Jumaat, pukul 8.30 malam, 10 September 2010
Bahagian 1- Jimmy : Lemang lebaran labuci, merupakan sebuah program khas di aidilfitri yang dihoskan oleh 3 personaliti menarik iaitu Jimmy Shanley, Sarimah dan juga juara baru AF8, Shahir.Episod ini yang dihoskan oleh Jimmy Shanley mengetengahkan keistimewaan hidangan aidilfitri seperti lemang dan juga rendang yang disediakan melalui cara tradisional dan juga moden. Disamping itu, ditayangkan juga koleksi-koleksi lagu lebaran yang popular satu masa dahulu dan juga kini. Di segmen terakhir, koleksi pakaian aidilfitri Melayu Johor tradisional dan terkini dari Salikin Sidek.
Artist : Jimmy Shanley dan penampilan istimewa Nad AF8, Aliff AF8, Shah AF8, Dina ERA, Ray ERA dan Haniff ERA
LEMANG, LEBARAN, LABUCI (BHG 2)
Sabtu, pukul 8.30 malam, 11 September 2010
Bahagian 2- Sarimah : Lemang lebaran labuci, merupakan sebuah program khas di aidilfitri yang dihoskan oleh 3 personaliti menarik iaitu Jimmy Shanley, Sarimah dan juga juara baru AF8, Shahir. Episod kedua ini yang dihoskan olen pengacara sensasi, Sarimah Ibrahim yang mengetengahkan uniknya anyaman ketupat dahulu dan sekarang serta pembuatan dodol tradisonal dan moden. Disamping itu lagu lebaran aidilfitri klasik dan yang dimodenkan turut dipersembahkan. Saksikan juga koleksi kurung tradisonal dan moden aidilfitri dari koleksi Salikin Sidek.
Artist: Sarimah dan penampilan istimewa Nad AF8, Aliff AF8, Shah AF8, Dina ERA, Ray ERA dan Haniff ERA
LEMANG, LEBARAN, LABUCI (BHG 3)
Ahad, pukul 8.30 malam, 12 September 2010
Bahagian 3 - Shahir : Lemang lebaran labuci, merupakan sebuah program khas di aidilfitri yang dihoskan oleh 3 personaliti menarik iaitu Jimmy Shanley, Sarimah dan juga juara baru AF8, Shahir. Episod terakhir ini yang dihoskan oleh Shahir mengetengahkan keistimewaan kuih raya seperti semperit dan juga bahulu melalui cara tradisional dan juga moden. Turut ditayangkan juga koleksi-koleksi lagu lebaran yang dipopularkan oleh artis dahulu hingga kini yang masih ‘evergreen’. Di segmen terakhir, koleksi pakaian aidilfitri seperti kebaya dan juga baju melayu dahulu dan terkini dari Salikin Sidek yang pasti mempesonakan.
Artist: Shahir AF8 dan penampilan istimewa Nad AF8, Aliff AF8, Shah AF8, Dina ERA, Ray ERA dan Haniff ERA
0 ulasan:
Catat Ulasan