CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tok Dan Opah

Tok Dan Opah

Assalammualaikum...

Selamat datang ke blog Shahir+Adira=Shahira.. Kami ingin berterima kasih kerana sudi melihat blog ini.. Kami admin mengalu-alukan semua agar sentiasa memasuki blog ini dan melepak di blog ini..Terima kasih buat Yunie Zahan kerana sudi berkongsi novel "September Musim Cinta"...Sebarang komen atau apa2 saja tulisla di Jom Chat...

Shahir dan Adira

Shahir dan Adira

-: B!LA C!NTA :-

-: B!LA C!NTA :-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

~WELCOME~

Bio Shahira

Bio Shahira

SHAHIRA

SHAHIRA
ADIRA & SHAHIR

Love Shahira

Birthday Shahir

Birthday Adira

-: ShahiraZONE :-

AKUJANJI SHAHIRATICS..ekekeke kalau x tepati bkn shahiratics sejati..

Sebab admin sayang sgt dgn Kg Shahiratics, Tok Ketua, Penolong Tok Ketua n penduduknya...so ada beberapa isu admin nk bangkitkan di sini. Tak semua org suka apa yg kite suka, so kene sentiasa berhemah sentiasa k.

Sebagai warga kampung Shahiratics yg sejati, anda diminta mematuhi arahan-arahan berikut;-

1. MEROYAN

- Sila royan dgn berhemah. Dilarang mengekspresikan perasaan diri yang keterlaluan sama ada gembira atau sedih atau dlm ertikata lain meroyan, merobuk di kampung/umah lain selain di kg shahiratics. (Cth kampung/umah lain; Shahir af8, Adira fan club, wall mak anum, wall kak nam etc...)

- Kene fikir jgk sensitiviti n perasaan org lain.

2. EDIT GAMBAR

- Org kg shahiratics mmg kreatif, tak dinafikan lg. Tapi, sebarang gambar2 yg diedit perlulah menepati piawai yang telah ditetapkan, atau admin akan delete.

i) tiada sebarang gambar2 edit yang keterlaluan (seperti berpelukan, badan lain muka lain; badan sheila majid, muka adira-tidak dibenarkan sama sekali)

-Kalo nk edit gambo org tu...pandai2 la mintak kebenaran ye...

3. TAG/MENEMPEK GAMBAR/VIDEO

- dilarang menampal atau men'tag' sebarang gambar shahira di wall pihak lain terutama wall umum sepetri wall mak anum dan wall kak nam tanpa kebenaran admin shahiratics (p/s: kami memahami keinginan anda untuk berkarya dan berkongsi kegembiraan tetapi tidak semua yang setuju dengan kegembiraan dan kekreatifan kita berkarya).

- Tag berpada2..kalau gmbar Shahira berdua tu tak perlulah tag d page Shahir Af8 cthnye...or pada keluarga mereka. Tag/tempek ikut kesesuaian lah ye. Jgn la kat wall mak anum tag gambar Adira lak cthnye.

4. KREDIT GAMBAR/VIDEO

- sebarang gambar/video yg diambil dari pihak ketiga, sila kreditkan nama pihak terbabit.

5. TETAMU TAK DIUNDANG

- apabila ada tetamu yang tidak diundang datang, sambut mereka dgn sennyuman, bentangkan kapet merah siap dgn bunga manggar or tarian naga ke skali walau kita tak tahu apa tujuan mereka.

- apa jua provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak lain jgn mudah melatah. Jika masih rasa marah..tekan tanda =)

6. SPEKULASI

- dilarang membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita/keadaan sebenar walaupun di dalam hati kita punya taman bunga sebesar alam.

- dilarang 'copy & paste' atau'print screen' apa2 jua perbualan dari pihak lain tanpa mengetahui apa yang diperkatakan..

- nk CSI pun, jgn la terang-terangan sgt...coverline skit k

7. KUTUKAN/PROVOKASI/PERGADUHAN

- Jangan cpt melatah...kite relax je org nk kata apa. Ingat moto KG. CHILL & IGNORE =)

- Dilarang wujudkan sebarang pergaduhan di Kg. Jika ada..pandai2 lah sejukkan/tenangkan keadaan ye. kalau ada org baru yg masih tak faham konsep di kg kite...sila2 lah tunjuk ajar ye.

- tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan/perbalahan/ atau apa2 yang menyebabkan perasaan tidak senang kpd sesiapa jua yg membaca. sebelum berkata atau menulis apa2..fikirkan perasaan org yg membaca dgn meletakkan diri sendiri di tempat org yg diperkatakan..

8. KERAHSIAAN/ISU SENSITIF

- isu2 sensitif dan rahsia kg.. jika ada perkara2 yg terpaksa diperap dalam peti besi yg dirahsiakan lokasinya bukan la bermakna admin xnak kongsikan ngan org kg terchenta nie tapi itu adalah untuk tujuan keselamatan dan keamanan kg tercinta nie n menjaga keselamatan pihak2 yg berkenaan.. org2 kg yg sejati mesti faham kan? Tapi kami cuba sedaya upaya berikan sajian menarik utk semua ..

9. NAMA SHAHIRATICS

- Sapa2 yg pakai nama fb ada shahiratics tu...pandai2 la behave ye, lg2 kat umah/kg org lain...korng bawak nama shahiratics, so kalo buat apa2 ramai yg melihat...lg2 kalo wat salah. jgn nnti hnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga...k =)

**Admin cuba buat yg terbaik utk semua..utk Kampung Shahiratics, org2 kg n tak lupa juge buat SHAHIRA kesayangan kite. Harap semua leh beri kerjasama ye... Ni semua utk kesejahteraan kg.. =)

SAYANG SHAHIR+ADIRA=SHAHIRA

SAYANG KG SHAHIRATICS

SAYANG WARGA SHAHIRATICS SEMUA

CHILL & IGNORE

ANYTIME ANYWHERE

September Musim Cinta

September Musim Cinta

Isnin, 18 Oktober 2010

SEPTEMBER MUSIM CINTA-BAB 21

“Kak…..camne jadi ke bulan depan nak kawin?”Siti menyoal Irma.

“Tak jadi………”Irma longlai menjawap soalan Siti.Panjang di hembus nafas di talian.

“La…..apsal lak tak jadi nih…….?”Terkejut juga Siti waktu itu.Hampa juga dia mendengarnya.

“Ni Siti la punya pasal!!”kata Irma menuduh.

“Apsal Siti plak?!”Kata Siti pada Irma.

“Ye la..mak tak nak akak kawin time Siti tak de….”Suara Irma seakan merajuk.

“Alah….takkan sampai macam tuh kak…..”Siti mula merasa bersalah.Dia benar-benar tidak dapat pulang ke Malaysia.Dia agak sibuk,apatah lagi mahu menduduki peperiksaan akhirnya.

“Mak nak Siti balik jugak….hemmmm….takpe la…akak tunggu je adik akak ni balik……”Irma mengalah dengan permintaan Mak Nah.Lagi pun hanya tinggal beberapa bulan saja lagi menanti kepulangan Siti.Majlis itu pasti akan lebih meriah dengan adanya Siti.

“Alahai……..terharunya Siti kak…..”Siti mengurut dadanya.Lega bilamana Irma tidaklah begitu merajuk dengan dirinya itu.

“Abang Nubhan camne?Setuju je ke?”Siti menyoal lagi.

“Dia ok je….dia paham…..’walaupunnnnnn’…….”Irma dan Siti ketawa di corong talian telefon.Suka hati Siti mendengar suara kakaknya itu.Hilang seketika rasa bersalahnya pada Irma.

“Kak nanti kimsalam kat mak ye…..”Kata Sini.Irma yang kini sudah 3 bulan bertukar di daerahya.

“ye la…jaga diri baik-baik..kimsalam kat Dafi jugak…..”Balas Irma.

“Ok….bai kak..!!”Kata Siti.

“Dik……jap-jap….”Irma tidak jadi meletakkan gagangnya.

“Apa??”Siti yang hampir mematikan talian sempat mendengar suara Irma.

“Dafi bila nak masuk minang?”sempat Irma berseloroh.“Ishhh!!Ke situ pulak Akak nih..dah lah!!..Assalamualaikum..!!”Suara Siti agak tinggi seperti mahu marah dengan usikkan Irma.Irma tergelak sorang-sorang sambil meletakkan gagang telefonnya.Siti menggeleng-gelengkan kepalanya.Senyum juga terdengar kata-kata kakaknya tadi.

Peperiksaan akhirnya sudah tamat.Siti mula bernafas lega.Dia juga sudah berhenti dari kerjanya di kilang roti.Dia benar-benar lega.Kesibukkannya beberapa tahun ini bisa membuat dia berehat panjang.Dia mahu pulang.Mahu bersama-sama keluarga.Bercuti panjang bersama-sama seperti dulu.

“Dira…u tak nak keje kat sini ke…?”Teringat dia dengan pelawaan Dafi.

“Kenapa ?”Soal Siti pada Dafi.

“I tak nak balik lagi…..i ingat nak cari keje kat sini la….ni cuti panjang nih..i nak travel ngan kawan-kawan i…U nak ikut tak..?”Dafi menyoal.Siti memandang lelaki di depannya itu.Senyum. .Dulu pun Dafi pernah menyoal soalan yang sama padanya.Namun Siti sudah pun menolak dulu.

“Sori la….i dah lama sangat kat sini…I tak boleh ikut U travel….”Siti manja berbahasa.

“Ok..i paham U rindu family U….hemmm….orang tak sayang kita nak buat camne kan..”Dia menghembuskan nafasnya.Kata-katanya seolah-olah merajuk.Siti merenung Dafi lama.

“”Alahaiiiii……kesiannya..alooloolooolloooooo….”Siti mengusap lengannya.Dafi tunduk.Serius.

“U…..Dafi……”manja suara Siti memujuk.Siti mengendap wajah Dafi yang sedang tunduk itu.Siti cuba memujuk lagi.Dafi buat-buat gaya seperti perempuan malu dan menutup mukanya dengan dua tapak tangannya dan melengang-lenggangkan badan serta menghentak-hentak kaki..Lucu!

“Apa lah…ahahahaahahaha…”Siti gelak bagai nak bergegar Taman yang cantik berdepankan tasik yang membiru di situ.Siti menampar-nampar bahu Dafi.Dafi juga ketawa.Lelaki itu terlalu banyak menumpahkan cintanya pada Siti.Sayangnya melimpah-ruah buat Siti.Tidak bisa menyakiti gadis itu pun.Namun Siti hanya bisa memberi kasihnya.Walau sudah pun dia mencuba untuk mencintai,Siti masih belum termampu.Terlalu sukar diberi kepercayaan itu lagi pada orang lain.

“So macamana..??Ikut I travel tak boleh….??Keje kat sini pun tak nak jugak ke…..?”Dafi menyambung niatnya yang mahu Siti sama-sama tinggal dengannya di Australia.Mencari kerja di sini.

“Tak kot…….”Siti senyum.Dia juga menarik nafasnya panjang.Dia mengetap bibir merah jambunya itu.Dafi merenung Siti.Dia bakal ditinggalkan.Dafi menyeluk jemari Siti.Siti senyum memandangnya.Kuat Dafi menggenggam jari runcing yang cantik itu.Siti mula rasa tidak selesa.Kelat dia senyum.Siti mula rasa rimas.Jantungnya berdetak laju.

“ishh..tak mo la macam nih…”Siti cuba melepaskan.Dafi tetap menggenggam nya.Siti makin rimas.Ada beban yang menggalas.

“Jom kawin!!?”Siti sentap.Dafi memandang Siti.Dalam pandangan itu.Siti tunduk.Dia rimas dengan kata-kata Dafi tadi.Cepat-cepat Siti bangun.Dafi tetap memegang Siti.Dia juga bangun.Melangkah ke depan sedikit,berhadapan dengan Siti.

“Adira…tengok sini…..Dira…”Dafi memegang dagunya.Siti mengelak.Rimas.Dia tidak memandang Dafi malah dia bergerak selangkang membelakangi Dafi.

“Dira…. Jap!”Dafi memegang lengannya pula.Siti melihat lengannya di pegang.Jantungnya makin laju berdetak.Jiwanya menjadi kacau.

“U masih sayang Ahmad!!?”Agak tegas soalan itu dari Dafi.Siti memejam matanya.Ahmad menyinggah lagi di jiwanya.Senak!!Siti berdepan kali ini dengan Dafi.Siti tetap tunduk.

“U cakap apa nih??”Dia mengangkat mukanya.Siti merenung mata Dafi.Tegang wajah Dafi menanti jawapan.

“Dia sudah lama tiada dalam hidup I tau!!” Siti tegas menjawab.

“Habis tuh kenapa setiap kali cakap pasal ajak kawin je U mengelak??”Dafi menyoalnya.Dafi tahu siapa Ahmad.Walau tidak pernah bertemu.Dafi tahu cerita cinta Siti dengan Ahmad.Siti pernah menangis di bahunya saat terlalu terluka dengan Ahmad satu ketika dulu..Siti memberi kepercayaannya bercerita tentang Ahmad.Dafi agak beruntung diberi kepercayaan sedemikian rupa.Akim yang lebih lama mengenali Siti pun masih tidak tahu siapa ‘Abang’ yang sangat kuat bertakhta dihati Siti itu.Dafi juga pernah berjanji akan memberi sepenuh cintanya pada Siti.Walau Siti tidak pernah menjanjikan apa-apapun.Dafi tetap bertahan untuk terus mencintainya.

“I nak balik jumpa family I dulu…I nak keje kat sana…lepas-lepas ni la I pikir pasal kawin….”Siti menjelaskan pada Dafi.Dafi tetap memandang mukanya.Siti meliar matanya melihat sekeliling.Ahmad masih memenuhi ruang kosongnya.Walau mungkin cintanya sudah pudar terhadap Ahmad.Tapi ingatan itu tidak bisa terbuang begitu saja.Masih bertempek dihatinya.Andai dia dapat membuang hatinya dan diganti baru…..bisa saja dia berbuat begitu…bisa juga dia mencabut jiwanya andai boleh membuang sesenangnya Ahmad dari hidupnya.Biar pun masa sudah seakan mengubati luka,Ahmad tidak pernah mati dan selayaknya jauh menyerap ke dalam liang hatinya.Berkubur di situ!!

“jom balik..!!”Siti tidak mahu membicarakannya.Dia tidak bisa memikul tangungjawab itu lagi..Masih banyak bakti yang perlu dihulurkan kepada keluarganya.Agak kecewa Dafi dengan kelakuan Siti itu.Namun dia cuba untuk memahami.Dia membuntutui Siti..Tidak berkata apa-apa.Mungkin juga dia telah menggores hati kekasihnya itu.Dafi menarik kembali tangan Siti.Dia mencium jemari itu.Siti terkedu.

“Sori….”Dafi melafazkan maafnya buat Siti.Siti memandang wajah itu.Mahu rasanya saat ini meredakan hati Dafi.Namun dia tidak mampu berbuat begitu.Dia tiada daya untuk memaksa dirinya berbuat begitu.Dia tidak mahu membelai wajah itu.Dia tidak mampu.Sangat kasihan melihat Dafi…tapi dia tetap tidak membelainya.Dia hanya merenung dan kemudiannya tunduk.Dafi memejamkan matanya rapat.Ada sakit yang membekam di dada.Namun tetaplah dia bersabar dengan Siti.Kerana cintanya itu terlalu banyak.Dia lebih rasa bersalah dengan kata-katanya sendiri terhadap Siti,sebentar tadi.Tidak sedikit cuba menyalahkan Siti pun.

“Sori…….”Dafi merenung mata Siti.Siti cepat-cepat tunduk.Tidak mampu merenung Dafi.

“Sori……Sori…..”Siti juga mengucapkan kata-kata itu,berulang-ulang Siti melafazkannya.Hanya itu yang termampu saat itu.

“Jomlah….tak payah pikir lagik…jom..”Dafi tidak mahu menyakiti hati Siti.Dafi mengajak Siti pulang.Siti menarik lafaz lega.Namun Dafi merasakan sangat sesak di dadanya.Padanya mungkin benar kata-kata dari Siti,MAHU BERBAKTI KEPADA KELUARGA!Dia mengakui kata-kata Siti itu walupun dia agak tidak keruan melepaskan Siti pulang.Ada resah yang memanjang memintal hatinya.Pun begitu dia tidak menunjukkan rasa itu.EGO!Lelaki penuh dengan keegoaannya.

“Sori eh….”Siti mengukirkan senyuman yang agak kelat.Dafi pun.Taman yang berteman tasik itu bakal ditinggalkan Siti untuk selamanya.Dafi yang masih mahu di sini tetap akan sentiasa datang memintal kerinduan buat Siti nanti.Mereka berlalu dan menuju pulang ke rumah masing-masing.Siti menyusuri jalan-jalan di situ.SEGALANYA AKAN TINGGAL KENANGAN…Siti Cuma mahu bertahan belajar menerima Dafi.Dia tidak mahu berpaling lagi.Dia hanya mahu bertahan mencuba dan teruslah dia mahu mencuba membuka pintu cintanya buat lelaki itu.Biarpun Ahmad masih ada..namun tidak selamanya dia perlu menyerah seluruh hidupnya dalam kehampaan.Itulah hadiah dari Ahmad buatnya.KEHAMPAAN YANG SANGAT MEMILUKAN.Walau mungkin kehampaan itu terubat dek masa yang panjang.Segalanya bakal berakhir suatu hari nanti.Itu juga doa yang sentiasa mengiringi hidupnya itu.Sudah tidak mahu lagi meletakkan sebarang harap buat diri sendiri.CUKUPLAH!!

Siti melambai-lambai tangannya pada Aishah dan Dafi yang menghantarnya di muka pintu Airport.Walau sebentar tadi sangat lama Dafi menggenggam tangannya.Siti perlu melepaskan.Sebak juga dia saat ini.Meninggalkan orang yang dikasihinya.Apatah lagi Dafi,terpaksa merelakan Siti pulang ke kampung halaman.Se kampung dengan Ahmad,bikin jiwa Dafi menjadi kacau.Namun dia berharap benar hati Siti tetap padanya.Bukan pada Ahmad yang sudah banyak menyakiti Siti.

“Jangan lupa I tau…..tunggu I yeh!!.”Kerap Dafi berkata begitu di telinganya.Aishah menyengeh saja.Dia faham.Dulu dia pun berpesan begitu pada Akim.Sebak juga Aishah saat ini.Terasa juga mahu ikut balik dengan Siti.Namun dia masih ada beberapa bulan lagi di sini.Dafi sudah mula berkerja di sini.Tidak mampu ikut pulang.Dia sangat teruja mahu berkerja di Australia.Dan sangat mahu menetap di sini.

“U pun jangan lupakan I tau….”Siti bersalaman dengan Dafi.Lama Dafi menggenggam jari itu.Meletakkan harapan setinggi gunung Everest mungkin!!Berharap benar Siti kembali menyulam kasih dengannya di sini dan menemaninya sepanjang hayat yang ada.Siti memalingkan tubuhnya,mengalas beg dan berlalu.Sudah malas berpaling,bimbang dia berat hati mahu pergi.

Perjalanan yang sangat memenatkan dari semalam membuat Siti rasa badannya sakit-sakit.Dia masih menanti Irma dan keluarga datang mengambilnya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.Agak lambat mereka sampai.Mungkin terlalu banyak kereta di jalanan.Hari ini sangat ramai orang di Lapangan Terbang,menghantar orang yang mahu ke Mekah,menunaikan umrah.Siti masih menanti.Ralid juga dia melihat keletah orang-orang di situ.

“Dik..………”Aliff datang mencuit bahunya.Siti bangun dan terus memeluk Aliff.Rindu benar dia dengan keluarganya.Mak Nah juga datang memeluk Siti.Irma datang kemudian dan juga memeluknya erat.Berderai juga airmatanya saat itu.Sudah tidak peduli dengan orang sekeliling memerhati.Melepaskan rindu yang sarat disimpan sekian lama.Berdrama jugaklah mereka sekeluarga di situ.Mak Nah tak putus-putus mencium dahi Siti.Siti juga mencium ibunya.Terasa bersalah juga dia waktu itu kerana agak lama meninggalkan ibunya.Namun dia sedar mak Nah merelakan kepergiannya satu ketika dulu.Menimba ilmu,menyambung pelajarannya di tempat orang.

Nubhan membantu Aliff memasukkan beg-beg Siti kedalam bonet keretanya.Siti sudah masuk ke dalam kereta bersama ibu dan kakaknya.Mereka erlalu dari Lapangan Terbang itu.Menyusuri jambatan besar Pulau Duyung.Menyaksikan panorama yang indah.Masjid Kristal di sebelah kanannya dan permandangan kirinya jauh kelihatan pasar kedai Payang.Terlalu banyak bangunan yang masih dalam proses penyiapan pembinaan.Sangat berkembang maju.

“Wah…….maju nya sekarang…..baru 2 tahun tak balik…banyaknya bangunan baru yang tengah nak siap nih…”Siti yang memandang di luar tingkap kereta Honda City biru itu,meliar memandang ke luar.Perjalanan yang memakan masa 1 jam itu membolehkan mereka bercerita panjang dan terkadang bergelak ketawa bersama-sama.“Ti..kat Dungun lagi maju Ti..banyak sangat bangunan baru yang sedang dibina…dengar cite..banyak jugak projek Abang Ahmad kat situ….”Tiba-tiba nama itu di sebut Aliff.Mahu saja saat itu Siti menyekeh kepala Alongnya..Sengal kembali otak Siti mendengar nama itu.Namun sakitnya sudah tiada.Sekadar ingatan yang belum luput dijiwanya..Dia memandang disegenap perjalanannya …ada rindu buat Dafi saat ini.Tidak sampai 24 jam berpisah..Siti mula ada rindu pada lelaki itu.Rindu mahu mendengar suaranya.Tidak sabar mahu mendengar suara itu.

“Ishhh lambatnya sampai..….rindu………”Hatinya berbisik rindu.Siti senyum sendiri melayani perasan yang jauh terbang ke Australia.Lamunan Siti terhenti bila telefon bimbitnya berdering.Menggagau jugak Siti meraba di dalam beg galasnya tadi.

“Hello…”Siti menjawab.

“Assalamualaikum..”Suara di talian itu sangat dikenali.Siti senyum sampai ke telinga.

“walaikumsalam…”Siti menjawab manja.

“Dah sampai belum..?”Dafi menyoal.Siti merendahkan sedikit kedudukannya.Malu berbicara dengan Dafi didepan keluarganya.Dia menutup sedikit tangannya pada telefon bimbit dah mengadap tingkap.Malu.Mak Nah dan Irma memandang dan senyum.Sempat Irma mengangkat sebelah kening kanannya pada Siti.Siti senyum dan tunduk.Irma menenyeh paha Siti.Siti menampar tangan Irma.Mak Nah di tengah-tengah senyum melihat muka Siti yang sudah merah di usik begitu.

“Pasti Dafi….”Getus hati Irma.Irma memeluk mak Nah dan mengintai Siti yang mahu bercakap namun malu ditilik sebegitu rupa.

“On the way…jap gi sampailah….oklah….nanti I call u back..ok bai…”Kata Siti.Dia memalingkan badannya kearah tingkap.Malas diperhati Irma sedemikian rupa.Mak Nah asyik menampar-nampar manja lengan Irma.Irma menyengeh saja tidak henti-henti.

“Jap..jap..jap..”kata Dafi .

“Apa…cepat la cakap..”Dalam suara Siti lontarkan.Segan dia saat itu.

“Rindu la….”Longlai suara Dafi saat ini ditalian.Siti bagai mencair mendengar kata-kata itu.Mengapa dengan tiba-tiba sayangnya muncul di hati.Rindunya sarat melanggar jiwa.Siti Senyum.Namun segan untuk menyahut kata-kata itu.

“Oklah…nanti Dira call balik..ok bai…..take care….jangan nakal-nakal tau..”Siti mengetap bibirnya.Mahu saja diletak telefonnya itu.Namun Dafi masih memanggil namanya di talian.

“Dira…..”

“Apa…..cepat la cakap…”Siti menggosok dahinya berkali-kali.Segan.

“Rindu I tak..??”Soalan itu bisa membuat Siti kalut.Dia tersenyum.

“Oklah….bai….bai….Assalamualaikum……”Cepat-cepat Siti menekan butang merah di telefon bimbitnya itu.Senyum meleret Siti waktu itu.

“Hemmm….suh la Dafi tuh masuk minang cepat-cepat…kang Dafi larik baru tau…..hemmmm…...tak pun Siti yang curang….”Aliff yang bertelinga lintah itu menyindir Siti.

“Apalah Along nih…ke situ pulak….Orang kawan je lah dengan dia…huh!!”Siti mengomel.

“Ye ke kawan…..satu kampung Yusra ngan Jihah duk canang adik abang ada pakwe handsome kat Australia……”Aliff menyambung kata-katanya.

“Ishhhh….biar betul bang….??”Siti mengangkat sedikit punggungnya ke depan dan memegang kerusi Aliff yang duduk di depan itu.

“Yer….dua beradik tuh siap tunjuk gambar Siti lam facebook tuh..kat mak Anum dan Ahmad……kan mak?Mak Anum yang bagitau nih….tak tipu….”Aliff makin rancak berbicara.Dia memalingkan sedikit badannya kebelakang.

“Ishhh…betul ke mak..??”Terkedu jugak Siti bilamana Aliff berkata begitu.Siti memandang ibunya,Mak Nah mengangguk.

“Ishhhh…siap diorang kalo Siti jumpa nanti……aaaa….doiii…masak la Siti kali nih mak…..”Siti memicit-micit kepalanya yang tidak sakit itu.Budak berdua itu bakal menerima hukuman dari Siti.

“Siap korang……takde hadiah la dari Cik Siti tok korang…HUH!!”berkerut dahi Siti saat itu.Terbayang wajah Ahmad saat ini.

“Ahmad tengok gambar aku??Dia tengok gambar aku???”Getus hatinya.Namun ada rasa bangga di hati andai benar Ahmad juga melihat gambar itu.Bukan untuk membuat dia cemburu.Sekurang-kurangnya biar Ahmad tahu Siti tidak bergantung harap dengannya lagi…

“Ha…..dah sampai dah…”Irma menghentikan lamunan Siti.

“Suka la orang tuh..dah sampai umah dia……”Nubhan pula bersuara.

“Tak gitu cik Siti..?”Katanya lagi.

“tentu la Bang…hhheeeermmmm….”Siti yang sudah pun membuka pintu kereta itu dan turun.Dia agak menggeliatkan sedikit badannya.Menghirup udara yang sangat dingin petang Ahad itu.Dia terus berlari menuju ke sungai.Semua yang ada di situ memerhati saja.

“Hai…..Siti…Siti..kat situ jugak dia tuju dulu…..”mak Nah menggeleng-gelengkan kepalanya.Mak Biah dan Abah Nasir datang menjengah.Mereka juga memerhati Siti yang laju jalannya menuju ke sungai.

“Dik…..sini dululah..Abah ngan Mak Biah datang nih…”Aliff meraung memanggil Siti.Siti berpaling.Tidak sempat ke sungai.Dia berlari-lari anak menuju kearah Mak Biahnya itu.

“Mak Biah…”Siti mencium tangan Mak Biah.Mereka berpelukkan.

“Abah….”Siti mencium juga tangan abah Nasirnya pula.

“Jom lah naik ke rumah….”Mak Nah mempelawa meraka.

“Jom la naik….Siti ada hadiah untuk mak Biah tau…”Siti memegang pinggang mak Biahnya itu.mak Biah hanya tersenyum.Dia menyentuh wajah Siti.Rindu juga dia pada anak gadis nakal itu.

“Hadiah untuk abah takde ke..”Abah Nasir menyoal sambil menyengeh.

“Eh!Awak nak jugak……?’’Soal mak Biah pada suaminya.Abah Nasir mengangguk.Siti senyum .Mereka semua melangkah masuk kedalam rumah Siti.

“Ada…semua ada…jom naik… naik umah dulu…jom..”Siti melepaskan pelukkan dari Mak Biahnya.Siti menggalas begnya di bahu.

Siti membuka beg berwarna hitam didepannya.Siti menghulurkan skaft yang sangat cantik kepada ibu,Irma dan mak Biahnya.Manakala Abah Nasir,Aliff dan Nubhan di berikan keychain yang berbentuk Sydney Opera House,kecik tapi tetap menarik pada penerimanya.

“Terima kasih Ti….”Abah Nasir terus menyeluk kunci kereta dan menyangkutnya di kunci kereta wiranya itu.Nubhan senyum,dia juga berbuat begitu.

“Ti…terima kasih ye….ermmmm…abang kena balik dah nih…malam ni abang keje…”Nubhan memohon izin mahu pulang.Irma yang duduk bersimpuh di sebelahnya tadi bangun.Bersalaman dengan Abah Nasir dan Aliff.Irma mengiringi Nubhan menuju ke keretanya.Siti masih rancak berborak.Aliff sudah bangun mengerjakan solat asar.

“Kau duduk la dulu Biah….akak nak Solat dulu nih….Siti teman mak Biah yer…”Mak Nah berkata.

“Eh..takpe la saya pun nak balik dah ni kak…….”Mak Biah mengangkat buntutnya yang agak berat itu.Abah Nasir masih meneguk air di dalam cawannya.

“Eh mak Biah duduk la dulu…..”Irma berkata.Siti memegang tangan orang tua itu.Mak Biah senyum.Perlahan Siti melepaskan.Mereka berbalas senyum.

“Eh tak boleh….Siti kan nak rehat…..malam ni kalo rajin mak Biah datang balik…….bang jom lah….”Mak Biah mencuit lengan suaminya itu.Abah Nasir bangun dari tempat duduknya.Sempat Siti melihat gelagat Abah Nasirnya itu menyambar kerepek ubi yang di hidangkan Irma sebentar tadi.Siti menyengeh.

“Ishh awak nih..macam tak makan setahun…..dah lah….jom balik..”Mak Biah menampar lengan suaminya.Irma dan Siti ketawa.Sama-sama menutup mulut.Abah Nasir sempat memandang dua beradik ini.Menyengeh sama-sama.Lucu.Mak Biah menarik lengan suaminya.

“Abah balik dulu ye….terma kasih la bagi ole-ole dari sana…… ”Kata Abah Nasir sambil mengangkat kerepek ditangannya.Keychainnya juga tersangkut di jari.Siti dengan Irma menyengeh lagi.Mereka menuruni tangga rumah Siti dan berlalu.Irma bangun mengangkat hidangan ke dapur.Siti masuk ke ruang biliknya.Dia mahu mandi dan solat.Aliff yang baru keluar dari biliknya menuju ke dapur mengekor Irma.Sempat juga dia menyambar kerepek didalam piring.Irma menjeling kepada Alongnya.Aliff sempat memicit pipi Irma.Irma tidak boleh berbuat apa-apa.Pipinya sakit dipicit Aliff.

“Abang…..abang…..”Mak Anum memanggil- manggil dari luar bilik Ahmad.Diselaknya pintu bilik itu.Ahmad solat isyak.Dia baru saja memberi salam.Mak Anum menunggu di pintu.

“Abang……”Mak Anum datang menghampiri.Kelat wajahnya mengukir senyuman.

“Apa mak..?”Soal Ahmad sambil mengangkat sejadahnya untuk disidai di tepi katilnya itu.Mak Anum duduk di katilnya.Masih tidak menjawab soalan dari Ahmad.

“Apa hal mak..?’’Ahmad duduk disebelah ibnya itu.Dia memandang wajah Mak Anum.

“mari kita ke rumah Mak Nah….”Kata Mak Anum.

“Sekarang nih???”Ahmad merenung ibunya.Mak Anum mengangguk.

“iyer…..Mak rindu sangat nak tengok Siti….tak sabar nih nak jumpa dia…”Mak Anum bersungguh-sungguh mahu bertemu Siti.Ahmad tunduk.Hatinya kencang berdetak.Senak bilamana nama Siti disebut.

“Ermm….esok-esok tak boleh ke mak…?”lembut suara Ahmad cuba memujuk.

“Esok awak mana ada kat rumah…..nak ke Johor kan…..hemmm….lupa..?”Mak Anum menyoal Ahmad.Dia senyum.Diangkat kupiahnya dan dikemaskan rambut dan memakai kembali kupiahnya itu.Panjang nafasnya dihela.

“Cepatlah siap….”Mak Anum menepuk paha Ahmad dan bangun dari duduknya itu.Ahmad melihat wajah ibunya.Dia bingung.Digaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil tangan memegang kembali kupiahnya itu.

“Mak tunggu kat luar..cepat siap….”Mak Anum berlalu.Ahmad pun bangun dari duduknya.Dia buntu.Sukar juga menolak permintaan ibunya.Lupa dia kerana esok pagi-pagi dia sudah mahu berangkat ke Johor.Bertemu Pak Usu Normannya.Ada urusan di sana.

“Abang..cepat la….”Mak Anum masih menunggu diluar.

“yer…yer..kejap….”Ahmad bersuara.Sewaktu solat tadi dia telah pun memakai baju melayu hijau daun pisang yang pernah digosok Siti dulu dan dipadankan dengan seluar panjang hitam.Dia senyum sendiri melihat baju itu.Teringat dia dengan peristiwa dulu.Dia senyum kembali.Dia cepat-cepat keluar dari biliknya.Mereka dua beranak menuju ke rumah Siti dengan kereta baru Ahmad.Nissan,FAIRLADY berwarna putih.Kereta yang menjadi kegilaannya selama ini.

Mereka masuk keruangan rumah Siti.Pintu rumahnya di buka luas.Ada tetamu lain di rumahnya.Ahmad makin berdebar-debar.Laju jantungnya berdetak.Mereka keluar dari kereta.Aliff menyambut kedatangannya.Siti mengintai dari tingkap saja.Bingung.Terkendap-kendap dia mengintai dari dalam rumahnya.Dia tidak perasan siapa tetamu yang datang.

“Sapa tu kak?”Siti menyoal Irma.Irma juga memerhati.

“Mak Anum kamu…dengan Abang Ahmad tuh..”Belum sempat dijawab Irma,Mak Nah yang turut berada di situ menjawab pertanyaan Siti.Dia sudah bangun dan berada di Pintu.Siti terkedu.

“Lainnya Abang Ahmad sekarang.KURUS!!Apsal serabai ngan jambang pulak sekarang nih..macam BANGLA….ish…..selekehnya….”Siti rasa pelik.Lain benar dia melihat keterampilan Ahmad.Dia jadi pelik.Tergaru-garu kepalanya saat itu.Irma tergelak bagai nak tergolek melihat wajah Ahmad.Siti mencubit lengan kakaknya.Dia tunduk dan menahan rasa ingin ketawa.Irma menggosok lengannya yang sakit dicubit Siti.Namun dia tetap gelak-gelak kecil ditepi Siti.Siti juga tidak tahan melihat wajah itu tadi.Mereka sama-sama gelak.

“Ti…lawak tul muka abang Ahmad kan….ahakkk..adoi sakit dah perut akak nih…adoi….cam Bangla dah rupanya…..”Irma menekan-nekan perutnya.Siti juga.Mereka tidak berani ketawa kuat-kuat,takut didengari ibunya.Lagi pun Mak Biah dan Abah Nasir juga ada di situ.Mereka bangun dari duduknya,menuju ke pintu depan.

“Mak Anum…”Irma datang menghulurkan salam.Siti membuntuti Irma.Dia mengetap-ngetap bibirnya.Menahan rasa ingin ketawa.Siti menghulurkan tangan berjabat salam.Mak Anum terus menyambar dan memeluk Siti.Siti terpinga-pinga.Sempat Ahmad merenung Siti .Dia betul-betul dibelakang ibunya.Siti tidak melihat wajah itu.Dia jadi geli mahu memandang Ahmad.Bimbang lagi kalau-kalu dia terguling-guling ketawa melihat wajah BANGLA Ahmad itu.Mak Anum tak putus-putus mencium dahi dan membelai wajahnya.Siti senyum.Dia menarik tangan Mak Anum supaya duduk di kerusi.Ahmad melihatnya dari tadi.Tapi tiada sebarang respon dari Siti pun.TIDAK SESAAT PUN DIPANDANG WAJAHNYA!Terasa diri seperti terpinggir..!!

“Semakin cantik kau Ti…….”Hati jantannya mengakui kecantikan Siti yang sangat berseri-seri itu.Degup jantungnya kuat bergendang.Namun dia masih mengawal dirinya dari kegelisahan yang panjang.Andai dapat dia memeluk Siti sudah pasti saat itu tidak dilepaskannya.Dengan sendirinya ada senak mencucuk dada Ahmad.Dia menghela nafasnya yang tidak lega itu.Dia menuju kearah Abah Nasir dan Aliff.Mereka bersalaman.

“mak Anum duduk la sini…Siti nak ke dapur sekejap…”Kata Siti.Namun Siti masih di tarik mak Anum dan duduk seketika ditepi paha kiri mak Anumnya.Ahmad duduk disebelah Abah Nasir berhadapan dengan Siti..Dia masih memandang Siti.Mak Anum terpandang wajah anak jantannya itu.Ahmad sedang memerhati Siti.Mak Anum senyum sendiri.Dia mula dapat menghidu sesuatu dari Ahmad.Namun dibiarkan lamunan pendeknya itu berlalu.

“Maaf la malam-malam datang nih…..”Mak Anum menepuk-nepuk paha mak Nah yang duduk sebelah kanannya itu.

“Ishhh..kau nih Anum..macam tak biasa datang umah aku…”Mak Nah menyampuk.Mak Biah menyengeh saja.Rancak mereka berbual.Siti meliar memandang ke lain.Terkadang dia berbisik-bisik di telinga Irma.Mereka senyum dan ketawa sambil menutup mulut.Ahmad masih memerhati.Sangat suka dia melihat keletah Siti.Terkadang tumpang menyengeh juga mendengar Abah Nasir bercakap.Dia tunduk bila mata mereka berrtentangan.Siti sempat menjeling tajam padanya.Dia tunduk lagi.Terasa malu dengan diri sendiri.Apatah lagi rasa bersalahnya pada Siti sangat menebal.Dia tidak banyak bercakap.Seperti bingung bilamana Aliff mahu pun Abah Nasir menyoal. SAH!!Otak Ahmad sudah SENGAL.Kepalanya melayang entah kemana.Masih memerhati Siti.Namun Siti tidak selesa direnung Ahmad.Cepat-cepat dia bangun dari duduknya.

“Siti ke dapur dulu ye mak Anum…”Dia meminta izin mahu ke dapur.Siti sempat lalu disebelah Ahmad.Ahmad sengaja meletakkan tangannya di atas pelapik kerusi.Sejurus Siti berlalu ditepinya,sempat dia menyentuh jari Siti dengan jari telunjuknya.Siti sempat menoleh.Sentap juga dia waktu itu.Ahmad menjeling sipi-sipi saja.Buat-buat muka tak bersalah.Dia mengetap bibirnya dan lalu menutup mulutnya.Senyum sendiri.

”GATAL!!ishhhh…..senget dah si BANGLA nih..!!”Bisik hati Siti yang agak marah dengan sentuhan Ahmad tadi.Siti cepat-cepat menarik tangan Irma menuju ke dapur.Malas melayan perasaannya yang sudah mati itu terhadap Ahmad.

“Dah telefon buah hati..?”Irma menyoal Siti.Dia senyum mengendap muka adiknya itu.

“Dah!!”Siti senyum sambil mengacau air dalam teko.

“Padanlah berseri-seri je muka tuh…”Irma mengusik.

“Ish ke situ pulak akak nih..”Siti menjeling padanya.

“Dah tak suka Abang Ahmad ke..?”Soalan panas dari Irma itu buat Siti terhenti mengacau air.

“Ishh..apa ni kak?!!”Siti memuncungkan mulutnya.Irma senyum.

“ye la..dulu bukan main duk kacau dia….lompat tingkap bagai…..lupa….?”Irma mengusiknya lagi.Siti merenung tajam pada kakaknya.

“Dah la…cite lama…….”Wajah Siti berubah.Irma menepuk-nepuk bahu adiknya itu.Dia senyum.Siti pun.Biar kelat senyuman di ukir.Siti tetap bertahan tidak mahu mengingatinya lagi.Mengapa harus Irma mengimbau kenangan dulu.Siti sudah baik dari ‘sakit’nya.Dia tidak mahu lagi mengenang semua itu.Padanya semua itu hanya kenangan.Kenangan yang sudah dibuang dari kamus hidupnya.BARANGKALI?!!

“Akak…bawak la naik air nih..Siti nak masuk bilik air jap..”Kata Siti yang sudah menyiapkan air teh susu pada tamunya.cepat-cepat Siti menuju ke bilik air..Irma datang mengangkatkan air yang sudah disiapkan Siti.

Ahmad turun dari tangga berselisih dengan Irma.Dia mahu ke bilik air.

“Aik bang..nak gi mana….”Irma bertanya.Berhenti seketika di tangga itu.

“Abang nak gi bilik air jap…”Kata Ahmad.Irma mengangguk.Dia lupa Siti berada di bilik air.Irma terus berlalu menuju ke ruang tamu.

Ahmad cuba menolak pintu bilik air itu.Belum sempat dia menolaknya Siti dengan tiba-tiba keluar dari dalam.

“Makkkkkk…..”Siti menjerit.Dia terkejut.Kedengaran suaranya sampai ke depan rumah.

“makkk!!”Ahmad pun terkejut juga saat itu.Dia mengurut dadanya.Dia memandang Siti yang tegap berdiri didepannya itu.Siti juga memandang tajam padanya.Wajah si comel itu bisa membuat jantungnya berdegup laju kembali.Siti hanya mampu melihat.Tidak ada lagi degupan jantung yang bisa membuat dia rasa seperti ingin mati dalam dangkapan Ahmad.Sudah tidak ada rasa itu.Melayang entah kemana.Yang tinggal hanyanya rasa benci dengan keterampilan Ahmad sekarang.Selekeh.Ahmad tidak pernah seselekeh itu sepanjang dia mengenalinya.Siti segera memboloskan dirinya dari Ahmad.Terpandang juga dia pada baju melayu yang dipakai Ahmad itu.Teringat dia pernah menggosok baju itu.Namun dia tidak ingin lagi bermimpi.Dia berlalu.Ahamd masih mengekor pandangannya pada Siti.Dia menggosok-gosok pipinya.Ada resah memintak di hati.

”Ti..kenapa pandangan mu terlalu kosong padaku??”Hatinya menyoal.Dia tunduk seketika dan berharap Siti menolehnya kembali.Namun harapan itu terkubur dek suara Aliff.

“Apsal nih Siti…??”Tanya Aliff.

“Ishhhh…”Siti memandang Aliff dan berlalu..Kelat wajah Siti waktu itu.Seperti marah.Ahmad yang tidak jadi masuk ke bilik air meluru naik semula.Siti masuk ke dalam biliknya.Ramai yang memerhati.Gerun juga Ahmad waktu itu.Bimbang kalau dituduh melakukan sesuatu.

“Tak de apa lah….Siti terkejut tengok saya..”Ahmad datang menghampiri mereka di atas rumah.Aliff buntu.Terpinga-pinga.

“ooooooooo……ingatkan apa………….”Semua seperti melagukan sebuah nyanyian di atas pentas.Serentak bersuara.Gelihati juga Ahmad mendengarnya.Dia senyum.Namun senyumannya sangatlah memaksa diri.Berputar-putar persoalan datang menyinggah.

“Ishhh….adoii….Fuhhhhhh…….”Siti menghembus panjang nafasnya.Siti keluar semula dari bilik.Dia selamba datang dan duduk semula bersama yang lain.Ahmad masih memerhati.Namun tidak pada Siti.Tunduk dan sesekali berbual mesra dengan ibunya.Suka Ahmad melihat situasi itu.Dia tahu ibunya sangat suka Siti.Hatinya terasa damai.Sedamai hembusan angin malam itu.

Agak lama juga dia di situ.Siti juga sudah menguap berkali-kali.Ahmad masih memerhati.Suka benar dia sekodeng wajah comel Siti itu..Apa jenis riak muka Siti pun dia suka melihatnya.Dia terkadang senyum sendiri.Mungkin malam ini bakal membuat dia sawan dek cinta lamanya yang hampir mati itu.

“Bang..jomlah kita balik….Siti dah ngantuk tuh…”Mak Anum mengintai Siti di celah Irma.Siti tunduk malu kerana berkali-kali dia menguap.

“Ishhh..mak Anum mana ada….”Siti tunduk malu.Mak Anum yang sudah bangun dari duduknya menghampiri Siti.

“Ti…..ada masa datanglah umah Mak Anum ye….”Mak Anum memegang mukanya.Siti mengangguk dan mengusap-usap lengannya.Senyum bercampur segan dibelai sebegitu.Ahmad memandang disebelah ibunya.

“Abang balik dulu ye Ti….”Dia senyum melihat Siti.Mereka berbalas pandangan.

“Bang!Jambang tuh buang…dah macam BANGLA Siti tengok..ahak..”Siti menutup mulutnya menahan rasa ingin ketawa.Ahmad menyentuh mukanya.Sentak juga dia ditegur Siti sebegitu.Dia mengetap-ngetap bibir merahnya itu.Siti terpandang bibir itu.SAWAN!!

“Adoi……buat dah…buat dah……argghhhh……tidakkkkkkkkk…..”Degup jantungnya berdetak kencang.Siti tunduk.Sawannya datang kembali.Namun ditahan rasa itu didepan semua orang.

“Elok jugak Ti tegur…dah berapa kali mak Anum bagitau..tak di cukurnya jugak…hemmm….”Dia menepuk lengan anaknya itu.Ahmad sekali lagi mengetap-ngeta bibirnya.Siti memandang lagi.Sangat rindu sebenarnya dia dengan lelaki ini.

”TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKK….!!Dia ‘sudah jauh’ dari aku….tidak mungkin!!”Hati nya menafikan kebenaran.Siti kembali gelisah.Dia tunduk.Mak Biah menepuk bahu Siti.

“Ti…mak Biah pun nak balik jugak nih…….balik dulu la kak….”Mak Biah memegang lengan Mak Nah.Mak Nah mengangguk.Dia turun dari rumah itu bersama suaminya.Laju juga jangkahan mereka menuju ke rumahnya.Siti sekeluarga masih memandang dari jauh.

Ahmad sudah pun berlalu..meninggalkan halaman rumah Siti sebentar tadi.Namun mengapa dia merasakan tidak puas sebenarnya menatap wajah itu.Rindunya datang kembali.Siti menutup pintu rumahnya.Namun sarat dihati membebani rindu.

”Hemmmmmmmmmmmmmm”Dia menarik nafasnya dalam-dalam.Helaannya tersekat-sekat.Siti memicit-micit kepalanya.Dia sudah penat dan mengantuk.Dihempaskan badannya ke katil.Tidak dapat berfikir lagi.Dia lena berpelukkan bantal peluknya.Irma menggeleng-gelengkan kepala.Senyum dia melihat Siti.Dia menyelimuti adiknya itu.Dia mengusap kepala Siti.

“Dik….tido la…..semoga dapat mimpi yang indah-indah malam ni ye….”Irma mencium dahi Siti.Dia bangun dah menutup lampu bilik itu.Irma memeluk Siti.Terlelap juga dia disisi Siti.Mereka lena dipembaringan.Memintal mimpi di malam hari itu…………………………………..

0 ulasan: