“Abang…” rengek Adira manja. Shahir sedang tekun menghafal lirik lagu barunya.
“Ye…”
“Erm… bila kita nak pegi bercuti? Honeymoon ke?” Tanya Adira sambil merebahkan badan dia atas riba Shahir. Shahir megelus-elus rambut Adira yang lembut .
“Abang sibuk la sayang. Minggu ni rehearsal untuk show hujung bulan ni. Bulan depan pulak dah start kumpul lagu untuk album.” Balas Shahir.
“Ala… Dira tengah cuti semester nih. Tak best la asyik terperap je dekat rumah. Jom la bang kita pegi mana-mana. Kejap je pon tak pe.” Pujuk Adira lagi.
“Sorry sangat-sangat sayang. Memang tak boleh la. Abang betul-betul busy sekarang ni. Lain kali ok?” tolak Shahir. Bukan sengaja mahu menolak permintaan Adira, namun dia benar-benar tiada masa.
“ Tak pela… abang memang tak sayang Dira.” Rajuk Adira sambil keluar dari kamar tidur mereka. Dia melangkah ke balkoni rumah.
Angin malam yang dingin menampar tubuhnya. Perasaannya cukup tersentuh dengan Shahir sebentar tadi.
‘ Humm.. nak boikot baru tau!’ bisik hatinya.
_______________________________
“Dira, bangun la sembahyang Subuh dengan abang.”
“Sayang, bangun sayang. Dah lewat ni.”
“Orang cuti la. Tula abang, sibuk sangat dengan kerja, tarikh ‘cuti’ isteri sendiri pon tak tahu.”balas Adira geram pabila tidurnya yang nyenyak diganggu. Shahir tersenyum malu sambil menyelimutkan isterinya.
_______________________________
“ Sayang tak masak ke hari ni? Abang dah lapar ni.”
“Malas la. Abang masak la sendiri. Kalau dah lapar sangat, pegi makan kat luar tu.” Balas Adira malas.
“Sayang badmood eh? Ok2 abang pegi beli makanan. Haa.. Dira nak makan apa?” Tanya Shahir penuh sabar.
“Ape-ape jela.” Jawabnya acuh tak acuh.
_______________________________
“Dira, dah nak tido ke? Awalnya… selalu kan kita borak-borak dulu…” Tanya Shahir hairan.
“ Ngantuk la.” Jawab Adira sepatah.
“Ala, kalau ye pon nak tido, pusing la mengadap abang. Tak baik tau tido membelakangkan suami.” Ujar Shahir dalam nada memujuk.
Adira berpusing malas. Shahir ingin mengucup dahinya seperti selalu namun Adira pantas mengelak.
“Sayang ni kenapa? Apa yang sayang marah sangat kat abang? Cer cite2x…”usiknya cuba untuk menceriakan suasana.
“Abang fikir la sendiri.” Air matanya tumpah.
“La, apsal nangis pulak ni? Yela2x, abang mintak maaf. Esok kita pegi bercuti kat PD ok?” balas Shahir.
“Betul ke ni bang? “ spontan Adira duduk tegak di atas katil mereka.
“Ye, betol. Untuk Dira, apa pon abang sanggup buat.” Ujar Shahir mengalah.
“Thanks abang! Dira saaayang abang.” Adira mencium kedua-dua belah pipi Shahir lalu merebahkan diri ke dalam pelukan suaminya itu.
__________________________________
“Hummm.. cantiknya pantai kat sini. Kalaula Mau ngan Ain pon ada, kan best?” bicara hati Adira sambil bermain-main riang di gigi air. Dia cukup teruja melihat ombak yang datang lalu menghempas betisnya yang putih melepak itu.
“Abang! Sini la… Best tau air ni.” Tangannya digoyang-goyang untuk menggamit perhatian suaminya. Shahir yang sibuk berurusan di telefon hanya tersenyum sambil menunjukkan isyarat ok.
“Sorry la Encik Norman, saya betul-betul tak sihat la hari ni. Saya memang tak boleh datang untuk rehearsal tu. Tapi saya janji, nanti lepas saya dah sihat, saya akan terus contact Encik ok? Sorry sekali lagi.” Ujar Shahir kepada pihak pengurusannya.
‘Alamak aii terpaksa la aku bohong sunat hari ni. Yayang2x…” bisik hatinya.
“ Hummm… abang ni kan suka sangat kenakan orang, hari ni kita tengok pulak sapa yang kena.” Adira sudah tersenyum nakal.
“Argh! Abang!! Tt.. tolong!!... tolong!!! “ Adira menjerit sambil tenggelam timbul di atas permukaan air. Orang ramai sudah mula cemas. Shahir dengan pantasnya berenang menyelamatkan isterinya.
“Dira…Dira…” Shahir menepuk-nepuk wajah Adira saat dia dibawa ke darat. Orang ramai sudah mula berkerumun di situ. Pertama, sebab ada orang lemas. Keduanya pula, sebab yang menjadi penyelamat mangsa lemas itu adalah seorang selebriti popular, Shahir.
“ O’oo.. Abang sudah kena!” bisik Adira nakal saat Shahir ingin melakukan CPR untuknya.
Shahir bangun dengan muka merah padam. Dia sungguh geram dengan perbuatan Adira. Apabila dia berpusing ke belakang, lensa kamera tidak putus-putus dihalakan ke wajahnya. Para wartawan sudah pon berada di lokasi kejadian.
“GULP! Masak!!!”
0 ulasan:
Catat Ulasan