CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tok Dan Opah

Tok Dan Opah

Assalammualaikum...

Selamat datang ke blog Shahir+Adira=Shahira.. Kami ingin berterima kasih kerana sudi melihat blog ini.. Kami admin mengalu-alukan semua agar sentiasa memasuki blog ini dan melepak di blog ini..Terima kasih buat Yunie Zahan kerana sudi berkongsi novel "September Musim Cinta"...Sebarang komen atau apa2 saja tulisla di Jom Chat...

Shahir dan Adira

Shahir dan Adira

-: B!LA C!NTA :-

-: B!LA C!NTA :-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

~WELCOME~

Bio Shahira

Bio Shahira

SHAHIRA

SHAHIRA
ADIRA & SHAHIR

Love Shahira

Birthday Shahir

Birthday Adira

-: ShahiraZONE :-

AKUJANJI SHAHIRATICS..ekekeke kalau x tepati bkn shahiratics sejati..

Sebab admin sayang sgt dgn Kg Shahiratics, Tok Ketua, Penolong Tok Ketua n penduduknya...so ada beberapa isu admin nk bangkitkan di sini. Tak semua org suka apa yg kite suka, so kene sentiasa berhemah sentiasa k.

Sebagai warga kampung Shahiratics yg sejati, anda diminta mematuhi arahan-arahan berikut;-

1. MEROYAN

- Sila royan dgn berhemah. Dilarang mengekspresikan perasaan diri yang keterlaluan sama ada gembira atau sedih atau dlm ertikata lain meroyan, merobuk di kampung/umah lain selain di kg shahiratics. (Cth kampung/umah lain; Shahir af8, Adira fan club, wall mak anum, wall kak nam etc...)

- Kene fikir jgk sensitiviti n perasaan org lain.

2. EDIT GAMBAR

- Org kg shahiratics mmg kreatif, tak dinafikan lg. Tapi, sebarang gambar2 yg diedit perlulah menepati piawai yang telah ditetapkan, atau admin akan delete.

i) tiada sebarang gambar2 edit yang keterlaluan (seperti berpelukan, badan lain muka lain; badan sheila majid, muka adira-tidak dibenarkan sama sekali)

-Kalo nk edit gambo org tu...pandai2 la mintak kebenaran ye...

3. TAG/MENEMPEK GAMBAR/VIDEO

- dilarang menampal atau men'tag' sebarang gambar shahira di wall pihak lain terutama wall umum sepetri wall mak anum dan wall kak nam tanpa kebenaran admin shahiratics (p/s: kami memahami keinginan anda untuk berkarya dan berkongsi kegembiraan tetapi tidak semua yang setuju dengan kegembiraan dan kekreatifan kita berkarya).

- Tag berpada2..kalau gmbar Shahira berdua tu tak perlulah tag d page Shahir Af8 cthnye...or pada keluarga mereka. Tag/tempek ikut kesesuaian lah ye. Jgn la kat wall mak anum tag gambar Adira lak cthnye.

4. KREDIT GAMBAR/VIDEO

- sebarang gambar/video yg diambil dari pihak ketiga, sila kreditkan nama pihak terbabit.

5. TETAMU TAK DIUNDANG

- apabila ada tetamu yang tidak diundang datang, sambut mereka dgn sennyuman, bentangkan kapet merah siap dgn bunga manggar or tarian naga ke skali walau kita tak tahu apa tujuan mereka.

- apa jua provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak lain jgn mudah melatah. Jika masih rasa marah..tekan tanda =)

6. SPEKULASI

- dilarang membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita/keadaan sebenar walaupun di dalam hati kita punya taman bunga sebesar alam.

- dilarang 'copy & paste' atau'print screen' apa2 jua perbualan dari pihak lain tanpa mengetahui apa yang diperkatakan..

- nk CSI pun, jgn la terang-terangan sgt...coverline skit k

7. KUTUKAN/PROVOKASI/PERGADUHAN

- Jangan cpt melatah...kite relax je org nk kata apa. Ingat moto KG. CHILL & IGNORE =)

- Dilarang wujudkan sebarang pergaduhan di Kg. Jika ada..pandai2 lah sejukkan/tenangkan keadaan ye. kalau ada org baru yg masih tak faham konsep di kg kite...sila2 lah tunjuk ajar ye.

- tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan/perbalahan/ atau apa2 yang menyebabkan perasaan tidak senang kpd sesiapa jua yg membaca. sebelum berkata atau menulis apa2..fikirkan perasaan org yg membaca dgn meletakkan diri sendiri di tempat org yg diperkatakan..

8. KERAHSIAAN/ISU SENSITIF

- isu2 sensitif dan rahsia kg.. jika ada perkara2 yg terpaksa diperap dalam peti besi yg dirahsiakan lokasinya bukan la bermakna admin xnak kongsikan ngan org kg terchenta nie tapi itu adalah untuk tujuan keselamatan dan keamanan kg tercinta nie n menjaga keselamatan pihak2 yg berkenaan.. org2 kg yg sejati mesti faham kan? Tapi kami cuba sedaya upaya berikan sajian menarik utk semua ..

9. NAMA SHAHIRATICS

- Sapa2 yg pakai nama fb ada shahiratics tu...pandai2 la behave ye, lg2 kat umah/kg org lain...korng bawak nama shahiratics, so kalo buat apa2 ramai yg melihat...lg2 kalo wat salah. jgn nnti hnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga...k =)

**Admin cuba buat yg terbaik utk semua..utk Kampung Shahiratics, org2 kg n tak lupa juge buat SHAHIRA kesayangan kite. Harap semua leh beri kerjasama ye... Ni semua utk kesejahteraan kg.. =)

SAYANG SHAHIR+ADIRA=SHAHIRA

SAYANG KG SHAHIRATICS

SAYANG WARGA SHAHIRATICS SEMUA

CHILL & IGNORE

ANYTIME ANYWHERE

September Musim Cinta

September Musim Cinta

Khamis, 23 September 2010

SEPTEMBER MUSIM CINTA-BAB 8

~~~~BAGAIKAN SEPERTIKU BERNAFAS DIDALAM AIR~~~~



Bait-bait kata lagu ini mampu membuat Siti terbang jauh ke angkasa…….HANYUT…...melayang-layang terbang mencari sang puteranya…!!Namun lamunannya terhenti jua.Dia tidak mampu untuk memikirkan Ahmad lagi.Terlalu banyak yang perlu difikirkan.Sarat.Masih terbayang kemarahan di wajah Mak Nah dan Alongnya.Sudah terlalu banyak airmata yang tertumpah.seminggu balik kerumah.Kosong dirasakannya.Siti hanya duduk didalam biliknya.Terkadang datang juga Farina bertandang menemaninya.Namun Siti lebih banyak mendiamkan diri.Malu dengan semua orang.Mak Nah juga jarang bercakap dengannya.Aliff awal-awal suah memberi warning..”JANGAN KELUAR RUMAH!!Siap kau kalo aku tau kau keluar SITI!!”Aliff sudah tidak peduli dengan sakit yang ditanggung Siti.Hanya Irma yang sentiasa menemani.Irma juga terkadang dimarahi Aliff kerana membela Siti.Sempat juga Aliff menonyoh kepala Siti yang masih sakit itu,kerana telah mengaibkan keluarga.Siti sudah letih cuba mempertahankan diri.Letih sangat…hanya airmata yang bercucuran menemaninya.Pernah dia cuba mencari Ahmad di kolam 3 hari yang lalu.Tetapi Ahmad tiada.Pernah juga dia ke rumah Ahmad.Namun mereka sekeluarga tiada dirumah.Siti keluar sewaktu Aliff membawa mak Nah ke bank untuk mengambil duit pencen arwah ayahnya.Mak Biah memberitahu Farina bahawa Ahmad bercuti dan tinggal di rumah Pak Usunya di Bandar buat sementara waktu.Mak Anum baru sahaja pergi dengan Suhaida menaiki bas 2 hari lepas.

“Kak….Siti nak jumpa Abang Ahmad….tolong la kak…..”Siti menangis ditepi tingkap bilik mereka.

“Siti…jangan dik…tak serik ke….??”soal Irma.

“Kak……tolong lah….”Siti merayu.

“Sudah-sudah la…..kesian Abang Ahmad..Ti….tolong kesiankan dia jugak Ti…..tolonglah dik..”Siti diam,dia tahu Ahmad juga menanggung kesakitan yang diberi Cik Rozi.Dendam Siti membara terhadap Cik Rozi mulut longkang itu.

“kalau lah aku dapat bertemu dengan kau ROZI!!Tau la aku ganyang mulut kau…Kau fitnah aku yer…jaga kau..Kau kata aku menyundal yer…siap kau..siap kau!!”dendam Siti membara.Dironyok-ronyok kain yang berada diatas katilnya itu.Geram.

Hari demi hari berlalu sangat pantas.Jiwanya kacau.Kosong tanpa Ahmad di sisi.Pedih hatinya menahan kerinduan pada Ahmad.Bagai dirobek-robek terkopak lunyai dek fitnah Cik Rozi.Punah semua harapan Siti.Luluh tidak bererti lagi.Malu juga dia pada orang kampung dengan cerita yang disebarkan Cik Rozi mulut longkang itu.

Sudah sebulan berlalu.Aliff masih tidak mahu bercakap dengannya.Mak Nah juga.Berkali-kali Siti menafikan fitnah Cik Rozi itu.Mak Nah masih tidak percaya dengan kata-kata Siti.Mak Nah jarang benar bertembung dengan Siti.Siti dibilik,dia diluar..bila Siti diluar dia pula masuk bilik.”benci benar emak dengan aku yer”menangis Siti diriba Irma.”takpe la mak……..Siti faham…”Siti memujuk hati yang pedih.

Siti mencuri keluar untuk kali keduanya.Dia nekad ke rumah mak Anum malam itu.Setelah dia mengetahui Ahmad sudah pun pulang.Dia tahu hubungan Aliff dan Ahmad masih renggang.Dia dapat membaca riak pe’el Alongnya bila balik berkerja menyinga tidak pasal-pasal….Itu tandanya Dia terpaksa berhadapan dengan Ahmad setiap hari.Ramalan Siti benar.Angah Shah pernah ke rumah mengadu pada mak Nah supaya Aliff menjaga perilakunya.Dia hampir-hampir memukul Ahmad untuk kedua kalinya juga.Pecah kepala Siti memikirkannya.Tertampar-tampar rasa dirinya dengan perbuatan Alongnya.Dia dapat merasai kesakitan yang tak semena-mena yang perlu Ahmad tanggung.”Mat..maafkan Siti……..”Menangis lagi Siti…..airmatanya mudah benar mengalir sekarang.Terasa tersiat-siat,dirobek-robek hatinya.Bak seribu pedang menghunus jantungnya,tidak sanggup melihat Ahmad disakiti juga.Biarlah hanya dia menanggung sendiri.Namun sampai bila marah itu akan berterusan.

Dia terjun melalui tingkap rumahnya.Irma membantu.Farina tunggu Siti di luar simpang dengan motor abah Nasirnya.Irma mengunci pintu biliknya.Farina pula terpaksa berbohong mahu membeli barang.Hairan jugak la Mak Biah dengan Farina.

“Abah…nak kunci motor…Ina nak g kedai jap…..”mukanya tidak berkerut langsung.sangat real lakunan Farina.walau dalam hati hanya Tuhan yang tahu!

“Ke kedai apanya malam-malam nih…”abahnya merenung celah bingkai cermin matanya yang sedang membaca kitab.

“Urgent la bah…..biasa la pempuan…”Farina terpaksa berbohong.

“hah!Atas meja tuh…”Ditunjukkan kepada Farina.Farina cepat-cepat mengambil kunci itu.

“nak pegi dengan sapa..?”Tanya mak Biah.

“Kak Irma nak temankan….”selamba Farina menjawab.Cepat-cepat dia mengambil kunci motosikal abahnya,walau dalam hati berdebar bagai nak meletup jantungnya.”maafkan Ina mak-abah”hatinya berbisik.Siti sudah menunggunya ditepi simpang depan rumah mereka.Laju Farina memecut motosikal abahnya itu supaya cepat sampai ke rumah Ahmad.Jauh Farina parking Motosikalnya,dalam 20 meter mereka berjalan.Bimbang kalau-kalau ada yang nampak.Mereka menyorokkan motosikal itu dicelah zink yang tersandar dibawah pokok kenanga sebelah rumah Paim.perlahan mereka berjalan takut Paim terdenga.Tidak jauh setelah berjalan….Siti menghentikan gerak kakinya.

“Ina..jom balik………”Siti menarik tangan Farina.Tidak jadi rasanya dia masuk ke laman rumah Ahmad.

“Ti..kita dah sampai kat sini..kau jangan buat hal…..dah la aku payah nak kuar malam….cepatlah..”Ditarik-tarik lengan baju Siti supaya cepat berjalan kehadapan.Siti teragak-agak.Namun dia gagahi langkah kakinya itu.Takut tapi terpaksa jua dia berhadapan dengan kenyataan.Cukuplah andai Ahmad memaafkan salahnya.Apatah lagi salah Alongnya.Dia sedar salahnya selama ini suka merapati Ahmad.Baru dia tersedar.Caranya salah menagih kasih orang.Tidak mustahillah kalau sekarang ini fitnah Cik Rozi seakan-akan benar.

“Na…..kau rasa mak Anum bagi tak aku masuk rumah dia..?”Berhenti langkah kaki Siti,menyoal Farina.

“Insyallah……”Farina mengangkat kedua-dua bahunya,tapi tidak juga menidakkan.

“jom..cepat…”Farina menarik tangan Siti sekali lagi.

“Ti…..biar aku yang bagi salam…takut kang..kalau kau yang bagi salam..tak pasal-pasal menyinggah tapak kaki mak Anum kat muka kau..”sempat juga Farina berseloroh.Siti senyum,dia cubit lengan Farina.Walau agak sakit dicubit Siti.Dia lega. Suka Farina melihat senyuman kawannya yang sudah lama hilang senyuman secomel itu Namun Mak Anum bukanlah seperti itu.Dia seorang ibu yang baik.Siti juga mengakuinya.Siti tahu itu.

Setibanya betul-betul memasuki halaman rumah Ahmad,sayup-sayup kedengaran suara orang mengaji.Sah!Suara Ahmad.Dia sedang mengaji al-Quran.Sebak Siti waktu itu.Farina perasan wajah Siti berubah.Farina tetap menarik tangan kawannya itu.Terasa jua Farina beban yang digalas Siti sekarang ini.Setelah 2 kali Farina memberi salam,perlahan dedaun pintu itu terbuka.Farina tercegah di situ menunggu siapa yang keluar.

Dedaun pintu terbuak luas.Mak Anum keluar menjenguk siapa yang datang.Suara merdu yang melagukan Al-Quran tadi juga terhenti.

“Eh…Farina…..masuklah….”Pelawa mak Anum.Farina berundur ketepi.Ditariknya Siti yang berada ditempat gelap sedikit.Terkejut mak Anum waktu itu.Dipandangnya Siti.Siti tunduk.Malu tapi terpaksa dia menebalkan mukanya mengadap mak Anum.Dia bersalaman dengan mak Anum.Farina pun.Siti menahan sebak didadanya.Mak Anum menarik tangan Siti naik ke rumahnya.Terkejut Jugalah Ahmad melihat siapa yang datang.

“Buat apa datang sini…”Agak kasar bahasa yang Ahmad lontarkan.

“Abang……”panjang Mak Anum menyebut panggilan namanya.Lembut.

“Tak serik-serik ke Siti??”keras nada suara Ahmad waktu itu.Hati Siti mula terkoyak..Tapi ditahan rasa itu agar tidak terus menerkam ahmad.mahu saja melutut saat itu.Namun apa daya yang Siti ada saat ini.Berserah sahaja mendengar kata-kata dari Ahmad.Biar pedih mana pun dia akan tahan.Siti berharap benar,datangnya kali ini biarlah serba sedikit dapat meredakan hati Mak Anum dan Ahmad,lebih-lebih lagi hatinya yang sarat menanggung rasa bersalah.Walau mungkin salah itu berpunca dari cik Rozi.Namun tetap ternyata dari awalnya salah itu datang darinya.

“Maafkan Siti Mak Anum….abang….maafkan Siti…..”Siti bersuara.Farina cemas.Bimbang kalau-kalau ada yang mencari Siti.Matanya melilau mengintai keluar.Cemas!

“Ti..meh duduk sini dulu……Farina..meh sini…”Mak Anum tenang melayan Siti sambil ditariknya Siti ke kerusi depan rumahnya itu.

“takpe mak Num..Siti sekejap je nih..mak tak tau Siti keluar nih..kalau dia tahu…….”Tidak habis Siti bersuara Ahmad membidas Kata-kata Siti.

‘’Kau ni..kan..memang tak serik la Siti!!Sudah-sudah la….balik lah..kang tak pasal-pasal aku pulak orang duk persalahkan..”tercalar hati Siti digores Ahmad.Hancur luluh rasanya diperlaku begitu.Menitis airmata Siti.Kaku Dia disitu.Farina sebak melihat Siti.Panas hatinya dengan kata-kata Ahmad.Ahmad tidak tahu yang sebenarnya waktu ini Siti sedang demam,walau tidak seteruk mana,namun sakitnya lebih parah kalau tidak bertemu Ahmad.Farina sanggup berkorban kali ini,dia tahu..melihat Ahmad ubat bagi Siti!!

“bang..tak baik cakap macam tuh pada Siti..mak tahu bukan salah Siti…Cik Rozi tu ha..buat mulut..mak tahu Bang…bukan salah kamu berdua..”mak Anum cuba meredakan keadaan.Ahmad memandang tajam pada wajah Siti.

“Kalau selama nih Siti tak pernah kacau abang..semua nih takan berlaku Siti!!”Terkeluar kata-kata ini tanpa Ahmad pinta pun.Ahmad buntu.,ia sudah keluar dari kotak dirinya.”apa yang dah aku cakap nih”Dia cuba menyedarkan dirinya,hatinya rasa sakit dengan kata-katanya sendiri.Rasa bersalah timbul dengan tiba-tiba.Laju airmata Siti jatuh.Tidak tertampung dek tangannya yang tidak henti-henti mengesat airmatanya itu. “balik la Siti..mak Anum pun tak tau dah nak buat apa….macam-macam dah orang kampung bercakap Ti..baliklah….bimbang mak Num kalau-kalau ternampak dek orang kampung..lagilah mereka akan bercakap nanti…tak tau dah Mak Anum nak letak muka ni kat mana…..”Bertambah hancur hati Siti.Walaupun mak Anum berbicara sangat lembut padanya.Tapi hatinya sangat hancur.Berkecai!!Farina mengesat airmata.Sedih dia melihat Siti.Suhaida tidak masuk campur...awal-awal dia sudah masuk ke biliknya setelah melihat Siti datang tadi.

“balik lah Siti…..jangan datang lagii kemari….cukuplah….sudah-sudah la Siti….”Ahmad memalingkan muka dan badannya membelakangi Siti.Siti tidak sanggup diperlaku begitu.Dia bangun dari duduknya dan berhadapan dengan Ahmad.Ahmad tetap tidak memandang Siti.Melihat Siti seperti melihat Aliff sekarang.Kecil hatinya dengan perbuatan Aliff sebenarnya.Hingga Siti benci dipandangnya.

“Abang…maafkan Siti……maafkan Siti..”menangis lagi Siti didepannya.Tunduk.Tangannya memegang lengan Ahmad.Direntapnya Ahmad tangan Siti.Kasar perbuatan itu.Mau rasanya Siti meraung.Hatinya patah!!Walau sakit tangannya direntap sebegitu…hatinya lagi sakit menanggung kesan fitnah Cik Rozi itu.Mak Anum membisu.Farina pun.Dibiarkan mak Anum seketika memberi ruang untuk Siti bersuara.Menitis jua airmata mak Anum dan Farina.Melihat dua merpati ini yang bakal melebarkan sayap masing-masing,membawa haluan sendiri.

Maafkan Siti bang…maafkan lah……”patah-patah nada suara Siti.Tenggelam dek kesedihannya itu.

Ahmad berpaling.Dia menatap wajah Siti.baliklah Siti…sudahlah!!”Dipandang lagi wajah itu.Sebak.Banyak benar airmata Siti sudah tertumpah!

“Maafkan Siti bang…….”hanya itu saja yang mampu terungkap disaat-saat begini.

“Untuk apa Siti..maaf untuk apa….’’nada Ahmad lemah.Mata mereka bertemu.Diam…….Siti mengesat airmatanya yang bercucuran dipipi mahupun yang bakal jatuh didagunya itu.Terdetikk jua dihatinya….”Andai dapat aku mengesat airmatamu Siti………”keluh hati Ahmad.Hatinya mula mencair melihat airmata gadis itu.berdiri tepat didepannya.

“Maaf untuk apa Ti……………”sudah lemah nada suara Ahmad.Ditenungnya wajah Siti sekali lagi.Perlahan siti bersuara.

“Maaf………….untuk segalanya………………….”Siti memandang tepat pada matanya.Sayu pandangan itu..Airmata suci Siti mengalir lagi..Ahmad kalah dengan kekerasan kata-katanya tadi.Bagai terjatuh jantungnya waktu itu.Ngilu rasa hati menanggung sakit ini…sakit sangatt..tak mampu untuk digalas !!Ahmad menarik nafasnya dalam-dalam.Tidak sanggup berdiri di situ menatap wajah sayu itu lagi..menggeletar sudah tubuh badannya saat ini.Dia terus masuk kedalam biliknya.Tidak keluar-keluar.Siti sempat bersalaman dengan mak Anum.Mak Anum mencium dahi Siti.Siti lagilah sebak.Tertikam-tikam dek duri yang tajam rasanya.”Maafkan Siti mak Anum.Orang tua itu mnggangguk.Disuruhnya Siti pulang cepat-cepat.Tidak sedap hati jugakk dia rasanya.

Ahmad terduduk di atas katilnya.Dia menutup mukanya dengan dua telapak tangannya.”arrrgggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..”panjang keluhan hatinya.Terasa sakit dihatinya!sakit sangat!!

Cuma bercampur-baur perasaannya bila memikirkan semuanya ini.Dia semakin letih menanggung kesakitan ini.berlegar-legar difikiran. Lebih menyakitkan bila terbayang wajah Aliff ataupun Cik Rozi!!Bencinya datang kembali!!”Siti………………….maafkan aku…..”Ahmad tunduk merenung lantai biliknya.Dia buntu lagi!!



DI RUMAH SITI……………………

“Irma…Irma….keluar la makan nasik nih…dah pukul berapa dah nih….”mak Nah mengetuk pintu biliknya.

“Irma……”pintu diketuk lagi.

“yer mak ..kejap la..nak solat jap….”Laju jantung Irma berdegup.

“dik…cepatlah balik………aduiii…..balik la cepat Ti……”mundar-mandir dari tadi didalam biliknya.Rasa bagai nak terkeluar jantungnya bila mak Nah memanggil tadi.

“Tukk..tukkkk…”perlahan Siti mengetuk tingkap biliknya.Lega Irma rasa.Siti sudah pulang.SELAMAT!!Irma menghulurkan kerusi dari dalam biliknya itu.Siti cepat-cepat mengambil dan memanjat diatas kerusi itu.LEGA!!Lega hati Irma.

Dipandang wajah Siti.Mata yang sangat bengkak selepas menangis.Siti memeluk kuat Irma.Menangis dia sekuat hatinya.Irma memaut kuat adiknya itu.Dia menenangkan Siti.Hingga Siti lena dilengan kanannya itu.Malam itu Siti tidak menjamah apa-apapun.Irma memujuknya tadi.Tetapi tetap ditolak pelawaan Irma untuk makan.Irma keluar dari bilik.Dia juga tidak makan.Hanya minum air suam sahaja.Aliff memandang sahaja gelagat adik perempuannya itu dan berlalu.Dalam hatinya berkata”Sudah 2 hari Irma tidak makan malam…Siti……lagilah sudah beberapa hari tidak kelihatan keluar makan..”timbul rasa bersalah dihati.

Mak Nah selesai solat isyak tadi sudah tidur.Rumah begitu sunyi sekarang.Tidak kedengaran gelak tawa Siti lagi.Aliff sebak.Ada rindu sebenarnya pada Siti.Rasa bersalah bertalu-talu singgah dihati.Melihat Siti Terbayang wajah Cik Rozi,berbayang wajah rozi terlintas muka Ahmad pula.Jiwanya turut kacau…...

Cik Rozi menghilang entah kemana,sudah hampir sebulan setelah kejadian itu,dia tidak pulang-pulang,ada yang berkata dia pulang ke kampung arwah emaknya.Apa ke tidak takutnya dia,hari-hari Aliff menunggunya dengan sebilah parang ditangan di laman rumahnya.PADAN MUKA!!!Biar dia rasa sikit,lain kali mulut jangan terlalu boros untuk berkata-kata.Lidah jangan terlalu lancang memfitnah orang!!

Tidak semena-mena sekali lagi..tidak tahu mengapa tiba-tiba jua wajah Ahmad datang menyesak dikepalanya.Sahabat baik yang kini sudah semakin jauh dengannnya.”Ya!Tuhan….apa yang telah aku lakukan………’’panjang keluhan Aliff.Dia berlalu dari meja makan.Tidak berselera,masuk jualah dia kedalam biliknya.Suasana malam itu semakin sunyi……tiada gelak tawa lagi di rumah itu…….SEPI………..

Padam sudahkah sinar menerangi kelambu hati….apa mungkinkah……akan bercahaya kembali diufuk jiwa yang lara… Ataukah masih ada lilin-lilin cinta menyulam rindu untuknya….Siti..tidurlah….kerna esok mungkin bisa membuat engkau tersenyum semula.PERCAYA LAH ADA HIKMAH DISEBALIK SEMUANYA………..PASRAH……………………………..

0 ulasan: