“ Adira, kenapa I tengok you semenjak dua menjak niasyik moody je? You ada problem ke? Ceritalah pada i. Mana tahu I boleh tolong.” Ujar Hafiz saat mereka melepak di cafeteria kampus.
“Eh, mana ada! Biasa la orang perempuan. Mood swing.” Balas Adira.
“Or, you ada problem ngan bf you?” teka Hafiz.
‘Tettt!!! Kau salah Hafiz. Dengan laki akulah!!!’ jerit hatinya.
“Oh! Tak-tak! Of course not sebab i… err i… I tak de bf. I’m still single. Hee!” Adira memberi jawapan selamat sambil menunjukkan isyarat peace.
“Takkanlah perempuan secantik you ni tak de bf? Macam tak percaya je.” Duga Hafiz.
“Hoho! Mana ada, betulla. I ni bukannya cantik macam Rozita Che Wan…” ujarnya lagi. Sayu hatinya menyebut sepotong nama itu.
“Kalau I kata you lagi cantik dari Rozita Che Wan, you nak jadi gf I tak?”
“Hummm… boleh aja. Tapi you kena puji I depan semua la.” Balas Adira. Dia benar-benar menyangka Hafiz hanya bergurau. Tidak dia sedari, dia telah memberi satu harapan yang besar buat Hafiz.
___________________________
“Hai Shahir! I tengok you termenung aje. Teringat dekat girl yang the other day ke?” usik Rozita.
“ Ya! Eh, tak! Mana ada… Ni ha, I tengah hafal skrip.” Dalihnya. Shahir berpura-pura tekun membaca skrip. Namun, tiada satu perkataan pun yang masuk ke dalam mindanya.
Rozita tertawa manja.
“Kalau ye pon nak kelentong, jangan la sampai hafal scene yang kita dah shoot. You ni kelakar la.” Shahir baru perasan yang babak tersebut sudah pun dilakonkan. Dia malu sendiri. Sudahnya, dia turut tertawa.
Namun hati lelakinya menangis. Mengenangkan hubungannya dengan Adira yang semakin renggang dan dingin.
____________________________
" Jangan lupa semua. Esok kita akan bertolak ke Cameron Highland. Semua mesti ada kat sana before 4 p.m. Ok, boleh bersurai. Thank you." pesan director kepada semua pelakon dan krew produksi.
_____________________________
Shahir memandang jam di dinding. Tepat jam 12 malam. Batang hidung Adira masih belum kelihatan. Dia sudah merancang untuk dinner bersama dan baiki hubungan mereka, namun hajatnya tak kesampaian. Shahir menahan sabar.
____________________________
Adira mengucapkan terima kasih kepada Hafiz yang menghantarnya pulang ke rumah. Seronok benar menghabiskan masa dengan Hafiz. Mula-mula mereka pergi menonton wayang, kemudian makan malam dan akhir sekali pegi tengok bulan kat tepi KLCC. Semuanya tidak pernah dia lakukan bersama Shahir.
___________________________
Adira hanya menjeling apabila melihat Shahir yang duduk di atas sofa. Dia tahu Shahir sedang menunggunya. Sengaja dia pulang lewat. Ingin menduga kesabaran Shahir.
" Dira pegi mana seharian ni? Setahu abang, kelas Dira habis pukul 2." tanya Shahir lembut, namun tegas.
"Keluar dengan kawan." jawabnya sepatah.
"Kawan mana? Ain?" soal Shahir lagi.
Adira menarik muka bosan.
"Tak. Hafiz." ujranya malas.
Muka Shahir berubah riak.
"Hafiz? Maksudnya Dira keluar dengan lelaki? Tanpa izin abang pulak tu... " ujar Shahir kesal dengan perbuatan isterinya.
"Laa... Tu kan kawan saya. What's wrong with that?"
"Salahnya sebab Dira tak minta izizn abang dulu. Tak bagitau abang." Shahir tak mahu kalah.
"Ooo.. Tapi bila awak keluar dengan Rozita Che Wan tu, tak pe la pulak kan?" sindir Adira bengang.
"Ya Allah! Tukan atas urusan kerja. Takkan Dira still tak faham?"
"Memang tak faham! Selama ni, awak jarang luangkan masa untuk saya. Even bila saya pregnant pon, awak macam tak peduli je. Mengaku jela yang Dira ni tak penting! Rozita tu lah segalanya kan?" hambur Adira. Kali ini dia punya kekuatan untuk menentang anak mata Shahir.
"Awak sedar tak awak tengah bercakap dengan siapa ni? Saya ni suami awak tau. Awak berdosa tinggikan suara dengan saya."
"Apa-apa je la Encik Shahir. Saya malas nak layan awak. Saya penat." katanya lantas berlalu pergi.
Sikit pun tidak memohon maaf dan bertanya apa Shahir sudah makan atau belum.
Shahir memejam mata. Menahan rasa buat kesekian kalinya. Bukan ini yang dirancangnya, bukan ini yang sepatutnya terjadi malam ni.
_________________________________
"Sayang, abang dah nak bertolak ni. Temanla abang sampai depan." ujar Shahir cuba berlembut.
" Nak pegi tu, pegi je la. Tak payah nak teman-teman. Nanti dah sampai sana, pegi la berteman-teman dengan betina tu." balas Adira kasar.
"Astaghfirullahal'azim! Abang cakap baik-baik, Dira macam ni pulak. Dah la abang pegi dulu." ujarnya seraya ingin mengucup dahi Adira seperti kebiasaannya namun ditolak.
Shahir tersinggung. Kecewa dengan tindak balas Adira. Tangannya juga tak disalam seperti selalu. Shahir hampa.
_________________________________
"Hello Ain! Aku ni. Kau kat ne? Jom kita keluar nak?"
" Sorry babe! Aku dekat kampung nih dengan Mau. Saja nak balik jeguk mak dengan abah."
"Ouh yeke? Humm.. tak pe la. Enjoy your day. Kirim salam pada semua. Bye!"
Adira termenung. Meski sunyi menguasai diri, dia rela dari bertemankan Shahir, suaminya sendiri. Hatinya sakit. Terbayang-bayang kejadian itu di hadapan matanya.
Perutnya yang masih kempis disentuh. Sudah 2 bulan lebih benih cinta mereka berada di dalam rahimnya.
Tiba-tiba, handphonenya berbunyi. Adira pantas menyeka air mata di wajahnya.
"Hello Dira... I ni, Hafiz. Umm, you free tak sekarang? Kita keluar jom."ajak Hafiz.
" Hello... Umm.. you nak bawak i pegi mana?" tanya Adira malas.
"Pegi tengok movie la. Ada cerita best tau!." Pujuk Hafiz.
" Hummm.. Ok la. Dalam half an hour, i sampai." Adira mematikan talian.
Pantas tangannya mencapai blouse merah jambu pemberian Hafiz. Dia tahu perbuatannya keluar dengan Hafiz itu salah. Namun, Adira sangat tertekan dan sunyi. Dia menyedapkan hatinya sendiri.
'Kalau abang boleh keluar dengan Rozita, kenapa tak aku?'
_________________________________
Hafiz sedang bersiap untuk bertemu si dia yang berjaya mencuri hatinya. Hari ini, dia nekad untuk berterus-terang dan meluahkan perasaannya yang sebenar terhadap Adira. Potret gadis itu dipeluk dan diciumnya. Hafiz sudah mula membayangkan keindahan hidup bersama Adira. Fikirnya, kebahagiaan itu akan dapat dikecap tak lama lagi. Hati Adira perlu ditakluk. Dan dia nekad untuk memiliki Adira, gadis pujaanya, walau apa jua cara sekali pun. PASTI
0 ulasan:
Catat Ulasan