CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tok Dan Opah

Tok Dan Opah

Assalammualaikum...

Selamat datang ke blog Shahir+Adira=Shahira.. Kami ingin berterima kasih kerana sudi melihat blog ini.. Kami admin mengalu-alukan semua agar sentiasa memasuki blog ini dan melepak di blog ini..Terima kasih buat Yunie Zahan kerana sudi berkongsi novel "September Musim Cinta"...Sebarang komen atau apa2 saja tulisla di Jom Chat...

Shahir dan Adira

Shahir dan Adira

-: B!LA C!NTA :-

-: B!LA C!NTA :-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

~WELCOME~

Bio Shahira

Bio Shahira

SHAHIRA

SHAHIRA
ADIRA & SHAHIR

Love Shahira

Birthday Shahir

Birthday Adira

-: ShahiraZONE :-

AKUJANJI SHAHIRATICS..ekekeke kalau x tepati bkn shahiratics sejati..

Sebab admin sayang sgt dgn Kg Shahiratics, Tok Ketua, Penolong Tok Ketua n penduduknya...so ada beberapa isu admin nk bangkitkan di sini. Tak semua org suka apa yg kite suka, so kene sentiasa berhemah sentiasa k.

Sebagai warga kampung Shahiratics yg sejati, anda diminta mematuhi arahan-arahan berikut;-

1. MEROYAN

- Sila royan dgn berhemah. Dilarang mengekspresikan perasaan diri yang keterlaluan sama ada gembira atau sedih atau dlm ertikata lain meroyan, merobuk di kampung/umah lain selain di kg shahiratics. (Cth kampung/umah lain; Shahir af8, Adira fan club, wall mak anum, wall kak nam etc...)

- Kene fikir jgk sensitiviti n perasaan org lain.

2. EDIT GAMBAR

- Org kg shahiratics mmg kreatif, tak dinafikan lg. Tapi, sebarang gambar2 yg diedit perlulah menepati piawai yang telah ditetapkan, atau admin akan delete.

i) tiada sebarang gambar2 edit yang keterlaluan (seperti berpelukan, badan lain muka lain; badan sheila majid, muka adira-tidak dibenarkan sama sekali)

-Kalo nk edit gambo org tu...pandai2 la mintak kebenaran ye...

3. TAG/MENEMPEK GAMBAR/VIDEO

- dilarang menampal atau men'tag' sebarang gambar shahira di wall pihak lain terutama wall umum sepetri wall mak anum dan wall kak nam tanpa kebenaran admin shahiratics (p/s: kami memahami keinginan anda untuk berkarya dan berkongsi kegembiraan tetapi tidak semua yang setuju dengan kegembiraan dan kekreatifan kita berkarya).

- Tag berpada2..kalau gmbar Shahira berdua tu tak perlulah tag d page Shahir Af8 cthnye...or pada keluarga mereka. Tag/tempek ikut kesesuaian lah ye. Jgn la kat wall mak anum tag gambar Adira lak cthnye.

4. KREDIT GAMBAR/VIDEO

- sebarang gambar/video yg diambil dari pihak ketiga, sila kreditkan nama pihak terbabit.

5. TETAMU TAK DIUNDANG

- apabila ada tetamu yang tidak diundang datang, sambut mereka dgn sennyuman, bentangkan kapet merah siap dgn bunga manggar or tarian naga ke skali walau kita tak tahu apa tujuan mereka.

- apa jua provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak lain jgn mudah melatah. Jika masih rasa marah..tekan tanda =)

6. SPEKULASI

- dilarang membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita/keadaan sebenar walaupun di dalam hati kita punya taman bunga sebesar alam.

- dilarang 'copy & paste' atau'print screen' apa2 jua perbualan dari pihak lain tanpa mengetahui apa yang diperkatakan..

- nk CSI pun, jgn la terang-terangan sgt...coverline skit k

7. KUTUKAN/PROVOKASI/PERGADUHAN

- Jangan cpt melatah...kite relax je org nk kata apa. Ingat moto KG. CHILL & IGNORE =)

- Dilarang wujudkan sebarang pergaduhan di Kg. Jika ada..pandai2 lah sejukkan/tenangkan keadaan ye. kalau ada org baru yg masih tak faham konsep di kg kite...sila2 lah tunjuk ajar ye.

- tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan/perbalahan/ atau apa2 yang menyebabkan perasaan tidak senang kpd sesiapa jua yg membaca. sebelum berkata atau menulis apa2..fikirkan perasaan org yg membaca dgn meletakkan diri sendiri di tempat org yg diperkatakan..

8. KERAHSIAAN/ISU SENSITIF

- isu2 sensitif dan rahsia kg.. jika ada perkara2 yg terpaksa diperap dalam peti besi yg dirahsiakan lokasinya bukan la bermakna admin xnak kongsikan ngan org kg terchenta nie tapi itu adalah untuk tujuan keselamatan dan keamanan kg tercinta nie n menjaga keselamatan pihak2 yg berkenaan.. org2 kg yg sejati mesti faham kan? Tapi kami cuba sedaya upaya berikan sajian menarik utk semua ..

9. NAMA SHAHIRATICS

- Sapa2 yg pakai nama fb ada shahiratics tu...pandai2 la behave ye, lg2 kat umah/kg org lain...korng bawak nama shahiratics, so kalo buat apa2 ramai yg melihat...lg2 kalo wat salah. jgn nnti hnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga...k =)

**Admin cuba buat yg terbaik utk semua..utk Kampung Shahiratics, org2 kg n tak lupa juge buat SHAHIRA kesayangan kite. Harap semua leh beri kerjasama ye... Ni semua utk kesejahteraan kg.. =)

SAYANG SHAHIR+ADIRA=SHAHIRA

SAYANG KG SHAHIRATICS

SAYANG WARGA SHAHIRATICS SEMUA

CHILL & IGNORE

ANYTIME ANYWHERE

September Musim Cinta

September Musim Cinta

Ahad, 10 Oktober 2010

SEPTEMBER MUSIM CINTA-BAB 18

“Kim…..kau kat mana dah nih…jenuh aku tunggu tau..”Siti menyoal Akim ditalian.Mereka mahu ke Kuantan untuk menghadiri majlis pernikahan Ain dan Maulana.

“Sabar la sayang oi…..’abang’ on the way la nih…..”Akim berseloroh ditalian.Senyum dia sendiri dalam kereta perdana milik ayahnya itu.

“HUH!!Gatal…..cepat la….kang lambat sampai….”Siti senyum juga saat itu.Siti juga mengajak Suha dan Farina.Namun kebetulan mereka tidak dapat ikut bersama.Hanya hadiah sebagai pengganti diri.

“Ye la Tuan puteri……ha….dah sampai ni ha..nampak..…?” Akim masuk ke laman rumah Siti.Siti bangun dari tempat duduknya di tangga.Siti senyum.

“Mak….Siti pegi dulu ye…”Mak Nah yang sedang menanti kedatangan Akim bersalaman dengan anaknya itu.Akim turun dari kereta,menuju ke arah mereka..

“Assalamualaikum Makcik…..”Akim datang bersalaman dengan Mak Nah.Mak Nah menyambutnya.

“Walaikumsalam….jangan balik lambat sangat ye……hati-hati bawak kete…..”Pesan Mak Nah.Akim mengangguk.Faham.

“Kami pegi dulu ye makcik…”Akim mohon pergi.

“yer lah..jaga anak makcik leklok ye….Jangan nak merayau ke lain pulak…”Mak Nah seakan menyindir..

“Ish..mak nih…apa pulak cakap macam tuh…..”Siti memuncungkan mulutnya.Agak marah disindir begitu.Mak Nah senyum.Akim tunduk.Namun dia juga senyum sambil membalik-balikkan kunci kereta di tangannya.

“hahahahha….kau takut eh Siti….?”Akim mengangkat mukanya dan memandang ke arah Siti.Siti mengangkat tangannya mahu memukul bahu Akim.Namun Akim sempat mengelak.Dia senyum.Mak Nah pun.Tapi Siti hanya mengetapkan bibirnya.Geram.

“Insyaallah Makcik…makcik jangan bimbang…selesai majlis kami balikla…..tak gitu Siti??”Akim senyum.Siti menjeling.Mak Nah senyum.Suka orang tua itu dengan Akim.Pernah dia memberitahu Siti,dia mahu lelaki seperti Akim yang menjadi suami kepada Siti.Namun Siti melenting tidak selesa dengan usikkan ibunya.

“Oklah..Mak…dah lambat ni..”Siti datang mencium sekali lagi pipi ibunya.Akim tumpang senyum melihat kemesraan mereka berdua.

“Jom!!Pegi dulu ye ‘Mak’……..”Akim berseloroh lagi.Mak Nah menyengeh sampai ke telinga.Suka benar dia waktu itu.

“GATAL!!”sempat Siti menampar lengan Akim.

“Aukk…!!”Akim mengelak tapi terkena juga.Siti sempat juga menunjukkan buku limanya dekat dengan muka Akim.Mak Nah tetap memerhati gelagat mereka berdua.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.Dia menunggu sehinggalah mereka berlalu.Mak Nah bangun dari duduk di tangga tadi.Dia mahu menyiapkan beberapa tugasan di dapurnya yang belum selesai.

Perjalanan dari Dungun ke Kuantan memakan masa hampir 2 jam.Siti lebih banyak diam dari bercakap.Akim sesekali memerhati.Terpesona juga dia dengan keayuan Siti saat ini.Berbaju kurung merah dipadankan dengan tudung hitam. Sungguh cantik.Akim dari tadi tidak henti-henti memuji.

“Cantik sungguh kau ari nih……hemmmm…tergugat iman ‘abang’ tau…..hahhahahah”Akim ketawa sambil mengusik Siti.

“Kau jangan mengada-ngada eh..bawak la kete tuh…bahaya tul la kau nih…..”Siti menolak muka Akim.Rimas ditenung tadi.

“Alah..dah cantik sangat…aku tengoklah…”Akim menyengeh.

“Kau bawa kete leklok eh…kang tak pasal-pasal aku masuk hospital kang……ishhhh…”Siti makin rimas.Dia menepuk lengan Akim.

“ee’eehhh….ok-ok!!”Kata Akim,Siti cuba mencubit Akim.Akim ketawa.Akim senyum kambing,Siti menjeling ke arahnya.

“Marah Ti..?”Akim menyoal.Siti memuncungkan mulutnya.

“Ti……alah..tengokla..aku dah drive leklok ni……jangan ar marah…..Ti…”Akim menyentuh lengannya.Siti cuba mengelak,tapi pautan tangan Akim kuat.Siti cuba lagi untuk dilepaskan.Akim tetap memegangnya.Pelik.

“Ti…….” Akim menarik nafasnya dalam.

“Apa…?”Marah nada Siti waktu itu.

“Kau couple ngan aku nak tak…??”Dengan ringannya lidah mengatur kata.Akim sengaja mengusik Siti lagi.

“APA!??”Siti sentap.

“Jadi awek aku nak tak?”Akim menjeling memandang Siti.Siti memandang Akim.Tangannya masih dipegang.Siti menolak tangan itu.Akim terpaksa lepaskan.Tidak mahu diangkap tidak menghormati Siti.Siti mengalihkan pandangannya.Akim dengan perlahan melepaskan genggaman dilengan Siti.

“Kau cakap apa ni Kim…??”Siti menyoal walau mungkin hanya satu gurauan.

“Couple ngan aku nak tak…?”Akim tetap menyoal dan mengharap jawapan dari Siti.

“Apa kau nih……takde mood aku nak gi umah Ain tau…”Siti menjawab.Dia mula rasa tidak selesa.Saat ini terasa mahu berpatah balik.Hati menjadi sakit.Rimas dengan Akim.Akim senyum meleret.Dia tahu Siti rimas dengan kata-katanya tadi.

“hemmmm….ye la sapa aku kan nak couple-couple ngan kau…..hemmmm..”keluh Akim,seperti bergurau tapi masih mahu jawapan yang pasti dari Siti.Panjang dihela nafasnya.

“Kim….kau kawan aku,so boleh tak kalau kita kekal cam ni je….boleh tak!!??”Serius jawapan dari Siti.Siti jadi bertambah tidak selesa.Akim terus memandang ke depan.Kelat wajahnya.Namun diterima saja kata-kata dari Siti.Dia sedar sebenarnya dia tidak pernah ada untuk Siti.Cinta Siti pada Ahmad tetap kekal di sanubari.Biar sakit dikecewakan,Siti tidak pernah mahu berpaling dari cintanya.

“Kim…..”Siti merenung wajah tampan itu.Sayu juga hatinya.Dia tahu Akim baik.Namun dia hanya mahu memiliki Ahmad.Tidak sesaat pun Ahmad ‘tertidur’dalam ingatan Siti.’Hidup’menumbuh segar dihatinya.Biar berapa kali disakiti,dia masih mahu bertahan.Bertahan menyemai cinta yang sejati itu.

“Ti….alah..aku gurau je tadi……..aku faham..!”Akim memandang wajah Siti.Kelat dia senyum.Siti bergenang airmata.

“Ti…..”Akim memanggil-manggil nama Siti.Tiada jawapan.Akim melihat riak mata Siti.Dia tahu bakal ada airmata lagi yang bakal keluar.Siti tunduk.Sebak.Pantang Siti kalau bercakap soal hati.Dia mudah benar terguris.TIDAK MUNGKIN DIBUKA HATINYA UNTUK ORANG LAIN.

“Ti………hey……..aku gurau je lah…..apsal kau lak sedih nih…..Ti..alah……takmau la cam nih!!”Akim cuba memujuk.Nampaknya Akim tersilap bergurau seperti itu.“Maafkan aku Kim….”Siti tunduk.

“Ti……takpe-takpe..dah-dah la..tak yah pikirlah…..aku gurau je lah…Ti…”Akim memujuk Siti.Siti makin tersasar.Hatinya meraung memanggil Ahmad.Namun dia kabur dalam pencarian jiwanya yang sarat di palu luka.Mana mungkin Ahmad kembali dalam hidupnya semula.MANA MUNGKIN!!

Lama Siti diam.Akim sesekali menjeling ke arah Siti.Siti memandang juga.Pantang diajak bercakap soal hati dengannya.Pasti Siti berubah sedih.Dia sekali lagi terkendap-kendap di tepi muka Siti.Kenderaannya di perlahankan.Dia masih cuba untuk memujuk.Tidak berputus asa.

“Apa tengok-tengok…….”Siti mula senyum.Sambil menjeling ke arahnya.

“Sebab kau comel la aku tengok……alolollolololo….”Akim berkata sambil menujuk Siti..Ketegangan diminda mula melonggar.Siti senyum kembali.Akim lega.Tidak sengaja sebenarnya mengusik Siti sampai sedemikian rupa.Akim menggelengkan kepalanya.Dia senyum sendiri.Malas Akim mengusiknya lagi.Dibiarkan Siti melayan perasaanya seketika.Siti menjeling pada Akim.Kelat senyumannya.Siti menarik nafasnya dan dihelakan.Akim perasan itu.

”Siti..Siti…cepat benar kau terusik dengan kata-kata aku yer…”Hatinya berbisik.Akim masih tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada Siti 3 minggu yang lalu.Siti tidak mahu berkongsi dukanya untuk kali yang kedua bersama Akim..Malam pertemuannya dengan Ahmad dulu itu juga tidak banyak dikongsi dengan Farina.Walaupun Farina diberitahu Siti tentang pilihan Ahmad untuk bertunang dengan Ermiza.Pada Siti cukuplah hanya itu perlu Farina tahu.Selebihnya biarlah dipendam sendiri.

Lama Siti diam.Namun tidak semena-mena Aishah muncul dibenak fikirannya.Dia mula teringat dengan keinginan Akim yang mahu mengenali Aishah dengan lebih dekat.

“Kau ada contact Aishah tak….??”Siti cuba membuka cerita.

“Ada….ihik….malu lak aku rasa..”Akim menyengeh lagi.

“apsal nak malu pulak….”Siti makin selesa berbicara.

“Ye la..malu la pulak aku dengan kau…ihikk.”Akim menutup sebelah mukanya dengan tangan.

“Cehhh!!malu konon…….memang dasar buaya!Aku kau nak!!Aishah pun kau nak…….werllkkk…malu konon..malu taik kucing!!HUH!!Weerrllkk!!”Siti menjelir.Akim ketawa.Siti Pun.Mereka ketawa sama-sama.Banyak juga yang dikongsi bersama Akim tentang Aishah.Akim sangat teruja bercerita tentang Aishah pada Siti.Siti menarik nafas lega.Tumpang gembira dengan persahabatan Akim dan Aishah.Aishah telah memberi nombor telefonnya kepada Ain.Akim kerap juga bergayut di talian bersama Aishah.Satu permulaan yang baik.Siti mengharap agar Akim dan Aishah bakal berbahagia seperti Ain dan Maulana.

Ralid berbual-bual akhirnya mereka sampai ke rumah Ain di Permatang Badak,Kuantan.Akad nikah bakal diadakan di situ.Ramai orang di rumah Ain.Jauh juga Akim parking keretanya.Mereka beriringan melangkah masuk ke rumah Ain.Akim membantu Siti membawa hadiah untuk Ain yang dikirim oleh Farina dan Suha.Mana kala Siti membawa hadiah yang dikongsi bersama Akim.Sama cantik sama lawa.Akim mengenakan baju kemeja hitam dan seperti biasa berseluar Levi’s.Sangat segak dia waktu itu.Ramai yang melihat berbisik-bisik sesama mereka.Siti dan Akim hanya mengukirkan senyuman.Berlalu menuju ke dalam rumah.Mereka dijemput masuk oleh seorang makcik yang berusia lingkungan 50-an.Dia mengiringi Siti dan Akim menuju ke bilik pengantin.

“Assalamualaikum….”Siti dan Akim masuk ke dalam bilik Ain.Siti mengucapkan terima kasih juga kepada makcik itu yang sanggup mengiringi mereka berdua tadi.

“Ehhhh…..walaikumsalam……wahhh….!!Masuk la..meh sini…sini-sini…....Siti-Kim..wahhhhhh……”Ain menarik tangan Siti dan Akim.Dia sangat teruja melihat merekka berdua.Ain datang memeluk Siti.Kuat pelukan Ain .MEreka berbalas senyuman.Pengantin itu sangat berseri-seri,memakai pakaian putih yang berlabuci .CANTIK!Gembira sungguh dia melihat Akim dan Siti.Siti menghulurkan hadiah yang dikirim oleh Farina dan Suha.Akim menghulurkan hadiah itu.Siti juga menghulurkan hadiah yang dikongsi dengan Akinm itu.Berat juga dipegang Akim tadi.Akim meletakkan hadiah itu ditepi meja yang disediakan untuk meletak hadiah di bilik itu.

“Tahniah Ain.”Siti memeluk Ain sekali lagi.Akim bersalaman lagi dengan Ain.Beberapa orang anak dara,di situ memerhati dan sesekali mengukirkan senyuman buat Akim.Akim membalasnya.Siti memerhati.”Ahakk…mula dah nak menggoda si buaya nih….ahak…”Hati Siti menguntum senyum melihat gelagat Akim yang menjeling dan sesekali mengenyitkan matanya pada gadis-gadis itu.

“Tahniah yer….”Akim mengukirkan senyuman.Dia juga tumpang bahagia melihat kawannya itu.

“Akad nikah nak start kul pe nih…”Akim bertanya.Sambil senyum-senyum menggoda itu.Siti rasa mahu tergelak,namun ditahan saja rasa itu.

“Dekat nak sampai dah nih…”Ain juga turut senyum melihat Akim dan beralih anak matanya melihat jam di dinding biliknya itu.

“Eh…korang dah makan belum nih.?”Ain bertanya.

“Tak pe nanti-nati aku makan la…”Siti menjawab.Akim mengangguk.

“Alaaa…..pegi la makan..Siti..Akim…”Ain menyuruh mereka berdua makan dahulu sebelum ketibaan rombongan seblah lelaki.

“Tak pe la..aku nak makan nasi pengantin nanti..mana tau berjangkit ngan aku plak…mana tau kalo lepas ni aku lak yang kawin..”Akim berjenaka.Ain ketawa.Siti pun.

“A’aaa..nanti aku kena pergi Sarawak la jawabnya….”Siti menyindir.Ain seolah faham.Mereka ketawa lagi.Sempat juga Ain memerhati wajah Siti.”Ti..mengapala kau lepaskan Akim…dia baik Ti..”hati Ain berbisik.Biarpun begitu dia tumpang gembira juga.Sebab dia tahu Aishah juga seorang gadis yang baik.

“Ain…pengantin lelaki dah sampai….”Seorang perempuan menyelak langsir bilik Ain.Ain mengangguk.Dia memeluk pinggang Siti.Sempat juga mengabadikan beberapa keping gambar bersama-sama.

“Ain..oklah..aku duk luar je lah ye..”Akim mohon keluar.Selepas menangkap beberapa gambar di bilik Ain.Ain mengangguk.Siti duduk disebelah Ain.Menjadi pengapitnya.Itu yang dipinta Ain sebentar tadi.

Selesai sudah majlis akah nikah Ain.Maulana hanya menjawab akad nikah sekali sahaja.Majlis yang serba sederhana itu berjalan dengan lancar.Sempat juga Siti membantu apa yang patut.Selebihnya dia banyak duduk mengiringi Ain.Begitu juga Akim.Mereka juga berpeluang makan bersama-sama pengantin.Tidak pasal-pasal jugak Siti dan Akim dipaksa menjadi pengapit mereka.Siti menolak tapi Ain meminta dia juga yang mengiringi Ain.Akim dengan rela hati membantu Maulana.Suka dia menjadi pengapit kepada Maulana.Sesekali kedengaran suara-suara nakal mengusik Siti dan dia juga.Selesai majlis persandingan pada pukul 3 tadi,Siti dan Akim mohon berangkat pulang.Siti tidak mahu pulang lewat.Dia mahu mengajak Akim ke bandar Kuantan sekejap.

“Tahniah Ain-Maunna.”Akim bersalaman sekali lagi dengan pengantin.Akim memeluk Maulana.Siti memeluk Ain.

“Hai..aku dah selesai..korang bila lagi…?”Tanya Maulana pada Akim.Akim senyum.

“hemmm…aku nak….Siti tak nak!”Akim ketawa.Saja mengusik Siti.Siti senyum.Malas untuk memikirkan kata-kata Akim.Dia tidak mahu fikir pun soal itu.Baginya Akim hanya kawan.

“Tak lah aku!!Eh.aku dah lambat nih…ok la…”Cepat-cepat Siti masuk ke dalam kereta Akim.Mereka bertiga melihat gelagat Siti dan ketawa.Menyampah juga dia dengan usikan Maulana tadi.Namun dia juga tumpang bahagia melihat Ain.Maulana memeluk bahu Isterinya itu.Akim datang membuka pintu kereta.Sempat dia menyambar cermin mata hitamnya yang disangkut pada tali hiasan poppuri yang terjuntai di cermin pandang belakang itu.Mereka melambai-lambai dua sejoli itu.Mereka berlalu.Laju juga Akim memandu.Dia juga mahu cepat sampai ke Kuantan Parade.

Siti mengajak Akim bersiar-siar sebentar di sana.Lama juga mereka berjalan-jalan di Shopping kompleks itu.Akim mahu membelikan Siti sepasang sandle .

Mereka menuju ke vincci untuk memilih sandle.Akim sudah berjanji untuk membelikan Siti sandle.Siti terasa gelihati bila Akim mahu membelikan sandle untuknya.Beriya-iya dia mahu membelinya.Siti akur saja kali ini.“Cantik ke ni…..?’’Siti menyoal Akim.Sambil dia cuba memuatkan sandle-sandle di situ.

“Ti…kau pakai apa pun cantik…”Akim memuji Siti.Siti menepuk bahunya.Tiba-tiba datang seseorang menepuk bahu Siti.Siti berpaling.TERKEJUT!

“Eh!Kak Ermi..sorang je ker..?”Tanya Siti.Akim juga memandang.Agak terkejut juga dia.Akim mengukirkan senyum.Siti bersalaman dengannya.Akim berlalu mencari sandle lain untuk Siti.

“Eh…tak la..akak dengan abang Shahir….”Ermiza menjawab soalan Siti.

“Abang Shahir..?”Siti menyoal.Bingung.Dia masih merenung muka Ermiza.Ermiza mengangguk.Akim ralid memilih sepatu untuk Siti.Dia sudah agak jauh dari Siti dan Ermiza.

“A’aaa…...tuh!!”Jarinya menuding ke arah Ahmad.Siti sentap.Dia hampir lupa siapa Shahir.Ermiza pergi mendapatkan Ahmad.Rupa-rupanya Ermiza memanggil Ahmad dengan nama itu.Siti menghampiri Akim.Dia mula rasa cemas bila Ermiza pergi mendapatkan tunangannya itu.Siti makin merapati Akim.Akim memalingkan mukanya ke arah Siti.Dia tidak tahu apa-apa.Namun terasa agak pelik.Dahi Siti berkerut.Senyuman Siti menjadi kelat.“Ti..kau suka yang ni ke yang satu lagi tuh..”Akim datang menghampiri Siti.Akim menunjukkan sandle yang berwarna pink.Siti terkebil-kebil.Dia memegang lengan Akim.Akim melihat tangan itu menyentuhnya.Erat.

“Kau ni apa hal Siti…….”Tanya Akim pelik.

“Siti…..”Ermiza memanggil Siti.Akim memandang.Ahmad juga terpandang mereka.Siti tunduk belakang Akim.Tangannya masih memegang lengan Akim.Akim membiarkan saja.Mungkin padanya Siti takut berada diantara orang ramai yang agak sesak didalam kedai kasut ini.Meliar juga mata Akim memerhati sekeliling.

“Eh….abang…..la…..datang sekali ke….ingatkan akak sorang je tadi..”Akim bersalaman dengan Ahmad.Ahmad melirikkan matanya pada Siti.Siti buat-buat tidak nampak.BENCI!!.”Ishhh…apa hal dia pun kat sini nih….argghhhhh..”Hati Siti sakit.Ahmad memandang tajam.Mata Siti sempat terpandang kearah tangan Ahmad.Erat Ermiza memegang tangan Ahmad..Berdarah hati Siti.Namun ditahan rasa cemburunya.Dia menjadi cuak.BENCI!!Namun sayangnya melimpah-limpah.PEDIH diperlaku begitu didepan matanya!!

“Ti..cepatlah…”Akim memandang Siti.Berbunga juga hati Akim waktu itu.Apa ke tidaknya,Siti masih memegang lengannya.Siti mengangkat sandle berwarna putih.Akim senyum.

”sure nak kaler nih?”Akim menatap wajah itu.Siti hanya mengangguk.Tidak diangkat mukanya.Malah matanya asyik memandang pautan jemari antara Ahmad dan Ermiza.Mahu saja dia menangis waktu itu.Tapi dia cepat sedar.Tiada dia buat Ahmad.Sayang yang dilontarkan dari mulut Ahmad itu hanyalah dusta padanya.”Ahmad kau PENDUSTA!!.”hatinya sakit.

“Wah…pandainya amik ati makwe…Akim belanja eh….”Sinis Ermiza berkata sambil mengukirkan senyuman..Akim senyum meleret.Ahmad buat-buat tidak dengar.Dia meliar memandang kearah lain.Dia menggosok-gosokkan mukanya.Siti sesekali memandang Ahmad.Sudah lama dia tidak melihat gerak tangan Ahmad menenyeh-nenyeh mukanya itu.Rasa rindu benar dengan lelaki ini.Namun dengan sendirinya rasa sakit dihati menular.Siti melepaskan pautan lengan pada Akim.Dia jadi rimas.

“Ti..Kim bayar jap eh…”.Akim pergi membayar ke kaunter.Siti hanya mengangguk.Mata mereka bertentangan.Mereka berbalas senyum.Ermiza melepaskan genggaman tangannya pada Ahmad.Ahmad memerhati saja.Ermiza mula memantau melihat sepatu-sepatu di situ.Ahmad membiarkan.Sesekali dia menjeling ke arah Siti.Siti tidak melihat pun.Dia berjalan menuju ke arah Akim yang sedang membuat pembayaran di kaunter.Dia sudah malas untuk menatap wajah itu.Sakit hatinya masih berbekam hiba.Tidak lama lagi dia akan berangkat ke Australia,menyambung pelajarannya yang masih ada setahun lagi.Hatinya sudah terpanggil untuk pulang ke sana.Mungkin berjauhan bisa menyembuhkan lukanya yang dalam itu.

Tiga minggu dulu Ahmad selamat di tunangkan dengan kekasih hatinya.Puas dipujuk Suha mengajak Siti ke Johor menghadiri majlis itu ,namun Siti berkeras tidak pergi.Pelbagai alasan yang telah Siti berikan.Akhirnya Suha beralah.Mungkin juga dia faham kenapa Siti tidak mahu pun ke Johor untuk menghadiri majlis itu.Walaupun Farina tidak memberitahu Suha tentang pertemuan mereka. Farina tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.Biarlah menjadi rahsia.Suha tetap merasakan hati Siti masih sakit dengan keputusan Ahmad meninggalkannya hanya dengan sekeping E-mail dulu.

Di majlis itu,hanya ibu dan Alongnya yang pergi.Malam itu Siti ditemani Farina.Tangisannya tidak berhenti-henti.Farina setia menemani.Farina sudah tidak tahu untuk berbuat apa-apa,dia hanya mampu meredakan Siti.Dia faham kesakitan itu hanya masa yang dapat mengubati.Biarpun dia tidak pernah berpengalaman dalam hal sebegini.Tapi dia tetap faham.

“Ti..sabar Ti…..kau takleh macam nih….”Farina mengesat air mata Siti.Siti terus menangis.

“Ti..bangun……jom aku temankan kau pegi dapur….jom …”Siti mengikut tanpa soal.

“Pegilah…amik wuduk..jangan macam nih….Allah itu Maha penyayang Ti…berdoalah dengan-Nya….”Farina membuka paip air di dalam bilik air Siti.Dia mengesat muka Siti yang membengkak itu.Siti diam.Dia juga membasuh mukanya di paip itu.“Ti..jangan putus harap….ada hikmah disebalik semuanya Ti…”Kata-kata Farina menyejukkan hatinya.Sejak itu dia sentiasa mengaji Al-Quran dan bersolat malam.Hari demi hari jiwa semakin tenang.Walau terkadang sakit itu menyinggah dan mencengkam.Dia tetap bertahan.DIA SUDAH BERSEDIA UNTUK TIDAK MENCINTAI AHMAD LAGI!!Nmun apakah kesakitan itu mudah untuk diubati….????

Lama Siti bersandar di serambinya.Terasa benar dia ingin pulang ke Australia.Tidak sabar rasanya dia mahu berangkat pergi.Terbang melayang membuang sisa-sisa cinta yang berdaki itu.Angin yang menderu menyelinap ke seluruh tubuh kecil itu bisa mencipta duri-duri kerinduan yang sarat.Dia mula terkenang saat Ahmad memeluknya kuat pada malam perpisahan itu.Siti memeluk tubuhnya kuat.Mahu saat itu airmatanya gugur dek kesedihan yang ditinggalkan Ahmad.Segelinap ruang pandangnya masih tersergam teguh wajah Ahmad.AHMAD..AHMAD…AHMAD…….Namun dia tetap cuba bangkit dari kesakitan itu.Sentiasa mencuba biar payah sekali pun.

Farina sudah pulang ke Perlis,kerana cutinya sudah tamat.Siti masih sendiri memikirkan nasib diri.Terkadang rindu juga dia pada Farina.

“Ina…..aku rindu kau la…”Siti menghubunginya sebentar tadi.

“elehhh….ye ke kau rindu aku..ntah-ntah kau rindu Dafi….”Farina sengaja mengalihkan topik berbicaraan.Farina tahu Siti sedang rindu Ahmad.

“Ish…apsal pulak Dafi…takde maknanyeee….tolonglah!!”Siti rasa kelakar di usik begitu.

“Eleh….Akim dah bagitau aku…Maulana dan Ain nak temukan kau dengan Dafi……..ahakkkk…”Farina tetap mengusiknya.

“Bukan can tu lah!!”Siti menafikan.

“Dah tuh..apa?”Farina menyoal.

“Alah..nanti jumpa kat sana kenal-kenalan je..bukan apa pun….”Siti mengiakan pertemuan yang bakal di adakan nanti di Australia.Siti sememangnya menolak.Namun Farina dan Akim banyak juga menasihati Siti..Siti akur.Padanya bukan apa-apa pun kalau hanya menambahkan kawan.Siti mengukirkan senyuman.Dia mula terbayang saat yang bakal dilalui bertemu dengan Tengku Gadafi itu.Teringat juga dia,semasa di rumahnya di Australia hampir 3 bulan lalu,Ain pernah berkata lelaki itu terlalu tampan orangnya.Gerun juga Siti mahu berkenalan dengan Dafi.Bimbang kalau-kalau ada yang mencemburuinya.Namun cepat-cepat dia mematikan sangkaannya itu.DIA HANYA MAHU BERKAWAN!!

Kata-kata semangat dari teman-teman banyak juga membuat Siti kuat untuk menghadapi hari-hari suramnya.Apatah lagi mahu memulakan persahabatannya dengan Dafi.Agak teruja juga Siti.Sekurang-kurangnya,kekosongan jiwanya terisi.”Abang…….aku akan belajar untuk tidak lagi mencintaimu….aku akan pergi tidak lama lagi……kau pasti bahagia bang…bahagia tanpa aku…bahagia tiadanya aku di sini nanti…..SELAMAT BERBAHAGIA BANG…….aku berjanji dengan diriku….tidak sesekali mengganggu kebahagiaanmu…”Siti memejamkan matanya rapat.Senak hatinya di tikam hampa.Siti bangun dari tempat duduknya di serambi itu.Cepat-cepat dia ke dapur mengambil wuduk….Dia bersolat dan berdoa panjang.SEMOGA DIA TEGUH MENGHADAPI DUGAAN INI....Itu yang Siti harapkan sekarang dan hari-hari yang bakal dilalui……..

0 ulasan: