CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tok Dan Opah

Tok Dan Opah

Assalammualaikum...

Selamat datang ke blog Shahir+Adira=Shahira.. Kami ingin berterima kasih kerana sudi melihat blog ini.. Kami admin mengalu-alukan semua agar sentiasa memasuki blog ini dan melepak di blog ini..Terima kasih buat Yunie Zahan kerana sudi berkongsi novel "September Musim Cinta"...Sebarang komen atau apa2 saja tulisla di Jom Chat...

Shahir dan Adira

Shahir dan Adira

-: B!LA C!NTA :-

-: B!LA C!NTA :-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

~WELCOME~

Bio Shahira

Bio Shahira

SHAHIRA

SHAHIRA
ADIRA & SHAHIR

Love Shahira

Birthday Shahir

Birthday Adira

-: ShahiraZONE :-

AKUJANJI SHAHIRATICS..ekekeke kalau x tepati bkn shahiratics sejati..

Sebab admin sayang sgt dgn Kg Shahiratics, Tok Ketua, Penolong Tok Ketua n penduduknya...so ada beberapa isu admin nk bangkitkan di sini. Tak semua org suka apa yg kite suka, so kene sentiasa berhemah sentiasa k.

Sebagai warga kampung Shahiratics yg sejati, anda diminta mematuhi arahan-arahan berikut;-

1. MEROYAN

- Sila royan dgn berhemah. Dilarang mengekspresikan perasaan diri yang keterlaluan sama ada gembira atau sedih atau dlm ertikata lain meroyan, merobuk di kampung/umah lain selain di kg shahiratics. (Cth kampung/umah lain; Shahir af8, Adira fan club, wall mak anum, wall kak nam etc...)

- Kene fikir jgk sensitiviti n perasaan org lain.

2. EDIT GAMBAR

- Org kg shahiratics mmg kreatif, tak dinafikan lg. Tapi, sebarang gambar2 yg diedit perlulah menepati piawai yang telah ditetapkan, atau admin akan delete.

i) tiada sebarang gambar2 edit yang keterlaluan (seperti berpelukan, badan lain muka lain; badan sheila majid, muka adira-tidak dibenarkan sama sekali)

-Kalo nk edit gambo org tu...pandai2 la mintak kebenaran ye...

3. TAG/MENEMPEK GAMBAR/VIDEO

- dilarang menampal atau men'tag' sebarang gambar shahira di wall pihak lain terutama wall umum sepetri wall mak anum dan wall kak nam tanpa kebenaran admin shahiratics (p/s: kami memahami keinginan anda untuk berkarya dan berkongsi kegembiraan tetapi tidak semua yang setuju dengan kegembiraan dan kekreatifan kita berkarya).

- Tag berpada2..kalau gmbar Shahira berdua tu tak perlulah tag d page Shahir Af8 cthnye...or pada keluarga mereka. Tag/tempek ikut kesesuaian lah ye. Jgn la kat wall mak anum tag gambar Adira lak cthnye.

4. KREDIT GAMBAR/VIDEO

- sebarang gambar/video yg diambil dari pihak ketiga, sila kreditkan nama pihak terbabit.

5. TETAMU TAK DIUNDANG

- apabila ada tetamu yang tidak diundang datang, sambut mereka dgn sennyuman, bentangkan kapet merah siap dgn bunga manggar or tarian naga ke skali walau kita tak tahu apa tujuan mereka.

- apa jua provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak lain jgn mudah melatah. Jika masih rasa marah..tekan tanda =)

6. SPEKULASI

- dilarang membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita/keadaan sebenar walaupun di dalam hati kita punya taman bunga sebesar alam.

- dilarang 'copy & paste' atau'print screen' apa2 jua perbualan dari pihak lain tanpa mengetahui apa yang diperkatakan..

- nk CSI pun, jgn la terang-terangan sgt...coverline skit k

7. KUTUKAN/PROVOKASI/PERGADUHAN

- Jangan cpt melatah...kite relax je org nk kata apa. Ingat moto KG. CHILL & IGNORE =)

- Dilarang wujudkan sebarang pergaduhan di Kg. Jika ada..pandai2 lah sejukkan/tenangkan keadaan ye. kalau ada org baru yg masih tak faham konsep di kg kite...sila2 lah tunjuk ajar ye.

- tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan/perbalahan/ atau apa2 yang menyebabkan perasaan tidak senang kpd sesiapa jua yg membaca. sebelum berkata atau menulis apa2..fikirkan perasaan org yg membaca dgn meletakkan diri sendiri di tempat org yg diperkatakan..

8. KERAHSIAAN/ISU SENSITIF

- isu2 sensitif dan rahsia kg.. jika ada perkara2 yg terpaksa diperap dalam peti besi yg dirahsiakan lokasinya bukan la bermakna admin xnak kongsikan ngan org kg terchenta nie tapi itu adalah untuk tujuan keselamatan dan keamanan kg tercinta nie n menjaga keselamatan pihak2 yg berkenaan.. org2 kg yg sejati mesti faham kan? Tapi kami cuba sedaya upaya berikan sajian menarik utk semua ..

9. NAMA SHAHIRATICS

- Sapa2 yg pakai nama fb ada shahiratics tu...pandai2 la behave ye, lg2 kat umah/kg org lain...korng bawak nama shahiratics, so kalo buat apa2 ramai yg melihat...lg2 kalo wat salah. jgn nnti hnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga...k =)

**Admin cuba buat yg terbaik utk semua..utk Kampung Shahiratics, org2 kg n tak lupa juge buat SHAHIRA kesayangan kite. Harap semua leh beri kerjasama ye... Ni semua utk kesejahteraan kg.. =)

SAYANG SHAHIR+ADIRA=SHAHIRA

SAYANG KG SHAHIRATICS

SAYANG WARGA SHAHIRATICS SEMUA

CHILL & IGNORE

ANYTIME ANYWHERE

September Musim Cinta

September Musim Cinta

Khamis, 7 Oktober 2010

SEPTEMBER MUSIM CINTA-BAB 17

Siti bersiap-siap mahu ke Pusat Bandar.Semalam Farina menelefonnya,beria-ia mahu diajak Siti ke bandar.Siti akur dengan permintaan kawannya itu.Lagi pun ada baiknya juga dia sesekali keluar mengambil angin di bandar.

“Ina..hati-hati bawak kereta…..”Sempat Mak Nah berpesan pada mereka.Farina mengagguk.

“Jangan balik lambat..malam dah nih…”Mak Nah menyambung kata-katanya.Aliff juga sempat menjengah ditingkap.Melambai-lambai mereka.Saja dia berbuat begitu.Mengusik Siti.Siti sempat menjelirkan lidahnya.Dari tadi Aliff tidak jenuh-jenuh mengusik Siti.Teringat Siti sebentar tadi diusik Alongnya.

“Ti..kau berani Ti…naik kereta dengan Farina….Along tak jamin Ti……”Kata Aliff semasa dia sedang menilik cermin di dinding ruang tamunya sebentar tadi.

“Apalah Along nih…celupar betullah mulut tuh…..bukan nak doakan yang baik-baik tuk kita….ishh..”Siti mengancip giginya.Dia datang meluru ke arah Aliff dan mencubit lengan Alongnya itu.Beradoi jugalah Si Aliff dicubit Siti.Dia ketawa.Siti memukul-mukul lengannya.Manja.

“Dah-dah…adoi…..adoi……sakit!Adoi…..”Aliff meronta sakit ditumbuk-tumbuk lengannya dek Siti.

“Apa saja la..budak dua orang nih..”Mak Nah yang baru selesai solat maghrib datang menghampiri mereka.

“Along ni hah…..”Siti memuncungkan mulutnya.Sambil menunjukkan jarinya ke arah Aliff.Siti duduk bersebelahan Aliff.Aliff masih menyengeh dengan usikannya..Siti sesekali menjeling pada Aliff.Geram.

“dah-dah la tuh..Along….Si……..”Belum sempat Mak Nah menghabiskan bicaranya.Siti menuju keluar.Ekor mata mak Nah melirik juga menjengah keluar.Kelibat cahaya lampu kereta yang sudah datang.Siti mencium tangan Mak Nah.”hemmm…..jangan lama-lama….malam dah nih..”Pesan Mak Nah.Siti mengangguk.Cepat-cepat Siti turun. Mereka menaiki kereta.Farina yang sudah berlesen itu sudah agak mahir sekarang memandu kereta wira Abah Nasirnya itu.Lama juga Farina menunggu ke pulangan Abahnya dari kerja.Pada asalnya Siti dan Farina mahu ke bandar pada waktu siang,namun disebabkan Abahnya agak lewat pulang..terpaksalah mereka keluar selepas waktu maghrib.Mujurlah pusat bandar dari rumah mereka hanya memakan masa 15 minit.

“Ina..nanti kita pegi Watsons..nak beli Syampulah…”kata Siti.

“Ok…aku pun nak beli syampu gak nih….”balas Farina.

“Ti…..kau bila balik sana..?’’Tiba-tiba Farina menyoal.

“Kenapa….nak ikut..??”Siti berseloroh sambil menguntumkan senyum.

“Kalau aku boleh ikut…..ngan Abang Ahmad sekali aku bawak tau!!”Farina berseloroh.

“Eh!Takde maknanyeeee…..”Siti melihat Farina.Dia menjeling.

“Eleh…….dalam ati suka…mulut je kata tak kan….?”Kata Farina mengiakan kenyataan.

“Kau ni kan…saja tau!!”Siti menudingkan jarinya dekat dengan muka Farina.Farina mengelak.Dia ketawa.

“Ti…..ermmmm….kau dengan Abang Ahmad camne sekarang?”Farina cuba mengorek rahsia.

“camne apa?”agak meninggi suara Siti lontarkan.Farina memandangnya seketika.

“Ye la….aku nak tau jugak..still contact lagi ke…apa ke…?”Detektif Farina ini semakin rancak menyoal.

“eh!takdelah!!Aku tak penah-penah call pun lepas kitaorang putus..”Siti mengakuinya.

“Eh???Kau tak rindu ke kat Dia??’Tanya Farina.

“Apa la kau nih…buat aku tak de mood je la nak shopping…HAH!Tu.. .parking kosong tuh…..masuk la….”Siti mengelak untuk menjawab soalan PANAS dari Farina sebentar tadi.Siti menyuruh Farina paking betul-betul depan Watsons.Tetapi Farina terus memandu.Siti tercengang.

“Ina!!kau nak gi mana lagi nih..tadi leklok je paking tuh…kau lepaskan…”Mata Siti masih mengekor melihat tempat parking yang sudah diambil orang lain.

“takpela….aku nak parking belakang….senang skit nak kuar nanti…”Kata Farina.Dia menoleh ke arah Siti.Siti pun memandangnya.Farina senyum.Siti mengetap bibirnya.

“Okeh….chanteekkk..punya parking…”Farina sudah sedia meletakkan keretanya di situ.Siti tidak sabar mahu keluar cepat-cepat menuju ke Watsons.

“Jap!!”Farina memegang lengan Siti.Siti tidak jadi keluar dari perut kereta itu.

“Apa??”Siti menyoal Farina.

“Tuh!!”Jari Farina menunjukkan pada satu arah yang tidak jauh di depannya.AHMAD!!Siti melihat arah yang Farina tunjuk tadi.SENTAP!!Ahmad datang menuju ke arah mereka.Siti memandang tepat pada muka Farina.

“Na..apsal dia datang meluru kat kita ni Na…..?”Siti mengancip giginya sambil bersuara.Farina memegang lengan Siti.

“Ti…sori eh!!”Farina menyentuh jari Siti .Dia menggoyang-goyangkan tangan itu..Siti tajam merenung Farina.

“Apa ni Na?”Siti menyoal.Farina tidak menjawab.Dia keluar dari keretanya.Ahmad terus mengambil tempat duduk Farina.Siti memandang Farina.Tajam matanya merenung Farina di luar tingkap.Bengang!!

“Bang….jangan lama….kitaorang nak balik cepat…..”Pesan Farina.Sempat dia mengenyitkan matanya pada Siti.

“Thanks!”Kata Ahmad pada Farina.Sempat dia senyum pada gadis yang sporting itu.Sebenarnya,sudah dari semalam Ahmad berhubung dengan Farina.Dia berharap benar dapat bertemu Siti kali ini.Farina tidak menyoal banyak.Dia terus bersetuju dengan rancangan Ahmad yang mahu bertemu Siti.Farina berlalu menuju ke Watsons.Siti naik geram.Dia membatu diri!!

“Assalamualaikum…?’’Salam yang di beri Ahmad tidak berjawab.Ahmad mula memandu kereta Abah Nasir.Perlahan menyusuri jalan belakang menuju ke pantai.Siti tetap diam.Bengang!!

“eh..orang tuh tak nak jawab salam kita eh…..”Ahmad menyoal manja.Siti tunduk.Masih terasa seperti diperbodohkan.

“Tak..baik tau tak jawab salam.”Ahmad menjeling kearah Siti.Siti juga menjeling padanya.

“abang nak apa sebenarnya nih!??”Tanya Siti agak marah.“eh….salam kita dia tak jawab lagi tuh..dah nak marah-marah…”Ahmad mengusik Siti lagi.

“Dah jawab lah!!Dalam hati!!”Ahmad senyum sampai ke telinga.Siti menjeling lagi padanya.Sakit hati!!

“Ahak..!!”Ahmad ketawa kecil.Siti sempat menampar lengan Ahmad.Manja.Dia membiarkan saja Siti menepuknya tadi.

“Kita nak pegi mana nih…??”Siti mula tidak sedap hati.

“Ti dah makan?”tanya Ahmad.

“kenapa?”Siti menyoalny a semula.

“Jom kita gi makan ..Nak??”Ahmad mengajak Siti makan.Siti menggelengkan kepalanya,dia tidak sedap hati.

“Ermm…taknak eh….Siti tak lapar ke..Abang lapar nih…temankan abang eh..”Siti tetap diam.Penuh persoalan di kepalanya.Ahmad terus memandu menuju ke Jambatan Seberang Pintasan.Dia membawa Siti makan di tepi pantai Teluk Bidara itu.Siti menemani Ahmad.Ahmad makan dengan penuh selera.Siti hanya minum air jus epal.Tidak banyak yang dibualkan.Siti rimas.Matanya meliar memerhati sekeliling.Ahmad sering memerhatinya.Sudah berubah Ahmad sekarang.Dia sudah berani merenung Siti lama-lama.Kalau dulu dia sangat pemalu.Usahkan merenung Siti,bercakap pun jarang sekali.Tiba-tiba telefon bimbit Siti berdering.Siti meraba beg tangannya.

“Hello….”Siti menjawab.Ahmad memerhati sambil makan.

“hai Ti…”Akim ditalian.Siti kelat mengukir senyum depan Ahmad.Namun dia bertahan untuk berbual.Siti dengan segera mendapat idea mahu membuat Ahmad cemburu.

“Hai Sayang…U kat ne nih..??”Bagai nak lekat nasi goreng yang ditelan Ahmad saat itu.”Padan muka kau Bang!!”hati Siti menguntum senyum.

“Wei….aku ni!!Akim!!….kau buang tabiat ke apa cik Siti oii??”Akim ditalian agak terkejut dengan kata-kata Siti tadi.

“Ye la…..Siti tau la….yer..Siti tau Akim sayang Siti……”Manja suaranya tahap kucing Parsi nak berlaki.”AHAK!!”hatinya menggeli.Ahmad masih perlahan menelan makanan.Akim bingung mendengarnya.Namun dia ketawa terbahak-bahak ditalian mendengar kata-kata itu.Siti juga ketawa.Seolah-olah sedang bermesra dengan ‘kekasih gelapnya’itu.Ahmad yang memerhati dari tadi sudah mula putus selera.Lama juga Siti berborak.Sesekali menjeling dia kearah Ahmad.Suka dia menyakiti hati lelaki itu.

“Oklah…..lepas ni tido terus tau!!Kim…..muahhhh…bai sayang……”Akim ditalian tergelak bagai nak tergolek dengan kata-kata Siti.

“Alah..sayang nih…jangan la suka kuat-kuat..nanti mami U dengar..tak malulah U nih tau!…..oklah..bai sayang..muahh…muahh.muahh..”Siti sengaja mempermainkan Ahmad waktu itu.Akim ditalian bagai nak gugur gigi mendengar Siti berkata begitu.”Siti…..Siti apa mimpi dia malam nih….”Dia mematikan bualannya.Akim menggeleng-gelengkan kepalanya.Namun masih bingung mengapa Siti bersikap sedemikian padanya sebentar tadi.

“Amboi.!!Berselera nampak…!?”Ahmad menyindir.Siti menarik pinggan dan makan nasi goreng yang ditinggalkan Ahmad kerana putus selera melihat Siti yang rancak berbual dengan “kekasih hatinya’sebentar tadi.Cemburu juga dia melihat sandiwara dari Siti ..PADAN MUKA!!Siti senyum sampai ke telinga.Dia menyambung makan,makanan yang tidak habis dari Ahmad tadi.Ahmad hanya melihat.Agak meluat juga dengan cara Siti tadi.Ahmad bangun dari tempat duduknya.Dia ke kaunter untuk membuat pembayaran.Sambil makan,Siti menerima satu SMS dari Farina.

‘Ti,aku lepak kat rumah Hanum,nak balik nanti aku tunggu kau kat tempat tadi.Aku dah call mak kau.Aku cakap kita lepak rumah Hanum.-SORRY-JANGAN MARAH EH…..NANTI KAU KENA JUAL…..AHAK!!’

Sakit hati Siti membaca SMS dari Farina.Siti hanya membalas sepatah ayat.-OK :P

Namun jauh disudut hati dia sebenarnya agak suka juga dapat bertemu Ahmad apatah lagi buat Ahmad bikin PANASSSSSSS……..

“Jom”Ahmad mengajak Siti balik.Siti membuntutinya.Masuk dia ke dalam kereta itu.Ahmad terus menyusuri jambatan dan bersiar-siar pula di kawasan pantai Kuala Dungun sampailah ke Pantai Sura Hujung di Teluk Gadung.Tidak ramai orang malam itu di pantai.Ahmad mematikan enjin kereta.Siti tidak selesa.Dari tadi tidak ada sepatah kata pun dari Ahmad.Siti rasa bersalah juga dengan dramanya tadi.Namun dia malas untuk berfikir lagi tentang itu.

Ahmad menatap wajah Siti.Namun kelat berbekam di hati.Sukar untuk membuka cerita.Dia tahu Siti bakal bersedih lagi dengan kata-katanya kali ini.Pasti lebih merenyukkan hati Siti.

Siti tidak selesa ditenung sebegitu.Dia keluar dari kereta.Siti menuju ke pantai.Ahmad mengikut.Siti bertambah tidak selesa.

“jom la balik!!”Siti memandang Ahmad sambil menuju ke Pantai.Dia melangkah laju.Tidak suka dibuntuti.Siti berpaling semula dan naik ke darat.Dia serba tidak kena jadinya.Ahmad tetap mengikutnya.Dia juga sudah menjadi kacau.Jiwanya semakin kacau.Namun digagahi Ahmad untuk memulakan ceritanya.

“Jap!”Ahmad memegang lengan Siti yang mahu berlalu di sebelahnya.Siti sentap.Meliar juga mata Siti saat itu.Bimbang kalau-kalau ada yang datang.Pasti mati dia kali ini kalau pencegah maksiat yang menyerbu mereka.Siti menarik lengannya supaya tidak di sentuh Ahmad.Namun Ahmad memegang kuat.Siti mohon dilepaskan.Ahmad tetap memegangnya.

“Ti!!”Ahmad bersuara.Siti yang mula membelakangi Ahmad mula berpaling mengadap lelaki itu.Tangannya masih dipegang.Siti berundur sedikit menghampiri lengan kanan Ahmad.

“Abang lepaslah…jangan macamni…”Jari Siti cuba membuka pautan kuat dari jari Ahmad.Dia tidak selesa.

“Lepaslah sakit!!”Suara Siti agak keras waktu itu.Ahmad lebih berani kali ini.Dia berhadapan dengan Siti.Siti cuba berganjak jauh sedikit darinya.Namun kali ini kedua-dua lengan Siti dipegang.Tepat Siti berdiri depan Ahmad.Siti bertambah gusar.Jantungnya bagai nak terkeluar.Dia melihat lengannya .Dia memandang Ahmad pula.Ahmad merenung wajah kekasih lamanya itu.Ditilik tidak berganjak.

“Lepaslah…!!”Siti masih memohon untuk dilepaskan.

“Ti..tengok sini…”Ahmad menyuruh Siti memandangnya.Siti merenung matanya.

“Apa?Cepat la cakap Siti nak balik!!.”Siti tidak selesa.Dia rimas diperlaku begitu.Akhirnya Ahmad melepaskan tangannya.Siti cepat-cepat cuba memalingkan badannya.Dia mahu memboloskan dirinya dari berada dalam ‘ruang’Ahmad.Namun belum sempat Siti berpaling pun Ahmad menyambar lengan Siti sekali lagi.Dia memeluk gadis itu kuat.Siti sentap.Bagai nak gila Siti waktu itu.AHMAD MENGGILA MEMELUK SITI!!

“LEPASSLAH!!”Siti hampir menjerit waktu itu.Dada bidang itu rapat melekat di badan Siti.Siti masih meronta-ronta mohon dilepaskan.

“ABANG!!”Siti makin marah.

“Siti….dengar apa yang abang nak cakap nih..”Perlahan suara Ahmad ditelinganya.Sukar untuk diungkap kata-katanya saat ini.Ahmad menjadi sayu,Hatinya bakal patah jua.Dia sebenarnya sudah menyakiti Siti.Dia sangat-sangat rasa bersalah,namun dia perlu berhadapan dengan kenyataan.Biar pahit,dia perlu menelannya.

“Ok!!lepaskan Siti dulu!!TOLONGLAH!!”Siti merayu lagi.Ahmad menghormati permintaan Siti.Mahu saja waktu itu Siti menamparnya.Tapi dia juga lemah dek hati yang merindu sebenarnya.Siti mengadap muka Ahmad .Ahmad tunduk dan menggosok tengkuk belakangnya.Susah untuk bersuara.

“OK…abang nak cakap apa cakaplah…cepat Siti nak balik…dah lama Farina tunggu..dah lewat nih!!.”Berkerut dahi Siti mengatur kata.Ahmad tunduk.Tidak tahu mahu berkata apa.Seperti ada batu yang melekat dicorong tekaknya.

“Cepatlah cakap!”Siti jadi geram.Dia mengancip giginya berkali-kali.Sakit juga hatinya waktu ini.Terkial-kial che Ahmad di depannya.

“Nak cakap ke tak nak nih??”Siti masih berdiri di depannya.

“Tak nak cakap sudah….”Siti memalingkan badannya mengadap ke tempat letak kereta..Meliar kembali mata Siti mengintai-ngintai kalau-kalau ada orang yang datang.Kencang jantungnya berdegup.Tidak tenteram dari tadi.

“Ti….”Ahmad datang menghampiri dekat dengannya.Siti selangkah ke depan.Ahmad masih di situ.

“Cepat la cakap Siti nak balik nih!!”Siti sudah malas untuk berada di situ dia mula membuka langkahnya.Ahmad sempat menarik sekali lagi lengannya.

“Ok.Abang cakap!!”Siti berpaling mengadap Ahmad.Ahmad merenung wajah comel itu.Hatinya bertambah sayu.Tidak sanggup menyakiti hati Siti .Namun dia terpaksa.Lama ditenung gadis itu.Namun dia jua tiada daya.Mungkin sudah suratan takdir buat mereka.JODOH MEREKA MEMANG TIADA!!Tidak tahu mengapa begitu senang air mata Ahmad gugur waktu itu.Siti sentap sekali lagi.Dia tidak menyangka Ahmad begitu senang mengalirkan airmata didepannya.Hati Siti kian melembut.Cepat benar dia mereda.Dengan ringan Siti melangkah merapati Ahmad.Dia seperti lupa dengan kemarahannya.Siti menjadi lemah melihat airmata Ahmad mengalir.Siti menyentuh lembut muka kekasih hatinya itu.Ahmad cepat-cepat mengesat airmatanya.Terasa lemah benar dia didepan Siti.Namun dia sudah tidak peduli.Siti sebak memerhati..Ahmad menahan gelora dihati.Airmatanya mengalir lagi.

“Kenapa nih…?”Lembut belaian Siti di mukanya.Ahmad memandang wajah Siti.

“Maafkan Abang Ti…..”Dalam suara itu kedengaran.Siti merenung wajah itu.Ahmad memegang jemari cantik itu kuat.Siti membiarkan.Hatinya sudah lembut.Jiwanya menjadi sayu.Dia tidak tahu apa yang bakal dicakapkan Ahmad,namun dia tetap sabar menunggu lelaki itu berkata-kata.

“Ti…Abang nak Siti tahu….Abang sayang Siti….”Ahmad menghela nafas yang tidak lega.Sukar untuknya memberitahu Siti hal yang sebenar.Hatinya juga menjadi sakit.Mungkin lebih memeritkan hati dengan apa yang bakal diperkatakan nanti.Namun dia berharap Siti dapat menerima apa yang bakal di katakannya .

“maafkan abang!!”Ahmad tunduk dan melepaskan tangannya yang memaut jemari Siti.Siti mula tidak selesai.”Pasti ada yang tidak kena!!”Bisik hati Siti.

“Abang cakaplah bang..Siti sedia mendengar..”Disaat tegang begini pun Siti masih mahu mendengar apa yang bakal di ucapkan Ahmad.Dia cuba memahami hati lelaki itu.Biarlah dia terluka nanti.Dia rela….

“Ahmad memegang muka Siti.Ditampu muka itu.Dia meletakkan dahinya pada dahi Siti.Siti memejamkan matanya.Ahmad tunduk pasrah.“Ti….abang bertunang minggu depan!!”Laju Ahmad berkata-kata waktu itu.Siti sentap.Dia membuka matanya.Terkejut.Siti memegang kedua tangan Ahmad.Dia menarik tangan itu dan dilepaskan.Ahmad tunduk diam.Siti juga tunduk..Mahu gila Siti dengan kata-kata Ahmad tadi.Terasa saat ini seribu pedang datang menghunus jantungnya.SAKIT!!

“Betapa aku tidak berguna untuknya…….”Siti semakin sedar.Semakin nampak betapa dia tidak pernah membawa apa-apa erti buat Ahmad.”SAYANG??BOHONG!!Ahmad DUSTA!!DIA TAK SAYANG AKU!!”Hatinya menjadi sakit.Hancur sekali lagi.

Siti cuba mengorak langkah,berselisih bahu dan laju menuju ke kereta.Airmatanya sudah mengalir.Hatinya bagai dicucuk-cucuk.Ahmad cepat menarik kembali tangan Siti.

“Apa semuanya ni Bang!!?”Siti menoleh dan berhadapan dengan Ahmad.Hatinya sakit!Sakit sangat-sangat!!

“Ti……”Ahmad menarik lengan Siti lagi.

“Lepaslah!!”Siti meronta minta dilepaskan.Geram hingga mengancip giginya.Ahmad tetap menarik lengan itu.Siti tetap mohon dilepaskan.Ahmad hilang sabar.Kali ini terlalu kuat dia menarik Siti yang hampir terlucut dari tangannya.Dia menarik lengan Siti kuat terlantun kearahnya.Siti tertarik dek pautan yang kuat itu.Sekali ini betul-betul tubuh kecil molek itu rapat menyinggah didada Ahmad sekali lagi.Siti sentap.Ahmad terus memeluk gadis itu kuat.Siti terpinga-pinga.Dia cuba menolak pelukkan itu.Tapi tidak berjaya.Kemas pelukkan dari Ahmad.

Ahmad tidak tahu..sekarang ini dunia Siti semakin menggelap.Ahmad tetap memeluknya.Tidak mahu dilepaskan.Siti masih meronta minta dilepaskan.Namun tidak pada Ahmad.Siti terkebil-kebil menolak lelaki itu.Hingga dia letih untuk cuba dilepaskan.Menangis Siti saat itu.Bercampur-baur perasaan Siti ketika ini.Siti memukul-mukul belakang Ahmad dengan kuat.Hingga dia merasakan tidak layak berbuat begitu.Siti memejamkan matanya.Dia memeluk kuat tubuh lelaki itu.terllau banyak sayang Siti padanya.Di saat disakiti begini pun Siti masih mahu memeluknya erat.Siti mula sedar mungkin ini pertemuan terakhir untuk mereka.Kalau tidak masakan Ahmad begitu berani merancang bertemu dengannya.Siti memeluknya tidak lepas-lepas.Kuat pautan tangan Siti padanya.Ahmad pun.Tangisan Siti semakin kuat.Sangat sedih Ahamd mendengarnya.Namun dia perlu memilih.Memilih untuk tidak menyakiti Ermiza.KEJAM!!

“Abang…..Siti sayang abang…..”Siti mengungkapkan kata-kata itu dipelukkan Ahmad.Berjurai airmatanya saat itu.Telinganya rapat berbantalkan dada Ahmad.Terdengar degup jantung Ahmad yang kencang berdetak.Terasa begitu sayang untuk melepaskan.Dia pasrah!!Siti tidak mahu lagi berharap.Sudah tiada jalan untuknya kembali pada Ahmad.Dia semakin menyedari.Dia bukan pilihan hati Ahmad.Biar sayang itu ada.Namun kasih yang tertumpah untuk Ermiza terlalu banyak.Tidak terhitung dek pepasir di pantai barang kali…..

“Abang..tolong la..lepaskan Siti…please……”Jejari runcing itu mula menolak dada bidang Ahmad.Dia cuba menolak berkali-kali.Mengalir sekali lagi airmata jantan dilereng hidungnya yang agak mancung itu.Dia memeluk Siti lebih kuat.Pautannya membuat Siti hampir mati lemas dalam dangkapannya.Siti tidak sanggup lagi diperlaku begitu.Belajarlah dia untuk terus melupakan Ahmad!!

“Abang..please……….”Siti sudah tidak berdaya.Airmatanya mengalir laju. “Maafkan Abang Ti…….”Perlahan Ahmad bersuara.Dia mencium kepala Siti berkali-kali.Suaranya tersekat-sekat.Siti tunduk.Dia mencium dahi Siti.Hadiah terakhir untuk pertemuan mereka ini dari Ahmad.

“Ti……abang sayang Siti…tapi Abang perlu buat keputusan……Ermiza itu cinta pertama Abang,tak akan ada pengganti buatnya Ti……”Kata-kata itu sekali lagi menyiat-nyiat dedaging hatinya.Siti dengan pantas melepaskan pelukkan eratnya itu.Berapa kali harus hatinya dihancurkan.Hatinya menangis hiba…jiwanya menjadi kosong…kata-kata itu mengheret Siti ke tali gantung.Seperti membunuh diri sendiri saat Ahmad berkata begitu.

“Habis Siti macamana bang…?”Airmatanya laju mencurah di pipi.Siti semakin lemah.Ditutup mukanya yang sudah basah dek airmata.Ahmad memegang lengan Siti.Siti mengesat mukanya.Dia cuba bertahan.Walau lemah sudah seperti kakinya tidak bertulang.

“Abang tau Ti.Abang salah…abang juga sayang Siti..tapi Abang tak bisa menyakiti Ermiza….”Ahmad mengesat lelehan airmatanya sendiri.



“PANG!!”Satu tamparan yang kuat menyinggah di pipi Ahmad.Ahmad sentap.Bengang terasa pipinya di tampar Siti.Ahmad tidak mampu untuk memarahi Siti.Selayaknya dia menerima tamparan itu.Dia telah menyakiti Siti.Kasihnya ada pada Siti,cuma sayangnya sudah terlalu banyak buat Ermiza.Dia perlu mementingkan diri untuk kali ini.Dia sedar perbuatannya ini mungkin bakal disumpah diri.Tapi dia tidak mampu lagi memberi cinta untuk Siti.Ermiza adalah segala-gala buat dirinya.

“kau ingat aku ni apa…tunggul!?Takde perasaan??!!”Siti hampir menjerit.Cepat-cepat Siti berlari menuju ke kereta.Ahmad sempat menangkapnya.Dia memeluk Siti dari belakang.Siti meronta.Ahmad terpaksa melepaskan.Ahmad sedar dia salah.Cukup-cukup dia sedar namun sayangnya pada Ermiza begitu dalam.Hingga Siti sendiri bukan pilihannya.

“Ti….tolonglah….Abang tak mampu menberi sayang Abang pada orang lain seperti Abang sayang Ermiza……Abang sayang dia sangat-sangat….Ti,Abang pasti..Siti akan dapat lelaki yang lebih baik dari Abang…..”Kata-kata itu lagi membunuh jiwanya.Siti sedar dia hanya sandaran buat Ahmad.Kata-kata Ahmad sangat-sangat menghancurkan hatinya.LUNYAI !!

“Sudah la Bang….Siti nak balik!!Cukuplah sakiti Siti Bang!!Cukuplah!!SITI NAK BALIKKKKKKK!!”Meraung jugak Siti saat itu..Ahmad begitu tega menghancurkan hatinya.Terduduk Siti di situ.Ahmad datang memeluknya lagi.Dia sudah tidak berdaya menolak Ahmad.Biar se erat itu pun..Siti merasakan terlalu jauh dari Ahmad…………..Angin pantai menderu mengiringi kepedihan hati….Laut yang berombak kuat menghempas jiwa yang sarat dipalu duka….kini Ahmad Semakin jauh dari nya………..JAUH……….JAUH……DAN SEMAKIN JAUH……TERLERAI SUDAH KASIH YANG DISIMPAN….PUNAH JUA HARAPAN YANG SETINGGI ANGKASA ITU….SAAT INI SITI HANYA MAHU PULANG KE AUSTRALIA…TIDAK MAHURASANYA TINGGAL DI MALAYSIA LAGI….CINTA YANG DITINGGALKAN DI SINI SANGAT MEMERITKAN JIWANYA…SUDAHLAH….SEGALANYA TINGGAL KENANGAN..

0 ulasan: