CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tok Dan Opah

Tok Dan Opah

Assalammualaikum...

Selamat datang ke blog Shahir+Adira=Shahira.. Kami ingin berterima kasih kerana sudi melihat blog ini.. Kami admin mengalu-alukan semua agar sentiasa memasuki blog ini dan melepak di blog ini..Terima kasih buat Yunie Zahan kerana sudi berkongsi novel "September Musim Cinta"...Sebarang komen atau apa2 saja tulisla di Jom Chat...

Shahir dan Adira

Shahir dan Adira

-: B!LA C!NTA :-

-: B!LA C!NTA :-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

-:Bahagia melihat mereka bahagia:-

~WELCOME~

Bio Shahira

Bio Shahira

SHAHIRA

SHAHIRA
ADIRA & SHAHIR

Love Shahira

Birthday Shahir

Birthday Adira

-: ShahiraZONE :-

AKUJANJI SHAHIRATICS..ekekeke kalau x tepati bkn shahiratics sejati..

Sebab admin sayang sgt dgn Kg Shahiratics, Tok Ketua, Penolong Tok Ketua n penduduknya...so ada beberapa isu admin nk bangkitkan di sini. Tak semua org suka apa yg kite suka, so kene sentiasa berhemah sentiasa k.

Sebagai warga kampung Shahiratics yg sejati, anda diminta mematuhi arahan-arahan berikut;-

1. MEROYAN

- Sila royan dgn berhemah. Dilarang mengekspresikan perasaan diri yang keterlaluan sama ada gembira atau sedih atau dlm ertikata lain meroyan, merobuk di kampung/umah lain selain di kg shahiratics. (Cth kampung/umah lain; Shahir af8, Adira fan club, wall mak anum, wall kak nam etc...)

- Kene fikir jgk sensitiviti n perasaan org lain.

2. EDIT GAMBAR

- Org kg shahiratics mmg kreatif, tak dinafikan lg. Tapi, sebarang gambar2 yg diedit perlulah menepati piawai yang telah ditetapkan, atau admin akan delete.

i) tiada sebarang gambar2 edit yang keterlaluan (seperti berpelukan, badan lain muka lain; badan sheila majid, muka adira-tidak dibenarkan sama sekali)

-Kalo nk edit gambo org tu...pandai2 la mintak kebenaran ye...

3. TAG/MENEMPEK GAMBAR/VIDEO

- dilarang menampal atau men'tag' sebarang gambar shahira di wall pihak lain terutama wall umum sepetri wall mak anum dan wall kak nam tanpa kebenaran admin shahiratics (p/s: kami memahami keinginan anda untuk berkarya dan berkongsi kegembiraan tetapi tidak semua yang setuju dengan kegembiraan dan kekreatifan kita berkarya).

- Tag berpada2..kalau gmbar Shahira berdua tu tak perlulah tag d page Shahir Af8 cthnye...or pada keluarga mereka. Tag/tempek ikut kesesuaian lah ye. Jgn la kat wall mak anum tag gambar Adira lak cthnye.

4. KREDIT GAMBAR/VIDEO

- sebarang gambar/video yg diambil dari pihak ketiga, sila kreditkan nama pihak terbabit.

5. TETAMU TAK DIUNDANG

- apabila ada tetamu yang tidak diundang datang, sambut mereka dgn sennyuman, bentangkan kapet merah siap dgn bunga manggar or tarian naga ke skali walau kita tak tahu apa tujuan mereka.

- apa jua provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak lain jgn mudah melatah. Jika masih rasa marah..tekan tanda =)

6. SPEKULASI

- dilarang membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita/keadaan sebenar walaupun di dalam hati kita punya taman bunga sebesar alam.

- dilarang 'copy & paste' atau'print screen' apa2 jua perbualan dari pihak lain tanpa mengetahui apa yang diperkatakan..

- nk CSI pun, jgn la terang-terangan sgt...coverline skit k

7. KUTUKAN/PROVOKASI/PERGADUHAN

- Jangan cpt melatah...kite relax je org nk kata apa. Ingat moto KG. CHILL & IGNORE =)

- Dilarang wujudkan sebarang pergaduhan di Kg. Jika ada..pandai2 lah sejukkan/tenangkan keadaan ye. kalau ada org baru yg masih tak faham konsep di kg kite...sila2 lah tunjuk ajar ye.

- tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan/perbalahan/ atau apa2 yang menyebabkan perasaan tidak senang kpd sesiapa jua yg membaca. sebelum berkata atau menulis apa2..fikirkan perasaan org yg membaca dgn meletakkan diri sendiri di tempat org yg diperkatakan..

8. KERAHSIAAN/ISU SENSITIF

- isu2 sensitif dan rahsia kg.. jika ada perkara2 yg terpaksa diperap dalam peti besi yg dirahsiakan lokasinya bukan la bermakna admin xnak kongsikan ngan org kg terchenta nie tapi itu adalah untuk tujuan keselamatan dan keamanan kg tercinta nie n menjaga keselamatan pihak2 yg berkenaan.. org2 kg yg sejati mesti faham kan? Tapi kami cuba sedaya upaya berikan sajian menarik utk semua ..

9. NAMA SHAHIRATICS

- Sapa2 yg pakai nama fb ada shahiratics tu...pandai2 la behave ye, lg2 kat umah/kg org lain...korng bawak nama shahiratics, so kalo buat apa2 ramai yg melihat...lg2 kalo wat salah. jgn nnti hnya kerana nila setitik rosak susu sebelanga...k =)

**Admin cuba buat yg terbaik utk semua..utk Kampung Shahiratics, org2 kg n tak lupa juge buat SHAHIRA kesayangan kite. Harap semua leh beri kerjasama ye... Ni semua utk kesejahteraan kg.. =)

SAYANG SHAHIR+ADIRA=SHAHIRA

SAYANG KG SHAHIRATICS

SAYANG WARGA SHAHIRATICS SEMUA

CHILL & IGNORE

ANYTIME ANYWHERE

September Musim Cinta

September Musim Cinta

Jumaat, 1 Oktober 2010

SEPTEMBER MUSIM CINTA-BAB 14

Ahmad tidak dapat tidur lena malam itu.Esok pagi dia perlu balik ke kampung halaman.Dia telah ditugaskan oleh Pak Usu Normannya menjaga tapak projek pembinaan 150 unit bangunan di daerahnya.Walaupun kini Pak Usu Normannya melebarkan sayap jauh ke Johor Bahru,namun masih banyak projek perumahan dan bangunan yang perlu di siapkan di daerah kelahirannya itu. Buat masa sekarang dia perlu menjaga pejabat lama Pak usunya di bandar Dungun itu.

Dua hari yang lalu Ahmad mendapat berita tentang perkhabaran kepulangan Siti.Dia bertambah kacau setelah mengetahui Siti sudah pulang.Gelisah dia malam itu.Ibunya mak Anum yang memberitahunya bahawa Siti sudah 2 hari berada di kampung.Mak Anum ingin menunggu Ahmad pulang dulu untuk pergi ke rumah Siti.Padahal apa salahnya kalau pak Long Hasan yang menghantar Mak Anum ke rumah Siti.Tidak tenteram Ahmad dibuatnya.Jiwa menjadi kacau bilau.Hati menjadi gundah gulana.Pusing kanan nampak Siti.Pusing kiri pun nampak Siti.Hanya itu yang berlegar difikirannya.Dia menjadi serba salah,bagaimana harus dia berhadapan dengan Siti untuk sekian lamanya tidak bertemu itu.Apatah lagi dia yang memutuskan hubungan cintanya bersama Siti dulu.

Rasa bersalahnya tetap ada pada Siti.Ahmad juga bakal bertunang nanti.”Siti balik waktu aku nak bertunang……..Siti….lupakan aku……maafkanlah aku…..”hatinya menuntut kekesalan.

Beberapa bulan yang lalu, dia sudah hampir melangsungkan pertunanganya,namun Ermiza juga sibuk dengan tugasan.Kerana itu lah pertunangan itu ditangguhkan.Sungguhpun dia terlalu rindu untuk berada di kampungnya seperti dulu.Namun kali ini dia merasakan seperti tidak layak untuk pulang.Berhadapan dengan Siti kali ini sangat menggerunkannya.Baginya MENYAYANGI ERMIZA SUDAHLAH PASTI…NAMUN MENCINTAI SITI ,ADALAH SUMPAHAN BUATNYA!!Sumpahan yang bisa menuntut untuk selamanya belajar membuang Siti dari hidup.Apakah dia sudah bersedia menelan kepayahan itu.Persoalan itu sentiasa berlegar dikepalanya.Mengapa setiap kali mengingati Siti,dadanya menjadi sesak.seperti tidak cukup oksigen rasanya.Lemas diantara suka atau tidak.Antara rindu atau sekadar mengingati.Antara suka mahu benci.Semuanya datang menghentam jiwanya.Sarat memalu hati.Terkadang sakit mencengkam perasaan.

“Ti…..sudah lama kita tidak berjumpa……macamana la Siti sekarang ye……maafkan abang Ti……..”Dia cuba memejamkan matanya.Kegelisahannya semakin menular.Lengannya diletakkan diatas dahi.Merenung disetiap pelusuh ruang biliknya.Jantungnya kencang berdetak.Terkadang datang rasa mahu terbang menemui Siti.Tapi dia masih jua dihimpit dengan kehadiran Ermiza.Namun mengapa Siti jua yang dia lihat.Siti jua yang menyinggah tepat menenggek dilelangit hatinya.”Siti……………………………….”lama keluhan itu bertandang.Beristigfar dia berkali-kali menginsafi diri.Akhirnya dia terlelap jua.

“Hai….U dah siap-siap nak balik ke?”Tanya Ermiza.Dia memasuki ruang pejabat Ahmad.Tanpa mengetuk pun pintu bilik.Sentap jugak si Ahmad dibuatnya.

“uisshhh…Ermi….terkejut gak tadi i…….lain kali masuk tu ketuk-ketukla pintu…sentap tau..”Berkerut dahi Ahmad memandang Ermiza.Dia menghampiri Ahmad.

“Alaaaa….pintu terbuka i redah je la…….marah..??”Ermiza menyoal.Sambil berlegar-legar di ruang pejabatnya.

“tak de la…terkejut je…..nasib awak…..kalo hantu tak tau la…mau nyorok lam lemari tau….”Ahmad berseloroh manja.

“iihik……u nikan..nakal tau….”ermiza menampar bahu Ahmad.ahmad senyum melebar di tampar begitu.GATAL!!

“Banyak lagi ke barang nak kemas??boleh I tolong..??”Ermiza mempelawakan diri membantu.

“Takpe..dah nak siap dah..pastu kita pegi makan eh…lapa la…..”Ahmad menunjukkan tangannya keperut.digosok-gosok perutnya itu.Ermiza menggangguk.Tanda setuju.

Seleps mengemas barangnya Ahmad terus mengajak Ermiza bersarapan pagi.waktu menunjukkan jam pukul 10.00 pagi,agak ramai juga orang di plaza Johor bahru itu.Sesudah makan Ahmad menghantar Ermiza ke pejabat Papanya.Ahmad tidak boleh lama.Dia perlu pulang ke kampung.Tidak tahu mengapa seperti ada suara yang memanggil-manggil dia untuk pulang…….

Perjalanan dari Johor bahru ke Dungun memakan masa selama 6 jam itu sangat memenatkan Ahmad.sesampai di rumah dia terus terbungkang tidur di ruang tamunya.LETIH.Mak Anum tidak mahu mengganggu anak jantannya itu.Dibiarkan sehingga hampir senja mendatang.

“Abang…bangun nak….dah nak maghrib nih……bangun la…”Mak Anum mengejutkan Ahmad.Ahmad menggeliat.Membetulkan urat-urat yang meregang.

“Dah nak maghrib ni..pegi la mandi…..cepat la…”Mak Anum menarik-narik lengan anaknya itu.Ahmad duduk.masih menggenyeh-genyeh matanya.Bingung.

“Asar dah solat?”Mak Anum bertanya.

“Erm…dah mak…jamak ngan zohor tadi kat Kuantan..”Ahmad masih menggenyeh-genyeh matanya.

“Takpe la….pegilah mandi….”Mak Anum berlalu.Ahmad bangun jua dari tempat tidurnya.Terhegeh-hegeh menheret kaki melangkah ke biliknya untuk mengambil tuala.Sesudah mandi dia terus ke Surau.Lama tidak berjemaah di sana.

“Eh….Kau ada balik Mat??”tanya Angah Shah padanya.

“A’aaa…kena keja kat sini dah Ngah,Pak Usu suh jaga opis kat bandar …”Ahmad bersalam dengan Angah Shah,sepupunya itu.

“ooooo…lama ke kau keja sini..?”Angah Shah menyoal lagi.

“Selagi Bos besar tak suh balik Johor…kat sini la saya keja Ngah….”Ahmad menyengeh.Angah Shah pun.Selesai solat isyak tadi sempat juga mereka berbual-bual panjang menyusuri pulang dari surau tadi.Rumah mereka tidaklah jauh sangat.Ahmad hanya datang dengan basikal tua.Manakala Angah Shah hanya berjalan kaki.

“Mat….angah balik dulu lah ye…..”Ahmad mengukirkan senyuman.Tidak sampai 2 langkah Angan Shah pusing semula kearah Ahmad.Waktu tu Ahmad baru mahu menggatih basikal tuanya itu.

“kenapa Ngah??”Ahmad bertanya.

“Siti ada balik kau dah tau ke belum..?’’Soalan dari Angah Shah menyentapkamn hatinya.Dia menarik nafasnya dan dihembuskan.

“Dah..!!”Dalam suaranya terlontar,kelat di wajah namun tetap mengukirkan senyuman

“Tak pe lah…Angah ingat kau tak tau lagi….tak pe lah…Angah balik dulu….”Angah Shah berlalu tanpa berpaling.Mereka berpisah di simpang jalan.Ahmad menaiki basikal menyusuri malam yang agak dingin itu.Kedinginan itu bisa membuat hati Ahmad dibuai keresahan sekali lagi.Namun dibiarkan di situ.Tidak mahu difikirkan.Dia memujuk hatinya.”Balik nanti call Ermiza….hemmmm..”Helaan nafasnya yang tak pernah lega akhir-akhir itu.Dia memasuki halaman rumahnya.Sebuah kereta kancil hitam menyusuri ruangan lamannya.Ahmad hanya sempat mengangkat tangan.Suha baru sampai.Suha baru sahaja masuk Universiti Kebangsaan Malaysia.Dia bercuti selama 2 bulan.

“Abang dari surau ke…?”Soal Suha yang datang bersalaman dengannya.Ahmad hanya mengangguk.Dia menongkat basikal di tepi tangga rumah.“Apsal lewat sampai…?”Ahmad menyoal.

“ayah kawan Suha datang lambat tadi……”Suha mengangat begnya yang agak berat itu.

“Bak sini abang bawak….”Ahmad membantu.Suha mengizinkan.

“Mak……………..”Suha memanggil ibunya yang dari tadi sudah menyelak pintu rumah.Mak Anum masuk kerana ingin solat.Ahmad meletakkan beg Suha kedalam biliknya.Mak Anum kelua dari biliknya.dia menyingsing lengan bahunya.

“Dah makan belum…?”Mak Anum menyoal Suha.“Belum la mak….lauk apa mak masak ari nih..?”Soal Suha yang tersandar di kerusi.Ahmad datang menghampiri.

“Mak masak kurma daging ari nih Suha…jom lah kita makan..”Mak Anum menarik tangan anak daranya itu.Ahmad mengekor dari belakang.Sempat juga dia menolak-nolak bahu Suha.

“Ish..jangan la bang..jatuh Suha kan….ish..janganlah….”Suha menepis-nepis tangan Abangnya itu.Mak Anum senyum.

“Garangnya Adik abang sekarang nih…..”Ahmad mencubit pipinya pula.

“Adoi!!..sakitlah….”Suha menampar tangan Ahmad.Ahmad mengelak.Suha masih mengosok-gosok pipinya.,berkerut dahi Suha kesakitan.Merah pipi Suha dibuatnya.

“Dah lah…duduk ….Abang..amikkan mak pinggan tuh…”Mak Anum menunjukkan jariny kearah pinggan yang sudah disediakan.suha masih menggosok pipinya yang sakit.Matanya menjeling tajam pada Ahmad.

“Amboi….marahnya dia kat kita….”Ahmad melirik mata pada Suha.Suha tetap kelihatan marah.

‘Sakit tau…mengada-ngada…..”Suha menjelir padaAhmad.Ahmad senyum sahaja.Kesian juga dia melihat Suha bersalah juga dia dengan kekasarannya tadi.

“Mak ..Abang nak sikit je nasi….cukuplah tu..”Mak Anum mengisi nasi yang agak sedikit pada Ahmad.Hanya dua senduk sahaja.

“Apsal sikit sangat bang…?’’Suha menyoal.Tangannya menuang air pula kedalam gelas.Mungkin sudah reda marahnya pada Ahmad.Dia senyum

“diet..”Selamba saja ahmad menjawab.Mak Anum senyum.

“diet ke tak de selera…??”Suha menduga.’Detektif’ itu sudah mula menyoal.Matanya menjeling nakal.

“Ish…kesitu pulak….makan lah…banyak cakap pulak Suha nih..”Ahmad mematikan dugaan Suha.Ada betulnya kata-kata Suha tadi.Selera Ahmad putus mengingatkan Siti.Sehinggakan dia lupa untuk menelefon Ermiza.Dia sudah lupa!!

“Mak….esok kita pegi umah kak Siti eh…rindu…………..sangat Suha pada kak Siti……abang tak rindu kak Siti…..??”Suha menjeling sekali lagi pada Ahmad.Saja soalan itu di bidas pada Abangnya.Ahmad yang tengah menelan nasi itu.,terbelahak dek soalan Suha tadi.Mahu tersembur nasi keluar.Namun sempat ditutup mulutnya.

“Suha…..”Mak Anum yang tidak tahu apa-apa itu memandang Suha tajam.

”Cepat amik air bagi abang minum.”Agak tegas kata-kata mak Anum.Suha cepat-cepat menyambar gelas berisi air dan diberikan pada abangnya itu..Ahmad mengambil air tadi dan terus minum.Lekat nasi di corong tekaknya.Hasil ‘pukulan’ soalan yang agak sinis dari Suha.Suha melihat Ahmad.Dia dapat merasakan sesuatu.

Sesudah makan Suha mengemas dapur.Ahmad diluar bergayut dengan Ermiza.10 minit yang lalu Ermiza menelefon Ahmad.Bergegas juga menyudahkan sarapannya tadi setelah mendengar deringan di telefon bimbitnya itu.”Pasti Ermiza!!”getus hatinya.

“Hai..kalau buah hati telefon…..tak menyempat-nyempat…..hisssss……”Mak Anum bersuara.

“Mak…bila abang nak bertunang…..ari tuh tak jadi…!!”Suha menyoal sambil mengelap meja makan.

“Ntah la abang kau tuh…….sibuk manjang…….”Mak Anum menggelengkan kepalanya.Sudah cuak menanti waktu Ahmad untuk ditunangkan.

“Tak jadi lagi bagus mak…….”Suha melambat-lambatkan tangannya mengelap meja.

“Apa dia Suha..??”Mak Anum tidak berapa mendengar kata-kata dari Suha itu.Agak dalam suara Suha waktu itu.

“Tak de apa lah mak….”Suha terus mengelap sampai siap kerjanya didapur.Mak Anum naik ke ruangan depan menonton Tv.Lama Ahmad bergayut.Dari dalam rumah sampai ke luar laman rumah.Bahagia!!

Suha sudah selesai mandi.Dia menyelak tingkap depan rumahnya.Dilihat Abangnya masih bergayut.

“Dah…dah..la tuh…..dah panas dah telinga bang…..bahaya cakap lama-lama…..”Suha bersuara,sambil mengintai.Ahmad berpaling.

“Oklah sayang….adik I dah kacau tuh…malas ar nak gaduh ngan dia..banyak songeh nanti….ok la ye….bai…..”Ahmad berbisik ditaliannya.

“Ok…bai sayang…..i love you..”Ermiza mengakhiri perbualan.Ahmad bergegas masuk kedalam rumah.Dicekiknya tengkuk Suha.Suha mengeli.Menjerit juga budak Suha dibuat begitu.

“Mak…….adoi..sakit la……adoi…adoi…..sakit…..arghh..mati Suha bang…lepaslah….arrghhhh..”Suha meronta minta dilepaskan.Ahmad ketawa.Lama tidak bergurau dengan Suha.Suha tetap menampar-nampar tangan Abangnya itu.Riuh juga rumah Mak Anum malam itu.Mak Anum tumpang gembira.Sudah agak lama dia sendirian di rumah.Mak Anum menguntum bahagia melihat karenah anak-anaknya malam itu.



Aliff dan Mak Nah baru pulang dari pasar.Siti yang duduk termenung di serambi dari tadi,akhirnya menguntum senyum pada mereka.Dia bangun menyambut barang-barang yang dibeli.Mak Nah menjemput mak Biah sekeluarga makan di rumahnya.Begitu juga keluarga Mak Anum.Hati Siti menjadi sakit apabila pagi tadi mak Nah memberitahunya Mak Anum sekeluarga mahu juga dijemput makan di sini.Sebolehnya dia tidak mahu melihat Ahmad.Biarlah dulu.Dia belum bersedia menatap wajah Ahmad.Rasa kecewanya masih menebal.Pulang ke rumah sudah pun masuk 4 hari namun dia tidak kemana-mana.Terasa mahu menjengah kandang kambing,namun hatinya berbukam SAKIT!!Terlalu banyak kenangannya di situ,Ahmad yang dulu sudah tiada.’Bau’ lelaki itu sudah hilang.Rindu benar pada Ahmad yang dulu.Terkadang terfikir jua dalam benaknya,lebih baik kalau dulu dia tidak mengharapkan Farina menghantar nombor telefon mahupun e-mailnya kepada Ahmad di kandang sikit masa dulu.Sudah terlewat baginya untuk menyesal.Semuanya sudah berlalu.Namun hatinya tetap di situ.Tidak pernah berganjak sesaat pun mencintai Ahmad.Biarpun begitu dia terus-terusan mencuba untuk melupakan.PERIT namun digagahi hatinya yang patah itu.

“Kau ok Ti…..”Farina yang turut bercuti saat ini datang menyinggah di serambinya.

“Ntah la Ina…..”kelat menguntum senyum,pahit menelan kesakitan.Siti memejamkan matanya.Sebak.

“Ti…..sabar eh…….aku ada…….apa-apa kau kongsi ngan aku eh…..”Farina memaut bahu Siti.Airmata Siti gugur lagi.

“Ti…….sudahlah….dia tak pikir pun pasal kau…..jangan menangis diatas kegembiraan dia Ti……Aku tau kau kuat……lawan Ti……jangan terlalu pikirkannya..nanti kau sakit….”Farina cuba meredakan Siti.Siti mengangkat kepalanya yang bersandar di bahu Farina tadi.Dia memandang Farina.

“Kau tak rasa Na…….sakit tau tak…sakittttt…sangggatttt sanggggatt….”Siti menggenggam tangannya memerah kain dibajunya.Menelan kesakitan itu sorang-sorang.

“Ti…..bawak bertenang Ti…..ingat Tuhan Ti..ada hikmah sebalik semuanya ini…..Dah la..nanti mak kau balik apa pulak dia kata….dah la….”Faria mengesat airmata Siti.Siti bangun turun ke tepi tangga depan rumahnya,Dia sempat mengambil secebuk air didalam tempayan dan dibasuh mukanya.

“Ti..aku balik dulu la…nanti aku datang balik……caiyok!!caiyok!!..tak mau sedih-sedih ok..??”Farina mengukirkan senyuman setelah memegang tangan Siti,diangkat tangan Siti supaya lebih bersemangat.Siti sempat senyum padanya.Dia membalas senyuman itu.Kehadiran Farina sebentar tadi agak meredakan hatinya.

Sebenarnya Farina tidak berseorangan merahsiakan hal ini.Puas sebenarnya dipujuk Suha.Farina terpaksa berkongsi hal ini dengan Suha juga.Kepalanya sudah sengal dengan Suha yang selalu datang mengganggu mengorek rahsia darinya dari selepas Siti berangkat ke Australia hinggalah sekarang.Akhirnya Farina mengalah.Dia juga tidak dapat menanggung beban yang digalas Siti seorang diri waktu itu.Sedih juga hati Suha mendengar cerita daripada Farina. perbuatan Abangnya itu sangat menyakitkan hati!!.Pun begitu, Farina betul-betul berharap Suha tidak ikut campur dalam hal mereka.Suha akur.Walaupun dihatinya membara marah dengan perbuatan Abangnya terhadap Siti.Ahmad telah merobek-robek hati Kak Sitinya itu.Namun jauh disudut hatinya, dia sangat berharap suatu hari Abangnya akan sedar.Ahmad tersilap memilih orang.Benarlah kata orang CINTA ITU BUTA.Ahmad buta dengan kecantikan yang dimiliki Ermiza.Pada Suha,Ermiza tidak layak untuk dimiliki oleh abangnya.Itu yang Suha nampak!!Pernah Suha membantah keinginan Ahmad untuk bertunang dengan Ermiza dulu.Namun Mak Anum tidak boleh berbuat apa-apa,ini kehendak Ahmad.Suha juga sedar jauh disudut hati ibunya,dia lebih suka akan Siti.Mak Anum akur dengan keinginan Ahmad.Padanya,itulah kebahagian Ahmad.Ahmad berhak memiliki sesiapa yang dia mahu.Suha sudah cuak mendengar pujukan Ahmad pada ibunya.Suha merasakan dia juga sudah semakin jauh dari Abangnya sendiri.”Abang…bukalah mata dan hatimu luas-luas bang……..kesian kak Siti…sampai hati abang buat kat Siti macam tu…..”Hatinya meronta tiap kali melihat Ahmad terlalu mesra ditalian.MELUAT!!

“Kak Ina……sampai hati Abang kan…macamana la dengan kak Siti sekarang ni ye..dah lah jauh………geram Suha tau….arghhhhh..”Suha menggenggam tangannya.GERAM.

“Sabar je la Suha..kita kat sini berdoa je la…harap-harap kak Siti tak apa-apa..lagipun Abang Akim ada temankan dia….”Farina cuba menjelaskan.

“Abang Akim tu lelaki kak…mana mungkin paham perasaan pompuan……”Suha menahan sebak didada.Geramnya pada Ahmad kian membara.Namun dia juga tiada daya.Hanya doa mengiringi.Semoga kak Siti kesayangannya itu tabah mengharungi dugaan ini.

“Kalaulah mak tahu………”.Belum sempat Suha mematikan ayatnya,Farina sudah mencelah.

“Suha..janji dengan akak….jangan bagi tau mak..mak Suha tak boleh tahu…..janji tau..mati akak kalau kak Siti tahu ..akak dah bagitau Suha……janji eh??”Suha mengangguk.Akur.Suha tersangat kecewa dengan Abangnya saat itu.Hinggakan beberapa hari tidak juga dia mahu bercakap dengan Ahmad.Setelah mengetahui hal yang sebenar dari Farina.Terasa pelik dihati ibunya mahupun Ahmad.Ditanya tetap mendiamkan diri.”Abang….kalau abang adik pada Suha……warrggghhhhhh……..arghhhh…….ishhhhh……nak sangat aku ketuk-ketuk kepala ko bang……..”Suha menggigit bibirnya geram semasa melihat Ahmad bergelak ketawa di luar rumah bergayut dengan kekasih hatinya itu.BENCI!!

“Cepat la abang…terhegeh..hegeh….lapar tau tak….tak sabar nak makan tau..”Suha memanggil Ahmad yang masih di biliknya.Lama tidak keluar-keluar pun.

“Amboi..lamanya lam bilik..make up apa nya Che Ahmad hoi…..”Mak Anum menyampuk.

“Jap la…..jap la…turun la dulu ..jap gi Abang nyusul la….”Ahmad dibiliknya menjawab.

“Ok..rogerrr..cepat tau ….”Suha menuruni anak tangga dengan ibunya.Ahmad masih di bilik.Lama Ahmad termenung depan cermin di depannya itu.Gelisah dia mahu pergi atau tidak.Tapi sudah pun dia bersiap.Dia melangkah beberapa langkah menuju ke katilnya.Dalam benaknya sarat memikirkan Siti.Terduduk jua dia diatas katil dan menekan-nekan kepalanya yang bagai nak pecah itu.

“Adoii…masak la aku kali nih……adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiishhhhh..”Dia bangun dari duduknya dan terus melangkah keluar dari rumah.Turun sahaja dari tangga dia menyuarakan hasrat hatinya yang berbelah bagi.

“Mak..kalau abang tak pegi boleh tak….?”Ahmad menyoal.

“La…..bagai nak rak mak tunggu abang tak nak pegi…..???”Mak Anum bersuara.“Aik…duk make up lam bilik bukan main lama…tetiba tak nak pegi….apsal ni bang….ada buat salah ke…??”Suha bersuara dengan kata-kata yang agak pedas.Ahmad memandang tepat pada mata adiknya itu.

“apa ni Suha…??”Ahmad masih merenungnya.Berkerut dahi Ahmad waktu itu.Mak Anum melihat muka Ahmad.kelat ingin marah.

“Ish…apa lah macam kucing ngan anjing….dah-dah kunci pintu rumah..cepat..kesian mak Nah dah tunggu tuh…”Suha menarik tangan mak Anum.sepanjang perjalanan,Suha hanya membisu.Benci melihat muka Ahmad waktu ini.Namun hatinya tetap suka…senanglah nanti dia nak Meng ‘CSi’ kan Abang nya dengan Kak Sitinya nanti.”Siap kau bang……kau dah tak suka kak Siti ye….wait and see……Kalau kak Farina juga ada nanti……lagi best nak nyiasat kau bang..kau tak suka kak Siti ye…siap…..detektif SUHAIDA dah lapur diri nih…jaga lah kau bang…….Aku nak tengok…siapa yang termeroyan nanti..kau ke kak Siti …..tungguuuuuuuuuuuuuu…..”Suha memerhati wajah Abang nya yang dilihat dari cermin pandang belakang itu.Mata mereka bertembung.Suha menjelir pada Ahmad.Ahmad memandang saja malas dilayan.Hatinya gelisah tidak keruan..jantungnya kencang berdetak…bagai nak gugur ke tanah.”SITI……MENGAPA KAU BISA MEMBUAT AKU TIDAK KERUAN………KENAPA RASA INI DATANG KEMBALI……APAKAH AKU SALAH MENTAFSIR DIRI…..SITI….TERASA BENAR INGIN BERTEMU…TAPI…..MAAFKAN AKU TI………MAAFKAN AKU…..”Terasa senak mencucuk-cucuk di dada Ahmad.Bagai gempa bumi menggoncang hatinya.Mahu sahaja saat ini dia pusingkan semula keretanya itu.Namun laungan hatinya memanggil-manggil mahu bertemu Siti.

“Mak Nah..diorang dah sampai….”Farina di depan sedang menyapu memanggil mak Nah yang sedang bersiap menghidang di ruang tamu.Siti masih di dapur.Farina menanti ‘Bakal pengantin lelaki yang tak jadi tuh turun’mahu juga dia melihat reaksi dari Ahmad.Suha berlari-lari anak menerkam Farina.Mereka berbisik.

“kak Ina….wait and see….”Farina mengangguk faham.

“Mak Anum..Abang Ahmad..naik la…..”Farina menyambut tetamu yang datang seperti rumahnya sendiri.

“Ala..cantiknya anak dara sorang nih…bila balik..?”mak Anum menyoal sambil memegang dagu farina.

“dah 2 minggu…Cuti sampai bulan 7 gak…macam Suha…tapi Suha lambat sikit balik kan…..”Farina mencium tangan mak Anum.Mak Anum mengangguk dengan penjelasan Farina tadi.Ahmad membuntuti ibunya.

“Sila naik…buat macam umah sniri ye..”Suha mengusik abangnya yang saat ini berperang dalam diri.Semakin kencang jantungnya berdetak.Gejolak hatinya meronta-ronta.

“Eh masuk la..masuk….”Mak Nah mempelawa masuk.

“Siti mana??’’Mak Anum menyoal.Ahmad sentap.Ada gelombang besar menyinggah didada Ahmad.Tidak sabar ingin melihat Siti.Insan yang pernah diberi hatinya dulu.

“Ada kat dapur…..jap…..Ti…..oooo Siti..meh la Mak Anum dah datang ni…meh ajak Mak Biah skali naik…”Mak Nah memanggil.Abah Nasir tidak datang.Dia berkerja di luar hari ini.Fadzil juga sudah ke Mesir.Sambung belajar di sana.Irma tidak dapat pulang minggu ini,manakala Aliff didalam bilik air.Mandi.

“Jap mak…”manja suara Siti kedengaran dari dapur.Jiwa Ahmad bertambah kacau.Suara itu bisa mengoyak hatinya.Ada rindu yang datang menempek didada hatinya.Sebak dia saat itu.Sejuk kaki dan tangannya.Kaku.

Farina dan Suha menggelekek dari tadi.Tidak tahu apa yang dicakapkan.Ahmad sudah hanyut,tenggelam dek keresahannya. Perlahan Siti melangkah naik dari tangga dapurnya.Berbaju kurung biru laut.Terpanah sekali lagi hati Ahmad saat itu.Tidak berkelip melihat Siti.Siti tidak melihat Ahmad waktu itu.Ada debar yang kuat menghentam hatinya juga.Tidak berani melihat sesiapa pun saat ini.Bimbang tertumpah air oren ditangannya itu..Gementar Siti waktu itu namun ditahan supaya tidak kelihatan keresahannya itu.Mahu gugur hati jantan Ahmad waktu itu.Seperti mahu melihat ‘bakal isteri’ rasanya.Dia mengetap bibir merahnya itu sambil menggosok-gosok pipinya.“Ti……kau tengoklah che Ahmad kau tuh…….alahai……Ti…tengoklah..”Hati Farina yang terlebih menggeli saat ini.Suha pun.Memerhati sahaja.

”Kak..tengoklah..abang tengah tenung Akak tuh..tengoklah…..arghhhhh..sweetnyeeeee..”menggelupor Suha keriangan.Yang lain sibuk menyusun makanan.Sambil berbicara.Namun tidak dipedulikan.Siti dan Ahmad tetaplah menjadi perhatian dia dan Farina.

“Ya!Allah…sabarkan aku……..jangan pandang dia..jangan pandanggg……arrgghhhh….sabar…sabar…”hati Siti juga bersuara.Mahu juga dilihat wajah itu.Wajah kesayangannya itu.Tapi dia tidak berdaya.Bimbang dia terlebih dahulu rebah pengsan di situ.Siti meletakkan talam yang berisi air oren se jug dan beberapa buah gelas itu. Dia bersalaman dengan Mak Anum.Suha pun.Mereka berpelukkan.Tidak tahu mengapa tetiba Mata mereka bertembung.Mahu gugur rasanya jantung Siti.Ahmad pun.Jiwa menjadi kacau.Cepat-cepat Siti melepaskan pelukkan dari Suha.

“Akak makin comel la…..Suha sukee…….”Suha memuji Siti yang tersedia cantik hari itu.

“Terima kasih Suha….Suha pun cantik jugak….”Siti memuji suha.

‘Tapi akak lagi cantik……..kan bang..?”Suha memandang Ahmad.Ahmad sentap kedua kalinya.Tidak berkata apa-apa.hanya tunduk saja.Siti pun.Kaku!!Farina menyengeh faham.

“Siap kau orang berdua..tau la aku nak kenakan korang lepas nih..”Suha menggeletek hatinya.Dia sempat mencuit Farina.Farina buat-buat bodoh.Takut mereka perasan.Namun dicelah paha Suha jari ibunya diangkat.”Channnteeekkkkk…baik punya ayat Suha…”Bisik hati Farina.Mereka berpandangan.Mahu ketawa tapi ditahan.

“La..dah ramai rupanya……eh!Mat..kau ada gak….jap la aku pakai baju jap.”Aliff yang baru naik kerumah selepas mandi.Dia mahu bersiap-siap hendak makan bersama nanti.

“Ti..isi nasik tuh…..amik pinggan tuh…”Mak Nah menyuruh Siti mengambil pinggan di tepi Ahmad.Siti terkedu.

“Ina..amikkan aku pinggan tuh…”Siti menyuruh Farina mengambilnya.

“Amik sniri..aku nak tuang air nih…”Farina sengaja berkata begitu.Dia mahu Siti yang mengambil sendiri atau setidak-tidaknya Ahmad yang hulurkan.

“Suha..tolong akak amik pinggan tuh Suha….”Suha buat-buat tidak dengar.Dia buat-buat sibuk menghulurkan air yang telah dituang Farina sebentar tadi.Akhinya Ahmad yang menghulurkan pinggan pada Siti.Suha bangun duduk bersebelah Ahmad ,manakala Farina duduk ditepi Siti.Siti berhadapan Ahmad.Siti menyambut pinggan itu.Tidak memandang pun pada Ahmad.BENCI RASANYA MAHU MELIHAT,TAPI RINDU MENGGAGAU HATI..tidak keruan rasanya Siti saat ini.Pinggan masih dihulurkan Ahmad.Dua ‘detektif’ Kampung Che Lijah ini dari tadi tersengeh-sengeh melihat mereka berdua.

“oi…..cik Siti….dah lenguh Che Ahmad hulur pinggan tu..amik la…”Farina berseloroh.Mereka di situ ketawa.Malu Siti saat itu.Mahu saja dia mencubit Farina saat itu.Siti menyambut pinggan dari tangan Ahmad.Tangannya bersentuhan dengan tangan Ahmad.Berderau darah Siti waktu itu.Mau terlentang pengsan kat-kat situ jugak.Namun apa bisa mencintaii bakal tunangan orang.Dia memujuk hati.

“Eh..Mat…camne…dengar cite kau keje kat sini pulak eh….”Aliff mematikan keresahan Siti.Siti mengisi nasi kedalam pinggan.Farina dan Suha duk asyik buat isyarat mulut dan mata.Menggeletek taman hati masing-masing.Sambil menceduk lauk.Lambat Siti menelan makanan.Ahmad pun.Namun mujurlah Aliff ada.Sekurang-kurangnya Ahmad terasa selamat.Sesekali Siti merenung Ahmad.Ahmad pun begitu.

“Adoi…..berpeluh kau kak Siti…..ermmm…….rimas di perhati eh…alah sweettnye.mau aje aku panggil ustaz Ramli kawin kan terus korang berdua…sweetttnyaaaa…hemmmmm….??”Suha menyoal sendiri.Sambil menyumbat nasi yang dimakan.

“Alahai….buat-buat bodoh je kau ye che Ahmad…macam aku tak tau…apa yang kau pikir sekarang nih……eleh..dari tadi duk tenung kawan aku…macam aku tak nampak….Suha..kau nampak apa yang akak nampak……??”Hati Farina menggeli.

“Kak Ina…sweeettttnya diorang nih……..kau nampak apa yang Suha nampak……??”Hati Suha pula menyoal gatal.



“Eh…sikitnya Siti makan…..Mak Anum nak tambah lagi nih..sedap lauk ari nih…Siti masak ye…??”Mak Anum menyoal.Ahmad sempat melihat ibunya yang sedang menyoal Siti.

“Tak lah Mak Anum..Siti tolong sikit-sikit je nih…Mak Anum tambah la lagi…..”Siti berhenti makan.Dia sudah mahu membasuh tangannya.

“Long..amik bekas air tuh..nak basuh tangan nih…”Siti mencuit Aliff.

“Mana…”Aliff menyoal.

“Tuh…”Siti menunjukkan bekas itu dekat dengan paha Ahmad.

“Alah..bangun la amik sniri….tengah sedap makan nih..jangan la kaco….”Aliff malas untuk mengambill bekas itu yang agak jauh darinya.Siti bangun dan mengambilnya.Tangan nya menampar manja bahu Aliff.Aliff memandang Siti.Senyum.Siti menggagahi kaki menuju dekat dengan Ahmad.Farina dan Suha berpandangan.Mereka memerhati lagi.

Perlahan Siti cuba mengangkat bekas air ditepi Ahmad.Tiba-tiba Suha menolak Ahmad kekiri seolah-olah dia ingin mengelak sesuatu.

“Mak….apa nih….”Suha melakonkan wataknya dengan bijak.Air yang Siti ingin basuh tangan nya terlanggar dek lengan Ahmad.Tertumpah air itu di paha Siti.Ahmad sentap.Mata mereka berpandangan.Berhenti Ahmad dari menjamah makanannya.Dia meletakkan pinggannya di atas lantai.

“Alaaaa…sori…Suha tak sengaja…..ada nyamuk tadi kat sini……adoi……gatall la nyamuk betina nih….”Dia berseloroh.Semua yang berada di situ ketawa.Suha dengan berjayanya mengkhianati mereka.Hatinya berbunga terus.

“Yes!!kau memang terror bab tumpahkan air Suha..yes!!”Farina senyum.

“Ish..abih basah kau Ti…”Farina sengaja bersuara.

“budak-budak ni ada-ada je lah..” Mak Nah bersuara pula.Ahmad sesekali melihat wajah comel Siti itu.Ada rindu yang lama tenggelam kini timbul kembali.Lamunannya terhenti sejurus mak Nah bersuara.

“nah amik kain lap nih…”Mak Nah berkata sambil menghulurkan kain lap tangan,melalui Farina.Siti mengambilnya.Sit mengelap paha nya yang basah dek air yang tertumpah itu.Ahmad masih terpinga-pinga.Sesekali bebola mata mereka bertembung juga.Ahmad masih memerhati wajah comel itu yang hampir dengannya.Duduk bersebelahan bagai pinang dibelah dua.Namun jiwanya tetap kacau saat ini.

“Siti ok..?”lembut soalan dari Amad.Siti tidak menjawab tapi hanya menngangguk saje.Berhenti dia makan.Siti mendongak mukanya kearah Ahmad.Ahmad senyum.Siti bangun dan berlalu.Ada sakit dihati yang tumbuh bila mendengar suara itu.Tidak tahan hatinya diasak dengan pandangan Ahmad yang bisa memanah hatinya sekali lagi.Apatah lagi senyumannya yang selama ini adalah nyawa bagi Siti.Suaranya penawar segala sakit menanggung rindu dulu.tapi semuanya tinggal kenangan.Hatinya sakit.Pedih menelan kenyataan.Farina dan Suha berpandangan.Seakan faham.Mereka sama-sama tunduk.Ada kasihan dihati menumbuh.Siti keluar menuju ke dapurnya.Ahmad memandang Siti yang berlalu.Seakan mengerti.”Ti…..tak seharusnya abang datangkan….”Hatinya berbisik kesal.Siti berlalu membiarkan yang lain asyik menyambung menikmati makanan.Pada mereka mungkin Siti membasuh tangan di dapur sahaja.Namun hakikatnya…sesaat pun dia terlalu sakit mengadap wajah Ahmad.Biarpun rindu menghentam dikalbu.

Berlari keluar Siti menuju ke belakang dapurnya yang agak gelap.Dia merenung bulan di langit malam.Airmatanya keluar juga.Kerinduannya bertambah sarat mengheret hati yang luka.Dia sudah tidak berdaya.Hatinya bertambah renyuk melihat Ahmad tadi.”Ya!Tuhan…..kuatkanlah hatiku….sesungguhnya aku sudah tidak berdaya……”Siti mengesat airmatanya.”Sudah-sudahlah wahai airmata….cukuplah….aku sudah letih hidup sebegini..cukuplah….”siti menarik nafasnya dalam-dalam lalu dilepaskan…..belajar untuk pasrah..belajar untuk tidak meletakkan harapan untuk kedua kalinya.CUKUPLAH!!

0 ulasan: