua.Mereka bermandi-mandian lagi.Tiba-tiba Akim datang menarik tangan Siti.

“Ti..jom..kita kat sana…jom…”Akim menarik Siti menuju k earah Ahmad.Tak nak la..kat sini je..”Siti menolak.

“Tak pe..ikut je aku…kat sana best….jom..”Akim terus-terusan menarik tangan Siti.Ahmad masih memerhati.Panas dalam dadanya waktu itu.

”Depan aku kau main sandiwara ye cik Siti…..takpe…takpe….sandiwara kau je kau nak eh…jaga kau….”hati Ahmad makin panas.Maunya tidak Akim memegang tangan Siti erat.Siti serba salah.Minta dilepaskan namun Akim tetap menggenggamnya erat.

“Ha…kat sini best….sejuk je kan..kat sana panas skit…”Akim melepaskan tangan Siti.Siti duduk menghayunkan kaki tidak berapa jauh dari Ahmad.Hanya beberapa langkah saja.

“sejuk apanya Encik Akim oi……kalau kau tahu siapa Ahmad tuh…..takdenya kau heret aku sampai ke sini.Aku dah macam nak meletup dada duk kat sini Akim oi…berdarau darah aku..ish…..apa ke bangang kau ni Kim…..”Siti mengomel sendiri.Matanya takut melihat Ahmad.Kalau-kalau bertembung lagi.Ermiza datang dekat dengan Siti.Dia berjalan perlahan di situ.Bimbang juga kalau jatuh.Dia memaut tangan Ahmad.Ahmad memegang erat.Siti melihat..hatinya sarat,berat memikul resah.Ahmad sengaja memanjakan Ermiza.Benci!!

“Hati-hati la sayang….jatuh kang…”Suara Ahmad sampai ke corong telinga Siti.Menggagau hati Siti waktu itu.Sakit.Bagai di siat-siat dengan pisau.Namun diluar kotak wajahnya siapa yang tahu gelora sebesar Tsunami menghentam jiwa.Siti buat-buat tidak dengar.Dia bangun dari tempat duduknya.Akim pun bangun.Akim memegang lengan Siti.Siti pun.

“Jaga-jaga Ti..licin nih..”Akim memaut lagi lengan Siti.Jejari yang runcing itu memaut kuat lengan Akim.Takut jatuh.Dada Ahmad sudah merah.Panas melihat jejari cantik itu memaut lelaki lain.Terasa ingin bangun dah menarik Siti.Tapi dia tidak berdaya.

“Wah…romantiknya.Siti dengan cik abang dia yer…”Ermiza menegur.

“Amin…”Akim menadah doa.Tangannya sudah tidak memegang Siti.Siti tergelincir.Tidak dapat mengimbangi badannya.

“Mak……”Siti menjerit.Akim juga mahu terjatuh tapi sempat diimbangi tubuhnya.

Ahmad mendatangi mereka.Ermiza terpinga-pinga.Farina Dan Suha ketawa dari jauh.Begitu juga dengan yang lain.Mereka kembali bermandi-mandian.Namun tidak pada Siti.Kakinya terseliuh sakit dicelah batu.

“Adoi……a….aa…adoi……Kim kaki aku……Arghhh..’Siti meronta sakit.

“Ti….eh….kau ok tak nih….”Akim menyoal cemas.Ahmad bergegas bangun.Ermiza pun perahan-lahan datang ingin membantu.Akim cuba menarik kaki Siti.Namun Siti menjerit sakit.

“Adoi….”ditenyeh-tenyeh betisnya yang menahan sakit.Dipejam matanya rapat,bila mana Akim perlahan menarik kaki Siti keluar dari celah batu itu.Sakit hingga Siti mengetap bibirnya berkali-kali,mahu menangis tapi ditahan.Denagn pantas Ahmad datang meluru kearah Siti.

“Tepi skit…!!”Ahmad menolak sedikit badan Akim.Akim kebelakang.Terpinga-pinga Akim waktu itu.Tertolak dia oleh Ahmad tadi.Hampir jatuh tapi sempat ditahan tangannya diatas batu.Ahmad mendukung Siti untuk sekian kalinya ini.Siti tersentap.Tubuh jantannya memaut kuat mendukung Siti.Siti hampir hanyut dalam dangkapan Ahmad.Ermiza hanya mampu melihat.Hatinya panas membara.Suha dan Farina terlopong melihat dari jauh.Ermiza bangun membuntuti Ahmad.Siti tunduk.bercampur-baur perasaannya saat ini.Tangannya memaut kuat pada tengkuk Ahmad.Sempat dia mencuri pandang pada wajah kerinduannya itu.Hatinya gundah.Mahu rasanya terbang bersama Ahmad saat ini.BIAR HANYA SAAT INI MILIK MEREKA BERDUA!!

“Eh kak..apsal tuh…….wah!!”Suha menarik Farina.Mereka mendatangi Siti.

“Suha….hero Hindustan dah datang menyelamat keadaan…”Sempat Farina berseloroh.Mereka ketawa.Namun tetap bergegas ke tempat Siti.Begitu juga Ain,Haris dan Maulana.Ahmad meletakkan Siti ditepi sebuah pokok ketapang disitu.Siti melepaskan genggaman tangan yang berpaut pada tengkuk Ahmad tadi.Dia tunduk malu.Ahmad dengan machonya meletakkan Siti dengan perlahan.Tidak bernafas rasanya Siti saat itu.Dia tetap tunduk..malu…

“Ti Sori….aku tak sengaja lepas kau tadi..”Akim datang melutut ditepi Siti.Dia merasa bersalah.Ahmad mengurut kaki Siti.Tangan Siti memegang bahu Ahmad.Dia kesakitan.Matanya dipejam.Farina datang duduk bersebelahan.Farina memerhati Ahmad.Terharu hatinya saat itu.

“Abang Mat…...kau sayang lagi kat Siti kan….kau sayang dia sangat-sangat…percayalah….aku tau kau sayang dia!!”Hati Farina sebak.

Dilihat wajah Siti pula….”Ti……dia sayang kau!!”Siti sempat memandang Farina.Farina membuat isyarat mata.Dia memejamkan matanya seketika.Siti dapat membaca gerak mata itu.Siti menjadi sebak.Airmatanya tertumpah jua.Namun cepat-cepat dia mengesatnya.Ditarik nafasnya dalam-dalam dan dilepaskan>Biarpun tidak lega namun dia berasa puas.

“Ala….Ti….sori….”Akim hanya mampu melihat.

“Takpe Kim sikit je la..aku ok….”tangan Siti memegang lengan Akim.Ahmad sempat memandang jari runcing putih gebu itu memaut lengan jantan Akim.cemburu dia waktu itu.Dia memulas kuat kaki Siti.Geram.

“adoi!!”Siti agak menjerit.Ahmad mengetap bibirnya.seperti senyum.”Gatal!...padan muka!!”Hatinya marah..

Tanpa Siti sedari.Tangan Siti menampar bahu Ahmad.Ahmad mengangkat mukanya.Mata mereka bertembung.Bak air bah di pantai yang menghentam pasir dikala tengkujuh.Jantung berdetak laju.Jiwa menjadi kacau bilau.Siti rindu wajah itu,mahu saja dia menyentuhnya.Ahmad rindu wajah itu,mahu juga dia membelainya.Dia mengukirkan senyuman pada Siti.Siti terasa seperti bernafas kembali.Lautan hati yang kontang bisa disiram dek hujan yang datang.Hatinya menjadi sejuk.Jiwanya dibajai sayang…..Rindunya memintal kembali urat-urat cinta yang semakin hilang…..Kasihnya tertumpah kembali..Bencinya hilang entah kemana.Sah!!Siti jatuh cinta sekali lagi.JATUH CINTA PADA AHMAD YANG BARU INI!!

“U..jom la balik!!”Ahmad dan Siti tersentap.Ermiza sudah tidak selesa melihat mereka..api cemburu juga yang melanda.Cepat-cepat Ahmad bangun.Siti tunduk semula.Farina menolak lengannya menyiku Siti.Siti membalas semula.

“Suha..jom la kita balik..”Ahmad menarik tangan Siti.Suha memerhati.

“Abang….tu tangan kak Siti lah…”Suha tergelak.Hatinya menggeli.Farina juga.Siti memejamkan matanya mahu ditahan rasa geli hati itu.Semua di situ menyengeh.Ermiza mencuka tidak suka.Ahmad melihat dan melepaskan tangan Siti.Dia sentap!Sah!!Penyakit Siti dah menyinggah pada Ahmad!!Biar dia rasa bagaimana tidak keruannya Siti dulu.Biar dia rasa bagaimana Siti dulu yang sangat mencintainya.Biar dia rasa…….biarkanlah dia merasa duduk ditempat Siti pula…..BIARKAN DIA HANYUT DENGAN JIWANYA YANG KIAN SASAU ITU……SUDAH TIBA MASANYA AHMAD MENERIMA TAMPARAN SEHEBAT INI.RASAKANLAH……..!!

0 ulasan: