CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tok Dan Opah

Tok Dan Opah

Assalammualaikum...

Selamat datang ke blog Shahir+Adira=Shahira.. Kami ingin berterima kasih kerana sudi melihat blog ini.. Kami admin mengalu-alukan semua agar sentiasa memasuki blog ini dan melepak di blog ini..Terima kasih buat Yunie Zahan kerana sudi berkongsi novel "September Musim Cinta"...Sebarang komen atau apa2 saja tulisla di Jom Chat...

Shahir dan Adira

Shahir dan Adira

-: B!LA C!NTA :-

-: B!LA C!NTA :-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

~WELCOME~

Bio Shahira

Bio Shahira

SHAHIRA

SHAHIRA
ADIRA & SHAHIR

Love Shahira

Birthday Shahir

Birthday Adira

-: ShahiraZONE :-

AKUJANJI SHAHIRATICS..ekekeke kalau x tepati bkn shahiratics sejati..

Sebab admin sayang sgt dgn Kg Shahiratics, Tok Ketua, Penolong Tok Ketua n penduduknya...so ada beberapa isu admin nk bangkitkan di sini. Tak semua org suka apa yg kite suka, so kene sentiasa berhemah sentiasa k.

Sebagai warga kampung Shahiratics yg sejati, anda diminta mematuhi arahan-arahan berikut;-

1. MEROYAN

- Sila royan dgn berhemah. Dilarang mengekspresikan perasaan diri yang keterlaluan sama ada gembira atau sedih atau dlm ertikata lain meroyan, merobuk di kampung/umah lain selain di kg shahiratics. (Cth kampung/umah lain; Shahir af8, Adira fan club, wall mak anum, wall kak nam etc...)

- Kene fikir jgk sensitiviti n perasaan org lain.

2. EDIT GAMBAR

- Org kg shahiratics mmg kreatif, tak dinafikan lg. Tapi, sebarang gambar2 yg diedit perlulah menepati piawai yang telah ditetapkan, atau admin akan delete.

i) tiada sebarang gambar2 edit yang keterlaluan (seperti berpelukan, badan lain muka lain; badan sheila majid, muka adira-tidak dibenarkan sama sekali)

-Kalo nk edit gambo org tu...pandai2 la mintak kebenaran ye...

3. TAG/MENEMPEK GAMBAR/VIDEO

- dilarang menampal atau men'tag' sebarang gambar shahira di wall pihak lain terutama wall umum sepetri wall mak anum dan wall kak nam tanpa kebenaran admin shahiratics (p/s: kami memahami keinginan anda untuk berkarya dan berkongsi kegembiraan tetapi tidak semua yang setuju dengan kegembiraan dan kekreatifan kita berkarya).

- Tag berpada2..kalau gmbar Shahira berdua tu tak perlulah tag d page Shahir Af8 cthnye...or pada keluarga mereka. Tag/tempek ikut kesesuaian lah ye. Jgn la kat wall mak anum tag gambar Adira lak cthnye.

4. KREDIT GAMBAR/VIDEO

- sebarang gambar/video yg diambil dari pihak ketiga, sila kreditkan nama pihak terbabit.

5. TETAMU TAK DIUNDANG

- apabila ada tetamu yang tidak diundang datang, sambut mereka dgn sennyuman, bentangkan kapet merah siap dgn bunga manggar or tarian naga ke skali walau kita tak tahu apa tujuan mereka.

- apa jua provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak lain jgn mudah melatah. Jika masih rasa marah..tekan tanda =)

6. SPEKULASI

- dilarang membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita/keadaan sebenar walaupun di dalam hati kita punya taman bunga sebesar alam.

- dilarang 'copy & paste' atau'print screen' apa2 jua perbualan dari pihak lain tanpa mengetahui apa yang diperkatakan..

- nk CSI pun, jgn la terang-terangan sgt...coverline skit k

7. KUTUKAN/PROVOKASI/PERGADUHAN

- Jangan cpt melatah...kite relax je org nk kata apa. Ingat moto KG. CHILL & IGNORE =)

- Dilarang wujudkan sebarang pergaduhan di Kg. Jika ada..pandai2 lah sejukkan/tenangkan keadaan ye. kalau ada org baru yg masih tak faham konsep di kg kite...sila2 lah tunjuk ajar ye.

- tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan/perbalahan/ atau apa2 yang menyebabkan perasaan tidak senang kpd sesiapa jua yg membaca. sebelum berkata atau menulis apa2..fikirkan perasaan org yg membaca dgn meletakkan diri sendiri di tempat org yg diperkatakan..

8. KERAHSIAAN/ISU SENSITIF

- isu2 sensitif dan rahsia kg.. jika ada perkara2 yg terpaksa diperap dalam peti besi yg dirahsiakan lokasinya bukan la bermakna admin xnak kongsikan ngan org kg terchenta nie tapi itu adalah untuk tujuan keselamatan dan keamanan kg tercinta nie n menjaga keselamatan pihak2 yg berkenaan.. org2 kg yg sejati mesti faham kan? Tapi kami cuba sedaya upaya berikan sajian menarik utk semua ..

9. NAMA SHAHIRATICS

- Sapa2 yg pakai nama fb ada shahiratics tu...pandai2 la behave ye, lg2 kat umah/kg org lain...korng bawak nama shahiratics, so kalo buat apa2 ramai yg melihat...lg2 kalo wat salah. jgn nnti hnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga...k =)

**Admin cuba buat yg terbaik utk semua..utk Kampung Shahiratics, org2 kg n tak lupa juge buat SHAHIRA kesayangan kite. Harap semua leh beri kerjasama ye... Ni semua utk kesejahteraan kg.. =)

SAYANG SHAHIR+ADIRA=SHAHIRA

SAYANG KG SHAHIRATICS

SAYANG WARGA SHAHIRATICS SEMUA

CHILL & IGNORE

ANYTIME ANYWHERE

September Musim Cinta

September Musim Cinta

Selasa, 21 September 2010

SEPTEMBER MUSIM CINTA-BAB 6

Selepas di hantar Che Ahmad yang ditemani Mak Anum 10 minit yang lalu.Siti bergegas bersiap-siap didalam biliknya.Dia menyapu sedikit bedak dan menenyeh sedikit lipgloss ke bibirnya yang hampir kering.Dilihat mukanya di cermin.Terpesona menatap wajah sendiri.”Comel jugak aku ni yer…”getus hati.Dia mengikat rambutnya dan memakai tudung berwarna krim.Sepadan dengan corak bunga-bunga diatas baju kurung orennya itu.Dia masih membelai-belai wajahnya.”Mat..apakah aku masih tidak layak bertakhta dihatimu..???Tidak sepadankah aku denganmu Mat…??”Dia senyum sendiri.Tiba-tiba lamunan terhadap Ahmad terhenti.Bersilih-silih wajah Cik Rozi datang memukul fikiran…”SIAP KAU SITI!!”kata-kata itu berlegar dibenaknya.Buntu!!Sekali lagi lamunannya terpadam bilamana suara kakaknya menyinggah dari ruang depan ke biliknya.

“Cepat la Cik Siti oii……nak make-up apanya lagi…..kang lambat la pulak baliknya…”Irma mengintai dipintu bilik.Siti membaiki tudungnya yang agak senget itu.Ditiliknya sekali lagi di cermin.OKEH…CHANNNTEEKKKK….!!



“Ti…..goodluck!!”Irma melambai-lambai tangan pada Siti.Mak Nah duduk ditangga rumah memerhati Siti berlari-lari anak menuju ke rumah Farina.Nasir,abahnya Farina sudah tunggu dalam kereta.Farina menanti Siti dipintu kereta.Sempat juga Farina melambai-lambai mereka.Jarak rumah Farina hanya 3o meter dari rumah Siti.

Mereka berangkat..Lama Siti di sekolahnya.Bertemu kawan-kawannya..Jarang sangat dapat berjumpa.Al-maklum sajalah rumah Siti dan Farina agak jauh dari teman-teman sekelasnya yang lain.Abah Nasir turut mengiringi mereka.Sempat juga Abah Nasir berborak-borak dengan kawan-kawannya yang turut menemani anak masing-masing.

Suka Siti dan Farina bertemu semula rakan-rakan sekelas.Macam-macam isu yang mereka cakapkan.Ada yang sudah mendapat keputusan.Ada juga yang masih menanti giliran.Ramai juga yang menyapa Siti.Kebanyakkannya lelaki.Siti cantik sangat hari itu.

“Hai Ti……”Tegur anak muda menjadi kegilaan budak-budak sekolah Siti.Akim..dia menyapa Siti.Siti memandang.Tampan macam dulu-dulu jugak.Siti senyum.Dia pun senyum.”Buaya darat dah sampai..dah……”hatinya berkata-kata.

“Hai….”Siti mengangkat tangan kanannya.Farina tersengeh.Akim datang mendekatinya.Dikenyitkan matanya pada Siti.Farina senyum”Buat dah buaya tembaga berekor kucing parsi nih……datang menggedikkan ekor..nak edjas Siti la tuh..”suara hatinya berbisik.Meluat.

“Cantiknya awak hari nih…..bile lagi nak date ngan saya nih…nanti call ‘abang’ yer…nombor dah ade kan……..”menyengeh Akim menyendal bahu ke bahu Siti.Siti mengelak tapi bertempuh juga bahu mereka.Akim berlalu sambil tangannya menutup mulutnya dah dihembus tanda flying kiss pada Siti.Ramai yang memerhati.Jeles!

“Yaaaaarrrrrlllllkkkkk……werkkkkkk..nak muntah aku eh..”kata Farina.Siti ketawa.Abah Nasir sibuk berborak dengan cikgu Fatimah,kawan lamanya semasa bersekolah dulu.Tidak menyedarinya.

Akim ketua pengawas sekolahnya itu sudah lama mengusha Siti.Cuma Siti saja yang tidak ambil peduli.Dia malas nak couple-couple di sekolah.Lagipun Akim persis buaya darat.Tak kuasa Siti melayannya.Farina juga tidak suka kalau setiap kali Akim datang mengganggu Siti.Mujurlah Siti tidak berapa layan.Farina tahu siapa didalam hati Siti.Cinta yang tumbuh tiada sempadan itu,sentiasa mengingatkan dirinya supaya tidak akan ada lelaki lain yang boleh bertakhta sedalam ini didalam hatinya,selain AHMAD!

Betapa girangnya hati Siti bertemu rakan-rakannya.Sudah ada yang menjerit-jerit,menangis,berpelukkan dengan keluarga,ada yang melonjak-lonjak keriangan.Siti gementar bila kertas keputusannya berada ditangan.Farina pun.

“Ti….ko buka dulu ke aku..??”Tanya Farina.Ramai jugak la kawan-kawan mereka menunggu keputusan mereka.Termasuk abah Nasir,ayah Farina.

“ermmmm…sama-sama bukak nak..??”Siti tak sabar untuk melihat result nya itu.

“jomm…”kata Farina.

“1…2..3…”terpampang result mereka berdua.

‘’Arrrgghhhh……..”Siti melompat-lompat di situ…suka bercampur sebak.Dalam hatinya berkata”Mat!!kau tewas dengan aku…..YES!!result aku lagi baik dari kau”.Ahmad hanya mendapat 9A 1B,semasa SPMnya.Ahmad tidak tahu..sebenarnya dialah pemangkin semangat pada Siti.Siti mahu jadi sepertinya.Menjadi budak pandai.Dulu Siti sangat malas untuk mengadap buku mahupun belajar,tapi sejak Ahmad masuk Universiti beberapa tahun yang lalu Siti jadi mahu sepertinya.Jadi orang berguna.Berpelajaran.

Tertumpah air mata Siti.Berjaya jua dia dengan usahanya itu.Rasa ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahmad.Terkeronyok kertas keputusan SPMnya itu kerana sangat gembira.Terloncat-loncat Siti keriangan.Tidak sabar rasanya ingin pulang.”Mak…..Siti..berjaya mak……..”suaranya tersekat-sekat.Farina memeluknya.Siti menyambut pelukkan itu.Ramai yang mengucapkan tahniah.

“Ina..ko dapat berapa…???”Farina diam.Abah Nasir memegang tangan Farina.

“Aku takde A……..5B 5C……”Farina kecewa.Abah Nasir menenangkan Farina.Farina tenang.

“Kau Ti..??”Air matanya dikesat.Dia juga mengesat air mata Siti.Abah Nasir dan kawan-kawan yang lain sabar menanti keputusan Siti.Riuh rendah suasana di sekolah waktu itu.Guru-gurunya turut di Siti.Dengan perlahan Siti membuka semula kertas itu.

“Siti………….10A…..aaarrrgghhhh…..Siti…….tahniah!!”Farina memeluk kawan baiknya itu sekali lagi.Siti mencium tangan abah Nasir.Terkeluar juga airmata orang tua itu.Tumpang gembira biarpun anaknya tidak sehebat Siti,dia tetap berbangga.Siti juga dianggap seperti anaknya sendiri,setelah kepergian Pak Salidin.”Abang Din…pandainya anak kau…alangkah bagusnya kalau abang dapat melihat kejayaan Siti…”hati Abah Nasir bersuara.Bergenang jualah airmat Abah Nasir waktu itu.Sebak.

Lama mereka di situ.Tidak sedar masa berlalu.Abah Nasir mengajak mereka berdua makan tengahari di kedai.Abah Nasir belanja Siti makan.Farina tumpang gembira dengan kejayaan Siti.Lama juga mereka di kedai berbual-bual.

“Siti dah telefon rumah???”Tanya Abah Nasir.

“Telefon rumah kita kan rosak bah….panah petir ari tuh,rumah Siti pun sama kan Ti..”Jelas Farina.

“A’aa..telefon Kak Irma tak de line…..”jelas Siti.Kalau dia telefon Alongnya pasti tidak berangkat.Aliff suka meninggalkan telepon bimbitnya di atas bendol kandang.Tidak tahu kenapa Aliff tidak suka benar diganggu waktu kerjanya.Mungkin sudah terbiasa sewaktu bekerja di Kilang dulu.

“tak pe la….jom la…dah lama sangat dah nih..jom balik…abah pegi bayar sekejap..”kata Abah Nasir.Mereka mengekor.Abah Nasir senyum.

Jam menunjukkan 1.30 petang,Siti belum balik.“Mana la Siti pegi nih…..dari tadi tak balik-balik…”mak Nah kerisauan.Berdebar jugak menunggu keputusan anaknya.

“ada Siti telefon Irma..?’’tanya mak Nah pada Irma yang sedang menonton tv.

“telefon tak de line la mak…..telefon rumah kita kan rosak..nanti-nanti balik la tuh…”kata Irma memujuk hati ibunya.

“cuba la ke rumah Mak Biah kau jap..tanya kalau-kalau ada Farina telefon…”mak Nah memberi cadangan.

“Yer la..Irma pegi jap..”Irma bingkas bangun.Belum sempat dia pergi kedengaran sayup suara memberi salam.

“Assalamualaikum….”jauh kedengaran suara itu datang dari laman rumah..

“waalaikumsalam..”jawab Irma yang menuju kedepan melihat siapa diluar.

“mak ada??”Suara Cik Rozi mengah bergedik melenggangkan bodynya yang tak berapa nak ramping tuh.Wajah Irma berubah.Hatinya kurang senang dengan kedatangan Cik Rozi.“Pasti ada yang tak kena nih’’hatinya berbisik..

“naik la….mak ada…..”Irma menuruni anak tangga.Laju langkah Irma menuju ke rumah Farina.Sempat juga dia berpaling melihat semula kebelakang.Mak Nah mengintai siapa yang datang.

“Eh Rozi..masuk la…ada apa??”tanya mak Nah.Laju dia meluru masuk keruangan tamu rumah mak Nah.Belum sempat pun melabuhkan buntut nya itu.Dia sudah mula menerjah Mak Nah.Panjang lebar la si Rozi janda tak sayang mulut nih duk pengapi-apikan Siti depan mak Nah.Tak berenti-renti dia bercakap..Mak Nah sudah naik darah.Panas didada mak Nah membara,menebal kemarahan mak Nah.Tunggu nak meletup saja lahar didadanya.Tidak lama Cik Rozi disitu……Mak Nah tak tunggu lama nak naik hantunya itu.Dadanya panas.Tajam dia merenung Rozi……

“keluar………keluar dari rumah aku….KELUARRRRRRRRRRRRRR..!!”jerit mak Nah.Bagai petir memanah 2 hari lepas di Kampungnya yang mematahkan sebatang pokok kelapa yang sudah tua,hujung simpang rumah Mak Nah sehinggakan talian eletrik dan telefonn rumah mereka terputus.Tercampak Cik Rozi lenggang tak menjadi tuh bangun dari tempat duduknya.Dia bangun sambil lantang mencekak pinggangnya.

“Percaya lah cakap saya kak!!Siti tu dah MENYUNDAL dengan Ahmad..percayalah kata saya nih..HUH!!”WAH!!beria-ia dia menyampaikan khabar yang belum tentu betulnya itu.Dari mana entah dia mendapat cerita yang sangat mengaibkan Mak Nah sekeluarga nih.Malu mak Nah dengan kata-kata Rozi!!!

“KELUARRRRRRRRRRRRRRRRR”jari telunjuknya menuding keluar.Terduduk orang tua itu tidak bangun.Menggeletar seluruh tubuhnya mendengar kata-kata Cik Rozi tadi.Mak Nah meraung bagai orang gila.Terkocoh-kocoh Cik Rozi turun dari tangga mak Nah dan berlari-lari anak keluar dari laman rumah Siti.Menguntum senyum yang sangat menjengkelkan….Mak Nah mengurut-ngurut dada.Tersekat-sekat nafas orang tua 50-an itu.

Irma bertembung dengan Cik Rozi kaki panjang macam zirafah tuh,laju dia berjalan.Irma hanya memandang.Cik Rozi menjeling tajam ke arahnya.Irma bertambah tidak sedap hati.Berlari-lari anak Irma menuju ke rumah.Hatinya risau.Cepat-cepat dia naik ke rumah.

“Mak….mak….ooooo..mak..”Irma mencari-cari Ibunya.Dia kedapur tiada,dibilik air pun tiada,dia mengintai di bilik ibunya pula….Kelihatan mak Nah menangis dikatilnya.

“Ya!Allah..kenapa ni mak…”Irma menyentuh bahu ibunya.Mak nah menepis sentuhan tangan Irma dibahunya.Mak Nah menangis.Mak Nah memandang jauh ke dalam mata Irma.Tajam!

“Keluar!!”diherdiknya Irma yang tercegat didepannya itu.Tersentak Irma.

Tercampak rasanya dia mendengar jerkahan ibunya tadi.Irma meluru ke biliknya.Mundar-mandir dia di situ.Mahu juga rasa dia menangis.Terkejut.Buntu dia memikirkan apa yang berlaku.Dadanya sesak.”manalah Siti nih..balik la dik…..”Hatinya meronta…

Mak Nah bangun dari katilnya,dia membuka pintu almari bajunya.Dia meraba-raba jauh kedalam almari itu.Mak Nah mengesat-ngesat airmatanya.Hatinya membara bagai lahar gunung berapi menggelegak mahu meletup.

“Siap kau Siti…balik kau nanti siap kau……..”merengus mak Nah kemarahan.Dia bagai orang lupa!Panas bahang mentari yang baru keluar tengahari tadi menambah suhu kepanasan dadanya.Membuak-buak berkocak mahu memuntahkan lahar api kepanasannya itu.Terngiang-ngiang mendengar racunan Cik Rozi tadi.”Anak mak Nah,Siti tuh selalu pegi menyundal kat kolam dengan Ahmad,berpeluk-pelukan, meraba-raba tanpa segan silu di kolam itik,masa ketiadaan orang…pura-pura baik..rupa-rupanya menyundal dalam kampung…”banyak lagilah yang dia kata hingga mak Nah tidak sempat nak simpan dalam memori otaknya.Terkadang mengimbau lagi Mak Nah dengan ayat Rozi mulut longkang itu.”Muka tak malu mak Nah….tak menyempat-nyempat nak blaki agaknya Siti tuh..tepi kolam pun tertiarap atas Ahmad.Si Ahmad tu pulak……amboi..amboi..amboi…bukan main…….Nampak alim tapi……”belum habis Kata-kata itu lah mak Nah menghalau Rozi keluar dari rumahnya.Tidak sanggup dia mendengar kata-kata yang sangat pedas dari Rozi!!Tidak tahu kenapa mak Nah terlalu percaya kali ini dengan kata-kata Cik Rozi lenggang nih.Suatu ketika dulu,Cik Rozi pernah datang memberitahu mak Nah yang Siti mandi disungai dengan budak-budak lelaki.Mak Nah sempat menerjah Siti waktu itu,yang betul-betul mandi dengan kawan-kawan lelakinya itu.Jadi mungkin sebab kebenaran itu mak Nah pecaya untuk kali keduanya ini.

“Hah! Jumpa pun!”mak Nah mendapatkan 3 batang rotan yang sudah lama tidak digunanya.Rotan itu jugalah pernah menjadi saksi bedalan mak Nah pada Siti di sungai dulu itu.Pernah juga digunakan merotan Siti sewaktu Siti ralid bermain hingga lupa balik kerumah. walaupun hari sudah senja.Siti panjat pokok tidak mahu turun dari pokok cermai di belakang rumah Farina dulu.Lunyai jugak betis Siti waktu itu dipukulnya.Mujur lah waktu itu abah Nasir yang datang menolong.Demam Siti terkena sebatan dari mak Nah waktu itu,hampir seminggu tidak kesekolah.Menyesal juga mak Nah waktu itu,tapi yang pasti dak Siti nih tidak serik-serik.

“Matilah kau kali nih aku kerjakan Siti..Siap kau…argghhhh..siappppp kauuuu Siti….Kau malukann akuuu yerrr..siapppp la kauuuuuuuuuuuuuuuuuuuu….”geram mak Nah menjadi-jadi.Matanya menjadi merah.Airmatanya laju mencurah-curah…tidak sabar menunggu kepulangan Siti!!

“Mak…..”kedengaran laungan kegembiraan Siti dari luar.Suaranya girang.Belum sempat Siti naik kerumah…………….Mak Nah meluru gagah bersama tiga batang rotan yang sedia diikatnya tadi.Rapi.Siti melihat mata ibunya merah,ditangannya ada rotan.Siti menguntum senyum,Namun senyuman tidak berbalas.mak Nah menyingsing lengan bajunya.Ditangan Siti ada kertas keputusan SPMnya.Mak Nah tidak sabar.Dihayunnya rotan itu terus membedal badan Siti .Sekuat-kuat hatinya.

“Zzzuuupppp…..PIIIIIIIAAAPPPPPP”dilibas rotan itu ke badan Siti.Siti menjerit.Irma mendengar jeritan itu bingkas bangun dari dalam biliknya.Berlari Irma keluar.

“Makkkk……”meraung Siti kesakitan.

“Makk……….”mak Nah terus membedal Siti.Tidak menghiraukan laungan Siti.

“Anak tak tau malu!!Kurang hajauuuuuu………malukan aku yer..kau malukan aku yer..hah!hah!”jerkah mak Nah.Merotan serta menonyoh-nonyoh kepala Siti.

“YA!Allah..Mak!!”Irma Cuba menghalang.Tetapi gagal.mak Nah bagai singa yang lapar meratah-ratah kulit Siti dengan rotannya.Irma cuba lagi membantu.Tidak tahu kenapa tengahari ini gagah benar mak Nah mengimbang tubuhnya.Entah Jin apa yang telah masuk kedalam tubuhnya itu.Dia bagai orang lupa!bergelut dia dengan Siti.Irma pun.Namun gagal.Irma menghalang.Dia juga terbedal oleh ibunya.Sakit!

“mak..ampun mak…….kenapa nih!!”Siti menjerit.Tercabut tudung yang dipakai Siti.Ditarik-tarik rambut anaknya itu.Geram.Mengamuk sekuat-kuat hati orang tua itu.Didepan bucu tangga rumahnya.

“Aaaaarrgghhhhhhh…sakittt makkkkkkkkkkkkk……”Siti menjerit sekuat hati.Siti menangis.Rayuan Siti tidak dihiraukan.

“Anak tak tau malu!!mampus kau..mampus kau kali nih….”mak Nah terus menyinga.Menarik-narik lagi rambut Siti.dia mengheret anak bongsunya itu ke depan tangga rumahnya pula.Rotan sudah dirampas Irma.Irma mencampak rotan itu jauh.Bimbang kalau-kalau dibedalnya lagi Siti!

Farina menjengah dari tingkap biliknya.Dia mendengar riuh rendah dari rumah Siti.Terkejut Farina.kelihatan Siti diseret oleh Mak Nah!!”kenapa nih..”bisik hatinya gundah.Cepat-cepat dia mendapatkan ibunya yang berada di bilik sebelah sana.

“Mak!!Abah!!cepattttttt..mak Nah pukul Siti..cepat……..”menjerit Farina memanggil kedua orang tuanya itu.Terduduk abah Nasir dari baringannya.Mak Biah cepat-cepat mengekor Farina dan suaminya.

Kedengaran lagi dari jauh.Meraung-raung.Bingit.

“Mak…sudah la..mak…”Irma menangis.Siti sudah lembek dipukul.Sakit yang amat sangat .Berdarah lengan dan kakinya dilibas dengan rotan tadi.Mundar mandir mak Nah mencari sesuatu.Siti yang sudah merangkak-rangkak mengekor ibunya.Memohon maaf.Irma juga mengekor sama.

“mak….sudah la..sudah-sudah la mak….”Irma mengikut mak Nah.Irma terpandang Siti yang sudah lemah.Dia mendapat kan Siti.Irma berjalan longlai.

‘Hah!!mampusss la kau kali nih Siti……….”mak Nah mencapai tempayan kecil di tepi tangga,laju dia meluru kearah Siti sekali lagi.Diangkatnya tempayan itu betul-betul menghala atas kepala Siti yang sudah terduduk,lemah longlai dia yang dipenuhi darah yang terkeluar dari celah-celah kesan rotan sebesar ibu jari,disebat mak Nah.Menyandar Siti ditepi tangga.Sakit.Irma baru cuba menghalang,tetapi malang juga tetap tidak berbau.Irma terjatuh rebah licin rumput yang bertakung sedikit air yang hampir kering selepas hujan.Tergelincir dia tersembam Irma di betis ibunya.Mak Nah yang siap sedia menghayun tempayan setinggi 3 jengkal tangannya .Tergoyang badannya mengimbangi namun terlepas jualah tempayan itu betul-betul menyinggah keras di atas kepala Siti..walhal dia Cuma teragak-agak sahaja waktu itu..PRAPPP!!Senyap!!T erkulai Siti sujud mencium tangga rumahnya..Rebah Siti tidak bergerak.Longlai jatuh dia perlahan-lahan tergolek ke tanah.PENGSAN!

“Makkkkkkkkkkkkkkkkkkkk……!!’’jeritan Irma sekuat hatinya.Mak Nah terduduk,bagaikan baru tersedar dia dari lamunan!!.Memerhati Siti begitu sahaja.Buntu.Dia terkejut.Mak Nah bingung.Diam.Irma merangkak mendapatkan Siti.Darah mengalir di kepala adiknya itu.Dikutip kutip pecahan tempayan dikepala dan tepi adiknya itu.Irma memeluk Siti.Diribanya Siti.Meraung Irma saat itu.Tangannya menampar-nampar bahu ibunya.Siti diam bagai tak bernyawa.Tidak bergerak.Mak Nah bingung.Diam terduduk jua dia diatas tanah.Terhuyung-hayang badannya.BINGUNG!Irma menangis sekuat hati.

“Ya!Allah…kak Nah…apa dah jadi nih…..kak…..”mak Biah terkejut.Farina dan Abah Nasir juga terkejut.Mereka merapati Siti.Mak Biah memeluk Mak Nah.



PADA WAKTU YANG SAMA,di kandang kambing,jam menunjukkan 1:30 tengahari…….

“Mat….aku balik jap…nak mandi-solat….nak salin baru la…busuk semacam dah aku rasa…”Aliff mencium badannya.

“Oklah…..”Ahmad mengesat-ngesat mukanya dengan tuala yang diikat pada lehernya.

“Matahari dah keluar…panas terik la pulakkan..?”Ahmad kesat lagi mukanya.Aliff mengangguk.Tangan kanannya memegang penyodok.Membersihkan tahi kambing yang bersepah-sepah dibawah kandang sebentar tadi.

“aku balik dulu lah…”Aliff meminta izin.Telefon bimbitnya sudah dicapai tadi.Dimasukkan kedalam poketnya.Dia meluru ke bawah pokok kelapa mengambil motosikalnya.Berkali-kali dia cuba menghidupkan motor itu.Masih tidak berjaya.Ahmad meluru menghampirinya.

“Tak idup jugak ke Liff………?”Tanya Ahmad.

“a’aahh……hairan…..time Siti start idup pulak……pakai bomoh ke apa adik aku tuh..”Dia berseloroh.Ahmad Senyum.

“Takpe la..aku hantar kau balik…..lagipun aku nak balik jugak nih….”Aliff menurut.Sempat jugak Ahmad memberitahu Angah Shah yang dia mahu balik sekejap.Mereka menuju kearah tempat Ahmad meletakkan kereta kancilnya itu yang terletak tidak jauh dari kolam itik.

“Siti tak telefon kau ke Liff..?”Tanya ahmad.

“apsal…..”Aliff bingung.Dia mengesat peluk didahinya.Mereka menaiki kereta sama-sama.

“Aik..kau lupa ke…..ari ni kan SPM kua……”Ahmad menjelaskan.

“A’aaa…lupa…..ishhhh…”Aliff menggaru kepalanya.

“Tak de pulak budak Siti ni telepon..agaknya dia tau aku tak suka diganggu waktu keje….ermmm…rasa-rasanya dah balik ke rumah ni….”Jelas Aliff sambil melihat jam dilengan kirinya itu.

“A’aaa….”Ahmad mengiakan.Ahmad memandu menyusuri jalan-jalan sempit menuju ke rumah Aliff.Perlahan pemanduannya.Bimbang kalau-kalau ada orang yang lalu lalang di situ.

“eh Liff…apsal tuh!!”Ahmad memerhati sayup jauh dari dalam keretanya itu.Aliff memandang.Kereta memasuki halaman rumah Aliff.Bergegas Aliff dan Ahmad keluar dari kereta.Berlari Aliff mendapatkan mereka yang berada di situ.Ahmad pun.

“Ya!Allah…Mak…..….Siti…Irma kenapa nih..?”buntu Aliff dibuatnya.Terkejut dia melihat Siti yang berlumuran darah dikepala.

“Alongggggggggg………”Irma merenget……lesu melihat situasi.Dia masih memeluk Siti yang pengsan di ribanya.Aliff mendapatkan mak Nah.Dia memeluk ibunya.Dia menangis.Ahmad terduduk ditepi Siti.Bagaikan tidak sanggup melihat keadaan Siti itu.Ahmad memegang kepala Siti.Walaupun gerun dengan darah Ahmad gagahi jua memerhati.,mak Biah dan Farina menangis.Mereka berpelukan.

“maafkan mak,Long….”mak Nah bersuara.Dia memaut bahu anak jantannya itu.

“cepatlah..kita bawa Siti ke hospital…”Abah Nasir datang bersama keretanya.

“cepat….bahaya biarkan Siti lama-lama macam tuh…”belum sempat mengangkat Siti Mak Nah pula pengsan di bahu Aliff.

“Mak..Mak…….”Aliff menepuk-nepuk muka ibunya,cepat-cepat dia mengangkat ibunya dengan abah Nasir.

“Ma…tepi skit…..”Ahmad melepaskan tuala dilehernya.Dia menutup kepala Siti yang berdarah itu,dengan pantas dia mengangkat Siti dan didukungnya gadis itu.Membantu.Sebak dia melihat sekujur tubuh kecil molek itu didukunginya."Ti...bertahan ye..."Ahmad berbisik dalam hati.

“Irmaa…...tolong abang pegang kain atas kepala Siti…pegang kemas-kemas..supaya darah tak kuar laju….”Irma menurut.Dia mengekor Ahmad masuk kedalam kereta kancil itu.Manakala mak Nah didalam kereta Abah Nasir.Mak Biah turut ikut.

“Ina tak payah pegi la..ta kde orang kat rumah,nanti tolong tutup pintu umah mak Nah sekali yeh!!”pesan mak Biah pada Farina.Farina menggangguk.”Ya Tuhan kau selamatkan mereka…”Farina mengangkat tangan dan berdoa.Lalu berlalu masuk ke rumah Siti.Membantu menutupi pintu dan tingkap rumah kawan baiknya itu.

Kedua-dua kereta itu menuju ke Hospital Besar di Bandar.Bergegas mereka menuju ke ruangan ICU.Di parkingnya kereta betul-betul depan muka pintu Hospital.mak Nah dan Siti dibawa masuk ke ICU.Mereka dibantu oleh pekerja-pekerja di situ.Mak Nah dan Siti masih tidak sedarkan diri.Siti mahupun Mak Nah.Diam.Tidak bergerak.

Lama mereka tunggu di luar.Mundar-mandir depan pintu ICU.Risau.”Ya!Allah..janganlah terjadi apa-apa pada mereka’’”mak Biah berdoa didalam hatinya.Ahmad melihat jam di tanganya.Hampir terlupa dia mengerjakan solat.

“Liff aku solat jap….”Ahmad memberitahu Aliff.

“aku ikut….”Aliff membuntuti Ahmad.Walaupun penuh kerisauan.Dia tersedar waktu solat zohor hampir melabuhkan tirainya.Mereka bangun dari tempat duduk.Berjalan menuju keluar.

“Liff….kau dah tanya Irma….kenapa dengan Siti??’’tanya Ahmad.

“Dah….Irma diam je..biarla dulu…….”kelihatan sangat besar kerisauan terpancar diwajahnya.Mereka berlalu ke ruangan surau,mengambil wuduk di situ.Dan berjemaah berdua.

Irma memeluk mak Biah.Abah Nasir baru selesai solat di Surau mendatangi mereka.

“macamana…??”Tanya abah Nasir pada mak Biah.

“Ntah….tak keluar-keluar pun doktor ke misi ke…..ish…risau saya ni bang…”Kata mak Biah.Irma diam.Airmata bergenang.Irma menyandar kepalanya pada bahu Mak Biah.

Pintu bilik ICU terbuka.Mereka menuju kearah doktor yang keluar dari perut bilik ICU itu.

“macamana…….doktor..”Tanya Irma yang sempat matanya melihat nametag doktor itu.NUBHAN.

“erm……mak awak ke..?tangan doktor Nubhan menunjuk kearah dalam bilik ICU.Terkumit-kumit mulutnya memandang Irma.Sempat berbalas senyum.Walau kelat senyuman Irma.Dia tetap membals senyuman doktor se jambu Nubhan itu.

“yer..yer…Rukinah Ali….”Irma memberitahu nama ibunya kepada doktor hensem itu.Terpana juga la si Irma dengan muka jambu mamat kat depan dia tuh.Tapi ibunya dan adiknya lebih penting sekarang bukan masa hendak mengedjas pakwe!!!!

“Mak awak….dah sedar..Cuma……….”mati di situ kata-katanya.Irma memandang Mak Biah..

“cuma apa doktor….??”Tanya abah Nasir.Berkerut dahi abah Nasir waktu itu.Risau.

“Makcik dah sedar….budak perempuan tuh tengah dijahit lukanya…jangan risau yer pakcik……”doktor itu senyum.Lega rasa hati.mereka itu pun senyum

“Boleh saya tahu sapa nama budak tuh…..”tangan doktor itu juga menunjuk-nunjuk kedalam bilik ICU.

“Siti Nur Adirah Salidin,adik saya doktor..”Irma menjawab.Tangan doktor itu menulis sesuatu diatas kertas yang dilapik dengan fail.Mak Biah masih memengan tangan Irma.Aliff dan Ahmad datang menghampiri.Sempat abah Nasir menjelaskan keadaan mak Nah dan Siti pada mereka.

“Boleh saya tahu……. kenapa dengan adik awak…banyak luka dia tuh…..?”soal doktor Nubhan.Belum sempat Irma menjawab.Abah Nasir menarik tangan Irma kebelakang.

“Dia..dia…jatuh te….te te.pi sungai belakang rumah tadi!!”tegas abah Nasir.Dia masih memegang lengan Irma.Isyarat suruh Irma diam.Irma seolah-olah faham.Tunduk!Aliff dan Ahmad juga diam.

“ooOooOoo….takpe la kalau macam tuh….ermm..ada sapa-sapa yang nak jumpa makCik Rukinah..??”Tanya Doktor Nubhan.

Abah Nasir menolak Irma kedepan.Mujur tidak tersembam Irma di situ.Irma memandang abah Nasir.Abah Nasir senyum seakan faham.

“Irma…kau pegi la masuk..takpe… kita tunggu luar je..”Abah Nasir berkata.

“Doktor!Tolong rawat luka budak ni jugak.”Tangan Abah Nasir menghulur lengan Irma.Irma turut luka dek membantu Siti tengah bergelut tadi.Abah Nasir perasan dari tadi Doktor tinggi lampai ini duk tenung wajah Irma.Dia senyum sendiri.seakan faham tenungan itu tadi.

Sempat jugak lah doktor jambu itu merawat luka Irma.Irma buat-buat bodoh didepan beberapa orang nurse kat situ.Malu pun ada sebenarnya,asyik ditenung doktor Nubhan.

“betul ke adik awak jatuh……habis awak jugak tercalar nih kenapa?Luka pulak tuh…”Soal Nubhan ingin tahu.Irma hanya tunduk.,mengangguk sahaja.Tidak mahu menjawab.Abah Nasir sempat memesan semasa menuju ke ICU tadi.Jangan diberitahu hal sebenar.Bimbang katanya kalau-kalau dijadikan pihak hospital menjadi kes penderaan.Itu pesan Abah Nasir tadi.

“Saya jatuh jugak….sama-sama jatuh..tapi saya agak bernasib baik…”katanya perlahan menjawab soalan dari doktor itu.

Ahmad meminta izin untuk pulang.Dia tidak dapat tinggal terlalu lama di situ.Banyak kerja dikandang perlu dibereskan.Mereka masih menunggu keputusan untuk Siti.Mak Nah sudah dibawa masuk kedalam wad.Mak Nah tidur.Letih berkungfu dengan anak-anaknya tadi.Aliff tidak mengganggu.Dia faham.

”Nanti balik rumah aku tanya Irma”getus hatinya.Siti juga telah dimasukkan ke bilik rawatan rapi.Banyak juga lah jahitan dikepalanya hasil dari pergelutan dengan ibunya.Dia masih tidak sedarkan diri.Tetapi keadaannya stabil.Irma menjaga mereka berdua di Hospital.Walaupun mungkin kepenatan Irma sanggup.Sudah diajak Aliff untuk Irma balik berehat dulu,tapi dia menolak.Aliff pulang bersama-sama Abah Nasir dan Mak Biah.Malam itu dia datang semula membawa pakaian ibu dan adik-adiknya di hospital.Aliff masih tidak berkesempatan untuk bertanya.Dibiarkan dulu keadaan benar-benar reda.

Aliff datang bersama Ahmad,selepas sloat maghrib tadi Ahmad datang mengambilnya di rumah.Ahmad setia menemani.Dia satu-satunya kawan yang sangat bertanggungjawab.Mak Anum turut datang menjengah sebentar tadi.Mak Nah masih membisu.Tidak mahu bercakap.Matanya bulat merenung tajam pada Ahmad.Namun dia sudah tidak berdaya menyerang.Diam.Namun sejuta persoalan bermain difikirannya.Apakah benar tohmahan Cik Rozi mulut longkang itu meracuninya tengahari tadi.Mengapa harus sekarang dia berfikir panjang..Mengapa baru sekarang....Setelah Siti hampir mati digomol olehnya...

0 ulasan: